(kenali tuan punya warong:Down load media flast player untuk melihat wajahnya)
Disemasa dalam perjalanan dari Terengganu kesini saya sempat merakamkan gambar apa apa sahaja difikirkan didalam kepada memberi satu makna keunikan tersendiri dengan menempuh Tol yang memakan belanja hampir rm 50 lalu sampailah saya kesebuah bandar terpelajar Bangi, bandar elit dengan kepadatan penduduk yang terdiri dari penuntut Universiti berserta dengan tenaga pegajarnya,disinilah bermestautinnya kawan saya itu sejak hampir 30 tahun dahulu. Mungkin kerana beliau melihat bidang niaga makanan bolih mendapat pasaran disini makanya digagahi tenaganya untuk mengusahakan sebuah warong makan.Walaupun warong ini bukanlah satu tapak asal yang pertama baginya kerana sebelum ini beliau juga pernah membukanya disekitar bandar kajang dan Sg Besi malah pernah jatuh bangun dalam perniagaan kedai makan ini beberapa kali,namun katanya ditapak yang ada sekarang inilah bolih memberi lebih keselesaan kerana telah berjaya memperolihi pendapatan yang agak lumayan berbanding ditempat tempat lain sebelumnya.
Semangat usahawannya tidak pernah luntur walaupun kadangkala terpaksa kehabisan modal untuk memulakan satu satu perniagaan baru sehinggakan ada kalanya mahu tidak mahu terpaksa meminjam wang dari pusat pinjaman tanpa lesen dan juga menguna tenaga pekerjanya dari pendatang tanpa permit (izin) disamping terpaksa menempuh dengan pelbagai kerenah dari pehak berkuasa tempatan untuk mendapat kelulusan tatkala mula untuk merintis tanah tapak berserta kesukaran untuk medapat kemudahan asas seperti api letrik dan air. Kesungguhan dan kegigihannya itu kini telah menampakkan hasil yang cemerlang kerana telah berjaya memperolihi pendapatan dalam sekitar rm 1500-3000/sehari...woww...mengagumkan! syabas sahabatku.........
Tok ayah su-tuah ayam nampak dikaki...tuah manusia tiada siapa yang tahu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan