Jawatan kuasa MTD begitu komited menghimpunkan dana infaq fisabilillah melalui "bumbo fund"
Jom selongkar link dibawah >
arkib
Jumaat, 31 Disember 2010
Membuka tirai 2011...
Jawatan kuasa MTD begitu komited menghimpunkan dana infaq fisabilillah melalui "bumbo fund"
Selasa, 28 Disember 2010
Kenangan dihujung tahun 2010....
Khamis, 23 Disember 2010
pada pendapat saya...
Pakar kaunseling dalam sebuah buku "Pembentukan Keluarga Muslim Sejahtera Bahagia" mencatatkan beberapa kaedah teknik pendidikan mengikut tahap umur seseorang kanak kanak antaranya:
1.Tahap 7 tahun pertama iaitu dari 1 tahun hingga tujuh ke 7,anak anak perlu dibelai,didekati dan diberi kasih sayang serta diajar dalam perkara asas agama iaitu bab Fardu Ain.
2.Tahap 7 tahun kedua iaitu dari tahun 7 hingga ke 14,didik dan latihlah mereka menegenai tangungjawab menunaiakan solat,jika engkar pukullah sekadar merotan sebagaimana yang disaran olih nabi apabila genap masuk umur ke10 tahun atau sudah masuk petanda umur baligh iaitu datang darah haid bagi perempuan.
3.Tahap ketiga dari umur 14-21 tahun,dekatilah seumpama kawan yang bolih berkongsi citarasa mahupun minat dan juga mengenali isihati yang tersirat termasuklah menyelesaikan sebarang permasaallahan mereka jika ada.
4.tahap keempat iaitu dari umur 21 tahun keatas-mereka perlu diiktiraf sebagai orang dewasa dan dijadikan rakan berbincang untuk membuat sebarang keputusan.
Maka kerana itu hindarilah mereka (kanak kanak itu) dari perasan takut dan menakutkan, contohnya bagi kanak kanak lelaki yang sudah masuk umur genap 10 tahun keatas tetapi ditakutkan untuk bersunat atau berkhatan,namun demikian jika umur ditahap itu kebiasaannya batang zakar kanak kanak lelaki tidak lagi lepas takuk pergelangan kepala zakar,jika dipaksa paksakan supaya terleceh sudah tentu akan menimbulkan kesakitan sekaligus akan menyakitkan, tidakkah ini dikatakan menimbulan kepada timbulnya perasaan takut? lebih malang lagi jika dipaksa untuk dikhatankan juga dengan keadaan kulit zakat tidak terleceh dari takuk,infaqnya apabila sembuh nanti pasti akan ada "kulit terlebih" sekaligus akan menutupi celah celah takuk dan akan dibimbangi tumbuhnya tahi tahi kulup/kulat yang mengkotorkan lalu tidak pula suci untuk dibawa bersolat,maka kerana itu mereka yang amat perihatin dengan kebersihan diri pasti akan bersunat untuk kali kedua bagi membuang kulit zakar yang terlebih tadi supaya ianya dijamin bersih dan mudah dibersihkan.
Ada juga pehak yang cuba menokak tambah kononnya bersunat diusia semuda 10 tahun adalah saranan dari sunah nabi,jadi pada pendapat saya,biarlah saya kilaf dalam soal ini kerana saya melihat banyak keburukkan yang akan timbul terkemudian hari,untuk sebaik baiknya lihat dan tanyalah pada anak anak anda adakah "kulit zakar di kepala takuk sudah terleceh ataupun belum'? jika belum biarkan dia berusaha sendiri secara perlahan lahan melepaskan lecehan kulit kepala zakar tersebut kemudian bersedialah untuk dikhatan atau disunatkan.Dan janganlah hendaknya kerana kita hanya melihat dari sudut meterial seorang satu kepala yang berkhatan maka MTD akan dapat rm60 atau rm 80 seorang sebagai upah....
tok ayah su-bersunat ketika berumur 12 tahun....
Ahad, 19 Disember 2010
Merakamkan ucapan....
Khamis, 16 Disember 2010
Rabu, 15 Disember 2010
Isnin, 13 Disember 2010
Ahad, 12 Disember 2010
Sabtu, 11 Disember 2010
Jumaat, 10 Disember 2010
Khamis, 9 Disember 2010
Rabu, 8 Disember 2010
Selasa, 7 Disember 2010
Isnin, 6 Disember 2010
Ahad, 5 Disember 2010
Sabtu, 4 Disember 2010
Pengetahuan Am (3) mesti baca..
Jumaat, 3 Disember 2010
Selasa, 30 November 2010
risalah warta rakyat (riwayat)
Kata orang jika mahu sesuatu pembangunan dalam sesuatu kawasan tersebut maka yang perlu dilakukan olih rakyat biasa ialah jangan bersikap terlalu jumud iaitu statik atau tetap dengan hanya satu pendirian pimpinan sahaja kerana setiap pimpinan ada misinya yang tersendiri untuk menarik penyokongnya,bagi seorang orpotunis pasti akan berubah berubah pendirian terkecualilah jika seseorang itu memang pejuang parti politik sudah pasti ia akan tetap dengan istiqomah (optimiss) dengan parti politik sanjungannya.
akan bersambung....
Ahad, 28 November 2010
Politik:Ketuanan melayu atau ketuanan rakyat?
Jumaat, 19 November 2010
kenangan disekitar hari raya Qurban...
'sahaja aku sembelih haiwan korban ini bagi mewakili 7penama yang ambil bahagian kerana Allah Ta"alla" (agaknya begitulah niat lapaz sembelih olih Alfadhil Ust Ismail)
Salam hormat!
Allah huakbar...allah huakbar...allah huakbar...allah huakbar walillaa hilham...3x. Buat pertama kalinya satu keluarga besar dikampung telah bermuafakat mengadakan acara qurban dengan menyembelih seekor lembu jantan besar dengan jumlah pembahagian hampir 10Kg daging bagi setiap satu bahagian.
Sembelihan telah disempurnakan olih Alfadhil Ust Ismail pada hari raya qurban yang ke2.Pembahagian daging telah diagih agihkan kepada jiran jiran sekampung disamping ditinggalkan sedikit untuk dibuat jamuan keluarga.
tok ayah su-tumpang satu bahagian untuk turut sama menghayati amalan qurban....
Jumaat, 12 November 2010
Bersedia dgn peluru panabur meriam buloh
Semalam berlangsungnya Msyt Ajk MTD bagi membincangkan segala hal berkaitan gerak kerja termasuj juga menyentuh hal hal tarbiah (pentadbiran) diperingkat cawangan atau upu masing masing,memandangkan tiupan angin sepoi sepoi bahasa pilihanraya umum yang akan dijangka diadakan pada tahun jadi pehak MTD dibawah kepimpinan Alfadhil Ust Razki telah mengambil satu langkah pro aktif menghimpunkan dana seawal mungkin bagi mengcukupkan pembiayaan penampung kos dalam pilihanraya umum itu nanti.Dengan itu satu majlis pecah tabung untuk kali kedua dalam tempoh 4 bulan bagi menyambung siri pecah tabung yang telah dirasmikan pelancarannya olih Yang Berbahagia Tuan Hj Muhyiddin selaku Ketua Bendahari Pas Negeri Terengganu pada kira kira bulan Jun yang lalu.
Sementara itu sedikit perkara yang perlu saya rakamkan disini ialah soal pendidikan,menurut seorang ahli jawatan kuasa katanya sekarang ini anak anak sekolah dalam suasana demam peperiksaan contohnya yang lepas seperti UPSR,PMR dan yang akan datang ialah SPM ,walaupun pendidikkan ini tidak berada dibawah dasar pendidikkan Pas namun ramai juga dikalangan anak anak orang Pas yang terlibat dalam pada hendak menghadapi peperiksaan ini, jadi persoalannya sejauh manakah keperihatinan Pas atau MTD khususnya untuk turut seta memainkan peranan bagi membantu anak anak yang akan menghadapi peperiksaan SPM yang akan berlangsung tidak lama lagi?apakah tidak bolih pehak MTD mengadakan satu majlis seperti Solat Hajat dan sebagainya?
Apa pun pengerusi majlis mengucapkan terima kasih diatas soalan yang merupakan satu cadangan tersebut dan akan cuba mengadakan satu majlis solat hajat perdana dalam masa yang terdekat ini.
Tok ayah su-mengucapkan tahniah secara umum kepada anak anak sekolah yang cemerlang dalam UPSR...
Rabu, 10 November 2010
sesat dihujung jalan...kembali kekepala jalan!
tunggu dan lihat....selepas ini akan bersambung
Sabtu, 6 November 2010
Khamis, 4 November 2010
teka teki 50-50 sudah terjawab...
Baru baru ini hari saya telah menghadiri satu perjumpaan parti peringkat DUN dirumah hijau (lokasinya dirahsiakan) ,diantara intipati yang dikemukan adalah lebih kurang seperti berikut......apa dia?tunggu dulu,akan disambung kemudian, harap dapat bersabar menunnggu....
Berbalik berkaitan tajuk artikel kali ini,saya akui agak kurang bernasib baik kerana kurang mendapat ekses berita semasa,sebelum atau selepas PRK diGalas melainkan cuma hanya menerusi berita berita akbar.Bertitik tolak dari berita berita inilah saya cuba membuat sedikit analisis.
Dari pemerhatian saya pehak media sekalipun merasa ragu ragu tahap kemenangan yang akan dimenangi olih parti politik yang bertanding (kecuali media lidah politik) kerana itu ada media yang meletakan hanya sekadar peluang 50-50 .Namun begitu saya suka menceritakan pada malam sebelum pengundian saya telah dihubungi olih seorang kawan yang juga telah membuat pemerhatian semasa diDUN Galas katanya "agak malanglah kalau Galas jatuh ketangan Umno/BN kerana berdasarkan beberapa orang dari kalangan orang asal(asli) telah berjaya diislamkan olih Pimpinan Pas".Olih itu beliau berharapan ingin melihat kemenangan akan berpehak kepada Pas,tambahnya.
Manakala saya sendiri tetap berpendirian dengan artikel saya sebelum ini yang mana prkDUN Galas akan tertumpu semata mata bersabitkan krebiliti calon,contohnya soal status pendidikan, keupayaan kesihatan atau tahap kecergasan fizikal tubuh badan calon itu sendiri.Jadi ternyata soal dasar perjuangan Parti telah ditolak ketepi olih pengundi,maknanya dengan sendirinya teka teki 50-50 telah terjawab.
Tok ayah su-pernah mendengar suara pimpinan Pas meramalkan pilihanraya Umum akan diadakan serentak dengan pilihan raya Negeri Serawak pada tahun hadapan....
Selasa, 2 November 2010
kerja siapa ni?
Apabila setiap orang yang buka masuk sebagai pengunjung keblog ini pasti rating akan berubah angka sebagai penunjuk bilangan pengunjung bertambah,tetapi olih kerana sebab sebab tertentu samada masallah teknikal atau pun hasil kerja spam atau keberangkalaian dari perbuatan khianat tangan tangan ghaib maka angka angka tersebut tidak kelihatan lagi (lihat sisipan disebelah kiri jumlah pengunjung).Untuk masa ini sudah dua kali perbuatan seperti ini berlaku.
Jumlah angka pengunjung ini amat penting bagi menilai sejauh mana sambutan satu satu penulisan blog,jika tidak akan jadi hambar seolah olah satu tulisan syok sendiri,olih itu saya minta tolong kepada sesiapa yang rasa tidak berkenan dihati dengan apa yang dipaparkan silalah buat komen diruangan yang disediakan dibawah dengan cara itu lebih baik daripada buat sabotaj secara senyap,harap maklum !
tok ayah su-seruan demokratik....