arkib

Isnin, 30 Disember 2013

Tak Turun...Tak naik....

sisipan akhbar SH
Salam hormat!
Beberapa jam sahaja lagi tahun baru Masehi 2014 akan menjelang dan 2013 akan menghilang. Jika mengikut kelendar islam Hijrah kita disunatkan membaca doa akhir dan awal tahun, namun bagi menghadapi tahun Masehi ini bolihlah juga kita mengharapkan sesuatu perkara baik akan berlaku didalam kehidupan yang akan kita tempuhi nanti.

Pun begitu ramai juga seakan terasa resah apabila Kerajaan UBN mengusik hati rakyat dengan beberapa pengumuman yang akan menaikkan beberapa harga barangan dan juga perkhidmatan pada tahun 2014.Jadi tak perlulah saya ulangi mengulas apa apa perkara berkaitan bersabit dengan kenaikan tersebut kerana ramai sudah yang menulis mengenainya.Malahan beberapa hari yang lalu samaada media cetak mahupun eletronik menguar uarkan bahawa beberapa kumpulan Pro Kerajaan UBN telah membuat report (aduan) kepehak polis meminta agar satu perhimpunan NGO atas nama "TURUN" tidak dibenarkan berlangsung didataran merdeka yang dijangkakan akan dibuat serentak dengan upacara sambutan Ambang tahun baru disitu nanti.Yang mahu dituntut dan didesak ialah agar kerajaan tidak menaikkan harga barangan termasuk TOL,tetapi yang kecohnya NGO TURUN berkenaan telah ditohmah hendak mengulingkan kerajaan pula, alahai....nampak sangat macam sengaja mahu memprovokasikan keadaan.

Semalam saya dapat tahu satu mesyuarat membincangkan hal pendidikan asas PASTI (pusat asuhan tunas islam) cawangan telah diadakan,beberapa orang mantan Pengerusi pasti turut hadir memberi penjelasan dan menceritakan pengalaman mereka.Ada yang kata dengan jumlah murid dalam sekitar 40 0rang memerlukan belanja makan minum pagi sebanyak rm 700 lebih sebulan,ini bererti sekurang kurangnya rm 25 sehari,perbelanjaan ini dikongsi sumbang ramai ramai dalam bentuk membekalkan makanan/minuman secara bergilir gilir dari kalangan ibubapa mahupun dari orang perseorangan.Manakala yuran tetap bulanan tak naik dan tak turun iaitu sebanyak rm25 sebulan sejak dari beberapa tahun dulu.Yang menjadi masaallah apabila hendak mengada majlis iftifal dihujung tahun,ini kerana belanja yang diperlukan tidak kurang dari dalam sekitar rm 4000,kebiasaanya para ajk PASTI lah yang terkial kial mencari dana untuk belanja upacara majlis iftifal tersebut.Olih yang demikian didalam mesyuarat semalam terdapat salah seorang telah mencadangkan satu usul agar yuran tidak dinaikkan tetapi perlu ditambah dengan duit tabungan sebanyak rm5 sebulan bagi tujuan untuk diasing dan diagih bagi tujuan simpanan buat mengadakan majlis iftifal pada hujung tahun, ini bermakna akan jadi rm25+5=rm30 sebulan.Untuk permulaan dikenakan juga bayaran untuk pakaian unifom sekolah rm25 serta rm30 buku buku Tek, jadi jumlah keseluruhannya dalam sekitar rm85, pendaftaran dibuka esok 1/1/2014 (rabu).
sisipan semasa dari  PASTI







tok ayah su-selamat tahun baru Masehi 2014....

Ahad, 29 Disember 2013

Rumah atau Ummah (2)

Salam hormat!
Pada siri pertama tentang topik ini saya menyatakan ujudnya fitnah sehingga membangkit protes secara senyap dengan menyatakan YPU (yayasan Pembangunan ummah) bagaikan cakap tak serupa bikin yang kononnya mahu membangunkan Ummah tetapi yang dibikin adalah membangunkan projek membina rumah.Yang dipertikaikan lagi berkenaan elaun para potfolio diambil tetapi kerjanya entah apa apa...sebab itulah terdapat baju yang dicetak berbunyi "kawe toksir ore make gaji buto".Dipakai olih pehak parti lawan buat berjalan dan bersantai dimerata rata.

sisipan akhbar SH
Jadi apa sebenarnya yang mereka mahu? yang diketahui mereka mahu janji ditetapi, janji apa? ada janji berbunyi mahu mengujudkan skuad 9/10 punca rezeki yakni mahu beri peruntukkan kepada sesiapa yang mahu berniaga. Tetapi apa yang berlaku disuruhnya pergi sendiri pinjam dan proses permohonnan pinjaman dari Tekun atau dari Amanah Ikthiar,ini bererti YPU hanya diberi kepada individu tertentu sahaja. Betulkah? Selain daripada itu terdapat satu lagi skuad "ONE plus TEN @ 1+ 10" maksudnya "Satu orang jaga 10 orang".jaga apa? Skopnya luas antaranya menjaga kebajikan dari segi layanan terhadap mereka yang terkena musibah seperti banjir, kemalangan, kenduri kendara, kes kematian,sakit demam dan sebagainya....dah tu berjalan atau berfungsikah skuad ini?  Difahamkan terdapat seorang ketua cawangan Pok Mat Songkok telah berkrisis sesama sendiri lalu dipohon kepada pehak pimpinan agar dapat campur tangan bagi menyelesaikan terhadap masallah dalaman yang berlaku itu tetapi malangnya tidak diendahkan, tanggung sendiri jawab sendiri langsung tidak ada ketidak caknaan olih pimpinan,kalaulah sebagai seorang bapa kepada anak tidak peduli dan tidak mahu melakukan sesuatu terhadap anak anak yang sedang bertelagah jadi kepada siapa lagikah yang mahu bolih diharapkan? Itulah yang terjadi kepada Pok Mat sehingga dia patah hati dan membawa diri berkerat rotan berpatah arang sampai sekarang.
Kasih sayang haiwan pada anaknya

Tok ayah su-istiqoummah...

Jumaat, 27 Disember 2013

Mana satu betul Rumah atau Ummah?

Salam hormat!
Pada suatu ketika timbul protes secara senyap berkata "yayasan pembangunan ummah tetapi yang jadi pembangunan rumah sebaliknya moral Ummah duduk setara tula (sama) jugak tak berubah ubah. Tiap bulan elaun potfolio tetap dapat walau pun kerja tak buat sebab itu tuhan tak nak bagi menang untuk penggal 2004 dan seterusnya kerana masih ada tak ikhlas". Begitulah bunyi suara protes senyap yang mengambarkan sedikit nagative terhadap keujudan Yayasan Pembangunan Ummah (UPU) pada suatu ketika dulu.
Sabar je la....walaupun saya bukan ustaz tapi saya memang suka membaca terjemahan ayat ayat alqur"an, diantara yang saya baca (bukan hafal) ialah sebahagian dari surah Alkahfi bercerita tentang nabi Musa a.s pernah diuji dengan sifat kesabaran.Relevennya ayat itu untuk dibuat panduan ialah Nabi Musa juga diperingatkan supaya tidak mudah protes atau ghairah membantah.

Olih itu ada yang membantah tulisan saya sebelum ini, soalnya Mana satu betul delima atau dilema,ini berkaitan persoalan salah ejaan, teringat saya pada era tahun 70an keatas, murid murid sekolah rendah diwaktu itu diajar menulis membaca dan mengira, untuk mudah faham membaca mestilah mengeja terlebih dahulu,contoh Sa bunyi sa....Ya bunyinya ya dan bila digabungkan bunyinya SAYA tetapi yang jadi sedikit keliru bila ayat KERETA sebab walau pun kedua huruf E itu sama tetapi bunyi sebutannya berlainan, melainkan ada tanda satu garisan kecil pendek diatas huruf. Generasi tahun 80an kemari sudah tidak pakai lagi dan ada yang tidak tahu lagi ujudnya kaedah atau cara belajar sedemikian. Baiklah sekarang kita tengok pula bagaimana huruf jawi Dilema dieja د ليما, cuba anda baca, bunyinya macam mana? oopp...maaf saya tak dengar tapi kalau yang tahu jawi akan baca delima, betul?  Bersambung...

Ahad, 22 Disember 2013

Semua nak C @ Realisasi...(2)

Salam hormat!
Pada siri pertama berkaitan topik ini saya bercerita sedikit perihal kehidupan peribadi disemasa zaman kanak kanak termasuk menyentuh sedikit kenangan menghadapi sedikit kesulitan ketika dibangku sekolah,saya rasa mungkin murid murid kawan sebaya saya tidak mengalami masaallah pembelajaran sebabnya mereka sedari sejak awal lagi telah mula bersekolah disitu maksud saya mereka barmula sejak dari darjah satu telah pun didedahkan dengan tulisan jawi, namun bagi saya hanya bermula dipertengahan jalan iaitu masuk terus kedarjah lima (sekolah rendah agama) sebab sebelum itu saya berada diSiam belajar agama guna penulisan campur arab dengan bahasa Thai. Bila balik sambung belajar dikampung maka jadi susah sikit untuk nak kejar pelajaran apatahlagi bahasa pengajaran banyak mengutamakan tulisan ejaan jawi (tak percaya tanya Mak Datin...Datin mana? alaa... sidia tu lah). Tetapi olih kerana asasnya telah ada makanya tidak sesulit mana untuk saya lekas faham maksud ayat seperti Alfalah mahu pun alfatah. Tetapi bak kata pepatah ilmu yang tidak diamalkan ibarat sepohon pokok yang tidak berbuah, ianya akan hilang seumpama daun berguguran diterbang dek angin lalu.

Saya memaparkah kesah itu bertujuan sekadar mahu meluah rasa akan keresahan hati yang pada ketika ini sedang didalam keadaan delima bercampur rasa fobia. Delima sebab tidak tahu kemana hendak dihantar anak masuk kesekolah pada tahun hadapan (2014) serta bimbang takut melihat pisang berbuah dua kali. Fobia takut takut apa yang pernah terjadi akan berulang kembali.Kemana hendak dihantar anak untuk meneruskan persekolahan keperingkat menengah selepas tamat tahun enam yang juga baru turut selesai menduduki peperiksaan UPSR baru baru ini.

Mungkin sesetengah orang ada persamaan dengan perasaan saya.Jadi marilah kita sama sama berkongsi luahan.Anak anak dizaman sekarang agak sukar untuk
sisipan akbar SH
dipaksa bagi menurut kata orang tuanya.Tidak seperti dizaman saya apa sahaja yang dikata olih orang tua, kita hanya menurut sahaja,baik pada mereka baiklah pada kita.Namun kini tidak sedemikian lagi,mereka lebih suka membuat pilihan sendiri.Jika dipaksa paksa juga nescaya kehendak kita itu akan dituruti tanpa rela jadi natijah akhirnya tidak menjadi seperti mana yang dikehendaki.Sedikit pengalaman lalu telah terbukti.Terdapat dikalangan abang abangnya dahulu pun sudah dihantar kesekolah yang sebagaimana saya mahu.Apa dia? saya mahu mereka meneruskan pengajian disekolah menengah agama termasuk disekolah pondok agama rakyat. Persiapan untuk masuk kesekolah agama pondok pun juga turut memerlukan belanja yang bukan sedikit. Bukan setakat belanja makan pakai sahaja yang perlu dibekalkan malah untuk permulaan mestilah juga menyediakan sendiri alatan memasak termasuk juga alatan tidur, pinggang mangkuk periuk belanga gas memasak serta lain lain perlu disediakan sendiri. Pehak pondok hanya sediakan tempat tinggal dan premis tempat belajar sahaja. Masak sendiri layan diri sendiri. Jika seorang anak itu semasa dirumahnya dahulu tidak pernah diajar membasuh, memasak dan melayan diri maka pastinya akan menjadi sukar untuk menyesuaikan diri kerana akan berlaku kejutan suasana.Ditambah pula dengan disiplin masa belajar yang ketat bermula dari subuh hari sehingga kemalam hari, terpaksa mengadap kitab menadah ilmu dihadapan guru maka itulah yang menyebabkan ada dikalangan mereka tidak dapat bertahan lama,hanya mereka yang benar benar tabah sahaja mampu berbuat demikian.Jika tidak akan kecundang diseparuh jalan,itulah yang dibimbangi.Bukan niat hendak promosi cuma mahu mewar warkan bahawa pondok agama yang pernah anak saya duduki ialah Pondok Ust Haji Abas, Padang Luas, Jertih. Setahu saya para tenaga pengajarnya ialah bekasan guru atau ustaz yang pernah mengajar diserata tempat termasuk sekolah sekolah dinegeri Kelantan. Jadi saya rasa mereka (para guru) ini tiada motif atau kepentingan lain melainkan untuk mencurahkan ilmu yang ada kepada anak anak bangsa islam.

Antara fobia yang paling saya takuti akan terjadi lagi ialah jika menghantar anak kesekolah menengah kebangsaan biasa, rasa cuak sebab hari hari terpandang didepan mata tingkah laku dan pe"el perangai budak sekolah ini,macam macam perkara kurang manis pernah berlaku.Tikar bantal serta tilam turut terjumpa didalam semak dibelakang sekolah tempat pelajar melepak tatkala mereka menghabiskan masa ponting kelas.Bekasan cebisan puntong rokok dan air kotak bersepah sepah macam tempat pembuangan sampah saja gayanya.Sekolah mana tu? mana lagi kalau tidak diKawasan Hulu Terengganu.Yang peliknya apabila mesyuarat PIBG tidak ada pula suara membincangkan hal sedemikian.Yang lebih ditekankan didalam mesyuarat hanyalah bagaimana untuk menambah tabung PIBG, berapakah sumbangan atau pun yuran yang perlu dikenakan kepada ibubapa. Ibubapa dok memendam rasa begitu sahaja,nampak macam tak berani bersuara, kenapa? takut di"black list" nama, nanti tak dapat bantuan itu ini,sebab JKKK turut hadir sama, apabila keburukkan disapu kebawah karpet  maka sukarlah kekotoran itu untuk dibersihkan. Pernah didalam satu majlis dialog dengan kehadiran segelintir ibubapa yang dipanggil yang konon kononya anak anak mereka terlibat dengan disiplin sekolah maka terdapat seorang ibubapa yang tidak dapat bertahan sabar telah bersuara bertanya "kenapa sesudah kritikal baharu nak dimaklumkan kepada ibubapa, sepatutnya dicegah sebelum parah,kenapa tidak menghubungi ibubapa lebih awal?" Jawapan guru mudah sahaja "pehak sekolah tidak menyimpan sebarang rekod biodata ibubapa samada alamat mahu pun nombor talian telefon" alahai...senangnya memberi jawapan lepas tangan....Olih itu kita mengharapkan para guru janganlah terlalu ambil mudah, tidak mahu ambil peduli asalkan cukup bulan dapat gaji.OOppp...terlupa....kerajaan tolong beri elaun khas untuk guru yang sanggup kerja lebih masa contohnya seperti mengajar kelas malam (tambahan) untuk anak anak muridnya.
sisipan akhbar SH
Tok ayah su-dah lama bersabar macam SabarUdin tukang kasut....

Jumaat, 20 Disember 2013

Semua nak C @ Realisasi...

Salam hormat!
Kalau dalam peperiksaan ramai yang tak mahu keputusan C tetapi gred itu menjadi implementasi (dilaksanakan) pula didalam kehidupan harian,kenapa?  jika dirujuk kepada kamus bahasa cina "si" itu bermaksud mati,saya pernah berkawan dan berkerja dengan tauke bangsa cina jadi terdapat beberapa patah perkataan yang sempat saya fahami, sossi bermaksud kunci tetapi kalau cakap "LU PAI SI" bermaksud "awak pergi mati" jika MalaySIa akan jadi MelayuMati,bagaimana pula dengan istilah refomasi....inflasi...rasionalisi...demokrasi dan macam macam lagi "si" yang begitu senonim ditutur olih ramai orang sejak mutakhir ini, kenapakah 'c @ si" menjadi pilihan? jawapan positifnya adalah disebabkan C merupakah huruf awalan "cerdik".
sisipan akhbar SH

Yang untungnya bagi orang cerdik sebab dia bolih guna kecerdikannya itu untuk kebaikan bukan sahaja kepada dirinya malah kepada orang lain juga,seperti kata ungkapan jadi orang yang "cerdik bolih ditumpang,bodoh bolih diajar".Namun begitu yang banyak terjadi kini berlainan sekali kerana mereka mengamalkan ayat yang popular "orang bodoh sebagai makanan (mangsa) kepada orang cerdik".

Apabila terbaca berita anak anak sekolah memperolihi banyak gred A
Sisipan akhbar SH dan kenangan
dalam peperiksaan PMR lalu teringat kenangan lama,antara pelajaran yang paling sukar ialah merengkaskan karangan, kami diberi masa beberapa minit membaca karangan seumpama membaca skrip filem kemudian diarah tutup buku selepas itu diberi masa dalam 30 minit untuk tulis semula karangan yang dibaca tadi, katakan jika 300 perkataan maka yang perlu ditulis hanya dalam sekitar tak sampai 100 perkataan sahaja, tulis dan ulas balik macam analisis berita, yang payah tu sebab bukan dalam ejaan rumi tetapi kesemuanya dalam ejaan jawi, buku cerita (karangan) itu juga dalam bahasa jawi contohnya cerita sekumpulan pemuda yang tertidur 300 tahun didalam sebuah gua, apabila tersedar mereka dapati keadaan disekelingnya telah berubah termasuk mata wang yang mereka ada pun sudah bertukar nilai. Pemerintahan negeri itu juga telah turut ditadbir olih orang (pembesar) lain. Bolih tulis tapi merangkak rangkak dengan tulisan ejaan jawi yang terdapat banyak salah, masa 30 minit yang diberi rasa macam tak terkejar. Seperti cerita filem klasik P.Ramli "seniman bujang lapuk" yang pada ketika itu harga secawan air kopi hanya 15sen tetapi sekarang dalam tempoh tak sampai 50 tahun harganya sudah jadi RM1.50.Naik...naik...naik....dan terus naik....Cuba kira berapa peratus nilai kenaikan harga dalam tempoh jangka masa itu,kalau anda pakar ekonomi tentu bolih jawab.Rakyat rasa macam tak mampu nak kejar dengan perubahan kenaikan harga barangan berbanding dengan pendapatan yang mereka perolihi.

Saya membesar dizaman kanak kanak dengan hanya memiliki sebuah radio pakai 3 biji beteri,tak pakai letrik pun, radio itu pun milik emak saudara yang dihadiah kepada saya. Setiap hari selepas balik sekolah, radio itulah yang menjadi teman, dah dinamakan kanak kanak jadi rancangan yang digemari juga berbentuk kanak kanak, antara yang masih saya ingat ialah rancangan yang yang diacarakan olih PakCik Jamal Mohammad, kalau tak silap saya juga turut mengutuskan sekeping surat kepadanya cuma saya sudah lupa apakah tujuannya.Maknanya saya meminati beliau sejak sedari zaman kanak kanak lagi, alhamdulillah akhirnya dapat juga saya ketemui beliau secara "live" tatkala umur saya kini yang telah bergelar datuk kepada seorang cucu.


bersambung...

Ahad, 15 Disember 2013

Perang mulut vs perang Jenama (2)

Salam hormat!
Sebelum itu saya mahu respon kepada komen seorang pembaca tentang artikel saya tentang perihal banjir,katanya tidak bolih difahami dan dia hanya membaca sekerat sahaja kemudian tinggalkan beralih kelain.Ya memang betul tidak dinafikan jika pembaca itu kurang arif dengan dialek bahasa campuran ikut loghat negeri sudah tentu sukar, tetapi bagi mereka senegeri yang sama tidaklah sangat sukar sangat untuk faham, sebab itulah apabila artikel tersebut diposting kePortal Tranung Kini ianya disiarkan, maknanya ada yang fahamlah tu....

Selain daripada itu tulisan saya kebanyakanya mengunakan bahasa qias (kiasan) yang kadangkalanya mempunyai satu ayat 2 maksud. Pengunaan bahasa sebegini sememangnya banyak diamalkan olih orang orang lama atau veteren, kebiasaan mereka itu tidak menyatakan sesuatu perkara secara "direct" (terus terang) adakalanya memerlukan kita termenung sejenak memikirkan apakah maksud yang tersirat disebalik apa yang hendak disampaikan.Maknanya mereka hanya mengunakan pembayang macam pantun yang memerlukan jawapan dari kita sendiri menterjemahkan maksudnya.Ada juga yang mempamirkan kemahiran bidalan bahasa dalam berbicara,contohnya "pukul anak sindir menantu" kenapa dipikul anak sendiri tidak terus pukul menantunya.Itulah halusnya seni bahasa tok nenek orang melayu dahulu.Kaedah itu lebih mendalam dan bisanya bagaikan sembilu. Tetapi malangnya bagi generasi baru atau "WHY" kebanyakkan mereka sudah tidak lagi mengamalkan budaya cakap berlapik seperti orang orang tua dahulu, sebab itu kita perhatikan tindak tanduk sebahagiannya semacam kurang adab dan biadap serta banyak menyakitkan hati apabila mendengarnya.Contoh terkini yang agak kecoh diperkatakan ialah bidasan seorang tokoh wartawan veteren yang agak
gambar hiasan klasik
sinis menyindir dengan saranan supaya beberapa menteri yang ada ditamatkan khidmatnya untuk diganti dengan seorang isteri pemimpin nombor satu negara. Puncanya adalah kerana pemimpin itu memuji isteri beliau banyak berjasa.

PERANG JENAMA

Beralih kepada topik sambungan perang jenama.Untuk makluman saya juga pernah dijemput untuk pergi kemajlis perang mulut berdailog tentang kenaikan harga barang.Apa diperhatikan dalam masa perlumbaan perang jenama dimasa yang sama turut juga berlaku perang harga.Dah dinamakan perang sudah tentu ada yang terkorban dan menjadi mangsa keadaan. Ibarat kata gajah sesama gajah bertarung,kancil ditengah tengah mati terpijak. Jadi yang untungnya sudah tentu yang besar besar,tauke besar dan juga pembesar.....Pada era tahun 2008-2013 dahulu pernah terjadi barangan keperluaran dapur tidak ada (cukup) dalam pasaran. Pernah juga terdengar khabar angin kononya gula,minyak masak,tepung gandum dan lain lain barangan kawalan kerajaan dibocorkan rahsia tarikh masa barangan tersebut akan dibenar naikkan olih kerajaan lalu pehak pemilik kedai yang mempunyai stor besar dan luas telah menyorotkan barangan stok lama bertujuan untuk menjualkannya dengan harga baru setelah tiba masa kenaikan diistiharkan. Tetapi walaupun khabar angin namun semacam menjadi perkara berita benar pulak , apa tidaknya sebab selang sehari selepas kerajaan istiharkan tiba tiba barangan tadi melimpah limpah ruah ada semula balik didalam pasaran. Jadi dari mana datangnya barangan tersebut secara serta merta itu? Pada saya apalah sangat nak dihairankan jika rokok seludup pun bolih dijual secara sembunyi sembunyi inikan pulak barangan keperluan harian.Lalu yang untung siapa? dan yang jadi mangsanya siapa pula? dan siapa pula yang kaut untung secara atas angin?

Saya bukan hendak memfitnah cumanya jika nak main sumpah sumpah rasanya tak sedaplah pulak, sikit...sikit...sumpah...sumpah....Sama ada anda mahu percaya atau tidak terserahlah akan cerita saya ini bahawa pernah pada suatu ketika terdapat seorang Tauke kedai runcit menunjukkan kepada saya secara terang karung duit yang dikumpulkan sendiri untuk tujuan dihulurkan ketabung derma amal, ewah... manis dan baik sekali bunyinya, tetapi cuba kita tanya balik berapa sangatkan keuntungan jualan barangan runcit kalau tidak ada penipuan harga secara tersembunyi. Yang dikawal kerajaan harga barangan tidaklah sebanyak mana berbanding yang tidak dikawal.Inilah yang menimbulkan kecurigaan bagaimana mampu pekedai runcit bolih semewah itu sehinggakan bolih menderma dalm jumlah yang besar. Inilah permainan kotor disebalik nama derma amal (kebajikan)
sisipan akbar SH/semasa
tujuannya yang baik tetapi pelaksanaannya jauh melencong. Sudah tentu yang dimangsakan ialah pengguna yang diekprimentkan untuk tujuan pelaksanaan GST yang akan dilaksanakan tidak beberapa lama lagi nanti.Beli TopUp rm5 pun dicaj olih pekedai rm0.20sen.

tok ayah su-fikir nak cari belanja anak sekolah ditahun hadapan....

Khamis, 12 Disember 2013

Mulut cabul dimasa banjir....

Salam hormat!
Ayat mulut cabul lebih keras bunyinya jika dibandingkan mulut celupar yang sedikit agak lebih manis diucapkan walaupun kedua duanya tidak wajar dikeluarkan apatah lagi masa  yang diperkatakan itu tidak bersesuaian masa dan tempat "puak ni kalu kerap kena banjir lagi dia suka sebab bolih pitih".Itulah satu kata kata yang pernah didengari. Sedangkan musibah yang berlaku itu tidak siapa yang mahu kerana jika benar pun mereka akan berolih bantuan namun tidak semestinya berbaloi dengan apa yang mereka akan dapat.Dek cabulnya mulut maka senang senang sahaja bercakap apa sahaja.

Selepas sehari dua kejadian banjir kali pertama berlaku saya ada mengunjungi kerumah Pok Nik @ Ning untuk melihat cucunya yang baru balik dari hospital kerana terlibat dengan kemalangan motorsikal. Sambil berbual bual bertanya khabar tentang cucunya saya juga sempat bertanya perihal banjir kepadanya.Rumah pok nik adalah merupakan salah seorang rumah penduduk kampung ini yang terlibat secara langsung dengan perpindahan jika seandainya banjir berlaku.Pok nik walau pun sudah agak tua tetapi bolih gagah lagi untuk berjalan jalan tetapi yang dia susah hati sangat ialah keadaan isterinya. "Mak nik ni ada penyakit darah tinggi, kencing manis serta gaout pun ada,kalau diBalai Raya tempatkan pusat pemindahan itu cukup cukup tidak selesa sebab dia kena selalu berulang alik ketandas sedangkan tandasnya berkongsi dengan tandas budak kelas tadika,kena naik beberapa anak tangga untuk ketandas, pernah juga pada suatu ketika kelas Tadika ini dikunci pintunya,jadi cuba bayangkan betapa susahnya kami.Ruang untuk kami tinggal ramai ramai hanya dibahagian ruang legar yang tidaklah seluas mana pun apatah lagi terpaksa dihuni dengan jumlah yang ramai, berselerak berlaga kaki. Sepanjang hayat Pok Ning hanya sekali sahaja dapat merasa duit bantuan banjir tetapi bagi orang lain setahu pok ning mereka itu bolih dikatakan hampir setiap tahun bolih dapat bantuan, jadi bagaimana ada yang kata Pok Nik ni suka jika berlaku banjir?" begitulah keluhan salah seorang dari penduduk yang terlibat dengan setiap kali kejadian musibah banjir.
bersambung....
Sambungan>
Gambar hiasan
Sementara itu kata Pok Abu pula "kalu tak dok Pas habis mati kebulur puok Umno" kah...kah...kah....banjir banjir pun nok buat bekiro politik jugok ko? tapi kalau diperhatikan memang betul jugak cakap dia tu, diantara kedai yang masih tetap dibuka sama ada kedai runcit atau pun kedai makan rata ratanya terdiri dari kepunyaan milik orang ahli Pas, satu kerja khidmat pada semua jugak tu....kalau ditutup sudah tentu menyulitkan banyak orang.kan...kan...kan

Satu komen dari penguna jalan raya katanya pada tahun tahun sebelumnya disetiap kali banjir akan ada pehak JKR memasang kayu pacak tanda kaki lima jalan, tetapi pada kali ini kenapa tidak ada? pernah juga berlaku kenderaan tergelincir masuk lubang ditanah gigi jalan yang dihakis air deras. Jalan yang dimaksudkan adalah dari Ajil Ke Jerangau/Bkt Besi. Disebabkan sejak akhir akhir ini terdapat kejadian kejadian rompakan dan juga jenayah yang dikatakan kerap berlaku diLPT 2 (LebuhRaya) ini jadi ramai dikalangan penguna jalanraya masih lagi menguna jalan alternatif ini untuk keBukit Besi dan sebaliknya.

Tok ayah su-Teringat nostalgia dizaman kanak kanak bermain banjir digertak Sungai Kemuning....

Sabtu, 7 Disember 2013

Perang mulut vs perang jenama (Sambungan)

Salam hormat!
Pada siri sebelum ini saya melahirkan satu perasaan sedikit geram dan panas hati dengan pehak yang tidak begitu perihatin akan keperitan mereka yang terlibat dengan bencana banjir, untuk makluman pernah juga saya suarakan bagi meluahkan perasaan tersebut didalam satu mesyuarat diperingkat MTD. Mudah mudahan dengan musibah banjir terbaru yang berlaku kini akan dapat ditangani sebaik mungkin olih semua pehak yang berkaitan.

Beralih kepada topik perang jenama yang mana beberapa hari yang lalu telah dilapurkan olih pehak akhbar sinar harian telah berlaku sedikit kekecohan diantara sebuah Pasaraya Sabasun milik bumiputra anak melayu Terengganu dengan pehak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) Pasaraya ini bolihlah dianggap satu IKON kepada kejayaan seorang anak melayu yang dapat bersaing dengan peniaga peniaga lain kerana berjaya membesarkan empayar perniagaannya dari hanya bermula dengan sebuah kedai kecil sehinggalah mampu mempunyai dua bangunan cawangan yang agak besar seumpama pasaraya Maidin dan Giant. Ketiga tiga pasaran ini tidak asing dan tidak ada siapa yang tidak mengenalinya cuma hanya tidak diketahui siapa pemilik sebenarnya sehinggalah terdedah diakhbar. Seingat saya Maidin juga bermula dengan sebuah kedai kecil diJalan Tengku Abdul Rahman Kuala Lumpur. Sudah tentu peniaga lain juga turut terimpi impin ingin mengukir kejayaan sepertinya.Namun tidak semudah itu....keistimewaan sebagai anak melayu dan juga anak tempatan tidak bolih dijadikan kayu ukurnya.Terma dan syarat serta birokrasi terpaksa dihadapi.Mungkin ramai lagi peniaga lain yang turut menghadapai masaallah yang hampir sama,bolih jadi....
sisipan akbar dan semasa
Persaingan didalam perniagaan dianggap baik kerana terdapat maksud hadith yang menyebut "hendaklah kekayaan itu tidak hanya berlegar didalam satu kelumpok sahaja",tetapi terjaminkah semua peniaga bolih menjadi kaya? maka kerana itulah sesetengah peniaga berlumba lumba kearah itu dan kalau bolih tidak mahu ada langsung persaingan,biar jadi peniaga tunggal agar dapat memenopoli pelangan supaya tidak lari kelain melainkan kekedainya sahaja.Tidak kurang juga terdapat dikalangan peniaga orang melayu khususnya yang sanggup mengunakan ilmu hitam kerana tidak ingin bersaing, pelbagai cara kotor digunakan untuk merosakkan perniagaan orang lain.Tidak termasuk kata nista dan fitnah memfitnah sebagai mana pernah dilapurkan sebuah Restoran Ganja yang menguna najis manusia untuk melariskan jualan kemudian memohon maaf selepas itu,alahai.....

Berbeza dengan peniaga bangsa lain khususnya kaum cina.Mereka tidak ambil kesah dengan persaingan sebab masing masing ada cara tersendiri untuk menarik pelangan,misalnya kita pernah nampak mereka bolih berkerja sama diantara satu sama lain contoh seandainya barangan yang dipesan tidak terdapat dikedainya maka dia akan pergi kekedai rakannya itu untuk mengambil stok disana tanpa pelangan sendiri bergerak kemana mana.Berlainanan sekali dengan sikap peniaga orang melayu, ambil contoh mudah jika kita kepasar tetiba barangan yang kita mahu tiada disitu apakah ada dia mahu pergi untuk mengambilnya digerai pesaing. Tidak....teramat jarang berlaku begitu, kerana apa? kerana rakan niaga itu dianggap sebagai musuh malah ada yang sampai tidak bertegur sapa. Itulah hakikat sebenarnya.

Maka kerana itulah juga jika diperhatikan kepada Persatuan peniaga peniaga melayu/bumiputra hanya indah diatas kertas sahaja,hakikatnya hidup segan mati tak mahu. Jadi bagaimana bisa hendak memperkasa ekonomi orang melayu jika sebegitu keadaannya, dengki mendengki serta iri hati sudah sebati dalam diri. Sedangkan persatuan perniaga kaum cina bukan sahaja bolih membantu ahli dalam bentuk bantuan keuwangan malah soal kebajikan juga turut terjaga.Yang melayu tahu buat ialah tubuh persatuan bertujuan untuk bergantung harap dengan bantuan kerajaan sepenuhnya.Ambil contoh ditahun 2000-2004 dimana pernah tertubuh Yayasan Pembangunan Ummah (YPU) yang difahamkan suntikan dana olih kerajaan melalui pengantaraan pengarahnya bagi disampaikan kepada sebilangan peniaga secara percuma, masaallahnya berapa ramai yang dapat? dan siapakah mereka itu? apakah hanya mereka dan kaum kerabat yang terdiri dari portfolio mereka sahaja?
sisipan akhbar SH
Bersambung....










Khamis, 5 Disember 2013

Perang Mulut vs Perang Jenama

Salam hormat!
Maha berkuasa tuhan diatas kehendaknya jua bolih dipindah pindahkan kemana sahaja rahmat mahupun lahnat yang dimahukan contohnya jika sebelum ini ditahun tahun berdekat yang lalu tidak pernah terdengar dek kita akan bandar Kuantan serta daerah disekitarnya dan sedikit tempias sampai Kemamam telah berlaku satu fenomina banjir yang agak luar biasa berbanding sebelumnya. Memang tidak dijangka dan diduga lantas dengan itu mungkin juga ada penduduk disini yang tidak bersedia menghadapinya, susulan dari itu heboh juga dimedia sosial melapurkan bahawa perihal banjir tersebut telah masuk sampai kedalam Parlimen untuk dibuat satu usul tergembar bagi tujuan agar dikawasan bencana itu diistiharkan dharurat.

sisipan akhbar
Bagi mereka yang tidak terbiasa dan tidak pernah mengalami sememangnya tidak akan dapat tahu betapa risaunya perasaan apabila berdepan dengan musibah sebegini,disaat sebegini keselamatan harta benda peribadi sudah tidak menjadi keutamaan lagi akan tetapi bertarung nyawa untuk menyelamat kan diri serta keluarga agar terselamat itu sudah dikira baik dan perlu lebih diutamakan. Pernah berdasarkan pengalaman sejak dari seusia kanak kanak saya sendiri telah hampir hampir lemas dihanyutkan arus air banjir, tatkala itu ayah Ngah yang juga bapa saudaraku sempat menyambarkan tangannya untuk menyelamat, sebarang Tayor diAir Putih adalah satu kawasan yang berdekatan dengan sungai Kemaman.Dalam usia 8 tahun aku diajar bagaimana untuk mendayung perahu.Kami berdua menyusuri sungai untuk kesebuah kampung lain setelah beberapa hari terperangkap didalam rumah yang mana disekelilingnya dipenuhi air bah bagaikan lautan yang luas.Tujuannya adalah untuk mendapat bantuan makanan yang sudah kehabisan.Ayah ngah memang mahir mengemudi sementara saya hanya mendayung mengikur arahannya,sekejap kesebelah kiri sekejap kesebelah kanan perahu aku mengalih tangan mengayuh mencari dan menyusuri ditempat arus yang tenang supaya tidak terlajak kearah arus yang deras dan laju disebelahannya iaitu dikawasan tengah tengah sungai,pun begitu didalam keadaan berhati hati tiba tiba perahu kami terlanggar sesuatu lalu senget, bedebum....saya jatuh keair dan terkapai kapai,mujurlah sepantas kilat ayah ngah sempat menyambar tangan menyelamatkan aku.Disungai inilah juga permulaan aku belajar berenang,dimusin kemarau pun airnya separas dada orang dewasa dan kerap juga aku bergayut memegang tangan beliau menyeberang sungai tanpa perahu . Itulah kegagahan  ayah ngah sementara keistimewaan lain yang dimilikinya ialah dapat mengtahui sekiranya akan ada tetamu atau saudara maranya yang jauh akan datang kerumah walhal diwaktu itu tidak ada pun alat perhubungan seperti telifon sebagaimana sekarang ini.Awal awal lagi dia akan tunggu diseberang sungai menunggu ketibaan mereka,Pelik....macamana dia tau eekkk...?  untuk kerumah kami mestilah menyeberang sungai terlebih dahalu,maka perahulah yang akan menjadi alat penganggkutan utama, jambatan pun belum terbina lagi.

Agaknya disebabkan dia mempunyai sedikit kepandaian menulis dan membaca maka difahamkan dia juga pernah dilantik sebagai ketua kampung dan menjadi tukang penyembelih lembu kerbau,jadi kerap juga saya dapat merasa makan daging lembu segar selain daripada itu dia juga seorang tenaga pengajar pengajian AlQur"an kepada budak budak kampung ini.Mak Ngah pula suri rumah sepenuh masa dan sering menghabiskan waktu dengan pergi memancing disegenap lubuk ikan terdekat.Tuhan tidak mengurniakan mereka anak cuma setelah dia khawin isteri yang kedua barulah diperolihi dua orang cahaya mata perempuan.Genap 2 tahun saya berhijrah lagi dari sini terus kenegeri Siam bersama keluarga angkat yang lain pula....(sebagaimana pernah saya ceritakan sebelum ini)

Olih kerana itulah saya pernah berperang mulut didalam mesyuarat MTD agar mereka yang terlibat dengan suasana banjir tidak dipandang rengan.sebabnya pengalaman lalu membuat saya teramat sensitif dengan keperitan mereka alami.
Bersambung....dengan perang jenama Sabasun vs Kedai runcit.....




Ahad, 1 Disember 2013

Bercakap dengan robot Astro

Salam hormat!
Sesiapa pun bolih naik meluat dan menyampah seandainya percakapan mahu pun sebarang pertanyaan yang mahu kita ajukan hanya dilayan dengan suara robot. Bukan senang hendak berurusan dengan pehak Astro dengan cara berkomunikasi secara atas talian ataupun melalui telefon, apa tidaknya...berbelit belit dan pelbagai arahan dari suara robot mengarahkan satu persatu memakan masa dan caj talian bukanya free tool pun, contohnya:
*kadar panggilan kami tinggi....
*untuk cepatkan sila tekan no dot....dot...dot....
*Untuk pertanyaan bayaran bil sila tekan no dot...dot...dot....
*Untuk produk dan perkhidmatan sila tekan no dot...dot...dot....
*Untuk penyambungan semula sila sms ke no dot...dot...dot...
 (itu hanya sebahagian sahaja daripada contoh suara robot)
Persoalannya diantara banyak banyak arahan itu kenapa tidak ada pula arahan cara bagaimana untuk menamatkan perkhidmatan? keduanya kenapa tidak ada peluang untuk kami bercakap dengan operator bertugas? pelik....kami mahu berkomunikasi secara dua hala dengan manusia bukannya dengan robot.

Satu hal lagi saya perhatikan peraturan yang dibuat olih pehak Astro agak berat sebelah, memanglah ada diantara pelangan tidak meneliti sepenuhnya isi perjanjian disemasa mula hendak melangan dahulu contohnya jika pelangan ada tunggakkan bil maka cepat cepat pula pehak Astro menghubungi untuk memaklumkan tetapi apa yang berlaku setelah bil dibayar? Selepas terima bayaran pehak Astro bolih pula duduk diam diam tanpa rujuk balik dengan pelangan sama ada mereka mahu meneruskan perkhidmatan atau mahu menamatkan langanan sebaliknya dibiarkan pelangan menghubungi sendiri,apabila pelangan hubungi maka akan terjadilah kerenah bercakap dengan robot sebagai mana saya nyatakan tadi, inilah yang dikatakan peraturan berat sebelah. Jadi hati hatilah.....

Tok ayah su-keluhan @ aduan....

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan