arkib

Ahad, 16 Mei 2010

Doa...doa jugak !



sambungan kepada artikel sebelum ini...

Salam hormat !

Saya bolih bersetuju dengan kata kata Y.A.M Dato"Tengku Putera Tengku Awang dengan katanya "berdoa tu berdoa jugak...tetapi kita juga perlu bertindak segera" (ruj:video klik yang lepas) maka kerana itulah juga saya selaku ketua Biro Agama telah membuat satu usul,berikut adalah petikan intipati kandungan ucaan usul yang telah saya bentangkan:

"Yang berbahagia Tuan Haji YDP,Ketua Cawangan,semua ahli jawatan kuasa,tuan tuan dan puan puan yang saya hormati sekalian.Berdirinya saya dihadapan tuan tuan adalah sebagai hendak membentangkan satu usul untuk ditujukan khas buat pentadbiran cawangan ini.Saya telah dipilih (bukannya dilantik) olih tuan tuan dan puan puan semua untuk saya turut sama berada didalam barisan kepimpinan cawangan.Olih yang demikian amanah yang diberikan ini tidaklah mahu saya hanya sekadar memanaskan kerusi,atau hanya sekadar menjadi pemerhati atau membangkang kepada mana mana dasar dasar yang akan dijalankan olih persatuan atau pun hanya sekadar memenuhkan majlis mesyuarat dengan hanya membaca doa semata mata.Walau pun doa itu penting dan sebahagian daripada kerja ibadat namun kita harus juga ingat firman tuhan yang bermaksud "kami tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubahnya".Pepatah melayu juga ada menyebut "yang bulat tidak akan datang bergolek yang pipis tidak akan datang melayang tanpa sedikit usaha".Malah dimimbar mimbar khutbah jumaat juga kita sering dengar Khatib berpesan "bertebaran kamu dimuka bumi Allah ini untuk mencari rezeki selepas menunaikan solat/jumaat".

Olih yang demikian,alhamdulillah kita masih lagi dipanjang umur dapat bertemu kembali pada tahun ini selepas perjumpaan kita pada kira kira setahun yang lalu,dan seandainya persatuan kita ini mempunyai pejabat sendiri sudah tentu jarak masa pertemuan antara kita akan dapat sering diketemukan dipejabat dan tidaklah hanya sekadar memakan masa dalam hanya setahun sekali seperti sekarang, sekaligus dapat menyelesaikan sebarang permasaallahan yang mungkin berbangkit dengan kadar segera, insallah.Jesteru itu jika tuan tuan masih ingat,dalam mesyuarat agong pada tahun lepas saya telah memberi sedikit "mukaddimah" akan bayangan usul yang akan saya utarakan.Jadi pada tahun ini saya sekali lagi telah diberikan peluang untuk membentangkan usul tersebut. Usul yang saya maksudkan itu ialah untuk mewujudkan "Tabung Khairat Kematian" dibawah pentadbiran cawangan yang diuruskan dibawah aktiviti "Gerak kerja Biro Agama".

Tuan tuan mungkin berfikir,ini tak ada kerja lain,asyik asyik minta duit...minta duit, untuk makluman tuan tuan,kita tidak mahu menjadi "juara susahkan rakyat",maka kerana itu tabung ini adalah berbentuk sementara,jika tuan tuan perlu menyumbang untuk tabung ini pun hanya sekadar untuk buat sementara,iaitu sementara kita memperolihi dana dari sumber yang lain, almaklumlah untuk mendapatkan sesuatu peluang seperti kata Dato" Ku Tera tadi kita perlu merebut peluang kerana kemungkinan pusat peranginan Tasik Kenyir yang sedang membangun akan dijadikan sebuah bandar bebas cukai maka sudah tentulah ianya sedikit sebanyak memerlukan kos seperti untuk mendapatkan premis antaranya kos "aggrement page dan juga kos "lowyer letter" (dengan izin) sekurang kurangnya 10 Peratus dari harga premis perniagaan tersebut. Maka dari tabungan inilah yang akan kita gunakan.Jika ada rezeki premis tersebut akan menjadi milik persatuan,jadi kita berhasrat untuk sewakan kepada mana mana ahli yang berminat,dari hasil sewa inilah akan kita masukkan kedalam Tabung Khairat Kematian,setelah kita dapat punca dan ada sumber tersebut maka disaat itulah kita akan hentikan serta merta kutipan sumbangan dari tuan tuan.

Akhirnya saya harap tuan tuan dapat memahami hasrat saya untuk menubuhkan tabung khairat kematian ini sekali gus untuk mencari satu sumber tetap bagi membolihkan persatuan mengerakkan segala aktivitinya,sekian terima kasih.

Tok ayah su-Alhamdulillah telah dipersetujui olih ahli dan disokong secara majoriti.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan