Saya mendapat maklumat melalui blog Sdr Amin Iskandar di http://aminiskandar.wordpress.com/ bahawa bekas pejuang tanahair Shamsiah Fakeh meninggal dunia pagi tadi. Alfatihah.Saya sangat meminati perjuangan tokoh besar ini dan banyak membaca serta membuat kajian berkenaan latarbelakang beliau yang sepatutnya kini merupakan sebahagian dari rekod sejarah Negara. Saya berkesempatan berjumpa dengan beliau beberapa tahun lalu dengan bantuan Siti Nor Hamid Tuah.Ketika itu WTV8 sempat membuat rakaman pertemuan tersebut dan telah pun meneribitkan sebuah dokumentari berkenaan perjuangan Allahyarham Shamsiah. Siapakah sebenarnya beliau, latarbelakang yang mendorong beliau lari ke hutan untuk meneruskan perjuangan, penyertaan beliau dalam PKM dan akhirnya kepulangan beliau ke tanahair dari Beijing sebelum dari Perjanjian Damai PKM dengan kerajaan Malaysia.
Komen poksu-mengagung agungkan bekas anggota PKM sebagai tokoh pejuang tanah air adalah kurang manis malah bolih ditafsir menghina perjuangan Anggota keselamatan termasuk tentera dan polis,sedangkan kita tahu berapa banyak keluarga anggota keselamatan meninggalkan balu, anak anak mereka juga ada yang jadi yatim piatu malah yang terselamat ada mendapat kecacatan kekal kesemuanya angkara PKM (poksu juga ada sedikit sebanyak pengalaman bertempur dengan mereka ini),apakah kita perlu menyokong ediologi pengganas yang tidak mengakui ujudnya tuhan/agama ini,sebab itulah kezaliman mereka tanpa batas peri kemanusiaan,cita cita mereka adalah semata mata untuk kuasa,cuma setelah perjuangan PKM gagal barulah kita lihat sebilangan daripada mereka ada yang insaf dan kembali,apa pun biarlah kita ikhlas untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada allahyarhamah Samsiah Fakeh (jika ada masa cuba kita “check back” sirah peperangan Jamal vs Siffin diera Khalifah al-Rashiddin).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan