arkib

Sabtu, 30 Mac 2013

Ajaran salah vs sesat....

Salam hormat !
saya terdengar desas desus...sus... sas....sus...sas diketika dalam satu majlis pemberian bantuan BRIM diDUN Telemong Hulu Terengganu yang mana sebelum penyampaian bantuan YB di DUN itu terlebih dahulu berucap katanya " sesiapa yang tinggal dikawasan Hulu Terengganu akan menikmati kemakmuran pembangunan hasil dari projek pengistiharan bandar bebas cukai diTasik Kenyir, dimasa itu penduduk Hulu Terengganu bolih menjual apa sahaja hasil pertanian dari kebun masing masing, bolihlah jual buah durian dengan harga Rm 10 sebiji...."

Kalaulah benar bagaikan dikata maka bagus sangatlah,tetapi yang tidak sedap didengar ialah niatnya dari awal awal lagi sudang menyerong,olih kerana dah maju bolih jual barang dengan harga yang  mahal mahal, aik...elokkah berniat begitu,sedangkan rasanya satu ajaran yang salah dan amat silap sekali 'kata sipencerita kepada saya.Sebagai nak memastikan salah atau betulnya saya merujuk kepada satu buku sekolah yang juga saya rasa siYB ini pun turut mengajarnya disekolah kerana dia juga merupakan seorang bekas guru dan kemungkinan dia terlupa atau sengaja terjadi seperti kata Datuk nikah khawin dalam cerita Musang Berjanggut yang berkata "itu undang undang kanda yang bikin,jadi taulah kanda nak memadamkannya..." keh...keh...keh....olih itu perhatikan petikan dari buku tersebut:
Teringat saya pada mula mula ketika isteri saya hendak memulakan perniagaan diawal tahun 2000 tatkala kami baru balik untuk menjalani kehidupan baru dikampung, salah seorang kenalan lama mengingatkan  kami katanya "berhati hati sikit jika nak berniaga disini kerana banyak terdapat permainan harga dikalangan peniaga itu sendiri, ada orang dapat harga belian tidak sama walau pun barangan itu sama jenama dan mutunya".saya mengabaikan nasihat tersebut kerana masih mempercayai akan adanya  pehak berkuasa yang memantau atau mengawasi setiap harga barangan.jualan, namun begitu seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini didalam siri siri wacana 9/10 punca rezeki sememang ternyata akan adanya riak riak kebenaran seperti yang dinyatakan olih kenalan lama saya itu,lalu terfikir dibenak sejanak "apakah meka (loghat bahasa orang Perak) sudah ada pakatan mahu sengaja menjahanamkan perniagaan kami atau mahu mengambil kesempatan hendak mengaut keuntungan secara mainan kotor?".Kalaulah benar maka saya berharap sangatlah supaya orang yang berkenaan cubalah renungi dan hayati ajaran yang tercatat diatas itu.

Alang alang sudah bercakap soal perniagaan ini,jika didalam hal agama,sebarang ilmu yang berkaitan tidak dapat datang secara mewarisi sebegitu sahaja tanpa dipelajari secara berguru ber'jurus benar" terlebih dahulu maka begitulah juga didalam dunia perniagaan.Kelmarin dulu saya menghadiri majlis kenduri khawin salah seorang anak buah yang berasal dari Kampung Kemuning Machang yang bertemu jodoh dengan pasangannya diKampung Losong kuala Terengganu.Sebut sahaja Losong sudah terlintas diminda satu nama tempat yang terkenal dengan makanan tradisional keropok lekor,namun senonim dengan jenama keropok itu nampak semacam masanya telah berlalu,tidak seperti disuatu ketika dulu,agaknya sudah dimonopoli olih kawasan lain pula.Sudah jarang kelihatan gerai gerai jualan berasakan keropok lagi, kenapa sampai jadi begitu? kelihatannya yang masih tak lapuk dek hujan dan panas ialah kedudukkan Mezium N.Terengganu yang terletak dikawasan hujung kampung ini,.itulah satu satunya mercu tanda keistimewaan yang ada disini.

Bukan hendak mengangkat nama sendiri,cuma hendak memberitahu betapa bertuahnya badan Anak muda Losong ini kerana bertemu jodoh dengan orang Kemuning,kerana apa saya kata begitu? kerana dikampung, keluarga ini bukanlah calang calang,suatu ketika dahulu datuknya memang sudah terkenal seorang yang berjaya dalam perniagaan,seorang tauke besar,ada gok tembakau (tempat salai daun tembakau) ada kilang padi,ada kedai runcit ada kedai jahit menjahit,ada pekerja berpuluh puluh orang,ada kebun getah... ahh.... banyak  lagilah kalau nak dihitung,tetapi seperti yang dikatakan, perniagaan juga tidak dapat diwarisi secara automatik,entah bagaimana dan dimana silapnya maka anak anaknya tidak dapat meneruskan (mewarisi) perniagaan tersebut, tetapi saya percaya ilmu perniagaan bolih dipelajari dari pengalaman datuknya itu walau pun kini dikatakan sudah sedikit uzur kerana sudah lanjut usia.
Sementara itu dipertontonkan sedikit lagi isi kandungan didalam buku sekolah tadi, diterangkan secara rngkas teori mudah untuk memahami ajaran itu sesat atau sebaliknya: 
tok ayah su-teringat satu ayat "berkata benar didepan pemimpin walau pun sukar adalah satu jihad..."

Rabu, 27 Mac 2013

Dosa politik vs Dosa benar

Salam hormat!
Saya masih mahu menyambung tajuk berkenaan dengan dosa dimana pada siri yang lalu (25/3/03) saya telah mengariskan 7 dosa dosa yang masih menjadi pegangan sebahagian dari ahli politik khususnya dari parti Pas.Jadi untuk kali ini mahu pembaca dan juga termasuk saya sendiri cuba merenung dan mengambil pengajaran daripadanya. Perkara dosa yang hendak saya sebut ini adalah "basic" atau pun perkara yang menjadi fardhu ain,umpama sepohon pokok ianya dipanggil akar tunjang,jika tiada akar maka pokok itu akan cepat mati,begitulah cerita tatkala saya belajar sains semasa disekolah atap dahulu.Perkara fardhu ini wajib diketahui bukan sahaja kepada saudara baru atau mualaf yang baru memeluk islam malah kepada semua orang yang mengaku beragama islam. Teramat naif sangatlah jika sudah mengaku orang islam tetapi masih tidak mengtahuinya,apatah lagi jika dia itu salah seorang dari ahli parti politik yang berteraskan islam sebagai dasar perjuangan.

PERTAMA- Syirik-iaitu menyekutukan Allah S.W.T dengan makluk,satu dosa yang tidak terampun jika terlambat bertaubat.
KEDUA- Makan minum sesuatu bahan atau air yang memabukan seperti arak.
KETIGA- Memakan riba-yakni menjalankan perniagaan yang mencekik darah dengan melebihkan bayaran balik dari jumlah pinjaman asal
KEEMPAT- Bertenung nasib,bernujum atau pun berjudi.
KELIMA- Melakukan zina yakni persetubuhan tanpa nikah.
KEENAM- Menyamun,mencuri,memiliki harta secara batil seperti memberi rasuah dan sebagainya.
KETUJUH- Memakan harta anak yatim.
KELAPAN-Melakukan kezaliman seperti membunuh dengan cara yang tidak sepatutnya tanpa alasan yang dibenarkan.
KESEMBILAN- Nifak-berpura pura beriman kepada Allah S.W.T  sedangkan pada hakikatnya ia menentang ajaran islam.
KESEPULUH- Tidak membuat apa yang disuruh mengikut apa yang terkandung dalam rukun islam dan rukun iman sedangkan ia berkemampuan.

Begitulah lebih kurang secara kasar bacaan dosa dosa yang dicatatkan didalam satu buku agama yang pernah saya baca,jika mahukan ulasan yang lebih 'ditail' maka hendaklah para pembaca mencari guru guru yang lebih alim untuk menerangkan berkenaan dengannya.Kalau saya terangkan semuanya takut takut nanti tak bolih nak cari makan pulak orang lain....keh...keh...keh...

Tidak dinafikan terdapat dikalangan rakan rakan saya tampaknya seoalah olah telah tawar hati untuk turut sama berjuang memberi nasihat berkaitan perkara makruf sebaliknya melihat sahaja perkara mungkar berlaku didepan mata.Kenapa sampai jadi begitu? apakah mereka dipersolkan siapakah mereka hendak berlebih lebih? tetapi dari apa yang saya perhatikan kebanyakannya seperti sudah "terpukau' dengan segala macam pemberian,pancing BRIM....BRUM ...BRAMMM... dan sebagainya telah mengena sehingga  mengkelukan lidah untuk membuka mulut untuk berkata kata.Namun begitu kata salah seorang daripadanya "pemberian bantuan bantuan tersebut tidak akan mudah diterima seandainya tidak terdapat suara suara dari pimpinan parti pembangkang yang sentiasa lantang bersuara,olih kerana takutkan hilang sokongan maka pemberian demi pemberian ditaburkan,walau bagaimana pun mereka bukanlah budak budak yang begitu mudah digula gulakan"  tambah kawan saya itu.

Apa pun mereka teramat kagum dengan kerja kuat PM Najib yang kelihatannya tidak senang duduk,sentiasa bergegas kehulu kehilir,dalam dan luar negara demi untuk mengatur strategi tranfomasi politik.Olih itu ada yang berpendapat berkemungkinan ada yang akan buat U Turn dan swin disaat saat akhir khususnya bagi yang berada diatas pagar.Jika diDun Ajil telah kehilangan 2 ribu undi pada tahun 2008 apakah didalam PRU ke13 ini mampu ditarik balik? itulah yang menjadi teka teki setakat ini....

Tok ayah su- masih istiqamah....

Isnin, 25 Mac 2013

7 Dosa dosa politik...

Salam hormat!
Seperti yang dijanjikan saya mahu menyambung siri perkesahan kunjungan saya diKampung kemuning pada siri seterusnya dengan tajuk yang berlainan tetapi masih menyelit sebahagian dari cerita yang sama, pertemuan saya dengan bekas Yb CheGu Ismail dengan 2 orang JKKKP termasuk beberapa kawan lama adalah secara kebetulan dan tidak pun dirancang., memang saya sengaja mahu datang lepak santai kesalah sebuah kedai kopi disini,almaklumlah untuk mengenang kembali nostalgia lama lama Difahamkan kedai kopi inilah juga merupakan tempat yang menjadi markas perjumpaan tidak rasmi dikalangan penyokong tegar UBN.

Sembang punya sembang terkeluarlah cerita cerita politik dan juga perihal isu semasa yang dilalui mereka kini. Terdapat beberapa perkara yang tidak dapat memuaskan hati mereka Antara katanya kerajaan Negeri kurang memberi bantuan dalam bentuk sama sebagaimana yang diberikan olih kerajaan Pusat (UBN). Contohnya seperti bantuan BRIM,OneOff untuk anak anak sekolah,termasuk bantuan pembinaan perumahan bagi rakyat miskin dan macam macam lagi katanya.Sambil itu mereka siap siap menunjukkan borang yang akan dan belum diisi untuk dimajukkan.Ada yang menambah kata 'inilah hadiah nikmat kemerdekaan yang turut sama sama dapat dirasai ,jika dahulu kita lihat hanya mereka yang ada jawatan tertentu sahaja yang berolih kemewahan hasil kemenangan politik tetapi sekarang ini tidak lagi,setiap rakyat biasa pun dapat mengecapinya".Itulah bunyi hujah kempen mereka....Selain dari itu mereka turut mengecam, katanya tidak ada apa yang bolih diharap pada kerajaan negeri.Tekanan air paip pun "slow" sebab tak berani nak buka besar besar takut pecah saluran,maklumlah saluran paip yang ada sekarang ini sudah berkarat dan tidak pernah berganti sejak berpuluh tahun dulu lagi.Perbualan kami terhenti apabila muncul selepas itu CheGu Ismail.Selepas berjabat tangan dengan saya,beliau bertanya khabar berkaitan beberapa orang yang dikenalinya termasuklah Mak Jah (emak saudara sayalah) Dari perhatian saya,sikap mesra beliau dengan anak muda kampung masih terserlah,kerana selepas itu dia mengambil tempat untuk duduk dimeja yang telah ramai dilingkungi olih generasi muda.Borak punya borak lalu ter'tubik"lah nama bakal calon UBN diDUN Kemuning, nak tahu siapa? kalau tak silap hujung namanya Ry...apa itu Hairy ke apa ke....begitulah yang saya dengar, siapakah dia siHairy ini? jeng....jeng....jeng....nanti saya akan beritahu dilain kali....okey.

Shayugia dimaklumkan kepada pembaca agar dapat membuat penilain mengenai 7 dosa politik yang menjadi pegangan asas sebahagian dari kalangan penyokong tegar Parti Pas untuk tidak menyokong Parti UBN, 7dosa klasik ini masih releven dari dulu sehingga kini,apa dia? maklumat ini saya perolihi dari satu percakapan didalam kenderaan (teksi) disemasa saya menaikinya untuk datang kesini, okey saya akan terangkan satu persatu....
 PERTAMA-Orang Umno tidak bolih dibuat imam sembahyang kerana bersubahat menyokong kerajaan Toghut (kebendaan/kebangsaan).
DUA-Tidak bolih memakan daging sembelihan olih orang UMNO kerana mereka mengasingkan politik dengan agama dan mengambil sekular (politik suku agama suku)
TIGA- Tidak bolih menyokong UBN kerana mendaulatkan undang undang Lord Red bekas penjajah dan tidak mahu kepada hukum islam hudud.
EMPAT- Agama diperintah dan bukan memerintah....maknanya politik islam hanya buruh/pekerja sahaja dan tidak bolih menentukan hala tuju pemerintahan/kerajaan (melainkan kerajaan Kelantan sekarang).
LIMA- Bertentangan dengan kehendak peraturan agama sebagaiman ayat 44 surat AlMaidah yang bermaksud "barang siapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah,maka mereka itu adalah orang orang kapir".
ENAM-Beriman dengan sebahagian dari AlKitab dan ingkar dengan sebahagian dari ayat ayatnya.
TUJUH- Barang siapa mencari selain islam,tidak akan diterima amalan daripadanya dan diakhirat kelak termasuk dalam golongan orang orang yang rugi (Ali Imran;85)

 bersambung-

Jumaat, 22 Mac 2013

Tak perlu takut pada tuhan?

Salam hormat!
Kata kawan saya "kadangkala kita telah diberi salah penjelasan,apa tidaknya... pada setiap kali kuliah agama kita sering kali dengar para pendakwah menakut nakutkan dengan azab dihari akhirat,seksa kubur dan sebagainya sedangkan tuhan tidak sezalim itu malah dia (tuhan) maha adil.Buktinya tuhan telah menghidupkan kita dengan memberi roh/nyawa dan jasad secara percuma disepanjang hayat dimasa ketika hidup didunia ini,tidakkah itu tandanya tuhan itu maha pemurah lagi penyayang? sebaliknya kita lebih ditakutkan dengan manusia....mengertak sana.. . . gempak sini....ugut itu dan ini, semuanya itu disebabkan apa? sebab kita lebih ditakutkan akan kekuasaan manusia berbanding dengan kebesaran tuhan,itulah silapnya' kata kawan saya itu.Tambahnya lagi ,sebaiknya kita tanamlah sifat "terliaur pada syurga" dengan tujuan untuk mengalakkan mereka lebih cinta dan sayang  pada agama.Pelbagai kaedah lain yang bolih diambil untuk melahirkan rasa kasih pada agama antaranya dengan mengalakkan golongan muda yang hendak berkhawin agar dapat mengadakan majlis ikad nikah dimasjid dan sebagainya.

Secara kebetulan dalam siri kutbah Jumaat pada hari ini pun juga telah turut mengemukan topik kebaikan mengadakan majlis perkahwinan dimasjid dan adat serta tatasusila yang perlu dijaga ketika berada didalam masjid termasuklah larangan bagi kaum perempuan yang datang haid.Berlaianan dengan agama kristian, mereka pun berkhawin digereja tetapi soal berpakaian dan aurat tidaklah dipentingkan.Lumrah kehidupan ciptaan tuhan dijadikan secara berpasang pasangan,ada lelaki dan ada perempuan,maka sebab itulah syarat sah nikah adalah lelaki dengan perempuan bukan dengan kaum sejenis,ada saksi,ada wali dan berlaku lafaz ijab kabul dihadapan dato' nikah khawin (imam) Jadi pernikahan diMasjid hanyalah satu pilihan sahaja bukanlah termasuk dalam  syarat sah nikah.

Teringatlah pulak dizaman saya dulu....sebelum bernikah, perlu isi borang dan minta pengesahan janda duda teruna dara dari imam Tuan guru Haji Halim dikampung asal Kemuning,beliau sekarang masih ada dan dikhabarkan talah menjadi pengasas surau yang mana para jamaahnya terdiri dari kalangan penyokong Pas disana, sebelum itu beliau ini merupakan imam masjid Kg.Kijal. Belaiu juga merupakan ipar duai kepada bekas Yb Che Ismail,inilah uniknya Kampung Kemuning,didalam satu keluarga ada pelbagai kefahaman edeologi dalam memberi sokongan kepada parti politik masing masing.Tidak pula ada gaduh gaduh...jesteru disemasa saya berborak borak dengan dua orang Jkkkp sebelum tibanya Che Ismail selepas itu tatkala pada masa saya berkunjung kesana baru baru ini,saya ada bertanya beberapa soalan antaranya pasal orang ramai dok heboh hoboh berkaitan kekurangan bekalan air dan juga bagaimana kerjasama dengan ahli jawatan kuasa kerajaan tempatan, katanya hubungan kerjasama itu ada,tidaklah sampai bergaduh gaduh cumanya terdapat beberapa perkara yang masih tidak bolih memuaskan hati mereka,apa dia tanya saya? akan bersambung dalam tajuk yang lain selepas pada ini....

Rabu, 20 Mac 2013

u ulang i saman u....

salam hormat!
Dia kata pada kita bolih...tetapi apabila kita nak kata balik tak bolih... mulalah nak saman... demokrasi apa ke benda gitu atau kuku besi? itulah diantara ucapan Yb Dato" Rosol wahid yang tidak dapat saya tangkap apakah  maksud sebenar disebalik dari kata katanya itu, alahai...macam dalam cerita sendiwara P.Ramli lah pulak,"ini kepala bapak kau dan ini pulak kepala bapak aku,kalau berani marilah pijak...tetapi bila dipijak sungguh sungguh tak melawanlah pulak...lalu mengakui akan keberanian sikawannya itu.... keh... keh...keh....

Begitulah bunyinya sebahagian lagi dari siri siri berkenaan topik yang lepas cuma tajuknya telah saya tukar buat sambungan pada kali ini....tambah beliau lagi"jika hendak mengajar anak anak biarlah bersesuaian dengan keadaan semasa dizaman itu.tetapi masaallahnya pada zaman sekarang,aksi perang perang pun ada dialam siber (guna komputer) budak budak sekarang lebih mahir dan tahu main game perang perang,bila mati bolih hidup balik mulakan semula sebaliknya hakikat kehidupan sebenar tidak begitu,contohnya tengoklah dalam kes perang diLahad Datu itu,yang pergi terus pergi selama lamanya meninggalkan orang orang yang tersayang,jadi dinasihatkan kepada anak anak janganlah terpengaruh sangat dengan game mati hidup semula didalam komputer itu" Namun dari ucapan beliau itu saya bolih tafsirkan bahawa jika sekiranya BN kalah dalam PRU ke13 nanti maka harapan untuk hidupkan kembali amat tipis tetapi memandangkan ucapannya itu dilokasi sekolah maka ianya masih lagi menjaga sensitiviti orang yang hadir maka ucapannya tidaklah dibuat secra berterus terang.
Alang alang sudah tertubik berkaitan seKOLAH maksudnya satu kolah air bolih dibuat untuk menyuci beramai ramai kerana termasuk dalam ketegori air mustakmar walaupun bukan air  mutlak... itulah dia budak budak sekarang, belajar bab jenis jenis air dan jenis jenis najis pun belum khatam lagi tiba tiba nak dilangkau dengan ilmu perang...macam mana tu? projek lama belum beres tiba tiba hendak dibuat projek baru...itu tidak termasuk lagi dengan perkara perkara yang menjadi  7 jenis dosa dosa besar....

Kerana itulah saya perhatikan akan mata pelajaran yang diajar sekoalah aliran kebangasaan dengan aliran agama (arab) terlalu jauh beza bagaikan langgit dengan bumi. Sekolah agama diTerengganu dan sekolah agama diNegeri Kelantan pun terdapat perbezaan walhal atas nama bahasa pengantar yang sama.Maaf cakaplah...pada pandangan peribadi saya dari pengalaman anak sendiri dapati tidak ada pun mata pelajaran khusus berkenaan dengan ilmu tauhid,feqah,tasaauf,usulludin,qiraat,khat dan sebagainya diajar diperingkat sekolah menengah disekolah agama disini (Terengganu) apatah lagi disekolah kebangsaan sudah tentu jauh sekali.Kalau ada pun mungkin bahasa arab pertuturan dan sedikit sejarah kenabian serta rasul rasul.Sebab itulah  kata kawan saya sekolah sekarang banyak melahirkan generasi rempit dan berfikiran sempit....

Jika diimbas kembali dizaman saya bersekolah itu dulu tidaklah perlu dikeluarkan banyak duit seumpama sekarang seperti hendak membeli sijil atau berniaga ilmu dan bukannya hendak memberi ilmu....dulu hanya perlu dibeli buku bukunya sahaja,yuran dan lain lain bayaran tidak ada,pada hari hari sekolah cukup sekadar bawa duit tambang bas dan duit poket sahaja.Mata pelajaran akedemik seperti ilmu hisap sekarang dipanggil Matematik,bahasa Ingeris,B.Malaysia,sains,tawarikh sekarang dipanggil sejarah pun turut sama diajar,miski pun pasarananya seperti bilik makmal atau pun komputernya tidak ada,tetapi belajar tetap belajar walaupun dalam serba kekurangan namun ponteng tidak sekali kali.
lsh....ish...ish....habis tu yang engkau ni ada asas agama kenapa tidak jadi pendakwah saja? kerana aku hanya ada asas sahajalah maka aku ambil keputusan untuk pilih bidang kemahiran aku yang terkini...apa dia? jawabnya berniagalah....lagi pun aku, darah ahli perniagaan sudah memang tersedia ada sejak dari nenek aku lagi...dia hanya berniaga kecil kecik macam aku sekarang jugak,tetapi dia banyak berniaga dari hasil pertanian,jual buah limau yang ditanam dikebun emak saudara aku,kira kebunnya luaslah jugak,dia tidak belajar matematik pun, yang hairannya dia bolih buat kira kira untung rugi,katanya 'kalau mek nak beli secara borong sebab mek nak buat berniaga,mak cik bolih beri harga tok peraih,pakai borong"kalau makcik jual sendiri secara runcit harganya kira lainlah pulak".cakapnya pada seorang peraih.....heran....kan...kan...kan....tak sekolah pun bolih buat kira kira tolak campur.

 Selepas saya meninggalkan kampung merantau kenegeri orang,sempat juga saya belajar berniaga sambil bekerja diSebuah Hotel dan Restoran milik seorang taukey berbangsa cina,dari pengalaman taukey cina inilah juga telah sedikit sebanyak menyuntik semangat untuk saya turut berkecimpung dalam dunia perniagaan, menurut cerita taukey itu bahawasanya dia juga sebelum itu merupakah seorang yang susah, masuk kampung keluar kampung mencari barang barang buruk seperti botol dan apa sahaja yang bolih dikitar semula untuk dijual balik,beliau pun tidak ada pelajaran tinggi,kalau ada pelangan bangsa orang putih mulalah dia mengelabah kerana tak tahu nak berkomunikasi,katanya sedikit demi sedikit dia bolih memajukan perniagaan sehingga memperolihi sebuah restoran dan hotel diatasnya sekali...itulah hebatnya. Tidak ada sesiapa pun yang cemburu dan dengki sebagaimana orang melayu yang tidak bolih melihat bangsanya sendiri berjaya sedikit maka mulalah nak dipancung dan diambil kesempatan serta mengkhianati.
Tetapi perniagaan orang melayu ada pantang larang ada halal haram mengikut syariat agama islam itulah bezanya.Sebelum ini rasanya telah banyak saya huraikan...maka kerana itu saya juga pernah bergaduh dengan tokey ini gara gara dimusim hari raya yang kurang bekalan ayam sembelihan olih orang islam lalu saya mengsyaki terdapat ayamm yang tidak disembelih dengan betul...maka dengan itu saya ambil keputusan untuk berhenti kerja secara terhormat, tidak ada gaduh gaduh besar walaupun pada peringkat awalnya saya betul betul marah dan lawan tokey....l am sorry taukey...wa belum tahu apa itu makna cakap "tiu nia seng"... jangan malah haa....

Tok ayah su-mahu dapatkan status HALAL disegenap sudut....

Isnin, 18 Mac 2013

Sendiwara maut 7

salam hormat!
Kalau sudah namanya tokoh politik maka tidak kira dimana apatah lagi jika ditempat yang menjadi orang ramai berhimpun jadi distulah akan diambil kesempatan untuk menyampaikan segala macam mesej yang berbau politik, tambahan pula dekat dah masanya dengan tarikh piliharaya umum ke13. Sebagai sambungan pada siri 6 lalu dimana telah saya paparkan serba sedikit berkaitan dengan ucapan olih Yb Dato" Rosol Wahid selaku Perasmi Mesyuarat Agong PIBG sekolah. Sebagai wakil rakyat UBN sudah tentulah lemparan kata katanya ditujukan kepada pimpinan parti Pakatan Rakyat, sasaranya ialah Yb Tian Chua (PKR) yang juga menjadi fokus hangat dalam siri perang Lahad Datu.Katanya sendiwara apa lagi kalau dah anggota keselamatan kita dizalami, dipotong jari jemari,dibelah dada sehinggakan juga ada yang disembelih...betul ke?Yang betul tu tetap betul yang tidak betul tu pun mungkin ada juga...jadi yang betulnya apa? yang betulnya beberapa orang anggota keselamatan kita telah pun mati, pergi terlebih dahulu meninggal kita semua....takziah diucapkan kepada ahli keluarga mereka dan dihadiah alfatihah buat wira yang beragama islam... alfatihaah....semoga jasadmu bersama para para solihin....amim....ya rabbil aalamin....

Apabila tercetusnya apa yang dikatakan perang diLahad Datu ini lalu teringat saya beberapa isu yang terpapar didada akbhar,antaranya berkenaan projek ic,sebelumnya kejadian sudah banyak berbangkit mengenai pendatang negara luar yang telah memperolihi status warga negara malaysia dilapurkan olih pehak akbar.tetapi pada masa itu belum lagi terlintas apa apa perasaan difikiran saya,maklumlah bukan semua perkara perlu saya ambil peduli apatah lagi bukan semua urusan pentadbiran kerajaan dengan mudah kita bolih mengetahuinya secara mendalam melainkan orang orang tertentu sahaja dan mereka juga ada prosedur untuk menjaga rahsia.

Bila bercakap soal kerakyatan ini,terdapat negeri yang mengubal undang undang masing masing bagi menentukan kerakyatan malah ada negeri melarang orang peranakan luar negeri lain memperolihi keistimewaan tertentu yang terdapat dinegeri tersebut termasuklah untuk memiliki tanah milik kerajaan negeri terbabit. Sebagai orang awam secara mudahnya untuk mengenali seseorang itu rakyat dari negeri mana, hanya perlu melihat pada Mykad.Dicatatkan ditengah nombor siri ic tersebut contohnya xxxxx-03-xxxxx jadi ini bermaksud rakyat negeri kelantan,jika xxxxx-11-xxxxx ini pula bermakna rakyat dari negeri Terengganu, dan begitulah seterusnya setiap negeri berlainan nombor kodnya.

Teringat saya pada suatu ketika didalam Mesyuarat Agong PBTM (persatuan bekas tentera malaysia) telah mengemukakan satu usul agar mana mana kerajaan negeri dapa melonggarkan syarat bagi anak anak bekas tentera untuk memohon tanah milik kerajaan,ini kerana memandangkan terdapat anak anak bekas tentera ini lahir diserata rata negeri mengikut tempat ayah bondanya bertugas pada ketika itu.Setelah bersara atau tamat perkhidmatan terdapat bekas tentera ini kembali dikampung asal mereka semula,jadi dengan larangan berkod negeri tadi maka sukarlah bekas tentera untuk memohon bagi memiliki tanah hak kerajaan Usul ini masih tertangguh dan ditolak buat sementara waktu...seingat saya.Jika dihalusi status pemastautin tetap ini juga penting kerana mengikut enekmen syariah negeri tertentu adalah bolih didakwa jika sekiranya seseorang islam itu tidak hadir untuk bersembahyang jumaat melebihi 3 hari berturut turut tanpa dharurah atau musaqah.

Tok ayah su-akan menyambung  dengan isu/tajuk pendidikan sekolah ala ala umno dan juga mirip aliran Pas...kedua duanya telah saya lalui dan alami sendiri....tunggu....

Sabtu, 16 Mac 2013

Sendiwara maut 6

Salam hormat!
Jika dalam siri 5 saya memetik satu petikan ayat khutbah yang disampaikan olih khatib didalam solat Jumaat yang mengaitkan Fir"aun didalam suasana ketakutan kerana mendengar pandangan dari ahli nujumnya yang mengatakan kuasa kerajaanya akan jatuh setelah lahirnya seorang anak lelaki dari kaumnya yang akan bangkit menentang beliau lalu diarahkan agar kesemua anak lelaki yang baru dilahirkan mesti dibunuh, itulah sejarah kekejaman Fir'aun.Namun pada kali ini saya mahu menulis tentang perangai Fir"aun yang ditiru olih manusia yang hidup dizaman moden kini.

Sejarah Fir"aun kuno telah berlalu namun begitu jangan dilupa bahawa masih ada jejak langkah Fir'aun dulu itu telah menjadi amalan bagi sebahagian orang dizaman kini.Cumanya jika dahulu Fir'aun telah membunuh secara terang terangan  tetapi cara atau kaedah "pembunuhan" yang digunakan olih orang masa kini ada sedikit berbeza.Selain daripada mengimport masuk gejala dadah bagi merosakkan akhlak anak anak lelaki yang kini agak sukar diajar olih ibu bapa/guru seolah olah lebih senang untuk mengawal kerbau sekandang berbanding menjaga seorang anak lelaki, sudah terbalik....ingatkan anak perempuan sahaja yang susah dijaga olih emak bapak tetapi yang menjadi sasaran susah dijaga olih emak ayah kini adalah anak dari kaum lelaki. Begitulah bunyi petikan kata kata YB Dato" Rosol Wahid didalam majlis perasmian Mesyuarat Agong PIBG sekolah pada sebelah pagi hari Sabtu tadi. Tambah beliau lagi,buktinya kini nisbah kekurangan budak lelaki yang cerdik untuk layak masuk keUniversiti begitu ketara jika hendak dibandingkan dengan kaum/budak budak perempuan,sebaliknya senarai menunggu yang berpontensi untuk masuk kePusat Serenti lebih ramai... 
 Jika keadaan sebegini berterusan maka akan tiba pada suatu masa nanti masaalah untuk menjadikan kaum lelaki sebagai pemimpin masa depan malah didalam rumah tangga juga akan jadi pendapatan isteri lebih tinggi dari suami,pada masa itu akan timbul pelbagai konflik pemberontakan krisis rumahtangga....bersambung dengan hentaman kepada pemimpin parti pembangkang....

Jumaat, 15 Mac 2013

Sendiwara maut 5

Salam hormat!
Kesah fir"aun membunuh setiap orang lelaki dari kaumnya sendiri ketika itu kerana telah terpengaruh dengar nasihat olih seorang ahli sihirnya.Menurut riwayat bahawa akan muncul seorang anak lelaki yang akan bangkit menentang tahta kebesaran kuasa yang dimiliki olih Fir'aun.Ini menunjukkan sesungguhnya fir'aun juga seorang penakut walaupun pernah pada suatu ketika kegoannya mengatasi iblis sehiggakan sanggup mengaku dirinya sebagai tuhan, sedangkan iblis sendiri akur akan kebesaran Allah S.W.T. Jesteru untuk tidak mahu kekuasaanya diganggu gugat lalu dia memastikan setiap perempuan yang melahirkan anak lelaki mesti dibunuh, begitulah bunyinya sedikit petikan ayat yang dibaca olih khatib didalam khutbah Jumaat pada tengah hari tadi.Apakah maksudnya disini bahawa menjadi pembunuh itu bukanlah wira sebenar sebaliknya berperangai seperti fir'aun? Masaallah....subhanallah....mudah mudahan saya tidak membuat salah tafsiran akan petikan dari kandungan khutbah itu tadi, ini kerana seandainya didalam situasi perang, kita tiada pilihan melainkan membunuh jika tidak kita pula akan dibunuh.Namun bagi seorang pejuang....membunuh musuh yang tidak bersenjata itu bolih dianggap sekadar hanya mahu tunjuk kuat kepada orang yang lemah semata.Apatah lagi yang mati dibunuh itu sudah tergolong ddalam ketegori orang orang tua atau pun kanak kanak.

Puas saya termenung bersendiriann berfikir sejenak untuk mencari jalan bagaimanakah jalan penyelesaian yang bolih diambil dalam kes Lahad Datu ini.Kemudian berhenti sejenak....Ah....fikir banyak banyak pun tak ada guna sebabnya saya bukanlah orang besar yang bolih membuat sebarang keputusan.tetapi untuk hanya sekadar mahu memaklumkan sahaja hasil dari tenunan makrifat saya itu maka akan saya tuliskan jua disini.
Plant Pertama-seandainya mahu mengadakan perbincangan agar musuh meletak senjata maka saya mengandaikan satu kumpulan yang layak dihantar kesana ialah Unit Amal Pas,sebabnya dalam soal keselamatan umum setiap orang perlu memainkan peranan.Kerana apa saya mengatakan kumpulan ini layak? antara sebabnya ialah gerakan Unit Amal Pas ini yang pertamanya adalah terdiri dari kalangan orang orang muda belaka dan yang keduanya mereka bukanlah satu pertubuhan bersenjata dan yang ketiga mereka bukanlah golongan yang suka kepada pertumpahan darah secara melulu.Seandainya berlaku juga kekecohan berdarah maka ini barulah bolih disahkan bahawa pendatang rakyat selatan Filipina ini sebagai penganas. Saya lebih suka melebelkan sebagai 'pendatang sulu" ini kerana kedengaran dan juga hasil pembacaan mengatakan terdapat diantara mereka yang telah pun mendapat status pemastautin tetap meski pun pada suatu dulu mereka itu hanyalah pelarian politik yang hanya hidup untuk menumpang mencari kerja/rezeki diserata negeri Sabah.Kini khabarnya ada dikalangan mereka itu dibenarkan untuk mengundi didalam pilihan raya mengikut sistem demokrasi negara Malaysia.

bersambung......

Khamis, 14 Mac 2013

Sendiwara maut...part 4

Salam hormat!
Dalam siri 3 saya meimiginasi dengan mengatakan ramai daripada blogger atau penulis maya meletakkan topik perbincangan apa yang hendak ditulis dengan topik yang agak keras sebagai satu strategi untuk menarik pembaca menjengok blog atau pun catatan mereka.Sedangkan dari apa yang diperkata itu kebanyakan atau sebahagiannya sebagai andaian ataupun perspeksi penulis semata, contohnya ada penulis yang menyatakan negeri Kelantan akan dilanda krisis bekalan air bersih,saya akan cuba kupas isu ini dilain bab setelah baru baru ini saya sendiri pulang dan sempat berbual bual dengan beberapa orang dikampung asal kelahiran saya diKemuning sana. Selain daripada itu dalam kes Lahad Datu terdapat penulis yang telah memberi gambaran salah mendakwa bahawa satu layanan buruk telah diterima sejak sekian lama olih pendatang pendatang asing yang berasal dari Filipina ini, katanya inilah yang menyebabkan salah satu punca utama terdapat dari sebilangan pendatang asing ini telah menaruh satu perasaan benci dan dendam kepada pasukan keselamatan kita, katanya lagi Allah tidak zalim sebaliknya telah memberi "cash" balasan dengan disebabkan kejadian diLahad Datu itu.Apakah kata kata itu hanya satu pespektif yang sengaja direka reka sebagai mahu memburuk burukkan keadaan terutamanya kepada bekas/anggota keselamatan kita itu sendiri? Saya juga ada waris sepupu sepapan juga kembar ditanah Malaysia Barat itu,kubur bapa saudara yang juga bekas tentera Msia pun ada disemadikan disana.

Sebelum itu biarlah saya imbas sedikit kesah yang pernah saya tulis dan lalui sendiri dibeberapa bulan yang lalu,dalam siri kesahan tersebut itu saya tidak segan memaklumkan bahawa anak saya juga turut terlibat dalam kemalangan motorsikal yang diboncengnya.Dalam peistiwa itu saya tidak mahu hendak membuat andaian mengatakan itu satu perisrtiwa lakonan atau sendiwara,ini kerana tidak mungkin ada manusia sanggup bergadai nyawa melakukan aksi stan MAUT walaupun diupah sekian banyak sekalipun kecuali kes "berani mati" dalam sejarah peperangan ditimur tengah seperti diPalestin dan sebagainya,tidak berbayar pun ada yang sanggup dilakukan atas nama perjuangan jihad demi agama,tetapi agama mana yang ada mengesyor melakukan tindakan sedemikian rupa? Walau pun demikian dalam kes kemalangan anak saya ini saya berani menegaskan terdapat insan dipehak ketiga yang cuba mengambil kesempatan untuk mengeruhkan keadaan dengan alasan mungkin bolih mendapat keuntungan dengan menangguk diair yang keruh. Ini banyak peristiwa yang semacam sudah dalam perancangan,apakah ianya berlaku secara kebetulan? saya fikir tidak mungkin....saya tidak bolih menyatakan secara terperinci kesemuanya secara terbuka akan kronologi kejadian itu disini kerana ianya masih dalam proses penyiasatan pehak berkuasa polis....bersambung

Isnin, 11 Mac 2013

Sendiwara Maut Part 3

Salam hormat!
Jika dalam siri kedua Tok kata anggota pasukan keselamatan yang berkhidmat diatas slogan "saya yang menurut perintah" maka perintah siapakah yang mereka ikut? disni sudah tentu ada peringkat peringkat dan tingkatan dari mana datangnya arahan tersebut, ikut saluran saluran biasa dalam mana mana pentadbiran bagi sesebuah kerajaan sememangnya begitu,dari atas sampai kebawah dan bukannya dari bawah naik keatas, jika sebaliknya akan jadi songsang dan tidak normallah seumpama seperti hujan naik kelanggit....manakala bagi orang bawahan hanya bolih memberi cadangan atau pun sebarang usul untuk dijadikan dasar jika difikirkan baik olih pemerintah. Kenapa Tok menulis begitu? sebabnya Tok  melihat dengan kemuncullan media baru tanpa sempadan hari ini, semakin hari semakin banyak orang (rakyat) biasa menulis, bercakap dan memberi komen yang menampakkan apa sahaja dibuat olih kerajaan seolah olah tidak ada satu benda pun yang betul dimata mereka,teringat Tok dizaman arwah Dato" Ust Fadhil Nor, beliau bolih bercakap secara senada dengan Dr M diTV atas isu rakyat Palestin....tetapi dalam kes Lahad Datu hari ini sudah ada bibit bibit percakapan yang hanya mahu menyalahkan sebelah pehak sahaja....kenapa? apakah tidak bolih ikut seperti kata pepatah Melayu menyebut biduk lalu kiambang bertaut?

Lebih memburukkan lagi keadaan apabila ada suara yang memberi gambaran anggota PDRM muslim  yang meninggal itu seumpama "mati katak".Maksudnya tidak termasuk dalam ketegori mati syahid.Tok bukanlah orang yang layak menjatuhkan hukum sedikian rupa,namun demikian dari apa yang tok tahu bahawa tugasan mempertahan harta (tanah air/negara) demi menjaga maruah/kedaulatan negara itu juga satu cabang jihad fisabilillah.Tidak timbul soal mereka berjuang dsebabkan imbuhan ataupun kerana bayaran upah/gaji tertentu, kerana menjadi kewajipan bagi orang yang berkemampuan membantu saudara seagama termasuk hubungan kemaknusian dengan bangsa lain.

Beralih kepada topik 'Sendiwara Maut" itu sememangnya sengaja Tok mahu meletakkan tajuk sedemikian walaupun kelihatannya agak keras dan panas,sebab Tok fikir dan lihat sekiranya setiap penulisan didalam sesebuah Blog hanya meletakkan hal hal yang menjurus kearah yang lembek lembek sahaja contohnya perihal topik yang seolah olah menampak mahu membodek dan mengipas pehak pehak tertentu semata maka sudah tentulah isi penulisan sesebuah blog itu tidak ramai dikunjungi olih pembaca,jesteru itulah agaknya Tok dapati terdapat dari kalangan penulisan blog memaparkan perkara tajuk yang agak ganas ganas seperti NYAWA DIHUJUNG PEDANG contohnya.Walau bagaimana pun topik tersebut diatas bukanlah saja saja letak kerana terdapat satu mesej tersirat yang mahu Tok perjelaskan.

Bersambung....

Ahad, 10 Mac 2013

Sendiwara maut part 2

Salam hormat!
Didalam siri perkesahan  yang pertama Tok mengakui tidak banyak tahu tentang sejarah Bangsa yang ada diselatan negara Filipina,yang Tok tahu hanyalah satu bangsa yang ada genetik yang hampir dengan bangsa Melayu diMalaysia atau khususnya diberhampiran negeri Sabah.Kebanjiran masuk bangsa Selatan Filipina ke Sebah disemasa Tok berada diLabuan diawal tahun 80an dulu dulu sudah pun ada.Rupa paras mereka mudah dikenali iaitu berkulit agak gelap sedikit berbanding rakyat biasa diLabuan malah tutur bahasanya juga tidak sama dengan bahasa orang melayu/asal  Sabah.

Namun begitu setelah tercetusnya finomena perang DiLahad Datu dan Semporna kini  telah membangkitkan perasaan yang begitu membuak buak untuk Tok mengetahui lebih lanjut berkenaan bangsa ini, untuk itu bukanlah bermakna Tok sudah khatam atau tamat menyelidik.Secara permulaannya Tok telah jumpa satu Link yang banyak bercerita berkenaan dengannya disini >   http://tausug-global.blogspot.com/2010/10/sejarah-sulug-mengapa-tausug-enggan.html  Rupa rupanya terdapat banyak konflik yang timbul dikalangan mereka sesama mereka sendiri,ada dua hulubalang/tentera yakni MNLF dan MILNF dan masing masing terdapat dua raja atau sultan yang mahu diangkat dikalangan dua pertubuhan bersenjata ini, bermula dari sinilah timbul pelbagai konflik yang dikatakan tadi,sebab yang perlu ada hanyalah satu sultan sahaja, berpunca dari situlah timbul satu perasaan mahu mencantas atau mahu menyekat akan kebangkitan Sultan melainkan Sultan yang mendapat sokongan dari kaum sukuan mereka sahaja. Pada asalnya perjuangan mereka itu kearah mahu menuntut satu wilayah outonomi yang bebas dari kuasa politik kerajaan Filipina. Dalam kata lain mereka mahu tubuhkan satu kerajaan yang mengamalkan nilai nilai islam didalamnya.Jika diteliti sejarah perjuangan mereka hampir sama dengan bangsa keturunan melayu islam diselatan siam PATANI,YALA dan NARATHIWAT yang digelar pasukan POLLO (betul ke ejaan begitu) cuma bezanya ikatan kesatuan pasukan pollo ini begitu istiqamah dan amat bersatu hati didalam semua hal.

Setelah meneliti beberapa maklumat sejarah dari rangkaian sesawang internet maka timbul pula pertanyaan kenapa sampai terlajak sehingga keSabah tuntutan mereka,sedangkan negeri Sabah sudah terkeluar dari kuasa politik jajahan takluk negara Fiipina, oooo....disini timbul dan berbangkit pula pelbagai kesah dan sejarah lama,konon kononya asal usul Sabah adalah dibawah penguasaan nenek moyang dari keSultanan mereka disuatu ketika dulu kemudian selepas mengalami proses demi proses terjual gadai dari satu tangan kesatu tangan sehinggalah yang terakhir menjadi milik kerajaan negara Malaysia.Jadi apa masaallahnya sekarang? Apakah mereka mahu menuntut balik secara sebegitu sahaja tanpa melibatkan sebarang perundangan atau menuntut dengan memilih jalan kekerasan yakni perang bersenjata? Teringat saya akan kata kata Tun M yang Tok pernah dengar dari mulut kemulut orang,"kalau Tengku Abdul Rahman dulu bolih beri Singapura jadi kenapa kalau dia hanya sekadar memberi kerakyatan sahaja kepada bangsa Sulu itu bolih menjadi satu kesalahan? Maaflah....Ini soalan politik yang sukar untuk dijawab olih Tok....Yang Tok nak jawab mengikut pandangan dan kefahaman Tok iaini pasal peranan anggota keselamatan yang berkhidmat sampai kehilangan nyawa...berkorban demi mempertahan kedaulatan sebuah negeri yang dibawah penguasaan ketua negara yakni Duli Yang Maha Mulia Raja Yang DiPertuan Agong. Disini timbulnya ayat "taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul dan penguasa/ketua dari kalangan kamu"... bersambung...

Rabu, 6 Mac 2013

Sendiwara maut....?

Salam hormat !
Bagaikan sudah terasa ringan sikit beban dikepala ini apabila Tok sudah tidak lagi melanggan akbhar harian, jika sebelum ini tiap tiap hari mata Tok dok disaji dengan pelbagai hal yang dilapurkan didalam akbar sehingga membuatkan Tok naik gian jika tidak dapat membelek belek membaca akan segala macam berita itu dan ini yang dipaparkan dimuka akbar. Namun demikian tiba tiba tup... tup... tup... meletup pula satu peristiwa yang hampir mengegarkan seluruh jantung hati Tok termasuklah sekalian rakyat Malaysia secara amnya dan seterusnya bagi penduduk dikawasan lautan sulu dalam daerah Lahat Datu  serta Semporna secara khususnya.Lebih memilukan lagi apabila sebilangan dari anggota pasukan keselamatan (PDRM) telah terkorban.Peristiwa tersebut bolih dianggap satu peperangan saudara serumpun akan tetapi berlainan bangsa walaupun terdapat didalamnya pengamal satu ajaran agama iaitu islam.

Ewah....Tok ini memberi komen semacamlah Tok sudah mengtahui segalanya.Tidak...tidak...sebenarnya Tok sendiri masih samar samar akan sejarah keujudan apa itu yang dikatakan Bangsa Moro,apatah lagi tentang sejarah kesultanan Sulu.Dek kerana Tok ini seorang yang meminati akan perihal sejarah maka sejak sehari dua ni mata Tok naik perit dan pedih pedih sikit sebab dok asyik mengadap skrin komputer kerana mahu mencari maklumat lebih berkenaan sejarah yang dimaksudkan tadi.Demi untuk mengtahui lebih lanjut terpaksalah Tok bersekang mata membuka dari satu laman kesatu laman sesawang dan telah memakan masa beberapa hari sejak tercetusnya pergolakan kecil tetapi telah membangkitkan satu momentum yang amat besar disamping itu Tok juga mendapat sedikit maklumat dari salah seoarang anak buah Tok yang turut sama didalam operasi Daulat tersebut.

Hasilnya dapatlah Tok membuat sedikit kesimpulan rengkas.....Bersambung....

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan