arkib

Ahad, 23 November 2014

Pesan Mak Karimah...

sisipan akhbar SH
Salam hormat!
Masih bersambung lagi kesah hikayat 1001 cerita berkait dari pengalaman hidup diri saya, kalau nak ditulis memang tak tertulis kesemuanya, maklumlah sejak dari dalam perut ibu sehingga sampai sekarang ini sudah masuk ke55 tahun lebih umur jadi sudah tentu bermacam macam kesah yang ada.Olih itu hanya yang mampu terlintas dan masih teringat dikepala sahaja akan saya coretkan.
Dari zaman alam sekolah rendahku lagi tidak kurang juga ada yang menarik untuk dipaparkan. Pada hari hari biasa tatkala guru belum masuk, pasti siZaid lah yang akan banyak bercerita didalam kelas, katanya pada cuti sekolah pertengahan penggal yang lalu dia telah dibawa olih keluarganya pergi melancong sampai keluar negara iaitu Australia, "best....dapat masuk panggung opera diSydney" ceritanya sambil siap tunjukkan gambar lagi..selepas balik keluarga saya tinggal pula diKuala Lumpur beberapa hari lagi, untuk tujuan pergi jalan jalan melawat dibeberapa tempat dan bagunan disekitar KL pula. Saya dan beberapa rakan lagi cukup syok mendengar ceritanya sampai terlopong mulut masing masing.Tak dapat dibayangkan alangkah betapa seronoknya kalaulah saya dapat perolih nikmat kembara sepertinya."Bertuah badan mu Zaid...pada kami usahkan nak pergi keluar negara...nak buat lawatan didalam negeri pun tak kesampaian"rakan rakan memuji muji siZaid. Memanglah perwatakkan siZaid ini agak lembut, kerektornya macam ala ala separa campuran lelaki/perempuan....pon*** namun dia dikenali disebabkan olih keluarganya dari kalangan golongan orang yang berada (kaya) samalah dengan "siDia" tu.... pun dari kalangan keluarga orang yang senang lenang juga.
selingan

bersambung....
Sambungan terkini:  Pada minggu lepas saya berkesempatan mendengar kuliah maghrib dari Ust Zahari dimasjid Taman Cheras Jaya (wah....bila pulak hang ni tiba tiba saja sampai kemari?) intipati kuliah itu banyak menceritakan perihal seorang anak muda yang juga bernama Zaid,tetapi ini bukan sebarangan Zaid sebab ianya riwayat yang tersebut didalam sirah kehidupan dizaman Nabi Mohamad S.A.W dan pernah 17 kali mengikuti rombongan pasukan angkatan perang bertempuir dimedan perang bersama nabi.Tetapi malangnya kemarau setahun habis musnah dek kerana hujan sehari.Pada mulanya Zaid ini adalah orang kepercayaan nabi mahupun olih sahabat sahabat nabi juga.

Pada suatu hari dia telah mendengar satu percakapan kurang menyenangkan dimana puak anshor telah merancang sesuatu untuk menghapuskan pengaruh kaum Mohajirin berserta dengan ajaran agama yang dibawa olih nabi,Abdullah bin Ubai adalah ketua kaum anshor yang merancang mahu membuat onar secara sulit kerana merasakan puak mereka yang selama ini dihormati olih penduduk tempatan telah beralih menghormati kaum muslimin,sedangkan mereka ini yang hanya sekadar dikatakan statusnya sebagai pendatang sahaja,olih kerana dengki dan takut akan hilang sesuatu maka kerana itulah Abdullah Ubai telah cuba mahu mengkhianati Nabi Mohammad berserta dengan kaum muslimin yang lain.Setelah mendengar perancangan Abdullah Ubai and the geng itu lalu siZaid telah mengkhabarkian berita tersebut kepengtahuan sahabat Nabi dan setelah itu turut dimaklumkan kepada Nabi.

Nabi telah mengumpulkan para sahabat untuk perolih respon secara kolektif  maka satu ketetapan telah diambil dimana perlu bersemuka dengan Abdullah bin Ubai untuk bertanya adakah benar berita seperti mana yang disampaikan olig siZaid.Ternyata Abdullah Ubai n the geng tidak mahu berterus terang serta menafikan dengan menganggap hanya satu berita desas desus yang tidak berasas.Setelah mendengar penjelasan dari puak Abdullah Ubai lalu nabi ambil keputusan mengabaikan apa yang disampaikan olih siZaid sebaliknya membenarkan apa yang dicakapkan olih Abdullah Ubai. Disebabkan olih tindakkan nabi yang telah menyebelahi Abdullah Ubai itu maka perasaan SiZaid timbul rasa dukacita tidak terhingga sampai murung lalu mengurung serta mengasingkan diri.Pun begitu SiZaid tidak berputus asa memohon doa dan pertolongan dari Allah S.W.T, akhirnya turunlah ayat yang menceritakan siapa sebenarnya berbohong (munafik).

Adapun siZaid kawan sekolah rendah saya dahulu itu  bukanlah bertaraf wali pun jauh sekali setaraf dengan siZaid zaman Nabi tu...malah kadangkala disebabkan sifat sotongnya itu ianya juga menjadi "mainan" bahan jenaka dan usikkan olih kawan kawan."minggu depan ni sekolah kita cuti.jom kita rancang pakat gi serang ramai ramai kerumah Karimah"ajak siZaid untuk pergi jalan jalan kerumah rakan rakan sekelas."La...aku ingat nak gi serang main perang perang macam askar" usik rakan rakan pada Zaid . " Ok...jadi....jam 10 pagi kita berkumpul disekolah dulu kemudian kita kayuh basikal dari sini kerumah Karimah....setuju?" aku pulak menambah. "SETUJUUU..."sahut beberapa rakan lain termasuk "sidia".....
bersambung.......
sisipan akhbar SH& gambar hiasan
sambungan- Tibalah hari seperti yang dirancang, selepas semuanya berkumpul,adalah kira kira 8buah basikal, tanpa berlengah kami bertolak dengan berkonvoi mengikut laluan yang ditunjuk jalan olih Fahimah&Sidia, nampak benar mereka sudah mahir dan tahu selok belok jalan kearah rumah Karimah, agaknya mereka berdua ini sudah biasa kesana. Tatkala melalui jalan berlorong dikawasan kebun getah basikal kami melompat lompat terlanggar dengan akar pokok, kemudian melalui pula jalan batas sawah padi, aduhh... terfikir aku , jikalah begini keadaannya sudah tentu Karimah menghadapi kesukaran untuk berulang alik kesekolah pada tiap tiap hari, kesiannn....setelah mengambil masa berkayuh kira kira hampir setengah jam barulah kami sampai kerumah Karimah.

"mak cik.....kami dah sampai' siZaid bermulut becuk terus melaungkan suaranya, buat perangai macam biasa biasa dia saja, selamba ajer seolah olah macam dah lama kenal dengan keluarga ini. Karimah dan emaknya yang sudah bersedia menunggu dihadapan beranda rumah dengan wajah tersenyum terus mempelawa kami naik kerumah.Belum sempat panas punggung duduk,terus emak Karimah membawa dulang air dan sebekas makanan rengan ubi kayu rebus "minumlah dulu anak anak....kamu semua tentu penat dan dahaga mengayuh basikal kesini tadi" pelawa Mak Karimah. "baik sungguh mak kau, ya... Karimah" Kata Zaid sambil terus mengambil gelas air, seperti gelojoh semacam aje persisnya"His....Zaid,kau ni malulah sikit"tegur rakan rakan perlahan. "buat susah susah mak cik aje dok layan kami"kata aku."tak apalah... bukannya selalu,lagi pun mak cik suka kamu semua berbaik baik dengan sesama kawan kawan sekolah" balas emak Karimah. "sebenarnya Mak Cik kami datang ni nak buat kerja amal...makcik suruh saja kami buat apa apa,cuci kebun ke....potong rumput ke...beri makan ayam itik ke....atau apa apa sajelah asalkan jangan suruh saya panjat pokok sudah sebab saya memang tak bolih panjat" kata si Zaid memaklumkan niat dan hajat kedatangan kami kemari. "ha....ha....ha....silembek mana bolih lasak lasak" kawan kawan lain mengusik Zaid. "Huuhhh..." Zaid mencebehkan bibirnya,buat buat marahlah tu kononnya.... he... he... he....he...
sisipan akhbar SH

"eehhh...kau orang semua ni tahu tak,seniman agong P.Ramli dah pun meninggal dunia"tiba tiba siZaid memecah kesunyian perbualan kami,"Oooo...ye ke,bila? " tanya rakan rakan, almaklumlah siZaid ni serba lengkap,semua alat media seperti radia tv semuanya ada dimiliki olih kelurganya,jadi sudah tentu dia lebih peka kepada suasana semasa, tidak seperti sesetengah daripada kami, serba serbi kekurangan jadi sudah tentu asyik tertinggal maklumat penting."baru beberapa hari lepas"jawab siZaid."innalillah..."sayut Mak Karimah yang turut sama mendengar berita yang dimaklumkan olih Zaid itu.

"ok...cerita cerita jugak....kerja apa pun tak buat lagi....air minum pun dah hampir habis kau orang telan, jom turun buat kerja...mak cik mana cangkul,kami nak pergi merumput ni? tanya saya. Mendengar kesungguhan kami yang begitu beria ia benar hendak membantu lalu diajaknya kami pergi kekebun dibelakang rumahnya. Wahhh....banyaknya tanaman,ada pokok pisang,ada pokok kelapa,ada pokok lada, terung,kacang dan lain lain sayur sayuran.Berhempas pulaslah kami ramai ramai merumput,membakar daun daun pisang kering,membuat batas ubi,mencabut ubi kayu,pendek kata masing masing bermandi peluh jugalah.Tapi....sambil tu ada juga yang nakal, gatal tangan curi curi toreh dibatang pokok mengukir perkataan huruf "MA+HA". apa maknanya tu? keh... keh... keh.... maaf nak batuk sikit dulu.....bersambung lagi....

Sambungan- Tengah asyik bergotong royong berkerja didalam satu kumpulan,tiba tiba terdengar pangilan "sudah sudahlah tu,mari naik kerumah,kita makan tengah hari dulu"laung Mak Karimah. "haah...ada makan lagi? jomm serbuu..."siZaid buat lawak lagi.Sambil makan sambil berborak sikit sikit "Mak Cik....dari tadi kami tak nampak pun batang hidung Pak Cik,dia pergi kemana Mak Cik?
sisipan akhbar SH
tanya salah seorang dari kami."ooo....biasalah Pak Cik kau tu... sekali pergi kadang kadang sampai berminggu, adakalanya sampai sebulan sekali baru balik'jawab mak Karimah "aikk...pelik juga tu,pak cik tu buat kerja apa....makcik? tanya kami lagi yang semakin ingin tahu."dia ikut kumpulan dakwah....apa tu Tablirq ka apa....aaa macam tu lah,jelajah kesegenap jeruk tempat, berdakwah... katanya" jelas Makcik. "ooo....ooo...begitu pulak kesahnya"kami mengangguk angguk tanda fahamlah  sangat. "Haahh...kamu semua ni pun bukan budak budak lagi,masing masing dah masuk akil baliq,jadi makcik harap jangan lupa pada ajaran agama kita,kena rajin sembahyang" tak sangka kena syarah dek Mak Karimahlah pulak." eehhh....makcik jangan risau, kami ni kan murid sekolah agama,lepas ni kami akan terus solat Zohor...ini imam kita...tu ha"siZaid pandai pandai dia pulak menunjukkan jari telunjuknya kearah aku."ala....ya la tu....kau pun bolih jadi imam juga kan.... kan.... kan.... he.... he..... he..."rakan rakan cuba pulangkan buah keras kembali pada Zaid, "aauwww...respon Zaid"Ada baik juga ada orang berkerekter seperti Zaid ini, kenapa? ya la sekurang kuranngnya tidaklah sunyi sangat suasana,tapi kalau ada 2 tiga orang sepertinya tentu bolih jadi gegak gempita pulak jadinya.Makan makan jugak, masa bila dan siapa pulak yang memasak ni?tanya rakan pada MakCik "siapa lagi....anak dara tiga serangkai tu la....KA-HA-FA"jawab Mak Karimah,"ooo...patutlah sodap semacam aje"kata aku.

Setelah selesai makan dan bersolat Zohor kami pun minta diri untuk pulanglah pulak,Mak Karimah membekalkan kami sedikit buah tangan, masing masing dapat sedikit ubi kayu dan sesikat pisang. "rasuah ke upah ni Mak Cik? kami bukan minta upah" siZaid dengan mulut lebatnya tak habis habis menyangkat Mak Karimah."maafkan kami MakCik....terima kasih makcik....kami balik dulu.... Assalamulaikum.... bye....bye...bye....

Moral of the story- setiap orang tua khususnya ibu bapa semuanya pasti ingin mendoakan kepada anak anaknya supaya menjadi modal insan (eset) yang bukan sahaja bolih berbakti buat mereka malah kepada masyarakat mahu pun kepada diri sendiri.
sisipan akhbar SH

tok ayah su-tak akan lupa nama gabungan ini -"KA+HA+FA"

Isnin, 10 November 2014

Cerita anak kembar....

Pelbagai pengalaman dan kenangan lampau membuatkan fikiran seseorang terlintas untuk menukilkan balik apa yang dilaluinya dahulu,walaupun disemasa peristiwa itu berlaku langsung tidak menjangka bahawa pada suatu hari nanti cerita lama itu akan diimbau kembali.Kalaulah dizaman datuk nenek aku dulu bolih menulis agaknya tulisan merekalah yang akan menjadi keutamaan untuk aku membacanya,ini kerana kata kata dari mulut darah daging ahli keluarga kita sendiri lebih memberikan sinifiken (berkesan) untuk dihayati.

Ini cerita atas cerita yang aku dengar dari mulut ibuku tatkala dihari pertama aku dilahirkan kedunia.
Nenek- atuk dia tu weh....mari tengok ni....kito bolih cucu kembar lah.
Atuk- Doh gitu gak molek benarlah....
Nenek-tapi ni lain sikit....tok dia weh....so jantan so tino (satu lelaki satu perempuan)
Atuk-yo lo ko? (macam tak percaya) tak pernah dengar lagi lagu ni?
Nenek-hok aloh la....mari la masuk tengok...(ajak masuk kebilik bersalin)
Atuk-(didalam bilik) wee la...yo lo seghoti....syukurlah....rezeki jugoklah ni....
Nenek-ado hikmah gapo agaknya (macam rasa ada keanihan)
Atuk- tak usah dok kata gapo gapolah....jangan bimbang....tuhan lebih tahu....

Selang beberapa minggu selepas itu timbullah perbincangan tentang nama apa yang hendak diletakkan tetapi yang paling menjadi persoalan utama ialah hendak menentukan siapa diantara keduanya itu dikatakan adik dan yang mana satu abang/kakak.
Nenek-macam biasalah....yang keluar dulu itu abang dan  keluar kemudian itu adiknya...
Atuk-ikut pada adat memang begitulah tetapi kalau nak diikutkan dizaman Nabi lain pulak....
Nenek-lain? macam mana tu...atuknya...
Atuk-dia jadi terbalik ....yang keluar dulu itu pangkatnya adik....yang kemudian itu kakaknya.....

Moral of the story- dizaman 50an dahulu pun "orang tua tua" sudah tahu merujuk kepada sirah nabi nabi, cuma saya tak pastilah nabi yang mana satu? walau bagaimana pun terdapat daripada kitab kitab agama lama peninggalan datukku yang pernah aku baca tidak dapat aku fahami sepenuhnya kerana pengunaan ayat ayat bahasanya begitu klasik dan sankrip,berlainan sekali gaya bahasanya, tak sama dengan ilmu tauhid mahupun tasaauf yang pernah aku belajar tatkala semasa disekolah dahulu...tak percaya? tanya Mak Datin kerana dialah orang paling cerdik  didalam kelas.....Mak Datin mana? jeng...jeng....jeng.....


album cabar kebenaran & sisipan akhbar
2.Kalaulah sianak kembar ni hanya anak orang orang biasa tak mengapalah, namun jika ia melibatkan keluarga bangsawan atau raja raja berdaulat sudah pasti akan bolih menimbulkan pertikaian-sebabnya? seperti sedia maklum setiap abang yang tua akan mewarisi sebarang takta, begitulah mengikut hararkinya, jadinya walaupun soal status adik/abang bagi sianak kembar ini dianggap perkara kecil saja namun ia tidak bolih berlaku khilaf pendapat.Menurut sambuangan cerita Atuk saya itu katanya isteri seorang nabi telah diberi mukjizat tatkala mana anaknya berada didalam perut lagi, masing masing bergaduh mahu keluar dahulu,olih kerana kelembutan hati seorang abang maka dia mengalah dengan memberi laluan kepada siadiknya keluar dahulu dari rahim ibunya,jadi bermula dari kesah itulah dikatakan anak (kembar) yang keluar dulu itulah adik dan bukannya abang/kakak, Jesteru kerana itulah juga ajaran orang orang tua sering memberi nasihat kepada anak anaknya supaya jangan bergaduh sesama adik beradik dan jika berlaku juga maka wajib salah seorang daripadanya perlu mengalah, yang digalakkan mengalah adalah sikakak atau siabang tua,dengan itu barulah kehidupan sesebuah keluarga itu bolih sering hidup bertolak ansur.Mungkin disebabkan bertitik tolak dari salah satu cara ikutan sirah yang dipegang olih orang orang tua terdahulu-
  selingan 
Tahun lepas disekolah tempat anak saya belajar telah mengadakan satu majlis motivasi untuk murid murid yang akan mengambil ujian UPSR dimana ahli panelnya bernama Mahadi dari Yayasan Dakwah telah menyampaikan ucapan dengan mencanangkan agar agar murid murid yang ada adik beradik supaya dimenangkan siabang maksudnya siadik tetap adik,mesti dengar dan patut serta perlu menghormati siabang,jadi disini terdapat sedikit perbezaan pendapat dengan saya.Apa apa pun pada minggu lepas saya juga hadir mendengar kuliah Jumaat yang disampaikan olih Ust Md Noor, katanya memang ada orang yang bercakap tak serupa bikin, setiap tutur katanya sering mengajak orang untuk berbuat baik dan menyuruh meninggalkan perkara mungkar,walhal dirinya sendiri belum tentu dapat berbuat seperti apa yang dicakapkan,walau bagaimana pun seandainya disebabkan ucapan dan suruhannya itu maka terdapat orang yang benar benar patuh dan ingin berbuat kebaikan seperti yang dikata jadi pahalanya turut sama sama diperolihi untuk kedua duanya ( penasihat dan pelaksana)

sisipan akhbar SH
Apa yang saya hendak kaitkan disini ialah pengalaman tatkala dizaman alam persekolahan saya duhulu. Terdapat seorang guru yang saya gelar CheGu Ayu (bukan nama sebenar) wajahnya mirip Hema Melini pelakon/heroin filem hindi, sebab itu saya panggil chegu ayu, semasa waktu belajar dia sering ambil masa bertanya kepada murid murid apa cita cita masing masing serta perlu menulis didalam satu kertas atau kami panggil autograf berkenaan kata kata penguat semangat.

Chegu Ayu- sekarang Karimah kamu kena tulis satu ayat kata kata peransang dan baca kuat kuat biar orang lain turut dengar.
Karimah- "Usaha tangga kejayaan" cekgu.
CheGu Ayu- Bagus,sekarang giliran Hasmani pula, sama juga...baca kuat kuat....
Hasmani-"gagal sekali tidak semestinya gagal untuk selama salamanyanya" CheGu.
CheGu Ayu-Bagus....Kamu tulis apa Fahimah...ok baca juga...
Fahimah-(secara kebetulan Fahimah adik kepada Che Gu Ayu) "Syurga dibawah tapak kaki ibu CheGu"
Kelas-masing masing ????
(Yang menariknya salah seorang daripada mereka iaitu Hasmani kini telah pun berstatus Mak Datin-isteri kepada seorang pembesar no2 negeri kelantan)

Berbalik cerita siKembar, mengikut pendapat orang yang lahir kembar mempunyai naluri dan cita rasa yang sama,kalau seorang mempunyi minat kepada sesuatu perkara jadi minat mereka itu dikongsi bersama, kalau seorang sakit maka seorang lagi akan turut sakit sama,sampai begitu sekali, dua jasad berlainan tetapi mempunyai satu roh yang sama,benarkah begitu? apa apa pun saya tidak dapat mengalami pengalaman yang serupa, mungkin disebabkan kerana saya kembar tak seiras, lain jantina.Namun begitu sikap mengambil berat atau bersimpati tetap mendalam terhadap sikembar saya. Sebulan dua ini sikembar saya telah diuji musibah, anak perempuannya telah disyaki terkena cancer kelenjer kerongkong, jenuh sudah dia kena berulang alik keHospital Kuala Lumpur untuk menemani anak perempuannya itu bagi menjalani ujian pemeriksaan disana, jadi sudah tentu memerlukan satu perbelanjaan yang agak besar juga,olih itu dia merayu kepada mana mana insan yang prihatin agar dapat menghulurkan sedikit bantuan,jadi sebarang sumbangan bolihlah disalurkan terus keakaun beliau (Mariah bt Harun-1150029853776222-BSN)  Teringat kata kata siKembarku "emak menanggung sakit yang teramat sangat ketika melahirkan kita, sehingga terkeluar dubur (buasir)" masaallah....subhanallah...mudah mudahan rohmu ibu tetap aman disana...alfatihah!




tok ayah su-terkenang kampung kelahiranku KEMUNING

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan