Jom selongkar link dibawah >
arkib
Jumaat, 30 Julai 2010
Aktiviti kemasyarakatan-PBTM (tambahan)
Rabu, 28 Julai 2010
Aduan 2
Kali ini saya hendak kemukakan satu aduan kepada syarikat pembekalan air negeri Terenggnu (SATU) yang beribu pejabat Didaerah hulu Terengganu,terdapat seorang kawan yang tidak mahu namanya disiarkan menyatakan kepada saya bahawa beliau sudah menjadi begitu fobia untuk mengupah Plumbing atau pun tukang paip untuk membaiki apa apa kerosakan kebocoran air dirumahnya,kerana pernah katanya pada satu ketika tukang paip ini mengambil upah dengan kadar sesuka hati dan langsung tidak bermunasabah dengan perkhidmatan yang dibuatnya.Apa tidaknya beliau menambah kata pernah dengan hanya sekadar membaiki untuk menukarkan sambungan wire paip POLY dengan belian alat sambungan yang berharga hanya tidak sampai pun rm 4.00 namun dichargenya upah sampai rm50.00 kemudian apabila diminta pula untuk menukar cabel paip dalam kadar 20meter panjang dimintanya pula upah pasang termasuk harga batang paip POLY dengan kadar sampai sehingga rm 1.000 (satu ribu ringgit) lebih.Mak ooii...alangkah terkejut beruk dia dibuatnya,dikatakkan harga secara sesuka hati dan sewenang wenangnya.
Maka kerana itulah beliau ingin terus melapurkan terus kerosakan kepada syarikat SATU, tambahan pula kerosakan tersebut berada disebelah meter tanggungjawab syarikat namun demikian apabila diajukan permasallahan ini kepada pejabat melalui telifon apa yang mengejutkan beliau stafnya itu memaklumkan kerosakan (code meter loose) itu bukanlah dibawah bidang tugas syarikat untuk membaikinya tetapi katanya adalah dibawah tanggung jawab pemilik.Kawan saya itu merasa hairan jugak,pada sangkaannya jika disebelah meter saluran kerumah barulah bolih syarikat lepas tangan,tetapi kali ini lain pulak jadinya, pehak syarikat telah memberi alasan sebaliknya,"aduhai...sungguh tidak faham aku"keluhnya.
Jikalaulah macam ni lebih baik aku buka sendiri dan ambil terus dari paip sebelah meter, tambahnya dengan perasaan geram,katanya buat semasa aduan ini ditulis sudah lebih 48 jam aduan dibuat namun tidak ada apa apa bayang dari pehak SATU untuk datang membaikinya.Jadi macammana ni? tanya dia seolah olah semacam saya ni bolih menyelesaikan masaallahnya.
Tok ayah su-kadang kadang tersempit dengan poket kosong juga........
Ahad, 25 Julai 2010
aktiviti PBTM (persatuan bekas tentera malaysia)
MukaddimahKata orang PBTM adalah sebuah persatuan NGO (non goverment organisation) yang ditubuhkan dari hasil usaha perjuangan bekas bekas tentera dari generasi orang orang lama dan kini hasilnya dapat diwarisi olih generasi baru dan tidak mustahil ianya akan kekal gah hingga kebeberapa generasi akan datang.Pada asasnya antara lain objektif utamanya ialah untuk merialisikan gagasan dan hasrat kerajaan disamping dapat memberi kebaikan dari segi menjaga hak kebajikan kemanusian bekas bekas tentera agar terus terbela,almaklumlah jika ada kesatuan dan persefahaman dalam satu satu kelompok atau kumpulan sudah tentulah akan mudah dijadikan landasan perantaraan untuk mendesak atau untuk menuntut sesuatu perkara yang difikirkan bersesuaian dengan keseimbangan jasa yang telah dicurahkan sebelum ini,dan harapan kita agar ianya akan mudah dilayan olih mana mana pehak yang berkaitan.Cuma peranan PBTM kini dari sudut pandangan peribadi, saya lihat persatuan telah banyak dimanipulasikan untuk tujuan mainan politik,sebagai contoh semasa didalam setiap kali majlis mesyuarat sepatutnya lebih difokuskan kepada egenda bagaimana untuk mencari satu jalan penyelesaian melepaskan dari belenggu kekurangan dana bagi tujuan menjalankan sebarang aktiviti persatuan. Kenapa? sebabnya ialah kerana persatuan bukanlah pertubuhan parti politik. Tetapi sebaliknya jika dipolitikkan maka jadilah apa yang berlaku iaitu majlis mesyuarat telah dijadikan medan untuk mengadu domba juga lobi melobi mana mana tokoh politik disamping mempromosikan pertubuhan parti politik.Walhal diantara piagam pelangan persatuan berbunyi "BERDIRI TEGUH DIBELAKANG KERAJAAN".
Hanya sekian dari Ahli PBTM seumur hidup yang bernombor-3511,terima dulu ganti...
Jumaat, 23 Julai 2010
apa yang tersirat dan tersurat...?
Mudahnya penyelesaian isu perpaduan melayu ditamatkan semudah kes berfrofil tinggi ditutup atau semudah penyelesaian masallah kekurangan gula dipasaran,secepat mee segera sedap dimakan cepat dimasak,akan tetapi kronologi saya agak berlainan sedikit,ambil contoh mudah iaitu penyelesaian harta pusaka peninggalan ibubapa,jika generasi anak anak atau generasi ke2 tidak dapat diselesaikan semasa hidup,jadi apalah sangat yang bolih diharapkan kepada generasi ke3 dan seterusnya,terdapat satu kes dimana tanah pusaka yang mempunyai ramai penama akan tetapi ada yang mahu diselesai dengan cara mudah iaitu dengan mejualkan sahaja harta pusaka tersebut untuk dibahagikan dengan duit ringgit,manakala terdapat sebilangan dari kalangan penama tersebut masih ada yang sayang untuk menjualkan diatas beberapa sebab tertentu,jadi pertelagahan keluarga ini amat sukar untuk dibuat perundingan sesama sendiri lalu berlakukan selisih faham dan bermasam muka,jadi cuba bayangkan apa akan jadi pada generasi selepas itu,begitulah dengan kemelut perpaduan melayu ini bahawasanya saya melihat pasti tidak akan ada berkesudahan jika usaha yang hendak dilakukan pada masa ini gagal menemui jalan pendamaian.
Maka kerana itulah saya merasa tergedik gedik gatal jari jari tangan terlalu gian hendak menulis, ini bukan soal main mainan atau ada agenda tersurat atau tersirat tetapi soal fardhu kifayah yang saya anggap sudah terlepas dari tanggunggajawab sebagai seorang blogger.
akan bersambung dengan hujah yang lebih menarik...tunggu !
Selasa, 20 Julai 2010
Sejenak bersama pesanan penaja
terima kasih kerana masih mengunjungi blog ini,
Diucapkan tahniah kepada sesiapa yang telah memiliki Local WebSite dari GDI (global domoin internasioanal), untuk maklumat GDI adalah salah sebuah webhosting company yang berpengkalan di USA dan telah pun beroperasi semenjak 1999, wujud hampir lebih 10 tahun lalu. Ia seperti juga webhosting company lain yang terdapat diseluruh dunia, cuma satu perbezaan yang amat besar adalah mereka mengembangkan perniagaan menggunakan sistem affiliate iaitu memberi sejumlah komisen sehingga 50 peratus kepada sesiapa yang berjaya membawa seberapa ramai mungkin menyertai program GDI ini. Sistem tersebut beroperasi sejak awal penubuhan mereka lagi, dan telah diiktiraf sebagai sistem affiliate terbaik didunia ketika ini. Ianya dapat dibuktikan dengan hanya menggunakan youtube atau google, jika kita mencari keyword "money online" atau "best affiliate program", kita akan jumpai 95% internet marketer (IM) mengiklankan GDI. Ini sudah memadai untuk membuktikan dakwaan tersebut. Jika kuranga yakin sila buat kajian terlebih dahulu tentang GDI ini, pasti didapati tidak ada satu blog atau forum diseluruh dunia menceritakan bahawa GDI ini scam atau tidak membayar komisyen kepada pelangan. Kenyataan tersebut cukup kukuh membuktikan yang GDI mempunyai sistem affiliate terbaik diseluruh dunia.
1.Berapakah kos untuk menyewa tapak dan pendaftaran webhosting di GDI?
Kosnya hanyalah US$10 (rm 38.00)setiap bulan atau mengikut writ semasa.
2.Apa beza GDI dengan webhosting yang lain?
a. Sistem affiliate yang memberikan 50% kepada sesiapa yang mempromosikan GDI. dan boleh disertai oleh sesiapa sahaja diseluruh dunia.
b. Anda akan mendapat 7 hari percuma sebelum aktifkan website dan juga affiliate anda.
c. Anda hanya perlu bayar 10$ setiap bulan dan boleh di cancel kan pada bila2 masa. untuk Join GDI ni.bolih di http://www.WebSite.ws/maha58/
Opp ! nak tanya dulu....Adakah pendapatan ni halal 100%.saya tak nampak pun sumbernya, tolong jelaskan?
Jawapannya : Ia merupakan soalan yang baik. Pada pendapat saya ianya 200% halal InsyaAllah. Contohnya, saya menyewa kedai Pak Ali untuk membuka perniagaan Restoran makanan, dan disebabkan Pak Ali mempunyai lot kedai lain yang masih kosong, dia menawarkan kepada saya untuk mencari pelanggan yang lain, dan sekiranya ada yang menyewa lot kedainya itu disebabkan saya yang mempromosikan nya,maka Pak Ali memberi upah yang telah dipersetujui terlebih dahulu, iaitu sebanyak 10% daripada sewanya akan diberikan kepada saya sebagai tanda penghargaan membantu mempromosikan kedainya. Dia juga berjanji akan memberikan 10% sedalam lima generasi kerana menghargai usaha saya yang mendapatkan orang pertama tersebut, kerana tanpa level pertama maka tidak akan wujud level kedua, ketiga, dan seterusnya. Ini merupakan satu upah dan penghargaan yang perlu dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak terlebih dahulu. Malah terdapat perjanjian yang ditandatangani menandakan persetujuan telah dimeteri. Oleh itu sebenarnya ianya bergantung kepada diri saya sendiri, saya boleh meneruskan perniagaan restoran saya seperti biasa kerana saya membayar sewanya setiap bulan dan Pak Ali tak boleh ganggu perniagaan saya kerana itu hak saya untuk berniaga apa apa sahaja yang asalkan tidak menyalahi undang2, disamping itu saya juga boleh mendapatkan wang sampingan dengan mempromosikan lot kedai Pak Ali yang lain.Itulah jawapannya,jesteru itu maka saya tidak nampak mana-mana bab yang melanggar hukum Allah atau sunah rasulullah.
GDI mempunyai sever yang sangat besar kapasitinya, kita hanya menyewa 100Mb dan perlu memeterai perjanjian bertulis didalam ruangan 'Document' yang disediakan. Selagi kita tidak menanda tanganinya maka mereka tidak akan mengeluarkan apa2 komisyen kepada kita, kerana kita perlu menyetujui kesemua syarat yang ditetapkan terlebih dahulu jika ingin mempromosikan tapak web mereka yang lain. Ia produk maya, sebenarnya jika kita menyewa 100Mb, ini bermakna suatu peratusan yang kecil didalam server mereka adalah milik kita, dan kita boleh melakukan apa sahaja dengan 100Mb tersebut. Kita boleh menjual nasi lemak didalam web kita, kita boleh menjual produk kesihatan,boleh mengiklankan kursus keusahawan internet dan dengan 100Mb tadi kita bolih juga membuka warung cyber dengan mempromosi landing page kempen untuk menjual barangan bermutu bagi membantu usahawan di negara kita secara online, disamping itu saya juga boleh membuat website ataupun blog untuk mewar-warkan yang Pak Ali masih mempunyai lot kedai yang kosong untuk disewakan,jadi jika ada yang menyewanya saya akan mendapat upah dari Pak Ali. InsyaAllah ianya halal. Rajin kerja ada hasil, kalau tak buat tidak ada hasil, walau berapa puluh peratus sekali pun Pak Ali nak bagi, ia tidak akan berhasil,kata orang "lebih baik berusaha daripada tidak buat apa apa langsung",jadi kenapa masih ragu ragu untuk menyertai programe GDI ini .
Olih itu dapatkan yang original WebSite dengan nama domain anda sendiri, apa yang anda perlu lakukan ialah isi borang update active form ini >
https://www.website.ws/kvmlm2/dispatch.dhtml?sponsor=maha58&fname
(pilih Definitely the income opportunity, with little interest in products and services) sebelum itu isikan maklumat mastercad/credit atau debit kad akaun bank anda didalam borang tersebut. Setelah permohonan diterima,anda disarankan masuk kelaman "WebSite member area' dan klik preffer payment kemudian buat pilihan jenis bayaran dan jumlah paling minima seperti ini :
Current Preferred Commission Method:
Receive Commissions by PayPal
Current Minimum Payout Amount:
$10
Amount Due:
$0.00
Pehak GDI akan aktif kan akaun anda dalam tempoh 24 jam kemudian anda berolih WebSite replika Original seperti ini http://www.WebSite.ws/maha58/ bagi tujuan promosi.
Setiap prospek akan diforwardkan secara outorespon keEmail anda/tuan bagi membolihkan anda membuat followUp, gunakan daya kretiviti anda untuk menarik seramai mungkin prospek untuk terus menyertai rangkaian anda, peranan anda cuma promotekan link Website anda itu keEmail rakan rakan atau mana mana laman sosial seperti FaceBook dan sebagainya atau bolih juga turut sama menyertai kempen dilaman laman forum sebegini http://www.gdimalaysia.com/forum/index.php
Berikut adalah senarai nama Member GDI diserata dunia yang telah menerima komisen:
http://freedom.ws/index.dhtml?sponsor=maha58&cookie
(kempen i-sponsor)
P/s: Aktifkan keahlian sekarang dengan mengisi borang ini:- https://www.website.ws/kvmlm2/dispatch.dhtml?sponsor=maha58&fname
Jumaat, 16 Julai 2010
Politik itu perlu diretorikkah?
Kata seorang sahabat "kita berkerjaya sebagai peniaga tidak perlu banyak buang masa dengan menceburi bidang politik kerana peluang untuk mengisi jawatan semuanya telah penuh diisi, tidak ada apa untuk dikejar lagi jadi lebih baikberi perhatian hanya kepada perniagaan sahaja" itulah syarahan kawan yang saya anggap merupakan satu saranan iklas daripada beliau.Namun demikian saya teringat akan kata kata seorang yang bergelar ustaz,katanya "terdapat 4 golongan manusia,pertama mukhlisin iaitu golongan iklas dalam perjuangan,kedua ialah golongan yang mahu mengejar sesuatu dengan memperalatkan ilmuan agama untuk kepentingan duniawi, golongan ketiga ialah orang yang berpura pura atau retorik yang dipanggil juga munafikin dan yang keempat golongan yang menentang secara terang terangan ajaran islam iaitu digelar kafirun. Diantara kegolongan ini,hanya golongan yang pertama sahaja yang diiktiraf dalam bilangan orang orang yang beriman"katanya.
Berbalik kepada persoalan bagaimana ingin mendapatkan keselesaan dalam perniagaan jika banyak hal dicampuri dengan kerenah politiking hatta kepada urusan pemberian wang zakat pun dikawal olih politikus,apatah lagi dunia perniagaan,kerana itu kita lihat pada suatu ketika dijanjikan akan diberi duit raya (diFelda Trolak) dan dimasa yang lain pula dinaikkan harga barangan semasa, contohnya hari ini dikenaikan harga minyak dan gula.Manakala pembangkang pula adalakanya dilihat 2kali5,pernah disuatu ketika secara senyap memarahi kerajaan kerana turunkan harga minyak kerana dibimbangi tidak akan ada lagi modal buat dijadikan isu politik untuk menentang kerajaan yang dikatakan bertindak sengaja membebankan rakyat,manakala alasan kenaikan olih pehak kerajaan pula ialah harga barangan dinegara kita masih lagi terendah jika hendak dibandingkan dengan lain lain negara sedangkan pendapatan rakyat dinegara luar nisbahnya amat besar contoh dinegara jiran seperti Singapore,khabarnya upah gaji tukang kebun pun mencecah ribuan ringgit jadi rasionallah jika harga keperluan barangan harian dinegara luar agak mahal,jadi bolihkah kononnya alasan kenaikan harga minyak dijamin tidak akan membebankan penguna.Kepura puraan inilah bolih diibaratkan "gajah sama gajah bertarung,kancil ditengah tengah mampus terpijak"....jadi siapakah sebenarnya lebih retorik?
Kerana itulah juga jika ada suara suara yang cuba menyuarakan agar diujudkan gabungan diantara kedua tonggak utama parti politik orang melayu iaitu Pas dengan Umno,maka saya hanya mampu memberi senyuman hambar sahaja,apa tidaknya,perbezaan kedua idealogi yang menjadi dasar kedua parti dilihat begitu jauh berbeza seumpama langgit dengan bumi.Ada juga yang mengumpamakan seperti campuran minyak dengan air,hendak diminum airnya tidak bolih dan hendak dibuat minyak kenderaan pun tidak bolih. Kedua duanya jadi tidak berguna,jadi mana "bisa" kedua Parti politik ini bolih bercampur,belum ada apa apa sebarang termeterainya perjanjian sudah ada suara supaya syarat syarat tertentu perlu diselesaikan terlebih dahulu kerana akan dibimbangi dikemudian hari akan wujud kem kem atau team team yang kelak masing masing mahu mencabar bagi merebut sebarang jawatan dan kedudukan sebagaimana pernah berlaku diantara Team Kemamam dengan Team Setiu. Jika pasukan bola sepak, yang akan menjadi juara hanya satu pasukan sahaja,jadi bagaimana dengan nasib pasukan yang kalah dalam pertarungan? siapakah yang membela mereka kelak?
Begitu juga jika dilihat dari sudut dasar,ada pehak yang memandang sinis akan perundangan islam yang mahu dilaksanakan olih Pas kerana masih menganggap soal agama perlu dipisahkan dengan politik (fikiran sekular acuan Barat) manakala pehak Pas pula dilihat tidak mahu mengiktiraf sebarang element yang berbau sekular atau kearah keBANGSAan,kedudukan perbezaan fahaman kedua ideologi inilah yang menjadi benteng pemisahan yang menyukarkan dan sangat subjektif,kerana itu juga soalan yang sering didengari ditelinga "dimana silapnya dasar islam yang mahu dilaksanakan olih Pas?" dan tidak pula terdengar orang yang bertanya "dimana silapnya dasar Kebangsaan?"walhal mengikut ilmu fiqah terdapat lima perkara yang perlu ditekankan sebagai amalan iaitu jika direngkasnya berbunyi " menjaga Keturunan iaitu bangsa,kedua fikiran (otak) yang yakni menjaga kesihatan",ketiga harta iaitu tanah air(negara), yang keempat dan seterusnya kelima cubalah anda pula semak sendiri,teringat juga saya akan satu maksud hadith dari sabda nabi kita yang sering dibaca olih khatib dalam setiap khutbah Jumaat yang berbunyi "telah aku tinggalkan kamu dua perkara,pasti tidak akan sesat buat selamanya jika kamu beriman dengannya iaitu alQur"an dan sunnah pengajaranku"!!!
Tok ayah su-tepuk dada tanya iman....
Rabu, 14 Julai 2010
"kaki bangku" vs 'buta IT"...
salam hormat !
Manakala buta IT adalah satu istilah baru dalam bidalan bahasa yang ada hubung kaitnya dengan ilmu sains moden yang bermaksud seseorang itu tidak tahu ilmu Teknologi,saya masih ingat orang orang tua dahulu amat melarang anak anaknya bermain alat alat bunyian termasuklah pasarana yang ada ada masa itu seperti TV dan Radio ,tetapi hari ini dunia teknologi semakin berubah dari alat pandang dengar kepada satu alat yang bolih berhubung dan berkongsi pandangan mahupun buah fikiran.Kini lebih mudah dan cepat malah lebih daripada itu alat ini lebih senonim dipanggil dengan nama "internet" bolih juga dijadikan alat "jalan jalan cari makan",cuma terpulanglah kepada tahap kepakaran seseorang itu mengendalikannya.
Ahad, 11 Julai 2010
Piala Dunia > Tahniah Sepanyol....
Sabtu, 10 Julai 2010
BOLA SEPAK PIALA DUNIA
Rabu, 7 Julai 2010
Jasamu dikenang....
Selasa, 6 Julai 2010
UPSR....dimana suara PIBG?
Saya pun merasa hairan bin ajaib apabila suara PIBG hanya seolah olah dianggap satu suara picisan yang tidak perlu dilayan melainkan ianya bolih diterima pakai untuk kepentingan mencari sumber atau dana bagi pehak sekolah namun jika usul yang melibatkan dari PIBG untuk kerajaan atau kementerian pendidikan langsung tidak berusik contohnya sepanjang dua penggal saya berada dalam jemaah jawatankuasa PIBG langsung tidak kedegaran perkara seperti isu ingin memansuhkan peperiksaan UPSR ataupun PMR ini.Walhal perkara sepenting ini apa salahnya jika suara dari ibubapa juga perlu diambil kira sebelum dijadikan sebarang dasar kerajaan setidak tidaknya dapatlah direalisasi slogan "rakyat didahalukan".
Saya pernah terdengar dan masih lagi tergiang miang ditelinga akan satu suara sumbang yang mengatakan "apalah sangat hendak dibanggakan dengan pencapaian murid dengan banyak dapat A dalam setiap peperiksaan samaada UPSR mahupun PMR kerana pencapaian tersebut hanya bolih bermegah pada sijil sahaja sedangkan ilmunya tidak ada didada".Jadi saya sendiri tidak faham apakah yang dikatakan erti "ilmunya tidak ada" ,apakah maksudnya setiap murid itu mestilah seorang hafiz yang bolih menghafal 30 juzuk alQur"an atau bolih berwirid dan berdoa berjela jela panjang barulah bolih dikatakan seorang itu berilmu?apakah asas pembelajaran kebangasaan itu tidak bertepatan dengan kehendak agama jadi ianya dikata ilmu sekular dan dinilai "kosong" walaupun berolih sijil sebesar tikar...?walhal setahu saya nabi kita sendiri pun mengunjurkan supaya umatnya menuntut apa jua ilmu hatta sampai kenegeri cina.Apa ilmu yang ada disana?
Inilah sebahagian pandangan dari ibubapa yang pro dan kontra,namun pemansuhan yang dicadangkan ini saya berpendapat dengan sokongan pengalaman sebelum ini dimana anak saya yang telah banyak berolih keputusan gred A kemudian apabila dipohon untuk kesekolah berasrama penuh pun juga telah ditolak, mungkin saya tidak ada cabel kenaliti agaknya, jadi dimanakah dikatakan untuk menjadikan peperiksaan ini sebagai kayu ukur untuk melayakkan seseorang murid berada pergi kesekolah berasrama penuh?
tok ayah su-tidak hapus pun tak apa, jika hapus terus pun lagi baik....
Jumaat, 2 Julai 2010
"aktiviti sri adidah sup" (ASAS)
Khamis, 1 Julai 2010
Tazkirah jumaat....
Salam hormat !
kita kongsikan ilmu yang saya perolehi hari ini...
Orang-orang Yang Didoakan Oleh Malaikat
Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diridhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati karena takut kepada-Nya"(QS Al Anbiyaa' 26-28)Inilah orang - orang yang didoakan oleh para malaikat:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci'" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)
2. Orang yang duduk menunggu shalat. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia'" (Shahih Muslim no. 469)
3. Orang - orang yang berada di shaf bagian depan di dalam shalat. Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang - orang) yang berada pada shaf - shaf terdepan" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)
4. Orang - orang yang menyambung shaf (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam shaf). Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bershalawat kepada orang - orang yang menyambung shaf - shaf" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)
5. Para malaikat mengucapkan 'Amin' ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah. Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu" (Shahih Bukhari no. 782)
6. Orang yang duduk di tempat shalatnya setelah melakukan shalat. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, " Para malaikat akan selalu bershalawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat shalat dimana ia melakukan shalat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini)
7. Orang - orang yang melakukan shalat shubuh dan 'ashar secara berjama'ah. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Para malaikat berkumpul pada saat shalat shubuh lalu para malaikat ( yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga shubuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu shalat 'ashar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga shalat 'ashar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hambaku ?', mereka menjawab, 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan shalat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan shalat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat'" (Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' ra., bahwasannya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan'" (Shahih Muslim no. 2733)
9. Orang - orang yang berinfak. Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit'" (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)
10. Orang yang makan sahur. Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang - orang yang makan sahur" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)
11. Orang yang menjenguk orang sakit. Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh" (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")
12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain. Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain" (dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)
Tok ayah su-Semoga kita tergolong diantara salah satu golongan orang-orang yang disebut diatas,amimm....