arkib

Khamis, 30 Oktober 2014

Sondol punggong...

Salam hormat!
sisipan akhbar SH&koleksi risalahku 
Pembukaan tahun baru hijrah 1346 menyaksikan banyak kes berprofile tinggi yang melibat ramai dikalangan pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) telah kena turun naik mahkamah, saya pasti ramai dikalangan rakyat biasa termasuk saya sedang menunggu akan kesudahan keputusan mahkamah terhadap kes masing masing. Jadi saya hanya sebagai pemerhati tidak bercadang hendak mengulas apa apa berkenaannya, cuma saya ingin berkongsi cerita berkenaan pengalaman saya yang juga pernah masuk bicara kes didalam mahkamah...kes apa eekkk? tunggu....

sambungan- Sepanjang tempoh perkhidmatan dalam tentera dahulu terdapat juga cerita cerita yang saya dengar dari mulut kawan kawan dimana mereka yang terlibat dengan kes salahlaku dan tatatertib telah dibicarakan samaada dimahkamah tentera mahupun dimahkamah awam.Ini bererti tidak timbul desas desus yang mengatakan ada dikalangan anggota yang diistilahkan menjadi anak emas atau batu permata,soal pilih kasih atau insan terpilih sebenarnya saya nampak tidaklah begitu jelas keujudannya.Sebarang kesilapan atau kesalahan yang bersalahan dengan akta perkhidmatan akan tetap dihadapkan kemuka pengadilan. Namun dalam kes kes perbicaraan tertentu ianya bolih diibaratkan seumpama satu "game" juga, ada tektik dan tektik serta muslihatnya.Sudah tentulah OKT (orang kena tuduh) akan berusaha menangkis bukti bukti yang dikemukan olih pehak pendakwa,terdapat juga yang berusaha mengunakan khidmat peguam luar,jesteru itu tidak hairanlah kalau ada yang menang kes hanya kerana dek kesilapan teknik ataupun kekurangan bukti, contohnya kalau kes berjudi, ada yang dibuang kes disebabkan ketidak cukupan bilangan daun terup sebagai bukti utama, ada juga disebabkan kesilapana teknik hanya dengan kesilapan menulis secara tidak jelas seperti jenama bahan bukti misalnya jenama motor yamaha tetapi ditulis dalam kertas pertuduhan suzuki,kelemahan lain juga diambil kira seperti kesilapan mencatatkan nombor plate kenderaan sebenar dan sebagainya.

sisipan akhbar SH
Walau bagaimana pun hal seperti diatas tidak ada kena mengena berkaitan dengan kes yang hendak saya paparkan nanti.Alkisah pada suatu hari selepas selesai hari perbicaraan aku berbual bual dengan seorang rakan.

RAKAN-apa perkembangan perbicaraan kau dimahkamah kelmarin?
AKU-beres....dah selesai pun.
RAKAN-amboi cepat betul...macam mee segera aje?
AKU- ehh...engkau ni...cepat apa kena bendanya...dah tiga kali aku berulang alik kemahkamah... asyik asyik paspon (tunda) tarikh memanjang.
RAKAN-habis tu engkau puashati ke dengan keputusan mahkamah?
AKU-nak di ikutkan memang tak puashati jugalah...
RAKAN-habis tu kenapa kau terima?
AKU- Aikkk...bolih ke tak mahu terima? nanti kau bolih di"charge" tidak hormat atau menghina mahkamah.
RAKAN -(terdiam sejenak) ooo...begitu pulak....
AKU-sebenarnya aku dapat maklumat , siPolan tu dah main "slowtalk" dengan orang tertentu yang dekat dengan orang dalam mahkamah, dia minta dipercepatkan keputusan.
RAKAN-kalau macam tu lebih baik awal awal lagi kau mengaku bersalah...lagi cepat selesai kes.
AKU-ialah tu...disebabkan kerana aku minta dibicarakan maka prosesnya agak jadi memakan masa sedikit.
RAKAN-alih alih kemudian keputusannya pulak  tidak memihak pada kau...begitu?
AKU-ini soal sedomi...sondol belakang...aku dak agak dah...undang undang jalanraya negara kita memang tidak memihak kepada pemandu yang langgar belakang kenderaan orang lain,tetapi persoalannya bukan aku sengaja pun,tambahan pula sebelum ini aku tak pernah kenal malah jauh sekali bermusuh dengan siPolan tu....sebab itulah aku lawan tetap lawan....
RAKAN-agaknya siPolan tu nak cepat baiki kenderaan dengan membuat tuntutan insuran kot...
AKU-itu soal lain....yang penting aku juga ada hujah dan maruah tersendiri yang perlu ditegakkan.
RAKAN-cuba kau terangkan sedikit bagaimana mula puncanya kejadian?
AKU-pada hari itu aku membuat tugas rasmi KHS (khidmat hantaran surat) memandu truck L/R , menghala keKem Batu Melintang,semasa didalam perjalanan didalam suasana jalanraya yang agak tenang aku merapatkan sedikit jarak dengan kenderaan dihadapan dengan tujuan untuk memotongnya, kelajuan kenderaan hanya dalam sekitar 60-80km/jam,tiba tiba aku melihat kelibat satu objek macam anak kambing atau kucing (kurang pasti) telah berlari laju melintas dihadapan kenderaan siPolan itu. Secara tidak diduga kenderaan siPolan telah membrek kenderaannya secara mengejut.Apa lagi.....aku yang pada waktu itu tengah ready speed untuk memotong pun turut sama menekan berek secara emergency juga.
Sisispan Akhbar SH
RAKAN-jadi...kau tak sempat nak mengelaklah.
AKU-Nak mengelak macamana lagi....berasap berapi tayar mengheret jalan berkiut kiut bunyinya lalu berdegummm....sekali tersondol belakang keretanya daa....
RAKAN-habis tu macamana dengan dia...tercedera atau tidak?
AKU-mujurlah tidak ada siapa siapa yang cedera,cuma aku lihat siPolan tu dalam keadaan trauma dan macam panik semacam,jadi aku cuba menenangkan dirinya,walau bagaimana pun keadaan kenderaan bahagian belakang keretanya agak banyak remuk juga.Setelah dia melihat keadaan keretanya barulah mulutnya terkumat kamit membebel bebel seperti nak marah marah.
RAKAN- selepas itu apa jadi (macam tak sabar dan bersungguh nak tahu)
AKU-ya lah....kalau tak banyak sabar,bolih jadi bergaduh kalau asyik dok berlawan cakap,jadi aku banyak berdiam diri.... membiarkan dia sorang sorang ber pot.... pet....pot....pet.....pot.... pet....berbunyi, sambil tu bincang  bincang, runding punya runding, masing masing setuju untuk membuat polis report.Maka tunggulah tarikh panggil bicara.

Moral of the story-.Soal kemalangan jalanraya tidak ada sesiapa yang minta untuk terjadi kerana selain menyusahkan diri sendiri ianya juga sudah tentu bolih menyusahkan orang lain sama,pun begitu sehandal manapun kita memandu tidak banyak sedikit pun pasti akan terlibat juga. jika tidak disebabkan diri kita berkemungkinan kejadian bolih berpunca olih orang lain pula. Kerana itulah kenderaan (peribadi) saya juga pernah dilanggar belakang olih orang lain, malah ada yang jahat pernah langgar lari (mungkin akan saya ceritakan dilain bab) Dalam bab perceritaan ini ianya melibatkan kenderaan kerajaan (tentera) maka banyaklah diantara prosuder atau tatacara perlu dipatuhi.Contohnya tatkala semasa kemalangan mesti tahu apa nak buat,tidak bolih mudah mudah mengaku bersalah kemudiahn terus buat penyelesaian sendiri misalnya dengan membayar apa apa kos kepada mana mana pehak,mesti tahu melukis lakaran anologi kemalangan serta banyak lagi dokumen dokumen yang berkaitan mesti disiapkan sehinggalah keperingkat ianya dimasuk atau ditunda keworkshop medan untuk dibaik pulih sebelum itu satu penilaian kerosakan akan dibuat diJKR, semua senarai urutan kerja ini diajar kepada setiap anggota yang mengikuti kursus pemanduan.
sisipan akhbar SH dan foto albumku

Setelah beberapa ketika perbicaraan dimahkamah awam selesai kini saya terpaksa menghadapi satu lagi perbicaraan buat kali kedua dengan pehak pasukan pula diatas satu kesalahan yang sama....jadi apakah seksyen atau dibawah akta yang mana serta apakah bentuk hukuman atau kesudahannya? tunnggu.... 
Sambungan- 
DIBILIK PERBICARAAN DENGAN PEGAWAI PEMERINTAH

P.Pemerentah-Pada..?...hb yang lalu kamu telah dibicarakan dimahkamah awam bersabit dengan kemalangan jalanraya bersama kenderaan yang kamu pandu dengan kenderaan orang awam.Ditangan saya sekarang ada lapuran berkenaan dimana kamu telah dijatuhkan hukuman sejumlah bayaran denda....betul?
Saya- ya... betul tuan.
P.Pemerentah- sudahkah kamu membayar denda tersebut?
Saya-sudah tuan....saya bayar dengan wang pinjaman dari tabung TKR (tabung kebajikan rejimen)
P.Pemerentah-Mengikut peraturan yang sedia ada, kamu sekali lagi perlu diadili olih pehak pasukan pula.Hari ini kamu dipertuduhkan dengan sabitan kesalahan dibawah seksyen....bla...bla...bla....akta angkatan tentera....bla...bla...bla.....apakah kamu faham?
Saya-faham tuan.
P.Pemerintah-sebelum hukuman dijatuhkan,apakah kamu ingin mengatakan sesuatu?
Saya-Disebabkan saya telah dijatuh hukum kena membayar denda olih mahkamah awam jadi saya mohon budi bicara tuan supaya dapat direngankan apa apa tindakan keatas saya nanti.
P.Pemerintah-maksudnya kamu mengaku bersalah?
Saya-kalau tak mengaku pun tak ada guna juga sebab Mahkamah Awam sudah pun jatuh hukum.... tuan.
P.Pemerintah-baiklah...memandangkan kamu telah memudahkan proses dan singkatkan tempoh perbicaraan maka dengan ini lesen memandu kamu digantung untuk tempoh beberapa bulan, sementara dalam tempoh itu kamu dikehendaki melapur diri untuk membuat tugas tumpangan diWorkshop Pembaikan dan juga membuat penugasan tambahan sebagai pengawal kem disebelah malam sehinggah kesatu tarikh tamat tempoh hukuman barulah kamu bolih kembali keTrup MT (majlis tertinggi) faham....!

Kesimpulannya-
sisipan akhbar SH & risalah
1.Pada semasa itu saya tidaklah berapa faham dengan sebarang akta atau warta, namun setelah saya pergi menghadirkan diri mengikuti kursus lanjutan kerjaya barulah saya diajar berkenaannya.Maka fahamlah saya dalam warta itu ada menyebut tidak bolih seseorang anggota itu dibicarakan 2 kali diatas kesalahan yang sama.Jadi disini berlaku sedikit khilaf dan tertanya tanya kenapa saya dibicarakan semula olih pasukan diatas kesalahan yang sama?
2.CADANGAN-Untuk mengatasi masaalah anggota terjebak dengan hutang dari egensi luar seperti Ahlong maka dasar memberi pinjam dari tabungan TKR perlu diteruskan kerana ianya masih releven/halal dan tiada faedah bunga (interest). Kegiatan pinjam meminjam wang dari Ahlong perlu dikekang dan dibendung,setiap pinjaman wang dari intitiusi keawangan luar  hendaklah mesti dibuat mengikut saluran dan kelulusan olih pegawai pasukan.
3.Nabi pun pernah kalah didalam peperangan jadi tak heranlah kalau saya sebagai menusia biasa bolih tewas didalam perbicaraan.
Tok ayah su-pegang falsafah "gagal sekali tidak semestinya akan gagal buat selama lamanya"

Isnin, 20 Oktober 2014

Askar anjing kerajaan??

Salam hormat!
sisipan akhbar SH
Disuatu hari ku dengar perbualan didalam sebuah teksi "abang nak pergi mana tadi? tanya pemandu teksi semacam mahu penumpangnya itu menyatakan semula arah tempat yang hendak pergi." saya nak pergi ke taman perumahan Wakaf Tapi" jawab penumpang itu. "Oh ya...maaflah ya, saya terlupalah pulak...abang tinggal ditaman itu ke? tanya pemandu teksi itu lagi. "Ya...saya tinggal disitu", "sudah berapa lama abang tinggal disana tu" "emmm...baru lagi, rasanya belum masuk setahun,kenapa? "tak adalah bang... cuma sebelum ini ada seorang saudara saya pun turut tinggal disana juga...tapi sekarang sudah pindah kelain tempat... katanya tak suka dan tak selesa dengan keadaan kehidupan dan pergaulan dengan masyarakat setempat" Tak suka macam mana tu? tanya penumpang kepada pemandu teksi tersebut."kebanyakkan yang tinggal disitu rata ratanya berbangsa cina, orang melayu hanya beberapa orang sahaja"jawab pemandu teksi."jadi apa masaallahnya"tanya penumpang. "ya...memang tak ada masaallah,cuma budaya dan amalan mereka yang agak kurang menyenangkan,bau asap colok tak kira masa meresap masuk kedalam rumah,anjing pulak menyalak memanjang dan berkeliaran dengan membuang najis merata rata,jadi faham fahamlah kita ni kan orang islam...agak sensitif dengan benda benda yang macam tu"jelas pemandu teksi dengan sedikit huraian.
bersambung....

Sambungan- Sementara penumpang tadi terdiam lalu pemandu teksi tersebut menyapa pula kepada penumpang ke2,semacam nak ditemuduga sorang soranglah pulak.

Pemandu teksi-adik ni tadi katanya nak pergi ke Kem Askar kan?
Penumpang ke2-Ya...pakcik.
Pemandu teksi-dah lama awak jadi askar?
penumpang ke2-Baru lagi jugak pak cik...baru nak masuk tahun ke5.
Pemandu teksi-ooo...begitu,sebenarnya pakcik jugak bekas askar,jadi pakcik rasa ada perkara yang pakcik nak bagitahu dan nasihatkan pada awak ni.
Penumpang ke2-oh ya ke? bekas askar rupanya pakcik ni....jadi pakcik nak cakap apa...silakan.
Pemandu teksi-kalau nak tahu...pakcik pernah hampir hampir nak bergaduh dengan orang yang celupar mulut mengata macam macam dengan askar ni.
Penumpang ke2- kata macam macam...kata apa tu?
Pemandu teksi-ya laa...sekarang dah dikira zaman aman sikit jika nak dibandingkan dengan zaman dharurat pada  sekitar tahun 60an dulu,jadi sebab itulah mereka kurang lagi nak "respec" dengan askar yang ada pada masa ini.Ada ke patut dikatakan askar sekarang punyalah relek,sampaikan bolih pergi enjoy enjoy,dapat keluar kem memancing ikan lagi,pada hal tidak buat cuti dan masih didalam masa waktu bertugas.
Penumpang ke2-mungkin itu satu dakyah yang sengaja direka untuk satu satu tujuan kot...pak cik?
Pemandu teksi-kalau ya pun nak kritik janganlah melampau...inikan sampai ada yang kata askar ni "anjing kerajaan",apa ke jadahnya....jadi pakcik nak nasihatkan supaya awak ni jangan mudah naik "fedup" (jemu) dengan perkhidmatan,kena mesti istiqamah (teguh pendirian) jangan dilayan sangat jika ada ejekan olih sesiapa.

sispan akhbar SH
moral of the story-dari cerita tadi mungkin ada yang berkata disebabkan pakcik pemandu teksi itu bekas askar jadi sudah tentu dia cuba sedaya upaya untuk 'defend" (pertahankan) kerjaya askar. Namun begitu secara peribadi saya juga rasa nak pertikaikan dimana kewajaranya dengan mengeluarkan kata kata cacian seperti itu,apakah kerana tindak tanduk askar dilihat mematuhi arahan dan mengikut telunjuk kerajaan memerintah? atau adakah kerana rakyat yang menyokong pembangkang tidak memperolihi apa apa manafaat?

Jika sekiranya begitulah persepsi pehak yang suka mencaci maki maka cubalah tengok sama akan peristiwa yang dok pernah jadi kecoh  diPulau Pinang dulu dimana terdapat juga diskriminasi dikalangan pehak  kerajaan negeri dengan media arus perdana termasuk juga dengan penubuhan pasukan PPS yang dikatakan bertindak sendiri seolah olah seperti tidak mempercayai serta meragui ketelusan akan pasukan keselamatan awam (polis) yang diujudkan olih kerajaan persekutuan. Disamping itu saya juga ingin bertanya,seandainya ditakdirkan kuasa memerintah negara Malaysia jatuh ketangan pehak
sispan akhbar SH
pembangkang (Pakatan Rakyat) jadi apakah pasukan keselamatan seperti Polis dan Tentera akan dibubar lalu akan diganti dengan pasukan unit AMAL ataupun PPS? sikap mempertahankan kelompok atau puak sendiri bukan benda baru,ia pernah berlaku sejak dizaman nabi lagi,walau apa pun terjadi,walau apa pun kebejatan mahupun kejahatan yang dilakukan olih puak sendiri pasti akan dipertahankan dan dilindungi, mereka sama sekali tidak akan biarkan (puak sendiri) akan menjadi mangsa kepada pehak lain,dalam istilah hari ini dipanggil bersikap rasis atau menyokong kepada perkauman.Kelakuan kepuakan sebeginilah telah menjadi salah satu perkara yang berjaya diubah olih Rasullalah.(Muqadimah-sejarah rengkas nabi Muhammad s.a.w dari kitab Alqur"an dan terjemahan/pentafsiran)

sisipan akhbar SH&koleksiku
Secara kebetulan apabila saya membelek belek kitab tadi lalu terjumpa pula dalam bab jenis jenis najis,dalam masa yang sama tatkala orang ramai membicarakan isu "sentuh anjing" maka dapatlah saya mengulangkaji sedikit miskipun ilmu ini pernah dipelajari sejak dizaman sekolah lagi akan tetapi bab kata orang, ilmu yang ada jika tidak diamal akan mudah jadi lupa atau seperti pokok yang hanya berbunga tetapi tidak menghasilkaan buah.

Sementara itu saya ingin berkongsi sedikit pengalaman,tatkala saya berumur 8 dan 9 tahun, seorang bapa saudara saya yang juga merupakan bapa angkat yang memelihara saya pada masa itu adalah juga merupakan seorang petani yang mengusahakan tanaman padi tugal,apa itu padi tugal? kalau nak tanya saya istilah orang kerja kelaut iaitu nelayan saya sememangnya buta laut akan tetapi kalau kerja sebagai petani insaallah saya bolih jawab dan agak tahu serba sedikit.Padi tugal bukan jenama padi tetapi olih kerana kerja itu perlu menugal terlebih dahulu jadi itulah sebabnya ia dipanggil padi tugal, masih belum faham? aaii susah bonar nak norangnya ehh...cara menanam padi tugal ialah dengan mencucuk cucuk batang kayu yang telah ditajamkan hujungnya ketanah untuk membuat lubang bagi tujuan mengisi benih padi, itulah 'tugal" namanya.Biasanya menanam cara ini dilakukan dikawasan tanah yang kering atau tanah yang tinggi berbukit bukit bukannya ditanah rendah atau berpaya atau berlembah seperti pada kelaziman kita lihat dikebanyakan tempat, tanaman padi tugal yang diusahakan olih bapa saudara saya ini terletak disatu tempat terpencil jauh ketengah pinggiran hutan tebal, disini juga terdapat beberapa orang keluarga orang asli, sudah menjadi kebiasaaan kepada orang asli dikawasan penempatan mereka pasti terdapat beberapa ekor anjing peliharaan.Entah bagaimana salah seekor dari anjing tersebut sering kali mahu mengikut bapa saudaraku balik kerumah disetiap kali beliau turun kehumur (panggilan kawasan tanaman padi) sebaliknya sering juga anjing itu menemankan bapa saudaraku tatakala hendak turun kehumur, lama kelamaan anjing tersebut semacam sudah jadi seperti anjing peliharaan kami.Sifat anjing ini adakalanya seolah seperti mahu bergurau gurau,lompat sana lompat sini,tetapi siang siang lagi bapa saudaraku berpesan jangan sengaja mahu pegang atau peluk peluk,aku tidak pula bertanya kenapa beliau berpesan begitu.Pada suatu hari tanpa dapat dielak tiba tiba anjing tersebut berlari laju dari belakang lalu terlanggar, aku jatuh terlentang.Bapa saudaraku yang melihat kejadian tersebut menyuruh aku segera mandi "samak".
Dari pengalaman ini barulah aku tahu bagaimana cara "samak".Sambil dia tolongkan mandi samak kan aku, dia turut menyatakan hukuman agama sebagai orang islam katanya "jika tersentuh dengan anjing dalam keadaan badan dua dua kering tidak mengapa,tetapi jika salah satu badannya basah hukumnya bertukar menjadi haram,perlu disamak,walaupun begitu jika was was (ragu) basah atau kering janganlah pula sengaja disentuh sentuh".Pesanan dan ajaran beliau itu sampai sekarang masih aku ingat untukku buat panduan. Jasa anjing ini padaku pun ada juga, pada setiap pagi aku kesekolah berjalan kaki sejauh 3km melalui jalan kecil berlorong iaitu laluan lembu kerbau,dalam keadaan pagi yang masih cerah gelap samar samar jadi anjing inilah yang menemankan aku maka kuranglah sikit perasaan takut.

sisipan akhbar SH
Fitnah? biasalah tu...mulut tempayan bolih ditutup....mulut manusia? sendiri mau ingatlah....jesteru itu ada yang buat fitnah kononnya bapa saudaraku ada memelihara penunggu,ada penjaga,ada ilmu penjauh, ilmu sako dan bagai bagai lagi,kalau tidak katanya mangsakan begitu berani mendirikan rumah kediaman dipinggir hutan yang jauh terpencil dari penempatan penduduk kampung lain, malahan ada yang menuduh anjing yang dibela itu bukan anjing biasa,ia bolih bertukar rupa jadi macam rupa harimau,selain dari itu katanya juga pernah terjadi orang yang berniat tidak baik datang kerumah tiba tiba sahaja akan dicakar kulitnya. Pun begitu masih ada yang sayang,sebab itulah ada diantara beberapa orang anak penduduk kampung menghantar anak mereka untuk mempelajari ilmu bacaan alqur"an dengan bapa saudaraku itu.Termasuk aku sendiri pun telah diberi kepercayaan olih guru menjaga kunci pintu sekolah, beg sekolah aku selain dari berat buku ia turut berat dengan kunci kunci bilik, dari kelas satu hinggalah kekelas enam semuanya ada tersimpan didalam beg.Pelikkan....ya dulu dulu diwaktu itu walaupun sekolah kebangsaan kerajaan tetapi masih tidak ada mana mana "pakcik jaga" mahupun tukang kebun disekolah, jadi murid muridlah yang diberi tanggungjawab, sampai sekarang tatkala sesekali terkenang kembali kesah lama itu maka terfikir pula bagaimana dan apakah yang akan jadi seandainya jika aku tidak dapat hadir kesekolah, sudah tentu semua satu sekolah akan jadi bermasaallah sebab kunci kunci itu diserahkan untuk aku simpan. Antara kenangan lain ialah mengutip telur penyu apabila tiba musimnya.Haa....mungkin ada yang tidak percaya,bagaimana mungkin tebing pasir disungai bolih menjadi tempat mendarat penyu penyu untuk naik bertelur,itu uniknya sungai air putih seberang tayor, terdapat kelebihannya tersendiri.

Baiklah...agak sudah panjang meleret cerita dan kenanganku telah dicoretkan,olih itu saya ingin mengulung dengan membuat sedikit kesimpulan.Seperti dinyatakan diatas,sejak kebelakangan ini perlbagai cacian dan tomahan serta fitnah telah dilemparkan bukan sahaja kepada tokoh politik, kepada para ilmuan seperti alim ulama",malahan turut menjadi tempias kecaman mengena juga kepada para penjawat awam termasuklah pasukan keselamatan polis dan tentera.Masing masing semacam cuba hendak menunjukkan taring dengan membuat ucapan yang berbau ugutan, contohnya "kalaulah kamu suka sangat duduk memfitnah alim ulama,kelak kalau kamu mati,uruslah sendiri, jangan diajak para tok tok lebai".Manakala doktor pula berkata kalau dah kamu pandai sangat...jika sakit berubatlah sendiri, sementara itu jurutera pula berkata,"kalau kamu sudah serba tahu tak usahlah panggil aku untuk buat apa apa projek pembangunan",manakala orang jahil macam aku pula berkata "untuk apalah dibuat sebarang majlis majlis keagamaan kalau asyik asyik terselit niat mahu minta sumbangan" Itulah contoh contoh ayat seolah olah mahu melepas tanggungjawab seumpama enai dalam belukar, mahu melepaskan diri masing masing.

sisipan akhbar SH dan koleksi majalah
Walhal agama islam sudah siapkan sistem hidup buat pengamalnya ikuti. Paling mudah jalan penyelesaiannya ialah kembali kepada ASAS ajaran agama,sama seperti kata bidalan melayu "kalau sesat dihujung jalan,kembalilah kepangkal jalan".

Kena kenali akan siapa yang patut perlu ikut peranan hukum Fardhu Kifayah dan Fardhu Ain, kata hadith "hendaklah ada sebilangan daripada kamu menyuruh berbuat kebaikan serta mencegah dari berbuat keburukan" nah...sekarang maksudnya "sebilangan" orang sahaja,bukan semuanya perlu tertumpu kesatu satu maksud pekerjaan yang perlu dibuat itu.Contohnya biarlah orang yang ada ilmu yang berkaitan sahaja yang menguruskan orang yang mati,jika diserahkan kepada orang yang jahil maka tunggulah saat kebinasaannya,jika tidak ada yang mahu buat ini bererti kesemuanya akan memperolih dosa,itulah dikatakan Fardhu Kifayah.

Tok ayah su- salam Maal Hijrah...mudah mudahan tahun 1436H ini akan lebih baik dari sebelumnya

Ahad, 12 Oktober 2014

Bajet: Gaji Saya Tinggi (GST)

Salam hormat!
"Jom pekena kopipas"  ajak Rohim "aik...ada ke kopipas? setahu aku kalu kopi jantan,kopi radik,dan lain lain jenama kopi gantung banyaklah tapi kalau kopipas itu agaknya kopi jenama baru kot? aku cuba bertanya lebih lanjut pada Rohim.Sesampai saja diwarung dia memesan minuman kopi tetapi bukanya kopi yang dimaksudkan."tadi kau kata nak minum kopipas tapi kenapa kau order lain pulak?tanya ku lagi. 'ahh...tadi itu saja aku nak pekena kau aje...kopipas tu tak ada pun....cuma sebenarnya aku nak tunjukkan satu risalah yang aku "copypaste" mengenai butiran pembentangan bajet lama iaitu dalam tahun 2011 dahulu.

"apa hal...dan apa yang tak kena dengan bajet lama tu" tanya aku sambil menghirup kopi yang dipesan. "itulah kau...langsung tak peka...kau tengok ni, diperengan 81,poinnya kenaikan pelarasan pencen 2% setahun tanpa perlu semakan atau sistem pelarasan gaji,maksudnya akan dinaikan secara automatik....apakah sudah terlaksana atau sudah bolih dinikmatai olih pesara? tup...tup...tup....cukup 3 tahun masuk tahun 2015 pesara pula yang perlu  membayar 6% cukai GST...kau tahu GST tu apa?

SAMBUNGAN...

Rumusan moral of the story- macam macam vesi dilebelkan terhadap penjenamaan cukai lama yang telah baru dijenamakan semula yakni GST itu.Jika dahulu cukai SST digelar "semua saya telan" kini GST juga dikatakan sebagai cukai 'gila sorong tarik" (GST).Tafsirannya kerana suka tarik duit (cukai) kemudian disorong pula dengan pemberian bantuan "BR1M"itulah sinifikannya ia dipanggil
"gila sorong tarik" atu GST,macam gambar rajah sebelah.

Namun begitu sejak kebelakangan ini apabila 2 buah negeri iaitu Selangor dan P.Pinang telah menaikkan elaun wakil rakyatnya kemudian diikuti atau ditiru pula olih kerajaan pusat dengan menaikkan elaun (gred) dikalangan 222 orang ahli Parlimen sebagaimana dinyatakan didalam pembentangan bajet maka terserlahlah secara lebih terang lagi bersuluh bahawa cukai GST itu bolih ditakrifkan dengan makna "GAJI SAYA TINGGI" bertepatan dengan dasar tranfermasi kearah rakyat berpendapatan tinggi menjelang 2020".Tetapi gaji siapa? kalau nak tahu siapa, tengoklah siapa yang meraikannya dengan cara berfesta festaan serta bermabuk mabukan.
sisipan akbar SH dan gambar hiasan

Olih sebab itu tidak hairanlah jika dirujuk kepada penjelasan DSAI didalam perbahasan bajet,beliau mengambarkan bahawa cukai GST disifatkan lebih mesra orang kaya,minyak petrol yang dinaikan harga pun seperti RON95 sedangkan orang kaya pakai RON97,dengan kenaikan elaun dikalangan orang kaya maknanya mereka sudah pun ada perisai untuk menangkis serangan GST manakala untuk rakyat yang berpendapatan rendah/sederhana hanya diberi alat pelindungan sekadar payung kertas yang bernama BR1M, selamatkah jika hujan yang berserta dengan ribut (gst) sekali itu datang melanda? sebagai alternatifnya DSAI telah mencadangkan satu kaedah cukai lain yang diberi nama CGT,miskipun begitu masih ada juga suara nakal mengatakan CGT itu "cukai gila talak".Buat lawak sangatlah konon....
apa apa pun masih ada yang kurang jelas dengan GST,nadi rakyat bertiup kencang manantinya tetamu yang disifatkan tidak diundang itu.Jika sunami ori digeruni maka GST adalah juga satu sunami buatan.



Teringat pada tahun 2012 dahulu,katanya didalam bajet yuran persekolahan dimansuhkan namun apabila tiba masa guru atau pehak sekolah meminta juga,apabila ditanya kenapa dah mansuh tetapi diminta juga? lalu dijawabnya bukan yuran yang diminta tetapi sumbangan,alahai...tidakkah dua duanya sama iaitu pakai fulus jugak,malahan jika sumbangan maknanya jumlahnya tidak ditetapkan,sedangkan sumbangan yang dimaksudkan itu ditentukan jumlahnya"putar alamlah itu namanya"runggut ibubapa.

tok ayah su-nak minta naik pencen....

Khamis, 2 Oktober 2014

Jangan cabar Saari (2)

Salam hormat!
sisipan akhbar SH
Dalam siri yang lepas saya menceritakan bagaimana Saari bagaikan seorang suami mishali telah memperuntukkan hampir kesemua wang pencen beliau untuk membolihkan isterinya belanjakan bagi tujuan penjagaan badan.Malahan dirinya sendiri mempunyai doktor peribadi merangkap isteri muda, ku sangkakan satu...rupanya lebih dari seorang. si isteri barunya seorang doktor yang mempunyai klinik hemorpati jadi sudah tentu tidak sukar untuknya mendapat rawatan pada bila bila masa sahaja.

Pun begitu bab kata orang malang tak berbau,kententuan tuhan tidak dapat kita hendak hindari,beliau telah diuji jatuh sakit juga.Pada suatu hari dia menghubungi saya 'Hadi...tolong bawa aku sekali kemajlis perjumpaan Veteren diKL itu nanti,sekarang ini aku kurang sihatlah... tak bolih nak memandu sendiri"beritahunya melalui telipon."engkau sakit apa dan bila mula sakitnya"tanya saya."aku kena stroklah....dah puas berulang alik kehospital,tapi sekarang dah baik sikit dah, cuma badan masih rasa lemah lagi"dia menjelaskan. "ooo... begitu, baiklah" saya menyanggupi untuk membawanya pergi bersama kemajlis tersebut.Berjalan dengan orang berduitlah saya pada hari itu,semuanya ditanggung beres,bermalam dan tidur ditempat yang selesa, makan minum pun ditempat berklass, bukan bermakna aku telah "dibeli" atau mahu jadi barua cuma mahu berbakti sikit kepada kawan...sama sama tolong menolonglah katakan....


sisipan akhbar dan album kenanganku
Apabila bercakap tentang penjagaan badan,lalu teringat saya satu celoteh tatkala saya bersembang sembang dengan isteri disemasa dalam perkhidmatan tentera dahulu."abang...semalam kan, meriah sungguh Majlis anjuran BAKAT tu...ada macam macam acara... petunjukan fesyen, demontrasi masakan, gubahan gubahan kreatif, pertandingan buat teh tarik, nyayian koir dan macam macam lagi ya...bang' cerita isteriku dengan begitu bersemangat sekali."tapi yang tak syoknya, nampak pengadil tu macam berat sebelah je,ada ke patut saya yang beraksi tarik tinggi tinggi sampai berbuih buih air dalam cawan tapi yang diberi kemenangan kepada individu lain yang air tehnya langsung tidak berbuih,tahu ke tak tahu pengadil tu buat kerja"keluh isteriku dalam ceritanya."aaiikkk...macam tak puas je bunyinya"saya mencelah. "Ya...lah...tak puas hati,agaknya pengadil tu tak dengar ucapan Datin pengerusi kot"dah melarat kepada kelain pulak dah cerita isteriku ni 'hah....apa ucapan dari datin tu?' saya bertanya. "datin tu bagi nasihat minta jaga rumah tangga supaya suami berpuas hati dengan khidmat dari seorang isteri,jaga badan supaya tidak "gemok montel'....biar jadi cantik serupa model yang meragakan fesyen tu.... lagi....bla...bla...bla...."isteriku menambahkan celotehnya.

Setelah selesai siaran beritanya maka giliran aku pulak berkhutbah "awak kena faham motif ditunjuk nya fesyen fesyen tu adinda ku sayang ooiii....itu pakaian semuanya tajaan dari syarikat, bolih jadi ianya satu promosi, satu strategi perniagaan,bersabor aje le...yang lebih penting kita utamakan perbelanjaan untuk anak anak sekolah dahulu"aku dah mula start injin.Alih alih aku kerling padanya, aku lihat mukanya dah mula naik masam mencuka....potong angin....sebab "keinginan" dia telah ditukar kepada "keperluan" olih ku.....simpati pun ada tapi apo nok buek....gaji kocik, kompunanlah dia nak turut bergaya dengan fesyen terkini,kesiaannn.

Berbalik perihal sebelum ini yang aku kata Saari ni tidaklah kedekut sangat,menurut ceritanya,beliau pernah menderma karpet dimasjid kampungnya, membantu menghulurkan dalam bentuk kewangan kepada seorang tokoh masyarakat yang terlibat dengan aktiviti pra pendidikan awal kanak kanak. Apabila saya terdengar penceritaan kemurahan hatinya maka saya cuba mengacah untuk turut sama minta sebagaimana sedemikian yang digambarkan."engkau pun nak jugak..." tanya dia semacam terkejut." cuba terangkan sikit, apa penglibatan kau dengan komuniti kampung?" tanya beliau lagi."ooo....nak kata aku ni orang penting dikampung tidaklah sangat....cuma adalah juga satu dua tiga jawatan yang aku sandang sekarang" aku menerangkan buat macam muka "kesian" bertawaduk. "dah...jangan kau nak berlakon" tambahnya seolah semacam kurang percaya pada aku pulak. "beginilah....kalau betullah mu berhajat nak beri, aku bolih tunjuk bukti" tegas aku lagi. "ok lah...aku percaya, cuma tadi saja saja nak test ke mu sikit...kah...kah...kah..."dia ketawa kecil. Alhamdulillah... di tanda tangan sekeping cek dengan jumlah tertentu,maka dengan itu dapatlah aku hulurkan ke JIBG buat menampung keperluan PASTI.

sisipan akhbar SH
Bersembang pasal tajaan ni, aku rasa sedikit cemburu juga tetapi tidaklah sampai berdendam dengan mereka yang dapat menunaikan haji hasil tajaan olih pehak tertentu, setidak tidaknya tengoklah akaun keluar masuk aku diTabung Haji, walaupun tidak pernah mencukupi tetapi setiap tahun hampir ribu ribu jugak aku menabung cumanya tidak pernah lekat, asik asik pergi korek ambil balik apabila terdesak, itulah yang sedihnya aku, apabila melihat orang lain tiba tiba tup... tup... tup....orang itu bolih pergi dengan tajaan tanpa ada menabung pun terlebih dahulu sebelum itu, macam pengadil teh tarik jugak, nilai berat sebelah. Jangan lihat kepada JKKK, imam,bilal atau tok siak masjid sahaja untuk mendapat tajaan, pandanglah sama organisai lain dibawah urusan masjid contohnya mereka yang mengendalikan pengurusan Khairat Kematian, apakah tidak bolih dibantu sama? aahhh...malaslah nak mengeluh....cakap banyak pun tak guna....fikir fikirlah sendiri.

tok ayah su-selamat hari raya aidil adha....nak rasa daging korban silalah datang rumah...

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan