Kesahnya bermula kira kira empat tahun dahulu, sebuah motorsikal yang baru dibeli dan masih panas panas berbau kedai cuma sempat pakai guna hanya dua tiga minggu sahaja, tiba tiba senang senang pula dicuri orang,kesah ini berlaku ketika anak poksu berkerja diUSM Pulau pinang pada ketika itu.
Manakala yang terbaharu, sekali lagi berlaku kecurian motorsikal kepunyaan anak poksu. Lokasi kejadian diTaman Taming Sari,Kajang,Selangor.Masa disedari hilang kira kira pada jam 12 malam (2/2/2009),selepas itu anak poksu cuba meninjau ninjau dikawasan sekeliling,selepas penat mencari cari tidak juga dijumpai,akhirnya beliau mengambil keputusan untuk membuat report kebalai Polis Daerah Kajang pada jam 0118 pagi (03/2/2009).Agak memeranjatkan katanya mengikut maklumat anggota polis tersebut bahawa dikawasan taman ini amat terlalu kerap berlakunya kes kecurian motorsikal seumpama ini.Rupa rupanya penjenayah curi motorsikal disini telah menjadi "hero" kerana bolih mengalahkan kecekapan polis yang telah terkenal cekap,cepat dan betul itu..........
Kepada Pelawat blog ini,poksu merayu tolonglah beri maklumat seberapa segera kepada mana mana balai polis yang berhampiran sekiranya ternampak kelibat motorsikal yang hilang tersebut, butiran lengkap motorsikal adalah seperti berikut-Buatan:Yamaha 135LC, No.Chasis:PMYKGoi8o60025813,No Enjin:G349EE025813,No Pendaftaran (plat) :TAN 2612.
Dibawah ini adalah salinan polis repot:-KAJANG/003526/09Poksu-Diatas keperihatinan sdr/sdri terlebih dahulu didahului ucapan ribuan terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan