Jom selongkar link dibawah >
arkib
Sabtu, 30 Mei 2009
Jumaat, 29 Mei 2009
Cuti sekolah musim kahwin,dulu dan kini !
Khamis, 28 Mei 2009
Sejarah diri ketika dalam ATM
Selasa, 26 Mei 2009
Dulu mat smart kini mat rempit !
siapa pilihan ?
Secara peribadi jika sekiranya saya diberi pilih,kriteria pertama yang akan saya fikirkan ialah tentang KPI(kaedah prestasi index).Apabila diamat amati ketiga tiga calon ini ada kelebihan tersendiri, pertamanya yang dibolih dikaitkan slogan pas for all ialah Ust Nasa,sejauh mana kejayaan beliau dalam projek ini mungkin bolih dijadikan kayu ukurnya, dan jika ditakdir saya akan beri jawatan ala kabinet UBN (kerana kedudukan dalam jawatan parti bolih menentukan kedudukan dalam kerajaan jika ditakdirkan rakyat memberi kuasa kepada parti gabungan PR) maka saya akan letak beliau dikementerian jabatan perdana menteri untuk menjaga hal ehwal agama, Soal untuk keperingkat lebih atas dari itu (PM) rasanya amat terlalu awal dan memerlukan lebih banyak lagi ruang untuk mengutip pengalaman.Berkait dengan hubungan politik antarabangsa pula bagaimana?
Jika dilihat kepada Sdr Tuan Hj Mat Sabu pula,paling tidak beliau ini bolih dletakkan dikementerian Pertahanan sesuai dengan semangatnya yang agak berani dan tidak pernah mengenal erti mengalah.Hubungan dengan gerakan politik timur tengah juga dilihat agak akrab lebih lebih lagi sikap keperihatinannya dengan nasib yang menimpa rakyat Pelestin.
Manakala Yb Husam pula seorang yang proaktif dan produktif dengan pelancarkan banyak plant dan idea pembangunan ekonomi seperti dinar emas,jihad ternak (walau pun percubaan pertamanya dikatakan gagal namun sudah menjadi adat kebiasaan jatuh bangun bagi seorang mahu menguruskan ekonomi).Beliau ini sememangnya sesuai berada dikementerian keawangan. Soal hubungan diplomatik dengan dunia luar pula bagaimana?
Isnin, 25 Mei 2009
Ganguan siaran media.pandang dengar
Siaran TV berbayar kadangkala dilihat ada sedikit keseimbangan walaupun pada masa masa tertentu ada terselit egenda politik kepartian kerajaan UBN yang tersembunyi,ini jelas terserlah ada diantara pekerja atau tenaga penceramah agamanya dan juga para pakar motivasi yang diundang untuk menjayakan sessuatu siri program terdiri dari mereka mereka yang pro parti pembangkang (tidak perlulah disebut nama),antara penceramah yang pernah kita lihat ialah seorang ustaz bekas penyanyi rock yang mana sehari dua ini telah digossipkan dengan perpecahan rumahtangga,siapa tu?he...he...he...
Berbalik kepada siaran TV,untuk makluman para pembaca, dikawasan Hulu Terengganu ini teramat teruk sekali penerimaan gambar siarannya terutama TV RTM dan TV 3,berbintik bintik dan tidak begitu jelas pada pandangan.Olih kerana itu sebahagian daripada penduduk disini telah memaksakan diri melanggan TV berbayar Astro kerana dengan pemasangan parabola (arial) dari syarikat TV swasta ini maka mutu siarannya amat jelas sekali gambar siarannya, akan tetapi disebaliknya pula telah menjadi beban kepada masyarakat berpendapatan rendah dan sederhana yang bergantung hidup dengan hasil pertanian kerana terpaksa melunaskan hutang bilnya pada tiap tiap bulan lebih lebih lagi dimusim kegawatan ekonomi sekarang ini .Walaupun pengguna diberi pilihan mengikut pekej pekej tertentu yang ditawarkan tetapi ianya masih tidak dapat memuaskan hati kerana pekej yang paling murah sekalipun tetap terlalu banyak menyajikan nyanyian dan hiburan yang melalaikan manakala peluang untuk menyaksikan sukan terpaksa membayar dengan kadar pakej yang lebih tinggi lagi harganya.Persoalannya sampai bilakah pehak RTM atau TV 3 akan meningkatkan kualiti perkhidmatannya disini? Bagi seorang pekedai restoran,alat pandang dengar ini adalah salah satu daya untuk menarik pelangan jadi jika hiburan semata mata siaran yang bolih dijadikan pilihan maka kita rasa amat kecewa kerana terasa gagal menjadi pendidik.
Media eletronik dan juga media cetak banyak pengaruhnya malah tidak keterlaluan jika dikatakan bolih membentuk arah tuju sesuatu generasi itu samada kejalan lurus atau melencong dari landasan normal normal kehidupan manusia biasa.Jesteru itu jika setiap hari dan setiap ketika remaja hari ini 24 jam disogokan dengan budaya berhibur tanpa perlu ada daya fikir akhirnya akan lemahlah sesuatu bangsa itu disebabkan nilai keagamaan telah ditengelam dan dilalaikan dengan budaya songsang ini,maka inilah yang menjadi salah salah satu egenda parti pembangkang untuk mengekang masalah ini untuk terus berleluasa keakar umbi masyarakat serta memberi faham betapa bahayanya gejala negative ini kususnya kepada anak anak muda yang dikatakan bakal akan menjadi modal insan kepada bangsa dan negara...jadi fikir biar betul betul !
Poksu-Allah itu cantik dan suka kepada perkara cantik (maksud hadith) !
Ahad, 24 Mei 2009
main main kenyit mata...
komentar
Sabtu, 23 Mei 2009
Bijaknya anak anak zaman ini?
Kehebatan tersendiri
Jumaat, 22 Mei 2009
Aktiviti politik kepartian (22 mei 2009).
Khamis, 21 Mei 2009
cerita wayang dengan politik.
Kadangkala jika diamati politik hari tidak ubah seperti kata dalam filem lakonan P.Ramli (maaf tajuk dah lupa) ada dialog dieja "arif mim nun wau" tetapi bunyinya sarkis,sebentar tadi secara tak disengajakan saya sempat menoton cerita doremi yang mengesahkan jebon (doremi bertiga) beriktiar bermacam macam cara mengunakan otak untuk mencari duit,ada masa pergi berniaga secara memaksa ala penyamun,ada cara memujuk sibuah hati untuk meminjam duit.
Rabu, 20 Mei 2009
Kritikan !
Kali ini saya nak bercerita yang dikutip dari permasaallahan dalaman cawangan, kisahnya bermula apabila seorang ajk pas cawangan telah merungut rungut katanya beliau telah menerima jemputan melalui kiriman SMS yang menjemputnya supaya hadir ke mesyuarat diperingkat Majlis Tindakan Dun (MTD), antara kandungan sms itu menyebut salah satu egenda mesyuarat adalah untuk taklimat pengurusan cawangan,kalangan ahli korum cawangan yang dijemput dan dikatakan wajib hadir ialah ketua cawangan, Timbalan, SetiaUsaha, bendahari, ketua Penerangan, ketua pemuda dan termasuklah ketua Muslimat.Tetapi masallahnya tambah beliau sejak mesyuarat agong cawangan yang dijalankan pada kira kira 2 bulan yang lepas tidak ada sebarang mesyuarat susulan selepas itu,jadi tidak ada sebarang perlantikan jawatan yang dibuat kecuali hanya jawatan ketua dan su sahaja,itupun perlantikan dibuat semasa mesyuarat agong tersebut manakala jawatan lain mestilah dibuat selepas itu didalam mesyuarat ajk seterusnya. Jadi beliau bertanya adakah ini dikatakan kelemahan pengurusan cawangan atau cawangan itu sendiri tidak tahu menguruskan organisasi?
Sementara itu tambah beliau lagi,pernah berlaku didalam satu mesyurat sebelum itu,ketua cawangan pada masa itu telah memperlekeh dan mempersenda sendakan para peserta yang hadir didalam perhimpunan aman BERSIH dihadapan ahli korum mesyuarat yang mana sebahagian daripada ahli mesyuarat tersebut adalah juga merupakan orang yang sama (para peserta) yang hadir perhimpunan bersih,olih kerana ketua cawangan tersebut tidak turut serta dalam perhimpunan maka dengan gah dan tergamaknya beliau melemparkan tomahan yang kononnya mereka mereka yang hadir perhimpunan itu bukanlah iklas untuk berjuang,tetapi sahabat poksu tadi sempat menyanggah dengan mengatakan daripada hasil perhimpunan bersihlah terujudnya gelombang kuning dan ekoran daripada itu lahirlah pula thunami politik dimana selepas daripada itu parti pembankang mendapat menawan 5 buah negeri termasuk Perak yang kini didalam krisis kepimpinan.
Tetapi yang anehnya dan beliau kurang faham ialah ahli mesyuarat yang sama juga masih memilih ketua cawangan tersebut untuk sessi 2009-2011,jesteru itu apakah pendirian dan dimana letaknya air muka ?tanya beliau, jawapan saya bukan semua manusia yang lahir bolih memimpin,ada yang mahu memimpin kerana semangat semata mata sedangkan dia sendiri kurang menyedari kebolihannya tidaklah seberapa,jadi fikir betul betul....!
Poksu-tidak berkesempatan memilih.......diatas sebab sebab tertentu !
Selasa, 19 Mei 2009
sukan untuk perpaduan !
Hanya mati yang tiada ubat !
Berbelit lidah hendak menyebut inflienza A (H1N1),nampaknya semakin hari semakin pelik nama penyakit yang muncul,cara merebaknya dikata juga sepantas angin lalu,didalm khutbah jumaat diceruk kampung pun jenis penyakit ini dibaca olih katib,ini menunjukkan betapa bahaya dan seriusnya gejala penyakit yang dibawa olih virus dari binatang/haiwan yang bernama babi.
Jika dilihat dari sudut agama sudah tentu ini adalah satu malapetaka yang diturunkan olih Allh S.W.T kerana keengganan manusia mematuhi akan larangannya. Mengikut kaedah pembelajaran ilmu sains pun mengatakan terdapat 700 jenis penyakit yang bolih dijangkiti olih bawaan babi ini.
Disebalik keghairahan kita mengatakan tentang penyakit ini namun kita jangan lupa keberangkalian penyakit ini juga adalah satu rekaan manusia bagi tujuan tertentu seperti untuk melariskan jualan ubat ubatan dsb.
Jika internet memberi kemudahan kepada pelayarnya maka disebaliknya ada pula pehak yang cuba dan telah mereka reka beberapa jenis virus untuk mengodam kepada hal yang berkaitan.....jadi fikir betul betul !
Isnin, 18 Mei 2009
komen petikan berita akbar 19/5
Dalam satu mesyuarat ajk masjid terdengar rugutan dari tok imam yang menyuarakan pengurusan duit tabung masjid tidak ada "akauntabel",ini bermakna duit masuk keluar tidak diodit.Jadi jika orang masjid pun bolih dipertikaikan ketelusannya bererti keraguan kita mesti ada dengan sekelumit syak wasangka kepada sesama jamaah sendiri supaya kita tidak menelan bulat bulat tanpa menapis air kopi itu walaupun rasanya memang sedap diminum...olih kerana itu jika baju T-Shuirt kuning semasa didalam perhimpunan BERSIH dahulu itu yang dijadikan ukuran "saguhati" maka setidak tidaknya mungkin ada diantara kita sepatutunya bolih akur...
Poksu-fening lalat nak fikir betul betul !
Komen dari petikan berita akbar 18/5 (2)
Jika kita dapati para ilmuan agama (ulama) didalam umno tidak mendapat tempat tertinggi didalan hararki kepimpinan parti itu,jadi begitu jugalah kita mengharapkan profesional tidak sampai terpinggir didalam kedudukan kepimpinan tertinggi parti pas.
Poksu-hidup tanpa ilmu akan pincang,ilmu tanpa iman akan songsang....!
Jumaat, 15 Mei 2009
perspektif
Ayat cinta gila gila !
(tulisan ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa samada yang telah tiada atapun yang masih ada nyawa nyawa ikan,ianya sekadar gurauan semata mata).
politik wang
Jika kita mengaitkan perangai pemberi,peminta ataupun penerima dengan perangai seorang betina "pisau cukur"sudah pasti kita dapat bayangkan apabila habis manis sepah akan dibuang, ini bererti sibetina tadi sedaya upaya akan memperdaya secara halus untuk mendapatkan habuan dengan niat untuk mengikis segala harta benda atau apa sahaja yang menjadi milik sijantan, setelah berjaya diperolehi sehingga kering kontang sijantan tadi dibuatnya, akhirnya sibetina akan cuba pula mencari helah untuk lari dari ikatan hubungan kemudian akan beralih kepada mangsa lain pula,begitulah urutan kejadian seterusnya akan terus terusan terjadi sehingga perangai buruk sibetina ini dapat dihidu olih sesiapa yang bijak membaca perwatakan "sipisau cukur" tersebut.
Jika keadaan sebegini terjadi didalam dunia politik maka alangkah jijik dan kotornya perilaku mereka mereka yang terlibat tersebut.Apa pun perlu kita ketahui dengan satu kaedah yang dipanggil "win win sitivation' yang sering berlaku dan pernah kita ketahui iaitu satu pemberian dengan harapan untuk mendapat kredit selepasnya, seumpama orang melabur atau membeli saham sudah pasti ingin melihat bonus diperolihi pada jangka masa had had tertentu.Jika mengibaratkan seorang petani sudah tentu tidak akan menabur baja pada serumpun lalang kerana beliau sudah pasti tahu lalang tidak akan berbuah padi.Pepatah mengatakan "ada udang disebalik batu"yang membawa maksud ada agenda yang tersembunyi disebalik kelakuan seseorang yang jika dilihat secara zahiriahnya tidak menampakkan sebarang kepentingan.
Konsep "upah" pula ialah pemberian selepas segala kerja kerja beres dilakukan seumpama upah kepada seorang pekerja dari majikannya,manakala istilah "rasuah" pula ialah satu perjanjian semasa atau akan disogokan sebarang bentuk habuan dengan pelbagai cara pemberian samada berupa menang dalam satu satu pertandingan ataupun pertaruhan (perjudian), begitukah ?
Poksu-masih ada yang keliru dan kabur jadi memerlukan satu garis panduan khusus berkait dengan apa yang dimaksudkan istilah 'politik wang"...!
Khamis, 14 Mei 2009
13 mei tarikh bersejarah..!
Bicara agama (14/5/2009).
Seorang beraqidah islam bergantung kepada 3 perkara pokok iaitu qolbi (niat) tasdiq (lafaz dengan lidah) fe"li (perbuatan),contoh nyata ketika mengucap dua kalimah syahadah dan lafaz akad nikah memerlukan ketiga perkara tersebut digabungkan disamping berijtihad (berikat)dengan penuh yakin akan rukun yang wajib diketahui dan dipercayai iaitu rukun islam yang lima serta rukun iman yang enam. Siasah atau bahasa semakna politik adalah fe'li (perbuatan) manakala tindakan agama menglibatkan kepercayaan yang tidak bolih dipisahkan diantara keduanya seumpama isi dengan kuku.
Fekah siasah bermaksud mengatur,melantik,memimpin dan mentadbir dalam kata lain mengikut dari bahasa yunani great disebut astolah yang bermaksud membahaskan cara mana untuk membentuk masyarakat manakala siasah syariah pula adalah gabungan ungkapan perkataan yang membawa pengertian politik yang berasakan hukum syarak (undang undang syariah).Perlaksanaanya pula adalah untuk menjaga kepentingan ummah mencakupi semua bidang kehidupan yang berdasarkan landasan al"Qur"an dan Al-Hadith.
Pengertiannya amatlah luas kerana merangkumi perlembagaan,ketua negara,,pentadbir,badan kehakiman,aspek keawangan dan seumpama dengannya.Kesemua ini perlukan kaedah fekahiah yang perlu memberi penekanan yang lebih kepada kaedah "mencegah kerosakan berbanding melebihkan kepada kemudhoratan".Maslahah (muslihat) politik perlu melihat mupsadah (kerosakan) dengan memilih yang mana lebih rengan diantara dua (mencegah kemudhoratan).sebagai contoh pokok kelapa menjadi penting kepada masyarakat dipinggir sungai tetapi lebih penting lagi jika ditebang untuk diambil batangnya bagi dibuat jambatan yang runtuh untuk dibuat laluan (pembangunan) kepada orang ramai tetapi syaratnya perlu ada keadilan dengan diberi pampasan atau ganti rugi yang setimpal kepada tuan empunya pokok kelapa tadi.Kaedah fikh ini telah diriwayatkan olih Imam Syafie katanya " kedudukan ketua negara terhadap rakyat seumpama wali (penjaga) kepada anak yatim".Berkata juga Assothabi dari Khalifah Omar berbunyi "aku meletakkan diriku terhadap harta benda Allah seperti penjaga kepada harta anak yatim,jika berhajat aku ambil,tetapi aku pulangkan balik bila aku sudang senang,dan jika aku mampu nescaya tidak sedikit pun aku ambil daripadanya".
Kesimpulannya: pilihan dengan mengikut 3 peraturan pokok fikh siasah yang pertama "Al-Marsallah' yakni melakukan perkara kebaikan dan kemenafaatan dengan menolak bahaya daripadanya.Kedua " Al-istahasan"iaitu menyakini dan mempercayai sesuatu perkara yang dilakukan itu adalah untuk kebaikan.Ketiga-sadul zaro'ah yang bermaksud menutup pintu kerosakan dan kebinasaan.Serentak dengan itu untuk menjamin segala kerja mengikut musyawarah (muafakat) maka istiqomah (keyakinan) siasah syariah hendaklah mengikut garis panduan fekah islam yang mementingkan kepentingan menjaga agama (didikan acuan islam) menjaga nyawa (kesejahteraan rakyat),menjaga akal (kesihatan),menjaga keturunan (kebangsaan) dan harta benda (wataniah/negara/tanah air).
Poksu-Sebahagiannya dipetik dan direngkaskan dari kitab manhaj ilmu fekah olih tuan haji Syed (bekas mufti Negeri Sabah).
Isnin, 11 Mei 2009
jom buat roti canai
bahan 2-beberapa milimeter air masak suam