Komen dari meja analisis
Langkah berbaik baik diantara Pas dengan umno trg hari ini adalah pelan “B” untuk meneruskan agenda bermuzakarah yang telah diheboh heboh sedikit masa dahulu, walaupun isu tersebut telah dianggap selesai,namun ianya telah meninggalkan kesan kudis yang berparut,agak ramai yang telah terbuku dihati,ada yang telah berpecah dua disegi mengemukan pendapat,ada yang pro untuk mempertahankan (defend) kepada mana mana kepimpinan yang terlibat dengan muzakarah Pas-Umno dan ada pula pendapat yang kont dengan membuat pendirian langkah DSAI haruslah disokong jika ingin melihat kejatuhan kerajaan BN sekaligus PR pula yang akan mengambil alih.
Kenyataan akbar olih kepimpinan Pas Trg isu 16 Sept. telah memberi impak besar disegi semangat dan moral kepimpinan diperingkat akar umbi.Ada yang berbelah bahagi kepada siapa lagi yang hendak ditaruh harapan?Berita akbar samada arus perdana mahupun akbar keluaran parti tidak mampu mengembalikan semangat yang telah hilang jesteru itu satu cadangan telah dibuat agar satu ceramah perdana perlu diadakan disini supaya ada yang bolih melihat dan mendengar dari mulut kepimpinan sendiri kerana mereka merasa seolah olah telah tertipu dengan mainan politik peribadi dan ada yang masih tertanya tanya SIAPA TIPU SIAPA??(katakan benar walaupun pahit)
Saya yakin orang PAS akan terus bercakap berkenaan Islam walau apa yang berada di hadapan mereka, tidak ada mana kuasa sekalipun yang mampu membisu atau membatukan kita dari terus memegang dan melangsungkan amanah jihad ini. Kita berjuang untuk memartbatkan Islam, lantas siapa sahaja yang bercakap atas perkara yang sama akan kita raikan, kerana itu apabila DAP bercakap berkenaan Islam kita raikan mereka, apabila Umno mahu kepada Islam kita raikan mereka, bukan bermakna kita sudah menjadi mereka tetapi kerana Islam itu dasar dan prinsip perjuangan kita. Jangan sampai kita kononnya berjuang Islam tetapi orang lain yang lebih ke hadapan dan jauh mendahalui kita.Kerana itu juga siapa sahaja yang tentang Islam, kalau Umno, maka kita akan tentang mereka, kalau DAP maka begitulah juga. Kita tidak pernah berpura-pura atau menyembunyikan Islam kita, melainkan kita sudah tidak yakin pada perjuangan ini, moga dijauhkan Allah swt.
Poksu-Assalamulaikum,Semalam poksu sempat mendengar satu perdebatan hangat berkisar kepada soalan adakah Pas berhasrat mengambil alih kerajaan pusat ?,jesteru itulah juga topik komen dan analisa yang akan dikupas pada kali ini.
Apa yang dilaung laung ditas pentas kononnya pas bersedia untuk mentadbir Negara dilihat hanya sekadar cakap cakap retorik politik semata mata,ini jelas terbukti apabila terdapat dikalangan kepimpinan pas Trg (khasnya) menyanggah idea DSAI untuk memujuk ahli parliment BN supaya melompat keparti parti gabungan PR sebagai tipu,keadaan ini telah menimbulkan sedikit rasa kurang senang dan terganggu emosi dikalangan ahli ahli diperingkat akar umbi.Harap harap “mood” mereka tidak turut sama berubah untuk tidak terus hilang keyakinan dan kepercayaan kepada kepimpinan.
Kerapuhan untuk mendapat kesefahaman dalam PR ini secara tidak langsung telah memberi satu bonus kepada kerajaan Umno/BN untuk kekal berkuasa.Sebagai tanda bukti terima kasih kepada kepimpinan pas trg maka kita lihat pada hari ini kerajaan umno/Bn
Trg telah bermurah hati membenarkan aktiviti kepartian Pas Trg dibuat didalam Dewan Dewan kepunyaan Majlis Perbandaran,satu majlis Ijtimak muslimat telah diadakan didalam dewan MPKT manakala Ijtimak kepimpinan Pas trg akan dibuat diDewan perbandaran Bandar Cukai Kemaman dalam tempoh masa yang terdekat ini.Apakah erti semuanya ini jika tidak kerana umno/Bn trg telah termakan budi dengan tidak terjadinya peralihan kuasa diperingkat pusat olih kerana gangguan ganguan yang disebutkan tadi.
Kita ingin bertanya “apakah PR mampu dengan hanya berkuasa didalam satu dua negeri dapat merubah segala segalanya? Sebagai contoh hendak merubah dasar undang dan peraturan islam dalam pentadbiran,mampukah?jawapannya sudah tentu tidak selagi PR tidak dapat menguasi sepenuhnya kerajaan diperingkat Pusat!mahu tidak mahu maka akan kekallah PR sebagai sebuah kerajaan pembangkang dari dulu kini dan mungkin selama lamanya….mahukah kita begitu?
Apa yang dilaung laung ditas pentas kononnya pas bersedia untuk mentadbir Negara dilihat hanya sekadar cakap cakap retorik politik semata mata,ini jelas terbukti apabila terdapat dikalangan kepimpinan pas Trg (khasnya) menyanggah idea DSAI untuk memujuk ahli parliment BN supaya melompat keparti parti gabungan PR sebagai tipu,keadaan ini telah menimbulkan sedikit rasa kurang senang dan terganggu emosi dikalangan ahli ahli diperingkat akar umbi.Harap harap “mood” mereka tidak turut sama berubah untuk tidak terus hilang keyakinan dan kepercayaan kepada kepimpinan.
Kerapuhan untuk mendapat kesefahaman dalam PR ini secara tidak langsung telah memberi satu bonus kepada kerajaan Umno/BN untuk kekal berkuasa.Sebagai tanda bukti terima kasih kepada kepimpinan pas trg maka kita lihat pada hari ini kerajaan umno/Bn
Trg telah bermurah hati membenarkan aktiviti kepartian Pas Trg dibuat didalam Dewan Dewan kepunyaan Majlis Perbandaran,satu majlis Ijtimak muslimat telah diadakan didalam dewan MPKT manakala Ijtimak kepimpinan Pas trg akan dibuat diDewan perbandaran Bandar Cukai Kemaman dalam tempoh masa yang terdekat ini.Apakah erti semuanya ini jika tidak kerana umno/Bn trg telah termakan budi dengan tidak terjadinya peralihan kuasa diperingkat pusat olih kerana gangguan ganguan yang disebutkan tadi.
Kita ingin bertanya “apakah PR mampu dengan hanya berkuasa didalam satu dua negeri dapat merubah segala segalanya? Sebagai contoh hendak merubah dasar undang dan peraturan islam dalam pentadbiran,mampukah?jawapannya sudah tentu tidak selagi PR tidak dapat menguasi sepenuhnya kerajaan diperingkat Pusat!mahu tidak mahu maka akan kekallah PR sebagai sebuah kerajaan pembangkang dari dulu kini dan mungkin selama lamanya….mahukah kita begitu?
Langkah berbaik baik diantara Pas dengan umno trg hari ini adalah pelan “B” untuk meneruskan agenda bermuzakarah yang telah diheboh heboh sedikit masa dahulu, walaupun isu tersebut telah dianggap selesai,namun ianya telah meninggalkan kesan kudis yang berparut,agak ramai yang telah terbuku dihati,ada yang telah berpecah dua disegi mengemukan pendapat,ada yang pro untuk mempertahankan (defend) kepada mana mana kepimpinan yang terlibat dengan muzakarah Pas-Umno dan ada pula pendapat yang kont dengan membuat pendirian langkah DSAI haruslah disokong jika ingin melihat kejatuhan kerajaan BN sekaligus PR pula yang akan mengambil alih.
Kenyataan akbar olih kepimpinan Pas Trg isu 16 Sept. telah memberi impak besar disegi semangat dan moral kepimpinan diperingkat akar umbi.Ada yang berbelah bahagi kepada siapa lagi yang hendak ditaruh harapan?Berita akbar samada arus perdana mahupun akbar keluaran parti tidak mampu mengembalikan semangat yang telah hilang jesteru itu satu cadangan telah dibuat agar satu ceramah perdana perlu diadakan disini supaya ada yang bolih melihat dan mendengar dari mulut kepimpinan sendiri kerana mereka merasa seolah olah telah tertipu dengan mainan politik peribadi dan ada yang masih tertanya tanya SIAPA TIPU SIAPA??(katakan benar walaupun pahit)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan