Mengikut kata dari mulut anak saya mengatakan beliau kurang selesa untuk meneruskan pengajian setelah menamatkan dua semesta sebelum ini disebabkan pemindahan kolej tempat penginapan dari shah alam kepuncak alam hulu selangor,walaupun kesemua bangunan disini kesemuanya dikatakan bangunan baru baru malah kemudahan pasarana bolih dikata selesa namun disebaliknya pula kemudahan alat pembantuan belajar yang yang lain lain seperti perpustakaan dan kemudahan teknologi komputer masih lagi tidak seimbangan berbanding dengan infrastuktur yang ada di tempat lama iaitu diketika berada diShah Alam, maka dengan itu beliau merasa sedikit rimas dan memberi sedikit tekanan untuknya mencari bahan bahan, selain daripada terpaksa membayar sewa penginapan sebanyak rm420 satu semester tidak termasuk kos makan dan minum dan yuran pengajian yang perlu ditanggung sendiri.Olih yang demikian beliau membuat keputusan untuk mengambil 'cuti khas' balik kembali berehat dikampung untuk sementara waktu dan jika ada rezeki beliau akan meneruskan pengajian bagi sessi semester yang ketiga dan seterusnya dilain masa yang mengizinkan untuknya menyambung balik.
Terbukti memang benarlah apa keluhan dari anak saya itu kerana saya sendiri mengalami situasi dimana ketika saya berada diperkarangan kawasan penginapan pelajar saya dapati untuk menunaikan solat pun tidak ada tempat khas seperti surau mahu pun masjid,yang ada cuma sekadar berkongsi tempat didalam satu dewan makan atau cafeteria dsilingkungi dengan lindungan tabir dan disebelah menyebelahnya adalah bolih dikatakan dipenuhi dengan gerai gerai dan meja meja makan dan adakalanya ketika bersolat akan terhidu bau wangian masakan dari gerai sebelahannya.
Walau bagaimanapun saya kira tempat ini memang sesuai untuk pelajar pelajar untuk belajar (jika ada pasarana yang mencukupi) kerana tempatnya amat jauh dari persekitaran yang bolih merosakkan siasah dan sosial anak muda yang datang dari desa untuk belajar jika sekiranya kawasan belajar ini dipenuhi dengan persekitaran yang penuh dengan tempat tempat maksiat yang melalaikan,tetapi tidak disini...itulah kelebihannya !
tok ayah su-mengucapkan terima kasih kepada ketua pengurusan perkhidmatan makanan dan pengurusan hotel,Puan Sabaianah Bacok yang banyak mengambil berat akan hal elwal permasallahan para pelajar dibawah selian anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan