Apa yang dipersembahkan ialah bayangan dalam bentuk angka yang akan diperuntukan sejumlah tertentu bagi tujuan latihan kemahiran dan juga persediaan untuk pengambilan siswazah yang sedang menganggur bagi mengisi jawatan kosong dibeberapa kementerian atau di jabatan kerajaan.Namun demikian kita juga difahamkan dari pakej yang dibentangkan itu langsung tidak menyentuh kepada nasib 340.000 pesara kerajaan yang mana suku juta dari angka tersebut mungkin terdiri dari pesara tentera yang juga sedang menganggur. Sayugia dimaklumkan para pesara tentera ini purata umurnya dibawah 56 tahun (bagi pegawai LLP).Bererti mereka ini masih lagi berpotensi dan berupaya untuk terus menyambungkan kerjanya dibidang awam yang mungkin bersesuaian dengan kemahiran dan pengalaman yang beliau miliki dalam perkhidmatan tentera.Jadi apa salahnya sebahagian dari pesara tentera yang saya maksudkan ini perlu juga dimasukkan sekali kedalam peruntukan pakej rangsangan ini untuk mengisi perjawatan awam dalam kerajaan.
Jika dilihat pada kelulusan asas akedemik golongan pesara tentera hanya diperingkat sekolah menengah sahaja,namun demikian jika diteliti dari pengalaman kerja dan juga melalui kursus kursus diperingkat sijil yang dihadiri semasa dalam perkhidmatan,saya yakin dan percaya "status" pengetahuan mereka bolih disetarafkan dengan kemahiran lepasan sijil sijil kursus MLVK, malah tidak keterlaluan jika bolih dikatakan keilmuan mereka juga bolih setanding dengan seorang para siswazah yang berkelulusan diperingkat diploma.Sebagai contoh jika digabungkan kesemua kursus kursus yang saya sendiri hadiri seperti mengambil kursus sijil asas pengenalan komputer,sijil asas perakaunan perniagaan dan usahawan,sijil asas masakan dan hospitaliti,sijil asas menjadi tenaga pengajar memandu kenderaan,,sijil asas keagamaan ulumul al"qur"an.Sijil pengurusan dan pentadbiran tenaga kerja (anggota),diploma makanan dan perhotelan (secara tidak formal). Nah....itulah sebabnya saya katakan jika dikabungkan pengetahuan ini,bolih mencabar keintelektual seorang siswazah yang ada diploma mahupun ijazah.
Olih yang demikian saya kira sudah sampai masanya pehak kerajaan mengiktiraf kemahiran kerja bekas bekas tentera dan sedikit peratusan kuota kerja juga perlu turut diperuntukan kepada pesara tentera ini.Satu usul lagi daripada saya ialah keupayaan dan kebolihan yang diperolihi dalam pengalaman kerjaya tentera dapat digabungkan sama dengan kelulusan akedemik semasa sebelum memasuki tentera.Tambah nilai ini perlu diambil kira dan menjadi pra syarat untuk diambil bekerja bagi mendapat tahap gaji sekurang kurangnya setaraf juga dengan tangga gaji para pemegang diploma.
Dengan cara ini sahajalah,peluang untuk menaikan taraf serta menambah baik tahap ekonomi bekas bekas pesara tentera dan perlu diingat mereka ini harus dan perlu dibela kerana meraka bukannya bekas banduan atau bekas penagih dadah, akan tetapi sebaliknya ialah bekas orang yang berjasa pada bangsa dan negara.Akhirnya terima kasih kepada mana mana individu atau organisasi yang sanggup tampil membela para pesara ini.
Poksu-bercadang hendak menambah ilmu dengan mengikuti kursus sebut harga dan angkat tender...!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan