arkib

Jumaat, 31 Disember 2010

Membuka tirai 2011...

AlFadhil Ust Razki begitu khusyuk meneliti intipati kandungan dalam http://berkatilah.blogspot.com
Jawatan kuasa MTD begitu komited menghimpunkan dana infaq fisabilillah melalui "bumbo fund"

Tok ayah su-masih belum bangkrap idea sebab mengamalkan sikap "back to basic"....

Selasa, 28 Disember 2010

Kenangan dihujung tahun 2010....


tok ayah su-penutup kenangan hujung tahun 2010 dengan rasa sedikit pilu kerana pemergian tok Da saudara yang telah kembali kerahmatullah kira kira beberapa hari yang lalu....alfatihah !

Khamis, 23 Disember 2010

pada pendapat saya...


salam hormat !

Pakar kaunseling dalam sebuah buku "Pembentukan Keluarga Muslim Sejahtera Bahagia" mencatatkan beberapa kaedah teknik pendidikan mengikut tahap umur seseorang kanak kanak antaranya:

1.Tahap 7 tahun pertama iaitu dari 1 tahun hingga tujuh ke 7,anak anak perlu dibelai,didekati dan diberi kasih sayang serta diajar dalam perkara asas agama iaitu bab Fardu Ain.

2.Tahap 7 tahun kedua iaitu dari tahun 7 hingga ke 14,didik dan latihlah mereka menegenai tangungjawab menunaiakan solat,jika engkar pukullah sekadar merotan sebagaimana yang disaran olih nabi apabila genap masuk umur ke10 tahun atau sudah masuk petanda umur baligh iaitu datang darah haid bagi perempuan.

3.Tahap ketiga dari umur 14-21 tahun,dekatilah seumpama kawan yang bolih berkongsi citarasa mahupun minat dan juga mengenali isihati yang tersirat termasuklah menyelesaikan sebarang permasaallahan mereka jika ada.

4.tahap keempat iaitu dari umur 21 tahun keatas-mereka perlu diiktiraf sebagai orang dewasa dan dijadikan rakan berbincang untuk membuat sebarang keputusan.

Maka kerana itu hindarilah mereka (kanak kanak itu) dari perasan takut dan menakutkan, contohnya bagi kanak kanak lelaki yang sudah masuk umur genap 10 tahun keatas tetapi ditakutkan untuk bersunat atau berkhatan,namun demikian jika umur ditahap itu kebiasaannya batang zakar kanak kanak lelaki tidak lagi lepas takuk pergelangan kepala zakar,jika dipaksa paksakan supaya terleceh sudah tentu akan menimbulkan kesakitan sekaligus akan menyakitkan, tidakkah ini dikatakan menimbulan kepada timbulnya perasaan takut? lebih malang lagi jika dipaksa untuk dikhatankan juga dengan keadaan kulit zakat tidak terleceh dari takuk,infaqnya apabila sembuh nanti pasti akan ada "kulit terlebih" sekaligus akan menutupi celah celah takuk dan akan dibimbangi tumbuhnya tahi tahi kulup/kulat yang mengkotorkan lalu tidak pula suci untuk dibawa bersolat,maka kerana itu mereka yang amat perihatin dengan kebersihan diri pasti akan bersunat untuk kali kedua bagi membuang kulit zakar yang terlebih tadi supaya ianya dijamin bersih dan mudah dibersihkan.

Ada juga pehak yang cuba menokak tambah kononnya bersunat diusia semuda 10 tahun adalah saranan dari sunah nabi,jadi pada pendapat saya,biarlah saya kilaf dalam soal ini kerana saya melihat banyak keburukkan yang akan timbul terkemudian hari,untuk sebaik baiknya lihat dan tanyalah pada anak anak anda adakah "kulit zakar di kepala takuk sudah terleceh ataupun belum'? jika belum biarkan dia berusaha sendiri secara perlahan lahan melepaskan lecehan kulit kepala zakar tersebut kemudian bersedialah untuk dikhatan atau disunatkan.Dan janganlah hendaknya kerana kita hanya melihat dari sudut meterial seorang satu kepala yang berkhatan maka MTD akan dapat rm60 atau rm 80 seorang sebagai upah....

tok ayah su-bersunat ketika berumur 12 tahun....

Ahad, 19 Disember 2010

Merakamkan ucapan....

salam hormat!
Kepada pengunjung setia blog ini sudah tentu tertunggu tunggu kenapa dan mengapakah artikel ini tidak dan lambat dikemas kinikan ? entahlah...saya sendiri pun tidak dapat memberi jawapan yang tepat,seperti mana biasa saya hanya akan menulis mengikut mood dan juga mengikut kesesuaian masa terluang,kerana saya tidak terikat dengan tempoh masa tertentu untuk menyiapkan sesuatu penulisan,segalanya diatur dibawah pengurusan masa sendiri tambahan pula saya masih ada kewajiban lain yang perlu diutamakan,pada saya berblog hanya sebagai satu hobi yang bolih menyegarkan aura kesihatan agar tidak terus membeku disegi pemikiran kerana ia mampu membuka minda kehala tuju yang lebih kreatif dan produktif.

Untuk menjawab persolaan majlis apakah dan apakah kaitannya dengan gambar gambar yang dipaparkan diatas maka perlulah rasanya saya memperjelaskan terlebih dahulu apakah ada kaitannya dengan saya?Bukan niat hendak bermegah dan bukan juga hendak menunjuk nunjuk,cuma sekadar hendak merakamkan harapan dan ucapan terima kasih terutamanya kepada para penghuni Taman Cheras Jaya KL berserta tuan imam masjid berdekatan berserta para qoriahnya yang telah turut sama sudi datang menjayakan satu majlis yang saya namakan majlis solat hajat kesyukuran dan doa selamat.Saya berserta isteri nun jauh diTerengganu sana telah datang kesini setelah diberikan rezeki olih Allah S.W.T,rezeki yang dimaksudkan ialah untuk menghuni sebuah rumah berkos sederhana yang dibeli olih ibunya untuk didiami bersama cucu sulung dan suaminya.Rezeki ini juga bolih dianggap sebagai tuah cucu sulung kerana bertepatan sekali dengan tarikh kelahirannya iaitu 10 haribulan, nombor rumahnya 10 dan nombor jalannya juga 10, ini bukan perancangan awal tetapi sememangnya terkebetulan,alhamdulillah...
Ketika berada disini beberapa hari,sempat juga saya datang bersolat jamaah dimasjid berdekatan yang jaraknya tidak sampai pun 300 meter dari rumah,sebelum tiba kepintu masjid terlebih dahulu saya perlu melintasi sebuah bangunanan rumah yang telah diubah suai untuk dijadikan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).Saya dapati dua pintu (2 rumah) telah digabungkan menjadi satu dikhususkan khas untuk kemudahan pendidikkan anak anak PASTI ini.
Sementara itu walaupun masjid ini bolih dikatakan berada disatu kawasan kesibukan warga kota berkerja namun demikian setiap waktu solat para jemaahnya tidak kurang ada dua saf atau lebih kurang 20 ke 30 orang tidak termasuk jamaah perempuan, juga disetiap kali selepas solat maqrib akan diisi masa dengan program kuliah agama sehinggalah menjelang masuknya waktu sembahyang isyak,antara intipati kuliah yang saya masih ingat ialah berkenaan dengan pembahagian harta pusaka dan juga harta yang diwakafkan....wajib dan sunat bersolat,bila dan ketika mana? perempuan mempunyai 10 nafsu satu akal manakala lelaki 10 akal satu nafsu,jika digabungkan (khawin) akan jadi seimbang...10-10.
Harapan saya ialah agar penghuni lama dtaman ini sudilah kira menerima seadanya keluarga saya itu dan seandainya terdapat kekurangan maka saya mohon pakat pakat tolong menolonglah menasihati akan mereka, almaklumlah bab kata pantun melayu "buah cempedak diluar pagar,ambil galah tolong jolokkan, anak muda baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan..."
tok ayah su-terkenang nostalgia 8Oan, pernah menghantar moksu berkerja kilang disini....

Khamis, 16 Disember 2010

Rabu, 15 Disember 2010

Pengetahuan Am (8)

(Gambar hiasan)


tok ayah su-tengah tinjau untuk tempatkan dimana anak lepasan SPM mahu meneruskan pelajarannya...

Isnin, 13 Disember 2010

Ahad, 12 Disember 2010

Pengetahuan Am (6)


tok ayah su-teringat pepatah melayu "mati semut kerana gula....mati kuman kerana suhu..."

Sabtu, 11 Disember 2010

Pengetahuan Agama Islam (4)





tok ayah su- Bermuhasabah dengan pepatah melayu "buat baik berpada pada...buat jahat jangan sekali...."

Jumaat, 10 Disember 2010

Peng-ekor khabar anda (peka)

Tok ayah su-juga sering memantau dan mengawasi mutu kebersihan makanan diwarung mok su...

Khamis, 9 Disember 2010

Pengetahuan Agama Islam (3)


tok ayah su-Bermuhasabah dengan sering ingat pepatah 'jika mendonggak kelangit jangan lupa rumput dibumi...."

Selasa, 7 Disember 2010

Isnin, 6 Disember 2010

Sabtu, 4 Disember 2010

Pengetahuan Am (3) mesti baca..


(klik imej jika nak tahu bentuk pemerintahan edeologi komunis)

tok ayah su-adakalanya buat "homework" dulu sebelum menulis ....

Pengetahuan Am (2)

tok ayah su-Untuk buat pengetahuan dan garis panduan......

Jumaat, 3 Disember 2010

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan