Salam hormat !
Izinkan aku mengoret ayat ayat cinta buatmu "Kepada yang ku kasihi! dengan kehadiran tulisan ini menandakan sayangmu tidaklah bertepuk sebelah tangan sebagaimana anggapanmu yang sedang mengkira kira dengan tomahan yang aku tidak mahu melayani curahan kata rasa hatimu,jesteru itu sedarilah tiada siapa yang memandang jijik dan jauh sekali untuk menghina keperibadianmu. Walaupun keiklasan hatiku tidak dapat engkau hidu seumpama hiduan bau wangi bunga mawar yang memekar dilaman rumahmu,namun jika diexray hatiku pasti engkau temui akan dimana letak tandanya kemurnianan hati ini.
Sayangku! masa terlalu cemburu dan mencemburui kita,dek kerana keterbatasan waktu ini makanya barisan ayat ayat inilah sahaja sebagai pengalang ganti diriku.Liuk lintuk batang tubuh,keayuan wajah dan keilmuanmu itulah sebenar nilaian semahal emas yang ku maksudkan telah menjadikan denyut nadi emosiku terpikat dan sering bertempik kerana tergilakan bayanganmu.SEKIAN>
(tulisan ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa samada yang telah tiada atapun yang masih ada nyawa nyawa ikan,ianya sekadar gurauan semata mata).
(tulisan ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa samada yang telah tiada atapun yang masih ada nyawa nyawa ikan,ianya sekadar gurauan semata mata).
Poksu-terkenang nostalgia lagu 'rindu bayangan" olih.....siapa ? dah lupa da.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan