arkib

Isnin, 29 Julai 2013

Jahil vs Syiah...

Salam hormat!
Tidak dinafikan terdapat dikalangan pemberi takzkirah begitu lancang lidahnya yakni dengan mudah melebelkan siJahil itu sebagai kafir,tetapi samaada kafir harbi atau kafir zimmi tidaklah pulak dinyatakan. Jika menghukum seseorang itu kafir dengan hanya melihat dia (seorang islam) melakukan perbuatan mendedahkan aurat seperti dikolam renang atau didalam pertunjukkan pertandingan ratu cantik misalnya maka terus didifinasikan kafir rasanya kurang tepat tetapi jika sekadar menyamai perbuatan tersebut dengan perbuatan atau amalan orang jahiliah itu mungkin bolih diterima.Tujuan bertazkhikirah adalah untuk mengajak orang supaya mendekati ajaran islam akan tetapi sekiranya isi penerangan (tazkhirah) asyik asyik hendak menghentam maka usahkan ada yang nak dekat sebaliknya mereka semakin menjauhkan diri lagi adalah.

Jahil adalah asal perkataan dalam bahasa arab yang bermaksud tidak tahu manakala lawannya adalah alim yakni TAHU (bukan tauhu) Seandainya dia tahu tetapi masih juga melakukankan juga itu bererti sengaja mahu mencabar peraturan yang telah ditetapkan. Begitulah dari apa yang tahu mengenai ciri ciri anutan fahaman syiah,dengan sengaja melebelkan kaum muslimin yang lain selain mazhab syiah sebagai kafir dan perlu diperangi seoalah olah darah kaum yang tidak menyokong mereka itu dihalalkan.
Teringat  saya satu falsafah yang diolah berbentuk sajak olih mantan PM Tun Abdullah Badawi yang berbunyi:
"kita bongkar sunah nabi"
"kita cari almaliki"
"siapa AsSaffie"
"Kita cari titik persamaan"
"Bukan titik perpecahan".
(maaf kalau tidak betul susunan)

Jesteru itu didalam penelitian saya didalam bab isu ajaran syiah ini terdapat satu titik persamaan dimana pendirian ketiga tiga Parti politik melayu (islam)  terbesar diMalaysia iaini Umno,Pas dan Keadilan masing masing sepakat menolak penularan ajaran syiah dari terus disebarkan. Bersambung....
Sambungan- 
Teringat lagi saya akan satu isu  beberapa tahun lalu dimana terdapat satu usul supaya para pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng dibenar balik semula keMalaysia kerana perjanjian perdamaian telah pun termeterai dengan kerajaan Malaysia dengan PKM ini.Namun ada dikalangan ahli ngo PBTM yang memberi pendapat pro dan kontra,yang pro menyatakan apa salahnya dibenarkan balik tambahan pula Chin Peng telah pun lanjut usia,tak kanlah dia mampu lagi untuk menghidupkan kembali ideologi komunisnya itu, disebaliknya pula ada yang kontra tetap berkeras memberi hujah dengan menyatakan bahayanya pada negara untuk jangka masa panjang tetap ada, kerana apa? kerana dibimbangi akan dipuja sebagai wira walau pun sudah selepas ketiadaan (mati) beliau sebagaimana orang orang melayu suka memuja tokoh pejuang ternama seperti Tok kenali,Tok Janggut dan sebagainya.Jadi semangat ketokohan "seseorang" inilah yang dibimbangi kelak akan menjadi ikon untuk menghidupkan semula sesuatu perjuangan .Sebagai contoh filem "TANDA PUTERA" adalah satu episod untuk menghidupkan kembali semangat perjuangan pemimpin silam terdahulu dan sekarang telah timbul pula satu filem kontrovesi "new village"....itu semuanya ada motif tertentu dan tersembunyi.Terdapat satu dakyah yang karut menyatakan kerajaan Malaya telah melakukan jenayah perang dengan membunuh rakyat sendiri yakni terdiri dari kalangan anggota komunis yang beragama islam,apa makna semuanya itu? kalau bukan untuk bermatlamat menghalalkan dan mengangkat martabat komunis.

Jesteru itu cuba kita renungkan sejenak sejarah islam dizaman para sahabat dahulu, waktu itu syiah belum muncul,yang bertelagah adalah dikalangan penyokong Khalifah Ali r.a dengan Kumpulan Muawiyah bin Abu Sufian r.a, kenapa sampai berperang dan berbunuh bunuhan? sedangkan nabi berpesan selepas ketiadaan baginda para sahabatlah tempat rujukan, tetapi malangnya pesanan itu diabaikan sehingga berlaku juga gejala murtad, kafir mengkafir dan sebagainya.Natijahnya apa? perpecahan berpanjangan sampai sekarang  kerana masing masing tidak berpuasa hati termasuk untuk memperolihi kuasa pemerintahan dan seumpamanya,soal akidah dan lain lain maksud juga dijadikan sebagai satu sandaran.Saya bukanlah ustaz hendak hurai secara panjang lebar tetapi soal asas asas itu adalah saya ketahui sikit sikit,ini dek kerana sudah minat saya suka membaca.

Tok ayah su- selamat hari Pahlawan....

Jumaat, 26 Julai 2013

Kuala Besut telan umpan....

Salam hormat!
Teringat kata kata Yb Dato" Seri Tuan guru Hj Hadi dipentas ceramah dikuala Besut "bukan tak bolih nak makan umpan tetapi kena jadi ikan cerdik yang tidak turut telan mata kail sekali" katanya,tetapi yang jelas baik punya umpan yang diguna pakai kepada pengundi didalam PRK DUN Kuala Besut sehinggakan bukan sahaja dikutis umpan malah ditelan bersesekali dengan mata kail,itulah masallahnya, natijahnya Pas terpaksa terima hakikat kekalahan calonnya didalam Pilihan Rara Kecil tersebut.

Apa agaknya umpan yang dikatakan "baik punya" itu? diumpan dengan perkara agama,orang disini lebih alim dan lebih tahu,nak bagi rumah sarang burung merpati? nak bagi projek saliran air masuk sawah? nak jadikan KB pintu gerbang pelancungan bertaraf antarabangsa? nak bagi pendapatan nelayan meningkat  tinggi? bertuah betullah penduduk Kuala Besut jika semua itu benar? tetapi setahu saya kebanyakkan penduduk disini lebih suka berbelanja diNegeri jiran iaitu diTok Bali atau  dibandar bandar besar lain dinegeri kelantan, kenapa yek? jawapannya harga ayam daging hanya cuma rm6.65 sahaja sekilo,sedangkan heboh ditempat lain harga sudah melambung keparas rm7.00 lebih hingga ke rm9.00/kilo,belum cerita lagi pasal harga ikan basah yang murah dan segar mega disekitar pasar Tok Bali, tetapi apakan daya demi wang BRIM rm500.00 penduduk Kuala Besut tidak nampak bulan melainkan dacing sahaja,Dapatkah wang BRIM rm500.00 bolih dibelanjakan untuk tempoh setahun ? jika harga barang juga turut melambung lambung naik tak kira masa tanpa henti? apatah lagi tatkala dimusim perayaan sebegini,dapatkah?

Apa pun nasi telah menjadi bubur,keputusan telah diketahui,Parti uBN menang lagi....miskipun ada yang kata ramai dari pengundi yang tinggal diluar kawasan tidak dapat balik mengundi,dek kerana sudah dekat dengan hari raya Puasa tambahan pula hari bekerja,jadi kesukaran pada mereka mahu pulang berulang kali,balik PRU!3 itu dulu pun belum habis hilang penat lagi, jika tidak....jika tidak apa? jika tidak Prk KB kali ini milik Pas....betul ke?
Aku juga pernah tinggal dirumah flat macam sarang burung merpati,sewa 2 ratus ringgit tetapi gomeng hanya beri elaun rumah cuma rm 80 ringgit,jadi selebihnya kena topup dengan duit poket sendiri,belum cukup bulan sudah pokai menanggis tak berlagu.....Gomeng ni pun satu hal jugak,tengok sahajalah pada bonus yang hendak diberi kepada penjawat awam itu berapa? cuma sekadar rm 500.00 sahaja,sedangkan kepada para peneroka Felda yang mana aku difahamkan mereka akan diberi rm 1.800.00 yakni sebelum pada tiba hari raya nanti,jadi berapa kali ganda banyak tu jika mahu dibandingkan....Wajarkah begitu? apakah penjawat awam tidak produktif untuk menghasilkan duit? berbanding kerja sebagai peneroka yang sering kait buah untuk buat duit?

Saya faham apa lagi yang membelenggu fikiran orang Kuala Besut,salah satunya ialah untuk mendapatkan sokongan sain atau bagi mendapatkan tanda tangan dari JKKK mahu pun kepada Wakil Rakyat sendiri, hendak minta rumah skim mesra rakyat dari kerajaan persekutuan mesti kena mendapatkan sokongan wakil rakyat BN,jika tanda tangan wakil rakyat Pas kelak akan dirijek tak laku,begitu juga dengan hal persekolahan anak anak,lainlah seandainya kerajaan persekutuan itu PR yang perintah.Pendek kata sememangnya bagi rakyat biasa mereka akan menjadi mangsa keadaan malah tak kurang juga dari menerima pelbagai ugutan.Maka kerana itulah agak sukar bagi pegundi Kuala Besut untuk beralih kepada parti Pas.
Apa hal pulak dengan rakyat Kelantan?demikianlah untuk renungan....

Tok ayah su-Tahniah....

Sabtu, 20 Julai 2013

Berbuka puasa diKuala Besut...

Salam hormat!
Diatas adalah gambar gambar yang sempat disambar olih sinaran lensa kemera poket saya di Kuala Besut dan ulasan berkenaanya akan diulas kemudian....tunggu !!!
Sambungan terkini:
Ada pun DUN Kuala Besut diawal tahun 80an dulu telah kerap juga saya datang kesisni terutamanya melibatkan tugas membuat operasi  latihan tentera diGong Kedak,disemasa itu kem tentera TUDM belum lagi ujud tetapi lapangan terbang peninggalan dizaman perang dunia kedua telah pun ada,lalu timbullah cerita macam macam kononya lapangan terbang itu adakalanya dilihat terdapat kapal terbang mendarat kemudian terus hilang kedalam terowong, kononnya juga tempat itu keras dan bermisteri.Itulah perkara nostalgia yang ada disini.

Pembangunan Kuala Besut dan persikitarannya berjalan perlahan sehinggakan Hospital pun tidak ada, jika ada yang mahu bersalin kena pergi kehospital dinegeri sempadan iaitu diBachok atau keKota Bharu Kelantan, sebab itulah ramai kod kad Pengenalan orang disini "03" bukan "11" (jika peranakan Terengganu) Olih itu semasa didalam mesyuarat PBTM pernah dibincangkan perkara ini iaitu bagaimana untuk membolihkan kod 03 itu juga berolih kemudahan dari kerajaan Terenganu terutama dalam perkara permohanan untuk mendapatkan tanah kerajaan dan lain lain kemudahan seperti hal persekolahan anak anak mereka.Semasa perasmian mesyuarat PBTM olih Idris Jusoh ketika menjadi MB pada masa itu, beliau asyik mewar warkan pembangunan pelancungan diPulau Perhentian dan katanya banyak sudah bangunan bangunan yang canggih manggih dibina dipulau ini (siap ditunjuk slaid gambar gambar bangunan) dan menawarkan kepada kami untuk mengambil peluang daripadanya, alahai....manalah bekas bekas askar yang berkemampuan untuk menyewa malah jauh sekali dari mampu untuk memiliki bangunan tersebut,jadi kami hanya bolih melihat dengan putih mata dan melilih air liur sebab ada yang terliaur sehingga tergigit jari... melepass....

Pengundi diPulau Perhentian ini sudah ada yang swin kepada Pas contohnya didalam PRU yang lalu dimana calon Pas telah berolih 250 undi lebih disana iaitu 10 peratus daripada penduduk yang bolih mengundi dipulau itu,seandainya didalam PRK ini PAS berolih undi peningkatan sebanyak 30% lagi kemudian 30% peratus undi fix deposit BN dari Kem Tentera dan sedikit undi daripada pengundi atas pagar jadi tidak hairan majoritin 2,450 yang diperolihi olih arwah Dr Abdul Rahman akan dapat diperolihi dan DUN Kuala Besut akan dapat mencipta sejarah ditawan olih Pas.Kata kawan saya "di PRK Kuala Besut Pas bolih menang dengan majoriti 16 undi sahaja, maka akan jadilah 16:16" katanya membuat andaian.

"Apa akan jadi apabila DUN Terengganu menjadi 16:16, lagi sekali sejarah tercipta,jika dilihat kemelut bermuram durja diantara dua puak Idris dengan Mat Said maka inilah masa dan peluangnya orang Besut ingin membela Idris,16:16 bolih membangkitkan seribu satu kemungkinan,Kelemahan Mat Said akan dilihat dengan ketiadaan sokongan dari orang Idris diKuala Besut" kawan saya menambah kata."Kemungkinan lain, UBN akan hilang hak bersuara seandainya untuk mengadakan undian usul jika ada diantara ahli dewan yang tidak dapat hadir pada sidang DUN,jika keadaan begitu berlaku bagaimana untuk meluluskan bajet dan sebagainya?" Kemungkinan lain DUN negeri Terengganu juga akan dibubarkan untuk membolihkan diadakan undian Pilihanraya semula,jika diadakan MB secara bergilir gilir maksudnya 2 tahun Bn dan 2 tahun MB dari Pas ini juga tidak dapat menyelesaikan masaallah.Olih yang demikian jika Rakyat Terengganu khususnya dan Malaysia amnya mahu melihat sejarah ini berlaku maka pilihlah PAS pada pilihanraya kecil Kuala Besut pada kali ini" Syarah kawan saya  didalam kereta semasa didalam perjalanan kesana.Masihkah kita terkenang sejarah16 kali PRK pada penggal lalu 2008-2013, penggal kali ini Kuala Besut memulakannya. Jika dipusingan pertama dulu (PRK 2008-2013) dimenangi olih PR maka tidak mustahil sejarah itu akan berulang lagi.

tok ayah su-selamat memilih pemimpin kepada pengundi Kuala Besut.....

Khamis, 18 Julai 2013

Mee celup vs Dakwat celup (sambungan)

Salam hormat!
Agak panjang lebar juga saya bercerita sejenis masakan berasas mee pada siri sebelum ini,walau pun mee kuning itu sejenis makanan separuh berat, ramai kena bersetuju bahawa asal usul pembuatan mee itu berasal dari tanah benua cina,tetapi cara masakannya telah diolah dan disesuaikan mengikut selera bangsa itu pada kemudiannya.Malah kebanyakan pengusaha kilang mee itu sendiri kebanyakannya dimonopoli olih bangsa cina dan hanya sedikit sahaja dari kalangan orang melayu,olih itu kehalalan itu harus bermula dari kilang pembuat.Ini kerja pehak berkuasa yang mengeluarkan sijil halal,rakyat tak tanggung dosa.

Ada pun kebanyakan masakan orang melayu lebih kepada berasaskan beras,contohnya Laksa,dianya diperbuat daripada serbuk beras yang dikisar terlebih dahulu...ah...nantilah dulu,saya akan ceritakan dilain siri kerana saya juga ada sedikit pengalaman membuatnya,disamping itu saya juga ingin berkongsi pengalaman bagaiamana pada mula saya kenal dengan bubur lambuk,orang ramai juga harus tahu bahawa bubur lambuk adalah berasal dari negeri Terengganu..Pada pertama kali melihat saya hampir nak jadi termuntah naik loya kerana rupanya seumpama muntah kucing,ambil masa cukup lama untuk membolihkan saya meminatinya kembali,itu pun setelah saya melihat bahan bahan dan cara penyediaannya barulah terbangkit semula selera saya, sehingga kini masaallah alahan dengan bubur lambuk tidak berbangkit lagi. Cerita lanjut akan menyusul dilain siri.

Alang alang menyentuh soal halal haram ini jadi teringin saya hendak menyatakan satu pandangan dari seorang rakan yang mengomen tantang ketiadaan exco agama didalam pembetukan kerajaan diDUN Terengganu setelah UBN memenangi PRU ke13 yang lalu.Beliau mempersolkan dengan katanya jikalaulah UBN mahu menstabilkan sikit suasana didalam dewan adalah lebih baik untuk PRK N01 Kuala Besut itu calon yang dipilih perlu ada pendidikan agama,tetapi malangnya calon itu kini seorang profesional, ini bererti Bn telah melakukan satu kesilapan besar seoalah olah UBN memang segaja mahu menolak islam,bagaimana penekanan untuk memertabatkan hal ehwal agama hendak dijalankan jika "kepala'nya tidak ada?soal beliau.Pada pilihanraya umum tahun 2004,UBN Terengganu  telah mencalonkan seorang yang juga tidak mempunyai kelayakan ekedemik yang tinggi hanya bekas seorang Pegawai Warant Tentera,tetapi nasibnya baik bolih menang ,jadi jika untuk PRK N01 kali ini Pas menaruhkan calon yang hanya berkelulusan taraf SPM tidaklah bolih dipertikaikan,baru seri....tambahnya.

Dalam pada itu saya ingin memberi sedikit komen tentang kekalutan pengunaan dakwat yang dulu dipanggil kekal yang dicalit tetapi sekarang akan ditukar dengan cara mencelupnya pula,tak habis habis bermasallah, kata orang ganu 'hok gitu pun jadi ke payoh" maksudnya perkara mudah tetapi tak bolih nok diselesaikan.
Benda barang kemesek (senang) jah....sama ada celup ke calit ke itu bukanlah isunya,yang penting hendaklah lebih awal dibuat pemeriksaan rapi pada jari tangan/anggota dipintu masuk,tujuannya adalah untuk mempastikan adakah kesan dakwat ada dijari, jika ada bolih dihalau balik sebab tandanya sudah mengundi,kemudian dari itu jika tiada kesan dakwat barulah dibenarkan masuk untuk memastkan adakah namanya pula sah sebagai pemilih,soal hendak celup atau jari itu dicalit seperti biasa sebagaimana dalam pru13 yang lalu terpulanglah,alahai...hok gitu pun jadi ke payooh.Nok keno royat so...so...satu...satu macam budok kelas Tadika jah.

Selain daripada itu bila sebut pasal celup ni,saya teringat kata kata Ketua Dewan Ulamak."bukan senang hendak disabitkan orang yang melakukan kesalahan zina sebab kena tengok betul betul seumpama macam  nampok tengok batang celok kening masuk celup kedalam botol, kemudian kena ada saksi yang baik seramai 4 orang" katanya didalam satu majlis.

tok ayah su-bercadang nak berbuka puasa diKuala Besut....

Selasa, 16 Julai 2013

Mee celup vs dakwat celup

Salam hormat!
Susulan daripada sambungan siri penceritaan yang lepas yang bertajuk Hulu T"Ganu vs Hulu Besut dengan ini saya ingin meneruskan sedikit lagi akan sambungannya tetapi dengan tajuk Mee celup vs dakwat celup.

Kedua duanya berkisar bab celup mencelup,satu sejenis makanan dan satu lagi tentang dalwat,tetapi yang menarik disini kerana keduanya bolih dimakan atau dihirup.Aikk...pelik bunyinya,macamana pulak dakwat bolih dimakan? menurut dari fahaman yang telah disampaikan olih seorang menteri yang jaga Parlimen katanya dakwat itu tidak mengandungi sebarang bahan yang bolih membahayakan kesihatan,ooo...begitu rupanya,jadi harap harap janganlah ada pulak sesiapa yang mengantikannya seumpama bahan perasa penyedap makanan seperti kicap atau pun budu.

Sebelum itu saya ingin mempromosikan masakan berasaskan mee yang menjadi kegemaran saya semasa diusia kanak kanak dahulu,terdapat seorang peniaga melayu dikampung saya yang mampu menyara kehidupan keluarga besarnya yang seramai 10 orang anak (kalau tidak salah saya) yang terkenal dengan panggilan Che Amat dengan hanya membuka warung kopi serta menjual masakan mee kuah/goreng sahaja. Tetapi selera orang kelate sudah melekat dengan air tangannya sehinggakan kalau ada yang demam demam sikit jika makan mee masakannya itu bolih dikatakan akan jadi sembuh dari demam,wah...powernya mee itu ya...Selepas makan pasti badan akan berpeluh peluh balik jadi segar mega semula.Nak tahu apa rahsianya? saya tahu... nanti saya ceritakan pada sambungan akan datang.....

Terkini- Betulkah saya tahu dan macamana pulak bolih saya tahu cara memasaknya? jawapannya ialah salah seorang dari anak kepada Che Amat ini telah berkahwin dengan anak saudara sayalah,jadi semasa saya berkunjung kerumahnya diNilai N.S sempat juga dia memasak dan saya berguru dengannya, tambahan pula semasa dikampung dulu saya juga sering tengok dia turut sama membantu ayahnya memasak, apatah lagi dapur tempat memasak diletakkan disatu sudut penjuru dihadapan kedai secara terbuka maka senanglah sesiapa juga melihat bagaimana cara dia menyediakan masakan itu.Mee kuah itu bagi sebutan orang kelantan manakala jika disebelah luar kelantan kebiasaannya dipanggil mee rebus, walaupun nampak sama tetapi rasanya tetap tidak serupa.

Punyalah nakal saya pada ketika itu apabila teringin hendak makan mee Che Amat ini terlebih dahulu saya mengambil beberap biji telur ayam kampung nenek kemudian dibawa tukar dengan sepinggan mee,sekiranya habis telur disakok saya buat pura pura demam kemudian minta tolong nenek belikan,punyalah kasih nenek pada cucunya ini (akulah) maka pergilah dia terkedek kedek kekedai Che Amat dan dibelikan mee itu untuk saya, kesiaan nenek...wahai nenek tolong maafkan akan kesilapan daku itu.....

Diantara keganjilan Che Amat ini adalah dia tidak pernah pakai seluar,oooppp....bukan juga berbogel,dia hanya mengenakan kain sarung, tidak kira masa dan dimana jua dia pergi hatta kebandar sekali pun kain sarung dan TShirt pagoda lah pakaian harian dia.Selain dari kesedapan masakan dia juga seorang yang kelihatan sangat 'cool' dan tidak loket dengan senyuman,mungkin itulah salah satu daya penarik membuatkan orang kampung mengunjungi kekedainya.Ehh...cerita dah banyak tetapi apa bahan bahannya pulak? Tatkala itu manalah ada telur bersarang sarang dalam pasaran seperti sekarang,jadi salah satu bahanya ialah telur ayam kampunglah,sayur sawi pun dulu dulu jarang jarang ada maka diganti dengan sayur kangkung segar manis manis sikit rasanya,lagi yang paling bestnya ialah air stok rebusan tulang Gear Box atau orang kampung panggil kateh lembu.Ayam daging (orang kampung panggil ayam pejabat) pun dulu dulu tidak ada dijual berleluasa seperti sekarang,Jadi yang hebatnya daging lembu banyak pula dalam pasaran,olih itu untuk sepinggang mee dibubuhlah beberapa hirisan potongan kiub daginggg.Sesiapa yang hendak kena order dulu baru dia masak dan bukan dijual yang telah siap dimasak,maknanya dimakan secara panas panas berasap.... serbuk lada hitam dibubuh semasa diatas darat (semasa hendak makan) jika mahu bolih ditambah dengan cili sos,telur kampung tadi dibubuh semasa mee hampir masak jadilah telur separuh masak,kalau nak lebih special lagi suruh dia bubuh sekali tulang kateh lembu setongkol tetapi kena charge harga mahallah sikit, puyoo...baru bercerita begini pun dah rasa sedapp melilih ayaq liuq,Kalau dapat makan lagilah terangkat. Ehh...ehhh...terus langkau, macamana pulak cara nak memasaknya? haa...tang ni kena KIV dulu, kena tangguh dulu, manalah tahu kemudian hari nanti akan keluar siri buku masakan dari saya selepas itu bolihlah tuan puan belikan, dapatlah saya topup sikit sikit duit poket,baru fair,okey.

Sebelum itu terigin saya nak cerita sikit lagi,dek kerana tersohornya mee Che Amat ini maka adalah timbul pula persaingan,kira kira 3 kilometer dari kampung ini muncullah pula satu jenama Mee Kampung Pek,saya sempat juga pergi mencubanya, akan tetapi lidah saya sudah terbiasa dengan Che Amat Mee jadi selesa saya tetap setia dengan Mee Che Amat.Akan tetapi nasib perniagaan Mee Kampung Pek ini agak baik sehinggakan sampai kini muncul rangkaian kedai ala francais besar besaran sampai bolih dikatakan hampir seluruh kelantan mesti ada dimana mana kedai berjenama Mee Kampung Pek, manakala nasib Mee Che Amat berbeza, bolih dikatakan terus pupus kerana anak anak beliau yang ramai itu tidak berminat mewarisinya malah sanggup keluar makan gaji/merantau keluar diluar Kelantan,sayang seribu kali sayang. Baru sebulan lepas saya mendapat berita Che Amat telah pun pergi pulang kerahmatullah, alfatihah....hilang sudah satu khazanah berharga. Mudah mudahan ada dari kalangan anak anaknya akan kembalikan kesinambungan masakakn mee Che Amat Kemuning itu semula. Insaallah.

Apa pula mee celup? saya kurang arif dengan cara perbuatan mee jenama ini walaupun mee celup ini sudah mula berkembang diera setahun dua kebelakangan khususnya dinegeri kelantan juga,namun begitu saya mahu flastback sikit lagi disuatu ketika dahulu saya pernah merantau kePekan Pahang,disinilah pertama kali saya kenal dengan Mee Kari, rasanya cukup menyelerakan juga,tambahan pula ada udang galah besar besar, ada fish ball,karinya yang pior pekat likat,kedai taukenya cina tetapi tukang masaknya orang melayu islam.Ada pilihan nak makan dengan sudu ataupun guna chopstick, alahai...orang melayu manalah reti nak guna menatang tu, pakai kepik kepik dengan 2 jari batang kayu tetapi lama lama dah biasa bolihlah pulak. keh... keh... keh....dulu dulu peniaga kedai makan melayu tidak ada disini, jadi tumpuannya ialah dikedai kopi yang pengusahanya orang cina Alhamdulillah sekarang ini sudah ada bersepah sepah.Sama juga diKL ,masakan mee mamak diragui keHALALan sehinggakan ada yang mempertikaikan adakah siMamak ini benar benar seorang muslim.

bersambung lagi....

Sabtu, 13 Julai 2013

Hulu Besut vs Hulu Ganu

Salam hormat!
Saya nak kongsi satu cerita,pada zaman 80an mana ada SMS mahu pun internet untuk berhubung,jadi melalui suratlah satu satunya cara,jadi terdapat seorang kawan saya terasa malu dan merasa rendah diri gara gara terdapat huruf Hulu disampul surat yang hendak diposkan kepada keluarganya,sebab itu dia cuba sedaya upaya untuk menyorok dari kawan kawannya agar tidak dapat dilihat,"engkau tak nak pos kad selamat hari raya ke? kalau mahu bolih aku tolong poskan sebab aku sekarang nak keluar kebandar ni" pelawa kawannya untuk membantu poskan."nak"  jawabnya , kemudian diserahkan beberapa keping surat. "patutlah nampak macam orang darat (kolot) rupanya kau ni orang ulu" kata kawannya itu hanya sekadar melawak selepas membelek belek surat untuk mengtahui kemana arah distinasi,tetapi gurauan itu diambil serius lalu disambar balik surat itu kerana tidak jadi untuk diposkan,merajuklah konon (macam orang perempuan) melihat kepada gelagat itu kawan kawan lain yang sebilik turut ketawa berdekah dekah... kah... kah...kah....aauww....
Aku jadi kehairanan,apa hina sangatkah orang ulu?apa bezanya dengan kampung lain? Biasalah...kalau orang kampung mana pun jika pergi kebandar akan dikatakan seperti 'rusa masuk kampung" tercengang cengang tak bolih nak bergerak, asyik kagum melihat bangunan tinggi tinggi dan juga tak bolih nak melintas jalan sebab kenderaannya yang sibuk, masa melintas bagi mengelak dilanggarkan kereta tetapi dek kerana gopoh gapah lalu dia terlanggar pulak tiang lampu,keh...keh...keh...itulah yang terjadi kalau sudah tidak biasa.Tetapi kata kawan aku, biar kita tidak kenal bandar,sebab apabila bandar sudah kenal kita pasti banyak gejala gejala perosak ada dibandar sana yang mungkin kita mudah lupa dari mana asal usul kita malah membuatkan kita bolih mengalahkan gaya hidup orang bandar sebenar itu sendiri.Tetapi demi masa, kini sudah merubah segalanya, nama sahaja hulu tetapi corak kehidupannya bolih mengalahkan suasanan kehidupan dibandar, contohnya menurut dari kenyataan seorang peneroka dari Hulu Ganu tetapi berasal usul dari Hulu Besut katanya "gejala kurang sihat dari bandar sudah mula diimport masuk keHulu Besut sini",Bersambung.....dengan isu: Mana exco agama?
Rasionalkah dakwat celup?

Ahad, 7 Julai 2013

Mesir: Amerika dikambing hitamkan?

Salam hormat!
Sehari dua ini peristiwa dan berita dari Mesir lagi syok dibaca berbanding cerita dari dalam negara sendiri,apatah lagi cerita PRK diBesut yang akan berlangsung tidak lama lagi sudah menjadi berita picisan sahaja olih akbar dan juga media massa tempatan... Kenapa eekkk?

Antara salah satu sebabnya aku rasa adalah kerana sistem demokrasi ala pilihanraya sudah tidak memberi apa apa makna lagi jika Pemimpin atau kerajaan yang dipilih olih rakyak secara sah melalui sistem itu bolih diganggu gugat atau digulingkan dengan sewenang wenangnya. Bersambung....
Terkini-
Hampir 2 hari saya terputus hubungan dengan dunia internert kerana terdapat sedikit gangguan teknikal dan juga line miss connet,setelah dilapur kemudian datanglah juru teknik TM datang melihat dan membaikinya, pertama wayar telipon putus dan masaallah kedua pasal net work card PC problem, jadi lo ni beroh doh belaka, alhamdulillah...bolihlah ambe tulis komen sikit lagi pasal pergolakan diMesir.

Saya rasa agak terperanjat dan cukup bersimpati dengan berita yang melapurkan kekecohan diMesir kembali bergolak,Jika setahun yang lepas gerakan Tamarod dikatakan turut serta keluar berdemontrasi menuntut President Horni Mubarak letak jawatan tetapi kali ini kumpulan ini juga telah berpaling tadah mahu President Mursi yang mengantkan Hosni Muibarak bertindak melepaskan jawatan,melihat kepada kegawatan ini Pasukan tentera telah mengambil kesempatan mengulingkan Muhammad Mursi tetapi rakyat yang masih setia dengan Mursi bangkit menentang maka jadilah ketumbukan dua golongan iaitu antara penyokong Mursi dengan pehak Temarok yang berpaling tadah itu yang bersama tentera,jika setahun lepas tidak pula dikaitkan dengan AS sebagai dalangnya tetapi tidak pula pada kali ini,kenapa? apakah kerana Dr Mohammed Mursi kononnya hanya menopoli dengan melantik proksinya sahaja dalam pentadbiran kerajaan dan dengan alasan itu Mursi dianggap diktator? Dengan ketiadaan sebarang kenyataan resmi dari Obama ini menunjukkan AS tidak bolih disabitkan secara langsung dengan rampasan kuasa ini,maka itulah hujahnya bahawa AS mungkin hanya dikambing hitamkan (dipersalahkan) sahaja.

Kebiasaanya AS bersikap "gentleman",sebagai contoh cuba perhatikan campurtangan terang terangan olih kuasa besar (AS) ini terhadap sengketa dua negara Iraq dan Iran,dengan mencipta sedikit alasan kononya Saddam Hussin mempunyai pelbagai senjata pemusnah lalu George Bush dengan sokongan beberapa negara sekutu seperti Perancis dan Australia beliau menyerang Iraq sedangkan Iran yang memgamalkan islam autordok tidak diusik wahal Iran lah yang jelas bersikap anti Amerika manakala Iraq pada masa itu lebih kepada separa sekular dalam pentadbiran kerajaan Saddam Hussin.Aku bukan hendak membela  AS,malah dalam banyak perkara aku cukup tidak bersetuju dengan beberapa tindakan Obama terutama beliau telah turut mengkambing hitamkan Osama Ben Laden yang terlibat berjihad bersama Mujahidin Afghanistan menentang Taliban dengan mengetuai Kumpulan Al Qaeida.Apa salah Osama? Sedangkan untuk mengaitkan Osama dengan peristiwa  9/11 tidak dapat dibuktikan sehingga sekarang.

Dengan perkembangan diMesir,apakah gerakan yang juga dinamakan 'arab sprint" ini berkemungkinan bolih berlaku diMalaysia terutamanya apabila ditakdirkan PR bolih mengambil alih kerajaan dari UBN? bersambung lagi....
Terkini- Pada suatu hari ketika bersembang santai santai dengan rakan rakan,terdapat salah seorang bertanya "apakah pasukan tentera Malaysia negara kita tidak bolih melakukakan rampasa kuasa sama seperti mana dilakukan olih sesetengah tentera dinegara luar tu?" lalu selamba saja dijawab olih rakan seorang lagi "Bolih..."katanya rengkas "dengan syarat ada pehak yang bolih mempengaruhi kudeta raja raja melayu termasuk agong kemudian menitahkan panglima tentera berbuat demikian,jika sekiranya ada mana mana pehak mahu pun rakyat jelata yang engkar akan bolih diambil tindakan dibawah akta menderhaka kebawah Duli Ydp Agong dengan kata lain bolih juga digubal undang undang khas menderhaka" tambahnya.
 Wah...bolih tahan juga pendapat rakan aku ini (dalam hati) apa apa pun anggaplah semua itu hanyalah satu persepsi dan bukanlah realiti....satu imiginasi dari minda seorang marhain.

Sebagai seorang bekas murid sekolah aliran agama yang mengunakan bahasa perantara Arab,saya (kami) sering dimotivasikan olih guru,katanya "siAnu yakni salah seorang murid tua sekolah ini sudah berjaya melanjutkan pelajaran KeMesir,jadi saya harap kamu semua juga turut dapat sama belajar sampai kesana".Tatkala itu tanpa disedari air mataku mengalir,timbul kehibaan kerana terkenang mana mungkin aku akan dapat terus belajar sampai ketahap itu,aku dapat merasakan dengan kedaifan hidup keluarga aku maka mustahil akan tercapai hasrat dari guruku itu.Mesir satu nama sebuah negara yang sangat gah dengan pusat menimba ilmu sejak sekian lama jadi amat malanglah jika Mesir pada hari ini suasananya berkeadaan amat kucar kacir,olih itu aku berdoa kepada tuhan agar dapat dikembalikan keamanan disana.

tok ayah su-ambil iktibar dari jauh...

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan