(imej 2)
ulasan akan menyusul ......tungggu ....!
Salam hormat !
Jika semua dari apa yang kita rancangkan sering menjadi kenyataan nescaya tidaklah ada duka dan nestapa sebabnya setiap orang inginkan satu kehidupan yang bahagia,mendapat apa yang dirancangkan adalah satu nikmat manis yang tidak dapat digambarkan dengan kata kata,tetapi tidak semestinya begitu,kelmarin dan dan semalam tok ayah su dan keluarga masih dalam mood hari raya dan begitu juga dengan perasaan orang lain,tapi apakan daya...lain yang dirancang lain pula yang terjadi.
Pada hari raya kedua tidak sekena mengena jatuh sakit (demam panas) pula anak bongsu intan payung kesayanganku,terpaksalah dirujuk kepada hospital berdekatan (Hulu Terengganu) setelah ubat yang diambil dari farmasi swasta tidak menjadi dan serasi.Setelah para petugas hospital termasuk doktor bertungkus lumus memeriksa secara asas dari jam 10 malam sehingga keawal pagi lalu dinasihatkan untuk dimasukkan kewad dahulu buat sementara waktu bagi tujuan perubatan lanjutan.Jadi tumpuan mood raya kini telah bertukar ke"plant B".
Terkini :
Salam aidil fitri !
Allah huakbar allah huakbar 3x .
Kemenangan sebulan dibulan ramadhan melawan nafsu dengan menahan diri dari lapar dan dahaga disamping menjauhkan diri daripada perkara perkara yang bolih merosakkan amalan berpuasa telah pun disempurnakan secara cukup olih para muslimin dan muslimat makanya hari ini kita sama sama menyambutnya dengan penuh bangga dan girang akan kemenangan tersebut.
Bagi yang berkemampuan akan menyambutnya dengan memakai pakaian serba baru dan bagi yang berkeluarga besar sudah tentu banyak belanja yang perlu dikeluarkan termasuklah juadah serta kuih muih hari raya.Alhamdulillah dibulan ini juga banyak insan insan yang sudi menyumbang untuk keluarga keluarga yang kurang bernasib baik tersebut,terima kasih kita ucapkan !inilah satu kelebihan pada orang islam kerana mereka percaya setiap amalan kebajikan yang dicurahkan pasti akan dibalas olih Allah S.W.T, itulah seruan agama kepada orang islam.
walau bagaimana pun kepada mereka yang kehilangnan ahli keluarga akibat kemalangan jalan raya dan lain lain musibah kita mengucapkan tahziah kepada keluarga mereka,yang pergi tetap pergi yang tinggal tetap mesti mahu merempuh liku liku kehidupan seperti biasa,jesteru itu kita mengharapkan mereka ini banyak banyak bersabar dengan apa yang telah ditakdirkan itu dan cuba kita hindari dari terus berlaku unuk masa masa yang mendatang.sesungguhnya setiap sesuatu kejadian itu ada hikmah yang tersendiri dimana kita sendiri tidak tahu apa yang tersembunyi disebaliknya.Olih yang demikian marilah kita sama sama berdoa agar kita dijauhkan dari sekian mala petaka yang tidak mampu kita hadapi.....amim ya rabbal aalamim!
Tok ayah su-mengucapkan selamat hari lebaran aidil fitri kepada sesiapa yang mengenali diri ini termasuklah kepada pegunjung blog ini,maaf zahir dan batin...!