Manakala dizaman pra permulaan islam pernah berlaku peristiwa tuduh menuduh yang hampir membawa kepada tercetusnya peperangan,ini diceritakan dalam satu peristiwa berlakunya pertumpahan darah dibulan bulan yang mengharamkan bagi umat islam berperang,Kesempatan keemasan ini telah diambil olih kaum qurais untuk mejadi batu api dengan melaga lagakan secara menyebarkan dahyah dengan menuduh nabi Mohammad S.A.W dan sahabatnya telah mencabuli kesucian bulan bulan mulia dengan melanggar perintah larangan berperang.
Disaat itu turunlah ayat al-Qur"an yang berbunyi "peperangan didalam bulan ini adalah berdosa besar,akan tetapi pebuatan mereka (orang orang kafir) yang menghalang orang islam untuk datang kemasjidil haram serta mengusir penduduknya itu adalah terlebih besar lagi akan dosanya berbanding berperang dibulan yang dihormati ini.Dan mereka itu (orang kafir) sentiasa mahu memalingkan kamu kepada ajaran mereka,maka barang siapa diantara kamu murtad (yakni berpaling tadah) dari agama islam nescaya matinya akan tetap didalam kafir yang demikian itu akan rosak binasalah amal usahanya (yang baik) sebelum itu lalu kekallah ia didalam neraka untuk selama lamanya (Al-Baqoroh:217).
Poksu-untuk renungan diri sendiri dan kepada sesiapa juga yang ingin mengambil pengiktibaran daripadanya..!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan