Kira kira beberapa jam sahaja adik bongsunya keluar wad (kerana deman panas) tetiba abangnya pula menyusul,pada mulanya sangkaan sakit perut biasa sahaja,namun setelah pehak hospital membuat pemeriksaan didapati sakit perutnya berpunca daripada sejenis penyakit "ependik',dari hospital Hulu Terengganu terus dikejarkan kehospital Besar Nur Sultanah Zahirah,kuala Terengganu.
Disini sekali lagi pemeriksaan telah dibuat olih Dr Amru,lalu disarankan "pembedaham kecil perlu dibuat sebelum pundi urat perut penyebab sakit tersebut menjadi pecah" katanya.Saya menanda tangan borang persetujuan untuk pembedahan.
Dalam keadaan kekurangan kakitangan kerana masih ada yang bercuti raya (runggut salah seorang jururawat) namun saya lihat setiap kakitangan hospital tetap memberi tumpuan terhadap tugas masing masing dan segala urusan pembedahan telah pun berjalan lancar dengan jayanya,setakat ini saya sangat berpuas hati dan ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kaki tangan hospital yang terlibat.
Tok ayah su-berat mata memandang berat lagi bahu memikul.....!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan