arkib

Jumaat, 31 Oktober 2008

Apakah kita ambil peduli ?


Kira kira beberapa hari yang lepas poksu telah dijemput menghadiri mesyuarat khas AJK diperingkat Majlis Tindakan DUN (MTD) bagi membincangkan beberapa perkara,dalam banyak banyak hal, poksu hanya hendak menyentuh satu perkara sahaja iaitu berkaitan dengan agenda menghadapi musim banjir,bagi mereka mereka yang tidak pernah merasa bagaimana perit dan terseksanya dalam keadaan menghadapi suasana musibah yang menimpa ini sudah tentulah mungkin tidak merasa apa apa perasaan yang serius,namun bagi mereka mereka yang tinggal ditanah tanah rendah pasti akan peka dan sentiasa rasa cemas kerana setiap tahun rumah rumah mereka sentiasa ditengelami air banjir.


Bagaimana dan cara mana hendak mengatasinya mestilah dicarikan satu formula,walaupun musibah ini tidak bolih disekat sekat kerana yang mendatangkannya adalah dari Allah jua("kami mengetahui apa yang kamu tidak tahu"-kata Allah), jadi setiap sesuatu kejadian itu dibawah hikmahnya jua.Namun demikian ini tidak bermakna kita tidak perlu berikhtiar untuk tidak membuat perancangan membendung atau meringankan beban mangsa mangsa banjir ini.


Sedarkah tatkala kita sedang sedap lena tidur malam tapi mereka yang terlibat dengan suasana banjir sentiasa dalam keadaan berjaga jaga,jika dapat tidur pun hanya sekadar tidur tidur ayam sahaja.

Apa tidaknya,setiap kali hujan turun lebat maka setiap kali juga penduduk kampung yang terlibat merasa cemas,didalam kepala sentiasa bermain perasaan bagaimana hendak menyelamatkan diri, keluarga mahupun harta benda.Sudah tentulah dalam keaadaan kecemasan sebegini tidak bolih dilakukan secara berseorang diri,olih yang demikian jika ada tangan tangan yang sudi menghulurkan bantuan alangkah gembiranya hati hati mereka.Jesteru itu siapa lagi yang bolih diharapkan untuk turut sama turun padang jika tidak pemimpin pemimpin diperingkat kampung, pemimpin diperingkat kampung inilah yang perlu mengambil langkah langkah awal untuk bertindak sebelum datangnya bantuan dari pehak pehak luar seperti dari pasukan bomba,polis mahupun tentera.Bantuan yang dimaksudkan ialah dari segi menyediakan skuad pemantau khas yang bolih menyelamat dan juga menolong memindahkan harta benda kepusat pusat penempatan sementara mangsa mangsa banjir tadi,jika bolih diadakan sedikit peruntukan keuwangan untuk tujuan tersebut alangkah baiknya.


Berdasarkan kepada pengalaman ditahun tahun yang lepas,didapati terdapat dibahagian bahagian tertentu rumah seperti dikawasan dapur dan dikawasan beranda rumah ada yang hampir roboh dihakis olih air banjir yang deras,penghuni rumah terpaksa kehulu dan kehilir memunggah barang untuk diangkut ketempat tempat yang agak tinggi dan dijangkakan selamat,yang mendukacitakan kita ialah mereka yang tidak terlibat kurang mengambil endah atau peduli malah sanggup membiarkan mangsa banjir terkial kial seorang diri,mereka yang tidak perihatin ini lebih suka berselimut diatas beranda melihat dari jauh dengan alasan takut untuk turun padang kerana katanya "takut sejuk". Sikap seperti ini teramatlah buruk dan perlu di ubah mentelitinya supaya lebih bersifat mengambil cakna.Jesteru itu poksu mencadangkan supaya diujudkan satu operasi sementara yang mungkin bolih diberi nama "ops banjir",dimasa inilah perlunya diadakan beberapa anggota yang senantiasa dalam keadaan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dan bolih juga diujudkan satu talian khas untuk mudah dihubungi jika sekiranya berlaku sebarang kecemasan.Poksu sebagai salah seorang penduduk kampung yang terut terlibat menghadapi suasana banjir, sudah tentulah mengharap dan mengalu alukan pertolongan dan bantuan seperti yang dimaksudkan tadi. Ini barulah namanya kearah negara berkebajikan dan pemimpin yang berperihatin !!


poksu- percaya penduduk kampung juga ingin melihat bagaimana dan cara mana pemimpin mereka dapat "serve problem" (selesaikan masaallah) sama ada setiap permasallahan itu dirujuk atau sememangnya dibawah pengtahuan pemimpin itu sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan