Apabila tiba disaat saat pilihanraya samada pilihanraya kecil ataupun pilihan raya umum maka timbullah pelbagai isu diantaranya penghijrahan anak anak tempatan merantau kekeluar kawasan kerana kekurangan peluang pekerjaan manakala para peniaga pula merunggut kerana peluang perniagaan sukar berkembang kerana tahap kemajuan ekonomi komuniti setempat amat terbatas.
Sebagai seorang yang pernah merantau hampir keseluruhan pelusuk Malaysia sebelum ini sudah tentu dapat saya membezakan dimana mana tempat yang dikatakan sebuah Pekan tetapi jika dilihat pembangunan semaju dengan apa yang ada diBandar,senang cerita lihat contoh Pekan diraja Pahang dengan Pekan diAjil Terengganu. Disebalik 50 tahun lebih Negara telah merdeka untuk apa kita perlu berselindung disebalik sifat 'good factor" (suasana selesa) sedangkan keadaan sebenarnya tidak demikian.Buktinya lihatlah gambar diatas,masih terdapat bangunan usang dalam sebuah Pekan diAjil Terengganu.Isunya soal pembangunan tidaklah bolih dijadikan bahan kempen dalam setiap pilihanraya kerana kemunduran juga berlaku dalam sebuah negeri yang kaya dengan hasil petroliumnya.
Tok ayah su-sekadar mengenang dan merakam sejarah warisan pembangunan.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan