arkib

Ahad, 30 November 2008

Ucap Takziah


Dipetik dari blog http://n32.blogspot.com/
(gambar hiasan)
Takziah kepada keluarga MP Kuala TerengganuPetang semalam Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Razali Ismail yang juga ahli parlimen Kuala Terengganu, meninggal dunia ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting.Beliau dikatakan seorang timbalan menteri yang sangat berdedikasi dan tekun dalam memikul tanggungjawabnya. Semoga keluarga Allahyarham tabah dan diberikan kesabaran dalam melalui detik sedih ini.Razali memenangi kerusi parlimen Kuala Terengganu dalam pilihan raya umum ke 12 lalu setelah mengalahkan Naib Presiden PAS Hj Muhammad Sabu dengan kelebihan 628 undi. Sebelum itu dalam pilihanraya umum ke 11 tahun 2004 beliau merampas kerusi tersebut dari tangan PAS setelah berjaya mengalahkan calon PAS Dr Syed Azman dengan kelebihan 1,933 undi.Dengan kekosongan kerusi parlimen ini, pihak SPR dijangka memanggil satu pilihan raya kecil dalam waktu yang terdekat. Mungkinkah PAS berupaya merampas kembali kerusi ini dari tangan BN? Mungkinkah tokoh PAS, Hj Muhammad Sabu akan sekali lagi dicalonkan untuk membawa panji-panji PAS dalam pertempuran pilihanraya kecil yang dijangka sengit itu?Untuk rekod di kerusi inilah (Kuala Terengganu Selatan) Allahyarham Dato Onn Jaafar, pengasas Umno, melangkah masuk ke Parlimen melalui bantuan PAS apabila bertanding sebagai calon Parti Negara dalam pilihan raya umum 1959. Beliau sahaja calon Parti Negara yang menang kerusi Parlimen, namun disepakati untuk bertindak sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat (menurut catatan Allahyarham Ahmad Boestamam).Alfatihah buat Allahyarham Datuk Razali, Dato Onn dan semua yang telah medahului kita, Alfatihah………….
Poksu-Pun hendak turut sama mengucapkan takziah dengan lafaz "dari Allah kita datang kepadanya juga kita kembali",Jika disemak balik blog ini juga pernah usik mengusik akan hamba allah ini,poksu mohon kemaafan daripada keluarga beliau,Alfatihah !! sementara itu ada suara suara awal kedengaran agar calon P/Raya kecil kali ini jika tidak dapat letakkan Ybhg Sdr Mat Sabu maka biarlah terdiri daripada muka muka baru,pilihlah antara satu (Mat Sabu atau muka baru)

Sabtu, 29 November 2008

Banjir Kali ke2



Hari ini 29 Nov 2008,Paras air banjir agak besar berbanding sebelum ini (20/11/2008).Air melimpahi jalan raya.Imej ini diambil pada jam 0800pagi.







Air sudah hampir keparas lantai.









Alhamdulillah,semasa berita ini ditulis air sudah semakin surut.






Mudah mudahan hujan akan terus berhenti.



Poksu-Terima kasih kepada pasukan penyelamat spt polis,bomba dan lain lain,kelihatan mereka turut memberi bantuan.

Majlis Forum pada 29 Nov 2008


Berita Persatuan NGO (Bekas Tentera Malaysia)
Mengalu alukan kedatangan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran
Caw Negeri Kelantan dan Terengganu Mej (B) Zakaria bin Sa"ian (gambar:baju putih)ke PBTM Caw Hulu Terengganu.




Turut serta bersamanya ialah beberapa orang staf dalam pelbagai bidang tugas dijabatan tersebut.






Antara ahli Veteran yang hadir,tapi malangnya kedatangan kurang memuaskan disebabkan banyak tempat dikawasan Hulu Terengganu hari ini dilanda banjir.





Banyak soalan dibangkitkan berkaitan dengan perihal beberapa skim kebajikan diantaranya Bantuan persekolahan/IPTA,bencana alam,Pembiayaan perubatan hospital,dan sara hidup.

Poksu-Berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan, cuma adakalanya jawapan yang diberi bolih dianggap memperlekehkan ahli forum dengan kata kata sindiran yang agak sinis.Bolihkah diperbaiki.....??

Selasa, 25 November 2008

Surat terbuka kepada YAB Menteri (berkaitan)



YAB Menteri diKementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Salam ukhwah,Alhamdulillah dizaman IT ini ramai orang dapat berhubung secara “terus” sekaligus dapat diketemukan melalui satu surat terbuka khas dialam maya,dengan itu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan sesuatu terus kepengtahuan YAB Dato"selaku Menteri diKementerian Pembangunan Usahawan.

Sebelum itu,izinkan saya mengenang kembali pada tanggal 21-23hb ogos 2008 yang lalu, dimana diwaktu itu saya telah “mewakili seseorang’ untuk hadhir menjadi penuntut dalam satu kursus berkaitan dengan ilmu perniagaan iaitu Kaedah Pemasaran dan simpan kira kira keuwangan yang terdiri daripada kalangan 34 ushawan dalam pelbagai bidang niaga yang telah berlangsung bertempat diAgro Resort Setiu dibawah anjuran dan tajaan bersama MECD (Kementerian Pembangunan Ushawan dan Koperasi) dengan Tekun Nasional.

Secara tidak diduga,kesemua lelaki mahupun perempuan yang menjadi peserta kursus itu,samada yang masih muda belia ataupun yang telah agak berumur dewasa telah menghadirkan diri serta telah sudi memilih saya sebagai ketua kepada peserta kursus dengan gelaran yang dipanggil Tuan CEO.Walaupun dalam satu tempoh yang singkat yang dimana hanya sekadar 3hari 2malam sahaja,namun demikian saya merasakan satu penghargaan dan pengharapan yang amat besar dipertaruhkan untuk memastikan saya bersuara sebagai mewakili mereka.Olih yang demikian sekali lagi saya tidak ingin berdiam diri diatas kepercayaan perserta tersebut,maka dengan ini lahirlah satu idea untuk mengutuskan suatu suara secara “online melalui Blog”.

Mengimbas kembali saat apa yang telah kami semua pelajari,saya kira sudah ada dikalangan kami tanpa berlengah lagi telah pun menterjemahkan ilmu yang dipelajari itu untuk dipraktikkan didalam situasi realiti perniagaan sebenar, jika benar sebegitu ,kepada para peserta kursus tersebut saya sendiri secara peribadi hendak mengucapkan syabas kepada mereka kerana tindakan tersebut bertetapan dengan sabda Rasulallah S.A.W yang bermaksud “sesungguhnya Allah S.W.T amat menyukai sesaorang apabila ia melakukan sesuatu pekerjaan dibuatnya dengan teliti dan bersungguh sungguh (riwayat Al-Baihaqi).

Untuk berkongsi maklumat,sepanjang tempoh masa kursus berlangsung,banyak buah fikiran dapat diluahkan disamping dapat bertukar tukar cerita tentang pengalaman masing masing,kepada ushawan muda menceritakan akan masaallah yang sedang dihadapi manakala usahawan yang lebih dewasa banyak pengalaman yang telah mereka tempohi malah pernah jatuh bangun dalam perniagaan sekaligus telah menjadi asam garam untuk mematangkan lagi tindakan bagi menghadapai rintangan yang bakal mendatang, didapati dari kesah kesah ini telah banyak memberi kesan yang mendalam kepada ushawan ushawan yang baru hendak berjinak jinak dialam perniagaan yang pasti belum tentu tahu lagi dimana hujung jatuhnya.

Jika sebelum ini kami tidak mengenali diantara satu sama lain atau jika kenal sekali pun hanya sekadar sebagai pelangan dengan penjual atau sebaliknya tetapi hari ini telah lebih daripada itu,yang jelas kami telah berjaya membuat satu jaringan rangkaian perniagaan, sehingga kini kami masih berhubung dan diharapkan biarlah pengukuhan hubungan ini terus terjalin secara berterusan sebagai satu kelompok yang bolih bertukar tukar membeli dan menjual produk sesama sendiri bagaikan berada dalam satu kesatuan keluarga dengan saling perlu dan memerlukan diantara sama lain untuk terus maju dan mara seumpama pasukan tentera dimedan perang.

Sasaran kami selepas ini sebaiknya hendaklah sehingga mampu mewujudkan satu suara yang bolih mewakili ushawan dikalangan ahli pembiayaan Tekun supaya dapat didengari bukan sahaja kepada pehak pengurusan Tekun malah jika bolih biarlah sampai kepada pehak kerajaan yang memerintah,sebagai contoh didalam ucapan pergulungan penutup kursus kami ada menyuarakan agar pehak Tekun dapat menyelaraskan kaedah bayaran balik pinjaman, kami juga menuntut supaya faedah 4% yang dikenakan dihapuskan terus bersesuaian dengan saranan agama “Wahalal lahu bai”aa waharroma riba” (Allah menghalalkan jual beli tetapi mengharamkan riba”-dari surah Al-Baqorah ayat 275).

Disamping itu juga tidaklah keterlaluan jika kami memohon kepada pehak kerajaan atau kementerian terbabit khususnya sudilah kiranya untuk mengimfaqkan “maksud pinjaman ditukar didalam bentuk bantuan” kepada mana mana ushawan yang layak atau berhak seperti mana mengikut kacamata agama islam dengan firman Allah S.W.T yang berbunyi “fa ti zal qurba haq wal miskinan wab nissabil (Arrum :38) yang bermaksud “berilah akan saudara seagamamu akan haknya dan juga golongan kurang berkemampuan serta kepada musaffir yang berjuang kearah fisabil lillah”.

Sebagai contoh,Jika Pemilik Teksi/kereta sewa bumiputra Terengganu mendapat pembiayaan seperti ini dan telah pun diberi secara percuma yang difahamkan belasan ribu ringgit setiap orang, jadi berdasarkan fakta ini kenapa tidak bolih diberi juga kepada usahawan kecil bumiputra seperti kami ini ?.Walau apa pun, hak kami hanyalah sekadar memohon manakala hak untuk memberi adalah diatas jasa budi bicara mereka mereka yang berkuasa.Apa yang kami harapkan adalah hak simpati semata mata namun demikian harus diingat ada juga yang berkata jika tidak diberi itu adalah zalim namanya!

Akhir sekali saya sebagai mewakili peserta kursus,kami bersyukur dan ingin mengucapkan terima kasih kepada pehak TEKUN Nasional dengan melafazkan maksud surah Al-Baqorah :276 “Allah akan melipatkali gandakan kelebihan pahala kepada orang yang membuat amal jariah (kebajikan) serta ingatlah Allah juga tidak menyukai kepada orang yang tidak tahu mengsyukuri nikmat budi orang lain dan juga pada pendusta”.Olih sebab itu sebagai tanda ingatan ikhlas satu Tabik Hormat kepada semua daripada saya secara peribadi.

Sekian, Wabillah Hitaufik wal hidayah wassalamulaikum warah matullah hiwaba rokartuh,semoga mendapat persetujuan dan pertimbangan sewajarnya daripada pehak Kementerian dibawah YAB Dato",Terima Kasih.

Poksu-Bekas Tuan CEO Kursus

Pelbagai peristiwa dan isu





Pengguna perlu bijak?tetapi harus diingat penjual juga pada masa masa tertentu mereka ini turut sama menjadi pengguna,olih itu cuba lihat harga barang semasa dibawah ini :-


1.Susu pekat manis 1 peti - rm98.00 sebelumnya rm 87.00
2.Daging sejuk beku gred A- rm12.00 sebelum itu rm 9.50
3.Sos Tiram 1Ltr- rm8.50 sebelumnya rm 7.50
4.orenge sunquit- rm9.80 sebelumnya rm 9.20
5.Garam kasar 1beg- rm4.80 sebelumnya rm 2.80
6 Hanya gula turun harga rm 17.40 kepada rm 17.00



semasa trajedi cubaan bunuh diri olih seorang wanita dibandar cowboy K.Berang ,keesokan harinya kebanyakan akbar habis terjual...







Dalam kegawatan ekonomi,namun sempat juga orang ramai datang melihat penganjuran sukan WEC......hebat ! hebat !






Ucap tahniah pada Sharizat kerana berani hadapi cabaran!









Debat...dapat mencetuskan minda orang ramai untuk mengtahui setiap dasar individu yang ingin menjadi pemimpin mereka tanpa ada berselindung dengan egenda peribadi yang tersembunyi!


Poksu-berat sama dipikul...rengan sama dijinjing !!

Ahad, 23 November 2008

Reaksi isu agama

Dari Meja Analisis

Jika terdapat sesebuah negeri berpakat meninggalkan atau merengan rengankan laungan azan maka mereka yang bertanggungjawab itu wajib diperangi kerana perbuatan tersebut dianggap berniat mengabaikan perkara sunat Muak'kad.Ini bererti sunat muak"kad merupakan suatu perbuatan yang dituntut olih hukum syarak walaupun ianya tidak didapati dalil yang menunjukkan suatu perbuatan yang wajib dalam hukum,.jadi dengan ini sahlah meninggalkan sunat muak"kad itu dicela olih syara" akan tetapi tidak berdosa dengan sebab tidak melakukannya (meninggalkannya).

Olih yang demikian dalam sesuatu kes para fukahak (ulama" figh) berijmak bersandarkan al-Qur"an dan Al-Hadith,sesungguhnya mereka ini dipercayai tidak menjatuhkan sesuatu hukum secara melulu walaupun jika sesuatu perkara (isu) berbangkit itu tiada nas melainkan setelah berijmak terlebih dahulu.Sejarah Ijmak ialah persesuaian ulama" mujtahid dalam mengadakan hukum syara" selepas kewafatan Rasulallah S.A.W.

Saidina Omar r.a pernah bertanya "ya Rasullalah,adakalanya kita menghadapi sesuatu masaallah,tetapi apabila disemak didapati hukumnya tidak didapati dalam Al-Qur"an jadi apakah yang harus kita perbuat?"Lalu pertanyaan ini dijawab olih Rasulallah S.A.W "kumpulkan para orang yang berpengtahuan (ulama" mujtahid),ajaklah mereka itu bermusyawarah"para ulama" mentafsirkan jawapan daripada Rasullalah S.A.w ini memberi pengertian supaya satu kata sepakat dalam suasana penuh persefahaman untuk mendapatkan persetujuan dalam menetapkan sesuatu hukum yang mana tidak terdapat Nas atau dalil dari ayat ayat suci Al-Qur"an mahupun hadith,dalam kata lain satu keputusan secara ijmak.

Iman Shafie juga telah menegaskan "setiap hukum yang tidak didapati Nas atau dalil dari Al-Qur"an maka bolihlah ijmak itu untuk dijadikan satu hujah dalam menetapkan sesuatu hukum. Imam shafie juga menyatakan bahawa ijmak tidak bolih dipakai dan diiktiraf sebagai hujah dalam pembinaan hukum syarak tanpa persefahaman dan persetujuan mutlak dari para ulama" mujtahid.

Poksu-dipetik daripada kitab Manhaj Ilmu Fiqhqah,wallah huaklam.....!!

Khamis, 20 November 2008

Berita terkini (banjir 1)




Apabila kampungku mula dilimpahi air banjir, makan ubi rebus panas panas dengan kopi o kaw, okey jugak...






image dibawah ini diambil kira kira jam 1200 tegah hari tadi (20/11/08)
















Hati hati adik ooi...jangan main ditempat air yang dalam,nanti lemaskan,satu keluarga dapat susah.....ingat tu!!





poksu-teringat nostalgia lama,ketika buat ops banjir,ramai ramai
berkampung diKem Seberang Takir berminggu lamanya....!!

Selasa, 18 November 2008

Idea dari meja analisis

Dipetik dari Blog Sdr Roslan SMS http://n32.blogspot.com/

Pemandu teksi boleh jual minuman dan kad “prepaid” untuk menambahkan pendapatan. Itulah idea “bijak” Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Noh Omar. Bayangkan sambil kita dipandu dalam teksi, kita boleh “order” minuman untuk membasahi tekak. Bagaimana agaknya pemandu tadi mahu melayan kita dan dalam waktu yang sama memberi tumpuna kepada tugas utamanya sebagai pemandu? Dan dalam pada itu kalau anda menggunakan “handphone” “prepaid”, kiranya kredit kehabisan boleh beli dari pemandu tadi.Ideanya sahaja nampak kelakar apalagi sebagai sumber pendapatan tambahan buat pemandu teksi.Kita bukan naik pesawat Airasia untuk membeli minuman dan barangan lain, yang kita naik adalah teksi, maaf tetapi saya merasakan idea menteri ini sangat dangkal dan tidak masuk akal.Jika pendapatan pemandu teksi masalahnya, maka terbitlah dengan cadangan dan langkah-langkah yang lebih praktikal dan berkaitan dengan aktiviti pekerjaan pemandu teksi bukannya menambah sesuatu yang tiada kaitan dengan bidang tugasnya. Takkanlah ini sahaja idea yang mampu terfikir oleh Noh? Saya yakin jika diminta pandangan dari kawan-kawan kita yang memandu teksi, pasti idea mereka lebih geliga dari idea menteri ini.

Poksu-Kata nujum pak belalang "ini mudah saja...!
sebelum itu poksu nak cerita sikitlah,sebenarnya poksu pernah cari pengalaman bekerja sambilan sebagai pemandu teksi,pada suatu hari seorang bangsa eropah menaiki teksi poksu lalu dia bertanya "second job?" lalu poksu jawab rengkas "yes",kemudian ditanya lagi "why? not enough?' yes jawab poksu,"iasee.i don't belive it.malaysian is very bad income".Lalu poksu bertanya "can show me where you going sir?"kemudian ditunjukkan satu bisness kad tempat yang hendak ditujunya.

Berdasarkan pengalaman ini,poksu nak mencadangkan supaya mana mana syarikat yang hendak mengiklankan perniagaannya bolih membekalkan kad perniagaan mereka kepada pemandu teksi dan jumlah komisen bulanan bolih dirunding diantara kedua dua pehak,setiap pelangan yang bawa kupon atau bisness cad akan diberi pula diskaun dari syarikat perniagaan berkenaan, ini bererti 3 dalam satu,pengusaha/syarikat perniagaan,pemandu teksi dan juga pelanggan dapat menafaat daripadanya....macamana okey tak idea ini?

Dari meja analisis

Dipetik dari blog ms0 http://www.msomelayu.blogspot.com/

Soalan Dr Mariah telah dijawab oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Chor Chee Heong. Antara lain menurut timbalan menteri itu pihak kerajaan sudah pun ada peraturan dan akta-akta tertentu bagi mengelakkan persoalan yang dibangkitkan oleh Mariah itu.Solan itu saya mengira persoalan penting di sekitar wanita dan perlu diberikan tumpuan serius. Ia sangat penting dan sangat menarik untuk dibahaskan. Apa lagi sebelum Mariah meminta menteri menjawab beliau telah menghebahkan mengenai kehadiran sekumpulan Muslimat Pas ke Parlimen bagi memerhati sidang Dewan.Saya kira isu itu akan menjadi hangat dan Mariah dan juga dua ahli Parlimen Pas lain akan mengambil bahagian membangkitkan isu itu dengan penuh bermakna dan sekaligus mempamerkan kehebatan mereka sebagai ahli Parlimen. Setidak-tidaknya perbahasan mereka dalam isu itu memberi semangat kepada pemerhati Muslimat itu.Malangnya selepas mengemukakan satu solan tambahan yang mudah dipatahkan oleh timbalan menteri ia, persoalan mengenai isu itu pun berakhir. Selepas itu tidak ada soalan tambahan atau pencelahan daripada mana-mana wakil rakyat perempuan baik dari Pas, PKR atau DAP ntentangnya. Mungkin DAP tidak menyambung isu itu kerana bagi mereka pengeksploitasian itu tidak menjadi masalah bagi mereka.Inilah yang saya sebutkan sebelum ini kalau ahli Parlimen tidak ada ilmu, kurang membuat homework dan tidak pandai mengambil kesempatan peluang yang terbuka akan berlalu begitu saja. Sebenarnya soalan yang dikemukakan oleh Mariah itu merupakan bola tanggung untuk dismash oleh wakil rakyat wanita.
Kerajaan boleh dikritik dan dihentam dengan isu berkenaan. Sudah lama kaum wanita yang dieksplotasikan untuk kepentingan golongan peniaga menerusi iklan baik di tv, surat khabar atau bilboard.Dr Mahariah sendiri jadi mati kuku dan tidak melanjutkan persoalan menerusi soalan tambahannya. Sepatutnya semasa mengemukakan soalan tambahan beliau siap dengan angka dan bukti menunjukkan bagaimana iklan memangsakan wanita. Kesan ataupun implikasi kepada pengeksploitasian itu. Tetapi sayang tidak ada. Jadi isu itu dibangkitkan bagaikan melepaskan batuk di tangga saja.Inilah yang saya perhatikan berbeza dengan penampilan Foong Po Kuan (DAP Batu Gajah) dan kawannya Chong Eng (Bukit Mertajam). Mereka sering kali berjaya meriuhkan Dewan dengan telatah dan lagak mereka. Mereka benar-benar menjadikan pihak kerajaan jadi pusing dan pening kepala. Ada-ada saja perkara yang mereka bangkitkan menyebabkan speaker terpaksa mententeramkan mereka.
Saya bukan mahu melihat Mariah atau mana-mana wakil rakyat perempuan Pas seperti Po Kuan menjerit-jerit, melolong-lolong macam disampuk polong. Itu tidak bagus. Tetapi apa yang saya mahu lihat ialah komtimen mereka kepada tugas dan tanggunjawab mereka. Mahu melihat bagaimana idea mereka dan kesungguhan memperjuangkan sesuatu isu mengenai wanita. Biarlah nampak serius.

Poksu-Ada seorang adikberadik kembar (lain jantina dengan poksu) juga bernama Mariah,beliau terlalu bersifat pengasih,walaupun kehidupannya sendiri tidaklah semewah mana , juga mempunyai bilangan tangunggan anak yang ramai namun sempat juga membela seorang anak angkat yang asal usulnya ditinggalkan olih seorang ayah dan ibu yang tidak bertanggungjawab, atas dasar kesian dan simpati akan nasib kanak kanak (perempuan) ini maka diambilnya untuk dijadikan anak angkat, itulah sebabnya poksu berani mengatakan beliau seorang yang bersifat pengasih lagi penyayang kepada golongan orang yang tidak bernasib baik.Alhamdulillah!

Apa pun poksu bukanlah nak memanjangkan kesah ini,cuma poksu nak kaitkan dengan sifat dan naluri seorang wanita yang adakalanya tidak ambil kesah akan perihal wanita yang lain,ini berlaku dikampung poksu,seorang janda kurang upaya terpaksa hidup dirumah peninggalan pusaka yang sudah agak daif,disebabkan tiada sesiapa yang peka akan nasibnya maka jadi melaratlah hudupnya,sekali sekala menumpang tidur dirumah jiran termasuk dirumah adikkembar poksu tadi.

Pernah dalam satu majlis mesyuarat diperingkat cawangan poksu bawa kesah beliau ini untuk pengtahuan muslimat tapi setakat ini tiada apa apa perkembangan yang baik untuk membolihkan nasib sijanda ini berubah atau terbela.Olih itu poksu amat berharap, disamping kita mengejar keindahan bintang dilangit janganlah pula kita terlepas pandang akan rumput dibumi...!!

Ahad, 16 November 2008

Tempat jatuh lagi dikenang! inikan pula....



( gambar hiasan )


Dipetik dari blog SMO dalam http://www.msomelayu.blogspot.com/
Perlantikan Nik Aziz itu merupakan Menteri Besar Kelantan yang ke-7 dan yang pertama dari kalangan agamawan atau berpendidikan agama yang mampan. Menteri Besar Kelantan pertama ialah Tengku Hamzah Zainal Abidin, (1947- 1953) kedua, Nik Ahmad Kamil, (1953- 1958), kedua mereka merupakan Menteri Besar sebelum Merdeka dan dari Perikatan.

Menteri Besar ketiga ialah Ishak Lotfi Omar (1959 – 1964), keempat, Mohd Asri Muda (1964 – 1974), kelima, Muhammad Nasir (1974 – 1978), manakala keenam Muhammad Yaacob (1978 – 1990). Keenam-enam MB ini berlatar belakangkan sekular dan tidak bergelar ustaz.Jika dibandingkan dari segi jangkamasa (tempoh) ternyata Nik Abdul Aziz mengatasi ke semua bekas MB itu. Keenam MB tersebut berkhidmat tidak sampai tiga penggal atau mencecah lebih sepuluh tahun. Mungkin rekod yang dimiliki Nik Abdul Aziz kini sukar untuk dipecahkan oleh sesiapa saja menjadi MB Kelantan selepas ini.Perkhidmatan Nik Abdul Aziz kini sudah memasuki tahun ke 19 dan jika beliau berhajat untuk meneruskan perkhidmatannya sehingga pilihan raya akan datang beliau mungkin akan menyamai rekod perkhidmatan Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.Sekiranya beliau akan mengundur diri menjelang pilihan raya ke -13 yang dijangka pada 2011 atau 2012 bermakna beliau akan menjadi MB selama lebih tiga dekad dan akan menjadi MB kedua yang lama berkhidmat selepas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang kini sudah berkhidmat selama 27 tahun.Dalam pada itu kemunculan Nik Abdul Aziz menjadi MB ia juga secara tidak langsung memartabatkan golongan agamawan dan ulama. Kapasiti beliau sebagai ustaz yang kemudian dinobatkan dengan panggilan “tok guru” menjawat jawatan itu secara tidak langsung menaikan martabat dan darjat golongan agama di mata masyarakat.Apa lagi kejayaan dan keberkesanan kepimpinan dan pentadbirannya membuktikan bahawa golongan agama – berpendidikan Islam, berbudaya jubah dan serban juga mampu mentadbir dengan baik. Sesungguhnya golongan agamawan tumpang merasa bangga atas kejayaan dicapai Nik Abdul Aziz.Justeru kedudukan ataupun pandangan seorang kepada golongan ulama sebelum ini sudah berubah. Dengan kejayaan dan sejarah dicatat Nik Abdul Aziz, ulama sudah dilihat sebagai golongan yang mampu untuk menjadi pemimpin ataupun duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan golongan sekular dan profesional duniawi yang memonopoli jawatan dalam politik.Tanpa disedari kedudukan dan kejayaan Nik Abdul Aziz juga telah menyuntik semangat kepada golongan Islam tradisional untuk menjadi lebih yakinkan diri sendiri dan bersaing sama dengan golongan sekular yang sering mengakui mereka lebih layak dan pakar mentadbir.Dalam konteks ini kejayaan Nik Abdul Aziz itu bolehlah dianggap MB itu adalah tokoh pencerahan semula era ulama dan Islam yang sekaligus merungkaikan ikatan rasa rendah diri dan inferiority compleex dari kalangan lulusan agama.Rahsia kejayaan dan keutuhan pengaruh.

Poksu-Nak bawa cerita dalam satu majlis forum,seorang ahli panel bertanya, bolih sesiapa yang dapat menganalisa atau beri jawapan apa sebab musabab yang menyebabkan Parti Pas dibawah pentadbiran kepimpinan MB TG Nik Abd Aziz bolih kekal bertahan memerintah negeri Kelantan selama sudah hampir 18 tahun lebih?

Lalu bangkit beberapa ahli forum memberi hujah secara rambang,ada yang mengatakan disebabkan dinegeri kelantan terdapat banyak pusat pusat pengajian agama,dan ada pula yang berpendapat kerana Kelantan tidak ada duit royalti minyak seperti negeri terengganu dimana rakyat kebanyakan terlalu bergantung harap dengan orang politik untuk mendapatkan wang ehsan (dari royalti minyak) tersebut,manakala ada juga yang mengatakan disebabkan rakyak kelantan bijak untuk berdikari dan tidak terlalu bergantung harap sangat dengan pemberian olih kerajaan.

Poksu anak darah campuran negeri kelantan dan terengganu sedikit sebanyak memahami sikap dan perangai orang kedua dua negeri kelantan dan terengganu ini (mungkin tidak secara menyeluruh) kerana keduanya bagi poksu bagaikan pepatah berkata "tempat jatuh lagi dikenag,inikan pula tempat bermanja......!
Pertamanya poksu rasa orang kelantan lebih matang dalam berpolitik manakala orang terengganu juga bijak memilih pemimpin mereka.Matang yang dimaksudkan disini ialah mereka tidak mudah menghukum sewenang wenangnya mana politik halal dan mana politik haram,mana daging halal dan sembelihan siapa pula yang haram? walaupun ini hanyalah mainan politik tapi impaknya kepada masyarakat bolih merenggangkan hubungan silaturrahim sehinggakan si anu dari politik A tidak bolih bernikah dengan si Ani dari politik B,ini bererti fahaman politik bukanlah penyebab utama melainkan yang berkecuali ialah dalam bab terpesong aqidah agama barulah tidak bolih berkompromi.

Ada pun apa yang diperhatikan negeri terengganu berlaku sebaliknya pula, hendak hadhir kenduri pun mestilah memilih rumah hijau ke rumah biru?akan tetapi kecerdikan mereka disini (terengganu) ialah mereka bolih menilai siapa pemimpin dan apa faedah yang akan mereka dapat? walau bagaimana pun ada juga segelintir daripadanya benar benar menghayati kemana arah atau hala tuju sesebuah parti politik itu hendak bawa pengikut atau penyokongnya ……!! (diulangi: tulisan ini bukan dituju kepada seluruh penduduk kedua dua negeri tersebut)

Sabtu, 15 November 2008

Pesanan penaja (10)






TIGA SERANGKAI

Kita masak kita rasa
lepas itu taruk harga
Tunggu pelanganlah pula










Saya suka jogging malam,lepas itu datang pekena sup disini, baru bolih balik tidur lena...He..he..he..











Saya seorang peniaga kedai runcit,terlalu sibuk nak masak sendiri,selepas tutup kedai saya akan datang kesini untuk menjamu selera.













Sekali sekala datang lepak lepak disini best juga!


















Datang sini sambil makan bolih juga jumpa dan sembang sembang berbagai isu dengan kawan kawan.....makanannya
ok lah jugak.....











Ha...diulangi,jangan lupa, pelan lokasi kerestoran yang dimaksudkan.


Poksu-Mewakili Pengurusan Restoran untuk ucapkan terima kasih kepada kesemua pelangan pelangan yang dihormati sekalian.....!!

Jumaat, 14 November 2008

Teori dan praktikal (2)

Petang semalam (14/11/08) poksu sebagai mewakili cawangan telah menghadiri satu program yang dianjurkan olih pehak SU Pas kawasan dibawah kepimpinan YBhg Tuan Hj Muhyidin (gambar:baju biru) merangkap Ketua Penerangan Pas Negeri.

Agenda program ini ialah Untuk meninggkatkan kualiti kerja Cawangan dan Melancarkan projek menambah keahlian ahli parti.Ahli panel jemputan untuk membentangkan kertas kerja ini ialah olih Ybhg Tuan Hj Yahya Ali (gambar:baju putih).

Sambutan kehadiran agak membanggakan,kira kira hampir 100 orang yang terdiri dari berbagai jawatan diperingkat kepimpinan cawangan kawasan Hulu Terengganu.

Diantara intipati ucaptama olih ahli panel terlalu banyak yang memakan masa hampir satu jam lebih,namun poksu cuma hendak memaparkan sebahagian sahaja.Menurut beliau,hasil "postmortem' yang dibuat olih peringkat kawasan mahupun negeri mendapati masih lagi terdapat kelemahan kelemahan diperingkat cawangan,sebagai contoh lambat menghantar salinan lapuran culaan,kurang mengadakan perbincangan ataupun mesyuarat,maka dengan ini bolih membantutkan segala perancangan yang diberi olih kepimpinan negeri untuk dilaksanakan diperingkat cawangan,kegagalan utama ialah tidak dapat memanjangkan segala maklumat terus kesasaran bawahan.Banyak diantara program yang diatur olih MTD atau olih kawasan yang dipertanggung jawabkan kepada cawangan telah terbengkalai dan terlepas dari "dateline".


Jesteru itu beliau berharap segala permasaallahan tersebut dapat dikupas dalam majlis pada petang ini dan cuba lihat kembali untuk sama sama diperbaiki.

Manakala diperingkat Negeri,beberapa langkah telah dirancang termasuklah mencadangkan untuk menubuhkan satu pusat latihan bagi melatih para pengerak parti diperingkat cawangan khususnya.Penekanan modiul berkait dengan pengurusan dan pentadbiran serta latihan.Mudah mudahan dengan cara ini dapat menaikkan kualiti kerja ahli ahli jawatan kuasa termasuk kepada para pelapis parti yang akan mengambil alih kepimpinan Cawangan kelak.Disamping itu Negeri juga telah melancarkan projek menambah keahlian parti bermula pada bulan July lagi dan kini dalam proses memanjangkan keseluruh cawangan cawangan.

Terang beliau lagi,dikawasan Hulu Terengganu terdapat 78 cawangan kesemuanya dengan jumlah keahlian seramai 7,679 sahaja,dengan jumlah yang ada ini bererti bukanlah satu jumlah yang besar jika hendak dibandingkan dengan kawasan lain seperti Kuala Nerus,Marang ataupun Dungun yang mana kawasan ini purata keahliannya seramai 9,000 lebih.Olih itu satu sifir mudah diperkenalkan untuk menambah keahlian ini iaitu formula 30x10x78x3 tahun. Pecahannya lebih kurang begini:-30 dipecahkan kepada 10 orang Ajk Cawangan+10 orang muslimat + 10 orang pemuda,setiap orang hendaklah menarik 10 orang sahaja ahli dalam setahun,jika didharab 30 jawapannya satu cawangan sudah ada 150 ahli dalam tempoh setahun, kemudian didharab lagi dengan 78 cawagan (kawasan H.Trg) didharab pula dengan 3 tahun, ini bererti menjelang tahun 2010 anggaran pertumbuhan ahli akan meninggkat menjadi seramai 3,029 orang.Inilah yang menjadi target Pas negeri bagi pencapaian kerja dalam satu satu kawasan dalam tempoh tiga tahun dari sekarang,kerja kerja ini akan dibantu juga olih Unit IT untuk mendaftar ahli ahli secara "online"dan bolih dipantau kemasukan dan penambahannya pada bila bila masa sahaja.Kerja ini dianggap penting kerana berdasarkan penyokong yang mengundi Pas pada tahun 2000 dahulu seramai 17,324 orang masih lagi belum mendaftar menjadi ahli.

Akhirnya beliau mengharapkan setiap cawangan hendaklah memulakan kerja kerja ini seawal mungkin serta cuba cubakan diri untuk mengelak dari buat kerja secara tergesa gesa atau "addhoc".

Poksu-sentiasa hantar lapuran secara "online"(lihat gambar dokumen lapuran dibawah:maaf image kurang memuaskan)

Khamis, 13 November 2008

Teori dan praktikal

Komen dari meja analisis

Petikan sebahagian daripada tulisan terkini dalam blog sdr Roslan sms di http://n32.blogspot.com/

Hala tuju pentarbiyahan PAS berteraskan menyeru manusia kepada mentauhidkan Allah SWT dengan menyokong dan mengangkat kalimat-kalimat perintah-Nya beragendakan "penyeruan ke arah yang makruf dan pencegahan kemungkaran". Prinsip pentarbiyahan PAS bersandarkan al-Quran dan Sunnah.Lalu dalam PAS, aspek pentarbiyahan ini bukan hanya diwajibkan malah diuruskan secara berjemaah oleh para ulamak yang menjadi teraju qiyadah sehingga wajib dituruti dan dipatuhi oleh para jundiyyah selaku ahli-ahli yang berdisiplin, kerana itu kekuatan parti akan hanya terserlah kiranya aspek pentarbiyahan ini ditekan, dilaksana dan ilmunya dipraktikkan dalam perjuangan.

Hanya PAS sahaja selaku gerakan Islam, memperuntukkan di dalam perlembagaannya penekanan pada aspek pendidikan ini apabila fasal 14(2)(d) perlembagaan parti menyebut bahawa ahli-ahli PAS wajib:"Memperdalamkan ilmu pengetahuan khususnya tentang ajaran dan hukum-hukum Islam".Perkara tarbiyah ini akan diulang, disebut-sebut dan diperingatkan dalam setiap situasi dengan harapan agar ahli-ahli dan pimpinan PAS tidak akan lari atau tergelinciri daripada prinsip dan dasar perjuangan parti.Almarhum Prof Zulkifli Muhammad semasa berucap di hadapan wakil-wakil rakyat PAS Kelantan sejurus kemenangan PAS pada pilihan raya 1964, (dua hari kemudian beliau terkorban dalam kemalangan jalanraya) berkata:"Jadikanlah satu kewajipan tuan-tuan mulai dari hari ini mengkaji pengajaran Islam supaya tuan-tuan memikul kewajipan tuan-tuan sebagai orang yang tahu apa yang diajarkan oleh Islam. Jangan ada seorang pun yang takbur, yang merasa dirinya sudah pandai, bahawa dirinya sudah tahu apa pengajaran Islam. Bahawa dirinya tidak perlu diajar oleh sesiapa kerana dia sudah menjadi wakil rakyat."Demikianlah sepatutnya teguh dan kemasnya ikatan ahli-ahli PAS dalam perkara ini.

Kerana itu dalam muktamar PAS yang lalu apabila Dato' Seri Tuan Guru Presiden menyentuh dalam ucapan penggulungannya, bahawa ahli-ahli PAS perlu membina parti menjadi parti yang perkasa dan membina diri masing-masing agar menjadi ahli yang perkasa sebagaimana yang ditunjukkan oleh Islam, maka beliau sesungguhnya merujuk dan menekankan kepada aspek tarbiyah. Kerana wasilah utama bagi mencapai penyusunan tanzim yang kukuh hanyalah melalui tarbiyah harakiyah Islamiyah.Menyedari akan pentingnya kerja menyemarakkan kembali asas kekuatan PAS ini, maka Dato' Seri Tuan Guru Presiden dan Timbalannya yang juga merupakan Pengerusi Lajnah Tarbiyah PAS Pusat, kini dalam rangka menjelajah seluruh negara bagi menjayakan Konvesnyen Tarbiyah peringkat negeri yang dimulakan di Pahang baru-baru ini.Konvensyen ini adalah peluang yang terbaik buat ahli-ahli PAS untuk duduk berbincang bersama pimpinan tertinggi di samping memahamkan diri akan isu-isu semasa dan sikap serta pendirian pimpinan.PAS kini melangkah melampaui usia setengah abad yang sudah pasti semakin mematangkan ahli-ahlinya dalam bertindak dan berfikir.

Poksu-Berteori bolih diistilahkan sebagai melakar sesuatu kerangka diatas kertas,dengan itu apa yang dipaparkan bolih dijadikan garis panduan untuk dilaksanakan secara amali,sebagai contoh mudah 'orang yang tidak mahir memasak bolih mengikuti panduan yang terdapat didalam sesebuah buku masakan".Dengan masa melahirkan beberapa banyak teori tadi kadangkala bolih membuatkan kita (kita:merujuk kepada pembaca) terlupa untuk mengseimbangkan dengan praktikalnya sekali,akhirnya masa itu berlalu dan garis panduan tadi jadi terbengkalai kemudian datang pula "guideline" yang lain . Jesteru itu pernah dalam satu majlis mesyuarat poksu memberi pandangan "jika kita asyik berbual dikedai kopi jangan lupa kepada lembu peliharaan dipadang, yang perlu dipastikan ialah agar kita (tuan) dapat minum manakala lembu juga mendapat makan",berulah ada keseimbangan namanya. Politik/siasah yang manakah lebih menekankan kepada "buat kerja" berbanding menitik beratkan kepada "buat kertas kerja"?,mungkin gambar ini bolih menjelaskan:

Selasa, 11 November 2008

Pak Menteri kempen! pak turut bagaimana?




Pak Menteri kempen restoran turun harga makanan!
Pak Turut bagaimana?


Selepas anda lihat senarai harga terkini kemudian bezakan pula dengan harga sebelum pilihan raya........








1.Milo 2kg dari rm 23.90 naik kepada rm 28.50
2.Telur gred B 100biji dari 27.50 naik kepada rm 30.50
3.Mee Hoon 1 Beg dari 16.70 naik kepada rm 22.50
4.Beras super 10kg dari rm18.90 naik kepada rm28.50
5.Laici 2tin dari rm4.40 naik kepada rm 5.00
6.Nescaffe 200gm dari 10.50 naik kepada rm 14.90
7.perencah tomyam 1 Tin dari 21.00 naik kepada rm25.00
8.Gas Masak 19kg dari rm 23.00 naik kepada 26.00
*sekadar memaparkan sebahagian sahaja.
Poksu-kata raja lawak "lu fikirlah sendiri".....!!
("original bil" ada dalam simpanan poksu)

Ahad, 9 November 2008

Komen Dari Meja Analisis


Dipetik dari blog Sdr Roslan SMS:

Laporan polis terhadap guru agama

Saya pasti isu ini akan mengundang seribu-satu ulasan dan komentar dari pelbagai pihak dan sekali lagi Islam menjadi fokusnya. Pasti juga sahabat-sahabat kita dari kalangan masyarakat bukan Islam juga akan tumpang memberi pandangan, akhirnya Islam sekali lagi menjadi pertikaian akibat tindak-balas orang Islam sendiri.Allah swt berfirman dalam surah an Nisa ayat ke 103:"Sesungguhnya solat itu satu kewajipan yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang mukmin."Solat ini nampaknya ringkas dan ringan namun mengerjakannya secara konsisten tanpa gagal adalah satu tuntutan yang lazimnya tidak berjaya dikerjakan secara sempurna dikalangan orang-orang Islam. Allah swt befriman dalam surah al Ankabut ayat ke 45:“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”Mereka yang berjaya mendirikan solat secara konsisten mampu memiliki perisai yang jika pun tidak melindungi mereka secara langsung sekurang-kurangnya mengingat-ingatkan mereka apabila sahaja cenderung mahu melakukan perkara yang jahat. Bayangkan jika seluruh umat Islam tegak dengan kekuatan ini.

Saya yakin itulah niat guru agama di sebuah sekolah rendah di Damansara apabila menayangkan kepada anak-anak muridnya klip video kematian. Sekarang pun sekolah sudah diambang percutian, kanak-kanak sudah tidak mengikuti pelajaran lagi di sekolah, masing-masing “free” dan dalam kesempatan inilah pelbagai program dan aktiviti diatur untuk mengisi kelapangan itu termasuklah bagi guru agama tadi menayangkan klip ini dengan harapan memotivasikan anak-anak muridnya agar mengerjakan solat.Suka tak suka, kita perlu akui bahawa ramai ibu-bapa gagal mendisiplinkan anaknya untuk solat secara konsisten. Malah ada ibu-bapa pun gagal. Kerana itu semua pihak dari pemimpin sampailah ke guru agama bertanggungjawab menasihatkan semua pihak agar tidak meninggalkan tanggungjawab ini.

Tiba-tiba seorang ibu membuat laporan polis di Balai Polis Damansara mendakwa bahawa guru agama anaknya di sekolah telah menayangkan video yang “menyeramkan” ini sehingga telah menganggu pemikiran anaknya. Kata beliau anaknya ketakutan sehingga menangis-nangis ketika mahu tidur malam akibat menonton video ini.Saya tidak pasti tetapi mungkin anak Puan Doktor yang membuat laporan itu benar-benar terganggu akibat menonton klip berkenaan. Mungkin budak itu memang lemah semangat. Tetapi bagi saya realitinya anak-anak kita hari ini terdedah dengan ratusan ribu klip dan video yang berbagai bentuk, hiburan, seks, keganasan (contohnya dalam filem Bond terbaru “Quantum of Solace”, lengkap hiburan, seks dan keganasan dalamnya), kalau tidak melalui vcd yang bersepah, melalui internet dan lain-lain media.Kanak-kanak sekecil tahun 1 hari ini sudah terdedah dengan semua ini lantaran kemajuan ICT dan TV kabel serta satelit. Kalau tidak kerana lemah semangat, saya rasa tidak salah malah wajar anak-anak kita diperingatkan tentang mati dan akibat meninggalkan solat. Semoga mereka insaf dan sedar, semoga terangsang minda mereka untuk mendirikan solat secara konsisten.

Kalau pun Puan Doktor yang membuat laporan polis tadi merasakan tidak wajar klip video itu ditayangkan kepada anaknya, mengapa tidak diajak berunding? Bukankah yang terlibat ini guru agama anak kita, besar sangatkah jenayahnya sehingga mahu diseret pihak polis bersekali?Saya bimbang masyarakat kita semakin bercelaru dan porak-peranda mindanya. Akhirnya kita semakin jauh dan terpisah dari agama, akhirnya agama menjadi pilihan, ada bab yang perlu ditonjolkan, ada yang perlu digugurkan. Ia boleh dipilih-pilih. Mahu solat, boleh salot, kalau tak mahu pun boleh. Masyarakat jenis apakah yang mahu kita lahirkan nanti? Sama-samalah kita fikirkan.

Poksu-Segala puji bagi Allah tuhan semesta alam!Kelihatannya kesah ini begitu serius sehinggakan kesnya sanggup dibawa kepihak polis,gara gara seorang ibu yang ingin memprotes seorang guru yang menayangkan CD Video kematian,kita tidak pasti sama ada video tersebut benar benar mengandungi cerita seram dengan segala macam tahyul atau pun hantu kubur,akan tetapi jika jalan ceritanya untuk menginsafkan diri sipenontonnya agar senantiasa beringat ingat akan kesudahannya penghujung hayat kita pasti akan mati maka poksu kira langkah guru itu amatlah tepat.Ada ayat menyebut "korlullza ikatilmaut"(setiap yang bernyawa pasti akan mati).

Teringat poksu satu peristiwa yang mungkin bolih dikongsi cerita ini bersama dengan pembaca, kesahnya mula terjadi dalam satu mesyuarat sebuah badan NGO yang poksu sendiri hadir, poksu selaku ajk yang memegang jawatan biro agama telah mencadangkan kepada mesyuarat supaya kubur kubur sahabat yang telah lama meninggal dunia perlu diziarahi,dan jika didapati kubur ini tidak dalam keadaan sempurna maka patutlah pula dicari jalan bagaimana untuk mengindahnya seperti memasang batu konkrit bersemen yang berukir nama.Ini kerana memandangkan ada dikalangan ahli keluarga Almarhum sahabat tadi tidak mampu untuk berbelanja lebih,yang mampu diadakan hanya cuma dua batu nesan sahaja.Tambah poksu lagi "ada dikalangan almarhum yang banyak berjasa dalam tempoh masa khidmatnya untuk negara, malah ada yang mendapat anugerah dan pinggat pingat kebesaran tetapi sayangnya pusara mereka terabai dan tidak ada bezanya dengan rakyat kebanyakan"jadi apa salahnya sebagai mengenang jasa jasa mereka ini maka kuburnya dicantikkan sedikit, lagi pun hukum nya harus selagi tidak menganggu keluasan tanah kubur orang lain,malah terdapat juga fatwa yang membolihkan kubur kubur bolih dibina secara bertingkat tingkat jika keluasan tanah kubur yang berbangkit.

JANGAN BENCI KEPADA PERKARA BENAR

Apabila sesorang ditegur supaya membuat kebaikan lalu ditolaknya kebenaran teguran tersebut dengan berkata "jaga diri kamu sendiri sudahlah"atau dengan apa apa ucapan yang menunjukkan kebencian kepada kebenaran maka dikhuatiri akan ditimpa kutukan dan kemurkaan Allah SWT,sebagaimana firmannya yang bermaksud "patuhlah kepada Allah,lalu dibangkitkan (ditunjukkan) kesombangannya olih orang tersebut,maka balasannya ialah dosa yang bolih menariknya keneraka jahanam"(Al-Baqorah:206), wanauzubillah...minta dijauhkan kepada kita semua! Kematian adalah perkara benar....

Berbalik kepada cerita dalam mesyuarat tadi,maka bersuaralah seorang ahli korum dengan katanya "Soal kematian ini tidak usah diucapkan atau dibangkitkan dengan alasannya perkara ini (mati) tidak bolih dibuat main main".Alangkah malangnya beliau ini masih lagi tidak menyedari betapa serius poksu dalam perkara ini dan poksu bukannya juga buat main main.

Sememangnya tidak dapat dinafikan,terdapat beberapa jenis perangai orang,apabila disebut saja soal mati mereka akan terus jadi kecut,takut dan seram sejuk seolah olah tidak bersedia untuk menerima ketentuan ini,dan yang anehnya bersikap begitu jumud dengan dunia seolah olah mereka akan hidup menungkat langgit selama lamanya.Sedangkan Rasullah SAW mengingatkan kita dengan sabdanya yang bermaksud "sebaik baik orang yang panjang umur ialah meraka yang baik amalannya,manakala orang yang paling pintar ialah mereka yang sering ingat akan saat kematiannya...!!

(P/S : sebahagian dari tulisan ini dicedok dari sebuah kitab agama yang berjudul "nasihat agama dan wasiat iman)

Khamis, 6 November 2008

Belanjawan:Fata morgana atau indah khabar?


TEGURAN DAN KRITIKAN DARI MEJA ANALISIS
Alhamdulillah,poksu percaya dalam suasana kesibukan kita melakukan kerja kerja routine harian,pasti ada juga yang prihatin menjeling jeling dengar untuk mengambil tahu pembentangan cadangan bajet tambahan 2009,walaupun ada suara suara nakal yang menyifatkan satu "fatamorgana mirage" (pinjam istilah yang dipopularkan olih menteri keawangan) namun ada yang menaruh minat untuk mengtahuinya.
Apa yang menarik untuk ambil tahu ialah tambahan 7 billion,satu bajet yang sudah menjadi satu bajet mewah dan bukan lagi sederhana berbanding yang telah dibentangkan sebelum ini olih PM merangkap menteri keawangan ketika itu.Kita juga sudah tahu,impak kepada rakyat marhain yang mempunyai pendapatan rendah telah pun mendapat faedah melalui pemberian bonus terutama kakitangan kerajaan walaupun ada yang mempertikaikan kenapa tidak ada bonus untuk para pesara pada kali ini?

Daripada apa yang difahamkan,ransangan suntikan 7 billion yang baru diperkenalkan buat kali kedua ini ada menyentuh pembiayaan perumahan rakyat,pada asasnya pembiayaan ini bukan satu perkara baru cuma hanya baru sekadar di"highlighkan",sebagai contoh bukti Pamlet yang mengiklankan Skim Al-Qardul Hassan (lihat gambar) telah lama diedarkan.
Tinggal lagi permasaallahan disegi perlaksanaannya dilihat tidak menjamin untuk memberi kemudahan kepada semua,ini kerana proses permohonannya terpaksa melalui saluran yang tidak semudah seperti yang dijangka,apa tidaknya...untuk mendapatkan borangnya sahaja perlu diambil dipejabat SUK Negeri ataupun dipejabat pejabat Tadbir disetiap daerah,Walhal ianya bolih dipermudahkan jika sekiranya borang borang ini diedarkan kePejabat pejabat Persatuan NGO atau kePejabat JHEV (bagi kemudahan bekas tentera(gambar)
Selain daripada itu dipayahkan lagi dengan mensyaratkan setiap permohonan mesti melalui saluran ADUN atau Ahli Parlimen dikawasan masing masing.Proses ini sudah tentu membeban dan merumitkan kepada pemohon yang mana kita bimbang berdasarkan dari pengalaman lalu adakala ujudnya amalan birokrasi dan diskriminasi.Apakah kita mahu lihat kerja kerja amal jariah ini terbantut disebabkan amalan rasuah ataupun pilih kasih ini?,atau pun kita hanya mahu ianya tinggal kekal seperti "indah khabar dari rupa"!

Marilah kita merenung nasib mereka mereka yang terabai dan tercicir dari arus pembangunan ini,mereka ini juga perlu dibantu walaupun pada kelihatannya mereka ini tidak meminta minta, sebagaimana "ada orang" yang meminta dinaikkan elaun wakil rakyat sedangkan mereka ini nanti akan mempunyai pencen tinggi walaupun berkidmat hanya sekadar 4-8 tahun sahaja(1-2 penggal),berbanding para pesara tentera atau perkhidmatan awam yang lain terpaksa berkidmat 20-30 tahun,tetapi ada diantaranya mempunyai pencen yang rendah....fikir fikirkan !
Poksu-sedang tunggu dan lihat satu perubahan selepas ini....!!

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan