imej satu
imej dua
imej dua
Bukti permohonan
Salam hormat!
Daripada:Munah bt Haj Abas
No.Kad Pengenalan:290105-11-5030
Kepada: sesiapa yang berkenaan
Perkara: aduan penduduk tempatan
Lokasi:Kampung Bukit Kolam,Pekan Ajil.
Mukim:Penghulu Bukit Diman.
Daerah: Hulu Terengganu.
Adalah saya rasa terpanggil untuk memanjangkan aduan ini bagi pehak penama diatas berkenaan pemasaallahan rasa kurang senang dan tidak berpuashati beliau tentang pencerobohan tanah yang dipohon (rujuk bukti permohonan diatas) olih pehak berkuasa tempatan bagi tujuan pembinaan Padang Bola tanpa ada sebarang pampasan atau sagu hati malah langsung tidak mengambil kira hasil titik peluh dan wang ringgit yang dikeluarkannya selama ini.Untuk makluman sejumlah besar keluasan tanah yang dipohon telah pun diambil balik olih pehak kerajaan untuk tujuan tersebut,namun yang masih tinggal hanya sedikit sahaja lagi meliputi kawasan tapak dan rumah serta sekitarnya.
Apa yang lebih mendukacitakan,kesan dari kerja kerja projek menambung tanah (rujuk imej satu diatas) pada bulan Nov-Dec 2009 untuk tujuan laluan jalan kepadang bola tersebut didapati pehak kontrekter tidak mengambil berat akan keperluan asas seperti pedawaian eletrik dibiarkan tersangkut pada kenderaan lori pengangkut tanah sehingga terputus dan terjuntai meleret ketanah (rujuk imej 2) berserta dengan meter luar didinding juga terkopak. Sehingga aduan ini ditulis didapati ianya masih lagi tidak diambil sebarang tindakan untuk membaik pulih walaupun kini sudah hampir 3 bulan projek tersebut terhenti.
Tok ayah su-mohon beri pembelaan sewajarnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan