arkib

Khamis, 31 Oktober 2013

Memilih calon menantu diN20

Salam hormat!
Sebenarnya saya sendiri tidak pernah sampai diN20 Sg Limau (lalu sahaja adalah) iaitu satu kawasan yang sedang didalam perhatian ramai sekarang ini kerana terdapat satu pilihanraya kecil diDUN berkenaan ekoran kematian penyandangnya seorang bekas MB Kedah (2008-2013) namun begitu sebuah kampung yang berada diDUN ini bernama Bukit Choras sudah tidak asing kepada saya kerana ianya menjadi bualan kaum keluarga kami sejak lebih dari 40 tahun lalu.

Walaupun ini satu kesah klasik tetapi dianya tetap tidak lekang didalam ingatan kerana ianya mempunyai nilai sejarah peribadi,sebenarnya kesahnya bermula lebih lama dari itu cumanya saya hanya baru tahu sejak diawal awal tahu 70an.Menurut ceritanya datuk saya bersama beberapa orang sahabatnya telah berhijrah kesini untuk membuat kerja kerja mengambil upah membuat bendang padi dikampung ini.Dalam usia yang masih muda remaja pada waktu itu sudah tentu ada orang kampung yang dah mula tertarik untuk menjadikan mereka sebagai menantu.Apatah lagi dengan perwatakan sebagai anak kelahiran Kelantan yang berlainan budaya dan gaya loghat pertuturan itu menambahkan lagi minat mereka untuk merapatkan hubungan.
mencedung bukan menabur-gambar hiasan

Ole ole yang dibawa balik olih datuk kekampung asal diKelantan adalah satu cerita berkenaan 3 pemuda yang menunjukkan budaya tersendiri bagi menarik minat bakal mertuanya.Bakal Bapa mertuanya yang dipanggil dengan nama Pok Cop itu juga didalam delima bagaimanakah untuk memilih salah satu dari mereka bertiga ini untuk dijadikan menantu,bagaimanakah kreateria yang dipilih? Bagaikan kesah cerita musang berjanggut dimana seorang pemuda merantau bertujuan untuk mencari seorang bakal isteri tetapi kesah ini pula agak berlainan kerana ia menceritakan bagaimana seorang bakal bapa mertua menguji 3 orang pemuda untuk dijadikan bakal menantunya.

Pada suatu malam selepas penat bekerja bendang,Pok Cop mengajak salah seorang daripada mereka  datang bertandang kerumahnya.Sebagai tetamu dihidangkan jamuan makan malam." makan... .makan.... jangan malu malu"pelawa Pak Cop.Habis sepinggan ditambah lagi sepinggan,tambah lagi dan lagi dan lagi sebab dilihatnya didalam manggkuk besar yang berisi nasi tambah itu masih banyak.Pemuda itu berbuat demikian sebab teringat kepada pesan ibunya dikampung yang mengatakan orang Kedah teramat suka kepada orang yang makan banyak banyak."orang makan banyak gagah lagi kuat bekerja  sebab itu orang kedah memang suka kepada orang kuat bekerja" kata kata emaknya yang terngian ngian ditelinga.Kerana teringat kata kata ibunya itulah lalu disapu licin  nasi yang sepatutnya bolih dimakan dengan kadar 3 orang makan tetapi dibahamnya seorang diri sahaja.Berbisik isteri Pok Cop "paknya ooii...kalaulah begini pakai dak ketedarah dah orang lain....padan semua habis tang dia"

Keesokan harinya pemuda itu menceritakan peristiwa semalam kepada 2 rakannya "semalam mujurlah aku tidak mendapat malu" Kenapa ? tanya rakannya, "hampir sikit lagi aku tidak dapat menghabiskan seperiuk nasi dirumah Pak Cop, aku bertebeng (sedaya upaya) habiskan jugak walaupun perut macam rasa nak pecah kekenyangan, anak dara dia pulak dok perati semacam jah.... kah... kah....kah.... tergelak sakan rakanya mendengar cerita itu,tersalah faham mu ni....inilah akibatnya jika terkeliru dengan budaya orang.

Berkisar dengan pemuda no2, pun juga diuji olih pak cop,selang beberapa ketika Pok Cop mengajak pula pemuda no2 bertandang kerumahnya.Seperti biasa dihidangkan jamuan makan malam, "mari... mari... kedapur kita makan dulu",pelawa pak cop.Tetapi ajakan pak cop kali ini ditolak "tak apalah...pakcik makanlah dulu,saya masih kenyang, baru saja makan petang tadi" kata pemuda no2 itu malu malu kucing menolak pelawaan.Sebenarnya pemuda ini teringat akan ajaran ibubapanya sejak dari kecil lagi diasuh supaya bersopan santun bila bertandang kerumah orang jangan ditunjuk perangai gelojoh macam orang tak cukup makan,kerana sebab itulah dia menolak pelawaan pak cop.Selepas masa makan dan berbual bual berlalu tibalah pula masa masing masing masuk tidur.Puas mengiring kekiri dan  kekanan tetapi pemuda itu tidak juga bolih lena,sebabnya apa? Sebab perut sakit dan berkeroncong gruuttt.... graattt... .gruut....graat... kelaparan. Didalam kegelapan malam dia meraba raba kedapur, dibuka saji dan ditibainya apa yang ada....Huhhh.... lega.... baru bolih lena,bisik hatinya. Selepas sekembalinya pemuda itu barulah isterinya kecoh kecoh didapur katanya ada kucing yang telah makan ikan termasuk ikan pekasam yang belum dimasak betul. "ooo....patutlah semasa aku bersalam masa dia hendak turun tadi tangan aku berbau macam ikan pekasam, rupa rupanya kucing kepala hitam" "apa pak nya...?" laung isteri pak cop dari dapur, kah....kah....kah....pak cop ketawa sendirian.....

apa kesah dengan sipemuda ke3...tungguu akan sambungannya....

Ahad, 27 Oktober 2013

Bajet hukum siapa?

Salam hormat!
Sebelum ini saya menyatakan "buruk siku" jika pemberian BR1M itu mahu diambil balik semula olih kerajaan secara taktikal melalui kutipan cukai GST, jadi dengan ini jelaslah bahawab buruk kaki tangan bukanlah kerana diabetes semata mata. Alasan disebabkan banyak makan minum bahan yang mengandungi gula bolih mendatangkan penyakit kencing manis sama dengan alasan kepala bolih menjadi botak sekiranya menyenduk nasi dibahagian tengah periuk nasi,jadi pesan atau petua orang orang tua sekiranya mengambil nasi didalam periuk mestilah disodek dan dihabiskan dibahagian keliling disebelah tepi dahulu dan bukan dikorek tengah tengahnya.Walhal botak itu berkait dengan keturunan atau pun selalu stress.Begitu juga dengan petua melarang mencabut gigi kapak sekiranya tidak buruk atau sakit kerana takut nanti mata akan cepat menjadi rabun.Persepsi sebegini bolih mempengaruhi minda sehinggakan perkara yang tidak betul pun kita percaya sebagai benar akhirnya ia menjadi benar.Apa pun alasan yang penting hargai kesihatan kerana hanya orang pernah sakit sahaja mengetahui betapa mahalnya nikmat sihat,seandainya dalam kesakitan maka dikala itu hendak memberi satu senyuman pun kita sudah tidak mampu lagi berbuat demikian.

Didalam siri sebelum ini pun saya juga menulis dalam sekitar membicarakan pasal pembentangan bajet.Saya menjangkakan Ubn akan menjadikan cukai GST sebagai medan ujikaji diPRK N20 Sungai Limau, maknanya jika Ubn menang  alasan kukuh untuk menyatakan bahawa GST bolih diterima rakyat tetapi sebaliknya jika seandainya parti Ubn kalah maka secara tersembunyi muslihatnya untuk menghukum Mukhris kerana mahu bertanding merebut jawatan Naib President itu hari telah terlaksana namun begitu strategi serempang dua matanya tidak bolih lari bahawa rakyat marhainlah yang juga turut sama dijadikan mangsanya.

Bajet budu belancan.....
Sememangnya bolih diakui jika diteliti secara halusi bajet kali ini begitu prihatin terhadap kos sara hidup rakyat sehinggakan budu belancan asam garam beras gula semuanya disebut diatas kertas pembentangan. Kesemua itu adalah keperluan asas bagi setiap isi rumah,tetapi persoalannya jika rm250 dibahagikan dengan 360hari/setahun ianya jatuh tak sampai pun seringgit sehari sebagaimana apa yang akan diperolihi olih pesara kerajaan khususnya.Walaupun begitu ada yang berkata daripada tiada langsung lebih baik ada miskipun kadarnya buah tangan itu untuk membeli sebotol budu pun tak lepass....."ingat juga ya kerajaan kepada pesara rupanya, terima kasihlah" kata mereka.Tetapi perlu diingat bagi sesetengah pesara itu ada yang terlebih hebat kena bekerja lagi mencari nafkah walaupun sudah berusia lewat dan berstatus pesara berbanding disemasa mereka berkhidmat didalam kerajaan dahulu yang masih muda dan gagah,sebab apa begitu? sebab barang naik harga jadi kos sara hidup meningkat kemudian tanggungan anak anak sekolah juga masih ada.Jadi kalau nak berdengki pun janganlah dengan pesara sebab mereka rata ratanya bukanlah berduit banyak pun manakala yang kaya adalah pemimpin ataupun kerajaan itu sendiri. Sebab itu tok guru Nik Aziz pesan "kalau pemimpin itu beri gula kacau beri kain pakai...."
Tok ayah su-terkejut dengan berita ini >  http://www.sinarharian.com.my/nasional/bil-elektrik-rumah-pm-rm250-sejam-1.215218

Sabtu, 26 Oktober 2013

Bajet cari pasal....

Salam hormat!
Terdapat suara suara yang memberi komen katanya bajet 2014 seumpama secara sengaja mencari pasal dengan memberi peluru kepada PR untuk bertindak balas menyerang balik kepada kerajaan, ewah....betapa anggkuhnya kalaulah betul begitu.Apa tidaknya, tanpa memikirkan kesan jangka pendek dimana dalam suasana Bn berkempen untuk Pilihanrata kecil N20 Sungai Limau pun kelihatan Ds Najib masih berani membentangkan satu bajet yang tidak mempopularkan parti Ubn itu sendiri.Ironimnya bajet pada kali ini rata rata menyifatkan sebagai menghukum rakyat (pinjam pendangan Ds Anwar).Kalau tidak begitu nak dikata apa lagi....

Alasan pertama kerana ianya membebankan rakyat berpendapatan rendah/miskin dan sederhan tetapi sebaliknya menyenangkan golongan orang yang sudah sedia kaya,jika sebelum ini golongan kayalah yang dikenakan cukai pendapatan tetapi kini individu tersebut cukainya talah dikurangkan beberapa peratus. Sedangkan rakyat yang termasuk dalam golongan 8 asnaf yang mana sebelum ini dikecualikan cukai sudah pun terpakasa membayar sama cukai yang diberi penjenamaan baru iaitu GST dimasa yang sama golongan inilah juga penerima zakat mahu pun BR1M....dah beri kemudian tarik balik,..buruk siku wooi...
Kedua beban kenaikan harga gula, berbelit beli lidah memberi alasan yang kononnya tidak akan dinaikan barangan asas seperti beras garam gula didalam perkenalan GST tetapi sebagai peralihan implementasinya disegerakan lalu naiklah sebanyak rm 34 sen/kilo.
sisipan akhbar

Persoalannya kenapa GST diumumkan terlebih awal sedangkan jika diumumkan didalam bajet pada tahun hadapan masih ada masa lagi sebab perlaksanaannya dikatakan akan bermula pada April 2015? Jawapannya kalau Ubn menang didalam PRK N20 Sungai Limau maka alasannya GST telah diterima rakyat,....jadi PRK N20 Sungai Limau kali ini adalah juga medan ujikaji perlaksanaan GST.

Bersambung dengan bajet budu belancan.....tunggu.....

Khamis, 24 Oktober 2013

Ajaran Pak Pandir....

Salam hormat!
Anak anak generasi sekarang sudah tidak lagi kenal dengan spesis burung puyuh liar yang tidak bolih terbang dan hanya bergerak mencari makan diatas tanah sahaja.Biasanya anak anak kini hanyalah kenal burung puyuh yang dipelihara didalam sangkar, ini kerana burung puyuh liar sudah pupus disesetengah tempat, antara tabiat burung puyuh liar ini apabila terserempak dengan musuh atau dengan orang dia akan segera mencanak berlari bersembunyi dan yang peliknya dia hanya menyorokkan kepala dicelah celah semak atau daun daun kering sedangkan badan dan punggongnya nampak tertonggeng, mungkin perkiraannya persembunyian dengan cara itu sudah cukup selamat.Kalau bagi mereka yang rabun rabun ayam mungkin tidak terperasan tetapi bagi mereka yang cekap menjebak burung ini dengan mudah saja nampak.

Begitulah yang bolih saya kaitkan dengan satu peristiwa mengejutkan dalam satu kejadian terbaru iaitu terkorbannya seorang pegawai perempuan bank mati dibunuh, dipercayai dilakukan olih seorang pengawal keselamatan yang bertugas dibank yang sama.Bagai harapkan pagar tetapi pagar makan padi.Perbuatan penjenayah ini seumpama burung puyuh juga, dia telah melarikan diri namun wajahnya telah terakam didalam kemera litar CCTV,mungkin sangkaannya bolih melepaskan diri dari buruan pehak berkuasa.Takziah kepada keluarga mangsa....

Walaupun begitu bukanlah itu sebenarnya tujuan yang hendak saya tulis,namun sebahagian daripadanya ada persamaan dengan topik yang sedikit santai dan jenaka ala ala metos ini.Kesah ini pernah diceritakan melalui orang orang tua dahulu,Sambil baring baring mendodoi anak anak sebelum lena tidur mereka bercerita cerita dongeng. Alkisah kononnya pada suatu hari Pak Pandir telah pergi kekebun tanamannya bersama anak dia sekali.Sementara Pak Pandir memetik hasil tanaman manakala anaknya pula berlari lari dan bermain main, kemudian dia terdengar satu pangilan dari anaknya "ayah....ayah...mari sini,tengok apakah namanya buah ini ayah? tanya anaknya."eh...eh...bergayut dan bergoyang goyang, bulat macam telur pulak" tambah anaknya.
Belum sempat Pak Pandir menjawab tiba tiba anaknya menjamah "benda" itu.Kemudian  "kedebumm"... terkeluar bunyi."eh...eh...bunyi macam kentutlah ayah". Pak Pandir pun ada idea nak jawab "haa....itulah namanya buah boomm....pergi jauh sikit sebab buah itu berbau busuk" jawab dan suruh Pak Pandir. Lalu anak bergerak beberapa langkah kesebelah kemudian menjerit lagi anaknya "ayah....ayah....mari sini jap...ini apa ke benda namanya pulak ayah?anaknya bertanya lagi. Pak Pandir menjawab secara spontan "oooo...itu namanya buah boom pecah", "Patutlah nampak leper dan berair...ya ayah" kata anaknya menambah.Namun apa pun didalam keadaan itu dia rasa nak tergelak pun ada dan rasa geram nak marah pun ada.Didalam hatinnya menyumpah "cilaka punya budak dua ekor ni, didalam kebun aku pun dijadikan tempat kamu bermukah ya" tetapi kemarahannya itu tidak mahu ditunjukkan serta merahsiakan perkara sebenar apa yang dilihat olih sianaknya tadi. Cerita sebenar? kesahnya sepasang merpati menyorok kepala didalam semak tetapi punggung tertongeng diluar yang jelas nampak namun Pak Pandir masih sensor untuk tidak berterus terang kepada anaknya yang masih dibawah umur itu,Jadi and of the day persoalannya adakah wajar perbuatan gadis gadis ini yang langsung tidak main sensor menyiarkan gambar yang separuh seksa itu.....
 Mana gambarnya? dah sensor....harap maaf...

PENDIDIKAN ASAS (AWAL) KANAK KANAK
Heboh isu kalimah Allah yang dijadikan egenda perjuagan NGO mahupun parti politik yang meminta pehak bukan islam yang mahu mengunakan kalimah itu agar tidak berbuat demikian,ini selaras dengan keputusan mahkamah yang memutuskan agar pehak berkenaan tidak bolih mengunakan lagi kalimah tersebut (Allah).
Jadi disarankan pendidikan awal kanak kanak perlu mengikut acuan islam,contohnya kalau Pusat asuhan tunas islam (PASTI) mestilah memfokuskan "awalluddin makrifa tullah -awal awal agama menegenal Allah.Tidak seperti selama ini hanya mengajar menyanyi lagu Twittter twitter  litter Star...any...any...more... semata....
Tok ayah su-ajar mengaji qur"an pada anak

Sabtu, 19 Oktober 2013

komen:Pemilihan dan audit (2)

Salam hormat!
Semasa ulasan topik ini ditulis (bersambung) didapati kesemua pemilihan pucuk pimpinan umno dikesemua peringkat sama ada dinegeri negeri mahupun diperingkat Kebangsaan telah pun parti itu siap mengadakan pengundian untuk memilih pemimpin,apa apa pun waima siapa yang dipilih itu perlulah di"respect" kerana hanya itulah yang terbaik diantara yang terbaik telah diangkat sebagai ketua alias dipanggil juga President, timbalan president,naib naib president,ahli majlis tertinggi (MT),Sayap Parti,ketua Bahagian dan pelbagai lagi jawatan dari sebesar besar jawatan sehingga sekecil kecil sampai keperingkat cawangan sekali pun maka perlulah dihormati akan keputusan yang telah dibuat olih ahli atau 46 ribu orang lebih perwakilan dari parti itu.
sisipan berita akhbar

Miski pun begitu cuba kita perhatikan didalam ramai ramai tokoh pemimpin yang menang siapakah dan dimanakah duduknya para ilmuan agama atau pun ulama"? olih kerana tiada maka dengan itu jadi sahlah tangkapan ramai selama ini yang mengatakan ualama" tiada tempat didalam organasisai Umno adalah benar belaka.Jadi disinilah terletaknya perbezaan dengan parti Pas yang mana para ulama" lah yang menjadi tonggak utama dari segi hararki kepimpinan.

Jesteru hitungan dosa pahala syurga neraka tidak banyak dipersoalkan kerana tiada yang berwibawa untuk mengketengahkannya maka terjadilah seperti yang telah saya tulis didalam siri 1 sebelum ini.Kontrekter yang buat selenggaraan disekolah pun bolih main elat tipu tipu, kerja tak siap dengan sempurna pun bolih juga menuntut bayaran.Yang kesian kerana tak pasal pasal turut dilibatkan ialah ibubapa murid murid. Dengan tidak ada perasaan bersalah apa apa pehak sekolah dengan selamba sahaja bolih pulak menjemput ibubapa untuk datang bergotong royong bagi membersihkan sisa sisa peninggalan siKontrekter.Yang dapat sedap terima duit orang lain sebaliknya yang jadi mangsa cuci taik orang lain pulak, patutkah begitu?

Baiklah...mungkin ada yang berkata itu hanyalah satu kes kecil dan terpencil sahaja,namun begitu biasanya ibarat api kecil tidak mustahil bolih merebak besar jika tidak dikawal contohnya dengan apa yang telah terjadi dengan projek projek mega seperti pembinaan Masjid yang bernilai ratusan jutaan ringgit tiba tiba bolih runtuh dengan jangka masa yang tidak sepatutnya berlaku.Walaupun standard piawaian tidak sempurna namun ianya bolih diluluskan juga.Jadi janganlah hairan kalau situasinya hampir sama saja dengan kes kecil yang saya sebutkan.Selalunya bila dah teratuk baru nak teg"aduh",bila dah terjadi barulah nak mulakan siasatan, tubuh jawatan khaslah,adakah siatan dirajalah dan pelbagai lagi, timbullah juga cakap cakap kononnya satu pembaziran wang rakyat dan ada juga suara kurang cerdik katanya berapa banyak sangatkah rakyat telah menyumbang?

Selain daripada itu saya ingin memanjangkan intipati topik khutbah solat sunat hari raya qorban baru bara ini yang mana saya rasa releven soal sumbang menyumbang.Khatib (ustaz) dengan nada yang agak tinggi telah menegur para jamaah dan qoriah dengan menyebut "ramai dikalangan kita yang mampu mengadakan majlis jamuan samada ada semperna hari raya mahupun untuk majlis kenduri kendara khawin namun tidak ramai pula yang sanggup menghulurkan sumbangan untuk perjuangan gerakan islam. "mungkin" yang dimaksudkan adalah bagi mereka yang kedekut untuk memberi sumbangan derma kepada parti Pas.

Saya bukan nak menyanggah tetapi cumanya untuk mengingatkan balik maklumlah takut takut siKatib" ini terlupa atau sudah terlepas pandang.Pernah diawal tahun ini satu program parti yang turut sama dihadiri olih Dato" Seri  President yang mana tatkala itu didapati setiap cawangan telah menyerahkan sejumlah wang yang seingat saya tidak kurang dari rm10 ribu bagi setiap cawangan jadi cubalah didharabkan jumlah itu dengan 16 cawangan yang ada,sudah jadi berapa?kalau ya pun janganlah terlalu nampak begitu tamak sangat sehinggakan kadang kala ada dikalangan ahli yang begitu bosan untuk hadir keprogram parti sebabnya terdapat dikalangan penceramah mahu pun dikalangan ahli korum sendiri apabila diberi peluang bercakap mereka begitu ghairah menyalahkan parti lawan kononnya korup,penindas,zalim,bodoh dan pelbagai tomahan lagi yang dilebelkan.

Sedangkan jika mengikut kepada saranan yang pernah disuarakan Sdr Mat Sabu katanya "seandainya kita berada dalam satu program yang dianjurkan olih parti yang mana didalamnya terdapat hanya dikalangan sesama ahli sahaja maka adalah terlebih baik kita memperbanyakkan berbicara soal bermuhasabah diri.... adalah tidak mengapa jika kita bercakap dengan nada "kita semuanya betul "seandainya kita berada diluar sana...."maksudnya kita digalakan untuk berbincang,berbahas,bermuzakarah bagi mencari jalan penyelesaian masaallah khususnya melibatkan gerakkerja parti mahupun untuk peningkatan ekonomi ahli dan tidaklah semata mata disetiap perjumpaan ada udang disebalik batu dimana diakhir akhir majlis diadakan pula tabungan kutipan derma,sedangkan ahli sendiri pun kadangkala "dok rok" dan merintih mahu dibantu.
Imbasan:Dato" Sri President sedang menerima cek sumbangan

Tetapi malangnya peluang untuk mentarbiah ahli kadangkala dilihat dipersia siakan malah bolih menjurus kepada petunjuk untuk membuat sesuatu yang tidak betul,contohnya bila ada dikalangan ahli mencadangkan supaya pendapatan yang diperolihi MTD diaudit akan tetapi cadangan tersebut telah ditolak mentah mentah tanpa satu alasan yang kukuh kecuali melainkan hanya didalam mesyurat diperingkat kawasan sahaja penyata keuwangan diminitkan, itu pun dek kerana telah diwajibkan olih akta pertubuhan (ROS) namun diperingkat cawangan (MTD Ajil) tidak perlu,katanya.Olih itu dimana ketelusan yang sering dilaungkan itu? Jadi apakah wajar kita mempertikaikan lapuran olih Ketua audit Negara sedangkan dimasa yang sama apa yang berlaku ditempat kita sendiri kita kata tidak perlu? Apakah masih ada mana mana individu berani bersuara menegur kepada pimpinan parti sendiri sebagai satu kritik yang bolih membina? jangan sampai ada yang menganggap "supo yo jah" dengan parti hok tu.....Teringat saya satu maksud hadith "Diakhirat kelak kamu akan dipersoalkan dari mana dan kemana harta kamu belanjakan". Renung renungkan!

Tok ayah su-memerhati perkembangan pemilihan dan pemulihan parti....

Isnin, 14 Oktober 2013

Komen:Pemilihan dan audit

Salam hormat!
Sehari dua ini cerita yang berlegar dibibir pemerhati politik tanah air sudah tentu tertumpu kepada pemilihan pucuk pimpinan parti umno,walaupun ada yang bersembang mengenainya itu adalah terdiri daripada individu yang berlainan parti jadi tidak salahnya jika mereka sekadar mengambil peka perihal semasa politik parti lawan.Yang pelik bin ajaibnya miskipun  mereka yang berkenaan sebelum ini pernah dikaitkan dengan pelbagai isu yang ada masaallah berkenaan penyalahgunaan kuasa serta rasuah namun ianya tidak langsung diambil kira olih perwakilan yang akhirnya muka muka itulah juga yang dipilihnya.Olih yang demikian timbul kemusykilan apakah apa yang digembar gemburkan selama ini hanyalah satu mainan bagi menjatuhkan imej pemimpin berkenaan semata jika tidak masakan begitu tidak cerdiknya perwakilan membuat pemilihan.
sisipan akhbar
Apakah perwakilan tidak belajar untuk mengambil iktibar dari apa yang dibongkarkan olih lapuran ketua audit negara dimana terdapat projek yang dibuat tidak mengikut spespikasi sebenar serta ada yang tidak dibekalkan dengan material tetapi diluluskan untuk "claim" bayaran yang jauh lebih tinggi dari harga sebenar.

saya pernah mendengar keluhan dari seorang pengetua sekolah yang katanya terdapat kontrekter yang membuat kerja kerja pembersihan yang mana didapati kerja itu hanya dibuat sekadar separuh siap tetapi diminta sain (tanda tangan) borang untuk sokongan tuntutan, apakan daya adakalanya dia terpaksa akur dengan kehendak dari pehak pehak tertentu yang lebih berkuasa,katanya. KESIANNN.....bersambung selepas aidil adha (selamat hari raya korban)
 

Khamis, 10 Oktober 2013

Lebih baik terselak kain....

Salam hormat!
Kata orang tua tua "lebih baik terselak kain daripada tersalah cakap",.samalah juga dengan perbuatan tersalah lapur yang kebanyakannya dilakukan olih penulis sama ada penulis blog atau pun para wartawan. Jika penulis Blog melakukan kesalahan bolih lagi dimaafkan sebab apa yang dipaparkan itu ada yang tidak bermotifkan keuntungan sebaliknya jika wartawan akhbar yang menulis ini bermakna dia menjualkan satu siaran maklumat yang tidak betul (haram) saya bangkitkan ini ialah berkenaan lapuran akbar yang menyampaikan berita berkenaan kes yang telah dilapurkan kepada KPDNKK berkaitan jualan makanan dan minuman dari sebuah restoran diPangkalan Chepa Kelantan yang dikatakan mengenakan caj harga yang terlalu mahal kepada pelangan yang terdiri daripada vvip berserta dengan kumpulannya.
sisipan berita akhbar
Pada mulanya saya sendiri agak terperanjat tatkala terbaca berita tersebut,dan tertanya sendiri dimana munasabahnya jamuan untuk 50 orang dikenakan bayaran sampai mencecah rm 6,000, ini bererti untuk satu kepala jatuh nilaian rm 120.00 seorang, harga tersebut mungkin logik jika makan diHotel yang berklass satu dua bintang tetapi seandainya diRestoran biasa sudah tentu ia akan menjadi satu pertikaian olih banyak pehak. Olih yang demikian saya cuba membuat conggakan dengan satu formula mathematik mengikut harga secara rambang.Contoh kiraan saya seperti berikut:-

MENU  (untuk nisbah 1 orang makan)

Nasi putih atau hujan panas x nasi tambah   =  rm   3.00
1 ketul ayam kampung goreng                     =  rm   7.00
1 mangkuk gulai itik/serati                           =  rm 10.00
Masakan sayur campur                               =  rm   5.00
Ulaman kampung+sambal+budu                  =  rm   3.00
Ikan Bakar tawar+pencicah                         =  rm   7.00
Minuman sejuk/jus buah                               =  rm   3.50
Air Panas/suam                                            =  rm   3.00
Buah buahan pencuci mulut                           =  rm   3.50
Table caj/jam                                                =  rm   5.00
--------------------------------------------------------------------------
Jumlah keseluruhan                                        =  rm 50.00 / satu kepala
---------------------------------------------------------------------------
Setelah ditotalkan namun saya masih lagi terus jadi buntu sebab masih berbaki rm 70 untuk mengenapkan rm 120.000 seorang sebagaimana permulaan kiraan tadi,saya juga mengeleng gelengkan kepala melihat betapa cepat dan pantasnya pegawai penguat kuasa KPDNKK menjalankan tugas bertindak diatas lapuran, syabas... semoga ketegasan sebegini akan berterusan namun sebagaimana sedia maklum makanan siap masak yang dijual tidak termasuk didalam harga kawalan kerajaan cumanya bolih disabitkan dengan kesalahan keengganan meletakkan tanda harga,walau bagaimana pun perlu difahami tanda harga bukanlah bolih diaktifkan seperti papan tanda dipasaran bursa saham.Kekerapan berlakunya kenaikan harga barang kadangkala bolih merimaskan peniaga kedai makan, untuk mengubah akan dicontengkan berkali kali dengan pelbagai cara samaada ditampal penanda harga dengan kertas pelekat sebab kos untuk ubah suainya tidak berbaloi, disini kena ada perasaan timbang rasa sikitlah....

Saya bukan hendak membela toukey restoran tersebut tetapi apabila dilihat pehak akbhar begitu ghairah membongkarkan kes itu seolah olah satu hukuman telah pun dibuat jadi natijahnya tuan empunya kedai telah dikambing hitamkan sebagai bersalah sekali gus memberi satu imej buruk kepada perniagaannya.Melapurkan maklumat tanpa menyelidik secara soheh memerlukan siaran RALAT dikemudiannya,jesteru itu hari ini 10/10/13 tersusullah berita sebenar.
sisipan akhbar
Ternyata apa yang berlaku tidak mengambarkan perkara sebenar. Rombongan VVIP yang menjamu selera direstoran itu jauh lebih ramai dari apa yang diperkatakan sebelum ini.Jadi anda bolih kiralah sendiri mengikut padan patut caj perlu dikenakan untuk seorang makan jika sudah jumlahnya sampai 200-400 orang makan sebenar.
Kesimpulannya saya melihat ada motif tersembunyi seperti ada serampang dua mata, pertama untuk memaklumkan yang rombangan vvip itu amat bermurah hati dan berkemampuan untuk membelanjakan juak juak dalam proses untuk memperkenalkan calon bagi pemilihan pimpinan UMNO diperingkat nasional. Apakah ini tidak termasuk dalam ketegori rasuah? keduanya untuk mengambarkan kepada umum bahawa negeri Kelantan juga tidak terkecuali menjual barangan makanan yang sama mahalnya sebagaimana negeri lain... harap harap telahan saya ini tidak betul dan meleset.....

Tok ayah su- "Tok Mek Su" juga pernah mengalami situasi yang hampir sama....

Ahad, 6 Oktober 2013

"siDia" dah jadi mak Datin (3)

Salam hormat!
Disiri bahagian 2 saya telah menceritakan suasana suka duka yang dialami semasa berada dipondok sepanjang penganjian peringkat menengah diPulai Chondong,diantara seramai ramai pelajar saya dapati hanya kami berdua sahaja yang menumpang tinggal disini.Namun saya agak merasa sebak sedikit apabila mendapat tahu bahawa sekarang ini pondok itu sudah tidak ada lagi namun saya merasa gembira dan bangga apabila didapati sekolah duluku itu masih ada dan semakin gah dengan ujudnya pasarana asas termasuk bangunan batunya yang sudah besar,
jauh berbeza jika hendak dibandingkan dizaman saya dulu hanya satu blok bangunan papan tak bertingkat tingkat pun seperti sekarang.

Selain daripada pelajar tempatan yang tinggal dirumah sendiri, juga ada yang berulang alik dengan menaiki bas, terdapat juga pelajar datang dari kampung yang jauh turut belajar disekolah ini, olih kerana penginapan pelajar tidak ada maka kebanyakan dari mereka tinggal bertaburan disekitar kampung Pulai Chondong, ada yang menyewa secara beramai ramai dan ada juga tinggal dengan keluarga angkat.termasuklah "siDia". Pun begitu saya sengaja tidak mahu ambil tahu dengan tepat lokasi tempat tinggalnya, miskipun siZubir pernah berbisik bisik untuk mengajak saya menziarahi kerumah penginapannya akan tetapi saya tetap tidak melayan ajakan itu.Ini kerana saya bimbang takut nanti orang kampung akan memandang nagatif dan tersalah anggap walaupun kita berniat baik,daripada terima resiko buruk kemudian hari lebih baik beringat lebih awal.Saya tolong ingatkan pada siZubir biarlah kita berkawan dengannya hanya diwaktu sekolah dan disekolah sahaja,itu lebih selamat.... Yang menjadi tanda tanya saya sampai sekarang, kenapa ekkk hanya kami bertiga sahaja dari sekolah (A) Machang berpindah kesini, sedangkan pelajar pelajar lain disekolah lama dulu tu tidak, kemana pulak perginya mereka? Fahimah.... Karimah.... Zaid.... Karim....anda semua pindah kesekolah mana eekk? Ini bererti kami bertiga sudah lama saling mengenali. Jadi tidak hairanlah apabila sekali sekala kami berdua bertegur sapa secara terbuka dengan "siDia" disekolah baru ini.

SUASANA PERGAULAN DIwaktu SEKOLAH

Rambut sama hitam,hati masing masing,jadi jangan disangka mentang mentang bersekolah agama maka tidak ada murid yang nakal.
DIAIR YANG TENANG JANGAN DISANGKA TIADA BUAYA. Perangai seperti "samseng kampung Dusun" pun ujud juga disini.Saya masih ingat salah seorang namanya Mahussin,olih kerana dia ini ada rangkaian dengan anak remaja "kemaca" kampung maka lagaknya jadi naik toncanglah apabila dialak olih kawan kawannya.Disebabkan siZubir ini bentuk badan dan fizikalnya agak kecil jadi seringlah dia menjadi mangsa buli olih siMahussin.Sudah tentu saya sebagai kawan Zubir tidak akan melihat dan membiarkannya begitu sahaja.Maka sayalah yang menjadi galang ganti untuk membelanya.

Selain daripada itu sudah menjadi lumrah kebiasaanya pelajar perempuan tidak selalu peka akan tarikh masa mereka "datang bulan",sebab itu ada yang tidak bersedia memakai tuala perlindungan,apa lagi...berlakulah kebocoran sehingga habis basah bangku dan meleleh menitis sampai kelantai.Diwaktu ini siSamdul dengan sekutunya mengambil kesempatan memperli dan mengejek serta membuat bising, daripada orang lain pada mulanya tidak perasan terus jadi tahu satu kelas dan tergelak gelak,memang sengaja dia mahu menambahkan kemaluan sipelajar perempuan itu.
Tidak terkecuali "siDia", saya dan zubir dapat cam apabila didapati 'siDia" lambat keluar dari bilik darjah semasa waktu pulang, maka saya dapat agak sudah tentu dia malu malu berkeadaan sedemikian sebab itu sengaja mahu orang lain semua keluar dulu. Tanpa disedarinya kami juga perhati dari jauh kononnya nak jadi 'bodygurd" lah kot kot siSamdul akan buat kacau. Agak agaknya siSamdul perasan yang gelagat dan kelakuannya itu sentiasa menjadi perhatian saya, maka diam diam dia telah menyimpan dendam dengan kami berdua.Pada suatu hari dia telah menunjukkan kedayusan sebagai seorang anak jantan kerana telah memukul curi, Pelempangggg.....ditamparnya muka saya kemudian terus melarikan diri.Selang beberapa hari selepas dia sering mengelak untuk bersemuka dengan saya maka saya mengatur cabaran dengan memaklumkan kepada kawannya jikalah benar dia mahu menunjukkan ke"debel'an silalah datang pada sekian sekian jam ditempat dan masa yang ditetapkan.Masa dan hari yang ditetapkan pun tiba,rupa rupanya ada telur juga siSamdul ni,dia menyahurt cabaran saya. Dengan disaksikan olih rakan rakan sekolah yang lain tanpa masuk campur maka bertempurlah saya secara 'one by one". Pelepup... pelepap....bedebuk...bedebak....engkau hayung aku tumbuk...engkau tendang aku terajang...jatuh berguling banting mengalahkan pemain gusti yang pro,tersembam muka makan tanah,kemudian bangkit lagi buat pukulan plankick "wacouuutt" ala pelakon kung fu Bruce Lee dia pula buka silat macam Dicky Zulkarnain pelakon indon yang tersohor itu.,pertarungan yang memakan masa agak lama juga,dari waktu selepas asar sehingga masuk kewaktu magrib, dekat hampir 3 jam tanpa henti....sampai masing masing lembik kehabisan tenaga lalu dengan sendirinya masing masing bersurai. Cumanya pertelingkahan atau pun pergaduhan ini tidaklah sampai mencapai tahap mengunakan senjata tajam atau merbahaya kecuali hanya dengan mengunakan kekuatan tenaga empat kerat Walau pun tidak nampak siapa yang kalah menang didalam pertarungan ini namun yang penting bermula disaat itu 'belang gedebe" si Mahussin tidak kelihatan lagi.
sisipan risalah dari anak sekolah
Olih sebab itulah saya katakan walaupun kita berada dalam prosses untuk melahirkan persekitaran generasi yang celik agama sekali pun,cabarannya tetap ada,kesabaran diri juga bolih tercabar, kelemahan dan kekurangannya masih terdapat, saya tidak mengatakan kepada orang lain,saya sendiri pun sama juga,tidak berani menegakkan benang basah dengan mengatakan bahawa seolah olah apabila bersekolah agama maka kelakuan kita sudah atau telah  menjadi syumul. Apatah lagi selepas itu kita pula terdedah dengan persikataran mereka yang banyak melakukan perkara yang kurang sihat,maka dengan mudahlah pula dijangkiti,dari seorang yang tidak merokok akan turut menjadi perokok.Apabila sudah ketagih,maka faham fahamlah betapa susahnya untuk meninggalkan tabiat tersebut.Jesteru itu apabila kerajaan negeri Pas Kelantan mengambil pendekatan mahu memperkenalkan kaedah menutup pintu kepada sebarang bentuk gejala yang merosakkan akhlak maka apasalahnya kita turut menyokongnya, contohnya dasar pendidkan, ianya kini telah membuat perubahan dengan pengasingan pergaulan diantara lelaki/perempuan, tidak sebagaimana dulunya sekolah ini terbuka untuk percampuran jantina tetapi sekarang ini hanya dikhususkan untuk pelajar perempuan sahaja.

SETELAH 30 TAHUN +++ BERLALU....
Sejak lebih 30 tahun terpisah dengan kawan kawan sekelas disekolah itu dulu,kini kenangan lama menjelma kembali,sekilas dilihat pada nama rasa rasanya orang itu adalah sama dengan "siDia",kerana jarang ditemui orang yang mempunyai nama seunik itu melainkan hanya "siDia" sahaja,Tidak ku berniat untuk memuja tetapi hanya sekadar mahu menghormati dan mahu mengucapkan tahniah kerana telah ber"title mak Datin".Bukan sebarangan Datin kerana telah menjadi permaisuri kepada salah seorang pembesar negeri Kelantan serta berkemungkinan akan bertanding ditempat ke2 kerusi tertinggi Parti diperingkat Pas Pusat.Syabas...semoga akan berolih kejayaan....insyaallah.

tok ayah su-sekadar suka suka merakam kenangan lama....

Jumaat, 4 Oktober 2013

"siDia" dah jadi Mak Datin (2)

sisipan akhbar
Salam hormat!
Pada siri sebelum ini saya telah berteori dengan membuat persepsi yang mana siZubir kawan rapat saya itu telah cuba merahsiakan sesuatu dari pengtahuan saya akan isihatinya yang sudah tertarik hati kepada "sidia".Jikalaulah siZubir terbaca pasti dia akan mengatakan saya cuba bermain kasar dengan memecah "botol budu' dihadapan khalayak ramai.Maaf cakaplah wahai siZubir kerana sesungguhnya aku hanya cuba ingin menguji sejauh mana tahap kesabaran mu dengan kerenah gurauan sikawan engkau ini (aku lah) Mungkin betul atau tidak sebenarnya hanya engkau sahaja yang tahu,aku cuma membuat andaian sahaja,harap harap engkau tidaklah berkecil hati.....

SUASANA KEHIDUPAN DIPONDOK

Sebelum itu saya ingin berkongsi sedikit lagi cerita akan suasana kehidupan dipondok, saya agak merasa bertuah kerana dapat mengalami dua dalam satu pengalaman,suasana pertama dapat belajar secara percuma disekolah bawah pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PAS kedua dapat tinggal dipondok persendirian milik seorang guru agama.Namun begitu diantara pengurusan pondok dan pentadbiran sekolah itu tidak terikat dan tidak ada sangkut paut sama sekali,tenaga pengajar pondok dan guru sekolah berasingan malah jaraknya hampir sesuku kilometer juga jauhnya.Hari hari berpeluh pela berjalan kaki berulang alik dari tempat penginapan (pondok) untuk pergi kesekolah..

Tidak ada sebarang syarat ketat yang dikenakan olih tuan guru pondok untuk mengekang mahu pun mengongkong pergerakan kami berdua. Kami dibenar tinggal selama mana pondok itu kosong atau selagi tidak ada penghuni baru, malah secara percuma pulak tu,cumanya kami disarankan seandainya ada kelapangan waktu hadirlah sama bersembahyang secara berjemaah disurau pondok dan.laungkanlah azan sekiranya tiada tok bilal bertugas.Namun begitu terdapat sedikit kerja yang perlu kami buat,apa dia? rajin rajinlah turun kesawah untuk tolong membuat kerja menuai atau menanam padi apabila tiba musimnya.Tanah sawah tok guru bolih tahan luas....Kami berdua tolong dengan iklas tanpa ada sebarang upah,.kami hanya anggap sebagai timbal balas diatas kesudian tok guru yang membenarkan kami tinggal secara percuma disitu.
Untuk menampung keperluan makan minum sendiri maka terpaksalah kami balik kekampung pada masa cuti sekolah dihujung minggu samada sebulan ataupun 2 minggu sekali yakni bergantung kepada keadaan sebanyak mana ada stok duit dalam poket, bila balik lalu minta duit belanja dengan nenek sekadar yang termampu dihulurkan olihnya.Untuk mencukupkan belanja terpaksalah kami berjimat cermat, masak sendiri secara ala kadar,ikan segar dibeli sedikit sedikit dipasar Pulau Chondang, masak singgang atau kukus bagi  tahan lama supaya bolih digoreng untuk beberapa hari.Paling tidak pun berlauk dengan ikan kering masin. Bila malam berpelita ayam,tiada eletrik tiada tv dan tiada merokok Sedih dan daif sekali pengalaman tersebut.

Walau pun begitu Pekan Pulai Chondong miski pun hanya sebuah desa yang menjadi laluan utama dari bandar Machang keKota Bharu pada waktu itu namun ianya tetap terdapat pasarana asas,antaranya seperti pasar, kedai kedai runcit mahupun kedai makan,stesyen minyak petrol dan juga pejabat pos termasuk pejabat mini Polis pun ada sama.Tetapi Pulau Chondong kini sudah tersorot dan tercorot,sudah melencong jauh kedalam,semua itu dek kerana terbinanya jalan ala ala lebuhraya baru sehinggakan saya sendiri yang sudah biasa pun menjadi tersasar sesat untuk kesini.Malah saya difahamkan pondok itu pun kini sudah tiada lagi setelah ketiadaan tuan guru berkenaan. Apa apa pun jasa jasa orang Pulai Chondong dulu dulu itu tetap ku kenang sampai keakhir hayat. Budi kalian hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya.

Berbalik kepada cerita asal....bersambung

Rabu, 2 Oktober 2013

"siDia" dah jadi mak Datin

sisipan akhbar
Salam hormat!
Terlihat nama Speaker (Ydp) DUN Terengganu bernama Zubeer lalu teringaatt (sebutan 3 harkat) saya akan kenangan dizaman sekolah dahulu, namanya Zubir juga, ejaannya saja berlainan tetapi sebutannya sama...Zubir adalah seorang rakan saya yang berkongsi hidup susah dan senang dialam persekolahan.Rumahnya berhampiran tanah perkuburan Kg Kebakat Machang,bukan sekejap masa berkawan, hampir memakan masa 5 ke 6  tahun juga,satu kelas disekolah yang sama kemudian setelah berpindah sekolah lain pun berada dalam satu kelas juga walaupun sekolahnya berlainan lokasi, dari Machang berpindah kePulau Chondong. Jaraknya hampir 30 km juga,rasa macam mimpi pulak kerana tidak tahu apa punca dan sebab sebenar kami berdua pindah sekolah sejauh ini, tetapi dalam diam diam rupa rupanya siZubir ini ada hajat lain,dia sudah berkenan dengan seorang pelajar perempuan, walau pun dia cuba berahsia tetapi saya dapat mencium baunya, almaklumlah budak masih sekolah lagi mana bolih nak main cinta cintan, malu malu pun ada.... kan... kan... kan.... sebab itulah dia cuba menyembunyikan niat hatinya,saya termakan pujuk rayu siZubir untuk turut sama temankan dia berpindah sekolah, lagi pun memang kami tengah mencari cari sekolah yang mana untuk meneruskan pengajian selepas tamat kelas Peralihan sebab sekolah lama kami itu tidak ada kelas menengah" (pada waktu itu) "sekolah baru ini bagus,walau pun tidak ada asrama khusus tetapi terdapat pondok pengajian untuk orang orang tua (dewasa) yang bolih ditumpang tinggal disana". katanya,Secara kebetulan Nenek saya juga mengenali tuan guru pondok itu jadi bincang punya bincang, nenek bersetuju untuk pergi sama berunding bagi membolihkan kami berdua duduk menumpang dipondok itu, dipendekan cerita jadilah kami berdua berpindah sekolah, sedangkan si"dia" yang dipujanya itu telah pun terlebih dahulu berpindah,saya yang tidak tahu menahu keadaan itu telah merasa terperanjat dan tertanya tanya, aikk...kenapa "sidia' turut sama berpindah sekolah disini? alahai...pandai sungguh siZubir menyimpan rahsia, Apakah aku telah diperalat atau pun diperangkap olih siZubir? bersambung.....

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan