arkib

Khamis, 31 Julai 2008


Irama dan lagu tidak bolih dipisahkan,jika dipisah rosaklah irama pincanglah lagu, begitulah hudup dan pas tidak bolih dipisahkan jika dipisah tempanglah pas,(BN dan barang naik pun juga begitu).

Dengan masa yang teramat terhad paksu nak menulis seberapa rengkas yang mungkin untuk menjimatkan masa menulis dan masa pembaca.Poksu nak kupas sedikit lagi isu muqabalah umno-pas yang mana dilihat semakin meleret panjang sehinggakan ada pehak yang sanggup mengkuburkan pas dan ada satu pehak lagi mati matian mempertahankan , telah ujud dua kumpulan pro dan kontra membuatkan ianya semakin hangat dan panas. Difahamkan hari ini (31 jul 08) satu mesyuarat diperingkat JK kerja Pas pusat juga akan membincangkan isi ini. Apa pun keputusan diharapkan ianya bolih menjurus kepada matlamat untuk kesejahteraan rakyat.Apabila disebut rakyat sudah tentulah ianya tidak menjuruskan kepada sesuatu kaum sahaja.Seperti kata TGNA “didalam islam tidak ada perkauman namun demikian islam menyebut ya ayuhannas (wahai manusia) ittaqullah (takutlah pada allah) ini bermakna sesiapa yang tidak takut dengan sendirinya tidak beriman, jadi apakah islam memberi keistimewaan kepada kaum yang tidak beriman? Atti ullah hawa ati urrasul (taat pada allah dan taat pada rasul)bagaimana dengan bangsa lain yang tidak taat, apakah ianya perlu juga ada keistimewaan kerana atas dasar kononnya nak mendapat sama keistemewaan seperti bangsa melayu/islam?.

Inilah dikatakan khilaf pendapat dalam bab furukyah diakar umbi,manakala akar tunjangnya masih bolih menyerap air dan seribu bahan biologi yang lain didalam tanah,yang penting pokok itu tetap membesar,inilah kebijaksanaan ciptaan tuhan.

Jadi substance (isinya) disini ialah intergrasi (kesapaduan kaum dalam sebuah Negara berbilang bangsa,untuk mencapai hasrat itu mestilah dimeterai satu perjanjian persefahaman seperti dalam bai’ah udaibiyah diMadinah sebagaimana dizaman Rasullah SAW dahulu.Huraian terperinci mengenainya haruslah diberi termasuk kepada paksu sendiri…he…he…he….Jadi paksu merasakan kita telah diseret “kedalam kain” orang lain sedangkan dalam PR sendiri telah wujud eksiden kecil dikalangan gagasan rakyat namun tidak pula kita muzakarahkan,sebagai contoh isu hiburan yang melampau (jangan lupa main bola pun hiburan juga),lagi isu ternakan haiwan (babi) juga bagaimana nak mempraktikkan islah siasah syariah dalam negeri negeri yang baru dimenangi olih pakatan rakyat.Semangat setia kawan untuk berkerja sama sebagai sebuah pasukan perlu lebih diutamakan daripada kita membincangkan air hujan yang akan turun kerana terdengar guruh dilangit,air ditempayan kita curahkan,sedangkan mendung tidak semestinya hujan….!!

Poksu-Masih ada simpan tempayan dan telaga/perigi…

Isnin, 28 Julai 2008

Muqabalah@mugo mugo dok baloh....


Apabila terbaca artikel poksu tersiar dalam kolum dari blog ke blog dalam akbar sinar harian (28 Jul 08) lalu ianya sedikit sebanyak memberi satu suntikan semangat untuk poksu terus menulis. Dalam duduk terfikir fikir apakah topik yang hendak ditulis akhirnya terlintas difikiran akan saranan sinis TGNA (mursidul Am Pas) supaya dibubarkan sahaja kedua dua parti iaitu pas dan umno,setelah itu digabungkan keduanya kemudian barulah diberi penjanamaan semula dengan syarat berasaskan dasar islam.Walaupun saranan TGNA itu berbentuk spekulasi politik, namun setelah melihat keseriusannya sehingga mencadangkan agar ianya dibawa keperingkat Muktamar Tahunan Pas yang ke 54 di Ipoh nanti,lalu membuatkan poksu cuba gagahi jari jemari ini mengetuk ayat ayat untuk memberi sedikit pandangan,lagi pun menulis dan membaca sudah menjadi minat dan hobi paksu sejak dari kecil lagi cuma tidak bernasib baik untuk meneruskan pengajian keperingkat tinggi disebabkan kedai'fan hidup sebagai anak yatim. Jika tidak hari ini sudah jadi PM atau pun jadi malaikat agaknya,he..he...he..(saja nak buat lawak sikit tak bolih ke?) bila dikenangkan nasib hu...hu...hu...nak menangis pulak ni rasanya.
Jika dilihat daripada perspektif kesetian (bai"ah) ahli pas bukan hanya berkisar taat kepada pemimpin malah turut sama setia dan begitu taksub sekali kepada parti seolah olah pas itu islam dan islam itu pas,walhal pas hanya berpaut pada islam dan islam pula tidak bergantung pada pas.Ini bererti jika pas mati sekali pun namun islam tetap tidak akan berkubur.Olih kerana pas itu membawa islah islam maka ianya telah dipelihara olih yang maha esa (Allah S.W.T) masih utuh walaupun sudah hampir setengah abad lamanya bermula sejak dari tarikh penubuhannya dulu lagi.Andaikata tertubuhnya satu lagi partai politik yang memperjuangankan wadah yang sama iaitu islam bagaimana pula kesudahannya? Walau bagaimana pun cuba kita renung sejenak dalam tempoh 50 tahun lampau,pas tidak henti henti menyerang umno dengan tujuan untuk menamatkan penguasaannya sebagai tulang belakang BN dalam menarajui tampuk pemerintahan diperingkat Negara (pusat),dalam tempoh itu juga pas dilihat gagal untuk mencapai impiannya,jika berjaya pun hanya sekadar mengambil alih kuasa diperingkat negeri negeri sahaja.Sedangkan pas mengharapkan kuasa yang menyeluruh untuk membolihkan pas melaksanakan agenda islamnya secara mutlak.Dari satu generasi kesatu generasi kepimpinan pas telah bertukar ganti namun pas hanya dapat bertahan sebagai sebuah partai pembangkang diperingkat pusat.Cuba kita cari dimana silap dan dimana puncanya? Tidak mustahil ada sesuatu yang masih tidak kena sehingga Allah S.W.T masih tidak mengkurniakan kemenangan.
Jika tubuh badan bersolek sudah tentu segala parut atau panau tidak kelihatan.Untuk melihat kecantikan selepas bersolek kita memerlukan cermin ataupun ada orang kedua yang perlu memberitahu apakah solekan kita itu benar benar berhias dan lengkap.Jadi siapakah yang hendak menjadi cermin itu?manakala cermin (orang) ini juga hendaklah benar benar jujur dan iklas menyatakan tanpa ada sesuatu niat dibelakang cermin atau pun pepatah mengatakan jangan ada udang disebalik batu.....
Jika dilihat sekali imbas,dunia politik seolah olah satu perjudian yang dihalalkan,apa tidaknya, jika orang berjudi sering berserahkan pada nasib,kalau nasibnya baik bolih menang,kalau nasib sebaliknya sudah tentu akan kalah malah bolih hilang wang pertaruhan,jika dalam perjudian ada taktik penipuan dilakukan maka dalam dunia politik apa kurangnya,ini jelas pas sering kali mengwarwarkan dalam setiap kenyataan dan juga dalam mana mana majlis ceramah.Jadi perlukah pas berserah pada nasib dan sanggup ditipu terus terusan sebegini.Kata orang jika hendak mengelak kita ditipu berulangkalinya kita hendaklah berbuat baik dengan sipenipu barulah dia tidak berani untuk menipu kita akan tetapi jika dilihat kepada pepatah Arab menyatakan jika kita bersahabat dengan penjual minyak attar dengan sendirinya kita akan terkena percikan bau wangi.Kesimpulannya jika pas ingin mengadakan pergabungan parti dengan Umno, poksu nak syorkan ahli pas pakai minyak wangi banyak banyak jika hendak bersama dengan umno,mudah mudahan ahli umno dapat sama percikan bau wangi,begitukah?
Poksu-Jesteru itu poksu juga nak mencadangkan satu jenama baru seandainya gabungan parti benar benar terjadi iaitu parti PISAU (Parti Islam Se Angkatan Umno) atau nama lain iaitu PAKAR (Parti Islam Keadilan Rakyat: ikut abjab jawi pa.alif.kaf.ra)

Sabtu, 26 Julai 2008

Bicara wang dan hutangpiutang


Jika ahli politik sudah berbuih mulut bercakap dan berceramah menerangkan kerajaan pas khususnya ketika memerintah negeri terengganu dahulu telah berjaya mewartakan undang undang syariah mengikut al-qur”an,al-sunnah dan ijmak ulamak yang mana undang undang ini tidak mampu digazetkan olih kerajaan umno/bn disepanjang pemerintahannya sebelum itu,namun ramai dikalangan rakyat memandang sepi dan tidak dapat menilai bahawa kejayaan ini besar ertinya untuk kedaulatan islam,ini jelas rakyat telah tidak memberi mandat untuk pas meneruskan pemerintahannya selepas daripada itu, hasil postmortem yang dilakukan menunjukkan rakyat lebih terpikat kepada kehendak duniawi, sesetengah daripada rakyat terengganu bersuara dengan slogan ‘ada wang semua jadi , tak ada wang macam macam bolih jadi”,tambahnya lagi dengan wang segala galanya bolih berjalan dengan lancar.

Memang betullah jika difikirkan sepintas lalu segala galanya memerlukan wang,akan tetapi jika difikirkan dua kali wang bukanlah penentu,dengan wang mampukah kita membeli hati yang kotor supaya menjadi bersih?jawapannya bolih jadi ya dan bolih jadi tidak,ini jelas apabila wang bolih membuat orang jadi gelap mata,ianya terbukti apabila orang yang ada wang dengan cara berhutang tiba tiba menjadi gelap hati untuk membayar nya balik .Pelbagai alasan yang diberi untuk mengelak diri dari melunaskan hutang hutang yang telah dibuatnya.Diriwatkan daripada Abu Hurairah Rasulallah S.A.W bersabda “Sesiapa berhutang (mengambil harta orang) dengan niat hendak membayarnya maka Allah akan menunaikan hajatnya dan jika sebaliknya Allah akan membinasakan nya”.

Yang paksu nak kaitkan disini ialah apa yang berlaku didalam mesyuarat agong bahagian olih sebuah badan NGO (yang mana keahliannya terdiri daripada hampir 2/3 berideologikan politik kepartian umno/bn),didalam penyata keuwangannya menyebut terdapat hampir rm50.000 (lima puluh ribu ringgit) hutang tertunggak yang tidak dilunaskan olih sipiutang,lalu diminta perwakilan mesyuarat yang hadhir meluluskan satu usul supaya hutang hutang tersebut di BIL OUT kan (dilupuskira),pelbagai hujah telah dimukakan olih ahli korum mesyuarat,ada yang bersetuju dihapuskan dan pula berpendapat tidak bersetuju dengan alasan jika hutang lapuk itu dilupuskan akibatnya nanti bolih mengalakan lagi kepada sesiapa yang berhutang dimasa akan datang untuk tidak turut sama melunaskan hutang.

Paksu sendiri yang merupakan salah seorang ahli perwakilan terasa malas nak bersuara kerana sebelum ini permasaallahan yang sama juga berlaku diperingkat cawangan . Bermati matian paksu berhujah antaranya dengan memberi contoh jika dipandang dari dari sudut kaca mata agama seandainya terdapat hutang yang ditinggalkan olih ibu bapa selepas beliau meninggal (mati) maka hutang tersebut hendaklah dilunaskan olih anak/menantu atau saudara maranya yang masih hidup terkecuali jika hutang tersebut mahu dihalalkan olih sipemberi pinjam. Diriwayatkan daripada Muhammad bin Jahsy Rasullallah bersabda” Jika seseorang itu mati dijalan Allah dalam dia menanggung hutang,ia tetap tidak masuk syurga selagi dia tidak dapat melunaskan hutangnya”(minta dijauhkan).Hujah keduanya jika dilihat amalan kerajaan pemerintahan pas pada tahun 2000-2004 juga terpaksa melunaskan hutang hutang peninggalan kerajaan umno/bn yang difahamkan lebih 70 juta ringgit.Diriwayatkan olih Abdullah bin Umar Rasullallah saw bersabda “Orang muslim yang meninggalkan hutang akan dikenakan hukuman Qisas diakhirat kelak,kecuali tiga perkara,pertama,orang yang tidak berkemampuan kerana hendak memperjuangkan agama allah,kedua,orang yang datang mengziarahi jenazah seorang muslim tidak ada wang untuk menguruskannya lalu dia berhutang,ketiga,lelaki yang telah lama membujang kerana tidak mampu berkhawin lalu dia berhutang dan memelihara agama allah (hadis riwayat Ibnu Majah).

Jadi tiada alasan bagi ahli jawatan kuasa baru yang dipilih tidak perlu bertanggung jawab terhadap hutang hutang lapuk (sebelumnya),Cadangan paksu apa yang patut dilakukan ialah mengheret mereka mereka yang bertanggungjawab kemuka pengadilan atau setiap sen wang masuk kedalam ekaun persatuan hendaklah diinfaqkan beberapa persen untuk menimbus (coverup) hutang hutang lapuk tersebut tapi bukan dengan amalan setiap hutang itu dilupuskan begitu sahaja. Namun hujah dari paksu ini dianggap datang dari mulut seorang yang kontra sedangkan jumlah majoriti keahlian yang pro kerajaan umno/bn lebih 2/3 jadi bila diundi sudah tentulah suara mereka yang menang (untuk meluluskan hutang lapuk dihapus kira ini),inilah bahananya jika sentiment politik kepartian meresap kedalam jiwa ahli badan NGO sehinggakan mereka tidak nampak yang mana satu adil dan yang mana satu batil.Nak mengubah menteliti yang telah sebati dengan kebatilan ini bukanlah satu perkara yang mudah sebagaimana susahnya rakyat Trg nak menerima hujah yang mengatakan undang undang syariah yang dilulus dan diwartakan olih kerajaan pas duhulu itu lebih baik daripada segala galanya.

Paksu-masih percaya wang bukan segala galanya akan tetapi segalanya perlukan wang namun wang tidak menjamin orang kaya masuk syurga dan wang juga tidak menjamin orang miskin itu tidak masuk neraka,wanauzubillah huminzalik,wallah huaklamm..…!!!

Khamis, 24 Julai 2008

sembang pasal kereta


Susah juga nak mentafsirkan maksud Arahan Pekeliling Perbendaharaan yang memberi maksud apa jenis kenderaan yang dibenar dan juga yang mana tidak dibenarkan dalam urusan pembelian kereta untuk kegunaan resmi MB dan para exco serta anggota pentadbirannya yang mana kini menjadi topik perbualan hangat dikedai kedai kopi khususnya di kampung saya (selepas ini “saya” akan diganti nama panggilan “poksu”).

Jika sebelum pilihanraya,slogan BN MENANG RAKYAT SENANG akan tetapi selepas pilihan raya slogan tersebut telah ditukar olih rakyat berbunyi “PEMIMPIN MEWAH RAKYAT SUSAH”.Pertukaran slogan ini tidak lain tidak bukan ialah disebabkan tindakan kerajaan negeri terengganu membuat keputusan memilih untuk menukarkan kereta nasional proton perdana dengan jenama Mercerdess (maaflah poksu tak berapa arif beberapa siries kenderaan mewah ini).

Rata rata ahli korum sembang sembang kedai kopi ini mempertikaikan kewajaran pembelian kenderaan mewah tersebut yang dikatakan menelan belanja puluhan juta ringgit yang tidak menepati masa iaitu tatkala ekonomi rakyat yang tidak menentu kerana dihimpit dengan pelbagai masaallah kenaikan harga barang dan minyak sedangkan pemimpin pula bebas dengan sewenang wenangnya berbelanja tanpa batasan.Natijahnya tindakan ini dilihat seoalah olah berlagak “biar papa asalkan bergaya”,siapa yang papa dan siapa pula bergaya?jawablah sendiri kerana MB pun juga telah menjawab akan sebab sebabnya antara lain jawapan yang diberi ialah duit yang digunakan bukan dari duit royalti minyak, jadi dari hasil yang mana satu?takanlah hasil kutipan cukai cukai dari rakyat kot?

Mungkin kemewahan inilah agaknya yang menyebabkan ramai tokoh tokoh politik ingin mengejar kedudukan selain untuk mendapat kemewahan peribadi,bagi rakyat marhain macam poksu ni,usahkan kereta mercedess,proton perdana pun belum tentu mampu untuk dimiliki, pernah suatu hari seorang sahabat paksu bertanya,bila nak tukar kereta baru pulak?lantas paksu hanya menjawab selamba “kita tak bolih nak buat perangai gila gilakan kereta, sebabnya takut takut nanti kita tak sempat mengejarnya,almaklumlah jika ikutkan hati nak melawar sudah tentulah setiap model yang keluar disetiap tahun kita ingin miliki (itu hanyalah kata alasan nak menyedapkan hati walhal hati kecil teringin juga ingin merasa seperti mana orang lain hidup mewah,jadi buat apalah jadi hipokrit…kan..…kan….kan)

Berbalik kepada pembelian kereta mercedess tadi , antara lain sebabnya ialah pembelanjaan mengurus senggaraannya dikatakan kosnya terlalu tinggi,betul ke? Poksu pun pernah juga berpegalaman dalam bab mengurus sengaraan kenderaan kerajaan ni,ada kenderaan buatan orang barat dan ada juga kenderaan buatan bangsa timur malah kereta nasional proton pun ada.Jika kenderaan umurnya dibawah 10 tahun terlagilah jimat akan perbelanjaanya,apa tidaknya paling minima kosnya hanya berkait dengan pemeriksaan berkala, sebagaimana mengikut sedul yang diberi setiap 5km,10km,15km dan 20km dan seterusnya rutine alat ganti yang perlu ditukar hanya penapis minyak hitam selain minyak pelincir itu sahaja,dalam kes kes tertentu adalah juga sekali sekala berlaku kerosakan teknikal seperti pendawaian lampu dan penghawa dingin,manakala tayarnya bergantung kepada kekerapan perjalanan dan kehausan bunga,begitu juga break.Jadi hujah mengatakan kosnya sengaraan proton perdana yang baru berusia 4 tahun dikata mencecah belasan ribu ringgit tidaklah bolih diterima,terkecualilah berlakunya penyelewengan seperti memasukkan alat ganti tiruan manakala alatganti yang tulen/asal dijual secara haram kepada mana mana bengkel,paksu tak mahulah pulak nak menuduh tapi perkara haram ini tak mustahil bolih berlaku.

Poksu sendiri pun gunakan kereta buatan Malaysia juga,bukan apa cuma atas dasar ingin menyokong industri outomotif Negara disamping dapat sama sama menjana ekonomi, semangat patriotiklah katakan.Kereta poksu pun sudah berusia 6 tahun lebih,kos baiki dan senggaraanya bolih dikira,tak sampai pun mencecah 5 ribu ringgit dalam tempoh masa itu,kenapa,tak percaya? Ok dipersilakan datang check buku rekod dan juga dipusat service tetap poksu,bukan saja saja nak reka cerita,buat apalah cakap kosong dan bohong!
Nah…kesimpulannya dimanakah resionalnya service kereta nasional lebih tinggi kos berbanding dengan kereta buatan eropah?

Paksu-tak suka salahkan lantai jika tak tahu menari…he…he…he…

Rabu, 23 Julai 2008

5 kementerian penting untuk pas,betulkah?


Salam hormar!
Desas desus yang bertiup kencang mengatakan konon kononnya pas ditawarkan untuk berkongsi kuasa dengan umno/bn dengan mempelawa pas memegang fotfolio 5 kementerian penting,antara kementerian tersebut ialah kementerian pertahanan, kementerian keselamatan dalam negeri,kementerian dijabatan perdana menteri, kementerian pendidikan dan kementerian penerangan,manakala lain lain kementerian kekal dibawah bn,akan tetapi kementerian keuwangan juga dalam proses tuntutan pas dan masih dalam kaedah bermain tarik tarik tali.

Wow!!! Nampaknya pemurah sungguh rupanya hati pemimpin pemimpin bn/umno ini,namun ada yang melihat keberangkalian penawaran ini ada motif motif tersembunyi. Apa pun demi survival bangsa melayu/islam , katanya umno sanggup berkorban apa sahaja .Benarkah begitu dan bagaimana pula dengan bangsa lain? Ahh…..bukan kah islam itu memberi keadilan kepada semua bangsa (manusia).,yang penting perkukuhkan dahulu ikatan sesama bangsa seagama,yang lain lain pasti bisa diatur!

Inilah juga dikatakan masa terbaik untuk pas merealisasikan hasratnya sebagai wadah gerakan parti gerakan islam,dengan adanya sedikit kuasa yang datang bergolek di peringkat persekutuan (pusat) sudah tentulah “ekses” kepentingan islam itu dapat ditegakkan untuk perlaksanaan undang undang “semerah padi”.Peluang ini tidak datang selalu dan dan tidak mungkin berulang,akan tetapi masaallahnya bagaimana nak dilaksanakan? Oh…mudah saja,mana mana negeri yang majoritinya ramai dikalangan bangsa melayu,maka dinegeri tersebutlah undang undang “semerah padi” akan diujudkan,manakala negeri negeri yang dinisbahkan minoritynya (kurang) bangsa melayu maka haruslah dikekalkan undang undang dan peraturan “sivil” yang sedia ada. Inilah baru dikatakan negara majmuk namanya,akan tetapi harus diingat, islam sebagai agama resmi negara jangan ada sesiapa yang berani mengusik usiknya ,jika sebaliknya “awas” permusuhan kaum bolih berlaku.

Kenapa harus ditakutkan risiko yang akan berlaku pada hari yang mendatang,bukankah pemimpin pas juga tidak kurang cerdiknya, kebanyakannya kilas ikan diair sudah tahu jantan betinanya,kenapa ada kecurigaan antara percaya dengan tak percaya? Kenapa nak dibandingkan disewaktu harga gula 25 sen sekilo dengan harga 2. ringgt lebih sekarang ini.Masa yang lalu usah dikenang…..jika dikenang meracunlah diri !!! (lagu P.Ramle)

Jika ini betul betul,bukan dugaaan, apa pula yang akan terjadi dengan sekutu kutu gagasan pakatan rakyat (PR) ? bagaimana pulak caranya hendak berdepan dengan penyokong penyokong yang memangkah PR atas dasar kerana ingin protes bn/umno supaya lahir satu reformasi politik dalam negara.?tidak kah PR khususnya pas dikatakan sebagai pengkhianat kepada semangat setia kawan?

usah difikir banyak banyak nanti semuanya tidak menjadi,jika hanya sebelah pehak sahaja (pas) yang nak menjaga hati sedangkan sekutu yang lain sering menguriskan hati,jadi apa maknanya perhubungan ikatan gagasan (PR) ini ? sudah tentulah ada yang terbuku didalam hati masing masing,jadi mampu kah ianya berkekalan? kemungkinan lambat laun pasti akan ada yang membawa diri,entah entah tak sempat sampai ketarikh pilihan raya yang akan datang.

Bang !! Bang !! Bang !! bangunn ! bangun ! apa ni…. awal awal lagi dah tertidur diatas sejadah,sembahyang isyak” pun belum,dah pukul 11 malam ni,abang sembahyang dulu kemudian tidurlah semula !!

Poksu- alamak aku mimpi lagi rupanya…..he…he…he…!!!

Isnin, 21 Julai 2008

Muzarkarah @ rundingan


Pelbagai ulasan mejadi perhatian diperingkat akar umbi ialah percakapan mengenai muzakarah diantara pas dengan umno (selain kes DSAI) untuk kembali bergabung sebagaimana pernah berlaku disekitar tahun 1970an dulu. Sejarah yang terjadi ditahun 70an itu dijadikan asas sebagai kayu ukur bolih atau tidak bolih perundingan (muzakarah) untuk bergabung diteruskan.

Untuk mengulas isu ini ianya memerlukan satu jawapan yang terlalu subjective, pengalaman lampau juga dikatakan mengajar parti pas khususnya untuk tidak menerus kan perundingan selanjutnya,kenapa? Katanya sudah serik kerana pas diperlaku kan bagaikan melukut ditepi gantang.Betulkah begitu?apakah itu saja alasannya atau ada permasaallahan lain?

Mereka bertanya lagi,apakah muzakarah hanya difokukan atas alasan kepentingan bangsa melayu semata mata atau ada egenda untuk kedaulatan agama islam atau kedua duanya sekali? Apa apa pun jawapan yang tepat tidaklah kita ketahui,namun ada yang dapat menyelami maksud yang tersirat disebaliknya. Memandangkan saban hari umno khususnya telah memainkan isu kedaulatan ketuanan bangsa melayu disegenap ceruk kampong, apa yang dicanang olih umno pastinya berkait dengan apa yang dimaksudkan hak keistimewaan orang melayu/bumiputra yang sudah termaktub dalam perlembagaan akan tergugat jika sekiranya kuasa ekseketif terlepas ketangan kaum bukan melayu,tambah mereka lagi apa yang telah tercatat dalam perlembagaan bolih terbubar bila bila masa sahaja ,benarkah begitu? Jika benar kenapa sekarang baru ada suara ingin melayuputra dibela,bolih jadi sebabnya tidak lain ialah dasar ekonomi baru (DEB) telah gagal.Umno yang bertanggungjawab memperkenalkan dasar itu sejak tahun 1970-1990 telah tidak dapat mengseimbangakan ekuati ekonomi bumiputra (kecualai sebahagian daripada umnoputra),ini jelas mengikut satu fakta yang dikeluarkan Kem.Kemajuan luar Bandar menyatakan kadar kemiskinan bumiputra/melayu 8.3% berbanding India 2.9%,cina 0.6%. Statistik ini menunjukan DEB itu gagal sebenarnya. Itu pun belum lagi disebut kehilangan tanah rezab melayu dari 3 juta hektar sebelumnya menjadikan 1.5 hektar sahaja yang tinggal sekarang,jadi siapakah yang bertanggung jawab tanah tanah rezab melayu ini telah bertukar tangan? Olih yang demikian, apakah tujuan muzarah ini adalah untuk membebaskan kaum bumiputra terkeluar bebas daripada kepompong kemiskinan atau apa motifnya?

Jika hasrat muzakarah ini atas sebab ingin melihat agama islam itu terus didaulatkan, sudah tentulah satu langkah yang baik dan terpuji,dengan demikian kita perlulah mengalu alukannya. Namun demikian jika dilihat dari segi dasar ternyata dasar kedua dua parti ini berbeza,satu inginkan islam dilaksanakan sepenuhnya dalam pemerintahan dan satu lagi dilihat tidak iklas dalam matlamat untuk berpaksikan islam yang mutlak,jadi pertunangan ini sudah tentu tidak ada persefahaman yang membawa keberangkalian perkahwinan ini tidak mungkin terjadi. Jurang perbezaan fahaman kedua dasarnya jauh bagaikan langit dengan bumi.

Ada juga yang menganggap muzakarah ini hanyalah polimik politik semata mata,malah ada juga yang mengatakan ini adalah satu gimik yang mengunakan strategi PECAH DAN PERINTAH,jika taktik “ala tentera” ini diguna pakai dalam organ politik maka ianya bukanlah satu langkah yang tepat kerana risikonya bolih membantut perkembangan perjuangan parti pas itu sendiri.

Kesimpulannya rundingan (muzakarah) ini tidak bolih membawa apa apa erti selagi ada syarat syarat yang perlu dipenuhi dan dipatuhi terlebih dahulu,dalam pada itu,proses ini memerlukan usaha untuk meraih sokongan bukan sahaja dikalangan penyokong parti pas sendiri malah biarlah bersekali juga dengan mandat dari penyokong gabungan gagasan pakatan rakyat (PR) kerana ada yang tidak mahu lihat benih benih yang sudah berputik hari ini mudah rapuh dan dipatahkan olih tangan tangan yang memang sengaja tidak mahu melihat akan buahnya.Tanpa proses ini sudah pasti PR akan berhadapan dengan undi protes kerana dari riak awal telah ada yang tidak ingin bertoleransi termasuk dari kalangan ahli serta penyokong sendiri.Tidak keterlaluan ada yang mengibarat tindakan ini (ingin bergabung dengan umno) bagaikan anjing mengejar bayang bayang,yang mana akhirnya apa yang dikejar tak dapat sebaliknya yang dikendong pula berciciran.

Reaksi yang bercampur campur ini ada juga yang mencadangkan agar diperbaikikan saja hubungan yang sedia ada diantaran gabungan gagasan pakatan rakyat (PR),kerana ianya tidak membawa kerugian seumpama berbuat sesuatu yang wajib mestilah dimulakan dengan yang wajib terlebih dahulu (nak solat itu wajib akan tetapi ambil wuduk terlebih dahulu itu lagi wajib)

Paksu-difahamkan “nak melaksanakan islam dalam pemerintahan itu wajib,akan tetapi kewajiban memberi penerangan (dakwah) itu terlebih dahulu juga wajib”.

Ahad, 20 Julai 2008


Apabila sebut pelan,lalu terlintas difikiran kita sudah tentulah pelan yang dimaksudkan adalah hasil kerja seorang jurutera kerana juruteralah yang merangka pelan apabila diperlukan untuk membina sesuatu projek pembagunan,akan tetapi apabila kita mendengar pelan juga diperlukan untuk peralihan kuasa pemimpin pemimpin kita merasa ianya satu perkara baru.Akan tetapi pada hemat saya,adalah menjadi suatu perkara aneh jika satu pehak sahaja merangka,akan tetapi adalah menjadi terlebih manis seandainya orang yang ingin mengambil alih kuasa itu juga mempunyai pelan perancangan, apakah yang akan dia lakukan sekiranya dia diamanah memegang kuasa kelak.

Olih yang demikian,secara berterus terang saya nak utarakan satu pelan cadangan yang telah yang saya rangka dan cipta sendiri manalah tahu saya nanti akan terpilih memegang teraju sebagai orang akan mengambil alihnya nanti….he..he….he (satu selingan aje tu) tapi jika benar benar terjadi maka bererti saya sudah ada rangka pelan sendiri,jika tak percaya cuba tengok dan perhatikan pelan ini:-


CADANGAN PERTUBUHAN TABUNG MUAFAKAT JAMA’AH
"SKIM INFAQ JARIAH BARAKAH’

a.Sebagai salah satu punca kemajuan penjanaan ekonomi ahli CAWANGAN/ahli serta keluarga dengan konsep ‘muafakat menabung sambil menderma’.
b.Memberi tambah nilai dana individu kepada kekuatan modal secara terkumpul dari “jama’ah untuk jamaah” serta individu dan parti.
c.Menginfaqkan dana secara “collective” (kumpul dan aktifkan) dangan cara tersusun (sistematik).
d.Bersesuian dengan firman Allah taala yang bermaksud ‘ sesungguhnya Allah s.w.t tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka’ – Surah Al-Raad ayat 11.

2.SYARAT SYARAT DAN PERATURAN.

a.Diwajibkan mendaftar secara rasmi didalam ‘SKIM INFAQ JARIAH BARAKAH’ dibawah lujnah ekonomi ahli Cawangan.
b. Bayaran daftar setiap ahli sebanyak rm 3 seorang (bukan lot) serta YURAN bulanan sebanyak rm 10.00 (minima) setiap bulan atau sebanyak rm 100.00 (maksima) dibayar setiap bulan.
c. Tempoh matang selama 10 bulan atau bersamaan rm100.00 atau mengikut kadar maksima rm1000.00,mengikut yang mana lebih dahulu (jumlah bulan@ jumlah duit)
d. Imbuhan/bonus tahunan bergantung kepada kadar faedah simpanan cara islamik bank dan dari nilai tambah seperti kedai ahli,lori pengangkutan/bas/van,ladang (pertanian) hasil ternakan serta kegiatan sewa peralatan “catering” seperti khemah/kerusi meja/pingan mangkuk dan peralatan eletrik (pa system.lampu hiasan, cabel dan lain-lain).
e Sebagai salah satu daya tarikan,satu bentuk pinjaman peribadi (tanpa faedah)diujudkan.Ahli dibenarkan meminjam wang tunai diatas dasar kecemasan seperti tatkala ditimpa musyibah,kemalangan ataupun keperluan pendidikan anak-anak sekolah.Pinjaman hanya layak dipohon dengan kadar 50% dari jumlah tabungan/simpanan peribadi.Duit baki tabungan sebanyak 50% lagi dikira sebagai CAGARAN..Proses kelulusan pinjaman dalam jangka masa kurang dari 1 bulan.
f. Baki duit cagaran sebanyak 50% ini akan dijadikan modal pusingan tabung,hanya boleh dituntut secara bertulis setelah ingin berhenti menjadi ahli atau ditamatkan dari menjadi ahli. Proses permohonan dalam jangka masa 10 ke 12 bulan untuk kelulusan .(Kelewatan jangkamasa ini disebabkan wang tersebut akan dijadikan modal pusingan terlebih dahulu)
g. Keahlian akan terbatal dengan sendirinya (automatic) sekiranya gagal menjelaskan yuran atau bayaran balik pinjaman dalam tempoh sepuluh (10) bulan berturut-turut tanpa alasan dan sebab musabab yang munasabah.Baki 100% wang TABUNGAN akan dikembalikan.

3.KERANGKA PERKIRAAN (BUSINESS PLANT)

Kiraan dalam nisbah satu (1) hingga ke sepuluh (10) orang ahli adalah
seperti berikut :
a. 1 orang x rm10.00 x 10 bulan = rm100.00 @ 1 orang x rm100.00 x 10 bulan =rm1000.00 .
b. 10 orang x rm10.00 x 10 bulan = rm 1000.00 @ 10 orang x rm1000.00 x 10 bulan =rm 10. 000.00
c Anggaran bonos tahunan 5%ke10% x 1 tahun = rm 5.00 ke rm 100.00 setahun,atau mengikut jumlah peratus (persen) tabungan ahli. dan dari tambah nilai seperti rujukan dibilangan 2 perengan d.
d.. CONTOH : Bayaran balik pinjaman peribadi (tabungan maksima) pinjaman permulaan = rm500.00 dengan tempoh bayaran balik rm 50.00 + rm100.00 (yuran) = rm150.00 x 10 bulan =rm 1500..00. (Formula/cara perkiraan pinjaman minima tetap sama).
e. Urutan kadar pinjaman kedua akan dinaikkan dengan kadar 50% dari jumlah simpanan yuran dan hutang lapuk (lama) telah dijelaskan sepenuhnya.
f. Baki duit tabungan sebanyak 50% lagi dikira sebagai cagaran sekiranya gagal melunaskan hutang , wang ini akan dipotong sebagai bayaran hutang setiap bulan .Wang ini jugalah yang akan dijadikan modal pusingan tabung.

4.SIAPAKAH YANG PATUT MENGURUSKANNYA?
Sekurang-kurangnya 5 orang ahli jawatan kuasa kecil di ujudkan untuk melancarkan penjanaan gerak kerja ekonomi ini atau sebaik-baiknya 8 orang terdiri dari :-

i) Pengerusi / penolong
ii) Setiausaha/kerani
iii) Bendahari
iv) Ajk/Lujnah muamalat/ekonomi
v) Ajk/Lujnah ilmiah(pendidikan)
vi) Ajk/Lujnah amal jariah(kebajikan)
iv) 2 orang pemungut duit/pemeriksa kira- kira.*
*10% saguhati akan dibayar kepada pemunggut
duit,dipotong dari yuran ahli

5. CADANGAN (PROJEK SATU)

a . Langkah satu-Setelah terkumpul modal rm 800.00 bolih dibeli 2 ekor anak kambing dara kemudian dibuat system ‘pawah’ diberi kepada ahli yang berminat pelihara sehingga beranak.
b. Langkah dua:-Anak kambing tersebut barulah dikira hak milik ahli yang memelihara tadi ,manakala ibunya pula bolih dijual dengan anggaran kasar rm 600.00 x 2 ekor = rm 1200.00
c. Langkah tiga-Hasil jualan ini dicairkan kedalam 3 agihan:-
i) Dicairkan dan diagih kepada ahli 50%: rm 600.00 (imbuhan/bonus tahunan)
ii) KeAkaun skim jariah jemaah 30% rm 360.00 (untuk pengurusan gerakkerja dan pinjaman)
iii)Di infaqkan ke akaun Cawangan 20%: rm 240.00 (konsep menabung dan menderma.)
JUMLAH: 100% rm1200.00 (maksud tambah nilai)
d. Soalan:
i) Kebaikannya?- ahli tidak perlu banyak keluar modal.
ii)Keburukannya?-ahli yang berkenaan perlu bertangungjawab membayar ganti rugi sekiranya kambing itu mati.
* permohonan diproses mengikut angka giliran.

6.CONTOH CADANGAN (PROJEK DUA)

a. Langkah satu: katakan modal/dana terkumpul sebanyak rm5000.00, digunakan untuk bayaran muka (pendahuluan) beli sebuah anak lori “pick –up”(angkut sawit)atau van /bas sekolah.
b. Langkah dua: disewakan secara bersyarat kepada mana-mana ahli yang berminat dengan kadar rm 500.00 sebulan x 12 bulan = rm 6000.00 (rm5000.00/dana + rm 1000.00/keuntungan sewa).
c. Langkah tiga :Syarat-syarat penyewa mestilah menjelaskan hutang bulanan (finance) belian kenderaan.Segala kos kerosakan, kemalangan ,
kehilangan (kecurian)pemeriksaan Puspakom, saman trafik dan bayaran parking ditanggung olih penyewa.Masaalah penjamin adalah juga menjadi urusan penama.
d. Langkah empat: Kenderaan tersebut hanya akan menjadi hak milik penyewa setelah segala hutang “finance” selesai dilunaskan. Sebelum itu bayaran sewa bulanan hendaklah dijelaskan kepada skim jariah (Resit bayaran pinjaman "finance”
hendaklah ditunjukan sebagai bukti pada setiap bulan).
e. Langkah lima : Skim jariah hanya menerima sewa secara bersih dan diagihkan(dicairkan) kepada 3 agihan :-

i) Dicairkan dan diagih kepada ahli 50% rm 500.00 (Imbuhan/bonus tahunan)
ii) Keakaun skim jariah jemaah 30% rm 300.00 ( untuk pengurusan gerakkerja dan pinjaman)

iii) Di infaqkan ke akaun Cawangan 20% rm 200.00 (konsep menabung dan menderma)
Jumlah :100% rm1000.00 (maksud tambah nilai)
f. Soalan:
Kebaikan?-memberi kemudahan kepada ahli yang kurang mampu.
Keburukan?- sekiranya gagal membayar hutang pinjaman (finance) kenderaan akan ditarik dan penyewa selaku penama akan bertanggungjawab sebarang tindakan mahkamah atau gantirugi olih pehak bank
*Permohonan diproses mengikut angka giliran.

7. CONTOH CADANGAN (PROJEK TIGA).
a .Langkah satu-Seandainya modal/dana tabung terkumpul rm 1000.00. Bolih dibeli seekor lembu yang berharga dalam lingkungan diantara rm 1000.00.
b. Langkah dua- Disembelih dan dijual daging (berserta kulit dan isi dalam) secara runcit atau borong dengan anggaran kasar pendapatan jualan rm 1500.00.
c. Langkah tiga- Kemudian pendapatan tersebut ditolak rm 1000.00 (untuk dana/tabung)
Rm 200.00 (untuk tukang kerja/pengurusan jualan) tinggal baki rm 300.00 (untung bersih).
d. Langkah empat- Tabung hanya menerima untung bersih sahaja iaitu rm 300.00 dan diagihkan (dicairkan) kepada 3 agihan:-
i) Dicair/diagihkan kepada ahli - 50% rm 150.00 (Imbuhan/ bonus tahunan) ii) Keakaun skim Jariah Jemaah-30% rm 90.00 (pengurusan gerakkerja dan pinjaman)
iii)Di infaqkan ke akaun Cawangan- 20% rm60.00 (konsep menabung dan menderma)
Jumlah -100% rm300.00 (maksud tambah nilai)
e.Soalan
Kebaikan?–Tidak perlu diusik wang cawangan yang sedia ada.Jadikan satu pelaburan fit Deposit diislamik bank.
Keburukan?-Sekiranya pengurusan jualan mengalami keruguian
*Gerakkerja ini bergantung kepada kedudukan jumlah dana /modal tabung yang ada.

8.RENUNGAN(PENUTUP).

*Berinfaqlah kepada orang yang terikat (berjihad fisabilillah )sedangkan kamu mengenal meraka tidak meminta minta melainkan dengan apa yang kamu jariahkan (nafkahkan) sesungguhnya allah maha mengetahui (apa yang kamu kerjakan )-Al-Baqarah ayat 273.

*Sabda Rasulallah s.a.w.–Sesiapa yang menunjukan sesuatu perkara kebaikan maka baginya pahala seumpama orang yang melakukan kebaikan itu dan begitulah sebaliknya.

Paksu-Rasionalnya pelan ini sehingga ianya dicetak rompak untuk pelan pemberian “rebet tunai”. Hebatkan…..!!!

Sabtu, 19 Julai 2008

Bermuhasabah


Hari ini saya nak sentuh sedikit isu agama,walaupun saya percaya pembaca lebih arif dan lebih alim drpd saya,olih itu saya nak mengajak sdra/i sama sama bertazkirah sebagai memberi peringatan kepada diri saya sendiri kerana setakat mempunyai asas ilmu agama tidaklah mencukupi untuk menjamin sebagai pendiding kepada kita dari terjerumus melakukan dosa,akan tetapi percayalah dengan adanya ilmu agama kita mampu berolih hidayah untuk segera sedar akan kesilapan dan kesalahan dosa yang telah kita lakukan.
Betapa pentingnya kita perlu tahu kemana sebenarnya arah tuju dan perlu juga tanya pada diri sendiri apakah kita masih kabur untuk melihat landasan dihadapan benar benar bolih membawa kita kelokasi yang hendak kita tujui.Untuk mengelakkan kita tidak sesat lagi menyesatkan kita perlu kepada makanan rohani,jika makanan fizikali sahaja kita tidak pasti bolih menjamin untuk bolih keluar dari kepompong kejahilan.

Apa yang nak saya kaitkan disini kekeliruan masyarakat disebabkan kerana timbulnya pelbagai fahaman,sebagai contoh kita lihat dari sudut kepelbagaian istilah dicipta antaranya islam hadhoriah,fahaman wahabiah,fahaman qhadariah termasuklah ajaran ayah pin.Kita ketahui fahaman qhadariah banyak bergantung kepada qhodor dan khadar yang terdapat dalam rukun iman,apa yang berlaku adalah telah ditentu dan sudah ditakdirkan , maknanya berserah pada nasib semata mata.Akan tetapi jika diperhalusi ada ayat lain yang menyuruh kita mengubah nasib sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Ar-raad ayat 11 yang bermaksud “Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri menegubahnya”.Manakala fahaman Qadiani juga menafikan Jihad,sedangkan didalam al-qur”an diterangkan dalam surah Al-baqarah :190 yang bermaksud “berperanglah kamu (berjihad) dijalan allah dan jgnlah melampaui batas”.

Manakala kita difahamkan istilah Hadhari yang diberi adalah untuk tidak mengasingkan agama dengan dunia siasah (politik) disamping satu uslub (jalan) untuk golongan bukan islam dan belum islam bolih mendekatkan diri dgn agama .Jika dilihat pendekatan tersebut sememangnya baik,akan tetapi persoalannya bagaimanan pula dengan pengisiannya? apakah ianya menepati apa yang disyariat dan apa yang dituntut dalam al-qur”an dan al-sunnah? Surah Al-Baqarah :85 yang bermaksud “apabila kamu beriman,apakah kamu beriman sebahagian shj sedangkan sebahagian yg lain kamu engkar”.olih itu riwayat imam Bukhori rasulallah saw bersabda yang bermaksud “aku tinggalkan kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama lamanya selagi kamu berpegang teguh kepada kedua duanya,ia itu kitab allah (al-qur”an) dan sunnah pengajaranku”.Olih yang demikian sama samalah kita bermuhasabah dan menyucikan diri dari melakukan sebarang kemungkaran. Dalam hadith riwayat muslim berbunyi “cegahlah perbuatan keji itu dengan tangan (kuasa),jika tidak mampu cegahlah dgn perkataan,jika tidak mampu juga bencilah perbuatan mugkar itu dalam hati.tapi itu adalah selemah lemah iman. Akhirnya saya nak mengajak diri saya dan saudara/i menyucikan diri dengan mengerjakan solat,surah Al-A’ala:14-15 yg bermaksud “sesungguhnya beruntunglah sesiapa yang menyucikan diri dgn mengingati allah lalu mendirikan solat.
INNASOLA TATTAN HA ANIL FAH SA IWAL MUNGKAR…………!!!!!!

Jumaat, 18 Julai 2008

analisis menyeluruh


Salam dipagi hari.....!!
Saudara saudari yang saya hormati sekalian! Marilah pula kita lihat isu hangat dan menjadi perhatian disegenap lapisan masyarakat iaitu krisis kekurangan makanan lalu membawa kepada malapetaka kenaikan seluruh harga barang barang keperluan termasuklah minyak..Kita perlu sedar betapa bahayanya krisis kenaikan barang dan minyak ini jika berterusan kerana ianya bolih berkait dengan dengan keselamatan,saban hari kita melihat dkaca TV suasana dinegara Palestine bergolak dan berperang bukan kerana konflik atau krisis agama semata mata malah rakyatnya juga berhadapan dengan masaalah kekurangan bahan bekalan makanan akibatnya mereka bukan sahaja terpaksa bertarung nyawa dengan musuh sebenar iaitu zionis yahudi atau rejim tentera Israel malah terpaksa juga berhadapan dengan bangsa sendiri iaitu kumpulan hamas dgn kumpulan fatah.

Lanjutan drpd itu cuba kita perhatikan kronologi atau urutan kejadian sebelum berlakunya kenaikan harga minyak dan bahan makanan dinegara kita ini.Pada mulanya kita berhadapan dengan kekurangan bekalan gula diikuti dengan gandum seterusnya minyak diikuti dengan beras dan akhir sekali bermulalah episode perang kenaikan harga barang termasuk kenaikan harga minyak ketahap melampau.Pada asasnya pada firasat saya kerajaan hanya ingin menentukan bahan makanan mencukupi untuk keperluan rakyat,lalu sebagai langkah jangka pendek caranya adalah dengan menaikan harga, apabila harga dinaikkan dengan sendirinya akan berlaku lebihan stok barangan keperluan tadi kerana orang ramai terpaksa mengawal pembelanjaan keluarga disebabkan kurang mampu membeli,inilah saja jalan pintas untuk menstabilkan kembali krisis kekurangan bahan makanan yg saya sebutka tadi.persoalannya,adakah ini satu langkah bijak?apakah dengan menyarankan rakyat supaya mengubah gaya hidup dengan cara mengikat perut itu satu langkah yang wajar? Sedangkan dimasa yg sama pehak kerajaan bolih mendabik dada kononnya mereka berhasil dan bersedia memberi jaminan bahawa stok bahan makanan negara kita sentiasa mencukupi ! walhal pada hakikatnya masaallah ini akan tetap berantai rantai dan menghantui bukan sahaja bolih mengakibatkan peniaga peniaga kecil bolih kehilangan pelangan malah risikonya bolih mengakibatkan apa yang dipanggil kemelesetan ekonomi dan menaikan kadar inflasi .Apakah ianya tidak memberi infaq kepada keselamatan negara apabila rakyat rasa tertekan lalu bangkit melahirkan protes sebagaimana yang berlaku dalam perhimpunanan besar besaran baru baru ini???

analisis


Analisis
Baiklah saudara kita beralih pula kepada isu isu semasa mengikut pandangan dan analisa peribadi saya.Nampaknya seluruh rakyat Trg hari ini sudah bolih tersenyum riang kerana disebabkan baru baru ini Pak Lah telah mengumumkan bahawa royalty minyak akan dikembalikan keTerengganu,dengan pengistiharan pemberian balik 5% royalty minyak yang dinafikan semasa pemerintahan krajan Pas dulu, ini bererti segala perancangan pembangunan olih krajaan umno/bn akan berjalan lancar,malah beberapa minggu yang lalu MB sendiri telah menjanjikan pemberian wang tunai secara terus kpd rakyat trg yang berpendapatan kurang daripa rm 1.500 ringgit. Langkah ini sudah tentulah akan disambut baik olih semua orang termasuk penyokong parti pembakang.Persoalannya dengan limpahan sogokan atau umpan untuk meraih sokongan kepada parti itu sudah tentulah menjadi satu cabaran baru kepada pembakang untuk menarik balik hati rakyat kerana kebanyakan mereka telah termakan budi dan tidak kurang juga akan ada yg diugut dengan mengatakan “bantuan akan ditarik balik jika didapati ada sesiapa yang menyebelahi parti pembakang”.Kita bukan nak menghalang siapa siapa yang nak terima bantuan tersebut akan tetapi dimasa yang sama kita juga mestilah menerangkan kpd rakyat kerana akibat termakan umpan itu lalu terus hilang minat untuk bersama kita kerana mereka bimbang akan dikatakan tidak tahu mengenang budi ,sesungguhnya memang menjadi sifat orang orang melayu (khususnya) yang memang bolih dipuji dalam bab membalas budi,walhal pemberian wang itu adalah semata mata untuk menjadikan senjata atau modal untuk menutup segala kepincangan dan pemyelewengan yg mungkin akan berlaku,untuk itu marilah sama sama kita berfikir dan berikthiar bagaimana untuk
mencari formula supaya rakyat melihat parti pembakang tetap menjadi pilihan dan releven untuk membela mereka,ini jelas terbukti baru baru ini , satu majlis konvensen dianjurkan olih MAMPAT dan disertai sama olih ahli serta pemimpin pembakang turut sama menuntut agar royalty minyak dikembalikan kepada negeri terengganu.Penerangan demi penerangan perlu diberi dan diperjelaskan pada setiap masa.

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan