arkib

Selasa, 28 Februari 2012

Debat: jangan menonggeng 5

Salam hormat!
Pada siri 4 saya agak bersimpati dengan rakan saya ini kerana terpaksa berhempas pula menjalankan perniagaan tetapi hasilnya orang lain yang kaya walaupun begitu beliau ini sendiri pun kaya juga tetapi pada masa yang sama dibelenggu dengan hutang piutang yang tiada berkesudahan.Masaallah ini saya kira bukan sahaja dialami olih beliau seorang saja malah ramai lagi yang turut menghadapi nasib yang sama dengannya.

Saya juga turut menceritakan pengalaman sendiri bagaimana apabila ada orang lain melihat kawe bolih maju berniaga maka akan adalah pula perasit perasit yang akan mengambil kesempatan untuk menghisap darah.Orang kampung saya panggil jenis pokok dedalu,spesis pokok ini suka hidup menumpang pada dahan pokok lain,dalam pada itu secara senyap senyap dia akan turut menghisap segala meneral dan segala macam zat kalsiam yang ada dipokok yang ditumpangnya itu,"dedalu" ini lebih mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan nasib masa depan pokok tumpangannya dan jauh sekali untuk memikir akan nasib dirinya sendiri.Itulah kelemahna dan kebodohan dedalu ini.Wal hal pokok tumpangan itu akan mati disebabkan perbuatan jahatnya maka dengan sendiri dia juga pun akan berkubur sama."Begitulah yang terjadi pada kawe"saya menyambung kesah sendiri.Bagi seorang peniaga yang menjalankan perniagaan dikampung pendalaman jika pendapatannya bolih mencecah seribu ringgit sehari maka perniagaannya bolih dikira Okey dan sudah bolih dikatakan hebatlah.Dengan kehebatan itulah kawe telah cuba di'pancung" dengan pelbagai cara.Salah satunya caranya degan menaikkan harga barangan pada tatkala setiap kali kawe pergi keluar berbelanja untuk mendapatkan bekalan.Pehak penguatkuasa bukan tidak tahu perkara ini malah pada setiap kali kawe berbelanja kawe pernah terserempak dengan para pengawai ini yang konon membuat pemantuan harga.Malah.menurut tuan punya kedai runcit itu sendiri para pegawai ini mengambil rekod rekod apa apa jenis barangan yang didapai telah naik harga pada hari itu.Jadi untuk apa semua itu? Kalau dah sah naik harga kenapa tidak dibenteras atau hanya sekadar buat kerja tatkala ada aduan dari penguna sahaja? atau pun  jangan jangan turut sama bersubahat disebabkan olih arahan arahan dari "perasit perasit" tadi? Inilah sebabnya kawe tidak bolih sema sekali menerima amalan kerajaan perasit ini."begitulah lebih kurang cerita keluhan saya pada saing saya itu. Lalu diberikan jawapan pada saya dengan rengkas dan tidak menyakinkan . "kawe nasihatkan demo agar berhijrah ketempat lain saja"katanya.Persoalannya bolihkah saranan beliau itu saya ikuti?   bersambung....

Sabtu, 25 Februari 2012

Debat:jangan menonggeng 4

Salam hormat!
Didalam debat pada siri 3 yang lalu saya telah menerangkan sedikit sebanyak akan pandangan sahabat saya ini berkaitan dengan permasaallah yang akan timbul jika hukuman hudud dijalankan,jadi tidak perlulah saya ulangi lagi,saya percaya apa yang diucapkan itu adalah sebagai penyambung kepada lidah lidah pimpinan umno, maknanya sudah terang lagi bersuluh dasar perjuangan Pas tidak sama sekali sealiran dengan umno sebabnya apa yang saya dan rakyat juga telah difahamkan bahawasanya hukum hudud adalah salah satu dari egenda Pas.Soal bolih atau tidak untuk hendak direalisasikan itu adalah masalah lain.Mungkin ada syarat atau kretiria kretiria lain yang perlu diambil kira terlebih dahulu contohnya keperluan untuk mendapatkan 4 saksi yang maksum mungkin bolih menjadi kayu penghalang kepada perlaksanaan dan sebagainya..

Jadi berbalik kepada soalan debat bodo bodo seterusnya saya bertanya lagi "apakah demo bersetuju jika kawe kata Uno/Bn sebagai sebuah parti politik yang telah diberi mandat untuk menjadi kerajaan tetapi telah mengabaikan tanggungjawabnya untuk membendung perlakuan perlakuan  yang diluar normal normal kehendak keagamaan,malah dilihat seperti mengalakkan lagi kegiatan tidak senonoh ini berleluasa contohnya aktiviti sex diluar tabii diantara lelaki sesama lelaki,menujudkan pusat pusat hiburan yang mengkhayalkan dan sebagainya lagi,sekaligus bolih menyebabkan anak anak remaja kita bolih terjebak dan terpalit sama,jadi apa pandangan demo?

"Soal mendidik ahli keluarga termasuk anak anak kita ini tidaklah bolih nak disalahkan kepada orang lain,itu semua atas tanggungjawab sendiri sendiri" Lalu saya mencelah "mana bolih untuk tidak dikaitkan dengan orang lain,kalau persekitaran itu penuh dengan kekotoran maka sedikit sebanyak dengan sendirinya bau kekoran iu akan melekat dan berjangkit kepada orang yang berdekatan juga" tambah saya.Lali dijawab
"Untuk makluamat demo...kawe berani kata begitu apabila kawe lihat anak kucing dirumah kawe pun pandai berak didalam tandas,itu binatang tetapi bolih faham jika diajar,apatah lagi manusia".Tambahnya lagi "anak anak lelaki kawe tidak ada yang mengikut jejak langkah perangai buruk kawe yang suka merokok, begitu juga dengan anak gadis tidak pun terikut dengan fesyen fesyen yang menjolok mata,masih tahu berpakaian sopan,jika nak dikatakan disebabkan persikaran kawe rasa itu tak betul,sebab tempat kawe duduk ini diBanggi dan jaraknya amat paling hampir dengan pusat bandarraya."Okeylah kalau demo tak setuju kerana masallah sosial tidak berjangkit dengan keluarga demo,tetapi adakah itu memadai,bagaimana dengan amalan amalan lain,contohnya.solat dan sebagainya,bagaimana?tanya saya lagi."Kalau demo nak tahu...baru sebentar tadi kawe baru balik dari satu majlis tahlil".keh...keh...keh....nak tergelak dan tersenyum sendiri saya mendengar jawapan dari kawe saya itu.

"Kalau begitu maknanya demo sudah selesa dengan suasana kehidupan dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat?" saya cuba "spin"nya lagi.,maka tidak ada sebab demo tak mahu sokong kerajaan PR?".
Lagi sekali dia menjawab dengan nada yang agak tinggi,mungkin disebabkan saya menyebabkan perkataan PR itu kot."Sebenarnya macam ni,kawe duduk duduk tinggal dan berniaga disisni pun  bukan baru lagi,kawe bermula dizaman kerajaan BN dulu lagi,kawe tidak bergantung dengan parti  mahupun projek dari kerajaan mana mana pun.Malah modal berniaga pun kawe usaha cari sendiri,kalau dah terpaksa kadang kadang dengan AhLong pun kawe buat pinjaman."(Dalam hati saya tertanya tanya juga,kalau begitu mana perginya Melayu yang dilaung laungkan itu/?dalam masaallah ini kenapa melayu tidak mahu tolong melayu?)

Saya mencelah lagi sekali "Pinjam Along?itu tidak baik sebab mengalakkan pinjman riba",nanti susah nak cari keberkatan,lagi pun demo akan dilihat indah khabar dari rupa,nampak kaya tapi hakikatnya hutang banyak"saya cuba panaskan suasana dan menghentam dia.keh...keh...keh..."Lagu nilah...(dia cuba slowkan sedikit volium) "kawe nok royat satu cerita pada demo,kesahnya bermula apabila ada seorang yang amat berpegang teguh dengan khodo khadar dengan mempercayai setiap kerja buat akan mendapat pertolongan dari Allah,pada suatu hari rumahnya telah dilanda banjir,lalu datang orang kampung beri nasihat agar dia segera berpindah,tetapi orang itu engkar dan menjawab dengan angkuhnya dengan mengatakan tuhan ada dan dia yakin tuhan akan membantu menyelamatkan dia,Pada masa yang sama keadaan paras air banjir semakin naik.lalu dia juga menaikkan dirinya duduk diatas tangga yang agak tinggi sedikit,datang lagi sekumpulan penyelamat berperahu yang cuba hendak menyelamatkan dia,tetapi orang iru masih juga enggan berpindah dengan alasan yang sama iaitu tuhan ada bersama dia,berikutnya tangga tempat tinggi yang dikatakan selamat itu pun telah turut ditengelami air,lalu oarang itu memanjat dan duduk diatas bumbung rumahnya pula.Tatkala ini datang lagi sekali penyelamat dengan helikopter kerana masih mahu menyelamatkan dia.Tetapi orang itu bukan setakat keras keras kerak tetapi keras kepala sekali dan tetap degil dengan pendiriannya iaitu beranggapan tuhan pasti akan tolong menyelamatkan dia.Akhir ceritanya orang itu tidak dapat diselamatkan lagi dan terus hanyut bersama sama dengan anggan anganya"begitulah saing kawe ini mengaakhiri ceritanya.

.Jadi moral cerita apa? Moral ceritanya berbalik kepada pinjaman tadilah,kalau dah ada orang nak bagi pinjam tu maka ambil sajalah kerana itu adalah pertolongan dari tuhan juga,jika tidak akan jadilah seperti kesah siorang banjir tadi,walaupun tuhan telah mengerakkan hati penyelamat untuk membantu dia tetapi dia masih yakin yang pertolongan tuhan akan datang dengan sendiri.Persoalannya adakah itu satu cerita rekaan atau dari cerita hadith yang bolih dibuat tauladan?

masih bersambung.....

Khamis, 23 Februari 2012

Debat:jangan menonggeng 3

salam hormat!
Dalam siri yang lalu saya telah menulis untuk menceritakan bagaimana bunyinya suara seorang sahabat lama yang berdebat dengan saya tetapi prinsip dan pendiriannya tatap dari sejak dulu kini dan mungin selamanya akan tetap bersama sama dengan Parti politik kesayangan itu iaitu Umno/BN. Kali ini saya akan mengupas secara lebih langjut lagi.Tegasnya belaiu juga tidak bolih menerima cara dan juga Dasar Parti Pas/PR.Apatah lagi dengan kaedah Negara Berkebajikan yang hendak diperkenalkan  olih Pas itu.Katanya contoh sudah ada,dizaman Mantan PM Pak Lah banyak agenda kebajikan yang dibuat,walaupun namapak baik tetapi apabila tidak seimbang maksudnya banyak aliran wang yang keluar tetapi yang masuknya kurang maka deposit akan jadi meningkat dan lambat laun akan bolih jadi bagkrap.Lalau saya jawab "kebajikan zaman Pak Lah kalau di Terengganu ini banyak kepada membina Masjid,apakah itu tidak baik? soal saya."Betul....tapi tengok pula yang siapa yang membiayainya,taukey taukey cina,dan mereka ini tidak akan akan memberi saja saja begitu jika tidak ada kepentingan tertentu disebaliknya.Salah satu kesannya ialah dengan menaikan harga barang kepunyaan tauke tauke itulah".Saya kata "kaedah Kebajikan Pas ini bukan dengan sokongan dari taukey taukey,sebaliknya dokongan olih rakyat,apabila rakyat sudah sokong maka akan payahlah sesebuah kerajaan itu ada resiko bangrap"

Saya kata lagi "macam mana saya hendak sokong BN sebab harga minyak pun naik sokmo,sedangkan kita sebuah negara pengeluar minyak,contohnya jika kita menanam padi,kemudian bila kita jualkan jika bernasib baik pada masa itu kalau harga pasarannya tinggi maka kita akan dapat untung lebih,tetapi tidak berlaku dengan jualan minyak,alasan katanya harga pasaran minyak dunia naik,tetapi untung jualannya mana?. Jawab beliau "harga minyak tu masih rendah lagi jika hendak dibandingkan dengan negara jiran kita.Lagi pun kita jual jual minyak yang masih kotor belum bertapis,saya cuba memotong cakap "kalau begitu samalah dengan jualan air kita keSingapura,jual dengan harga beberapa sen sahaja tetapi apabila negara itu proses dijadikan air bersih lalu dijualkan balik dngan kita dengan harga yang berlipat kali pula,begitukah yang demo maksudkan?"


Beliau menambah lagi "kita tertakluk kepada perjanjian,contohnya perjanjian kita dengan pehak British semasa hendak menuntut kemerdekaan dulu, Demo tahu kenapa sebabnya kita masih perlu membayar wang perlindungan keselamatan kepada negara tersebut?,tanpa saya jawab belaiu terus menjelaskan "antara sebabnya kita mahukan ada sekutu yang bolih menjamin keamanan supaya tidak mudah diusik orang" samalah dengan kawe,apabila ada kawan,jika ada pehak yang cuba hendak membuat kacau perniagaan kawe,pehak pengacau itu akan merisik tanya dulu,kawe ni kloni sapo?seandainya kawe berseorangan tidak campur berkawan dengan siapa siapa jadi mudahlah kita kita akan jadi mangsa mereka"begitulah anologi saing kawe ni.

Sebagai satu contoh lagi katanya "kita lihat pula undang undang yang diluluskan diParlimrn itu hanya terhad kepada  urusan pentadbiran didalam negara sahaja,contohnya penguat kuasaan ndang undang Jalan Raya dan sebagainya akan tetapi bila mencakupi kepada hukuman bunuh,kita perlu juga mendapatkan kelulusan dari  Mahkamah Antara Bangsa,buktinya hukuman bunuh bagi kesalahan dibawah akta Dadah yang melibatkan warga asing"katanya.Lalu saya soal dia balik "kalau begitu maknanya negara kita masih belum berdaulat dan merdeka sepenuhnya? dan undang undang yang demo dinyatakan tadi tu adalah ciptaan manusia dan bukanah dipetik dari agama,begitu? Beliau memberi jawapan dengan nada yang akan tinggi dengan menerangakan faktanya seperti lebih kurang begini bunyinya:
 
"Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidak adilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. . Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW, orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran. Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.
 

Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan. 

bersambung.....

Isnin, 20 Februari 2012

Debat Jangan menonggeng 2 (sambungan)

Salam hormat!
Segaja saya melewar jauh sedikit membuat muqahdimah terlebih dahulu sebelum saya menulis akan butiran perkara tajuk sebenar.Jika dalam siri yang lalu saya telah membongkar sedikit sebanyak tingkah kelakuan saya disemasa keci sehinggalah kealam remaja.Kali ini saya hendak mengimbas pula kenangan bersama sama rakan seperjuangan disemasa dalam perkhidmatan tentera dahulu.Saya mempunyai ramai kawan kawan tetapi diantara ramai ramai itu ada seorang kawan yang agak istimewa sedikit.Beliau ini amat akrab dan bolih dikatakan macam adik beradik sendiri,sudah serasi bagaikan isi dengan kuku.Namun begitu kini kami tidak seperti dahulu lagi,Masing masing telah terpisah dengan membawa haluan hidup secara sendiri sendiri.Jika teringat kami akan berhubung samada melalui telifon atau melalui alatan media baru seperti diFaceBook.Rakan saya ini juga adalah bekas anak murid kepada Che"Gu Ismail Mamat bekas ADUN Kemuning.Bolih dikatakan hampir kesemua anak beranak terdekatnya termasuk bapa saudara,sepupu sepapan merupakan kenalan rapat malah pada suatu ketika pernah menjadi orang kuat atau tulang belakang disebalik politik Che"gu Ismail itu.Olih kerana itu tidak hairanlah apabila semalam apabila saya berhubung dengan beliau melalui telifon dan kami sempat berdebat sedikit mengenai halehwal politik semasa maka beliau tetap membuat pendirian dengan katanya "Dulu kini dan selamanya dia  tetap bersama UMNO".Kalaulah begitu kami berdua terpaksa putus kawanlah...atau macam mana?

Memandangkan kawan saya ini juga ada memegang beberapa jawatan parti diperingkat cawangan di salah satu seksyen diBahagian Bangi,Selangor jadi sudah tentulah beliau ada sedikit maklumat yang bolih saya ketahui darinya.Soalan pertama yang saya ajukan kepadanya ialah "mengapa dia tetap masih mahu memilih Parti Umno"? jawapannya "kawe mahu berjuang untuk tanahair dan bangsa"tanpa ditanya dia terus menambah "demo tengok diKelantan,semenjak Pas memerintah berapa banyak rakyat luar khususnya bangsa cina telah masuk bertapak"saya tanya lagi "dekat mana tu? jawabnya diTunjung jajahan Kota Bharu.pada asalnya disini terdapat satu projek pembangunan yang kononya mampu dimiliki olih semua termasuk olih orang melayu,tetapi kesudahannya apa jadi? olih kerana projek yang telah lama siap itu tiada pembeli dari kalangan orang melayu sebebnya berkos tinggi,akhirnya status jualan untuk orang bumiputra dihapuskan, Untuk mengelakan pemaju rugi kerana tiada pembeli maka projek itu telah dibuka untuk kaum cina Jadi Kelantan sekarang ini tidak lagi seperti Kelantan seperti 20 tahun dulu"katanya.Saya cuba menarik perhatiannya supaya dia turut sama tengok sama tentang perkembangan yang berlaku diJohor. Apakah tanah diJohor mahupun premis pambangunan tidak dimiliki olih bangsa asing khususnya bangsa cina dari Singapura?Soalan saya itu dijawab pakai rambang saja,katanya"diJohor pun ada tetapi kawe percaya disana beri kebangsa asing secara sewa mengikut tempoh tertentu dan bukannya jual secara kekal? ehhh...begitu pulak....betul ke? saya kata "samada sewa atau pun jual bererti kalau sudah menjadi hak orang maka akan susah sikit untuk kita mengambil balik, apatah lagi jika orang itu seorang yang berduit" Saya bertanya "apa jadi dengan tanah keretapi diGelang Singapura? dalam pada itu pun kenapa kita masih membiarkan Pasukan tentera dari negara itu memperolihi tanah diJohor untuk tujuan kawasan latihan mereka? Lalu dijawab Pasukan tentara laut kita juga pun pernah berlatih diwoodland sana.

Demo tengok pula kerajaan Pakatan Rakyat diSelangor,beliau menambah kata,Pada asalnya kerajaan PR selangor mahu meletaakkan bangsa Cina sebagai Timbalan Menteri Besar,walaupun negeri lain idak ada jawatan timbalan menteri besar tetapi diSelangor hendak diadakan jawatan tersebut,kemudian hendak diberi kepada bangsa cina pulak tu.Cuma Negeri Selangor masih bernasib baik kerana Jawatan Timbalan Besar seperti yang dirangcangkan olih kerajaan PR itu tidak menjadi sebab tidak diperkenankan olih kebawah Duli alSultan.Olih kerana itu katanya"jika ditakdirkan Malaysia ini berjaya ditadbir perintah olih kerajaan pakatan Rakyat, kawe pasti akan ada tuntutan olih Cina DAP untuk memegang Jawatan Timbalan Perdand.a Menteri,itu yang kawe tidak setuju,lalu saya mencelah "tidakkah ada pemimpin melayu dikalangan Parti Pas? atau tidakkah bolih dibuat 2 jawatan timbalan,satu dari PAS dan satu dari bangsa cina atau dari parti DAP? saya cuba menduga,tetapi tidak ada jawapan balas....

jangan lupa ikuti sambungan siri debat ini,kerana banyak lagi perkara yang akan disentuh termasuk dasar parti

Sabtu, 18 Februari 2012

Jangan menonggeng....

Apa itu menonggeng? kenapa ianya dilarang? tunggu ulasannya akan menyusul
Terkini:
Mengimbau kembali zaman zaman kanak sehingga kealam remaja pastinya setiap orang akan melalui saat saat suka dan duka masing masing.Begitulah dengan diri saya,sebagai anak yatim sudah tentulah banyak duka dari suka yang sering dilalui.Masa yang dilalui tidaklah sama dengan  orang lain,jika mereka merasai nikmat kasih sayang dari seorang ayah tetapi tidak  pada saya kecuali hanya dari seorang nenek sahaja,namun begitu segunung penghargaan yang tak terhingga dan tak mungkin terbalas atas jasa jasa nenek itu.Selain dari memberi keperluan makan pakai serta membiayai persekolahan, Nenek juga tidak ketinggalan memberi kata nasihat,diatas nasihatnya masih tertanam terus dikepala ini dan ada pula yang telah terlupa bagaikan air jatuh kedaun keladi.Diantara kata katanya merupakan banyak berkaitan amalan doa dan juga petua melayu.Doa untuk menaiki kenderaan darat dn juga kenderaan diair terus melekat diminda sehingga kini.Diantara petua petuanya pula bagaimana hendak mengunakan cangkul agar tidak terkena kaki semasa menyangkul selain memberi sedikit doa disemasa hendak memulakakn menanam biji  benih tureut diajarnya.

Diantara tip atau pun petuanya yang lain ialah bagaimana hendak menghadapi lawan jika  ditakdirkan terpaksa bergaduh,saya tidak bolih tulis disini kesemuanya nanti disalah anggap bolih mengalakkan orang lain bergaduh pula,sebab itu pada suatu malam ketika balik dari mengaji alqur"an tiba tiba sekumpulan dari pemuda kampung lain telah datang menganggu tetapi dapat saya atasi dengan hanya mengunakan teknik membaling pasir kematanya.Akhir pengacau itu lari lintang pukang.Bukan bererti saya ini hero tetapi dek kerana tektik yang diberikan olih nenek sedikit sebanyak dapat juga saya gunakan.Saya juga hantu keluar malam,sebelum mata mengantuk saya dan rakan rakan sering lepak lepak diwakaf (tempat menunggu bas) ditepi jalan besar sambil borak borak kosong, Wakaf yang sering jadi tumpuan kami ialah dihadapan kedai Arwah tok imam Hj mamat Kg.Kemuning.,kadang kala orang tua juga ada tumpang dengar sekaki.. Diantaranya arwah ayah kepada Che"Gu Ismail iaitu bekas ADUN BN.namanya Mamat juga.Diantara kata kata siarwah ini yang masih ingat sehingga kini ialah "kalau nak bagi orang tengok kita cerdik kita juga kena jadi seorang yang kaya" katanya.Mungkin kata katanya itu ditujukan kepada saya sebagai perli almaklumlah siapalah saya pada masa itu,sudahlah miskin anak yatim pulak tu.
Sekarang ini pun saya juga tidaklah sekaya mana pun... keh...keh...keh....maknaya saya masih tidak cerdiklah kalau nak dikira dengan anologi siPak Cik Mamat itu tadi. hu...hu...hu....cedih dan malunya aku. Che'Gu We (ismail) tentu tersenyum jika dia membaca tulisan saya ini kerana melibatkan diri arwah ayahnya,
harap harap dia tak bersikap pogoh sepert dulu dulu.Dari apa yang saya kenali belaiu ini seorang yang bersikap mudah panas baran juga, pernah saya dengar dari bekas anak muridnya yang sering kena makan penampar jepun,maklumlah beliau juga seorang guru disiplin disekolah.Menengah Keb.Machang.Manakala saya pula menjadi seorang pemain bola (simpanan je  keh...keh...keh...) dengan pasukan pemuda sriKemuning dibawah pengurusan beliau.Sebab itu saya sering mengikuti khabar perkembangan belaiu,malah saya kenal siapa orang kuat politik disebalik belakang beliau walaupun dia sendiri tidak tahu yang saya tahu mengenainya,Bersambung....

Sambungan:
Saya masih lagi mahu menulis dengan mengimbas kembali berkaitan kehidupan dizaman kanak kanak sehingga diperingkat umur remaja saya.Walaupun ada diatara kenangan lalu itu telah jadi ingat ingat lupa dan kabur kabur namaun didalm beberapa peristiwa ianya tetap kekal tersemat didalam kepala seolah olah seperti baru sahaja semalam dianya berlaku.Bila bercakap tentang sukan selain badminton yang menjadi permainan kegemaran saya yang  nombor satu, bola sepak juga merupakan  permaianan nombor dua saya,

Pada asasnya saya hanya aktif bermain bola sepak sekadar suka suka terutama disebelah petang, bermain bersama sama kawan kawan dan adakalanya sekali sekala mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan pasukan dari kampung yang berdekatan.Padang permainan kami  ialah dipadang tinggalan sebuah sekolah agama rakyat yang telah ditutup.Saya sendiri tidak tahu kenapa sebabnya sekolah tersebut ditutup tetapi pada masa itu bangunan kayu 2 tingkat masih gah ada lagi ,malah disinilah seingat saya berlakunya sejarah himpunan perdana Pasukan Pemuda Tahan Lasak Umno diera lewat akhir tahun 60an,
Jadi sebagai mengenang nostalgia peristiwa kedatangan Perdana Menteri kesini pada waktu itu maka saya mahu mencadangkan kepada Kerajaan Negeri Kelantan pada hari ini supaya dapat membina satu stadium disini,Ditempat ini juga terkenal dengan nama jolokan "kubur Minah",.menurut ceriata sejarahnya nama jolokan itu diberi kerana terdapat sebuah kubur seorang wanita yang warak lagi alim tetapi telah mati dibunuh.(macam sejarah permaisuri diPulau Langkawi) Harap harap cadangan ini dapat diperkenan dan dipertimbangan....bersambung lagi

Ahad, 12 Februari 2012

seramnya suara burung maalaf 4 (akhir)

Salam hormat!
Didalam siri yang lalu saya menulis tentang nama nama melayu yang unik dan pelik pelik khususnya di negeri Terengganu tetapi saya tidak sentuh berkenaan dengan loghat atau dialek pertuturan mereka sebab saya sendiri pun tidak berapa fasih sangat cuma sekadar satu dua ayat tu bolih lah,contohnya "mu wak pende tu? " yang bermaksud "engkau buat apa tu?".dan "benda ape kejaang?" yang bererti "buat kerja apa?"  bagi mereka yang tidak biasa dengar cara bunyi pertuturanya seperti itu sudah tentu akan terasa janggal seolah olah seperti kena herdek kerana nada bunyinya  agak kasar tetapi sebenarnya tidak, cuma ia sudah menjadi kebiasaannya begitu iaitu cara gaya mereka bercakap sahaja.

Itulah sebabnya ada pendapat mengatakan bahasa melayu itu sebenar mengikut bahasa pasar atau dialek mengikut negeri masing masing,Lain tempat lain dia punya dialek,Olih yang demikian  adalah satu langkah yang baik saya kira bagi para pemimpin yang terdahulu kerana telah menyeragamkan bahasa melayu ini menjadi satu bahasa standard untuk diguna pakai olih semua rakyat menjadi satu bahasa resmi dengan nama bahasa kebangsaan atau jika diperingkat sekolah dipanggil Bahasa Malaysia, Selain dari itu dapat disatukan sabagai bahasa perhubungan dengan bangsa bangsa lain yang ada diNegara Malaysia ini,

Saya sendiri pun disemasa dibangku sekolah dahulu walaupun mengunakan bahasa Arab sebagai pengantara namun bahasa Malaysia tetap mendapat keputusan kepujian didalam peperiksaan selain bahasa Arab itu sendiri.Yang tidak bolih saya lupa ialah apabila setiap kali pulang dari sekolah saya tetap memperuntukkan sedikit duit untuk membeli akbar berbahasa melayu,sehinggakan saya dimarah dan dicemuh olih saudara mara yang terdekat dengan katanya suka membazirkan duit beli surat khabar yang tidak memberi faedah bagi seorang pelajar,Tetapi alhamdulillah dek kerana kerajinan saya membaca akhbarlah maka saya rasa saya bolih membuat karangan bahasa Malaysia dengan baik pada ketika itu.Tetapi hari ini fikiran saya dah agak berkarat sedikit... keh... keh... keh.... sebab sudah lama tinggal menulis, agaknyalah. 
Peristiwa kedua yang tidak pernah saya lupa ialah bergaduh dengan rakan sebilik bujang gara gara berebut untuk berkongsi baca akhbar milik kawan tersebut,memanglah salah saya tetapi olih kerana kawan saya itu terlalu sombong, mentang mentanglah dia punya, hendak dipinjam baca sebentar pun tidak bolih,itulah sebabnya saya rasa geram dan naik sekh,dahshat juga kalau sudah ada minat membaca malah bolih menjadi ketagih pula.

Faktor kedua timbul minat membaca ini saya rasa adalah kerana darah keturunan disebelah datuk saya, bukan hendak dipuji cuma saya hendak kaitkan sedikit perihal perkara tajuk yang dikatakan agak seram itu.Menurut cerita daripada mulut arwah nenek saya mengatakan,datuk saya ini sememanglah seorang pemburu ilmu, bukan ilmu hitam bukan ilmu persilatan tetapi ilmu keagamaan. Dizamannya itu tidak ramai orang yang alim untuk dijadikan guru mengaji,dan jika ada pun jaraknya agak jauh berpuluh batu dari tempat tinggal, olih kerana kecintaan beliau kepada ilmu agama, beliau tetap pergi juga walaupun jauh,dimasa itu kenderaan berinjin pun tidak ada,kalau tidak berperahu ikut sungai maka berjalanlah ikut jalan darat, tinggallah  dia dirumah pondok guru itu untuk tempoh tertentu kemudian sesekali balik lepas itu pergi lagi, berulang alik memakan masa bertahun juga lamanya. Membawa galas bekalan ala kadar seperti beras,garam dan juga ikan kering masin.

Hendak dijadikan cerita pada suatu hari didalam perjalanan disuatu kawasan hutan berbukit yang sunyi tiba tiba hujan turun renyai renyai,bertolih dia kiri dan kanan lalu ternampaklah sebuah pondok kecil,didalam hatinya terfikir bolihlah singgah sebentar untuk tumpang berteduh.....
bersambung.

terkini:.. 
Dihampiri pondok itu sambil mata melilau tengok keatas rumah dan hati tertanya tanya adakah pondok ini berpenghuni ataupun pondok kosong dusun,tiba tiba terasa bahu dipegang dari belangkang, puhhh.... semangat....terperanjat sakanlah "anok nok cari sapo?" tanya lembaga itu,Datukku tidak menjawab sebab masih tergaman dan terkejut sebaliknya ditanya balik "nenekkah yang tinggal dipondok ini? dibahasakan dengan panggilan nenek sebab baya nya sudah agak tua serta bongkok bertongkat pulak tu,kalau dalam drama melayu sering dipanggil nenek kebayan.begitulah lebih kurang."ambe nak singgah tumpang berteduh hujan sebentar" sambung datuk."tak apalah...marilah naik keatas dulu"pelawa nenek tersebut tanpa menjawab apakah ini pondok tempat tinggalnya.Bagaikan ada suatu kuasa lain yang mengerakkan datuk lalu terus sahaja mengikut nenek tersebut untuk turut sama naik keatas rumah.""anak duduklah dahulu nenek nak buatkan air nanti kita bolih sama sama minum" "ahh..tak payah susah susahlah nek"datuk cuba menolak pelawaan Sekejap selepas itu keluarlah nenek tersebut dari dapur dengan membawa secerek air dan beberapa ketul ubi kayu rebus,"nah...minum dulu dan makan ubi tu" ujar nenek itu seolah seperti mengarah dan memaksa pulak datuk supaya makan minum dulu,Untuk tidak tidak menghampakan permintaan nenek itu maka dijamah dan diminumlah air itu seteguk dua.Sruupp..rasanya enak dan sedap tak terkata.

Dipendekkan cerita.setelah hujan pun reda diminta dirilah dulu untuk meneruskan perjalanan yang terhenti tadi tetapi sebelum itu nenek masih lagi bermurah hati untuk memberikan sesuatu kepada datuk ,dibungkusnya  pemberian itu didalam bucu kain semutar kepala datuk,"Buat penawar" katanya rengkas.Setelah mengucapkan terima kasih tanpa mengsyaki apa apa lalu diteruskanlah perjalanan.

Seperti biasa selang beberapa lama selepas itu datuk masih juga melalui jalan yang sama untuk berulang alik kelokasi pondok pengajiannya.Didalam perjalanan teringin juga untuk dia singgah lagi sekali dipondok itu dulu, tetapi alangkah dukacitanya dia kerana pondok itu kini sudah tidak ujud lagi,dan bayang bayangan nenek itu pun sudah tidak ada,MISTERi.....sudah jadi padang jarak padang terkukur seperti tanah rezab melayu diambil olih orang (ini saya tambah je)

Selang beberapa lama selepas tamatnya pengajian,maka sampai serulah pula datuk dan nenek(sebenar) untuk pergi menunaikan haji kemekah,diwaktu itu masih tidak ada kapal terbang,pemergian mereka keMekah megunakan kapal laut melalui pelabuhan diSingapura.Semasa diMekah ketika sedang menunaikan rukun haji,dalam perjalanan ada terdapat ramai pengemis yang meminta minta sedeqah,olih kerana datuk saya memahami bahasa Arab kerana belajar ditanahair dulu,sedikit sebanyak dia faham apa yang diucapkan olih pengemis ini,Olih kerana dia tidak membawa wang mungkin sengaja ditinggalkan ditempat penginapan lalu diberitahulah secara terus terang kepada pengemis itu bahawa dia tidak membawa/mempunyai wang,akan tetapi sebaliknya datuk pula dikatakan macam macam dan dicaci kononnya haji baghil,kedekut dan  sebagainya..Untuk menyakinkan pengemis itu di kelebek keluarkan poket serta dikibar kebaskan kain semutar kepalanya.Dengan kuasa Allah Subhanahuwataalla entah macamana dan datang dari mana tiba tiba bercucuran jatuh duit dari bucu kain semutar tersebut,apa lagi berduyun duyun dan bersusun susunlah pengemis mengutip duit yang jatuh ketanah tersebut,ya Allah maha suci Allah mengucap panjang lah nenek yang turut sama menyaksikan kejadian aneh itu.Nenek juga turut mengambil satu dan terambil juga sebiji batu. Subhananallah....batu tersebut menyamai serupa dengan batu penawar yang diberi olih "sinenek" yang ghaib dihutan kampung dulu..Batu penawar itu masih ada diwarisi sampai kini olih salah seorang cucunya... siapakah dia cucu tersebut? jengg...jeng...jenggg...besambung lagi....

sambungan terkini:
Masih lagi kesah ditanah suci Mekah,rupa rupanya Allah S.W.T  mahu datukku terus menerus tinggal disini.Selang beberapa hari selepas peristiwa aneh itu,datukku terus hilang ghaib dari rombongan haji dan dipercayai telah tersesat arah untuk pulang kekhemah jamaah,Bersedihlah nenekku sampai sehingga tamat waktu kerja ibadat haji.Disaat akhir waktu pulang pun datukku masih juga tidak dijumpai,Maka pulanglah nenekku seorang diri tanpa datuk ketanah air. Dipercayai kini datukku telah pun meninggal dunia,mustahil jika masih hidup lagi sebabnya jika dihitung jangka hayatnya kini telah pun mencecah lebih seratus tahun.Entah entah dia berkhawin lain dengan orang Arab, wallahuaklam.Olih yang demikian saya dapat merasakan disemasa ada hayatnya datuk diMekah betapa rindunya dia pada keluarga ditanah air.Hu...hu...hu....sedih dan sebaknya rasa hatiku.Apa pun sama samalah kita sedeqahkah AlFatihah buat arwah datuk..... amiim.

Seperti biasa apabila matinya seorang ketua keluarga islam,Apa yang menjadi milik siarwah  dari sekecil kecil perkara sehingga kebesar mana barang yang dinilai berharga akan dikira sebagai peninggalan harta pusaka dan perlu dibahagi bahagikan mengikut undang undang syariah dengan hukum kiraan faraid termasuklah kaedah mengambil kira hak harta sepencarian iaitu hasil harta yang dimiliki ketika selama bersama sah sebagai hubungan suami isteri. Bagi keluarga yang telah siap siapkan membuat wasiat samada secara bertulis atau secara lisan bersaksi tidaklah menjadi masaallah,tetapi berapa ramai yang faham dan tahu berbuat demikian,apatah lagi bagi orang orang tua melayu dalu dulu.Konflik inilah yang berlaku  pada keluarga siarwah datukku.Untuk memudah cara pembahagian,satu persefahaman diantara anak anak telah memutuskan supaya menjual sahaja sebidang tanah yang dimilki arwah datuk  kemudian duit  jualan dibahagi bahagikan. Namun begitu untuk harta sepencarian yang dipanggil juga olih orang melayu sebagai 'kepala mayat" tidaklah mahu dijual kerana ditanah situlah juga menjadi tapak rumah tempat tinggal nenek.

Malangnya inilah perangai orang yang bernama manusia berupa rambut sama hitam tetapi ilmu agamanya tidaklah dipentingkan, Inilah yang dilakukan olih sipembeli tanah itu yang bernama panggilan olih orang kampung dengan gelaran Chegu Pa, gelaran itu diberi kerana beliau merupakan seorang guru sekolah. Walaupun seorang guru soal harta dibuat gelap mata .Olih kerana tanah itu hanya diatas satu geran lalu disilap matakan diatas namanya sahaja tanpa dipecah lot.Diatas penipuannya itu maka nenek telah membawakan kes tersebut kemahkamah.Kerana sebab itulah juga si Chegu durjana itu tidak berani menghalau nenek serta merta walaupun tanah tersebut telah dipindah milik keatas namanya (secara haram jadah).Anak anak yang lain membiarkan nenek seorang diri berdepan dengan masaallah ini dengan turun naik kemahkamah sebab habuan meraka masing masing telah diterima. Tinggallah saya berdua nenek dirumah peninggalan pusaka datuk itu,Saya pada ketika itu masih bersekolah,Nenek sering bercerita akan rintihannya,perbicaraan kes tanah itu yang sering dilengah lengah dan bertangguh.Apa yang saya ingat nama yang sering disebut ialah seorang lowyer yang bernama "Wan Mustaffa",segala dokumen berkaitan ada ditangan peguam ini,Apalah sangat yang dapat saya lakukan pada waktu itu sebab makan minum serta perbelanjaan sekolah pun ditanggung olih nenek....saya terpaksa tangguhkan lagi tulisan ini kerana emosi saya agak terasa terganggu dan sebak.....

Sambungan lagi
Olih kerana teramat simpati dengan nenek yang terpaksa mengerahkan kudrat tenaga tuanya disamping dibantu olih saya untuk mencari rezeki dengan hanya bercucuk tanam sayur sayuran  disekeliling rumah ditanah yang telah dianggap olih orang sebagai penghuni haram walaupun pada hakikatnya masih halal kerana keputusan mahkamah masih belum diperolihi lalu saya bertekad untuk menamatkan persekolahan diperingkat menengah sahaja kemudian membawa diri merantau kesegenap pelusuk negara miskipun usia saya pada ketika itu hanya dalam lingkungan belasan tahun.Betapa tidak sanggupnya saya melihat kerakusan siChegu Durjana itu mengawal tanah tapak rumah pusaka tersebut seolah olah seperti benar benar sudah menjadi hak kepunyaannya yang mutlak.
Dipagar kawat durikan disekeliling kawasan sehinggakan basikal tua saya untuk ulang alik kesekolah pun terpaksa disurutkan kebawah (kawat berduri) untuk masuk kerumah.Segala macam jenis pokok buah buahan disekeliling rumah jika tiba musim akan berebut rebut dengan nenek untuk diambilnya juga,Seolah olah macamlah pokok itu mak bapak dia yang tanam. Sedangkan dari hasil buah buahan ini akan nenek jualkan untuk perbelanjaan bagi kami berdua.Mujurlah ada lagi sebidang tanah padi jadi bolihlah nenek upahkan untuk orang kerjakan menanam.

Saya sengaja war war didalam blog ini adalah bertujuan jika sekiranya masih ada lagi manusia yang bernama Lowyer Wan Mustafa itu, jadi saya minta tolong sangat sangatlah beliau tampil untuk mendapatkan sedikit penjelasan bagi mencari keadilan bagi pehak nenek yang difahamkan sampai keakhir hayatnya  perbicaraan kes tidak dapat diselesaikan.Kini Berseronoklah Chegu Pa durjana itu bersama anak beranaknya yang  telah bermaharaja lela bagaikan Israil laknatullah memerintah tanah milik orang yang kononnya halal pada pandangan mata kotor beliau.

Tok ayah su-Alfatihah buat arwah nenek....amim.

Jumaat, 10 Februari 2012

seramnya suara burung maalaf 3 (sambungan)

Salam hormat!

Menulis tentang ketertiban orang melayu ini maka kita tidak bolih lari bercakap tentang senonimnya nama melayu setelah dipadankan dengan ala ala bangsa arab termasuk menamakan anak anak mereka dengan nama nama besar didalam sejarah islam yang berkait dengan nabi dan rasul rasu serta imam mazhab,contohnya hambali,shafie, maliki,mahdi atau jika ikut loghat utara dipanggil mahadhir,isa,ali,omar,termasuk nama tuhan aziz,kadir....ahhh banyak lagilah sehingga tidak tersebut disini termasuk nama nama yang wajib bagi umat islam mengtahuinya iaitu 25 anbiya" (rasul dan nabi) bermula dari nabi Adam sehinggalah kenabi teraakhir iaitu Muhammad S.A.W,Nama nama itu khusus bagi orang lelaki akan tetapi untuk nama perempuan pula tidak kurang juga banyaknya seperti Aesah,mariam,khatijah,mariah dan banyak lagi termasuk berpangkalkan Siti diawal nama,manakala syed atau pun syarifah,che,wan,nik dan sebagainya itu adalah silasilah mengikut pecahan keturunan melayu berbau campuran darah arab,termasuk dari selatan siam.

Meskipun begitu terdapatnya tanda tanya apabila munculnya nama pelik dan agak unik seperti Mek diapangkal nama,sebenarnya nama ini adalah satu gelaran nama manja bagi seorang anak perempuan khusus dari negeri kelantan,kan tetapi berlainan pula diTerengganu,nama manja bagi anak perempuan disini ialah Wok ataupun siwok,manakala nama manja bagi orang lelakinya gak sama iaitu dipanggil dengan gelaran Awang, banyak lagi nama unik diterengganu seperrti simek termasuklah nama nama bunga,kuntum jambul dan pelbagai lagi,dikelantan pula bagaimana?sudah tentu ada nama nama BULAN seperti ramadhan,sa"ban,harap  harap tak ada nama PAS sebab asyik dok sebut bulan bulan sokmo jadi anak pun buboh nama PAS,he,..he...he...HARU jangan marah ! nanti kena jual (dialog dalm filem P.Ramli) tapi jika nama Hang Tuah dan Hang Jebat itu memang adalah...keh...keh....
bersambung lagi.....

Seramnya suara burung muallaf (sambungan)

Salam hormat!
Didalam siri yang lalu dipaparkan bagaimana tertibnya orang melayu dulu  dulu mendidik anak anak kecil mereka supaya cepat cepat balik kerumah sebelum tibanya waktu senja ini kerana ditakuti akan disorok hantu polong lalu tidsk berjumpa jalan pulang,kesahnya pernah terjadi didalam satu keluarga dimana anaknya didapati telah hilang diwaktu malam,puas dicari keserata ceruk akhirnya dijumpai pada waktu pagi keesokkan harinya dalam keadaan sianak tadi berada dikawasan sawah padi dalam keadaan badannya dipenuhi dengan lintah serta berdarah darah,tetapi yang peliknya bila ditanya pada mangsa katanya beliau tidak terasa sakit apa apa malah dimarahi pula kerana menganggu  tempat dia tidur yang dianggap seperti berada diatas tilam yang empuk.

Olih kerana peristiwa demi peristiwa yang aneh aneh itulah yang menyebabkan siibubapa begitu amat ambil berat perihal anak supaya lekas lekas balik kerumah  sebelum tiba waktu senja ini.Bahkan saya sendiri pernah dimarahi olih siarwah ibu,tanpa saya sedari ketika berjalan pulang kerumah tiba tiba sraapp satu pukulan penyapu lidi telah hinggap dipaha,..aduhhh...sakit, saya meraung...tolong sambil berlari lekas lekas naik kerumah.Rupa rupanya siarwah ibu telah pun menunggu kepulangan saya dengan menyorok disebalik  pokok getah ditepi jalan itu.pedihnya bagaikan terasa sampai kehari ini,"itulah ubatnya kalau dah nakal , kalau berjalan berjalan jalan DERAT tu tak tahu nak balik awal sikit"leter ibu.Begitulah kenangan dizaman kanak Alfatihah buat ibuku,amim.

Sebagai mengenang jasa seorang ibu mahupun bapa maka keraplah juga saya menziarahi pusara mereka sambil sambil menbaca sedikit tahlil dan menjirus secerek air,Pada siri kuliah olih ustaz Mad Noor  yang selalu saya ikuti kata "amalan menjirus air dikubur ini kebiasaanya dilakukan semasa dihari pertama perkebumian.Ini bertujuan untuk mengemaskan tanah yang masih rua atau longgar supaya menjadi lebih kejap".katanya.Namun begitu setelah saya membaca satu kitab ada juga satu pendapat lain yang menyatakan antaranya untuk mengurangkan sakit fitnah kubur,dikatakan setiap anak adam muslim yang meninggal dunia maka akan dihimpitlah olih tanah kubur sehingga bolih hancur berkecai tulang belulang,jesteru itu jika ada dikalangan sanak saudara yang datang menziarahi kubur serta menjiruskan sedikit air nescaya tanah kubur itu akan jadi rua dan longgar sedikit,jika fitnah panasnya alam kubur turut akan menjadi sejuk sedikit,wallah huaklam.

bersambung lagi....


Khamis, 9 Februari 2012

Seramnya suara burung mualaaf

(gambar berita hiasan) 
 salam hormat!

Kebiasaan jika disebut mualaf ianya bolih dikaitkan dengan orang bukan islam yang baru masuk islam,lalu dipanggil dengan gelaran mualaaf atau dengan bahasa lunaknya ialah saudara baru.Tetapi ditempat saya mualaf juga adalah nama bagi spesis burung,burung jenis ini akan bergerak mencari makan diwaktu malam manakala disebelah siang harinya dia tidur,Tempat persembunyiannya sewaktu tidur ialah dikawasan semak semak hutan yang tidak begitu tebal.

Semasa kecil kecil dahulu sebagai asal budak dari kampung seringlah saya terserempak dengan burung jenis ini tatkala saya berjalan jalan didalam semak untuk melastik atau membidas burung sambil menahan jebak iaitu sejenis jerat untuk memerangkap burung candik kuning.Kadangkala burung maalaf ini kita tidak nampak sebabnya dia tidur diatas tanah dan rupa serta warnanya juga seakan akan daun kayu kering berkelabu. Sehinggakan kadangkala sampai dekat hendak terpijak pun tidak disedari,tahu tahu brruu bruss dia terbang lari menyelamatkan diri,waktu itulah akan terasa terkejut dan berdebar hati kerana terperanjat.

Bunyi kokokan burung ini lebih kurang begini "kut... kut... kut.... takut", kebiasaan bunyinya masa senja diwaktu maghrib. Diwaktu inilah orang orang tua tua dahulu amat pantang jika ada anak anak kecil yang masih bermain main dipinggir rumah.Bunyinya yang seram seram sejuk itulah bagi sesetengah kepercayaan orang orang melayu dulu dulu percaya akan ada sesuatu petanda yang mungkin berlaku, antaranya tanda ramalan akan berlaku kematian,samalah juga dengan keperyaan mereka yang percaya  dengan bunyian burung murai,jika kicauan burung murai berbunyi diberhampiran rumah tandanya orang jauh akan berkunjung untuk bertandang kerumah atau pun anak anak yang berada dirantauan akan balik kekampung.

Disamping itu ada satu spesis burung lagi yang dikaitkan dengan petanda kematian iaitu bunyi burung hantu.Namanya pun sudah menyeramkan apatah lagi dengan rupa dan matanya yang bulat bersinar,kemudian bunyinya menakutkan,macamana bunyi? dengarkan  "hukk haaa...(habis lutut makan paha) haa... ha.... ha.... lawaklah pulak. 
Yang sebenarnya jika burung hantu ini mengeluarkan bunyi seakan seperti orang yang sedang mengoyak kain kafan "sraap... sraap...sraarppp....jadi petua orang tua dulu jika berbunyi sedemikian dari burung hantu tersebut maka beringat ingatlah, tidak lama selepas beberapa hari mesti ada orang yang berdekatan akan meninggal dunia, Persoalannya bolihkan kepercayaan sebegini diyakini akan kebenaranya?


Bersambung....

Rabu, 8 Februari 2012

Asal usul keadilan (sambungan akhir)

(gambar hiasan)
salam hormat!
Nampak gayanya tulisan saya sebelum ini telah tergelincir sedikit dari topik asal,biasalah kalau dah menulis tu kadangkala banyak idea yang datang lalu dicurahkan terus agar tidak ada yang tertinggal dan terlupa,jadi untuk siri akhir ini ada baiknya saya kembali kepada tajuk..Untuk mengupasnya saya juga mengambil beberapa kesah masyarakat yang saya lihat dan saya dengar ada persamaan tetapi "tidak serupa" dengan apa yang saya paparkan pada siri pertama dahulu.

Perihal pembahagian harta pusaka ini akan timbul setelah berlakunya kematian ahli ketua keluarga.masing masing.Sememanglah orang lain yang tiada pertalian darah tidak bolih campur tangan dan tidak ada hak mempertikaikan sebarang keputusan dalam pembahagian harta pusaka tersebut,namun demikian apabila dilihat seperti sesuatu yang tidak kena akan cara pembahagian tersebut dari adat kebiasaannya maka akan timbullah tanda tanya.Apatah lagi jika yang berlaku itu pada kalangan mereka yang  juga dikatakan sebahagian dari ketua masyarakat setempat.

Baru baru ini seorang usahawan terkenal telah meninggal dunia,tidak perlulah saya menyatakan siapa, difahamkan banyaklah dari pemilikan harta arwah jatuh ketangan anak anak.Salah satu anak tersebut seorang perempuan (bongsu) berstatus OKU dan sudah pun berumah tangga,disemasa hayat arwah ada, kepada sianak perempuan inilah telah diserahkan untuk menguruskan perniagaannya termasuk sebuah stesyen minyak serta tinggal bersama dalam satu rumah dengan arwah.Namun nak dijadikan bualan orang ramai ialah setelah ketiadaan arwah keadaan itu kini segala galanya telah berubah,stesyen minyak itu sudah tidak diuruskan olih anak perempuannya bongsu OKU itu lagi,kini dikatakan sudah bertukar tangan kepada anak lelaki tengahnya.Malah rumah peninggallan arwah pun telah tidak diduduki lagi.Lalu membawa dirilah sianak perempuan itu dan kini tinggal  menumpang dirumah bapa mertuanya pula,mata pencariannya sudah beralih dengan membuka sebuah warung makan,apa sudah jadi? sememanglah orang lain tidak mengtahui masaallah sebenar tetapi apabila dilihat satu kepelekkan sudah berlaku maka timbullah pelbagai tanda tanya dan perspeksi disebaliknya....

Manakala dalam peristiwa kedua berlaku apabila seorang Datuk kepada seorang cucu meninggal dunia, difahamkan kesemua tanah ladang sawit milik datuknya sudah jatuh ketangan cucunya,sedangkan dikalangan waris terdekat siarwah datuk ini ramai lagi yang sepatutunya berhak menerima pusaka tersebut. Kini kehidupan cucu tersebut telah berubah,statusnya telah bertukar menjadi OKB (orang kaya baru) dan telah  memilki  kenderaan separa mewah,walhal sebelum ini yang ada padanya hanyalah sebuah kereta teksi lama.

Itulah sebahagian dari kesah kesah masyarakat yang mahu mencari dimanakah keadilan sebenarnya?

tok ayah su- pun masih belum selesai urusan pusaka....

Ahad, 5 Februari 2012

Asal usul keadilan 4 (sambungan)

Salam hormat!

Terlebih dahulu selawat dan salam keatas junjungan nabi Muhammad S.A.W bersempena tarikh kelahiran baginda pada hari ini (12Rabiulawal),ku memohon petunjuk dan sefaat dari mu wahai Rasulku tatkala diakhirat kelak,sesungguhnya tanpa safaat darimu sudah pasti nasib dan keterunanku akan berdepan dengan kesukaran untuk berhadapan dengan Allah azzawajalla nanti,Jesteru itu ampunkan daku duhai tuhan melalui safaat dari penghulu ikutan kami iaitu rasullalah  s.a.w selaku utusanmu itu ya allah....amim.

Berpatah balik perihal butiran mesyuarat NGO sebagaimana yang dijanjikan,selain dari keluhan saya juga tetap menyatakan pendirian bahawa akal kekal memberi komitmen untuk meneruskan bagi memainkan peranan sebagai biro agama dan memperjungan penubuhan Tabung Khairat Kematian selama mana ada kepercayaan dari ahli ahli,Alhamdulillah setakat ini suara saya sebagai mewakili persatuan telah didengari olih pehak atasan khususnya dan telah pun diluluskan bagi setiap kes kematian akan diperuntukkan sebanyak rm 3 ribu ringgit termasuk keluarga tanggungan (dengan jumlah yang tertentu).Cuma jika timbul sedikit permasallahan adalah dari segi berkaitan dengan cara agihan pengurusan wang tersebut.Setakat ini cara pembayaran telah dibuat secara terus kesasaran.Olih yang demikian saya bercadang ingin melawat pusara pusara bekas pahlawan ini sambil sambil membaca sedikit alfatihah atau tahlil (bagi yang beragama islam).Insaallah.

Sambil makan dan berbual santai diakhir mesyuarat maka secara tidak langsung terkeluarlah soal bila tarikh pilihanraya ke13 yang masih menjadi teka teki itu, timbulnya persoalan itu disebabkan pertembungan pemilihan pucuk pimpinan PBTM yang mana tarikhnya telah pun ditetapkan pada Bulan Mei ini,maka kerana itu ada yang menjangkakan PRU13 akan dibuat sebelum tarikh pemilihan dan ada juga yang menyatakan sebulan selepas itu iaitu pada bulan Jun nanti.Persoalannya bagaimanakah Ahli yang telah terpilih kedalam jawatan kuasa persatuan hendak berkerja sama dengan ahli politik yang akan menang dalam pilihanraya pru13 itu nanti? jika sama dalam satu kem tidaklah bermasaallah sangat akan tetapi jika dari kem yang berlainan warna benderanya bagaimana? inilah dilemanyaaa....

bersambung lagi.....

Sabtu, 4 Februari 2012

Asal usul keadilan 3 (sambungan)

Salam hormat,

Jika dalam tulisan pada siri yang lepas saya ada menyentuh berkaitan dengan pengisian intipati khutbah jumaat untuk sama sama dikongsi dgn pengunjung blog ini.,jadi alang alang bercakap soal masjid ini maka ingin saya mewar war sedikit permasallah yang wujud.Didalam mesyuarat parti yang diada pada beberapa minggu yang lalu ada membincangkan soal kedaifan masjid terutama pasarananya yang semakin usang, ada terdapat bumbung dan atapnya yang telah reput dan bocor disana sini.Almaklumlah satu satunya masjid tertua yang dok ada diDUN sini.Jesteru itu para ahli korum mesyuarat berpakat mencari jalan bagaimana cara untuk mendapatkan dana baki membaik pulihkan keadaan.Jumlahnya tidaklah begitu besar tetapi dluar kemampuan kami kerana anggaran kosnya berjumlah belasan ribu ringgit juga..Kalau pakat pakat juala tanah atau aset masing masing untuk beri sumbangan derma saya kira memadai setakat level cawangan saja bolih diselesaikan akan tetapi jika seorang dua saja yang berbuat demikian sedangkan orang lain tidak sepakat maka jadilah masallah tersebut.Olih kerana sebab itu saya berpandangan perkara ini adalah terlebih baik diserahkan kepada pehak kerajaan kerana disana ada peruntuk peruntukan tertentu,tetapi kerajaan mana ? sedangkan masjid ini masjid rakyat malah pehak kerajaan yang ada telah pun membina satu masjid baru yang berhampiran dengan masjid yang lama ini. makanya jadi inilah dilemanya.....alfatihahhh...Hendak diharapkan kepada para ahli khariah mereka tidak mengtahui permasaallahan yang berkaitan.mereka seperti saya juga datang kemasjid untuk sekadar beribadat, dan tidak peduli hal hal lain,niat mereka mungkin sama dengan saya juga iaitu "innasolati wanusuki wamahyaa....(hingga akhir ayat) yang bermaksud solat ku,hidupku dan matiku adalah kerana allah subha nahuwatalalla",jadi tidak kerana hendak menunjuk nunjuk kepada makluk manusia semata mata sebaliknya kerana iklas menunaikan amanah sebagai hamba Allah.,AMIM.

Sementara  itu,semalam sebelumnya iaitu pada hari khamis malam jumaat yang lalu  pada jam 9 malam , saya juga turut menghadiri satu lagi mesyuarat NGO pula iaitu mesyuarat Ajk Persatuan Bekas Tentera cawangan.Sebenarnya saya secara terus terang ada juga memoteng untuk tidak hadir kemesyuarat sebelum ini.Ini bukan apa antara alasannya ialah adangkala jika difikir bolih membazir masa dan wang sahaja,kerana setiap kali selepas mesyuarat mestilah ada masjlis makan,sedikit sebanyak kena lah dikeluarkan peruntukkan sedangkan agenda msyurat tetap membincangkan perkara yang sama berkali kali,contohnya lepas satu siri mesyuarat kesatu siri mesyuarat agenda yang dibincang berkenaan permohonan tanah dan juga penempatan dimana premis untuk dijadikan pejabat tetap persatuan,perkara ini sudah berlanjutan makan masa bertahun tahun dah dok bincang hal tersebut,dari satu pimpinan kesatu pimpinanan salin silih berganti tangan  tetapi tidak pernah selesai selesai,kalu ada pun sedikit sangat perubahannya yang berlaku tetapi masih ada masallah ,apa kata orang tidak bolih nak "tutup file".Apa pun saya mengharapkan agar jangan dijadi agenda tersebut hanya sebagai umpan manis untuk menarik ahli semata mata dengan kata lain mungkin ada udang disebalik batu untuk kepentingan politik mana mana individu.sebaliknya permohonan tanah sekadar"kambing hitam" semata mata.Begitulah bunyi lebih kurang ayat luahan saya didalam mesyuarat tersebut pada malam itu.

Walau bagaimana pun saya hendak mengucapkan tahniahlah kepada persatuan khususnya diperingkat Bahagian (Negeri),menurut sumber mesyuarat mengatakan jumlah wang yang berada didalam akaun sudah mencecah ratusan ribu ringgit tetapi malangnya ianya hanya diatas kertas kerana tidak bolih dicairkan olih ujudnya sebab sebab tertentu,jadi kami tidak dimaklaumkan secara terperinci apakah sebab musabab tersebut cuma didalam hati saya terdetik mengatakan duit itu mungkin kepunyaan "Ahmad Albab"  kot....keh keh..keh...jadi siapakah Ahmad Albab jelmaan tersebut? misteri....selain daripada itu angin pilihan raya PRU ke13 dan pemilihan pucuk kepimpana PBTM juga ada dibincangakan,  jadi untuk mengtahuinya kenalah tunggu sambungan seterusnya.....

Jumaat, 3 Februari 2012

Asal usul Keadilan 2 (Sambungan)

Salam hormat!
Hari ini hari jumaat,Bagi umat islam sudah tentulah ramai yang menunaikan sembahyang jumaat pada sebelah tangaharinya termasuklah saya sendiri.Yanng menariknya apa yang saya nak kongsikan ialah mengenai tajuk khutbah yang banyak mengupas tentang agama syamawi iaitu ajaran wahyu dari langit..Sebahagian dari ajaran wahyu ini telah menjadi amalan bagi penganut agama kristian,Para para mubalig atau padri ini telah banyak memesongkan fahaman ajaran tersebut,antaranya dikatakan para padri ini bolih menghapuskan dosa dosa mana mana individu yang telah membuat kesalahan maka kerana itu ada diantaranya telah memperalatkan agama tersebut dengan cara halus untuk mendapat apa apa habuan dunia diatas khidmat sebagai kononnya bolih menghapuskan dosa.

Wahh...ini satu bentuk bacaan khutbah cara baru dan kali pertama saya dengar, sebab sebelum ini banyak dari isi khutbah hanya berkisar tentang perjuangan para nabi nabi dan rasul,selain dari daripada menyentuh soal gejala permasaallahan sosial yang sering berlegar disekeling masyarakat..Apa pun saya kira bagus juga sekiranya sekali sekala pengisian bacaan khutbah dengan kaedah sebegini,ini olih kerana bagi pendapat saya sekuarang kurangnya dapat sedikit sebanyak para ahli khariah bolih berfikir dan membezakan diantara ajaran agama islam dengan agama lain.

Seperti yang pernah saya katakan sebelum ini,saya bukanlah seorang yang tahu banyak dalam bab agama ni,tapi olih sebab sabda nabi Rasulallah S.A.W yang bermaksud "katakanlah (sampaikan) dari ajaran ku walaupun sepotong ayat",jadi dari apa yang saya tahu dan sekadar fahaman saya jika berkaitan dengan kuasa mengampun dosa ini tidak berada ditangan menusia sebaliknya menjadi hak mutlak olih Allah S.W.T. Para tok tok guru dan ulama' hanya sebagai pengantara untuk memohon doa keampunan,sama juga dengan tok dukun atau tok bomoh yang mengunakan kaedah ajaran agama,mereka kata  mereka hanya berikthiar berubat sebaliknya yang menyembuh adalah diatas kurniah dari Allah S.WT.juga.begitulah dengan memohon doa untuk mendapat limpahan rezeki,kita tidak bolih beriktikad mengatakan kerana si anu sianulah yang menyebabkan saya bolih menjadi kaya,Fir"auan yang memaksa kaumnya supaya mengaku dialah tuhan sebab dia yang bolih segala galanya mengadakan kemewahan dunia yang ada pada ketika itu. Apakah kita mahu jadi seperti firaun yang dikutuk tuhan itu?

Saya sendiri pun pernah dipandang nagative dengan pelbagai gelaran dan dipandang serong sinis,sebab itu saya kini sudah mangli dan sudah lali dengan pelbagai ragam manusia.,Walaupun saya sedar saya bukan insan yang sempurna sebelum ini, tetapi setelah saya menelaah dan banyak membaca,maka dengan secara  tak dsedari semacam rasa telah lahir satu semangat baru bahawa untuk mejadi seorang yang insan yang sempurna adalah dia terpaksa dan dipaksa untuk menghadapi ujian."belum tentu beriman seorang mukmin sebelum diuji" (maksud ayat suci).
bersambung...

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan