arkib

Selasa, 30 Jun 2009

Judi dan politik binatang




Download adope media flast player untuk lihat video.

Salam hormat !

Permasaallahan ini sudah lama malah sudah berkarat didalam kepala sesetengah orang melayu muslim dan amat sukar digarap untuk kembali pulih jadi bersih berkilat semula.Contohnya disuatu zaman dulu ada kaedah judi yang diberi nafas lunak seperti "loteri kebajikan",kata orang sudut kebajikannya ialah hanya kepada kuncu kuncu yang menguasai syarikat tersebut termasuklah untuk segelintir para pembesar pembesar selain daripada itu ianya juga sebagai sumber penyumbang cukai terbesar kepada sesebuah kerajaan.

Olih kerana dikatakan kebajikan maka akan ada satu pakatan sulit dengan membocorkan rahsia mana mana nombor yang akan keluar untuk hadiah "1st prise".Dengan cara itu akan terselamatlah mana mana indivudu tertentu dari jatuh bangkrap dan sebagainya termasuklah terlepas daripada kesalahan rasuah merasuah,mungkin kerana itulah sebabnya maka kita lihat kenapa kegiatan judi ini begitu liat untuk dihapuskan,kaedah ini saya gelar dengan panggilan "animal politik",contohnya kita lihat bagaimana setelah seekor harimau atau ular sawa yang diberi makan kenyang kenyang, selepas daripada itu ia akan tertidur kekenyangan,diwaktu itu sesiapa jua bolih melintas dan melakukan apa sahaja berhampiran harimau tersebut kerana pastinya tidak diganggu lagi.....jadi fikir betul betul!

Poksu-haram halal itu jelas selain daripada sunat wajib makruh adalah satu syariat islam.....!

Garis panduan pilih pemimpin










Poksu-sekali sekala jadi pemimpin (chef ) tukang masak .....he...he..he... !

Isnin, 29 Jun 2009

Komen dari petikan berita akbar 29/6/09


Salam hormat !
Pernah seseorang yang juga dikatakan ada memegang jawatan tertinggi dalam parti umno peringkat cawangan mengeluarkan pendapat sedemikian rupa (seperti diatas) tetapi telah disanggah olih kawannya sendiri dengan mengatakan "kesemua itu atas kuasa tuhan yang berkehendakkan sesiapa jua yang patut diberikan kuasa memerintah"...fikir betul betul !
Poksu-Baca wirid lepas solat "Kulillah hum mama tut til kaman tasa..hingga akhir ayat........

Ahad, 28 Jun 2009

Respon rengkas !

salam hormat !

Ada seorang sahabat memberi pandangan dengan mengatakan walaupun "ayam kemaca' yang menjadi calon UBN akan tetapi dia minta minta supaya calon ini dapat menang kerana untuk dijadikan umpan seolah solah rakyat terbanyak sudah kembali menerima umno maka dengan itu akan terbuka peluang untuk UBN membubarkan DUN negeri Perak kerana mereka akan menyangka sudah 'bolih jerat' hati rakyat,bagaimana ? adakah taktik ini bolih dijadikan strategi baru PR untuk menawan balik perak ? dan jika pun pas akan kalah dimanek urai namun ianya tidak menjejaskan kerajaan negeri kelantan yang sedia ada, katanya.......

Poksu-apa motifnya ? fikir betul betul !

Risalah warta rakyat (riwayat) 28/6/09.









Salam hormat !
Antara garis panduan didalam risalah (ayat tulisan jawi) itu ada menyebut supaya guna islam secara menyeluruh ( for all ) dan bukan guna (peralat) islam untuk kepentingan satu satu kelompok atau kumpulan tertentu sahaja...jadi fikir betul betul !
Poksu-Sumber dipetik dari kitab manhaj ilmu fekah karangan tuan Hj Said bin Haji Ibrahim (bekas mufti negeri sabah).

Sabtu, 27 Jun 2009

Aktiviti PBTM

Salam hormat !

Hari ini saya berkesempatan menghadiri satu program anjuran Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) bahagian Terengganu dibawah kelolaan yang diuruskan olih Cawangan Marang sebagai tuan rumah.Lokasi tempat berlangsung acara ialah di Pantai Kelulut,Marang.
Setiap cawangan mengikut daerah menghantar wakil masing masing bersama keluarga,saya datang sebagai mewakili Cawangan PBTM daerah Hulu Terengganu , juga turut membawa keluarga bersama.Kelihatan turut sama hadir beberapa orang ajk dari cawangan yang sama. Disini dapatlah saya bertemu semula kawan kawan lama yang terpisah kerana masing masing telah beralih kerjaya selepas bersara selain untuk menjalinkan balik ikatan silaturrahim mudah mudahan dengan sebab musabab itu dapatlah mengeratkan semula hubungan dan bertukar tukar cerita pengalaman masing masing berkait dengan kerjaya baru dan berkemungkinan ada ruang baru untuk saling tolong menolong mencari "satu" jalan bagi kebaikan bersama.
Dibawah adalah imej imej gambaran kemeriahan acara sukanika yang turut diadakan didalam program tersebut:-
Banner pandu arah lokasi

tempat berkumpul

apa pun "cameramen kena setting" dan fokus dulu......
Askar tu askar juga,walaupun telah bersara tapi pantang ada tanah lapang mesti berbaris punya....

anak anak mendaftarkan diri dalam setiap acara sukanika yang hendak disertai
manakala ibubapa melihat acara dibawah pokok ru dengan angin sejuk pantai yang sepoi sepoi bahasa, tapi sayangnya hendak mandi manda tidak bolih kerana kelandaian pantainya dalam dan tidak sesuai juga merbahaya !
ada juga ambil peluang untuk 'check" kesihatan yang mana turut sama diadakan secara percuma.

pameran anti dadah pun ada juga....kita benci dadah !
sicomelku ini pun dah penat bermain main diatas dukung,baring baringlah pulak....sambil abangnya mencekah buah durian,umm....sedapnya !
sampai masa penyampaian hadiah hamper kepada para pemenang sukanika olih YDP
Ini apa pulak? Download media flast player untuk lihat video

Poksu-hablum minanas (hubungan sesama manusia).....!

Jumaat, 26 Jun 2009

muafakat pembantu rumah


Download media flast player untuk lihat video.
Poksu-kerja routin dihujung minggu untuk memupuk semangat tolong bantu membantu dalam "satu' keluarga....!

Khamis, 25 Jun 2009

rangkuman perkembangan komuniti !


imej1
imej2
imej3
imej 4
salam hormat !

Walau pun tulisan ini mungkin bolih memberi "tambah nilai" kepada kerajaan negeri yang memegang kuasa pada hari ini namun demi kehormanian komuniti tempatan tanpa hendak membanggakan kelebihan yang ada pada sesebuah parti politik maka sesungguhnya saya anggap menjadi kewajiban peribadi untuk memaparkan perkembangan setempat atas dasar untuk menyatakan kebenaran berita seimbang dengan mengambil kira mengunakan alam siber sebagai medan bersuara bagi meraih keuntungan semua pehak.

Sejak tersiarnya berita satu pasar raya rakyat didalam sebuah akbar baru baru ini, rasanya akan berubah wajahlah sebuah Pekan kecil yang berada didalam satu daerah diHulu Terengganu iaitu nama tempatnya Pekan Ajil.Kerja kerja awal pembersihan tapak pembinaan pasar tersebut telah bermula beberapa bulan yang lalu (imej 2) dengan mengorbankan sebahagian perkampungan warisan melayu seluas kira kira 20 hektar (maaf jika kurang tepat) yang mana penghuni rumah dan pemilik tanah telah pun dilunaskan pampasan walaupun sebahagiannya merunggut katanya tidak setimpal dengan harga semasa. Hari ini bangunan deretan kedai kedai lama berdinding papan (imej 1) telah pun dirobohkan menjadi padang jarak padang terkukur (imej 3).Seingatan saya bangunan ini telah pun wujud ketika usia saya masih kecil lagi malah difahamkan ianya dibina diawal tahun 50an lagi,saya masih terbayang diusia kanak kanak pasar pekan Ajil hanya beroperasi pada hari hari tertentu sahaja dengan barang jualannya dilambak dan dipamerkan dipetak petak wakaf 5 kaki persegi.

Dimasa itu keluarga saya sering berulang balik dari pekan ini keKelantan dengan beberapa urusan perniagaan diantara membawa julan barangan perak,kebok gisaran mee laksa dan periuk tembaga buatan tangan orang orang diKuala Terengganu. Laluan perjalanan amat sukar dan lambat kerana kenderaan yang dinaiki terpaksa merentasi beberapa buah sungai dengan menaiki ferri dan hari ini laluan ferri sudah tiada lagi kerana telah digantikan dengan jambatan.

Sebelum mendapat penempatan tetap seperti hari ini,keluarga saya sering berpindah randah dari satu tempat kesuatu tempat sehinggalah kekawasan pendalaman diperkampungan orang asli diSg. Rambai dipengkalan Gawi Tasik Kenyir.Begitulah kesukaran yang dialami olih keluarga tatkala itu sehinggalah berpindahlah lagi dan lagi sehingalah yang terakhir kini dikg.Bukit Kolam yang terletak kira 1 km dari Pekan Ajil.Adapun nama kampung ini diambil sempena keadaaan georafi tanahnya yang terbahagi dua iaitu berbukit dan ada kolam berpaya semula jadi (termasuk kolam buatan) dan bersempadan dengan Kg.Tok Randok disebelah selatan.

Selain daripada itu Taman Perumahan Tok Randok yang dijangka akan dibina didalamnya masjid dan padang permainan kanak kanak adalah juga menjadi bekas laluan tapak rumah keluarga saya sebelumnya dibangunkan menjadi taman perumahan. Sebelum ini saya juga pernah menceritakan sejarah pembinaan Masjid Kg.Tok Randok yang pada mulanya adalah sebuah surau yang dibina secara gotong royong diantara "pakatan" penduduk tempatan dengan orang orang mendatang (yang masih lagi diberi gelaran dengan panggilan orghe kelate) yang mana pembinaan masjid ini juga mula dibina sejak diawal tahun 50an lagi.Hari ini terdengar pula desas desus satu masjid lagi akan dibina dengan jarak tapaknya kira kira tidak sampai 1/2 km daripada masjid asal.Maka selepas ini akan terbinalah 2 masjid dalam satu kampung cuma zon nya sahaja berlainan tempat.Olih yang demikian cuma disini perlu dilihat kesesuaian disegi perpaduan jamaah.apakah wajar dengan alasan masjid yang sedia ada ini dikatakan tidak dapat menampung jumlah jemaah yang semakin bertambah atau pun sekadar hendak mengalih arah atas dasar kefahaman anutan politik?ataupun sekadar "projek" semata mata?
Didalam satu mesyurat Ajk Pas cawangan ada membincangkan perkara ini,ada yang mengemukakan soalan "kemanakah akan pergi imam dan bilal,adakah ianya akan ditarik untuk berkhidmat dimasjid baru itu nanti"?dan bagaimana pula dengan status masjid lama,adakan akan berperanan sebagai masjid seperti biasa atau pun akan diturunkan taraf balik menjadi surau seperti mana diasal pembinaannya? Ada yang memberi pendapat masjid lama ini akan tetap kekal berstatus masjid dan para imam dan bilalnya sanggup kekal memberi khidmat. Manakala masjid baru nanti pandai pandailah mereka untuk melantik imam dan bilal baru.Akan tetapi saya juga juga tertanya didalam hati,bagaimana pula dengan elaun khidmat para imam dan bilal dimasjid lama tadi? biarlah saya tinggalkan soalan ini untuk dijawab olih pehak pehak tertentu pula....manakala para jamaah (penduduk kampung) pula tetap akan ada pilihan kemana mereka akan berjemaah nanti.Suatu perkara lagi yang perlu difikirkan ialah tidakkah nanti akan memecah belah serta akan menjarakkan hubungan sesama orang melayu islam itu sendiri?.

Berbalik kepada isu pemberian wang dana (imej 4) atau orang disini panggil "pitih ehsan", sebenarnya sebagaimana yang sedia kita maklum ianya adalah suatu pemberian umpan untuk meraih undi politik dan ada juga dikatakan menjadi modal ugutan untuk sesiapa yang tidak mahu menyokong pasti nanti tidak akan diberi dana tersebut.Pernah disuatu ketika saya ditanya olih seseorang "apakah paksu tidak dapat terima pitih ehsan'? lalu saya jawab "tidak apalah,bagilah sahaja kepada orang orang yang lebih perlu dan susah',lalu tanpa diminta sipenanya tadi memberi penjelasan "bukan semua yang dapat itu terdiri dari orang susah,malah ada yang sudah berupaya berkereta mewah dan berumah besar tetapi masih juga dapat",secara kebetulan dia sendiri seorang peniaga runcit yang dikira berjaya namun beliau juga ada menerima, satu pengakuan yang ikhlas daripadanya namun tambah beliau duit itu nanti akan diberi sedekah balik kepada sesiapa yang memerlukan......oooo....begitu rupanya ! persoalannya bolihkah dipercayai?

Poksu-fikir betul betul...!

Selasa, 23 Jun 2009

carik carik bulu ayam !


Salam hormat !

Berlapang dada dengan dua kaedah memilih rakan perpaduan,yang pertama seperti pepatah arab menyebut "laksana memilih penjual minyak wangi sebagai kawan,jika tidak dibeli pun pasti akan tercium aksn bau wanginya,manakala rakan yang perlu ditolak untuk berkawan diumpamakan seperti "laksana memilih teman seorang tukang besi,jika didekati pasti percikan api akan membakar pakaian anda".
Jadi disini terdapat dua pilihan iaitu kawan yang bolih membawa kebaikan dan kawan yang bolih membawa kemudhoratan.Sebarang keputusan yang silap sudah tentu tidak akan membantu menyelamatkan persahabatan itu berkekalan.Berkata hajjatul Islami dari al-imam Ghazali Rahimahullah "hendaklah anda periksa lima perkara,Pertama- cerdik akan akal fikiran, Kedua- Baik salasiahnya, ketiga-iklas dalam persahabatan,keempat-tidak mengagong agongkan kedunian semata mata,kelima-tidak menzalimi antara satu sama lain.
Untuk menyempurnakan ciri ciri amalan baik dalam persahabatan seperti yang disebutkan itu maka terdapat pula panduan lain yang menjadi hak kewajiban untuk dilaksanakan.Anataranya Satu-melakukan sesuatu yang baik kepada rakan sebagaimana anda mahu lakukan kepada diri anda sendiri serta membenci sesuatu perkara buruk sebaimana anda juga benci akan sesuatu perkara buruk menimpa diri anda.Kedua-meletakkan permasaallah sahabat untuk turut sama sama diselesaikan kerana anda sememangnya saling perlu memerlukan diantara satu sama lain ketiga-berusaha seupaya mungkin untuk menimbulkan perasaaan pasangan bahagia dan senang hati malah jika perlu jiwa raga (tubuh badan) anda menjadi galang ganti untuk mempertahankan akan keselamatan diri rakan anda itu.Keempat-memelihara nama baik teman samaada ketika anda berada bersamanya ataupun dimasa ketiadaan beliau disisi anda. kelima-Jika sahabat tadi telah tiada (meninggal dunia) maka hendaklah sanggup berbakti dengan penuh ikhlas kepada anak isteri mahupun kepada kaum kerabat beliau sama ada dalam bentuk memberi bantuan tenaga mahupun wang ringgit tanpa berniat untuk kepentingan peribadi kerana itu yang terlebih afdhal.
Kesimpulannya-Bersyukur diatas nikmat perpaduan merupakan perintah daripada Allah S.W.t sebagaimanan firmannya yang bermaksud 'ingatlah kurnia allah kepada kamu,ketika dahulu kamu bermusuh musuhan,lalu kami per "satu"kan diantara hati hati kamu (dalam agama Allah) = Al-Imran:103.jadi jangan lah kamu mengambil sebahagian dari ayat ayat Allah dan dimasa yang sama kamu engkari sebahagian yang lain,jesteru itu setiap hak sama ada dalam perkara sunat mahu pun wajib adalah menjadi kewajipan mutlak setiap mukmin melaksanakannya kerana ganjaran pahala yang amat besar menanti malah perilaku baik ini menjadi amalan kepada para salifu Solih sebagaimana yang dipaparkan diadalam kitab Wasiat Iman dan nasihat agama yang menjadi sebahagian dari rujukan didalam tulisan artikel ini,makanya dengan itu perpaduan bermaksud dalam kontek satu badan. jika sebelah paha kanan dicubit,paha kiri juga terasa sakit....jadi fikir betul betul !
Poksu-tidak akan putus air dicincang...!

Ahad, 21 Jun 2009

analisa pojok akbar !

salam hormat !

Pi mai pi mai tang tu-islam mengajar kita berpolitik bukan kita gunakan islam untuk berpolitik. Apa yang islam ajar? islam mengajar setiap orang mukmin supaya bertauhid dengan "innandi naim dalllah hil islam"(sesungguhnya agama disisi Allah ialah islam) dan "bertaqwalah kepada allah semampu mungkin" (Attikhobin : 16),terdapat banyak hujah hujah yang menyeru ummah kearah tersebut diantaranya sabda Rasulallah S.a.w yang berbunyi "sesungguhnya banyak orang (wali wali) dari umatku tidak akan masuk surga kerana semata mata banyak melakukan sembahyang atau banyak berpuasa,akan tetapi mereka banyak akan masuk surga kerana bersih hati,bersifat pemurah (bersedekah/menderma) saling kasih mengasihi.

Maksud hadith ini tidaklah menunjukkan bahawa para wali itu kurang mengerjakan ibadat sembahyang serta melakukan lain lain amalan yang solih,akan tetapi sifat sifat mulia yang disifatkan nabi kepada mereka telah lebih dahulu mendekatkan diri mereka kepada Allah S.W.T dan lantaran itu keutamaan sifat sifat ini memberi kelebihan yang dipandang lebih mulia dari amalan amalan solih,sebab sifat sifat tersebut dari amalan zahir hati dan rahsia kebatinan (niat dihati)-maka hendaklah difikirkan betul betul!
Poksu-petikan sumber dari kitab wasiat imam dan nasihat agama !

Jumaat, 19 Jun 2009

Aktiviti politik kepartian (19 jun 2009).



Salam hormat !

Poksu-Diatas adalah imej imej disekitar aktiviti Daurah Tarbiah yang telah diadakan di MTD dengan tetamu undangan Ust Ismail bin Che Dagang yang telah membentangkan kertas kerja bertajuk Amal Jama'e (kerja kerja Amal).

Khamis, 18 Jun 2009

PIBG



Salam hormat !
Pada 17/6/09 (rabu) untuk kali keduanya saya hadir kesekolah untuk menghadiri mesyuarat PIBG,kali pertama mesyuarat telah diadakan kira kira sebulan sebelum itu namun tiada sebarang keputusan yang dapat dibuat disebabkan kehadiran ajk tidak mencapai jumlah 2/3 majoriti,dan alhamdulillah kali ini mesyuarat telah memenuhi korum dan majlis mesyuarat telah pun dapat berjalan dengan lancar.
Diantara agenda mesyuarat ialah ingin mendapatkan persetujuan bagi meluluskan sejumlah peruntukan untuk menjalankan beberapa aktiviti serta membincangkan bab lain lain hal.Apa yang dibentangkan iaitu kos setiap satu satu aktivi (dalam tempoh setahun) memakan belanja hampir rm 4 ribu lebih, wow...agak besar juga jumlahnya ! Olih kerana itu saya telah pun bersuara agar peruntukan dari kementerian kerajaan pusat mahupun dari DUN (kerajaan negeri) hendaklah dibelanjakan secara berhemah ini kerana sebagaimana yang sedia kita maklum punca keuwangan kerajaan datangnya dari pelbagai cukai yang dikutip dari rakyat maka wajarlah dipulangkan balik kepada rakyat untuk mendapat kemenafaatan bersama.

Kita tidak mahu ada yang berselindung disebalik atas nama ingin melihat kecemerlangan pelajar sedangkan yang tersirat ialah hanya beberapa kerat sahaja yang mengaut keuntungan sebagai contoh jika program dianjurkan di calet calet mewah dan diundang pula para motivator yang mengenakan bayaran bayaran tertentu sudah tentu kita dapat menilai ini adalah hanya satu projek untuk mengkayakan pehak pehak yang berkaitan sahaja.
Jesteru itu harapan saya agar pengisian setiap program biarlah turut sama disemaikan nilai nilai keagamaan untuk membina baik sahsiah pelajar .Ini berdasarkan penilaian saya terhadap anak anak saya sendiri, didapati begitu rajin mengerjakan solat sehinggakan belum sampai waktu sudah ditanya apakah masuk waktu atau belum untuk dia melakukan amalan bersembahyang. Namun demikian setelah saya amati maka banyak lagi kesilapan kesilapan didalam sembahyang yang perlu diperbetulkan termasuk bacaan bacaan surah yang betul.Olih yang demikian saya amat berharap agar pehak sekolah turut sama memainkan peranan memperbetulkan tatacara untuk mengerjakan amalan sembahyang ini kerana walaupun ianya perkara asas tetapi seandainya untuk diadakan majlis majlis sembahyang hajat (sebagai contoh untuk memohon kemerlangan pelangan pelajar UPSR) sudah pasti kita meragui untuk menilai adakah solat kita itu diterima ataupun tidak disebabkan olih bacaan bacaan kurang sempurna. Jadi apa gunanya kita berbelanja ribuan ringgit untuk satu satu program jika perkara asas sebegini pun tidak dapat sama sama kita atasi....jadi fikir betul betul !
Poksu-Melentur buluh biarlah dari rebung !

Kembalinya seorang sahabat !

menunggu ketibaan jenazah dari rumah kemasjid Bkt Diman (gambar :Ust Razki Alias baju putih kuning telur dan ust Bunyaman berjubah putih serta jamaah)
sembahyang jenazah di imamkan olih ust Razki
Bacaan tahlil rengkas dikubur selepas pengkebumian.

Salam Hormat !
Hari ini (18/6/09) suasana hiba dan suram menyelubungi perasaan keluarga juga termasuk para sahabat handai yang sering berdampingan dengan seorang aktivis Pas di Dun Ajil yang tinggal dikampung Bkt Diman kerana amat terasa kehilangan seseorang.Beliau yang dimaksudkan ialah Sdr Azizi bin Abdullah yang telah kembali kerahmamatullah pada sebelah pagi tadi. Beberapa jam yang lalu (selepas sembahyang Isya") saya berkesempatan menghadiri sembahyang jenazah Arwah yang telah sisempurnakan diMasjid kampung tersebut serta dikebumikan ditanah perkuburan islam yang berhampiran.
Secara peribadi saya sifatkan beliau seorang 'mesra kawan" dan suka berjenaka dan tidak terlalu serius namun begitu beliau amat konsisten dalam jamaah Pas dan sering hadir dalam setiap program yang dianjurkan olih MTD.Difahamkan beliau memegang jawatan selaku Ketua Keselamatan dan hubungan antara kaum (NGO) dan baru berusia 56 tahun.Meninggalkan 2 balu dan beberapa orang anak.Semoga rohnya damai dan ditempatkan bersama sama dikalangan para solihin.Sesungguhnya dari allah kita datang dan kepadanya jua kita kembali. Amim....!
Poksu-Alfatihah !

Selasa, 16 Jun 2009

Fokus sasaran !



Salam hormat !
Beberapa jam yang lalu saya menerima SMS yang menjemput saya termasuk beberapa orang lain lagi dalam satu satu cawangan pas diDun Ajil untuk satu program yang dinamakan Daurah tarbiah yang akan diadakan mengikut jadual pada hari jumaat 19/6 diMTD.Program ini dibuat secara bersiri dan kali ini sudah masuk siri yang ketiga.Pada asasnya saya dapati program ini sangatlah baik setidak tidaknya bolih menambahkan lagi mana mana ilmu keagamaan pada setiap ahli yang hadir.Namun demikian yang menjadi kemuskilan ialah puratanya yang hadir adalah sudah bergelar warga emas,jadi apakah mereka ini masih bolih menerima pelajaran yang dihidangkan? yang mana pada pandangan saya tahapnya ilmunya yang disampaikan agak tinggi dan sesuai untuk seseorang yang ingin mengambil sijil ataupun diploma mahupun ijazah.Adakah ada diantara kita yang terfikir dan bertanya apakah mereka ini masih ingin untuk melanjutkan pelajaran sampai ketahap itu? Atau kita hanya sekadar untuk syok sendiri supaya membolihkan mereka ini memuji bahawa para daie (penyampai kertas kerja) ini amat hebat disegi ilmunya?
Jesteru itu saya mencadangkan agar dapat kita turut sama fokuskan kepada keperluan komuniti kampung. Apakah orang kampung perlukan daripada kita?,jawapan daripada tinjauan rambang saya, yang sebenarnya orang kampung mahu dari golongan yang dipanggil "orang Pas" ini ialah supaya bolih dijadikan satu skuad (kumpulan) yang bolih memimpin dalam satu satu majlis keagamaan "yang asas" seperti majlis bacaan tahlil,sembahyang jenazah,majlis selawat dan doa selamat ketika acara aqiqah anak,mandi dan kapan jenazah serta lain lain urusan semasa berlaku satu satu kes kematian.Jika ini dapat dilakukan saya kira sudah cukup memadai untuk kita sebagai daya penarik untuk menarik orang kampung mendekati jemaah pas. Tetapi malangnya setakat apa yang saya difahamkan terdapat dari kalangan jemaah pas sendiri masih lagi ada yang tergagap gagap untuk megaji dan membaca ayat ayat suci al"Qur"an,jadi bagaimana kita mahu dedahkan tahap keilmuan yang lebih tinggi ? (sebagaimana yang saya sebutkan tadi).
Urusan ibadat dimasjid seperti kuliah dan sebagainya bolih juga digabungkan bersama jika sudah tiada lagi pilihan akan tetapi disini (dimasjid) kebiasaannya terdapat sedikit kecelaruan kerana ada dikalangan yang mengambil kira pengaruh dan pegangan politik kepartian, sedangkan urusan agama ada yang menjadi fardhu ain dan fardhu kifayah,ada kes jika tidak dibuat hanya individu yang menanggung (berdosa) dan ada juga kes yang melibatkan satu komuniti kampung itu juga turut sama menanggung dosa......jadi fikir betul betul !
Poksu-Mendidik keluarga.....

Sabtu, 13 Jun 2009

Majlis diROSAKan olih siseluar dalam putus getah !




Salam hormat !
Semalam 13hb June 2009 saya menghadiri majlis perkahwinan anak sulung kepada seorang saudara terdekat disebelah ibu,rombangan kami bertolak ramai ramai pada jam 0930 pagi dari rumah di Ajil menuju ke Masjid Pengadang Baru diKT, dimasjid inilah berlansungnya majlis akad nikah pengantin.Alhamdulillah suasana majlis berjalan dengan lancar namun apa yang hendak diperkatakan disini ialah suasana telah bertukar menjadi kelam kabut selepas imam (juru nikah) balik, selepas itu rombangan kami masih mengambil sedikit masa lagi kerana hendak memberi peluang sessi bergambar dan salin menyalin pakaian pegantin, dengan tidak disangka sangka datang seorang warga emas yang tidak memperkenalkan dirinya siapa beliau, lalu menyergah dan menyumpah seranah dengan perkataan yang akan kurang sopan,katanya "majlis sudah habis,kamu semua diminta keluar dan tidak dibenarkan lagi berada didalam masjid ini kerana kos lampu eletrik disini siapa nak bayar? (dengan suara kasar dan agak kuat ) kemudian dimasa yang sama beliau terus memadamkan kipas dan mematikan semua lampu masjid.Apa lagi.... kami semua menjadi terkejut dan terkedu sambil bertanya sesama sendiri,beginikah cara orang disini melayan tetamu ?

Ada diantara kami cuba memberi penjelasan dengan berkata "sebelum upacara dimulakan dimasa awal awal kaki kami melangkah masuk kami telah mencari tong Tabung masjid dan memasukkan sejumlah wang kedalamnya,jika masih belum cukup, nah...ambil duit ini,kami bolih tambah lagi" (sambil menghulur not sejumlah wang tunai ) akan tetapi yang anehnya tidak pula diambil olih "si seluar dalam putus getah" itu,namun beliau masih membebel tidak henti henti diantaranya berbunyi "kamu banyak bercakap hal keduniaan,haram dalam masjid,tau tak?.
Wahhh !! apa lagi,adalah diantara kami yang naik menyirap darah lalu berlawan cakap dan bertekaklah dengan suasana yang agak tegang sikit kerana kami mempertahankan apa yang kami lakukan ini bukannya kerja buat maksiat malah kami juga tahu akan adab adab berada dimasjid, bukannya pakcik tidak nampak !
Tanpa ingin memanjangkan pertelingkahan ini, kami pun terus cepat cepat beredar untuk 'berarak" kerumah pengantin perempuan (kg.Binjai berambu) pula sambil masing masing membawa hati dan emosi yang kurang berpuas hati sambil beristgharfar, Masa"allahhh.macam macam perangai disiplin orang misjid ! difahamkan warga emas tersebut seorang bekas guru yang dipanggil dengan nama Che'gu Harun....siapakah sebenarnya dia ini ? ajk masjidkah? atau salah seorang yang ada kaitan dengan pehak pengurusan masjid? tolonglah ditarbiah dan dimusahabahkan dirinya dahulu ! keluh diantara kami....
Poksu-dugaann...

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan