arkib

Sabtu, 29 Mei 2010

Pembetulan ralat

Pembetulan>ini lah klip video sebenar berkaitan dengan posting sebelum ini yang bertajuk :Aktiviti sihat "anak sri adidah sup" (asas)

Aktiviti sihat "anak sri adidah sup" (ASAS)

tok ayah su- latih anak anak suka untuk menabung....

Rabu, 26 Mei 2010

selingan....(bersiri)

tok ayah su-Petikan info dari Tv arus perdana (tugas dan tanggungjawab ahli parlimen>siri satu)

Jumaat, 21 Mei 2010

Aktiviti kemasyarakatan NGO> PBTM (tambahan)

salam hormat !

saya telah banyak menulis didalam blog sejak beberapa tahun lalu ,alhamdulillah bolih dikatakan sebahagian daripada pelapuran saya telah pun diambil tindakkan secara senyap olih pehak pehak yang berwajib,antaranya masaaallah ketidak selesaan para khariah masjid dikg Tok Randok dengan keadaan masjid yang separuh uzur dan sering bocor berserta atapnya yang pecah disana sini,selepas selang beberapa ketika selepas pelapuran tersebut saya dapati masjid ini telah dibuat pembaikkan dengan mengubahsuai keadaan tandasnya,menukar karpetnya yang telah lusuh lagi berbau hapak sebelum itu serta memozetkan sebahagian pelantaiannya.

Begitulah juga dengan lapuran blog ini dengan permasaallahan satu keluarga yang tinggal dikg Tok Gebok (kampung asal saya ketika dalam kandungan ibu dan ayahda saya juga menghembuskan nafas terakhirnya dikampung ini),masaallah yang saya keutarakan ialah tentang ketidak adanya kemudahan asas jalan raya untuk masuk kerumah keluarga ini kerana terpaksa merandok air becak dan berlumpur untuk sampai,lebih malang lagi tatkala masa untuk mengada majlis majlis kenduri kendara dan sebagainya, amat menyukarkan pengunjung atau jemputan untuk hadir apatah lagi kepada warga tua..Alhamdulillah keadaan hari ini telah berubah, satu jalan telah dibina walupun belum berturap (akan datang saya akan dapatkan imej emej bergambar) .Begitulah juga dengan lapuran saya berkenaan para belia kampung ini yang ketiadaan padang permainan untuk bermain bola dan sebagainya.Hari ini padang tersebut telah pun dibina walaupun kelihatannya hanya separuh siap,tetapi malangnya wang saguhati untuk pampasan pengambillan tanah umarah rakyat tidak diberi.....

Tujuan saya memaparkan pelapuran tersebut bukanlah berniat untuk memburuk burukkan atau memberi malu kepada mana mana pehak tetapi sebaliknya sebagai untuk memberi kesedaran bahawa mereka yang sepatutnya melakukan perkara perkara tersebut telah terlepas pandang. Dengan tersiarnya paparan lapuran diblog ini sedikit sebanyak telah membantu mereka untuk mengetahui keadaan sebenar dengan lebih jelas sekaligus memberi kebaikkan kepada orang ramai secara umumnya.

Begitu jugalah dengan apa yang pernah saya sentuh dalam tulisan artikel sebelum ini berkenaan dengan intipati dan egenda mesyuarat PBTM,saya tidak menyentuh soal negara,saya tidak menyentuh soal negeri dan saya juga tidak menyentuh soal soal cawangan cawangan lain,tetapi apa yang saya keutarakan ialah soal permasaallahan cawangan PBTM cawangan Hulu Terengganu semata mata,ini kerana saya melihat sepanjang saya berada dalam cawangan selama lebih 2 penggal maka saya dapati apa yang diperjuangkan olih ahli ahlinya tidaklah begitu mendapat perhatian dari mana mana pehak,sebagai contoh untuk mendapatkan sebidang tanah pertanian pun telah memakan masa hampir 25 tahun diperkatakan,maka kerana itu jugalah sebab berbangkitnya soal pemberian tanah dan penempatan kepada bekas pasukan komunis tetapi tidak pula diberi kepada bekas tentera,cuma ada sebilangan bekas tentera disini agak bernasib baik kerana mempunyai tanah tapak rumah hasil peninggalan pusaka dari orang tua mereka, jika tidak agaknya terpaksalah mendirikan khemah sementara dibawah bawah jambatan dimana mana sungailah jawabnya,kononya dengan adanya tanah tapak rumah inilah menyebabakan sistem berkumputer melihat indidvidu seseorang bekas tentara itu telah mempuyai tanah sendiri walhal jika hendak diukur dengan nisbah keluasannya tidaklah ada ruang untuk dibuat tanah pertanian,jadi bagaimanakah kami hendak memajukan diri?olih sebab itu dalam setiap kali bermesyuarat perkara ini telah dibangkitkan sebagai meneruskan perjuangan dari generasi pemimpin yang sebelum ini sudah pun tidak ada lagi bersama kami kerana sudah kembali kerahmatullah,alfatihahah....

Selain daripada itu saya berkerjaya sendiri sebagai seorang peniaga maka sering juga didatangi para pelangan yang mengatakan mereka juga bekas tentera tetapi tidak dapat dibuktikan kerana dokumen telah musnah didalam satu bencana banjir,jadi bagaimanakah untuk persatuan menarik mereka ini menyertai persatuan?

Tok ayah su-juga hilang dukumen akuan tamat perkhidmatan tentera dalam satu kejadian kecurian pecah masuk rumah....

Ahad, 16 Mei 2010

Doa...doa jugak !



sambungan kepada artikel sebelum ini...

Salam hormat !

Saya bolih bersetuju dengan kata kata Y.A.M Dato"Tengku Putera Tengku Awang dengan katanya "berdoa tu berdoa jugak...tetapi kita juga perlu bertindak segera" (ruj:video klik yang lepas) maka kerana itulah juga saya selaku ketua Biro Agama telah membuat satu usul,berikut adalah petikan intipati kandungan ucaan usul yang telah saya bentangkan:

"Yang berbahagia Tuan Haji YDP,Ketua Cawangan,semua ahli jawatan kuasa,tuan tuan dan puan puan yang saya hormati sekalian.Berdirinya saya dihadapan tuan tuan adalah sebagai hendak membentangkan satu usul untuk ditujukan khas buat pentadbiran cawangan ini.Saya telah dipilih (bukannya dilantik) olih tuan tuan dan puan puan semua untuk saya turut sama berada didalam barisan kepimpinan cawangan.Olih yang demikian amanah yang diberikan ini tidaklah mahu saya hanya sekadar memanaskan kerusi,atau hanya sekadar menjadi pemerhati atau membangkang kepada mana mana dasar dasar yang akan dijalankan olih persatuan atau pun hanya sekadar memenuhkan majlis mesyuarat dengan hanya membaca doa semata mata.Walau pun doa itu penting dan sebahagian daripada kerja ibadat namun kita harus juga ingat firman tuhan yang bermaksud "kami tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubahnya".Pepatah melayu juga ada menyebut "yang bulat tidak akan datang bergolek yang pipis tidak akan datang melayang tanpa sedikit usaha".Malah dimimbar mimbar khutbah jumaat juga kita sering dengar Khatib berpesan "bertebaran kamu dimuka bumi Allah ini untuk mencari rezeki selepas menunaikan solat/jumaat".

Olih yang demikian,alhamdulillah kita masih lagi dipanjang umur dapat bertemu kembali pada tahun ini selepas perjumpaan kita pada kira kira setahun yang lalu,dan seandainya persatuan kita ini mempunyai pejabat sendiri sudah tentu jarak masa pertemuan antara kita akan dapat sering diketemukan dipejabat dan tidaklah hanya sekadar memakan masa dalam hanya setahun sekali seperti sekarang, sekaligus dapat menyelesaikan sebarang permasaallahan yang mungkin berbangkit dengan kadar segera, insallah.Jesteru itu jika tuan tuan masih ingat,dalam mesyuarat agong pada tahun lepas saya telah memberi sedikit "mukaddimah" akan bayangan usul yang akan saya utarakan.Jadi pada tahun ini saya sekali lagi telah diberikan peluang untuk membentangkan usul tersebut. Usul yang saya maksudkan itu ialah untuk mewujudkan "Tabung Khairat Kematian" dibawah pentadbiran cawangan yang diuruskan dibawah aktiviti "Gerak kerja Biro Agama".

Tuan tuan mungkin berfikir,ini tak ada kerja lain,asyik asyik minta duit...minta duit, untuk makluman tuan tuan,kita tidak mahu menjadi "juara susahkan rakyat",maka kerana itu tabung ini adalah berbentuk sementara,jika tuan tuan perlu menyumbang untuk tabung ini pun hanya sekadar untuk buat sementara,iaitu sementara kita memperolihi dana dari sumber yang lain, almaklumlah untuk mendapatkan sesuatu peluang seperti kata Dato" Ku Tera tadi kita perlu merebut peluang kerana kemungkinan pusat peranginan Tasik Kenyir yang sedang membangun akan dijadikan sebuah bandar bebas cukai maka sudah tentulah ianya sedikit sebanyak memerlukan kos seperti untuk mendapatkan premis antaranya kos "aggrement page dan juga kos "lowyer letter" (dengan izin) sekurang kurangnya 10 Peratus dari harga premis perniagaan tersebut. Maka dari tabungan inilah yang akan kita gunakan.Jika ada rezeki premis tersebut akan menjadi milik persatuan,jadi kita berhasrat untuk sewakan kepada mana mana ahli yang berminat,dari hasil sewa inilah akan kita masukkan kedalam Tabung Khairat Kematian,setelah kita dapat punca dan ada sumber tersebut maka disaat itulah kita akan hentikan serta merta kutipan sumbangan dari tuan tuan.

Akhirnya saya harap tuan tuan dapat memahami hasrat saya untuk menubuhkan tabung khairat kematian ini sekali gus untuk mencari satu sumber tetap bagi membolihkan persatuan mengerakkan segala aktivitinya,sekian terima kasih.

Tok ayah su-Alhamdulillah telah dipersetujui olih ahli dan disokong secara majoriti.......

Sabtu, 15 Mei 2010

aktiviti kemasyarakatan (NGO> PBTM)



Salam hormat !

Hari ini selesailah sudah Mesyuarat agong PBTM Cawangan Hulu Terengganu buat kesekian kalinya yang telah dilangsungkan didewan Rumah Rehat Pejabat Daerah,kehadhiran ahli bolih dikatakan mengalakan kerana jumlahnya mencapai 2/3 dari nisbah keseluruhan ahli.Antara kehadiran jemputan kehormat terdiri dari YAM Dato" Tengku Putera selaku perasmi mesyuarat,Pen.Pegawai Daerah sebagai mewakili Pegawai Daerah selaku Penaung Persatuan, Yang DiPertua Persatuan Negeri Ybgh Tuan Hj Abdullah, selain daripada itu turut hadir ialah wakil wakil dari cawangan cawangan lain selaku pemerhati termasuklah juga Pegawai Tadbir peringkat Bahagian.

Antara intipati mesyuarat yang bolih disimpulkan adalah seperti berikut........Tunggu ulasannya akan bersambungan kemudian.insaallah !

Selasa, 11 Mei 2010

RIWAYAT


salam hormat,
Adakalanya penyampaian khutbah seolah olah kedegaran seperti satu leteran dari ibu bapa terhadap anak anaknya sebagai contoh meminta makmum menjaga kelakuan anak anak menutupi aurat,menyuruh makmun agar selalu mengawasi anak anak supaya sering cukupkan solat lima waktu sehari semalam dan merotan jika ingkar mengikut keperluan seperti saranan ajaran agama iaitu apabila sudah cukup umur,juga meminta makmum supaya tidak sekongkol dengan musuh islam (mungkin merujuk kepada menjadi proksi syarikat upco yahudi), itulah antara beberapa intipati khutbah jumaat yang pernah saya degari.
Walaupun isinya baik tetapi apabila olahan ayatnya agak keras ianya bolih menjadikan sebahagian ibubapa yang terlibat akan kepanasan telinga mendengarnya.Almaklumlah sudah menjadi adat kebiasaan naluri semula jadi manusia sememangya tidak suka ditegur akan tetapi apabila susunan ayatnya dibuat secara pembandingan apakah antara kebaikan dan keburukan jika mematuhi larangan dan juga suruhan Allah maka disitu bolih dikata ada sedikit tarikan kemanisan dalam berkhutbah.
Politik adalah meliputan semua aspek urusan kehidupan manusia manakala yang menjadi pelaksananya adalah terdiri dari kalangan orang pilitik kepartian.Jika orang orang dari parti politik ini menyebarkan egenda politik masing masing didalam masjid sudah tentu suasana didalam masjid akan menjadi muram dan tidak mesra kerana intitiusi masjid itu kebiasaannya dikunjungi bukan hanya terdiri dari satu fahaman politik kepartian sebaliknya terdapat didalamnya daripada pelbagai bangsa yang menganut satu ajaran agama iaitu agama islam.
Tok ayah su-islam memberi rahmat kepada semua....!

Ahad, 2 Mei 2010

Promote bisnes partner (restoran sri adidah sup)

tok ayah su-mewakili tuan enpunya restoran mengucapkan terima kasih kepada Peg dari Jabatan HalEhwal Veteren (JHEV) bahagian Sosial ekonomi kerana telah membuat lawatan kerjanya kerestoran ini pada hari ini....

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan