arkib

Sabtu, 4 Jun 2011

Nak kongsi cerita sikit....



Salam hormat!
Agaknya kerana atas nama "kursus" makanya tidaklah begitu ramai yang datang pada program yang telah dianjurkan olih bahagian kerjaya dan sosial ekonomi JHEV (Jabatan hal ehwal veteren) pada 1 hingga 3 jun lalu.Kursus ini lebih kepada hendak menilai sejauh mana prestasi pencapaian para usahawan Veteren tentera yang telah menceburkan diri dalam bidang perniagaan,"apakah mereka ini sudah ber usaha tetapi masih lagi belum mendapat wang? jadi yang tinggal hanya usaha sahaja,wangnya tidak ada"kata seorang peserta.


Kursus ini telah berlangsung selama 3hari bertempat diHotel Permai Inn Kuala Terengganu dan telah pun dihadiri seramai 8 orang Veteren dari negeri Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan juga Kelantan.Tetapi persoalannya kenapa hanya sekecil itu sahaja jumlah kehadiranya? apakah negeri pantai timur tidak ada usahawan veteren?mustahil....atau apakah mereka ini telah pun mahir dalam bidang niaga masing masing dan tidak lagi memerlukan tunjuk ajar dari sesiapa pun?atau mereka hanya akan berduyun duyun datang jika ada habuan habuan tertentu yang akan diberikan? Jika setakat hendak datang berkursus semata mata mungkin mereka akan menganggap hanya sekadar membuang masa sahaja?

Dari pemerhatian saya, rata rata yang datang kursus ini adalah terdiri dari mereka yang telah pun ada empayar perniagaan sendiri samada kecil ataupun besar dan ingin mempromosikan produk atau jenama sendiri sesama peserta kursus atau dengan kata lain nak buat ekspo barangan gitu.Bagi veteren yang buat kontrakter sudah tentu tidak berminat... agaknyalah. Bersambung....

sambungan terkini :

lama jugak saya tidak updatekan untuk menyambung posting ini,kadangkala mood untuk menulis ini adakalanya naik turun,tambahan pula pada pendapat saya menulis ini perlukan suatu suasana damai barulah akan membangkit "sentimentel value" serta tidak bolih diganggu gugat dengan suasana disekeling berkeadaan sibuk kerana ianya akan memberi kesan kepada hasil mutu tulisan kelak akan menjadi carca marba,sebelum ini terdapat seorang penjengok blog telah memberi komen dengan memuji dan memberi perangsang agar saya terus menulis kerana menurut beliau saya mempunyai bakat menulis da menyarankan agar saya juga turut menghadiri bengkel yang menjalankan kursus penulisan,jadi saya mengucapakan terima kasihlah kepada penjengok yang memberi komen tersebut namun demikian kadangkala saya juga terasa cuak hati dan bimbang kalau kalau ada yang akan tersinggung dek tulisan saya akan menyentuh sentiviti mereka mereka yang berkenaan,tetapi apabila saya perhatikan para alim ulama" juga mengalamai masaaalah yang sama,tidak kurang juga ada yang tidak senang hati dan tidak berapa suka akan kata kata didalam setiap penyampaian kuliah agamanya jadi apalah sangat 'bisa'nya dengan tulisan saya ini, jika isi kuliah agama dari seorang ustaz pun tidak bolih diterima sepenuhnya maka saya tidak hairanlah jika tulisan saya ada yang suka dan ada yang yang mencela,bab kata orang sudah jadi adat resam ragam manusia tidak sama seperti juga kata pepatah rambut sama hitam hati lain lain....

Berbalik kepada tajuk apa yang hendak dikongsi cerita,terlebih saya hendak membuat sedikit pembetulan,setelah saya mengira mengira dan ingat balik jumlah peserta kursus sememangnya betullah hanya seramai 8 orang tetapi jika ditambah dengan seorang peserta dari kakitangan Hotel yang juga merupakan bekas seorang Tentera maka jumlahnya akan bertambah menjadi 9 orang,saya tidak memasukkan beliau ini pada awalnya sebagai peserta kursus dek kerana beliau hanya tumpang masuk kelas sekejap sekejap,sekejap ada sekejap hilang,sambil sambil tu dia terpaksa keluar kelas kerana menjalankan tugasnya sebagai staf Hotel bahagian keselamatan.
Antara peserta lain terdiri dari 2orang dari kelantan yang menjalan perniagaan menjual baja organik yang diproses sendiri,seorang peserta perempuan dari Setiu yang mewakili suaminya yang tidak dapat hadir,terdapat juga seorang lagi peserta bekas tentera wanita yang dikenali dengan pangilan kak ida dari Pahang selebihnya semuanya lelaki.Menurut dari percakapan Kak ida mengatakan beliau ini pada suatu ketika agak mengenali secara rapat dengan PM Najib dan mengenali sedikit sebanyak akan kerekter PM,jika ada kesempatan akan saya ceritakan hal tersebut dilain masa, insaallah tak berani janji...,kak Ida ini sendiri kerekternya agak rancak juga celotehnya,macan mulut murai,dialah juga menghidupkan suasana kursus menjadi riuh rendah malah dia juga kaki tidur dalam kelas masa belajar...he..he...he...bisnesnya buat piss tempoyak dan bercita cita ingin mempopulerkan makanan tradisi orang pahang(katanyalah), nasib baik tidak dibawanya tempoyak jika tidak habis satu hotel berbau wangi tempoyak,ha...ha...ha...

Saya ingin juga memetik pandangan peserta kursus lain berkenaan dengan perniagaaan mereka. Semasa sessi pengenalan diri ada diberi peluang menyatakan apakah cabaran cabaran yang dihadapi disepanjang kerjaya mereka sebagai seorang peniaga.Terdapat seorang peserta dari Kerteh,Trg agak begitu seriau menceritakan pengalaman beliau yang hanya baru beberapa bulan menjalan kan perniagan kedai runcit,katanya belau masih belum dapat merasai keuntungan dari hasil jualannya disebabkan yang pertamanya kerana masih baru berniaga dan sebab keduanya ialah marging keuntungan barangan runcit amat kecil dan sedikit sahaja, keuntungannya bergantung pada jumlah jualan, jika banyak jumlah (Quantity) barangan jualan maka adalah lebih sedikit keuntungannya,dan begitulah jika sebaliknya pula,ceritanya.Lalu dicelah olih penyampai kursus secara berseloka dengan menyarankan agar beliau cuba pula menjual minyak petrol mengikut sukatan sebotol sebotol,kerana kebiasaannya kedai kedai runcit kecil dikampung kampung banyak berolih keuntungan dengan hasil menjual minyak petrol pakai botol.maknanya jualan sedikit tetapi bolih untung banyak,hebat ...hebat...dan satu lagi ada juga yang ambil kesempatan menjual barangan seludup contohnya seperti rokok kretek dari Indon,betul ke ada?

Beralih kepada seorang lagi peserta yang menjalankan perniagaan warung kopi dengan menjual bahan makanan masak dan minuman sejuk/panas,katanya antara cabaran beliau ialah tatakala kerap berlakunya kenaikkan harga barangan runcit dan juga bahan mentah,contohnya jika kenaikan harga gula sebanyak 20sen sekilo,beliau tidak bolih menaikan harga minuman sertamerta mengikut kanaiakan gula tersebut,sebabnya tidaklah menasabah jika gula naik harga 20sen sekilo lalu harga air minuman juga hendak dinaikkan rm20 sen atau rm10 sen secawan, nak naik sekadar 5sen tak main dah la ni,sedangkan sekilo gula bolih dibuat beberapa banyak cawan,jadi mahu tidak mahu harga minuman terpaksa dikekalkan pada harga asal sedangkan kos belian barangan bahan jualan meningkat,jadi berlakulah perselisihan mengucutnya marging keuntungan.Itu baru satu contoh barangan jika 7 ke 8 item lain juga berkedaan yang sama maka situasinya akan berlakukan kemerosotan jualan jika ada peniaga warung kopi yang terus turut segera menaikkan harga kerana pelangan akan terasa kejutan kos perbelanjaan mereka dan aliran jualan akan jadi perlahan.

bersambung lagi....mengantuk dah nak tidur dulu sekejap,ok

sambung lagi;

saya juga agak tertarik dengan seorang peserta dari dari Temerloh Pahang,walaupun agak jauh dan megunakan perbelanjaan sendiri untuk datang kesini namun katanya demi untuk bisness yang dijalankan beliau tetap mahu berkorban sedikit belanja untuk mencari dan mempelajari perkara perkara baru berkaitan dengan dunia perniagaan disamping itu dapat juga secara sambil sambil memperkenalkan perniagaanya,beliau seorang peternak lembu tenusu dan juga kambing, sekarang ini temgah mencari peluang untuk mendapatkan sebuah kenderaan atau lori yang siap dengan perlalatan sejuk beku bagi memudahkan beliau untuk memasarkan susu lembunya secara bergerak,buat pada masa ini beliau hanya menghasilkan dadih mengunakan campuran susu dengan pelbagai perisa dan pasaranya setakat ini disekitar Daerah Temerloh,yang menarik dan terujanya saya ialah kawasan tanah peliharaan untuk dijadikan ladang lembunya agak luas juga(tak perlulah saya ditailkan berapa keluasaanya),timbul persoalan saya bagaimanakah beliau memperolihan kurnian tanah persendirian seluas itu,alangkah baik nya jika saya juga mempunyai tanah luas sepertinya (berangan angan).

Terdapat seorang lagi peserta juga dari Daerah yang sama iaitu diTemerloh,beliau ini agak agak aktif dalam persatuan PBTM dan merupakan seorang setiausaha cawangan disana.Beliau tidak ada perniagaan peribadi cuma bergiat aktif memasarkan barangan Pertubuhan Koperasi Caw, antara barangan jualanya ialah Serbuk Kopi Gantung berjenama "Wira",beliau membuka peluang kepada sesiapa saja yang ingin menjadi pengedar atau pun buka stokis ditempat masing masing.

Akhir sekali sya ingin mengucapkan terima kasihlah kepada Mej Zainal (gambar) dari Bahagian SosialEkonomi JHEV selaku penganjur kursus termasuk 2orang pensyarah dari Syarikat Konsultan PAISLEY,setidak tidaknya dengan adanya kursus seperti ini dapatlah kami berkenal kenalan diatara satu sama lain.

Tok ayah su-terliur tempoyak kak ida...ha...ha..ha....

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan