Apabila bercakap tentang ubah panggilan nama ni maka poksu teringat akan satu kesah benar. Ceritanya bermula apabila salah seorang anaknya yang baru berumur beberapa hari lahir tetiba menanggis tidak henti henti siang dan malan 24 jam sehari sehingga tidak dapat hendak tidur bukan sahaja kepada anak tersebut malah kedua ibubapanya sekali turut terganggu jiwa dan mentel dengan kerenah anaknya itu.(lebih kurang cerita dalam filem Ahmad Albab itu la).
maka dibawalah anak tersebut berjumpa untuk ditelek olih setiap tok pawang dan tok bomoh serta para alim ulama" diserata ceruk kampung dan desa untuk mengetahui apakah puca penyakit yang dihinggapi olih sianak kecilnya itu,akan tetapi tangisan anak tersebut masih juga tidak reda reda.pada suatu malam bapa kepada anak tersebut telah bermimpi berjumpa dengan suatu lembaga yang bersuara mengarahkan beliau agar anak itu ditukar atau diubah dipangkal nama anak tersebut dengan memasukkan panggilan raja raja kebayakan (jembal)dengan alasan keluarga ini yang berasal usulnya dari keturunan Che Siti wan khadijah (bukan nama sebenar)kata lembaga tersebut.
Mahu tidak mahu secara hendak cuba beriktiar makanya diubahlah nama anak tersebut dengan panggilan nama baru dengan memasukkan gelaran sebagaimana kehendak suara dalam mimpi tersebut. Selang beberapa hari selepas itu, dengan kehendak Allah jua maka serasilah agaknya nama tersebut membuatkan anak kecilnya itu tidak lagi menanggis nanggis seperti sebelumnya. Persoalannya adakah kesah kejadian tersebut diatas tersebut berlaku secara kebetulan atau pun apa? sama samalah kita fikir betul betul !
Moralnya-nama sememangnya lah menjadi adab orang orang melayu agar dipanggil dengan panggilan yang lebih bersopan malah agama islam juga mengalakkan agar nama anak diberi dengan panggilan yang baik baik....
poksu-juga hendak tukar kepada panggilan nama diri yang baru iaitu Tok Ayah Su (sebab sudah berstatus datok kerana sudah ada cucu... he...he...he...).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan