arkib

Sabtu, 10 Mei 2014

Wasiat pelik sebagai petanda...

Salam hormat!
sisipan akhbar SH
Pada mulanya saya rasakan mahu berehat buat seketika dari berterusan menulis blog kerana dek kesibukan masa, lebih lebih lagi kalau mahu menulis perkara perkara ilmiah sudah tentulah memerlukan lebih banyak lagi masa kerana terpaksa membuat sedikit semakan atau orang putih kata kena buat "homework" terlebih dahulu agar apa yang kita tulis itu berfakta dan realistik ,kalau main cincai cincai atau berlebih kurang sahaja, takut takut nanti penerbit mahu pun pembaca akan "reject" awal. Namun begitu barang reject masih bolih dijual tetapi harganya murahlah sedikit sebab mutunya sudah rosak. Olih itu iklan diTV kata "barang mahal tidak semesti baik dan barang baik tidak semestinya mahal". Saya bangkitkan perkara ini kerana ada pehak yang menawarkan untuk upah haji BADAL (untuk arwah) sehingga mencecah rm 4 ke 5 ribu walhal ada juga yang hanya menawarkan pekej sekadar dengan harga semurah rm 1.500 sahaja.Ketidak selaran harga ini bolih mencurigai bagi pehak orang ramai, apakah terdapat pehak yang sengaja mahu mengaut untung secara mudah dan berlebihan.  Begitulah juga dikhabarkan dengan pakej umrah, apa yang berlaku sebenarnya sehinggakan menurut cerita dari anak kepada arwah kakak saya dimana pakej umrah yang dijanjikan terpaksa ditunda beberapa kali yang mana hasrat beliau untuk pergi umrah tidak kesampaian sampai kehujung nyawa. Masaalah yang pertama dikatakan tarikh pemergian dibuat secara tergesa gesa yang hanya dalam tempoh masa 24jam segala gala persiapan perlu disiapkan dalam masa tersebut. Alahai....mereka itukan perempuan, faham faham sahajalah,orang perempuan ini lain sikit caranya, contoh mudah kita lihat apabila mereka hendak keluar rumah, maka puaslah sisuami menunggu masa mereka bersiap siap,nak berbedak bergincu dahulu, kena mekup dahulu sikit sikit,kalau sisuami tidak sabar dengan kerenah itu mahu sahaja ditinggalkan, pergi kamu seorang diri kepasar...misalnya, itulah dia tabiat naluri semula jadi orang perempuan. Inikan pulak hendak buat kerja besar, yakni nak pergi buat Umrah diMekah sudah tentu berlebih lebih lagilah mereka memerlukan masa untuk membuat segala macam persiapan terlebih dahulu, sepatutnya syarikat yang menawarkan pekej umrah itu kenalah perihatin sikit akan perkara sebegini.Bukan main sedap ikut masa sendiri, tidak mahu ikut masa pelangan.Itu belum lagi masuk bab kelulusan Visa dan bagai bagai lagi...

Disebabkan olih beberapa perkara yang disebutkan tadi, arwah kakak berserta dengan beberapa orang kenalannya yang turut sama mahu buat Umrah terpaksa membatalkan hasrat sehinggalah kesatu tarikh lain. Sementara  menunggu masa itu,pada bulan lepas beliau pergi bertandang kerumah salah seorang anak lelakinya di KL,anak lelakinya ini bertugas sebagai seorang tentera.Setelah agak puas disini,beliau turut meluahkan hasrat mahu menziarahi kerumah besan (emak mertua kepada anak lelakinya itu) diNegeri Kedah  kemudian katanya mahu turut sama pergi menziarahi kerumah saudara maranya yang berada diBukit Chores,S.P Kedah. Sehari sebelum pemergian keKedah beliu telah berpesan seolah olah berWasiat "kalau emak mati disana,tak usahlah dibawa balik keKelantan (asal Ketereh) semadikan sahaja diKedah". Pesanan atau wasiat ini telah memberi satu kejutan dan agak pelik sedikit buat anaknya.Pada pagi keesokan hari mahu hendak bertolak,sebelum itu secara tiba tiba dia mengadu sakit sakit lain macam kemudian terus rebah pengsan ,lalu bergegaslah anaknya membawa kehospital Tentera. Pehak hospital mendapati ada implikasi darah tinggi,jika dibedah risiko 50/50 bakal dihadapi,lalu bertahan dengan suntikan dan ubat ubatan untuk tempoh beberapa hari didalam hospital.Apakan daya kuasa Allah sebagai ketentuan,pada jam lebih kurang 4 pagi 9hb Mei 2014,Dihospital inilah beliau telah menghembuskan nafas terakhir dihadapan beberapa orang anak anaknya. Mengikuti jejak suaminya (abang iparku) yang juga telah pun kembali kerahmatullah pada bulan 11/2012 yang lalu.AlFatihah.....

Dari KL, arwah telah dibawa pulang keKelantan dengan ihsan kenderaan jenazah Angkatan Tentera, terdapat dikalangan orang kampung yang tercengan kehairanan bagaimana orang orang awam bolih mengunakan kenderaan kerajaan (tentera)? tanya mereka. Saya yang agak tahu serba sikit telah menerangkan bahawa sememangnya terdapat didalam borang tanggungan seorang tentera itu yang mencatatkan selain anak isteri, ibu bapa juga adalah pewaris yang bolih mendapat hak (ihsan) terutama soal soal kebajikan seperti kematian mahupun kos menerima rawatan.Jenazah telah selamat dikebumikan ditanah perkuburan islam berhampiran Makam Diraja Jembal Raja Abdullah (sejarah lama yang menarik patut diketahui)



tok ayah su-simpan wasiat anak buah dalam YouTube....

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan