Jika bercakap tentang ibu,lalu terkenanglah saya dibulan syawal dizaman kanak kanak dulu,pada ketika itu saya kurang faham tentang adanya puasa selepas puasa dibulan ramadhan,saya pernah bertanya pada nenek kenapalah beliau masih lagi sibuk sibuk membuat ketupat dan juga tapai sedangkan hari raya telah pun lepas,katanya ingin merayakan puasa enam,oooh...alangkah meriah dan ambik caknanya orang orang tua dahulu meraikan puasa enam, sanggup berlapar ketika orang lain sibuk meraikan majlis makan itu dan ini sempena hari raya.Bilalah agaknya cucumu ini akan mengikut jejak langkahmu?Semoga roh mu tenang dan tenteram disisi orang orang beriman,aimm!
Bila bercakap tentang majlis makan makan begini,teringat pula saya ketika didalam perkhidmatan tentera dahulu, bolih dikatakan hampir setiap bulan pasti akan ada majlis makan makan,jika tidak dibuat dihotel akan dibuat direstoran dan jika tidak dibuat luar akan dibuat juga didalam kawasan kem. Majlis perpisahan ,majlis suai kenal la,majlis keraian kenaikan pangkat,majlis sambut hari kebesaran dalam agama juga tidak ketinggalan dan macam macam majlis lagi,setiap satu satu majlis akan rabaklah poket kadang kandang mencecah 1/3 dari gaji,kena pakat pakat 'share" ramai ramai bagi melunaskan bayaran majlis,waduh...tolak kiri tolak kanan seminggu lepas raya poket jadi kosong. Itulah kenangan lama namun pada ketika itu terfikir juga saya alangkah bertuahnya tauke hotel atau restoran kerana sering menerima kunjungan pelangan,kerana keseronakan itulah juga timbul idea untuk saya membuka restoran selepas tamat perkhidmatan,mudah mudahan restoran saya nanti akan dikunjungi olih bukan sahaja orang persaorangan tetapi dari pelangan secara berkumpulan,jika orang melayu tidak suka bermuafakat memilih restoran orang melayu untuk menolong melayu,maka kepada siapakah lagi ushawan melayu untuk mengadu,jikalah demikian maka sukarlah orang melayu untuk maju.
tok ayah su-sukakan bangsa melayu sebab nabi ibrahim juga suka kaum arab dan berdoa supaya keturunan arab lahir sebagai nabi akhir zaman.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan