arkib

Isnin, 30 April 2012

Gara gara BERSIH



Salam hormat!
Penangan gara gara perhimpunan BERSIH para guru guru telah diugut dan diberi amaran untuk tidak menghadirkan diri bersama keperhimpunan tersebut (BERSIH) diKuala Lumpur,jika tidak patuh akan berdepan dengan tindakan disiplin (rujuk keratan akbar).


Selain daripada itu pada tarikh dan hari yang sama juga satu aktiviti telah diatur agar para guru termasuk sebilangan dari ibubapa yang ada kaitan dengan AJK pibg juga dijemput sama keprogram yang diberi nama Majlis dialog Pibg bersama warga pendidik dengan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.Mungkin disebabkan ada yang tidak akur dan peka agaknya jadi program tersebut tidak mendapat sambutan lalu  ianya telah dibatalkan hanya pada saat saat akhir (pagi 28/4/2012).Terdapat segelintir yang hadir telah melahirkan rasa kecewa dengan pembatalan majlis itu dan masing masing balik dengan perasaan hampa.


tok ayah su-suka bersihkan diri sebelum menunaikan solat....

Rabu, 25 April 2012

PIBG liabiliti atau....?

Salam hormat!
Mesyuarat kali pertama PIBG untuk tahun 2012 telah siap diadakan pada petang tadi,Seperti biasa agenda mesyuarat tertumpu kepada program program yang akan diadakan disepanjang tahun ini.Tuan guru besar selaku penasihat PIBG mengharapkan agar setiap program PIBG sekurang kurangnya akan dapat turut juga disertai sama olih ibubapa Jestereu itu katanya penglibatan ibubapa didalam majlis solat hajat dan juga aktiviti gotong royong amat diharapkan,

Akan tetapi tuan penasihat melahirkan rasa sedikit terkilan kerana terdapat anak anak murid yang tidak hadir kelas KAFA disebelah petang.Berkait dengan kelas KAFA ini saya hendak beri respon sedikit,dari pengalaman saya yang sebelum ini terdapat 2 orang anak serentak turut sama mengikuti kelas kafa,Anak saya yang tidak pulang kerumah pada tengah harinya terpaksa dibekalkan duit poket lebih sedikit iaitu 2kali ganda berbanding pada hari biasa.Jika pada hari yang tiada kelas kafa belanja yang diberi hanya rm2 tetapi jika ada kelas kafa maka akan diberi rm4 untuk dibuat belanja makan tengahhari dikantin.Jika dicampur 2orang sudah jadi rm8 ringgit.Mungkin olih disebabkan keawangan ada diantara murid yang tidak mahu terus tunggu untuk masuk kelas kafa tersebut.Moga moga pehak guru dapat menyiasat serta menyelami masalah ini takut takut mugkin betul ada ibubapa mereka yang tidak dapat membekalkan duit poket lebih sedikit.

Isnin, 23 April 2012

Online Bisnes

Sincerely, here there are many sites online store to rent with a cost of only $ 36 / $ 10, you will be given a refund of the capital with almost rm4/1usd rate for a new customer who I hire a network under your invitation, payment by check commission / affiliate either directly home or to your bank to account, this concept of "capital collect" first and then build their own WebSite shop, for while you can they use a replica ....I WAS supplied for purposes of promoting the company wove , eg this announcement: http://www.WebSite.ws/maha58/ > sign up here: https://www.website.ws/orderflow/index.dhtml?sponsor=maha58, see the income calculation engine here>  http://tinyurl.com/Calcalator  any more site http://freedom.ws/maha58/
tok ayah su-sedia beri penjelasan lanjut...

Khamis, 19 April 2012

Kawe make kawe (sambungan akhir)

Salam hormat!
Pada bulan lepas didalam satu majlis perkahwinan anak, saya sempat bersembang dengan seorang imam jurunikah,katanya masjid baru dihulu kampung telah pun siap dan diberi nama Masjid Hadhari,satu nama yang sama dengan masjid yang ada diJerteh,katanya lagi urusan serah menyerah diantara pehak pehak yang berkenaan juga telah dibuat tinggal lagi upacara Perasmiannya belum lagi dilakukan dan dijangka akan dibuat pada bila bila masa yang sesuai.


Jesteru itu katanya beliau suka meramalkan bahawasanya masjid lama yang sedia ada diHilir kampung itu tidak akan dibenarkan lagi untuk penduduk kampung bersolat Jumaat disitu.(masjid lama) ini kerana  dengan tujuan agar masjid baru nanti dapat dipenuhi., Jika benarlah begitu ramalannya jadi betullah dengan anggapan sesetengah penduduk yang menyatakan Masjid baru itu nanti agak sukar menjadi tempat tumpuan memandangkan pemastautin yang terdiri dari generasi muda yang dok ada sekarang ini tidak menunjukkan minat untuk hadir berjemaah dimasjid waima untuk bersolat jumaat sekalipun apatah lagi pada hari hari biasa,Olih kerana itu ada yang membayangkan untuk mendapatkan saf 40 qariah jumaat pun sukar.Akan tetapi jika sekiranya ahli qariah masjid lama turut beralih hadir kemasjid baru maknanya barulah  masjid baru itu akan hidup.Jika tidak percaya cubalah "try" tengok ....cabar mereka.

Sebelum ini didalam satu majlis mesyuarat parti telah pun secara tidak langsung membincangkan perihal masjid lama ini,difahamkan setiap penduduk dan permastautin tetap telah diberi borang undian untuk terus mengekalkan Masjid lama ini dan lebih banyak suara yang bersetuju namun demikian saya agak sangsi akan terus dibenarkan olih kerajaan UBN diatas beberapa sebab yang pertama akan ada urusan campur tangan dari tokoh tokoh politik  yang tidak bersehaluan idealogi dan yang keduanya melibatkan kos tanggungan meningkat terutamanya untuk "maintainent" buat baiki itu dan ini almaklumlah masjid kayu lama sudah tentu ada yang reput disana dan buruk disini,bocor itu dan ini.juga termasuk kos elaun para petugas serta pegawai agama seperti Imam Bilal..Semua ini sudah pasti akan diambil kira. Persoalannya kenapa sekarang baru hendak diselidik dan baru hendak dibuat kajian sokongan? kenapa tidak sebelum pembinaan masjid baru itu dulu? projek sudah siap  serta ongkosnya sudah masuk poket baru nak dikaji.... pelik... kan...kan...kan...bagaikan pepatah melayu menyebut "rumah siap baru pahat berbunyi"....keh...keh...keh.....


Saya mahu imbas kembali sedikit tentang sejarah tapak masjid ini, disekitar tahun awal 70an,disni ketika itu dipenuhi pokok hutan bercampur pokok pokok getah tua dan terdapat sebuah rumah asap iaitu tempat pengeiringan getah getah keping manakala dihadapannya terdapat satu lorong laluan bagi beberapa orang kampung yang menginap ditanah lembah sawah dihujung kebun getah ini, termasuklah rumah pondok arwah bondaku yang turut mengerjakan sawah padi disitu, manakala saya yang pada ketika itu menginap dengan nenek diKelantan turut juga sekali sekala datang untuk berjumpa bonda disini.Terasa begitu pantasnya masa berlalu dengan meninggalkan seribu satu kenangan pahit manis dulu dulu.


Secara kesimpulannya saya juga berani meramalkan jika sekiranya Parti Pas berjaya memerintah negeri Terengganu pada PRUke13 ini maka besar kemungkinan masjid lama ini akan dapat diselamatkan dari diturun tarafkan menjadi surau manakala jika UBN masih kekal memerintah ini membawa erti hanya satu Masjid iaitu Masjid Hadari ini sahaja yang akan dihidupkan.Olih yang demikian kepada para pengundi sekelian, ingatlah bahawasanya inilah masanya pilihan anda itu kelak yang akan menentukan hidup matinya sebuah masjid.....

tok ayah su-teringat kata kata "biar rakyat menjadi hakim".....

Selasa, 17 April 2012

"kawe make kawe" (sambungan)

salam hormat!
Pada siri sebelum ini saya telah memberi sedikit difinisi apa itu "kawe make kawe", iaitu loghat pertuturan bagi sesetengah tempat diNegeri Kelantan,bagi kawasan lain lain ada juga yang menyebut "make gu" dan ada juga yang berkata "make dale baik", semua itu memberi makna yang serupa iaitu jenis spesis yang suka main kotor secara senyap senyap (macam pokok dedalu).Selain itu saya cuba mengaitkan sifat ini sama dengan tabiat simunafik seperti yang disebut dalam AlQur"an, namanya Abdullah Ubai telah membina masjid tetapi tujuannya hanya sekadar hendak memecah belahkan pengikut Nabi Mohammad S.A.W.

Jadi untuk sambungan kali ini saya hendak sandarkan kesah sejarah dahulu itu dengan permasaallahan yang hampir serupa mungkin akan berlaku pulak dialaf baru ini jika tidak ditangani sebaiknya. Kesah ini pernah saya ceritakan dalam siri siri tulisan sebelum ini.Olih kerana terdapat perkembangan terbaru mengenainya jadi terpanggil untuk saya memaklumkannya sekali lagi. Punca maslahahnya apabila munculnya satu lagi pembinaan masjid yang baru dibina didalam satu kampung, Sebuah Masjid lama telah pun sedia ada disebelah hilir kampung namun atas kehendak kerajaan UBN maka terbinalah pula sebuah lagi masjid disebelah hulu kampung...bersambung lagi...

Isnin, 16 April 2012

"Kawe Make Kawe"

Salam hormat! 
"Kawe Make Kawe" apa maksudnya tu? sebenarnya itu adalah kekayaan tutur kata mengikut dialek orang negeri Kelantan. Maknanya jika diterjemahkan mengikut bahasa standard bermaksud seorang kawan yang berpura pura buat baik kemudian jadi pengkhianat kepada kawannya itu atau dalam kata lain akan "Tikam Belakang"lah. Sikap buruk kawannya ini sukar dikesan kerana perbuatan khianatnya itu dapat disembunyikan tanpa ada sedikit pun riak riak yang bolih memberi tanda tanda.Sedar sedar  "pelepupp...." terkena pukul curi darinya.... barulah terzahir.

Kalau musuh sebenar kita bolih tahu dan bersedia terlebih dahulu tetapi jika musuh seumpama gunting dalam lipatan alamatnya bersemburlah darah keluar.....maknanya kawan seperti ini bukanlah mahu menjalinkan persahabatan yang sebenar sebaliknya hanya sekadar berpura pura buat baik sahaja.

Jika dizaman tahun kelima Hijrah terdapat seorang munafik yang bernama Abdullah Ubai yang turut sama mendirikan masjid kemudian menjemput nabi merasmikannya dan bersembahyang disitu tetapi ditolak olih Nabi atas arahan turunnya wahyu yang melarang kerana pembinaan masjid sekadar mahu memberi mudharat untuk memecah belah masyarakat....Jadi apa yang berlaku pada hari ini ternyata sudah pun dulu berlaku dan kini sejarah itu diulang tayang kembali.....Bersambung

Sabtu, 14 April 2012

Antara kasta dan darjat (sambungan)

Salam hormat!
Didalam siri yang lalu saya telah berbari perihal sukan golf, iaitu satu sukan bertaraf elit dan berdarjat tinggi, hanya mereka yang berduit banyak sahaja yang mampu bermain sukan ini, kebanyakkan para pemainnya terdiri dari pegawai pegawai yang bergaji besar atau pun tokoh tokoh koperat yang berjaya didalam perniagaanya.disamping itu terkejut juga saya bila dapat tahu perlawanan golf ini bolih dijadikan permainan "amal",hasil habuannya bolih disumbangkan kepersatuan persatuan yang memerlukan, oooo begitulah  pulak kelebihannya, Mungkin "next time" saya juga bolih cuba try untuk turut sama main main sekali,barulah ada "Class you"... kah.. .kah... kah....

Bercakap dan bersembang punya sembang timbullah pula pertanyaan berbau politik,kata pencerita itu ketika beliau menginap disebuah Hotel diKB,terpandang olihnya disatu sudut terdapat sebuah meja yang dikerumuni olih beberapa orang (tanpa menyebut bangsa/agama apa) sedang meminum minuman keras (arak) secara terbuka, olih itu beliau merasa kehairanan bagaimana sebuah negeri dibawah pentadbiran islam bolih berlaku keadaan sedemikian rupa? Secara kebetulan diCoffe Hause tempat kami bersembang itu terdapat juga seorang pegawai agama, jadi secara tidak lansung berlakulah soal jawab dan sedikit tazkirah ringkas yang disampai kan secara spontan olih ustaz tersebut, katanya "haram halal serta surga neraka itu telah jelas diterangkan dalam islam,satu hari pembalasan diakhirat bersamaan beratus tahun lamanya didunia, begitulah panjangnya masa jika dibandingkan masa didunia dengan akhirat".Secara tidak berpuas hati lalu ditanya pula olih seorang lagi rakan,"apa pandangan ustaz terdapat orang mengatakan Parti Umno sesat atau bahasa kasarnya kafir itu?" wah...terkejut beruk juga suasana apabila terkeluarnya soalan sebegitu.Lalu dijawab olih ustaz itu "sesat terdapat pecahan takrifanya, ada jenis sesat yang ditafsir diatas kelakuan atau tingkah lakunya,ada dengan perbualan atau pun percakapannya manakala yang tidak dizahirkan dengan mata kasar pun ada iaitu tersembunyi dihatinya, Adapun sesat yang bolih merosakkan aqidah ialah sirik kepada Allah S.W.T , ini bolih diketegori sebagai Kafir kerana ingkar dengan menduakan tuhan", begitulah penjelasan rengkas tetapi penuh makna yang telah diberikan olih ustaz tersebut.


Manakala apabila bercakap perkara tajuk pula iaini "Darjat" maka teringat lagi saya akan kata kata olih YB Rasol didalam majlis perasmian Mesyuarat PIBG baru baru ini,katanya dengan membawa satu maksud ayat  az-Zumar 39:9 yang berbunyi "katakan,adakah sama orang orang yang mengtahui berbanding dengan orang orang yang tidak mengtahui (jahil)" Manakala Allah menjawab sendiri melalui ayat Al-Mujadillah 58:11 yang bermaksud "nescaya Allah akan meninggikan darjat orang orang beriman diantara kamu dengan beberapa darjat".Itulah kelebihan orang yang mempunyai ilmu pasti akan diangkat darjat mengikut pandangan dalam islam, tetapi berlainan pula dengan ajaran agama lain yang mengamalkan dasar primitif dengan mengamal kelas kelas yang berkasta kasta,ada sekatan dan terhad mengikut keturunan, jika golongan keturunan bawahan maka akan kekal ditaraf itu dan tidak bolih diangkat menjadi golongan bangsawan mahupun pertengahan.Ertinya islam menilai dan menaikkan taraf darjat seseorang melalui  pergantungan daripada keilmuan yang ada,dan tidak sekali kali menaikkan darjat semata mata atas kerana seseorang itu berharta ataupun berduit,jika begitu maknanya wang bukanlah segala galanya miskipun segala galanya memerlukan wang....


Cuma saya agak kurang berpuas hati dan ingin membuat satu cadangan,masaallahnya begini,kepada bekas anggota tentera kebanyakkannya mempunyai masaaallah apabila kemahiran yang dipelajarinya ketika didalam perkhidmatan dulu tidak diiktiraf untuk memiliki kedudukkan bagi memperolihi perkerjaan yang baik selepas tamat perkhidmatan,puncanya adalah kelulusan bekas tentera ini tetap dinilai taraf pendidikkan mereka yang diambil kira dari kelulusan pada mula mula dia memohon untuk memasuki tentera dahulu,misalnya jika ketika itu dia berkelulusan SRP/SPM namun selepas 30 tahun kemudian pun kelulusan itu juga yang dinilai, sedangkan semasa didalam perkhidmatan tentera pelbagai kursus kursus yang telah dihadiri sama ada kursus jangka pendek mahupun jangka panjang,jika hendak dihimpun dan digantung didinding rumah akan sijil sijil kursusnya bolih penuh menutupi dinding rumah,begitulah gambaran betapa banyaknya ilmu yang ditimba didalam tentera seumpama berada belajar didalam sebuah universiti.Jadi jika kemahiran dan pengalaman anggota tentera ini tidak diambil kira maka saya berpendapat ianya menjadi satu penghinaan sekaligus  maruah sebagai bekas tentera tidak akan terbela,jadi kepada sesiapa yang berkenaan mohon ambil perhatian akan permasaallahan ini.


tok ayah su-"tidak meminta orang tidak tahu akan kehendak kita,meminta juga harus disusuli dengan doa"kata kata terapi...

Jumaat, 13 April 2012

Antara kasta dan darjat...

salam hormat!
Alhamdulillah syukur kerana disuatu ketika dulu saya telah dkurniakan rezeki yang agak lebih sedikit jadi dapatlah saya makan minum di"coffe hause" bersama sama dengan pegawai pegawai kanan kerajaan yang lain,sambil minum sambil sambil bersembang tentang pelbagai hal termasuklah soal hobi dan sukan kegemaran mereka, masing masing bercerita yang pada petang kelmarin telah bermain golf bersama tokoh itu dan ini termasuk juga pembesar kerajaan mahupun politikus, tidak kurang juga perkara politik tetap diperkatakan,bersembang punya sembang katanya main golf ini ada unsur pertaruhan iaini yuran akan dikenakan bagi setiap pemainan kemudian akan dikumpulkan untuk dijadikan hadiah kepada para pemenang,jika besar yurannya maka akan besarlah pula hadiahnya,manakala pemenang pula bolih ditentukan lebih awal secara sepakatan,jadi apakah maknanya pertandingan itu? itu soal kawan saya bukannya saya dan cerita itu cerita kawan saya juga kalau bohong dia bohong jugalah saya,harap harap dia tidaklah berbohong,...bersambung .....

Sabtu, 7 April 2012

Tepuk tangan tak masuk neraka?



salam hormat!
"Kanak kanak dihahirkan suci bersih,maka para ibu bapalah yang bertanggung jawab mencorakkannya sama ada untuk menjadi majusi mahupun nasrani, ingat ! hadis kata ibupa/penjaga yang bertanggung jawab bukannya Parti Pas" begitulah bunyinya kata kata ucapan olih Yb Dato" Rosol Wahid didalam majlis perasmian Mesyuarat Agong PIBG. dan lagi saya lihat disini semua orang serius je tak mahu doh nok tepuk tepuk tangan sikit,kenape? takut berdosa ke? kalu berdosa pun tak lah sampai masuk neraka....betul dok? apa lagi eek? tunggu akan sambungannya.... jeng,,, jeng... jeng ....sambungan:
siapalah agaknya yang bolih menjawab soalan perkara tajuk tu eek? tak kanlah aku yang sekadar berkelulusan sekolah atap ni layak menjawabnya? tapi dari kuliah yang aku dengar,kata ustaz tu "jangan ingat semua orang yang bersekolah tinggi tu tahu semua", ada juga bab bab tertentu yang mana mereka juga kurang arif", jadi biarlah aku royat mengikut dari apa yang aku faham,lagi pun pendapat tidak semestinya jadi fatwa,sebaliknya fatwa tidak bolih dikeluarkan secara individu,maknanya apa yang hendak aku beritahu ini adalah berbentuk pendapat sahaja namun demikian sumbernya dipetik dari sebuah kitab feqah juga bukan bolih ditulis sebarangan pakai bahang rambang gitu jah.

Kitab feqah itu menyebut bahawa Ibnu Abbas r.a apabila menjawab sesuatu hukum ia akan berpandukan jawapan dari kitab Allah iaitu AlQur"an,jika tiada didalam AlQur"an akan diambil pula rujukan dari hadith hadith Rasullah S.A.W ,jika tiada didapati lagi beliau akan mengambil keterangan dari sahabat nabi seperti dari Saidina Abu Bakar dan Saidina Omar,jika kesemuanya tiada lalu barulah beliau berijtihad dengan fikirannya mengunakan kaedah qias.Ulama" usul feqah telah membuat kesimpulan dengan menegaskan "sesiapa berbantah bantah (mengenai hukum yang ketiadaan Nas) selepas Rasullah maka hendaklah mereka kembali perkara masaallah tersebut secara qias.Begitu juga dengan imam mazhab yang empat Hanafi, Maliki, Shafie dan juga Hambali tetap mengunakan qias dimasa ketiadaan sesuatu nash alqur"an mahupun hadith.bersambung lagi....

Sambung lagi:
Tidak perlulah saya menyatakan nama kitab fiqh yang dimaksud kan itu sebab takut nanti menjadi iklan promosi pulak, perlu diingat sebarang perbuatan atau kelakuan bagi orang islam tertakluk kepada peraturan agama iaitu berkait dengan dosa pahala, surga dan neraka,jesteru itu jika batas larangan seperti Haram, halal, wajib, harus,sunat dan makruh tidak diambil kira dalam kehidupan maka dunia akan pincang dan tidak akan aman sampai bila bila, sudah tentu tidak ada orang yang mahu berkeadaan sedemikian rupa.Manakala dosa pula ada ketegerinya iaitu dosa kecil dan dosa besar,jika dosa kecil berterusan dilakukan natijahnya pahala pula akan menjadi kurus kerana terpaksa ditampung dengan kelakuan dosa dosa kecil tadi,jadi disinilah neraca dosa pahala yang akan ditimbang seperti yang sering kita dengar didalam siri siri khutbah Jumaat yang berbunyi "hitunglah amalan kamu sebelum Allah menghitungnya diakhirat kelak". Ewahh,berceramah macam ustaz pulak dah aku kali ini....Apa pun saya melihat terdapat  sedikit perubahan dikalangan pimpinan UBN kerana sudah ada yang mengucapkan perihal tentang dosa pahala,surga neraka didalam ucapan ucapan mereka.Apakah ini satu petanda hasil kesan dari tarbiah Parti Pas?


 Berpatah balik kepada egenda mesyarat PIBG sama ada disekolah menengah mahu pun disekolah rendah keadaannya tetap sama, kedua duanya tidak ada pengecualian yuran seperti yang diwar warkan didalam pembentangan Bajet yang lalu iaitu memberi pendidik percuma bagi sekolah sekolah dibawah pengurusan kerajaan persekutuan. Maksudnya ibubapa/penjaga tetap perlu mengeluarkan sumbangan,tidak ada sifar yuran.Sudah jadi macam sekolah swasta atau sekolah rakyat yang tiada kerajaan.
Yang peliknya lagi macam sudah terbalik kot,PIBG seakan menjadi egen dan jurucakap bagi pehak kerajaan dengan mengemuka usul meminta minta duit dari ibu/bapa.Sepatutunya PIBG bolih main peranan mengemukakan apa apa usul yang bolih merengankan  beban mana mana ibubapa yang kurang berkemampuan, masing masing malu hendak mengaku miskin,biar papa asalkan bergayalah konon....disekolah malu hendak mengaku miskin tetapi bila berbelanja tahu pulak memilih gedung Mydin yang menawar jualan  barangan murah....kah...kah...kah....

Oih yang demikian,jika begitulah keadaannya maka saya mahu mencadangkan supaya pehak kerajaan lebih baik mengada sekolah "dua darjat",satu untuk golongan Asnaf dan satu lagi sekolah bagi golongan elit.Jika gedung perniagaan ada yang menjual barangan mahal dan ada pula gedung yang menawarkan barangan murah,jadi saya tidak nampak mengapa pehak kerajaan tidak bolih mengadakan sekolah "dua darjat" ini.Inilah masanya hendak memperkenalkan sekolah satu Malaysia sebagaimana kerajaan memperkenalkan Kedai Satu Malaysia,jika UBN mahu menang pilihanraya PRU13 inilah masa dan peluangnya untuk menambat hati rakyat....jeng... jeng...jeng....

Pada majlis mesyuarat tersebut pehak sekolah dan juga ibubapa tertunggu tunggu  pengumuman sebarang pemberian ataupun sunbangan dari pehak YB ADUN tetapi malangnya tidak ada apa apa , dek kerana perancangan Allah S.W.T tidak sekena mengena hujan berserta angin kencang turun disemasa Yb sedang berucap, dengan itu ibubapa menjadi gelisah lalu beralih alih tempat duduk kerana terkena tempias.
maklumlah tempat mesyuarat diadakan didewan berbumbung yang terbuka tanpa dinding,melihat keadaan itu barulah secara spontan Yb mengistiharkan sedikit peruntukkan untuk membeli bidai bagi kegunaan pada masa hadapan,itu pun nasib baik hujan kalau tidak mungkin tidak merasa apa apa.Hujan rahmat serta tuah berkat para wali Allah yang mungkin ada didalam majlis itu agaknya.Terima kasihlah Yb....

tok ayah su-menunggu rahmat kedatangan imam mahdi.....

Rabu, 4 April 2012

Pecah rekod...


ustaz mengata kata kat aku ke? itulah antara soalan yang aku tanya pada diri sendiri....tetapi.....bersambung 
Sambungan:
tetapi rasanya bukan aku sorang sahaja yang berperasaan demikian, dengan kedatangan yang agak ramai berbanding kuliah lain anjuran masjid sebelum ini sudah tentu kuliah olih ustaz Azhar telah dapat mengatasi jumlah kehadiran,olih itu kuliah  olih ustaz Azhar pada malam tadi itu diketegorikan telah dapat memecahkan rekod.Inilah keistimewaan yang ada pada beliau,Saya sendiri secara peribadi telah lama mengekori siri siri kuliah Ustaz ini sebelum timbulnya media sosial FB lagi,setelah terdapat slot slot ceramahnya tersiar diFB lalu namanya terus melonjak naik sehinggakan glamornya dapat bersaing sama dengan selebriti mahu pun artis.Bolih dikatakan dari sekecil anak saya yang berumur 3 tahun keatas telah dapat mengenali beliau,.begitulah gambaran tersohornya.


Olih yang demikian apabila Masjid disini telah menjemput belaiu untuk menyampaikan kuliah maka didapati semua golongan masyarakat kampong dari seorang anak kecil sehingga keperingkat tua dewasa telah pun turut hadir,malah semua peringkat golongan ini bukan sahaja datang dari satu kampong sahaja malah terdapat juga dari kampung kampong yang berhampiran telah turut hadir sama, jadi kerana itu pada malam tadi didapati jumlah kedatangan orang ramai dilihat melimpah ruah sampai ke beranda beranda masjid sehingga terpaksa dibubuh tikar kembej lapik sementara.


Cuba kita selami dan tanya,dimanakah dan apakah sebenarnya daya penarik beliau itu,saya melihat selain dari lawak lawak yang diselang selikan dalam setiap siri ceramah,satu lagi kelebihannya ialah kerana dek sifatnya mudah mesra dan senang didekati.Malah ada diantara kanak kanak yang mengerumuninya untuk melihat beliau dari dekat telah diajak sama untuk sessi bergambar.Apakah ada ustaz lain sebegitu sifatnya?


Beralih kepada intipati kuliahnya itu saya mendapati topik perbincagan yang diulas adalah mengenai amalan Tauhid,Apakah itu Tauhid?menurut beliau tauhid itu ialah satu keyakinan,sebagai seorang islam kita perlu yakin sepenuh hati dan mempercayai akan kekuasaan tuhan.Bermula dari peetemuan benih lelaki dan perempuan (ibu dan bapa) kemudian berputik membesar didalam kandungan seorang ibu itu telah dijaga dan diawasi olih kekuasaan Allah S.W.T dan bukan dari mana mana kerajaan memerintah,tak percaya tanya kepada tok batin,adakah dulu dulu ada kerajaan yang memantau kehamilan orang dayak atau asli itu? kah.... kah... kah... bersambung lagi
sambungan:
katanya lagi "kita mesti yakin dengan janji dan perancangan Allah, dalilnya masa hendak bersalin doktor hanya bolih meramalkan sahaja tarikh kelahiran seseorang pada sekian sekian hari dan waktu tapi bila tiba masa yang dikata itu tidak pun jadi bersalin, ertinya ramalan olih doktor tidak semestinya tepat, yang ditunggu anak dia lahir tetapi anak misi atau pun anak tok bidan pulak yang bersalin,dok bodoh lagi ke caya pada ramalan gitu? bodoooo....  kah... kah...kah....maknanya kita merancang tetapi kena ingat Allah juga merancang,hanya rancangan Allah itu yang terebih baik,jadi serahkan diri kita kepada Allah.,kena ingat kalimah "la illah ha il lallah" maknanya tiada tuhan melainkan Allah.

Ambil contoh,Atas arahan Allah disuruhnya Nabi Ibrahim A,S meninggalkan anak kecil Nabi Ismail bersama isterinya Siti Hajar ditengah  tengah padang pasir yang kering kontang tetapi olih kerana perancangan Allah yang maha kuasa tempat yang kering itu bolih ditemui air yang kekal sehingga kini iaitu air zam zam,sebab itu kita kena yakin dengan kekuasaan Allah,bukan kuasa JKKK"... kah... kah...kah....kita tengok ada orang takut nok datang dengar ceramah sebab takut pada kuasa JKKK bukan takut pada kuasa Allah,betul dok? nok jawab tu pun takut....kah...kah...kah....kerana itu katanya ada orang dok tahu basuh kencing sebab tak mahu dengor, dok reti beza air musta"mar dan musanajis, hok asas pun dok tahu termasuk orang hok ada dalam masjid ni...betul dok? kah...kah...kah...jadi hok dok pernoh dengar orang mengajar agama... lu fikirlah sendiri....(saya tambah)


Jadi saya nok jawab se jah.....Kalu  ambo nok tulis semua rasa tak larat pulok,ambo pun belajar jugok sikit sikit dulu dari orang tua ambo, kato dia jika dalam keadaan darurat tidak ada air masa buang air kecil atau besar,maka kita bolih berintinjak iaitu bersuci sementara dengan cara mengesat gesat dahulu najis itu dengan daun atau pun dengan dahan dahan kayu,kemudian apabila jumpa air kenalah bersuci balik.....fahammm...itu kata tok nenek aku duhululah... kah...kah...kah....

Kesimpulannya selepas kehadiran Ust Azhar, lalu pada keesokan harinya ADUN kawasan yang sebelum ini tidak pernah datang bersolat disini pun tiba tiba datang bersolat jumaat, sudah berjangkit power senyuman dari Ust Azhar agaknya... kah... kah... kah....


tok ayah su-tahniah juga kepada ajk masjid yang berjaya menganjur dan kumpul derma....

Ahad, 1 April 2012

april full (sambungan)

Salam hormat!
Sejak akhir akhir ini saya telah membuat sedikit penelitian dan  analisis rengkas tentang peranan atau fungsi sebenar sebuah organisasi disekolah yang turut dipelupuri olih ibubapa dan guru guru iaitu PIBG, kebanyakkan dari ucapan mereka ini hanya sekadar berkisar kearah nasihat menasihati sesama sendiri khususnya dalam hal  mengambil berat soal aklak dan sikap anak anak,walaupun pun nasihat sebegitu berguna dan penting namun dimasa yang sama jarang ada yang melihat dari sudut keupayaan atau pun kemampaun keuwangan ibubapa itu sendiri.

Oih kerana itulah agaknya ada yang mudah tertipu dengan apa saja usul agar ibubapa mengeluarkan sumbangan untuk PIBG,jumlahnya bukan sedikit mencecah ratusan ringgit juga untuk seorang murid terutama kepada murid murid yang akan menghadapi apa apa peperiksaan pada tahun ini dan jika didharap dengan 2 ke 3 orang serentak dalam satu keluarga maka lagilah parah dan koyak rabak poket.Tertipu yang dimaksudkan ialah apabila kerajaan telah mengistiharkan yuran sekolah dimansuhkan ini bererti akan sifar lah juga pengeluaran duit dari ibubapa untuk disalurkan kesekolah.Tetapi sebenarnya yang berlaku tidak sebegitu,yang dihapuskan ialah "yuran" tetapi "sumbangan"nya tidak. kong... kali...kong  betul ! kata orang utara pi mai pi mai tang tu jugak. maknanya sumbangan dari ibubapa tetap diperlukan.Jadi tak tipu lagikah begitu?miskipun begitu kita kenalah berterima kasih kepada mereka walaupun kita telah terkena tipu.Seperti kata YB Tuan Hj Mohd Nor (Mp H.T) katanya kita kenalah berterima kasih kepada kerajaan kerana kerajaan telah menyediakan banyak kemudahan untuk tujuan pendidikan anak anak kita,termasuk didalam majlis perasmian hari ini pun saya telah dengan senang hati menyumbang sebanyak rm3.000 kepada akaun PIBG"jelasnya.

Secara kesimpulanya disarankan kepada para ibubapa sekalian mungkin termasuk saya sendiri janganlah kita beria ia sangat mengharapkan belas simpati dari PIBG untuk dijadikan flatform sebagai pembela kepada nasib ketidak kemampuan keuwangan ibubapa.Sebaliknya kita kenalah terima hakikat bahawa PIBG bolih dijadikan medan untuk memohon projek projek sahaja.Contohnya didalam ucapan alu aluan tuan pengerusi PIBG,nampaknya beliau bergitu bersungguh sungguh meminta minta kepada pehak PPD agar diberi sejumlah peruntukkan bagi membina sebuah dewan sekolah dan juga peruntukkan untuk tujuan menambah baikkan surau sekolah.

Sementara itu saya tabik kepada salah seorang wakil ibubapa yang telah mengemukan satu usul supaya pehak kerajaan atau kementerian pendidikan juga perlu turut sama memperuntukkan sedikit sumbangan kepada PIBG kerana dengan hanya bergantung kepada sumbangan daripada YB itu dikatakan tidak memadai dan jauh sekali sekali dari mencukupi bagi merengankan bebanan yang terpaksa ditanggung olih ibu bapa mahupun pehak sekolah untuk mengadakan program program yang akan dibuat nanti Katanya jika kerajaan bolih menyediakan peruntukkan untuk pertubuhan Belia, pertubuhan Peladang dan sebagainya jadi kenapa tidak bolih diberi kepada Persatuan PIBG ini? keluhnya dalam hujah menyatakan usul tersebut.

Tok ayah su-ada beberapa orang lagi anak yang bersekolah dibawah tanggungan ....

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan