arkib

Jumaat, 3 Julai 2009

sukan

Salam hormat !

Disekitar tahun 2000-2004 saya agak bergiat aktif bersukan dengan bermain bolo sepak bersama sama anak anak muda kampung,sehinggalah mereka memilih saya untuk menguruskan satu pasukan dengan dibantu olih jurulatihnya iaitu seorang pemuda yang memegang jawatan ketua pemuda pas cawangan.Tetapi yang menyedihkan pasukan kami ini tidak ada padang bola yang sesuai,tiap tiap petang hari menumpang bermain ditanah sawah terbiar yang berlopak dan berlubang lubang kesan tapak pijakan lembu kerbau,akibatnya ada diantara pemain yang sering terseliuh kaki dek kerana terjerlus didalam lubang lubang tersebut.

Walaupun dalam keadaan daif sedemikian rupa namun atas semangat kesukanan pasukan kami sempat juga memasuki pertanding diperingkat liga dikampung kampung yang berjiran. Dengan demikian itu maka terjalinlah hubungan silaturrahim diantara para anak anak muda ini, kejuaraan bukan matlamat kami tetapi yang lebih penting ialah hubungan kemesraan tidaklah terbatas dengan sifat kepartian yang agak menebal pada sesetengan dari kalangan mereka disamping itu tidaklah anak muda ini sering menghabiskan masa dengan merempit semata.Jiwa muda pada kebiasaannya suka kepada hiburan,olih itu sukan juga salah satu kaedah untuk berhibur secara sihat.

Sejak akhir akhir ini saya perhatikan peringkat adik kepada abang abang mereka yang dulu itu telah mengabil alih bermain dipadang yang sama kerana ada diantara abang abang mereka tadi sudah ada yang berhijrah berkerja diluar negeri dan jika ada pun sudah berumah tangga dan maka dengan sendirinya mereka tidak lagi berapa aktif untuk bermaian.Tetapi yang menyedihkan keadaan padang masih masih masih juga tidak berubah.

Olih yang demikian teringat saya pada seusia muda remaja dulu,berhampiran padang ini juga tempat saya bermain bola untuk menghabiskan masa riadah pada setiap petang,keadaan padang pun sama dengan apa yang ada pada hari ini.jika anak hari tergeliat kaki bermain jadi apa kurangnya dengan saya dan kawan kawan lain pada masa itu.Entah berapa lama lagi keadaan tidak ada padang ini dapat diselesaikan tidaklah dapat dipastikan,Jaguh bola sepak kampung pun ada yang berpotensi untuk maju dalam bidang sukan ini jika kena dengan caranya,jadi fikir betul betul !

Poksu-merasakan melalui sukan mampu mengeratkan ikatan silaturrahim....!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan