arkib

Sabtu, 30 April 2011

Aktiviti politik kepartian....








Tengoklah nanti kalau ada mood dan kelapangan masa saya akan sambung sebab banyak lagi yang belum di'upload'kan...tungguuuuuu

Terkini:


video

(Ucapan perasmian dan penjelasan konsep bertahlul dalam PR)

Alfadhil adalah satu perkataan yang berasal dari ucapan bahasa arab yang membawa maksud fadilat,mungkin masih ada yang kurang faham apakah maksud fadilat,untuk lebih jelas orang melayu lebih senonim menyebutnya ber"menafaat' ataupun berfaedah.Itulah menandakan bahawa bahasa melayu itu sendiri talah banyak diceduk dan dipinjamkan dari bahasa asing.malah sudah ada yang bercakap mengunakan bahasa yang membahasakan diri dengan anna dan enta selain you and i,seperti orang kelantan lebih suka menyebut pensil itu 'kalam' dan buku itu "book" (bukan kitab).

Sebelum meleret leret lebih panjang sebenarnya saya hanya sekadar hendak mengaitkan agar tulisan saya ini bolih memberi fadhilat bersempena dengan apa yang hendak saya petik dari ucapan olih Yang Berhormat Alfahil Ust Nasharuddin.

Merujuk kepada siaran video ucapan beliau diatas,lantas saya membuat kesimpulan bahawa ucapan dari Penyandang jawatan Timbalan President Pas itu sedikit sebanyak telah memberi penerangan kepada perwakilan persidangan mesyuarat agong akan bentuk atau konsep bertahlul dengan kompenen parti politik yang ada dalam Pakatan Rakyat.Menurutnya penerangan ini penting kerana mengikut pemerhatian yang terkini terdapat segelintir ahli parti Pas sendiri yang terkeliru dan kelihatan seolah olah seperti seakan akan hendak berpatah balik untuk memberi sokongan kepada BN.Ditambah pula pehak media media tertentu sentiasa turut mengadu domba bagi mengalih pandangan rakyat terhadap kerjasama PAS-DAP supaya kelihatan tidak sehaluan khasnya berkaitan dasar parti dan dikatakan PAS kononnya hanya menjadi kuda tungangan DAP.

Jelasnya lagi,sejarah telah dilakukan apabila ujudnya satu peristiwa untuk memulakan kerjasama dengan DAP dan PKR dimana satu kajian telah dibuat bukan hanya dikedai kopi sebaliknya satu forum persidangan diperluaskan sehingga keperingkat antara bangsa.Satu deligasi perbincangan membabitkan beberapa tokoh pimpanan gerakan dunia islam telah diadakan secara panjang lebar selama 3hari 3malam diUnited Kindom.Beberapa aspek telah dibincangkan didalam majlis forum tersebut termasuk soal aspek siasah syariah dan lain lain seperti mengambil kira soal hendak berkerjasama dengan parti politik yang berdominasikan NonMuslim.Hasil dari titik tolak perbincangan tersebut maka lahirlah apa yang dikatakan "Barisan Alternatif'" pada waktu itu di sekitar tahun 1998.

Jesteru itu juga bersempena ucapan perasmian mesyuarat agong ini beliau menyeru kepada Ahli Pas khususnya supaya sentiasa berbangga menjadi sebahagian dari ahli jamaah islam seperti Parti Pas ini sebagaimana bangganya nabi Muhammad S.A.W menunggu kehadiran hari Jumaat sebagai penghulu segala hari.

adidah tok ayah su (atas)-selamat hari petugas@pekerja....

Sabtu, 23 April 2011

Isu satu kampung 2 masjid

(cadangan nama masjid Hadhari)

salam hormat !

Kalau dulu dulu ditahun 80an,saya pernah terdengar isu yang agak gempak juga iaitu apabila berlakunya peristiwa ahli qoriah masjid bersembahyang berjemaah secara berasingan dengan dipimpin olih 2 orang imam didalam satu masjid,peristiwa ini berlaku kalau tidak silap saya didaerah Besut sana.Puncanya dikatakan bermotifkan politik kerana ada sesetengah pendapat yang bercanggah dengan mengatakan imam kerajaan yang kononnya menjadi penyokong parti politik "A" tidak bolih dibuat imam sembahyang,lalu penyokong politik "B" yang satu lagi bermufarakah lalu mengadakan solat berasingan tetapi masih didalam satu masjid didalam satu waktu yang sama.Serius juga masaallahnya....


Begitulah juga hari ini timbul pula satu isu tempatan yang berkaitan walaupun tidak sama tetapi hampir serupa,pada hari jumaat yang lalu pagawai masjid (lama) telah mengumumkan terdapat satu surat arahan dari pejabat agama daerah supaya ahli qoriah termasuk lelaki dan perempuan dikehendaki mengisi satu borang kata dua SETUJU atau TIDAK agar masjid lama ini dikekalkan statusnya sebagai tempat orang ramai melakukan solat Jumaat termasuk solat solat waktu yang lain.


Permasallahan ini timbul apabila pehak kerajaan BN telah pun membina sebuah lagi masjid (baru) dikampung ini,jaraknya diantara satu tapak masjid kira kira disekitar 1000 meter lebih kurang.Maka kerana itulah apabila masjid ini siap nanti yang kini hampir 70% siap sudah pasti isunya akan timbul satu kampong 2 masjid,wah...alhamdulillah,makin hebat siar islam selepas ini rasanya.



Namun demikian banyak hal perlu diteliti dan diperincikan terlebih dahulu demi untuk tidak dikatakan menjadi punca kepada perpecahaan masyarakat tempatan,kerana yang dibimbangi nanti jurang diantara penduduk kampung yang beragama islam akan menjadi semakin renggang dek kerana satu kampung 2 masjid dan juga berkemungkinan akan ada pula suara suara yang melebelkan masjid (baru) yang dibina ini atas dasar untuk mengalih fahaman parti politik tertentu ataupun dikatakan atas dasar "projek" semata mata.Saya akan cuba dapatkan pendapat dari orang ramai secara rambang selepas ini,insaaallah..... akan bersambung !tunggu.....

(contoh borang yang dimaksudkan)




(bilal masjid lama)



video



video



video


Terkini:


menurut imam masjid lama (video video diatas) setakat ini mengikut bancian suara melalui borang yang diedarkan seramai 130 lebih sudah bersetuju supaya masjid lama dikekalkan untuk jamaah bersolat jumaat dan solat solat waktu yang lain disini,ini bererti dua masjid satu kampung akan berfungsi selepas ini,begitulah keputusannya kelak, rasanya lah....


adidah tok ayah su (atas) - ingin mohon jadi imam....bolih??

Selasa, 19 April 2011

Tukar guru itu atau murid pindah sekolah?


Salam hormat!
Terlebih dahalu saya ingin mengucapkan "maaf cakap' jika tulisan ini nanti akan menguris hati mana mana pehak,apa yang hendak dipaparkan bukanlah juga hendak melepas geram dengan emosi imarah sebaliknya ingin meluahkan perasaan segelintir ibubapa yang agak kurang berpuashati dengan pehak pengurusan sebuah sekolah agama yang mana saya kira terdapat sesuatu yang tidak kena dengan perangai segelintir guru,kadangkala guru hanya banyak menunding jari kepada pehak ibubapa jika terdapat murid yang gagal mematuhi disiplin disekolah.Seolah olah segalanya bermula dari rumah.


Begitulah yang terjadi apabila baru baru ini apabila seorang bapa mengadu permasallahnya setelah dipanggil olih pehak sekolah untuk membincangkan soal disiplin anaknya sewaktu disekolah,katanya beliau bukanlah hendak menegakkan benang yang basah tetapi sebaliknya cubalah fikir jika dirumah anaknya dikatakan seorang yang patuh dan taat pada kedua ibubapa,senang diajak solat berjamaah disamping mengaji alqur"an yang diajar sendiri olih ibubapa tersebut,tidak suka merayap malam malam hari sebagaimana budak remaja lain,akan tetapi alangkah terperanjatnya beliau apabila sewaktu sessi perjumpaan dengan guru sekolah ia telah dimaklumkan anaknya bersikap jauh menyimpang dari sangkaanya.


"terlebih dahulu saya hendak mengucapkan selamat datang kesekolah dan terpaksa meluangkan sedikit masa bersama saya untuk tujuan membincangkan beberapa perkara soal disiplin anak encik' begitulah kira kira ayat percakapan guru disiplin itu memulakan perbicaraannya.

Anak encik didapati telah banyak melakukan perkara yang melanggar disiplin disekolah ini...."Antaranya?soal bapa tersebut pada guru disiplin itu seolah olah tidak sabar lagi rasanya hendak mengtahuinya.

Begini.... tambah guru itu sebagai menyambung cakapnya 'terdapat beberapa orang murid disekolah ini termasuk salah seorangnya adalah anak encik telah didapati dengan sengaja mengejek dan mempersenda sendakan guru perempuan ketika mengajar sehinggakan guru tersebut sudah tidak tahan lagi sampai menanggis nanggis dibuatnya'.


alahai...guru...guru....amat sensitif dan lemahnya kamu,perkara sekecil itu pun gagal hendak mengawal,bagaimana jika disuatu masa kelak akan diberi tanggungjawab yang lebih berat dan lebih mencabar? (sekadar bertanya didalam hati kecil dan tidak dizahirkan dengan kata kata) keluh bapa itu sambil hendak tergelak pun ada."antaranya kesalahannya lagi?"desak bapa tersebut."Antaranya lagi...anak encik ini dikatakan telah menghisap rokok didalam bas sewaktu didalam perjalananya kesekolah",wah ini sudah kes serius ni (tetapi kesalahan ini sah tidak dilihat dengan mata kepala guru itu sendiri, hanya sekadar mendengar cakap cakap orang) Heran juga ya....kenapa seorang penagih rokok bolih lekat dirumah dan tidak dapat dihidu pula olih ibubapa. Lagi Che'gu...? banyak lagi...."bla...bla...bla...bla....tambah cakap guru disiplin tersebut meghabiskan pengaduan dengan menyenaraikan beberapa kesalahan lagi.


Akhirnya beginilah.... kata guru tersebut memberi cadangan 'saya mencadangkan supaya 2 ke 3 orang murid yang bermasallah ini supaya dipisahkan supaya mereka tidak bolih berkawan,kerana selagi mereka tidak berpecah selagi itulah akan terbentuk satu kumpulan yang bolih membuatkan murid ini merasa kuat dan berani melawan guru".Jadi kami menjadangkan supaya untuk menukar sekolah mereka"apa pendapat encik? eikk....macam pernah dengar je teori pecah dan perintah sebegini,kadangkala macam teori peperangan tentera dan adakalanya macam teori orang politik je bunyinya....jangan jangan ada satu konspirasi senyap kot (saja saja simpan syak).


Disebaliknya pula guru disiplin ini (seorang lelaki) berkata "anak encik didapati mudah menerima mata pelajaran saya mengajar malah markahnya jauh lebih tinggi berbanding dengan murid murid yang lain,itu yang positif dan kelebihannya anak encik yang seorang ni (wah...lega..sambil urut dada).Cerita bapa tersebut sambil tersenyum sumbing tidak seperti sebelum itu nampak muram, he...he..he... keadaan serius tapi sempat lagi buat lawak .


Kesimpulannya bapa tadi tidak yakin dengan kesalahan tersebut telah dilakukan olih anaknya sebagaimana apa yang diterangkan olih guru disiplin tersebut dan memohon supaya anaknya dikekalkan disekolah itu sekurang kurangnya untuk sessi pengajian habis pada tahun ini memandangkan sekarang pun sudah masuk pertengan tahun 2011 dan tinggal hanya beberapa bulan sahaja lagi sekolah akan cuti dan insaallah beliau akan pindahkan anaknya itu setelah masuk tahun baru 2012 nanti, antara sebabnya jika bertukar sekarang akan melibat banyak kos hendak dikeluarkan antaranya pakaian sekolah yang baru kerana seluar putih sekolah agama tidak dibenarkan dipakai disekolah menengah kebangsaan disamping kemungkinan buku tek dan sebagainya juga perlu diganti lain.


Antara pengajaran yang bolih saya ambil iktibar dari cerita ini adalah betapa seorang kanak kanak lelaki akan bertukar hormon remaja apabila usianya mencecah belasan tahun maka saya atau kita sebagai bapa perlu menjadikan mereka sebagai seorang sahabat bagi mengantikan tempat kawan kawan yang sebaya mereka, dengan itu mudah mudahan membolihkan mereka meluahkan perasaan dengan apa apa jua yang terbuku dihati. Sikap seperti ini mungkin tidak mudah dimiliki olih seseorang apatah lagi bagi seseorang yang bergelar 'guru'....yang bolih ada perasaan sebegini hanyalah pada seseorang yang bergelar bapa ataupun ibu....


adidah tok ayah su (atas)-pernah menjadi tenaga pengajar atau lebih senonim dipanggil dengan gelaran jurulatih.....

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan