Jom selongkar link dibawah >
arkib
Rabu, 29 September 2010
Isnin, 20 September 2010
kenangan syawal,mood raya lagi...
Jika bercakap tentang ibu,lalu terkenanglah saya dibulan syawal dizaman kanak kanak dulu,pada ketika itu saya kurang faham tentang adanya puasa selepas puasa dibulan ramadhan,saya pernah bertanya pada nenek kenapalah beliau masih lagi sibuk sibuk membuat ketupat dan juga tapai sedangkan hari raya telah pun lepas,katanya ingin merayakan puasa enam,oooh...alangkah meriah dan ambik caknanya orang orang tua dahulu meraikan puasa enam, sanggup berlapar ketika orang lain sibuk meraikan majlis makan itu dan ini sempena hari raya.Bilalah agaknya cucumu ini akan mengikut jejak langkahmu?Semoga roh mu tenang dan tenteram disisi orang orang beriman,aimm!
Bila bercakap tentang majlis makan makan begini,teringat pula saya ketika didalam perkhidmatan tentera dahulu, bolih dikatakan hampir setiap bulan pasti akan ada majlis makan makan,jika tidak dibuat dihotel akan dibuat direstoran dan jika tidak dibuat luar akan dibuat juga didalam kawasan kem. Majlis perpisahan ,majlis suai kenal la,majlis keraian kenaikan pangkat,majlis sambut hari kebesaran dalam agama juga tidak ketinggalan dan macam macam majlis lagi,setiap satu satu majlis akan rabaklah poket kadang kandang mencecah 1/3 dari gaji,kena pakat pakat 'share" ramai ramai bagi melunaskan bayaran majlis,waduh...tolak kiri tolak kanan seminggu lepas raya poket jadi kosong. Itulah kenangan lama namun pada ketika itu terfikir juga saya alangkah bertuahnya tauke hotel atau restoran kerana sering menerima kunjungan pelangan,kerana keseronakan itulah juga timbul idea untuk saya membuka restoran selepas tamat perkhidmatan,mudah mudahan restoran saya nanti akan dikunjungi olih bukan sahaja orang persaorangan tetapi dari pelangan secara berkumpulan,jika orang melayu tidak suka bermuafakat memilih restoran orang melayu untuk menolong melayu,maka kepada siapakah lagi ushawan melayu untuk mengadu,jikalah demikian maka sukarlah orang melayu untuk maju.
tok ayah su-sukakan bangsa melayu sebab nabi ibrahim juga suka kaum arab dan berdoa supaya keturunan arab lahir sebagai nabi akhir zaman.....
Ahad, 19 September 2010
selingan orang seni
Lagu > Pergi jahanam dengan mu.....
Tok ayah su-bagaimana irama begitulah lagunya...kepimpinan melalui tauladanlah katakan.
Sabtu, 18 September 2010
"Sekolah Hamil"hasil kejayaan anak merdeka?
Itulah serba rengkas senikata lagu dikir barat yang bolih disiniskan kepada anak anak muda remaja hari ini,tetapi lagu tersebut telah diharamkan sebab ada sedkit unsur lucah,apa yang hendak dikaitkan ialah apa itu "cinta monyet",satu bidalan bahasa melayu yang membawa maksud satu perasaan cinta yang tidak kekal dan hanya sekadar hendak bersuka sukaan sahaja.Cuba pula kita perhatikan telatah atau perangai monyet,sememangnya haiwan ini sukakan kepada pergaulan bebas dan bertukar pasang pasangan,namun disebaliknya itu spesis beruk ini mempunyai sifat terpuji kerana teramat amat sayangkan kepada anaknya,didukung sambil didakap kemas olih anak yang berada dibawah perut ketika hendak melompat atau bergayut dari satu dahan kesatu dahan.Sekiranya ada sebarang anasir jahat cuba menganggu anaknya akan pasti bapaknya datang menerkam kerana ingin menghalang sebarang kejadian bolih mengancam anak anaknya.
Malang sekali dengan spesis yang bernama manusia,walaupun terdapat ayat yang menyatakan "wahai manusia,kamu adalah sebaik baik kejadian ciptaan tuhan" tetapi masih terdapat juga spesis manusia yang bolih bolih mengalahkan haiwan yang tidak berakal untuk berfikir dengan melakukan pembuangan bayi yang tidak berdosa,memalukan....wahai anak anakku " ingatlah juga akan ancaman azab siksaan tuhan kerana melakukan kesalahan membunuh tanpa sebab itu terlalu besar akan dosanya".
Tok ayah su-nak bela kambing sebab kambing juga sayangkan anaknya....
Jumaat, 17 September 2010
Rabu, 15 September 2010
kenangan disekitar hari raya
Majlis akad nikad nikah> murah je belanja kahwin dikelate
tok ayah su-untuk tatapan bersama anak yang tidak dapat pulang berhari raya kerana sedang belajar diseberang laut...selamat hari raya dari ayahda mu !
Jumaat, 10 September 2010
Selasa, 7 September 2010
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Isnin, 6 September 2010
jalan jalan sepetang dibazar ramadhan...(5) Murtabak makanan angkasawan?
Sabtu, 4 September 2010
jalan jalan sepetang dibazar ramadhan...(4)
Jumaat, 3 September 2010
jalan jalan sepetang dibazar ramadhan...
video santai gambaran orang ramai berbuka dipadang Dataran Shah Bandar
salam hormat!
Ketika meninjau ninjau sambil mememankan tok nek su berbanja untuk membeli pakaian anak anak kedengaran suara runggutan dari beliau mengatakan barangan pakaian raya pada tahun ini mengalamai banyak kenaikan harga,samaada diBazar Tanjung (bekas tapak stesyen bas ekspress) mahupun di pusat membeli belah kebanyakannya menawarkan harga yang amat tinggi walaupun untuk sepasang baju kurung kanak kanak mencecah harga sehingga rm50 keatas begitu juga dengan harga kasut kasut raya.Bagi mereka yang mempunyai ramai anak seperti tok ayah su sudah tentu berfikir panjang kerana jika dibajetkan rm 100 seorang didharabkan dengan 7 0rang sudah tentu rm700 ringgit,pecak rabaklah poket paksu,tetapi jika terlebih bajet daripada itu lagilah bertambah serabut kepala hotak ni memikirkan dimanakah hendak di cekau buat belanja persiapan raya anak anak.Olih kerana itu tok nek su terpaksa pulang hampa pada malam itu kerana tidak dapat berbelanja sepunuhnya,masih banyak keperluan baju raya aak anak tidak dapat dipenuhi,aduh...aduhh....duh...duh...duh...du...du...