Salam hormat !
Berlapang dada dengan dua kaedah memilih rakan perpaduan,yang pertama seperti pepatah arab menyebut "laksana memilih penjual minyak wangi sebagai kawan,jika tidak dibeli pun pasti akan tercium aksn bau wanginya,manakala rakan yang perlu ditolak untuk berkawan diumpamakan seperti "laksana memilih teman seorang tukang besi,jika didekati pasti percikan api akan membakar pakaian anda".
Jadi disini terdapat dua pilihan iaitu kawan yang bolih membawa kebaikan dan kawan yang bolih membawa kemudhoratan.Sebarang keputusan yang silap sudah tentu tidak akan membantu menyelamatkan persahabatan itu berkekalan.Berkata hajjatul Islami dari al-imam Ghazali Rahimahullah "hendaklah anda periksa lima perkara,
Pertama- cerdik akan akal fikiran,
Kedua- Baik salasiahnya,
ketiga-iklas dalam persahabatan,
keempat-tidak mengagong agongkan kedunian semata mata,
kelima-tidak menzalimi antara satu sama lain.
Untuk menyempurnakan ciri ciri amalan baik dalam persahabatan seperti yang disebutkan itu maka terdapat pula panduan lain yang menjadi hak kewajiban untuk dilaksanakan.Anataranya
Satu-melakukan sesuatu yang baik kepada rakan sebagaimana anda mahu lakukan kepada diri anda sendiri serta membenci sesuatu perkara buruk sebaimana anda juga benci akan sesuatu perkara buruk menimpa diri anda.
Kedua-meletakkan permasaallah sahabat untuk turut sama sama diselesaikan kerana anda sememangnya saling perlu memerlukan diantara satu sama lain
ketiga-berusaha seupaya mungkin untuk menimbulkan perasaaan pasangan bahagia dan senang hati malah jika perlu jiwa raga (tubuh badan) anda menjadi galang ganti untuk mempertahankan akan keselamatan diri rakan anda itu.
Keempat-memelihara nama baik teman samaada ketika anda berada bersamanya ataupun dimasa ketiadaan beliau disisi anda.
kelima-Jika sahabat tadi telah tiada (meninggal dunia) maka hendaklah sanggup berbakti dengan penuh ikhlas kepada anak isteri mahupun kepada kaum kerabat beliau sama ada dalam bentuk memberi bantuan tenaga mahupun wang ringgit tanpa berniat untuk kepentingan peribadi kerana itu yang terlebih afdhal.
Kesimpulannya-Bersyukur diatas nikmat perpaduan merupakan perintah daripada Allah S.W.t sebagaimanan firmannya yang bermaksud 'ingatlah kurnia allah kepada kamu,ketika dahulu kamu bermusuh musuhan,lalu kami per "satu"kan diantara hati hati kamu (dalam agama Allah) = Al-Imran:103.jadi jangan lah kamu mengambil sebahagian dari ayat ayat Allah dan dimasa yang sama kamu engkari sebahagian yang lain,jesteru itu setiap hak sama ada dalam perkara sunat mahu pun wajib adalah menjadi kewajipan mutlak setiap mukmin melaksanakannya kerana ganjaran pahala yang amat besar menanti malah perilaku baik ini menjadi amalan kepada para salifu Solih sebagaimana yang dipaparkan diadalam kitab Wasiat Iman dan nasihat agama yang menjadi sebahagian dari rujukan didalam tulisan artikel ini,makanya dengan itu perpaduan bermaksud dalam kontek satu badan. jika sebelah paha kanan dicubit,paha kiri juga terasa sakit....jadi fikir betul betul !
Poksu-tidak akan putus air dicincang...!