arkib

Sabtu, 29 Jun 2013

Berebut pingat vs piala....

Salam hormat!
Kalau 2 pasukan bola dalam final FA berebut piala rasanya tidak sehairan mana,kerana imbuhannya besar bakal menanti kepada mereka ataupun pasukan yang menang.akan tetapi apabila ada yang turut berebut untuk mendapatkan pingat yang tiada sebarang bentuk ganjaran sudah tentu ini menjadi satu kes pelik sikit.Isu ini timbul apabila terdapat salah seorang daripada ahli PBTM yang telah bangkit bersuara seoalah olah mempertikaikan soal bagaimana tatacara pemilihan dibuat dan siapakah sebenar yang selayaknya dapat pingat tersebut? Lalu persoalan tersebut telah mendapat perhatian daripada Ketua Cawangan kemudian menerangkan kaedah kaedah yang menjadi pra syarat pemilihan.Katanya "sememanglah masih ada lagi daripada kalangan bekas tentera disini yang layak tetapi belum memperolihinya lagi,cumanya penyampaian itu dibuat secara berperingkat peringkat mengikut kuota stok pingat yang diperuntukan olih JHEV,cumanya diharapkan mereka yang berkenaan diminta bersabar dahulu. Insaallah jika ada rezki kepada ahli yang sepatutnya layak dapat tetap akan diberi" terang Ketua Cawangan.

Acara penyampaian pingat PJM (pingat jasa Malaysia) ini telah disampaikan olih YB Dato" Jailani bin Johari Timbalan Menteri Komunikasi & MultiMedia merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu bersempena dengan majlis perasmian Mesyuarat Agong  PBTM Cawangan Hulu Terengganu yang ke36 iaitu pada 29 Jun 2013.
bersambung.... 
Sambungan terkini- Berkisar kepada butir butir mesyuarat terdengar olih saya dari kata kata seorang ahli yang dulunya pernah menjadi ahli jawatan kuasa "bertuah Ajk pada sessi 2013 ini kerana setiap kali bermesyuarat mereka ada elaun kedatangan,tidak sebagaimana ajk pada penggal penggal lalu,waktu itu  bukan setakat tiada elaun malah duit poket pula terpaksa dikeluarkan sendiri untuk tujuan supaya apa apa kerja yang hendak dibuat olih persatuan bolih berjalan lancar"...alahai....bunyi semacam satu keluhan atau memang ada doble standard.
Saya cuba hayati setiap ucapan dari Yb Dato" Jailani tetapi masih "blank" dan tertanya sendirian apakah bentuk  arah tuju pembangunan yang bolih direalisasikan untuk menafaat orang ulu ini melalui kemudahan dibawah potfolio yang diterajui olih beliau? Mengikut satu buku yang pernah saya baca menyatakan setiap pemimpin dengan orang bawahan (rakyat) mestilah kena ada kemudahan perhubungan dua hala jesteru itu  saya kira melalui internet adalah satu kaedah terkini yang lebih pantas berhubung selain daripada pasarana canggih lain.Jadi tahniahlah kepada warga Hulu Ganu kerana memperolihi seorang menteri dan juga timbalan menteri yang bertanggungjawab dalam hal hal yang berkaitan.Cumanya dirayu agar dapat dipertimbangkan supaya bayaran line internet ini dapat dikurangkan jikalau pun tidak dapat dihapuskan terus memandangkan bukan semua mampu memilikinya sebagaimana kemampuan membeli TV atau membayar siaran TvAstro.

Saya ada sedikit cerita peribadi,semasa saya didalam perkhidmatan dahulu pengunaan internet tidaklah begitu meluas tetapi saya telah dipaksa olih ketua pasukan supaya belajar mengunakan komputer,terkial kial saya mencari guru dan berebut komputer pejabat untuk belajar secara tidak formal,olih kerana komputer pejabat pun tidak banyak jadi terpaksalah saya belajar disebelah malam kerana pada sebelah siangnya staf staf pejabat pula hendak gunakan.Orang berumur seperti saya manalah ada pendedahan pasal komputer, jadi belajarlah saya secara merangkak rangkak untuk tahu bagaimana cara tutup dan buka kemudian belajar menaip sikit sikit,simpan fail dan lain lain, komputer pun tidak ada tetikus (mouse) bahasanya banyak guna speaking London,kalau menaip pakai taipwritter tu adalah juga saya belajar sendiri ketika masih dalam era jadi penganggur tetapi tentang komputer langsung saya tidak tahu apa apa,berkat tekun saya belajar hampir setiap malam bersama kerani yang bertugas (duty) alhamdulillah dapatlah saya menguasinya sedikit demi sedikit,sehingga pada suatu hari didalam majlis mesyurat dengan ketua cawangan beliau ada bertanya "bagaimana dengan pembelajaran komputer kamu? saya jawab "saya kena belajar disebelah malam" lalu saya diketertawakan olih rakan rakan yang ada dalam majlis mesyuarat itu tanpa usul periksa,Ketua Pasukan menambah "kamu mesti ajak seorang lagi anak buah kamu turut belajar sama" maka terpingga pinggalah rakan rakan tadi rupa rupanya Ketua Pasukan amat amat serius supaya saya dan juga stafnya yang lain agar tahu mengunakan komputer. Tak percaya? tanya Subra,dia adalah salah seorang daripadanya.

Apabila tamat perkhidmatan (tetapi masih sentiasa berjuang) maka lagi sekali saya mendalami ilmu komputeran dengan cara lebih detail,tetapi kali ini secara berbayarlah pulak dengan salah sebuah premis Pusat Pembelajaran Komputer bersama anak anak muda yang sebaya umurnya dengan anak saya,maka jadilah saya pelajar komputua (pelajar tertua) keh... keh... keh... dibulan puasa pulak tu,bau mulut orang puasa pun semerbak didalam bilik belajar... kah... kah... kah, bertahan ajelah sampai tamat tetapi sijilnya tidak diberi...pengelat juga taukey kedai ini....Grrr....grrrr....(marah dan geram)

Ok la....sekarang berbalik kepada Mesyuarat Agong  PBTM cawangan, setelah saya meneliti ucapan daripada Yb Dato" , dapati tiada sebarang bentuk sumbangan untuk persatuan yang diumumkan buat pertemuan kali pertama ini cuma sebagai buah tangan terdapat hamper hamper daripada beliau dihulurkan kepada para hadirin yang terpilih melalui cabutan nombor bertuah. Apa pun seperti biasa, minta tetap minta, Melaui ucapan ketua cawangan beliau meminta sedikit sumbangan untuk membiayai kos membina pejabat persatuan, dari susulan permintaan tersebut didalam ucapan balas Yb Dato" berjanji akan meneliti terlebih dahulu akan keperluan permohonan tersebut....

tok ayah su-ucap tahniah kepada penerima pingat dan juga ucap syabas kepada TRW juara FA...

Isnin, 17 Jun 2013

Raja adil raja disembah....(sambungan)

Salam hormat!
Pinjam kata kata Pm "ada jugak orang tak bolih pikiaq....kita sekarang dok berperang dengan persepsi", olih yang demikian persepsi saya apabila timbul isu hina menghina Agong ini lantas terfikir saya bahawa motif utamanya adalah untuk memahamkan kepada rakyat keseluruhannya supaya akur dengan keputusan PRU ke13 baru baru ini dimana Ydp Agong sendiri telah pun menitahkan sedemikian (rujuk keratan akbar) maknanya jika ada yang tidak hadir (membaikot) majlis angkat sumpah selaku ADUN/Ahli Parlimen tersebut maka bolih diketogerikan sebagai menderhaka atau menghina Agong, begitukah? selain daripada itu bagaimana pula status rakyat jelata yang telah dan akan keluar berhimpun dalam siri Black 505? apakah juga menderhaka?

Berbalik kepada kesah nabi yang telah saya mengtelaah didalam sebuah buku sebagaima sedikit daripadanya telah pun saya ceritakan dalam yang siri lalu, jesteru sebagai sambungannya dikhabarkan setiap masaallah yang dialami olih nabi pasti akan ada ayat rujukan telah diturunkan sebagai wahyu dari tuhan melalui perantaraan Malikat Jibrail a.s kepada baginda.Susulan dari tindak tanduk para isteri nabi yang tidak berpuas hati kerana kononya telah melebih lebihkan orang lain sedang keluarganya sendiri tidak diutamakan lalu turunlah ayat ini menyuruh nabi membacakan kepada para isteri baginda "Wahai nabi,katakan kepada isteri isteri mu sekiranya kamu mahukan kemewahan hidup dunia dengan segala macam perhiasan maka akan aku beri kepada kamu sebagai muta'ah (saguhati) kemudian selepas itu akan aku lepaskan (ceraikan) kamu dengan cara baik,sebaliknya jika kamu mahukan keredhoaan Allah dan rasulnya maka sesungguhnya Allah menyediakan pahala (nikmat kemewahan akhirat) bagi setiap orang yang berbuat kebaikan" (Al-Ahzab 28-29) Dengan penjelasan itu lantas para isteri nabi menjawab kami tetap akan memilih untuk mengutamakan Allah dan rasulnya",subhanallah....

Dalam perkembangan yang lain pernah pada suatu ketika saya mengajukan persoalan sebegini kepada seorang ustaz KAGAT akan tetapi jawapannya "kejadian dizaman nabi dan para sahabatnya bolih saja dijadikan tauladan kerana itu sunnah akan tetapi harus diingat kita kini berada dizaman yang sudah jauh berbeza apatah lagi kita juga bukanlah maksum sama macam nabi...jadi tepuk dada tanyalah iman!

tok ayah su-iman masih tipis...olih itu tolonglah daku duhai tuhan

Jumaat, 7 Jun 2013

Raja adil raja disembah...

Salam hormat!

Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah...begitulah kata kata keramat Hulubalang terbilang bernama Hang Jebat dizaman kesultanan melayu Melaka pada suatu ketika dahulu. Kesah lima sekawan ini teramat mashyor dengan kegagahan serta kepahlawanannya sehingga menjadi pelindung kepada keselamatan keluarga diraja .Sikap setia kawan diantara mereka berlima bagaikan adik beradik seumpama dicubit paha kiri paha kanan akan terasa sakitnya. Kekanda yang paling tua bernama Hang Tuah yang teramat setia kepada raja telah menjadi mangsa fitnah jahat yang disepakati dari kalangan pembesar istana sehingga menyebabkan raja turut terpengaruh lalu diarahkan supaya dibunuh.Lalu bangkitlah Hang Jebat untuk menuntut bela diatas perbuatan raja yang dianggap olihnya sebagai satu tundakan zalim kerana tanpa diusul periksa terlebih dahulu,pada anggapannya raja mempercayai bulat bulat akan kesemua aduan yang diberikan olih pembesar pembesar istana yang dikatakan dengki dengan keakraban raja dengan Hang Tuah malah lebih dipercayai olih raja berbanding dengan para pembesar istana yang lain.Malangnya dek kerana panas setahun hujan sehari telah mengubah segala galanya sehinggakan Hang Tuah yang begitu setia telah dianggap sebagai penderhaka.Tetapi pada hari ini istilah menderhaka begitu enteng diucapkan,menjadi pembangkang dengan mengkritik sedikit akan perkara yang tidak sehaluan pendapat pun telah didifinasikan sebagai telah menderhaka. Jika didalam parti politik pun sudah ada yang telah menjadi mangsa dipecat dari menjadi ahli parti disebabkan kerana membuat kritikan kepada pucuk pimpinan..Walhal kritikan itu jika diteliti ada juga kebenaran disebaliknya.

Sebalum ini saya telah membuat sedikit homework dengan membaca sebuah buku tentang pemimpin Pasis yang bersikap agresif dengan pemimpin yang progresif.Pemimpin yang agresif tidak ada langsung mahu bertolak ansur malah bolih dikatakan dalam ketegori bersikap kuku besi ataupun diktator manakala pemimpin proregsif  lebih mengambil kaedah tidak memaksa (melainkan dalam keadaan tertentu) dan bolih berkompromi atau kaedah diplomasi sekali gus dapat memikat hati orang yang dipimpin.Bezanya apabila dipaksa mereka akan buat kerja tatkala siketuanya ada sahaja dan tidak disemasa ketiadaanya malah bolih membangkit rasa kurang senang diantara ketua dengan orang bawahan tetapi sebaliknya pula berlaku kepada pimpinanan bercorak progresif....jadi dimanakah kita?

Saya mahu mengaitkan semua itu dengan cerita cerita yang heboh diperkatakan kini iaini berkenaan dengan beberapa kritikan yang telah dibuat olih seorang dua individu yang diketegorikan menghina dan dicharge dalam kesalahan menghasut. Kritikan itu bukan sahaja ditujukan kepada pimpinan kerajaan yang dilantik olih DMM YDP Agong malah telah turut melarat kebatang tubuh baginda sekali.Apakah tujuan, apa pula motifnya dan apakah hubungkaitnya individu tersebut dengan intitiusi beraja? saya menganggap perbuatan tersebut bersifat individu dan tidak mencerminkan sebagai mewakili mana mana kumpulan.Dan seandainya jika mahu diambil tindakan biarlah kepada individu yang terlibat sahaja dan bukanlah sampai dibuat secara menyeluruh sehinggakan ekses ke Face Book pun mahu ditutup seumpama marahkan nyamuk lalu kelambunya mahu dibakar.Disamping itu perlu diingatkan sebelum ini telah heboh beberapa kejadian penangkapan pimpinan pelajar dan juga tokoh tokoh politik serta akbar milik pembangakang pun turut dirampas jadi sebagai mahu menutup atau hendak mengalih perhatian rakyat maka akan adalah pula sikambing hitam yang akan disembelih, itu saja....

Jika mahu terus terusan mengkritik memang banyak perkara dan tidak terhimpun,rasa tidak puas hati apa yang berlaku jelas terpapar didepan mata,saya mengambil satu contoh sahaja,baru baru ini saya telah pergi kebandar diraja Pekan Pahang.Disepanjang perjalanan pergi dan balik. jika tidak silap berbelas belas berdirinya pintu pintu gerbang.Nilaian kos bikinannya tidak kurang puluhan ribu rm juga bagi setiap satu, semua pembinaan itu adalah semata mata mahu mengangkat darjat keagongan Sultan yang memerintah, apakah kesemua projek pintu pintu gerbang itu atas titah kebawah duli,rasanya sudah tentu tidak,jadi siapa lagi jika tidak para pembesar negeri yang meluluskannya.Jadi kenapa nak diseret sultan atau pun raja dalam soal  soal sebegini.Perihal masih ada rakyat yang daif tidak terbela nasib mereka itu pun tidak habis jika hendak dibicarakan sedangkan projek pintu gerbangnya cukup indah dan begitu gah dimata.

Didalam buku semakan homework saya itu juga turut sama ada mengesahkan perihal pembesar dan raja dizaman  Nabi Muhammad  S.A.W. Sebagai rakyat biasa patut sangat tahu kerana bolih dibuat tauladan agar tidak mudah rasa gopoh mahu berdengki dengan insan manusia yang dikurniakan akan kemewahan hidup sedangkan kenapa tidak pada dirinya? Terapi yang ditujukan olih nabi kepada para isteri isterinya amat berkesan dijiwa bagi orang yang mahu memahami "kepimpiunan melalui tauladan" yang diajar olih baginda Rasulallah S.A.W. Ketika Allah S.WT memberi kemenangan kepada orang islam pimpinanan Rasulallah didalam beberapa siri peperangan menghadapi musuh dari kaum kafir Yahudi, tedapat banyak harta qhanimah (rampasan perang) telah diperolihi,didalam perang Hunain misalnya sebanyak 24,000 ekor unta (kereta mewah dizaman ini) 40,900 ekor biri biri,4,000 mayam emas/perak,6,000 orang hamba, kesemua harta harta tersebut dibahagi bahagikan kepada orang ramai manakala kesemua orang hamba tadi telah dibebaskan langsung tidak tinggal berbaki untuk diri baginda apatah lagi untuk anak isterinya.Maka para isteri baginda amat terasa hati lalu merunggut kemudian mengadap nabi dengan berkata" Ya Rasulallah, sesungguhnya anak isteri pembesar Kisra dan Qaisar mendapat banyak harta serta perbagai pakaian dan perhiasan,mereka juga memiliki hamba hamba (pekerja/orang gajian) sedangkan kami seperti yang diketahui tidak mempunyai itu semua malah kehidupan kami tetap dalam kesusahan dan kesempitan sama sebelumnya "
apa respon nabi ? bersambung....

Isnin, 3 Jun 2013

Aku janji vs manifesto PRU

Salam hormat!
Selepas sambutan hari guru diadakan dengan disertai bersama olih sebilangan kecil dari kalangan ibubapa, lalu sekali lagi pada 28 Mei baru baru ini telah dibuat satu lagi perjumpaan diantara pehak sekolah dengan para ibu bapa, perjumpaan ini dinamakan program temu murni yang dikhususkan hanya untuk murid murid yang akan menduduki ujian penilaian sekolah rendah (UPSR) maksudnya hanya melibatkan murid murid yang berada diTahun 6 sahaja.Seperti biasa angka tunjuk pemarkahan yang diperolihi olih murid pada setiap ujian percubaan telah dipamerkan.Sejuk hati emak ayah melihat anak mereka yang ada potensi berkemungkinan ada peluag untuk memperolihi banyak A, bagi mencapai ketahap itu satu ucapan terima kaseh juga perlu diberikan kepada mana mana guru yang telah bertungkus lumus mengerah keringat mengajar serta memberi tunjuk ajar,tanpa dikira masa samada dimasa cuti malah ada dibawa sampai kekelas tambahan disebelah malam pula.

Tetapi yang tak sedap didengar ialah setiap program kecermelangan yang dirangka itu memerlu kos tunai dari ibubapa yang bukan sedikit jumlahnya,menurut keterangan yang dijawab olih guru setelah ditanya olih seorang dari pehak ibubapa khabarnya mencecah hampir rm 3 ratus lebih tidak termasuk duit belanja poket yang akan dibekalkan olih ibubapa untuk kesatu satu program,contohnya seperti pergi keKem Motivasi yang dijangka akan dibuat disebuah resort/chalet dengan bayaran yang mana bolih tahan juga banyak rm yang perlu dibayar, persoalannya kenapa program seperti ini dipaksa? sedangkan untuk program kelas tambahan/malam dikatakan tidak pula diwajibkan....siapa suka bolih sertai tetapi jika tak mahu pun tak apa...lagi sekali mahu ditanya mana satu yang lebih utama,kelas tambahan/malam atau kem motivasi (yang hanya bolih menguntungkan tuan empunya resort serta para penceramah motivasi sahaja) itu yang lebih penting? Pengalaman anak saya pada tahun lepas pun sudah ada, nak dikatakan bolih dapat A dengan pergi kekem motivasi tersebut...pun tidak juga....ini buktinya kelas tambahanlah yang sepatutnya diutamakan dan bukan sebaliknya.

Maka dengan itu teringat pula saya akan manifesto pakatan rakyat yang menawarkan kepada rakyat bahawa pendidikan percuma akan diberi sekiranya PR dapat memegang kuasa pemerintahan negara tetapi malangnya ada pula yang mendakyahkan bahawa itu hanyalah menifesto dan bukannya janji....sedangkan Bn sejak dari dahulu lagi tak habis habis dengan janji janji manisnya kemudian diikuti dengan "Aku Janji" tatapi masih dok tang tu jugak,masih pendidikan tetap dikomersilkan,tetap menjadi sumber pendapatan UBN.... jadi siapa tipu siapa sebenarnya?

tok ayah su-dapat merasa sekolah percuma dizaman Pas Kelantan diera 1970an dahulu....

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan