Sebagai seorang pengusaha kedai makan sudah tentu merasa bangga dan amat bertuah badan jika premis makanannya dianugerahkan olih pehak penguatkuasa kesihatan mendapat grad A, kadangkala pengkurnian pengredan jenis A ini bolih dipertikaikan akan ketelusannya.
Ini jelas pernah berlaku dimana ada sebuah premis itu hanya baru saja siap dibina dan telah beroperasi baru beberapa bulan sahaja,para pelangannya tidaklah seramai dan sesibuk mana kerana belum dikenali,jadi tuan punya premis sudah tentu mempunyai banyak masa untuk mengemas, mencuci dan menyusun atur peralatan,namun telah ditarafkan gred A,olih kerana itu apakah wajar premis ini diberi kelas tersebut berbanding dengan premis yang telah lama beroperasi dan sentiasa sibuk dengan urusan melayan pelangan serta sibuk mengurus perjalanan perniagaan?
Jika kelonggaran syarat pengredan ini dibuat dengan tidak mengambil kira prestasi premis baru dan lama beroperasi sudah tentu menimbulkan tanda tanya apakah satu diskrimasi telah berlaku? fikir betul betul !
Poksu-Menjaga kebersihan sebahagian daripada amalan orang yang beriman.....!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan