arkib

Selasa, 30 September 2014

Jangan cabar Saari...

Salam hormat!
sisipan akhbar SH
Aku panggil dia Saari Komando, tapi bagi kawan kawan yang lain mengelar pada dia Saari Tawil, agaknya kerana raut wajah dia saling tak tumpah ada persamaan wajah pelakon yang memegang watak Si Tawil didalam filem Darah Satria arahan siAbg Badol.
Tetapi aku ada sebab tersendiri memanggilnya Saari komando, antara sebabnya aku lihat banyak tingkah lakunya sedikit gedebe gila gila,bukan setakat dengan anggota biasa yang sama "rank" sahaja dia bolih jadi tiba tiba naik angin malah dengan pegawai atasan juga dia bolih jadi panas baran seandainya terdapat perkara yang kurang disenanginya.Adat didalam setiap pekerjaan sudah pasti adakalanya terdapat selisih faham,cumanya terpulang kepada setiap individu itu sejauh mana dia dapat mengawal perasaan imarahnya,bagi yang tidak tahan atau yang bertelinga nipis sudah tentu akan jadi cepat melenting.Banyak kesah kesah lama yang diceritakan tentang perihal pergaulannya yang telah mencetuskan kekecohan,"aku bukan pembodek, semuanya nak "yes sir"kalau nak nilai aku lihatlah pada prestasi pekerjaan yang aku buat, bukannya kerana kipas sana ampu sini" ceritanya pada suatu hari.

Baru baru ini saya ketemu dia dan bersembang sembang lagi, antara topik perbualan kami sudah tentu tak lari dari mengimbas kembali kehidupan lama semasa didalam perkhidmatan tentera dahulu selain daripada bertanya khabar perkembangan terbaharu beliau. Dah diketahui sikapnya begitu jadi saya kenalah berhati hati supaya tidak terlepas cakap yang bolih melintang angin dia."berani mu Saari..." saya memulakan 'jack' sikit sikit. "berani gapo? tanya dia balik (dalam loghat bahasa kelate) "aku ingat jadi perang besar dah antara mu dengan ChiefClark Hambali....mu ingat dok?" tanya saya padanya tentang satu siri kejadian perang mulut yang pernah saya saksikan sendiri."ooo...pasal tu"dia jawab sambil tersenyum semacam dia sudah ingat dan terbayang kembali kenangan lamanya itu dulu.
sisipan akbar dan rujukan pendapat
"yo lah....tok soh kirolah hok dulu tu...lo ni ore tok malu doh dengan ore gedebe...tebeng dok tunjuk berani lebih lebih....orang pulau kito lagi adolah' satu hujah berbentuk nasihat darinya.Namun begitu sempat juga dia buat ayo (kelakar) dengan ayat tambahannya "zaman la ni orang akan malu alah kalau "anu'nya tegang dan bolih besar kecik....tidak lembik....kah...kah...kah...."dia ketawa kecil "kita ni kan dah veteren...sudah berumur....nafsu saja kuat tapi tenaganya tak dak" saya cuba keluarkan pendapat untuk mendapat tahu apakah reaksinya. Biasalah....dengan sikapnya yang tidak suka mudah mengalah lalu dia memberi respon "itulah mu... lain kali kena pandai pandailah jaga badan, buat macam aku ni haa...tak pernah miss pergi masaj dan berurut, jangan kita orang lelaki sahaja,pastikan orang perempuan juga kena jaga badan...kalau mu nak tahu... gaji pencen aku hampir seratus peratus aku bagi pada isteri untuk dia jaga diri" dia berhujah sokongan.

 Aku tumpang gembira dengan kawan aku yang seorang ini kerana telah menjadi seorang tokoh korperat berjaya sehinggakan duit pencennya tidak diusik lagi, hanya cuma untuk dibajetkan buat isterinya membeli alatan penjagaan badan (wanita)....wow....dirinya sendiri pun poketnya juga sentiasa penuh, maka apa nak dihairankan.Tapi dia tidaklah lokek....saya ada pengalaman benar tentang itu...sebab itu saya tak berani nak cabar dia....bersambung....

Ahad, 21 September 2014

DiKale Kubor lahirnya cinta (2)

Salam hormat !
sisipan akhbar SH
Dua hari yang lalu dimajlis khawin saya duduk makan bersebelahan dengan seseorang yang suka berceloteh dan cakap banyak,saya tak kenal pun siapa dia dan begitulah sebaliknya.Olih kerana itu saya tak menyampuk sebaliknya mendengar sahaja percakapannya,bermula dari topik 2 pesawat MAS yang jatuh dan hilang hinggalah dia bercerita tentang kerjayanya yang dikatakan agak stress (tertekan) "nak penuhkan ruang atau kolum bukannya kerja senang,tidak seperti nak penuhkan korum mesyuarat...itu senang....panggil orang orang berkepentingan kemudian sediakan sedikit imbuhan, maka bolih penuhhlah bilik mesyuarat,tetapi jika setiap hari nak penuhkan setiap kolum supaya setiap muka suratnya penuh dengan berita bukan satu kerja mudah" Pak Cik disebelahnya tiba tiba menyampuk dan bertanya " awang ni kerja dimana dan kerja apa?"ooo....saya kerja dengan syarikat surat khabar".
Kah... kah... kah.... dalam hati aku berkata ini sahlah dia itu seorang wartawan, patutlah kadangkala aku lihat surat khabar terpaksa memenuhkan kolum dengan mengisi beberapa muka penuh hanya dengan iklan iklan, rupa rupanya nak penuh kolum pada setiap edisi pada hari hari tersebut,sebab itulah juga agaknya pelangan lain jemu nak melanggan, melainkan aku saja yang gila tidak pernah mis membeli, tak serik serik walaupun terpaksa membeli iklan.....keh....keh....keh....(batuk pakej)
sisipan akhbar SH

Bercakap pasal stress ni aku pernah terbaca selain daripada wartawan,pasukan keselamatan seperti polis dan tentera juga termasuk didalam 10 senarai kerjaya yang sentiasa tertekan perasaan semasa kerja.Cuma mungkin tahapnya berbeza bagi sesetengah orang, bergantung kepada cara individu itu menanganinya. Soal sama ada dia seorang berpangkat atau pun tidak masaallahnya sedikit sebanyak tetap ada.Ini jelas saya lihat terpancar akan kerekter pegawai muda Kapt Nordin yang saya sebut pada siri pertama dulu.Aku yang masih bujang pada ketika itu selamba saja dengan lagak "happy go lucky" namun dia yang juga pada masa itu masih bujang dan tinggal diMess agak tidak senang hati. Masa "time" kerja nampak benar dia begitu serius tak bolih main main tetapi selepas waktu kerja sekala sekala dia jemput aku membonceng motorsikal scramlernya keluar ronda ronda. Pada suatu hari ketika minum minum aku cuba bertanya. "kenapa ajak saya jalan jalan dengan tuan sedangkan ramai lagi pegawai diMess tu,apasal tidak berkawan dengan meraka". tanya saya. "mereka itu kebanyakannya senior,suka sangat membuli aku...tak tahan" kah...kah...kah....bocor rahsia dah. "ooo...patutlah...saya jadi mangsa,nak balas dendam pada mereka....buli saya pulak" saya cuba menyangkak...Itulah keistimewaan tuan Nordin ni, dia bolih tukar kerekter, bolih diacu acah,bolih berlawak tetapi pada masa lain bolih jadi cukup serius gila, kalau nak melawak pun kena tengok mood dia dulu, jika selepas minum air kegemaran dia kira ok lah....air apa eekkk? ayaq nyor muda isi beringus... keh... keh... keh.... dolu dolu mana air nyor pakai jual dikaki lima seperti sekarang, selepas Datuk Sanusi Jonid menteri Pertanian buat kempen barulah ada dalam pasaran, masih ingatkah anda jasa bekas Menteri  itu? kerana payah nak dapatkan air kelapa mudalah maka saya sering dijak jalan jalan masuk kampung mencari nyor yang fress dipokok, tak tahulah pulak kot kot dia ada niat lain, sambil menyelam sambil minum air kata orang nak intai intai anak daro, maklumlah kami duo duo masih bujang trang tang tang.
sisipan akhbar SH
 Sambil minum minum disebuah restoran kami bersembang sembang lagi "dengar khabar kamu buat rekod".Tanya tuan Nordin."rekod apa tuan? tanya saya. "rekod kejar keretapi.... kah....kah...kah....' giliran tuan Nordin pulak gelakkan aku."cuba cerita sikit saya nak dengar"sambungnya.

"ooo...panjang ceritanya tuannn....pendek kata pada hari tu tiada kereta lain yang berada dihadapan saya, semuanya saya ciluk...potong habis....kereta kecik kereta besar lori kecik lori besar kereta murah kereta mewah semuanya makan asap dibelakang saya. Bukan saya berlumba tuan...tapi...nak kejar masa...kalau truck saya ada siren mudahlah jalan...itu bukanya lebuhraya empat lorong tapi jalan 2 lorong biasa saja sebab itu bukannya senang malahan bukanya dekat beratus kilometer jauhnya.... bla.... bla.... bla.... saya bercerita "dah tu masa kamu jalan balik katanya truck kamu rosak, betul ke, apa rosaknya? tanya tuan Nordin yang menampakan dia agak begitu serius ingin tahu. " ya...betul....rosak....habis clucth' saya cuba menerangkan."Habis clucth ke habis minyak?" tanya dia inginkan kepastian. "kalau habis minyak injinnya tak hidup,sedangkan ini injinnya hidup apabila dipress injin keretanya berdauumm tapi tak mahu jalan"jawab saya. "habis tu kamu buat macam mana" tanya dia lagi.....

"buat macammana lagi tuan...saya jadi supermanlah....angkat truck tu buat terbang balik" aku cuba buat lawak bodoh""iss...iss....dahsyatnya kau ya....tapi nampak benor nipunyo...cuba kau cerita betul betul' desak tuan nordin lagi."kah... kah... kah.... maafkan saya tuann, itu saya melawak saja,  sebenarnya saya agak bernasib juga sebab terjumpa dengan saudara sepupu yang melalui jalan itu,jadi saya tumpanglah motorsikal dia pergi cari publicfon, kiranya dapatlah saya talipon ke incharge Kpl Mat Gedut (dah arwah) puas juga saya menunggu seorang diri tengah tengah sawah padi dikiri kanan jalan itu.dari waktu asar bawa kepukul hampir 10 malam,dah bercupak darah saya dihisap olih nyamuk malahan perut juga bernyanyi keroncong barulah tiba bantuan.Jikalah saya ini perempuan agaknya sudah ada lelaki yang cuba datang nak merogol.....keh...keh....keh.....
sisipan akhbar SH

"ooo....memang betullah...kamu agak bernasib baik,jikalaulah kerosakkan itu berlaku semasa dalam perjalanan pergi hala keKuala Krai sudah tentu lagi bermasaallah....olih kerana kamu berjaya mencipta rekod....nah ambil kunci motor aku ni"tambah tuan Nordin,Aku sangka tuan Nordin mahu aku tunggang bawa motornya balik Kem."esok kita pergi ke JPJ tukar nama sebab aku nak hadiahkan motor ini pada kau" tambah tuan Nordin lagi.Aku jadi kaget dan agak terkejut "apa hal ni....tuan dah buang tebiat ke....jangan main main gitu tuan" tanya saya bercampur kehairanan."dak eehhh....bukan main main....ini betul betul"katanya. "betull??jadi....."belum sempat aku meneruskan cakap dia mencelah " macam ni....saya dah kena bertukar ketempat lain jadi rasanya malaslah aku nak bawa motor ini bersama....kau bayarlah pada saya harga murah murah saja pun jadilah"beliau menerangkan.

Alahai....lagi sekali pucuk dicita ulam mendatang....dalam hati sangat gembira sebab sudah bertahun aku berangan nak pakai motor namun dimasa yang sama terasa juga kesedihan kerana terpaksa berpisah dengan Khalid Ibarahim....oopppp silap taip nama mantan MB Selangor pulakkkk....terpaksa berpisah dengan Tuan Nordin.
sisipan akhbar

kesimpulannya segala cerita cerita diatas adalah asam garam dan ragam kehidupan dari pengalaman sebenar saya diawal perkhidmatan tentera dahulu namun tidak dinafikan terdapat sedikit sebanyak tokok tambah sebagai penambah perisa....wassalam.

Tok ayah su-selamat memilih pemimpin kepada pengundi diDUN Pengkalan Kubor....

Isnin, 15 September 2014

Dikale Kubor lahirnya cinta....

Salam hormat!

"kamu kena bawa senjata....drow pistol untuk saya sekali" perintah Tuan Nordin,."Tak kan nak pergi bayar gaji pun kena bawa bedil jugak tuan" aku cuba persoalkan. Jangan banyak cakap...kita nak keBank ambil duit dulu lepas tu sekali jalan pergi kePkalan Kubor" sergah Tuan Nordin.Pada hari itu tuan Nordin selaku Pegawai Bertugas telah diamanahkan olih pasukan untuk pergi membayar gaji kepada beberapa orang anggota yang sakit (OKU) di Pasir Pekan, Pasir Tumboh dan lain lain tempat sehinggalah kePengkalan Kubor.Ada yang sakit terlantar dan ada yang berkerusi roda.

Begitulah rutin tugas aku tatkala semasa diawal awal baru setahun jagong merasa berkhidmat didalam pasukan tentera. Aku bermula dengan hanya menjadi seorang pemandu sekaligus menjadi orang suruhan, mengikut sahaja apa yang diperintahkan.Bermula dari bawah dengan hanya berpangkat Prebet.Tapi sedikit demi sedikit aku menjadi seronok dengan tugasan dek kerana sesuai dengan jiwa aku yang suka merantau atau suka melihat lihat tempat orang,tidaklah hanya terperap didalam kem sepanjang masa macam kerani pejabat.Apa malu ke jadi pilot? pen jenama Pilot mahal harganya....kah...kah...kah....

Setelah selesai urusan diBank,kami bertolak dari satu lokasi kesatu lokasi kemudian sampailah disalah sebuah kampung yang berada didaerah Pengkalan kubor.Apabila melalui sebuah jalan berlorong kecil saya terpaksa memperlahan kenderaan kerana bimbang terlanggar haiwan ternakan yang berkeliaran."tenggok tu....punyalah jinak, terkedek kedek berjalan,gemuk gemuk berisi' tunjuk tuan Nordin."binatang apa tu tuan....macam kambing je? aku cuba mengkembara duga tuan Nordin. "Huhhh...kamu ni...kambing dengan babi pun tak kenal? sergah tuan Nordin. "Kah...kah...kah....aku tergelak perlahan" takut kena disergah lagi.
sisipan akhbar SH

Sebenar benar iklas aku katakan sesungguhnya itulah pengalaman kali pertama aku melihat babi jinak yang dilepasken berkeliaran seumpama orang kampung memelihara kambing.Satu pengalaman  yang tidak akan aku lupakan sampai bila bila."ini kawasan perkampungan etnik berbangsa Siam" tambah seorang lagi rakan sejawat yang turut serta.Jika diperhatikan gaya pemakaian berkain sarung pelikat dan ada juga berkain batik,lelaki perempuannya kelihatan rupa parasnya tidak jauh beza dengan orang Melayu,cuma dari dialek percakapannya agak pelat pelat Siam sikit,itu sahaja.Jadi kawanan babi babi itu adalah merupakan haiwan ternakan peliharaan mereka.Mungkin tidak terjumpa ditempat lain tapi disini semuanya ado....

Sesampai sahaja ditempat yang dituju,sementara tuan Nordin naik kerumah anggota, saya meminta izin untuk kekedai berhampiran. Dengan senjata M16 bersilang dibadan saya memasuki kedai, beberapa pasang mata orang kampung dok perhatikan saya, kenapa eekkk? apakah mereka merasakan satu makluk asing telah masuk kampung atau mereka kagum melihat seorang askar dengan  megah dan segak bersenjata...ewahhh....dengan tersenyum saya melangkah masuk kekaunter kedai. "Pak Cik ...bagi saya rokok jenama xxxxx itu sekotak" sambil menunjukkan jari dirak simpanan rokok. "awey nok hok mano? hok lek siam pun ado,tapi jenamanya samo jah" tanya pok tuan kedai itu. "Aiikkkk... lagu mano pulak, ado dua jenis,hok ori Mlaysia dan hok belah siam? aku rasa agak pelik dan kehairanan. Tak tahulah aku samada rokok itu dijual secara sah atau diseludup. "lagu ni lah...beri ambo dua dua sekali....satu hok sini dan satu hak sano" pinta saya.Sebenarnya dulu dulu aku memang perokok tegar sebab itulah aku nak cuba acu try test rokok siam lagu mano raso.Tapi lo ni aku kurang dah sikit merokok, cuma sekali sekalo lepas gian hisap rokok gulung daun nipah....kah...kah...kah....
Bebalik raso rokok Siam tadi walupun jenama sama tetapi rasonya tak serupa, lecah leweh, tawar hebe kurang kick (pinjam kata rakan sejawat) itulah hebatnya orang siam, bukan setakat rokok sahaja, pakaian, kereta dan lain lain mereka kreatif  BOLIH CIPLAK,jual balik dengan harga lebih murah berbanding hak ori....itu cerita dulu dululah, sekarang ni tak tahu lak pulak saya.Pun begitu jangan dilupa beras Siam memang BEST....

Habis tu yang aku dok tulis pasal topik cinta cintan ni apa hal? apakah cinta dengan babi babi yang ada diKale Kubor tu? ooo....tidak....sebenar aku dan mula jatuh cinta dengan kerjaya askar, yang mana dulunya sebelum itu aku hanya sekadar nak cuba cuba dan rasa was was,bolihkah aku bertahan....tapi bab kata orang "tak kenal maka tak cinta",disinilah aku mula kenal betapa kebajikan anggota tentera tetap terbela nasib mereka meskipin sudah kurang upaya.

Antara peristiwa lain yang tidak dapat aku lupakan ialah apabila dimana pada suatu hari aku ditugaskan membawa seorang anggota cacat (berkerusi roda) kesebuah stesyen kereta api Wakaf Baru untuk membolihkan beliau pergi keKuala Lumpur bagi tujuan pemeriksaan kesihatan disana, entah bagaimana kenderaan kami terlewat sampai,sesampai distesyen, kami diberitahu keretaapi berkenaan telah pun baru beberap minit berlepas, saya segera menalipon kePasukan untuk memaklumkan hal berkenaan namun pasukan mengarahkan agar saya mengejar kereta api tersebut mengikut jalan darat dari kota Bharu terus kestesyen Kuala Krai....puyo...pucuk dicita ulam mendatang...aku yang tengah baru dok gila stering, lalu tanpa berlengah terus memecut kenderaan laju macam jet, tanpa menghiraukan keselamatan diri cuma didalam kepala mahu cepat sampai sebelum tibanya kereta api itu. Alhamdulillah....berkat doa anggota OKU kami sampai keStesyen kereta api Kuala Krai tepat pada masanya, dengan memimpin beliau sehingga masuk duduk kekerusi dalam kerata api.... puuhhh beres...lega rasa hati......setelah selesai, baliklah saya seorang diri semula kembali kekem diK.Bharu, akan tetapi malangnya sampai dipertengahan jalan berhampiran kg Kemuning kenderaan saya itu meragam, tak bolih jalan lagi...habis Clucth...dapat malu lah pulak sikit dengan orang kampung sendiri...keh....keh....keh....
sisipan akhbar SH

Bernasib baik? ya...betul...saya agak bernasib baik pada hari itu,pertama kerana sempat menjalankan tugas membantu anggota lain yang kurang upaya, keduanya kerana tidak terlibat dengan sebarang kemalangan miski pun memandu agak laju, walaupun didalam perjalanan pulang kenderaan mengalami kerosakan saya juga tetap rasa masih bernasib baik kerana secara kebetulan lokasinya yang tepat berhampiran dengan kampung kelahiran saya.   Bersambung....

Isnin, 1 September 2014

Tarbiah merdeka 3suku (2)

Salam hormat!
Dalam siri pertama mungkin ada pembaca merasakan bahawa saya lebih cenderong mengajak orang ramai sama sama meraikan hari kemerdekaan dengan memegang atau memasang bendera (jalur gemilang) masing masing  mengikut cara kesukaan sendiri asalkan berkesesuaian dan beradab, betullah begitu...sememang itulah juga harapan saya, sebab itulah juga saya pernah tanya kepada seorang rakan "kenapa engkau tak pasang bendera"? tetapi malang jawapannya agak nagatif "buat apa nak pasang pasang,bukannya dapat apa pun,lainlah kalau diberi upah". alahai....memang parahlah kalau sudah sampai ketahap itu mindanya.Agak sukarlah nak ditarbiah agar ada semangat patriotik tersemat didada, kalau semua kerja yang hendak dibuat mesti ada bersyarat, kena ada habuan atau pun bayaran terlebih dahulu, nak berbuat kerja secara sukarela....huhh....jauh panggang dari apilah nampaknya.

imej copypaste dari FB rakan
Merdeka mengikut perspektif bagi sesetengah orang terlalu banyak tafsiranya.ada yang mengaitkan dengan kebebasan bergerak, maksudnya tidak perlu takut kepada apa apa khususnya soal keselamatan diri,misalnya selamat dari kejala jenayah,sifar rasuah, ancaman ragut,rogol,pencuri perompak, penyamun, penculik dan bagai bagai lagi yang mengerunkan orang ramai serta mengugat dari rasa kurang aman dan tidak tenteram.  Olih kerana kejadian kejadian tersebut walaupun tidak diingini namun kini sering kali dilihat berlaku makanya dalam kes kes tertentu ianya dirasakan bolih menganggu kerukunan kedamaian hidup.


Didalam masa yang sama dicelah celah kerja menangani sudah tentu ada pehak yang mahu menjadikannya sebagai isu, menangguk diair yang keruh untuk dijadikan modal bagi hentam menghentam terutamanya diatas pentas politik sudah menjadi lumrah.Kita pernah mendengar orang politik berceramah "undang undang kerajaan UBN yang sedia ada tidak akan dapat menjamin keamanan melainkan setelah dikuat kuasa atau ditukar dengan hukuman hudud' (contoh sebahagian dari ucapan).

Pun begitu terdapat juga komen komen yang nagatif misalnya "hukum hudud tidak mudah untuk dilaksanakan,contohnya jika seseorang pencuri itu tidak akan bolih dihukum saja saja begitu, pun begitu tidak juga bolih disabitkan kesalahan seandainya ia mencuri diatas desakan hidup seperti kemiskinan termasuklah juga seorang pelacur dikatakan bolih melakuakan kerja mungkar dengan memberi alasan dharurah disebabkan kedaifan hidup.Wallahhuaklam....saya tak mahu bagi fatwa.
sisipan akhbar SH

Betullah bagai dikata "kemiskinan itu lebih dekat dengan kekufuran" (baca; kafirun) olih yang demikian kita mengharapkan kerajaan fikirkan bersama bagaimana didalam pembentangan bajet tahunan mahu jarak dikalangan golongan miskin kaya tidak begitu jauh ketinggalan. Sebagaimana egenda parti PAS mahu mengutamakan "kebajikan rakyat". Maknanya kesejahteraan rakyat perlu diutamakan.Tidak wajib melakukan perkara wajib (hudud) melainkan dibuat perkara wajib terlebih dahulu,  bagaimana hendak menyalahkan pencuri jika kerajaan juga gagal menyenangkan mereka terlebih dahulu.Begitu juga bagaimana seseorang itu mahu melaksanakan kewajiban berzakat jika dirinya juga kekurangan (macam akulah)

Ada juga yang kata kalau sekumpulan kambing itu terkeluar dari kumpulannya maka akan mudahlah dibaham serigala, namun kata kata aku pula lihat pula negara Brunai, terkontang kanting seorang diri tidak masuk bersama didalam gugusan kumpulan negeri2 gabungan Malaysia walaupun dipelawa namun tetap masih selamat malahan bolih pula mahu melaksanakan hukuman Hudud tanpa ganguan dari mana mana negara kuasa besar,jadi kalaulah PAS juga mengambil langkah bersendirian yakni keluar dari PR,  apakah tidak selamat? jadi fikir fikirkan.....




tok ayah su-teruja lagu "warisan' nyayian Allahyarham Sudirman...aLfATIHAH.. 

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan