arkib

Sabtu, 31 Oktober 2009

Yang jauh didekatkan...yang dekat dirapatkan !

salam hormat !

Hendak mengadakan majlis makan besar sebegini kebiasaan menjadi sukar jika dibuat secara gotong royong,kerana masing masing agak sibuk dengan urusan kerja.olih itu bukan satu kerja mudah untuk menghimpunkan satu komuniti setempat walaupun usaha sebegini nampak baik terutama dapat mengeratkan hubungan sesama jiran tetangga disamping dapat mengenali kawan kawan yang baru bermastautin atau pun para penyewa sementara.
walau bagaimanapun jika ada usaha yang bersungguh sungguh ditambah dengan sedikit peruntukkan dari poket masing masing nescaya urusan caterring mampu menyelesaikan pemasaallahan yang timbul malah para tetamu hanya perlu datang berkunjung dengan berlengan tangan kosong sahaja,itu lebih nampak mudah dan "mesra kerja".


tok ayah su-bersedia jadi cattering...

Rabu, 28 Oktober 2009

risalah warta rakyat (riwayat) 28.10.2009

Terkini:-

Salam hormat !

Olih kerana malam semalam saya tidak mendapat info secara 'life' tentang mesyuarat khas pas maka dipagi pagi hari ini saya telah cuba mencari cari dengan menyemak beberapa laman blog untuk mendapatkan apa apa butiran terkini,diantara yang sempat dibaca ialah dari blog greenbox, wahhh...hebat,bukan main berapi rapi lagi luahan perasaan marahnya kerana katanya lain yang diucap lain pula yang dibuat.Memang jika diperhatikan akan gegak gempitanya guruh dilangit seolah olah bukan sahaja hujan akan turun malah seperti langit juga akan turut runtuh sama.Akan tetapi disebaliknya keputusannya seumpama tarian tidak serancak gendang yang dipalu.

Jika seseorang pemain tinju heavyweigh bertarung sudah tentu akan salah seorang akan ko atau tko,tetapi yang menang adalah promoter atau penganjurnya kerana dapat mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda,yang makan hati berulang jantung dan bermain dengan perasaan ialah penontonnya kerana sudah hampir terbelah dua hati untuk memberi tumpuan kepada siapa yang perlu difokuskan sokongan.Sikap suka memberi bola tanggung sudah tentu bolih memberi peluang kepada lawan untuk memberi"pukulan maut" ibarat orang kampung saya kata "come back fire".Begitulah perumpamaan yang bolih disimpulkan pada keputusan yang telah dibuat olih jawankuasa mesyuarat khas pas semalam.

Berbalik kepada motif untuk mengadakan mesyuarat khas yang sebelumnya cadangan untuk mengadakan EGM adalah bagi menyingkirkan mana mana pemimpin yang bermasalah dan tidak seperti EGM MCA bagi membuang pemimpin yang dilihat korup dan tidak bermoral,
Bermaksud bermasaalah disini memerlukan penghuraian dan penjelasan serta penyiasatan terperinci,maka tepat juga seperti kata TGHA perkara ini perlu disiasat terlebih dahulu (orang berkaitan yang dimaksudkan telah pun saya siasat makanya saya mempunyai sebab tersendiri untuk tidak mernyokong beliau).

Adapun lain lain agenda mesyuarat khas adalah bolih dikatakan sebagai satu medan untuk meraih kembali jawatan yang tidak "lekat" didalam muktamar terdahulu.Apa pun bertitik tolak dari situasi disini jika disoal akan ujud kronisme antara prolib dan proulama"? jwapannya tidak seharusnya ditimbulkan.Ini berdasarkan jika merujuk kepada pendekatan berhubung dengan konsep "pas for all' yang telah pun diterima ramai.Olih itu apa lagi yang kita mahu....?jadi fikir fikirkan !

ulasan akan menyusul kemudian.....
tok ayah su-pro rakyat....!

Isnin, 26 Oktober 2009

mengunjungi kawan-pakej 2







Sebenar benarnya kedatangan saya keKL ada dua pakej , keutamaan yang pertama ingin menziarahi anak yang sedang belajar diUiTM Shah Alam dan yang kedua mencuri masa dikesempatan yang ada mengunjungi kawan kawan lama yang masih tinggal dan menetap disekitar kawasan kuala lumpur (sebagaimana diceritakan didalam artikel sebelum ini).
Mengikut kata dari mulut anak saya mengatakan beliau kurang selesa untuk meneruskan pengajian setelah menamatkan dua semesta sebelum ini disebabkan pemindahan kolej tempat penginapan dari shah alam kepuncak alam hulu selangor,walaupun kesemua bangunan disini kesemuanya dikatakan bangunan baru baru malah kemudahan pasarana bolih dikata selesa namun disebaliknya pula kemudahan alat pembantuan belajar yang yang lain lain seperti perpustakaan dan kemudahan teknologi komputer masih lagi tidak seimbangan berbanding dengan infrastuktur yang ada di tempat lama iaitu diketika berada diShah Alam, maka dengan itu beliau merasa sedikit rimas dan memberi sedikit tekanan untuknya mencari bahan bahan, selain daripada terpaksa membayar sewa penginapan sebanyak rm420 satu semester tidak termasuk kos makan dan minum dan yuran pengajian yang perlu ditanggung sendiri.Olih yang demikian beliau membuat keputusan untuk mengambil 'cuti khas' balik kembali berehat dikampung untuk sementara waktu dan jika ada rezeki beliau akan meneruskan pengajian bagi sessi semester yang ketiga dan seterusnya dilain masa yang mengizinkan untuknya menyambung balik.
Terbukti memang benarlah apa keluhan dari anak saya itu kerana saya sendiri mengalami situasi dimana ketika saya berada diperkarangan kawasan penginapan pelajar saya dapati untuk menunaikan solat pun tidak ada tempat khas seperti surau mahu pun masjid,yang ada cuma sekadar berkongsi tempat didalam satu dewan makan atau cafeteria dsilingkungi dengan lindungan tabir dan disebelah menyebelahnya adalah bolih dikatakan dipenuhi dengan gerai gerai dan meja meja makan dan adakalanya ketika bersolat akan terhidu bau wangian masakan dari gerai sebelahannya.
Walau bagaimanapun saya kira tempat ini memang sesuai untuk pelajar pelajar untuk belajar (jika ada pasarana yang mencukupi) kerana tempatnya amat jauh dari persekitaran yang bolih merosakkan siasah dan sosial anak muda yang datang dari desa untuk belajar jika sekiranya kawasan belajar ini dipenuhi dengan persekitaran yang penuh dengan tempat tempat maksiat yang melalaikan,tetapi tidak disini...itulah kelebihannya !
tok ayah su-mengucapkan terima kasih kepada ketua pengurusan perkhidmatan makanan dan pengurusan hotel,Puan Sabaianah Bacok yang banyak mengambil berat akan hal elwal permasallahan para pelajar dibawah selian anda.

Sabtu, 24 Oktober 2009

mengunjungi kawan lama...zam zam ala kazam!






(kenali tuan punya warong:Down load media flast player untuk melihat wajahnya)
Disemasa dalam perjalanan dari Terengganu kesini saya sempat merakamkan gambar apa apa sahaja difikirkan didalam kepada memberi satu makna keunikan tersendiri dengan menempuh Tol yang memakan belanja hampir rm 50 lalu sampailah saya kesebuah bandar terpelajar Bangi, bandar elit dengan kepadatan penduduk yang terdiri dari penuntut Universiti berserta dengan tenaga pegajarnya,disinilah bermestautinnya kawan saya itu sejak hampir 30 tahun dahulu. Mungkin kerana beliau melihat bidang niaga makanan bolih mendapat pasaran disini makanya digagahi tenaganya untuk mengusahakan sebuah warong makan.Walaupun warong ini bukanlah satu tapak asal yang pertama baginya kerana sebelum ini beliau juga pernah membukanya disekitar bandar kajang dan Sg Besi malah pernah jatuh bangun dalam perniagaan kedai makan ini beberapa kali,namun katanya ditapak yang ada sekarang inilah bolih memberi lebih keselesaan kerana telah berjaya memperolihi pendapatan yang agak lumayan berbanding ditempat tempat lain sebelumnya.
Semangat usahawannya tidak pernah luntur walaupun kadangkala terpaksa kehabisan modal untuk memulakan satu satu perniagaan baru sehinggakan ada kalanya mahu tidak mahu terpaksa meminjam wang dari pusat pinjaman tanpa lesen dan juga menguna tenaga pekerjanya dari pendatang tanpa permit (izin) disamping terpaksa menempuh dengan pelbagai kerenah dari pehak berkuasa tempatan untuk mendapat kelulusan tatkala mula untuk merintis tanah tapak berserta kesukaran untuk medapat kemudahan asas seperti api letrik dan air. Kesungguhan dan kegigihannya itu kini telah menampakkan hasil yang cemerlang kerana telah berjaya memperolihi pendapatan dalam sekitar rm 1500-3000/sehari...woww...mengagumkan! syabas sahabatku.........
Tok ayah su-tuah ayam nampak dikaki...tuah manusia tiada siapa yang tahu...

Isnin, 19 Oktober 2009

....sambungan: ijtima' (bahagian akhir)



(imej 2:pamiran bergambar termasuk artikel dari petikan akbar)(pelancaran 4 sumber maklumat)

(video video ucapan)

(kerumun air kolah untuk ambil wudud,satu kolah kongsi ramai ramai)


(solat berperingkat secara bergilir untuk memberi ruang sembahyang yang luas)
salam hormat !
Sebenarnya inilah pengalaman pertama saya menghadiri satu majlis ijtima" kepimpinan Pas walaupun sebelum ini ianya pernah diadakan saban tahun disetiap daerah atau kawasan dinegeri terengganu namun saya tidak berkesempatan untuk turut serta disebabkan kekangan masa sendiri.Olih yang demikian apabila hadir maka saya suka meninjau dari setiap sudut samada dari segi pengurusanya mahupun pengisian atucaranya.
Penganjuran satu satu majlis besar sebegini memerlukan seorang 'arkitek perancangan' agar membolihkan ianya memberikan keselesaan dan susun atur majlis yang kemas dan tampak terancang disamping memerlukan satu kos perbelanjaan yang besar namun saya difahamkan ianya memerlukan bajet dalam sekitar rm 40ribu ke 50 ribu sahaja jika nak dibandingkan dengan program yang dijalankan olih UMNOBN sudah tentu bolih mencecah ratusan ribu ringgit,begitulah menurut jurucakap penganjur.Itulah perbezaannya,malahan para peserta mahu hadirin jemputan kebanyakan secara sukara rela mengeluarkan belanja sendiri samada dalam bentuk keawangan mahu pun tenaga,itulah kelebihan dan kehebatannya disini.
Agaknya dengan belanja yang terhad menyebabkan ada perkara penting dianggap patut diadakan tidak dapat dilaksanakan,sebagai contoh selepas sahaja ucaptama tuan guru president para peserta sepatutnya diberi minuman ringan seperti air kotak mahupun roti kering tanpa perlu beredar dari tempat duduk,maka dengan itu tidak banyak membuang masa dengan membiarkan peserta mengambil masa sendiri melilau lilau mencari warung makan berhampiran untuk mengalas perut,almaklumlah ada yang datang diawal awal pagi sudah tentu tidak sempat bersarapan terlebih dahulu,begitu juga saya lihat dengan anggota perbarisan seperti unit amal mahu nisa"turut sama sama berebut mengkerumuni penjaja untuk membeli ais batu campur cendur, kesian.... penat nampaknya mereka ini berpanas sebelum itu.
selepas ucaptama saya sempat mengikuti perbahasan dari 4 wakil,wakil pertama dari Pas kawasan kuala Terenganu,diantara intipati ucapan beliau ialah mengingatkan agar kewujudan kumpulan kumpula tertentu atau puak sebelum ini seperti team erdogan dan sebagainya tidak usahlah diamalkan menular didalam jemaah kerana penedekatan Pas for all itu sendiri lebih mensasarkan untuk satu gagasan yang menyeluruh disamping itu beliau juga menyarankan akan kepimpinan bersedia menerima konsep 'public epening" atau pun yang bermaksud menerima pendapat umum,maknanya pandangan dari pehak luaran juga perlu diambail kira.
Ucapan wakil dari Perantau terpaksa dihentikan setelah azan zohor berkumandang,para peserta beredar keMusollah yang terletak ditingkat bawah bangunan Qudsi untuk solat,disini sekali lagi kolah air di kerumuni untuk mengambil wuduk,saya sudah acap kali datang kesini untuk solat namun demikian keadaan yang masih tidak berubah ialah air kolahnya,terasa geli geman untuk berkomor kerana terasa masing masing manis dan jika dilihat dan diperhatikan didalam kolah ada perbagai anak gajah didasar seolah seperti tidak pernah dicuci dan disalin airnya.
selepas solat zohor jamuan nasi bungkus disediakan...kira kira jam 2.15 petang acara majlis diteruskan
Tok ayah su-tidak sempat mengikuti sehingga keakhir program kerana terpaksa menguruskan hal peribadi yang lain....panjang umur jumpa lagi dilain ijtima",insallah.......!

Sabtu, 17 Oktober 2009

....sambungan gambaran dimajlis ijtima (2)

Dato" Seri Tuan Guru President sedang diberi tabik hormat daripada unit amal,tapi agak pelik ketua kontinjen unit amal kakinya tidak rapat (terkangkang) semasa kedudukan 'sedia".

memeriksa perbarisan (down load media flast player untuk lihat video)
menuju kepentas perasmian

sebelum itu disambut dengan pertunjukan pencak silat
seni budaya pertahanan diri orang melayu

landskap "hijau" mesra alam menghiasi pentas utama

tok ayah su-gambaran seterusnya akan disambung.....

Gambaran disekitar majlis Ijtima': siri 1


para kakitangan yang ditugaskan untuk mendaftar kehadiran tetamu/peserta
Penyambut tetamu sedang menunggu ketibaan jemputan dipintu masuk
Khemah penempatan para jemputan tetamu dan peserta
jam 8.30 kerusi masih kosong
set alat pandang dengar disusun atur dengan jarak 50 meter diantara satu
Jam 9.00 para dif dif jemputan telah mengambil tempat
termasuk para peserta yang terdiri dari muslimin dan muslimat
wakil dari kepimpinan DAP negeri pun ada (tidak memakai alas kepala)
Kelihatan Tuan pengerusi majlis sedang mengemaskinikan pengisian agenda (sedang menulis)
Para petugas dikhemah urus setia segak dan bergaya....anggota nisa',muslimat dan unit amal sedang berbaris menunggu ketibaan para kepimpinan
jam 9.15 para kepimpinan beransur masuk kedewan terbuka (baju merah sedang menghulur tangan untuk bersalam ialah Ybhg Tuan Hj Muhyiddin:Ahli jawatan kuasa (Bendahari) badan perhubungan Pas negeri Terengganu).
Para kepimpinan sedang menunggu ketibaan YB Dato' Sri President Parti Pas seMalaysia merangkap Penasihat Pas Negeri Terengganu.(No 2 dari kanan:YB Dato" Tuan Guru haji Harun Taib-Pesuruh jaya Pas Negeri Terengganu).
Anggota Unit Amal ambil kedudukan "sedia" setelah pengumuman ketibaaan Yb Dato" seri Penasihat.Kira kira tepat jam 9.30 ketibaan YB Dato" Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
T0k ayah su-merasa bangga dan ingin mengucapkan syabas diatas semangat dan kesungguhan yang ditunjukan olih semua pehak didalam satu penganjuran majlis ijtima" yang dianggap besar dan hebat ini (memang tip top) tunggu gambaran seterusnya disiri kedua yang akan menyusul kemudian....insaallah !

Rabu, 14 Oktober 2009

ijtima':taklimat awal

salam hormat !


Terkini:
Pada malam rabu yang lalu saya dijemput kemajlis taklimat awal persiapan bagi menyambut hari ijtima' kepimpinan peringkat Negeri Terengganu,menurut pengerusi jawatan kuasa urusetia sambutan dipetik sebagai berkata kawasan Hulu Terengganu telah dipilih untuk menjadi tuan untuk sekelian kalinya setelah kali terakhir Pas kawasan Hulu Terengganu pernah menjadi tuan rumah pada tahun 1998 kemudian daripada itu pelihanraya umum ke 11 telah diadakan dan Pas telah berjaya didalam pilihanraya tersebut sekaligus bolih mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri Terngganu daripada UMNO/BN.Maka dengan ini adalah menjadi harapan Pas akan turut berjaya lagi sekali pada pilhanraya ke13 akan datang jika mengambil petunjuk dari sejarah apa yang berlaku terdahulu.Kehadiran dijangka akan hadhir seramai 5000 orang terdiri daripada perwakilan dan pemerhati dari setiap pelusuk kawasan dan DUN serta cawangan.Olih itu sebagai tuan rumah sudah tentu segala persiapan perlulah disusun atur untuk memberi keselesaan kepada seluruh tetamu yang hadir termasuk penginapan dan makan minum. Atucara majlis mahu pun tenaga kerja telah pun dikerah untuk membanting tulang bagi menjayakan majlis ini.Apa yang diharapkan lagi ialah sumbangan dari orang ramai masih lagi diperlukan samada dalam bentuk wang ringgit mahupun dari segi pembekalan bahan bahan mentah seperti beras,gula dan sebagainya.Kerja kerja merata tanah tujuan pembersihan kawasan tanah lapang untuk meletak kenderaan dan lot lot untuk sewaan perniagaan kepada para penjaja telah pun dilaksanakan.Tinggal lagi kerjasama dari semua pehak untuk menjadikan majlis ini berjalan dengan lancar amat amatlah dialu alukan,begitulah menurut jurucakap urus setia majlis sambutan.
Sementara itu jika mengikut daripada agenda majlis ijtima',daripada petikan ucaptama dato" sri President akan dibahaskan olih para wakil wakil kawasan dan juga dari Dewan dewan seperti dari dewan ulama",muslimat dan juga pemuda.walaupun bayangan intipati ucapan tidak lagi diketahui namun saya dapat mengagak perkara yang akan disentuh ialah akan keputusan Pilihanraya kecil diBagan Pinang.Maka sudah tentu ketelusan undi pos akan menjadi sasaran. Respon kepada undi pos ini akan ada pelbagai pendapat,jika selari dengan apa yang diucapkan maka tidaklah dinamakan perbahasan,lebih baik diampu dan diamimkan saja....
Olih sebab itu sebagai bekas tentera saya rasa terpanggil untuk memberi sedikit pendapat ataupun cadangan.Seperti mana pendapat saya didalam artikal saya sebelum ini saya tetap berpendirian untuk megatakan undi pos tidak perlu dihapuskan sebaliknya cadangan saya adalah lebih wajar ditambah baikkan sistem pengendaliannya.Jikalau pun ada cadangan supaya tentera dibenarkan mendaftarkan diri sebagai pemilih seperti orang awam biasa namun akan timbul pula permasaalahan lain,sebagai contoh tentera dikekang dengan batasa batasan tertentu untuk bergiat aktif dalam politik maka seandainya seseorang tentera itu mendaftar melalui egen egen parti sudah beliau akan ditohmah sebagai penyokong tegar parti dari parti tersebut.Ini tidak baik kepada kerjaya tentera kerana tentera itu sendiri ada keistimewaan tersendiri untuk memerintah sebuah kerajaan atau negara jika keadaan atau suasana dalam sesebuah negara sudah tidak aman dan terdesak,ambil sahaja contoh seperti negara Thailand dan juga Pakistan, sama ada sedar atau tidak tentera sebenarnya mesti mampu menjadi dirinya berkecuali walaupun kadangkala dilihat mudah diperalatkan. jadi fikir fikir kan.....!
Tok ayah su-mahu sama turut melihat gajah didepan mata sambil melihat kuman diseberang laut.....

Isnin, 12 Oktober 2009

UBN:berjaya semarakkan provokasi diBP....

Salam hormat !
Sebagaimana difahami pehak yang memulakan provokasi keganasan adalah datangnya dari UBN yang kononnya pemimpin mereka telah diserang (tanpa dapat dibuktikan).Bertitik tolak dari itu satu demi satu siri pergaduhan mula tercetus,yang turut sama menjadi mangsa para anggota polis yang sedang mengawasi keselamatan.Motif kejadian ialah timbul perasaan ingin membalas dendam kerana api kemarahan telah dilancarkan,disamping itu perasaan kurang yakin dan terdesak mengharapkan untuk mencapai kemenangan yang membuak buak telah menjadikan salah satu faktor pengikut atau penyokong parti UBN telah bertidak liar dan agresif. Dengan sedikit habuan yang diperolihi telah menjadikan mereka ini sudah tidak lagi peduli apa yang nak jadi dan akan terjadi kemudian...yang penting puaskan dulu hati muda yang mudah marah kurang sabar itu,tambahan pula difahamkan juga pentarbiah dari pemimpin parti tidak ada.Cuba bayangkan alangkah dahsyatnya penerimaan penduduk diDUN diBagan Pinang terhadap Pas,difahamkan PR atau Pas sendiri hanya ada satu cawangan sahaja dalam sebesar sebesar DUN atau didalam daerah mengundi telok kemang,kemudian hanya didokongi seorang sahaja tenaga pengeraknya.Ini bererti segala gala urusan parti dipikul seorang diri,jadi cuba bayangkan bebanan yang ditanggung,keadaan ini lebih teruk seumpama berada dinegeri Sabah dan serawak,yang mana pas masih belum bolih mengembangkan sayapnya dan terasa terasing terkontang konting seorang diri.
Jadi wajar atau tidak UBN mampu menerima habuan kemenangan yang agak gah disini sememangnya ramai telah menjangka pas agak sukar untuk meraih kemenangan apatah lagi undi Pos yang kabur kabur untuk memberi sokongan kepada pas tambahan pula pilihanraya kecil sebegini sudah tentu tumpuan akan lebih diberi perhatian terutama kepada "boss" undi pos yang tidak mahu dilihat 'loose control" (tidak dapat mengawal) anak buahnya....
Dari analisa kemenangan UBN olih seorang blogger http://msomelayu.blogspot.com mendapati diantara 4ribu lebih pengundi pos hanya 1ribu lebih sahaja yang menunaikan tangunggjawab mengundi secara telus selebihnya 3ribu lagi tidak dapat dikesan berada dihujung ceruk rantau mana akan tetapi kertas undinya telah masuk kekarung guni undi pos dan tetap dikira penjumlahannya. Namun begitu PAS berjaya juga mendapat sedikit tempias dari undi pos seramai 6ratus orang lebih dari nisbah satu ribu orang pengundi pos yang mengundi secara terus tadi.Ini sebagai bukti yang mengambarkan seolah undi pos memang mampu dimanipulasikan sebagai "fit deposit' untuk UBN.....jadi fikir fikirkan !
tok ayah su-kupas isu untuk buat "post mortem" (bedah siasat)...!

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan