arkib

Ahad, 29 Jun 2014

Kembali membina kasih...

Salam hormat!
Sisipan akhbar SH-Takziah dan alfatihah
Terdapat diantara saing sahabat dan juga pimpinan kita pada tahun lepas masih lagi dapat bersama sama disetiap bulan Ramadhan  namun pada tahun ini kelibat mereka sudah tidak kelihatan lagi, ada yang pergi menemui illahi meninggalkan kita buat selama lamanya.
Saya bukannya apa....kalaulah pemergian mereka itu disebab sakit tua atau sudah lama dalam keuzuran tidaklah sangat mengejutkan, akan tetapi apabila pemergiannya secara mengejut disebabkan kemalangan jalanraya makanya sedikit sebanyak bolih menghibakan perasaan.Itulah sebabnya saya sering berkata sekarang ini tatkala berada dijalanraya seumpamam seperti berada dimedan perang.Apa tidaknya mereka yang dijolokkan dengan geraran HERO jalanraya pun tidak terlepas dari turut terlibat alami kemalangan juga.Baru sahaja selepas beberapa hari kemalangan melibatkan Dato" Abu Bakar Chik tiba tiba pada hari Jumaat kelmarin dulu seorang anggota dari pasukan yang menjalankan tugas rondaan dilebuhraya pun turut maut kemalangan sama.Ini sudah pasti statistik kematian melibatkan kemalangan jalanraya paling kedua tertinggi berbanding dengan kematian disebabkan sakit yang biasa biasa.Ini sudah tentu membimbangkan kita semua.

Kerana itulah juga saya pernah mencadangkan supaya intitiusi masjid turut sama memainkan peranan mendidik masyarakat supaya berhati hati dijalanraya,tek khutbah Jumaat juga mesti turut sama mengingatkan orang ramai demi untuk mematuhi slogan "pandu cermat jiwa selamat".Langkah saman menyaman cara ambil gambar pesalah jalanraya termasuk saman melebihi had laju tidak semestinya bolih menurunkan kadar kemalangan.Olih itu bagi mengelak bahaya pemanduan yang tidak berhemah perlu diingatkan setiap masa bukan sahaja melalui kempen dimedia massa malah kena turut sama diwar warkan dimasjid masjid.Mungkin ada sesetengah daripada kita (orang islam) tidak tahu pun akan adanya ayat ayat doa untuk memandu samada kenderaan darat.laut dan juga udara.

Bila menyentuh intiusi masjid ini saya ingin mengallih sedikit perhatian kepada peristiwa semasa yang berlaku dikampung saya.Seperti biasa dimana mana masjid pun turut sama akan mengada beberapa program sempena menyambut bulan ramadhan almubarak. Satu mesyuarat dikalangan pegawai masjid telah diadakan, beberapa pengumuman telah dibuat dimana terdapat beberapa orang penceramah undangan termasuk lawatan olih pesuruhjaya dari Jabatan Agama juga akan bertandang.Majlis jamuan berbuaka puasa perdana dikalangan ahli qariah juga dijangka akan diadakan mengikut tarikh tarikh yang akan ditetapkan kemudian nanti.Cumanya yang agak terkilan sedikit apabila sejak kampung ini mempunyai dua masjid maka masjid lama seolah olah dipinggirkan,difahamkan sudah dua tahun masjid lama telah tidak mendapat peruntukan terutama untuk buat majlis moreh dan juga majlis berbuka puasa.

Pada beberapa malam lalu sebelum melelapkan mata saya mendengar celoteh dari penceramah dari corong radio IKIM,yang menarik perhatian saya ialah katanya bulan ramadhan seumpama kekasih,bagaimana
sisipan akhbar SH
rindunya kita kepada kekasih maka diharapkan betapa rindunya juga kita untuk bertemu dengan Ramadhan. Jadikan Ramadhan yakni kekasih kita sebagai tetamu istimewa yang mesti dilayani sepenuh hati.Kini semasa tulisan ini ditulis kekasih kita telah pun tiba.Jadi jagalah hati kekasih kita itu supaya ianya tidak akan kecewa dengan sikap kita yang tidak sepatutnya.Sikap yang bagaimana? difahamkan kecurian motorsikal dan juga pecah kereta semasa jamaah bersolat juga turut berlaku, dan kedai makan juga ada yg masih menyediakan kemudahan nyayian berKaroke, itulah sikap yang tidak sepatutunya... subhanaallah....WALHUAKLAM
Tok ayah su-Ucap takziah kpd keluarga terlibat dan salam Ramalan Al:Mubarak.... 

Jumaat, 20 Jun 2014

ASAS episod baru (2)

sisipan berita akhbar SH
Salam hormat!
Semenjak dua menjak ni saya asyik dok belek belek laman facebook sehingga pengisian blog tidak terusik,lama tidak dikemas kini.Apa yang menarik perhatian saya ialah apabila melihat terdapat dikalangan rakan rakan veteren senior (bekas tentera) sudah ada akaun facebook sendiri, kerana itulah timbul minat saya untuk memerhati, meneliti serta membuat sedikit analisa, apakah yang mereka tulis dan poskan untuk berkomunakasi diantara sesama sendiri.Kalau tinggal dekat dekat sudah tentulah diwarung warung atau restoran menjadikan tempat mereka bertemu muka akan tetapi sejak akhir akhir ini sudah ada trend baru pulak, facebook pula menjadi tempat mereka bersembang sembang,nampak gayanya facebook kini menjadi parlimen tidak resmi buat mereka,malahan telah bolih menjadikan ruang untuk mereka menjejaki rakan rakan lama yang mana telah berpuloh tahun sudah terputus hubungan tidak bertemu.Tidak kurang juga ada yang bertanya khabar dan mengirim khabar rakan rakan lain lain yang tidak dapat berkomukasi,macam macam kesah nasib diri selepas bersara serta suka dan duka dapat diceritakan secara tak langsung.

 Buat mereka yang menjadi ahli persatuan serta aktif menghadirkan diri didalam anjuran aktiviti persatuan sudah tentu mudah kerap dapat bertemu.Kebaikan disebalik berpersatuan ini bolih ditafsir ada 2 keadaan iaitu kebaikan dan keburukannya.Diantara keburukannya apabila persatuan telah terpesong arah dengan membawa egenda egenda politik contohnya dengan memburuk buruk parti parti politik tertentu disamping melobikan individu tertentu untuk diangkat mengambil tempat menjadi calon kepimpinanan parti.Dimasa yang sama sepatutnya perkara yang bolih memberi kebaikan kepada ahli ahli diperjuangkan bukan diabaikan, sebab apa jadi begitu?sebabnya ahli mudah terlena dengan ulekan dodoi sidodoi sipolitiking Itulah yang dapat saya perhati, Matlamat dan objektif persatuan bolih hanyut dengan hanya sekadar untuk datang bertemu mata dan menjamah juadah yang dihidangkan, kemudian jumpa lagi ditahun hadapan, begitulah seterusnya yang berlaku berulang ulang sehingga nyawa hilang dikandung badan.

Sebenarnya ahli persatuan bolih berganding bahu sesama sendiri,itulah antara kebaikannya, bab kata idea dari seorang ahli katanya mudah sahaja caranya untuk menolong sesama sendiri,bayangkan dengan ahli seramai 50 ribu orang jika pakat pakat dikumpulkan sebanyak RM 10 seorang setiap bulan ianya sudah berjumlah rm500.000 terkumpul. Tabungan ini pakai konsep ala "main kutu" sebagaimana dilakukan olih suri rumah dikampung kampung pun sudah memadai. Kalau sudah mempunyai keuwangan sendiri, ini bererti bukan setakat bolih berbakti sesama ahli untuk memulakan perniagaan malah kepada masyarakat lain diluar sana juga. Jika ditubuhkan koperasi pun ada masaalah juga sebabnya terdapat dikalangan ahli yang tidak ada kemahiran dan kepakaran untuk menguruskannya, ini diakui sendiri olih bekas Ketua Cawangan, katanya pernah sebelum ini koperasi ditubuhkan tetapi lingkup tak berkubur.Maka olih kerana itulah persatuan terpaksa bergantung harap dengan tokoh tokoh politik, jadi jangan hairanlah jika sampai bila bila pun bekas tentera hanya dipandang layak menjadi macai berkerja sebagai kuli kuli menjadi JAGA dan kurang dihormati.

Eh...eh...eh...sedar tak sedar nampak gayanya tulisan saya ini pun sudah melencong dan lari tajuk,
bersambung.....

Sambungan-  Nampaknya saya terpaksa tutup topik buat sementara sebab masih ada lagi perkara yang nak saya luahkan berkenaan hal ehwal veteren ini,jika diperhatikan sekali imbas nampak seoalah olah seperti saya mahu mengajak rakan rakan ahli veteren membenci atau anti dengan membelakangkan pimpinan/tokoh politik, tetapi sebenar tidak, bukan itu niat saya,kalau bolih saya mahu mengajak ahli untuk beriktiar secara sendiri dahulu, kemudian barulah mohon pertolongan, agama pun menyarankan begitu,disuruhnya kita berbuat sesuatu terlebih dahulu barulah mohon pertolongan dengan susulan doa,olih kerana itu saya bukan cakap kosong,pernah saya membuat satu kertas kerja untuk menerangkan plant perancangan.Tetapi itulah seperti saya katakan tadi,olih kerana menteliti lama masih membeku dan tidak mahu berubah untuk membuat anjakan paradigma, tetap mahu meneruskan tradisisi lama dengan menadah Tabung Rayuan Hari Pahlawan atau meminta minta belas ehsan dari ADUN maka dengan itu masalahnya akan balik semula kepada ahli khasnya dan juga kepada orang awam yang lain juga amnya.Bagaimana?
sisipan akhbar SH
Adun mahu pun pimpinan tidak semuanya ada ladang lembu dan kalau ada pun bukannya mereka hendak jaga hati bekas tentera semata mata, banyak perkara dan banyak pehak lain yang mereka perlu biayai. Jadi untuk mendapatkan dana tambahan takkan mereka hendak meminjam dari ceti atau jual kandang lembu,maka mahu tidak mahu pimpinan yang ada kuasa itu sudah tentu mengubalkan satu dasar yang bolih untuk mengambil cukai dari rakyat sebabnya apa? sebab untuk memenuhi keperluan yang kita minta tadi. Rakyat itu siapa puala? kita semualah juga....jadi balik terpikul beban olih kita juga.  bersambung.....
imbasan lalu...
Imbasan draf kerja berkaitan (contoh)

Rabu, 4 Jun 2014

ASAS episod baru....

sisipan akhbar SH dan lakaran 
Salam hormat!
Qululinap sin za ikatul mautt (setiap yang hidup pasti akan mati) samaada pemergiannya itu masih didalam usia muda atau tua adalah diatas kekuasaan Allah jua,sekira sudah sampai masanya tidak akan dipercepat atau dilewatkan walaupun sesaat.Berbahagialah kepada mereka yang dapat mengumpulkan bekalan  yakni amalan baik disemasa hayatnya didunia akan tetapi celakalah kehidupan diakhiratnya kelak seandainya bekalan yang dibawa itu tidak dapat mencukupi untuk menampung keperluan disana nanti.Tidak bermakna jika kaya harta didunia akan tetapi bankrap amalan diakhirat.Seperti mana kata penceramah didalam majlis israk mikraj "jika didunia bolih dipakai pakej pakej, nak naik haji nak pergi tunai umrah malah nak buat urusan pengkebumian jenazah pun bolih dipekejkan kepada orang yang tahu, akan tetapi apabila disana (akhirat) nanti sudah tidak sesiapa yang dapat membantu melainkan hanyalah bekalan amalan yang kita bawa semasa didunia duhulu" kata penceramah yang sempat saya dengar dimasjid pada minggu lalu.

Saya bangkitkan soal ini adalah semata mata untuk merasa syukur kerana masih lagi diberi nikmat sihat tubuh badan, masih lagi diberi kekuatan untuk aktif menjalankan aktiviti ataupun kerja kerja harian miskipun impian dan perjuangan belum selesai....saya sedikit sayu apabila melihat dan mendengar rintihan anak bongsu kepada kakak saya yang baru meninggal baru baru ini, katanya dia baru sahaja kandungkan anak sulung tetapi sayang anak sulungnya yang bakal lahir itu nanti tidak sempat dilihat olih neneknya (kakak saya).
Itulah sebabnya saya bersyukur sebabnya jika diberikan masa masih lagi panjang umur maka saya akan dapat melihat generasi demi generasi bermula daripada zaman datuknenek kemudian ibubapa saya, generasi anak saya dan juga anak anak saudara yang umurnya hampir sebaya dengan anak anak saya sendiri, seterusnya kegenerasi cucu cicit jika diizinkannya, ini bermakna generasi ke4 ataupun ke5.

Cumanya yang agak terkilan ialah apabila berlakunya keretakan hubungan dikalangan anak beranak ini apabila tatkala urusan pesaka peningalan arwah tidak dapat dibereskan dalam masa yang cepat, contohnya jika terdapat sebidang tanah peninggalan walaupun luasnya hanya sekangkang kera namun tidak bolih dibuat mudah, main ikut pakai kehendak sendiri, ianya perlu diagih dan dibahagi bahagikan mengikut hukum agama (faraik) atau pakatan keluarga. Disinilah punca masaallahnya apabila pehak kerajaan atau pun pejabat tanah juga mengenakan kos yang agak tinggi terutama untuk membuat pecahan lot lot dan sebagainya.Didalam ramai ramai saudara yang ada itu terdapat juga yang mampu dan tidak mampu untuk pakat pakat keluarkan modal, apabila timbul masaallah sebegini sudah tentu masaallahnya akan jadi sukar untuk diselesaikan dengan segera malah bolih meleret jadi bertingkat tingkat apabila terdapat kes kematian terbaharu yang melibatkan orang yang berhak kepada pesaka berkenaan.Sebab itu didalam sesetengan kes ada juga yang mahu mengambil jalan mudah dengan menjualkan sahaja eset tersebut kemudian diagihkan dengan wang ringgit. Dalam jangka pendek langkah itu memang dilihat cara penyelesaian terbaik namun untuk jangka masa panjang, apa yang tinggal untuk generasi seterusnya? generasi hari ini akan dipersalahkan jika kehidupan mereka kelak hidup merempat dan bergeladangan dikaki lima tanpa rumah dan tanpa tanah sendiri.
bersambung....

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan