arkib

Rabu, 14 November 2012

Pengaruh filem...

salam hormat!
Tidak kiralah samada sesebuah filem itu dalam ketegori drama pendek,triller.atau pun action rengan mahu pun ganas maka sedikit sebanyak pengaruhnya tetap menular tanpa disedari sehinggakan para pelakon mahu pun artis itu bolih mengalahkan populariti seseorang pemimpin masyarakat atau pun tokoh tokoh tertentu.Pro dan kotra baik dan buruknya tetap ada.

Dan baru baru ini  sebuah filem pendek yang mencetuskan kotroversi dikalangan umat islam kerana terdapat unsur unsur yang menghina Nabi Muhammad S.A.W sekaligus mencemarkan kesucian agama islam lalu membangkitkan kemarahan dari kalangan seluruh umat islam diserata pelusuk dunia.Kemuncak kemarahan melibatkan pembunuhan beberapa orang tertentu.
Filem itu hiburan dan hiburan itu filem,akan tetapi kalau sudah disalah gunakan medium tersebut maka akan lainlah pula jadinya.

Nizarman adalah sebuah syarikat filem ditanah air,slot drama mahupun filem pada era tahun 80an-90an banyak dikeluarkan olih syarikat ini.,namun kurang dikenali melainkan hanya artis artis dan para pelakon yang terlibat sahaja mengenalinya.Orang tidak kenal  dek kerana orang tidak mengambil kesah siapa dibelakang tabir bikinan sesebuah filem,sama seperti orang pergi berbelanja membeli belah dalam disesebuah pasaraya,kebanyakanya tidak mengtahui siapakah pemilik gedung perniagaan tersebut.Begitulah dengan producer filem, akan tetapi bila disebut apa judul filem dan siapkah artis yang melakunkan maka orang akan cepat mengtahuinya.....bersambung....
Sambungan:
Pada suatu hari (dah lama dah) saya berkesempatan  berbual bual dengan  seorang pelakon dan pelawak yang begitu dikenali dalam segmen TV "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" ,dia ialah  Pak Usu, tetapi dimana Pok Usu sekarang saya sudah ketinggalan berita dan tidak tahu apa sudah jadi dengan beliau,jika Pok Uda tahu lah saya, sudah almarhum...   apa yang nak saya ceritakan didalam perbualan saya dengan Pak Usu itu katanya  penerbit dan syarikat pembikin filem Nizarman ini sangat kaya raya. Olih yang demikian disekitar tahun 2000 - 2004 saya dapat maklum bahawa bekas suami kepada orang kuat syarikat Nizarman ini amat begitu pemurah dengan memberi bantuan secara bulanan sejumlah wang kepada beberapa orang kampung berstatus warga emas dikawasan kampung kelahiran beliau diPasir Puteh.Disamping itu dia juga menjadi buah mulut yang mengatakan beliau seorang dermawan dan juga begitu aktif diarena politik Umno/BN. Namun sama ada beliau berminat atau tidak untuk menjadi calon dalam PRU !3 itu tak tahulah pulak saya.

harap maaf.... saya telah menghentikan secara mengejut penulisan ini dan telah tertangguh hampir 2 minggu tidak bersambung sambung,secara tidak diduga terdapat kerja penting yang terpaksa saya dahulukan, sebab itulah saya tangguhkan dulu secara serta merta.Pada kali ini saya akan menyelesaikan apa yang hendak saya paparkan, sebanarnya sebahagian dari mesej yang hendak saya sampaikan telah pun ditulis,tinggal lagi apa yang saya mahu teruskan ialah bagaimana sesebuah filem itu memberi pengaruh kepada masyarakat.Sama ada sedar atau tidak sedikit sebanyak ianya bolih memberi kesan sampingan contohnya jika dulu dulu filem hindustan yang menjadi kegilangan dikalangan orang melayu sehinggakan jika kecewa dalam hasrat untuk memiliki seseorang gadis idaman maka akan ada yang mengzahirkan rasa "frush"nya sehinggakan menangguhkan usianya untuk meneruskan perkahwinan dengan lain lain gadis sampai meningkat keusia menjadi "bujang lapuk...." begitulah romantik dan ektreanyanya pengaruh cerita hindustan.Pemujaan kepada perempuan ala Shah Jehan yang membina Taj Mahal kepada permaisurinya turut difilemkan dan menjadi ikutan sehinggakan ada yang mengsamakan pembinaan Mahligai PM diputra jaya dikatakan terdapat unsur unsur kemewahan yang mahu diperibadikan bagi menghadiahkan kepada isteri PM ke4 itu.

Antara filem melayu yang menjadi ikutan sudah tentu "Madu Tiga",kerana apa? kerana ada lagunya yang berbunyi "mesti pandai berbohong....mesti pandai temberang....tetapi...jangan sampai....hai....pecah tembelang" , Berbohong dan temberang ini bukan sahaja menjadi ikutan dikalangan mereka yang khawin lebih dari satu tetapi dianya juga menjadi budaya bagi sesetengah (bukan semua) tokoh tokoh politik.Malah sejak akhir akhir ini budaya samseng ala ala dalam filem "pendekar bujang lapuk" juga telah menjadi ikutan.Sekumpulan samseng yang diupah olih seorang saudagar yang berkepentingan untuk mengutip cukai dipenambang telah menjadikan budaya siapa kuat kudrat dia yang berkuasa,undang undang ditangan sendiri.Jesteru itu diantara banyak banyak filem terdapat juga episod didalam filem hindustan mahupun Tamil yang berani menzahirkan kepincangan dan rasuah olih pehak berkuasa seperti pasukan Polis dan sebagainya tetapi kepincangan mereka didalangi dan dilindungi olih tokoh tokoh penting lagi berkuasa.Apakah cerita tersebut sama dengan realiti kehidupan sebenar atau bagaimana?
Terkenang nostalgia dizaman sekolah dahulu.Saya juga suka menonton filem tetapi secara percuma....aaa...setiap kali jika saya mahu menonton maka pasti saya akan berjumpa seorang pakcik (pok ungku) penjaga panggung minta kebenaran untuk masuk,nasib saya baik dibaginya saya masuk percuma,jika ada kerusi kosong saya akan duduk jika tidak saya akan berdiri ditepi dinding sampai habis cerita.Habis cerita berpinau biji mata  silau cahaya matahari petang almaklumlah masuk jam 2.30 tegahhari keluar jam 4.30 petang.Habis waktu sekolah terus kayuh basikal pergi kepanggung Sky (nama panggung). keh...keh...keh....ramai diantara muka superstar yang sempat saya temui secara life kerana mereka turut hadir jika terdapat filem lakonan mereka ditayangkan.Saya suka melihat filem hindustan kerana lagunya yang sedap didengar walaupun tidak mudah difahami serta melihat keindahan pandangannya seperti ditaman taman bunga yang berwarna warni serta gunung ganangnya yang mengkagumkan tetapi berlainan pula dengan filem hindustan dizaman sekarang kebanyakkan lagu lagu serta tari menarinya terlalu banyak menjolok mata dan tarianya ala ala disco hanya  dimainkan didalam bangunan. Kini semuanya tinggal kenangan Pok Ungku pun sudah tiada dan panggung pun sudah tutup walaupun bangunannya masih ada.Itu semua perihal dizaman jahiliah ku dulu tetapi kini aku sudah pun berhijrah kearah yang lebih baik....

tok ayah su-salam maal hijrah (siaran lewat)

Ahad, 11 November 2012

Kenapa saya ajak keAir Lanas Jeli?

salam hormat! Dalam pelihanraya kecil Parlimen Pasir Mas pada suatu ketika dulu saya berjalan jalan mencari gerai makan disebelah tengaharinya,bersama sama saya seorang rakan dan juga Che"gu Fariz (keadilan) didalam perjalanan kami terhenti seketika apabila kelihatan Che"gu Fariz begitu berminat dengan alat alatan purba lagi antik yang dipamerkan olih sipenjual ubat dikaki lima.Lalu saya bertanya "adakah beliau mahu melihat lebih banyak lagi barang barang lama seperti ini? jawabnya "mahu..." okey lah kalau begitu, nanti jika ada ruang masa dan peluang, saya bolih tunjukkan tempatnya.Pemilik barangan antik ini bukan setakat menyimpannya sahaja tetapi dia juga berkebolihan berubat orang secara tradisioanal,sakit gaut,patah patah rengan tulang kaki tangan,urutan badan dan juga terseliuh serta banyak lagilah...."kata saya.."dimana? tanya beliau."DiAir Lanas Jeli"jawab saya.....bersambung....
 sambungan:

Kesian juga saya dengan che"gu Fariz ni sebab saya perhatikan seperti semacam telah menjadi mangsa sebatoj  kepada mainan orang politik,semasa dalam perkhidmatan perguruan dulu beliau sering ditukarkan dari tempat kesatu tempat,tak sampai dalam tempoh 3 tahun dari Jabor ditukar pula ke sekolah disalah sebuah kawasan tanah penoroka diNegeri sembilan.Tetapi semangatnya tetap kental, segalanya ditempohi dengan penuh sabar walau bagaimana pun kini rasanya dia telah pun meletakkan jawatan sebagai guru dan berkhidmat dengan kerajaan negeri (PR) Selangor.Saya mengenali beliau secara kebetulan kerana dia kerap singgah dikedai makan "mek" saya yang berada didalam jalan laluan kerumah ibubapa mertuanya disini.Disamping itu saya difaham beliau agak gemar menjaga kesihatan dengan sering mengamalkan mengurut gurut badan,maka kerana itulah saya suka mengenalkan pada dia seorang tukang urut (lelakilah...) sehingga sampai keAir Lanas,Jeli diKelantan.

Sebenarnya sampai kehari ini  saya masih belum berkesempatan untuk kesana bersamanya,maklumlah mungkin sama sama sibuk sehingga dah terlupa  sebab telah lama berlalu.Apa yang saya nak khabarkan tukang urut alias tok bomoh itu  tidaklah dikenali sangat dikampung ini sebabnya  dia sendiri tidak mengistiharkan dirinya sebagai bomoh,tak tahulah kenapa agaknya mungkin disebabkan sikap tawaduknya  tidak suka menonjol nonjolkan diri ada kebolihan tetapi jika ada sesiapa yang agak terdesak dan minta tolong sangat sangat barulah tergerak hatinya untuk berubat, disamping tidak sanggup menghampakan harapan orang ,katanya

Kerja berubat secara tradisional ini pun macam lebih kurang seperti tukang masak juga sebab ada "air tangan"  tersendiri, jika serasi insaallah akan menjadi,dari pengalaman saya sendiri dek kerana teringat akan zaman kanak kanak sering diajak olih orang dewasa untuk mandi sambil menyiram badan didalam kebun tanaman kerana dikatakan 'air badan' anak kembar bolih melebatkan buat buah tanaman jadi pada suatu hari disebabkan terlalu terdesak saya meletakkan anak sendiri dibawah kangkang sambil mandi mandikan saya bersama dia (anak) kerana suhu badannya naik dipercayai terkena deman panas dengan sedikit bacaan ayat ayat yang mana saya tahu,alhamdulillah demannya semboh(lucu pulaklah rasanya).Beberapa hari sebelum itu saya telah bertikam lidah dengan  pehak hospital kerana saya tidak mahu membenarkan dibedah untuk diambil air sum sum tulang belakang.Saya nekad untuk membawa balik dan mahu mencuba cara perubatan sendiri.Dengan izin tuhan juga anak tersebut kini telah sehat walafiat.Itu kesah pertama dan ada banyak lagi kesah melibatkan diri sendiri dan orang lain,pernah pada suatu ketika telah habis hospital berbayar (swasta) telah saya jajak untuk membuat experimen (uji kaji) apakah ubat yang sesuai dan serasi dengan penyakit kulit dibetis kaki yang telah saya alami,banyak wang keluar dan telah banyak ubat dimakan dan dicucuk tetapi kata doktor penyakit saya akan kekal sampai keakhir hayat dan tidak bolih diubat lagi.Olih kerana tidak mahu berputus asa, saya telah mencuba dengan cara perubatan tradisional mengikut kaedah sendiri (tapi biarlah dirahsiakan dulu caranya),alhamdulillah...syukur sangat sangat....kesakitan tersebut kini telah pun sembuh sepenuhnya dan saya tidak lagi runsing untuk pantang makan apa sahaja,jika dulu.... udang, ketam, ikan tertentu tidak bolih dimakan sewenang wenangnya.Antara kesah lain saya telah menerima telifon dari kakak kandung katanya beliau telah bermimpi yang didalam mimpinya yang saya telah menjadi seorang bomoh perubatan  tradisional. Dengan selamba saya menjawab sambil secara kebetulan baharu semalam saya telah beriktiar mengubati seorang pesakit yang juga merupakan seorang rakan yang dikenali sejak  berpuluh tahun dahulu,kini.hari ini dia seolah seperti telah telah terkena penyakit misteri,tidak bolih tidur, tidak bolih duduk diam,jiwa gelisah dan tidak tenang.Walaupun penyakit rakan saya saya ini tidak bolih sembuh lagi tetapi keadaannya bolihlah bertahan dan agak reda sedikit katanya.

Dengan penceritaan diatas itu diharapkan janganlah pula ada  yang menyangka saya mahu menjadi bomoh pula,sebanarnya saya tidak berniat pun begitu kerana saya tidak mahu menjadi "bomoh temberang" akan tetapi sekadar hendak mencuba kerana bersimpati akan nasib pesakit yang menderita maka saya rasa apa salahnya beriktiar....saya hanya bergantung dan berserah kepada Allah S.W.T semata mata,jika diizinkan menjadilah ia....jika tidak apa bolih buat tetapi kata nabi setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati....

tok ayah su-ada saudara susuan diAir Lanas....

Jumaat, 2 November 2012

Mengeratkah ukhwah kekeluargaan...

Salam hormat!
Semalam  saya dah turun lagi kerambi Mekah,datang menziarahi adik beradik.ipar duai, emak saudara dan juga sepupu sepapan almaklumlah ibarat kata bidalan  tak akan putus air dicincang jadi sedikit sebanyak dapatlah menghilangkan rindu dendam kerana ada yang diantara kami sudah hampir 30 tahun tidak berjumpa .....bersambung
sambungan:
Semasa tulisan sambungan ini ditulis wajah insan yang sedang sakit itu telah pun kini meninggal dunia, ALFatihah... sebenarnya beliau adalah ipar saya yang paling kacak dan hensom disemasa mudanya dulu,kini umurnya sudah menjangkau 75 tahun,saya percaya ramai rakan rakan dari negeri Terengganu yang mengenalinya kerana pada suatu ketika dahulu iaitu disekitar tahun 50-60an dia pernah berkerja dilombong bijih diBukit Besi.Selepas lombong itu ditutup pada awal tahun 70an beliau kembali kekampung asalnya disini yakni disalah sebuah kampung yang berada diKawasan Parlimen Ketereh Dun Kadok,olih itu jika pembaca terlihat wajah YB Dun Kadok datang melawat pesakit maka jangan pelik kerana begitulah apa yang saya difahamkan rutinnya amalan dilakukan olih YBerhormat ini.

Begitulah kalau sudah ketentuan dari illahi walaupun umurnya masih lagi muda jika hendak dibandingkan dengan emak saudara saya yang sudah mencecah 90  tahun tetapi masih sehat walaupun terpaksa bertongkat untuk bergerak tetapi yang pergi terlebih dahulu pergi ialah orang yang lebih muda.. Jika mahu mendekati dan mengenali sanak saudara yang sudah lama terpisah maka rajin rajinlah datang menziarah sanak saudara seandainya ada yang sakit,kerana insaallah disinilah juga akan menjadi medan berkumpulnya anak beranak yang sudah sekian lama tidak bertemu.Jika hendak diambil masa khusus melawat dari rumah kerumah sanak saudara mungkin ada yang tidak berkesempatan berbuat demikian. Jesteru itu saya dapati ada diantara kami yang sudah hampir 30 tahun lebih terpisah dapat bertemu disini pada hari itu.Saya pernah terdengar kuliah dari seorang ustaz katanya barang siapa yang datang menziarah kerumah kenalan mahupun sanak saudara tak kiralah samada diwaktu dia susah atau senang sebenarnya penziarah itu dianggap sebagai pemberi rahmat yang baik kepada tuan rumah manakala penziarah itu sendiri akan diberi ganjaran pahala yang amat besar sehinggakan jika ditakdirkan dia meninggal dunia kemalangan samada semasa,sedang atau ketika kembali dari lawatan maka kematiannya bolih disamakan dengan kematian seorang yang mati syahid, begitulah menurut kata dari ustaz yang pernah saya dengar.Wallahuaklam. 

Apabila sudah berjumpa sudah tentu banyak cerita cerita lama termasuk fakta berkaitan yang pernah saya paparkan sebelum ini yakni berkaitan isu tanah pusaka peninggalan datuk nenekku dahulu.Namun demikian demi menjaga intergriti pehak tertentu saya tidak dapat menurunkan apa apa maklumat yang berkaitan disini,tetapi sedikit sebanyak telah pun saya rakamkan percakapan mereka termasuk dari emak saudara.Selain itu saya sempat bertanya kepada 2 orang waris yang sudah berstatus warga emas yang agak susah kehidupan mereka apakah mereka ada menerima apa apa bantuan secara bulanan daripada mana mana pehak termasuk JKM, jawapannya alhamdulillah "adalah juga..."katanya.

Jika ada yang pernah membaca posting saya sebelum ini mengkhabarkan bahawa terdapat satu keluarga sepupu saya yang telah ditimpa musibah  dimana rumahnya terbakar yang mengakibatkan kerugian hampir rm200.000 kini rumah baru telah pun dapat dibina semula,apabila ditanya datang dari mana duit biaya membangunkan rumah baru itu,katanya hasil muafakat tolong menolong dari pelbagai pehak,ada yang memeberi bantuan berupa material seperti pasir,simen,kayu kayan dan tidak ketinggallan pertolongan dalam bentuk wang ringgit,syukur kepada tuhan kerana masih ada yang bermurah hati kerana sudi membantu kepada keluarga sepupuku ini.Alhamdulillah.

tok ayah su-mengharapkan kakak sekeluarga tabah menghadapi ujian kematian suami tercinta....

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan