arkib

Khamis, 22 Disember 2011

Membongkar rahsia 9/10 punca rezeki...(akhir)

 (Statistik kenaikan harga barang)
sambungan:

Saluran dana selain untuk pertubuhan NGO, taukey juga tidak melupakan untuk memberi sedikit peruntukan buat pertubuhan politik,satu majlis makan makan amal sambil menderma  telah diadakan diwarung ini, hasil sumbangan dari ahli jemputan yang hadir,derma terkumpul sebahagiannya terus diBank In kan keakaun tokoh politik berkenaan,antara objektifnya adalah untuk maslahah umum,menurut tokoh tersebut katanya bagi tujuan membantu para peneroka disalah sebuah felda diNegeri Sembilan yang mengalami masaallah sudah sekian lama menghadapi  gangguan bekalan air bersih.Bukanlah banyak sangat hanya sejumlah ratusan ringgit sahaja kata orang untuk menampung keperluan buat kertas kerja proses permohonan bagi dimajukan kepada pehak pehak berkaitan.


Sambil berniaga sambil sambil itu juga taukey tidak henti henti terus membuat kajian untuk menambah baikan mutu produk makanan malah pehak dari kementerian kesihatan juga tidak putus putus datang memeriksa premis termasuk memastikan surat imunasasi suntikan kesihatan tahunan dibuat.Didalam kesibukan tersebut sempat juga taukey menyiapkan statistik kenaikan harga barangan keperluan kedai.(gambar bertulisan tangan diatas)..Tetapi apakan daya "master mind" (perancanag)  kenaikan harga barang ini dibuat olih orang lain,jadi sekadar bolih tulis untuk rekod sahajalah.Taukey tidak mampu mengubah untuk anjakkan paradigma bahawa jikalah seorang usahawan itu memberhentikan operasi perniagaannya jadi samalah seperti seorang ulama' yang "tiada" maka bolih diibaratkan bagaikan hilangnya sebutir bintang dilanggit....wallahhuakllam.


tok ayah su-sekadar berbakti memberi rm 300 untuk setiap satu kes kematian dengan bersyarat....

Selasa, 20 Disember 2011

Membongkar rahsia 9/10 punca rezeki...(5)

sambungan:
Salain daripada mengejar kejayaan dari segi meterial jasmaniah maksu tidak lupa juga menghadiri program kerohanian antaranya majlis usrah,walaupun terpaksa tanpa dipaksa meletakkan beberapa helai wang kertas berwarna hijau mahupun merah namun demi untuk melihat kelangsungan majlis bolih berjalan lancar dengan adanya "minyak pelincir" tadi  meskipun kadangkala perlu ditinggalkan meja roti canai namun tetap digagahi juga kaki untuk kemajlis tersebut.Tatapi yang agak kurang senang dan tidak mesra adalah disebabkan  para nakib/bah nya banyak mengeluarkan kata sindirian dan kiasan perli perlian seolah seperti sengaja mahu mengujud hal hal untuk dikontroversimekan.

Contohnya soal furuk dan remeh temeh yang menjadi amalan harian sebahagian daripada kita antaranya makan dan mengambil kuah atau lauk mengunakan tangan kiri termasuk meminim air mengunakan tangan kiri walaupun tangan kanan dalam keadaan berjeluah dengan sisa makanan sedanga sunnah nabi makan setalam secara beramai ramai tidak pula diikut.,berjabat tangan kononnya ala yahudi kerana menghenjut henjut tangan ketika bersalam walaupun dalam masa majlis akad nikah kahwin kita perlu henjut tangan,sehinggakan keperabadian pasukan tentera ketika latihan pun disentuh antaranya memakan minum apa saja selain batu dan kayu....siapa yang hendak dibodohkan sebenarnya tidaklah saya tahu tapi saya bimbang nanti kita pula kelak akan dinilai sebaliknya.Apakah kita mahu mengamalkan doktrin "siapa bodoh menjadi makanan orang cerdik?" Kalau setakat sekadar hendak mencari faktor kelamahan seseoarang memanglah mudah tetapi apakah itu sebenarnya matlamat majlis ilmu tersebut? saya ingin memetik sepotong ayat alqur"an yang bermaksud " jangan kamu mematuhi setiap orang yang suka bersumpah dan menghina,yang suka membisikkan (mencela) serta suka menyebarkan fitnah" ( al-qalam 10-11) sekadar renungan .

bersambung....

Jumaat, 16 Disember 2011

Membongkar rahsia 9/10 punca rezeki...(4)



selain memberi menafaat kepada diri sendiri (maksu) tidak dilupakan hasil keuntungan jualan disumbangkan kepada masyarakat dan juga pertubuhan pertubuhan antaranya persatuan suara peg.kem.kesihatan,persatuan orang kurang upaya,pra sekolah pendidikan islam dalam dan luar negara serta badan badan kebajikan lain, jika hendak disebut satu persatu memang tak tertulis dan ada yang diberikan sijil penghargaan balik dan ada yang tidak ada.(imej diatas adalah sebahagian sijil sijil yang sempat dikepilkan).Selain itu penajaan untuk perlawanan  bola sepak pasukan pemuda juga tidak dilupakan.Bukan berniat hendak bermegah megah dengan sumbangan tersebut akan tetapi sekadar hendak menyatakan bahawa rezeki yang dilimpahi sedikit sebanyak dapat juga dirasai dan dikongsi bersama orang orang lain.Maknanya taukey tidaklah kedekut sangat jika ada kemampuan atau pun kalau bolih berniat sebagai mengeluarkan zakat macam mana pulak kaedahnya ya?

Selain dari itu dengan wujudnya warung ini juga telah pun bolih membuka peluang pekerjaan kepada beberapa orang lain serta melatih anak anak muda membuat beberapa jenis masakan termasuklah bikin roti canai.Tentang kebajikan usahlah dipertikaikan termasuk soal bayaran gaji tidaklah mis,cukup masa bayar tetap bayar, disampaig itu makan minum pekerja diberi percuma malah ada yang sempat dibawa bungkus membawa balik kerumah (jika berlebihan masakan).malah pernah pada suatu ketika maksu mahu mencarum termasuk perlindungan insurant tetapi ditolak olih pekerja dengan alasan kalau terjadi sesuatu dikemudian yang akan senang orang lain bukannya dia,katanya,waduh....macam ini punya minda pun ada,macam macam hal kerenah pekerja ini kalau nak diceritakan kesemua rasanya bolih mengaibkan pula.
bersambung lagi....

Selasa, 13 Disember 2011

Membongkar rahsia 9/10 punca rezeki....(3)

sambungan:

Apabila krisis inplasi ekonomi mula melanda yang berpunca dari kenaikan harga ninyak petrol serta gas pada tahun 2008 maka dari situlah ibu segala  kegawatan semakin terasa,Sejak itu hampir dari 70 peratusan hasil jualan sudah mula menampakkan penurunan, perolihan keuntungan semakin menipis dan surut.Bolih dikata hampir kesemua barangan keperluan jualan jadi naik harga dan semakin tidak menentu malah menurut tuan punya kedai runcit katanya hampir setiap hari barangan naik harga.Malahan seolah olah semacam ada satu sendikit yang cuba mengaut keuntungan berlebihan secara senyap dan sulit lagi terancang,walaupun tiada bukti yang jelas namun kegiata tersebut dapat dikesan apabila pendapatan jualan maksu pada hari tersebut katakan  dalam lingkungan 1ribu kemudian apabila pergi membeli belah didapati belanja yang terpaksa dikeluarkan juga hampir hampir dan kadangkala melebihi seribu ringgit juga,jadinya tiada berbaki dan tiada simpananlah,zalimmm betul.....sebab apa zalim? Sebab cuba memperbodohkan orang supaya berniaga dibawah harga belian disamping mengutip hasil dari titik peluh yang tidak secara sah dan  diredhoi tuhan.


Bertitik tolak dari "sebab musabab" inilah juga segala pembelanjaan untuk membayar cukai GST (goverment servive tax) jadi tertunggak, apatah lagi GST juga turut naik menekan.Untuk mengatasi masaallah tersebut mahu tidak mahu maksu terpaksa membuat pinjaman , persoalannya apakah salah maksu meminjam demi untuk kelangsungan operasi kedai terus berjalan? atau pun apakah maksu hanya perlu duduk diam berdoa tanpa membuat apa apa? atau hanya sekadar duduk menunggu bantuan sedeqah dari sesiapa?

Disamping itu terdapat permasaallah sampingan dimana barangan jualan juga tidak mencukupi meskipun harga telah pun dinaikkan, contohnya harga tulang lembu atau pun dipanggil juga gearbox yang menjadi "menupower giller"  diwarung maksu tidak pernah mampu bolih menampung keperluan pelangan.sentiasa kehabisan stok, apabila diajukan kepada pembekal ataupun penjual jawapannya daging tidak lagu dijual jadi macam mana tulang baru hendak ada dan jika ada sekali sekala tu ianya menjadi rebutan ramai,kalau hanya hendak diberi kepada maksu seorang sahaja nanti apa kata pula peniaga kedai makan lain.Secara peribadi saya melihat permasallah tersebut terjadi apabila terdapat peniaga baru yang cuba meniru dan berniaga jenis perniagaan yang sama.Inilah sikap dikalangan peniaga khusus bagi peniaga baru terlalu suka sangat meniru niru orang apabila dilihat perniagaa lain sebelum itu sudah maju dengan menu tersebut.


bersambung lagi...


Membongkar rahsia 9/10 punca rezeki....(sambungan)

salam hormat!
Saya cuma hanya hendak berkongsi sedikit pengalaman perihal perniagaan kedai makan yang telah diusahakan olih maksu yang juga isteri kepada saya.Pada awal mula perniagaan dia mengeluarkan sedikit modal untuk membeli sebuah warung yang pada asalnya kepunyaan kakak ipar iaitu kakak sayalah...Apabila dilihat perniagaan tersebut semakin mendapat sambutan lalu dikeuarkan sedikit lagi belanja hasil dari keuntungan tanpa pinjaman dari mana mana pehak pun untuk mengubah suai kedai bagi keperluan pelangan yang semakin bertambah.Jika sebelum itu pelangan terpaksa menunggu diluar akan tetapi setelah diperbesarkan sedikit dari jumlah muat 30 orang kini sudah bolih muat 70 orang pelangan serentak.kemudian apabila sudah sedikit lapang tiba tiba terdapat halangan dari pehak berkuasa yang mengarahkan supaya dirobohkan bagi tujuan pembesaran jalan.Beliau pun akur lalu merobohkannya dengan hanya sedikit papasan.Untuk memperolihi pampasan ini pun pelbagai kerenah terpaksa ditempuhi, adakalanya pergi sendiri kepajabat yang berkaitan lalu diakatakan pegawai yang menguruskannya tidak ada.Sehinggalah terpaksa mohon campur tangan dari seorang bekas ahli Parlimen barulah masaallah selesai.Itupun dapat ala kadar sekadar kata orang "lekat dicelah gigi sahaja".

Walaupun begitu selepas itu sambutan perniagaannya masih lagi baik sehinggakan pelancong dari Brunai dan juga dari negara pemain badminton mortan proshudson pun ada,wow...merujakan,tapi malangnya gambar mereka tidak sempat dirakamkan.Apabila rezeki tidak putus putus masuk sedar tak sedar saya lihat dipergelangan tangan dan juga ditengok maksu sudah berghelip ghelap,intan sudah bertukar menjadi permata. Saya sendiri tidak tahu dan tidak diberitahu pun masa bila dan berapa harga barangan kemas tersebut dibelinya.Saya cuma hanya diam membisu dan berperangsaka baik malah berbangga isteriku sudah tercapai hajatnya dan segala titik peluhnya sudah berbaloi.

Namun ku sangka panas hinga kepetang tapi rupa rupa nya ombak besar mai melanda.....bersambung

Ahad, 11 Disember 2011

Membongkar rahsia 9/10 punca rezeki....

(Pegawai pemantau dari syarikat consultan paisley yg mewakili JHEV)

salam hormat!
Apabila orang mengantuk disorungkan bantal bermakna hajat untuknya berehat akan disempurnakan.Tetapi apabila ada orang sakit yang terlantar tiada siapa yang memperdulikannya, itu bererti "kemungkinan" hayatnya semakin hampir dan begitulah sebaliknya. Apa pun dalam bidang bisnes ni lain sedikit coraknya, selain dari usaha dari diri sendiri tidak bolih tidak kita memerlukan sedikit sokongan dari pehak orang lain tetapi dalam bab kematian terdapat didalamnya soal fardhu kifayah,maknanya jika ada kes kematian ia tidak bolih dibiarkan keseorangan,adalah menjadi tanggungjawab orang yang masih hidup untuk menguruskan jasadnya seperti memandi, mengkafan, mengsembahyangkan dan seterusnya mengkebumikan dan lain lain hal yang berkaitan (saja nak selit bab agama sedikit) adapun dalam bidang niaga juga merupakan sebahagian kecil dari cabang peninggalan sunnah (pekerjaan)  nabi yang pernah dilakukan olih baginda,walaupun saya ini bukanlah nabi maka apakah salah jika saya turut menjalankan perniagaan?

Berbalik kepada bentuk sokongan dari pehak orang lain selain dari bantuan tambahan dana,setidak tidaknya sokongan moral juga diperlukan,namun begitu dari segi pengurusannya banyak bergantung kepada usaha dari diri sendiri.Tetapi persoalannya jika usaha yang kita jalankan itu sering dan selalu ada halangan, mahu tidak mahu kita perlu mengkaji dimana kesilapan tersebut,betullah kita bolih mengatakan ianya merupakan satu takdir dari illahi namun sebab penyebabnya juga ada bersabitan,contohnya jika ada orang mati kita akan bertanya sakit apa? kita jawab terlibat dengan kemalangan atau lemas dan sebagainya,penyebab itulah yang berkaitan dengan kematiannya.begitulah jika ada bisnes seseorang itu naik atau jatuh maka kita juga akan tertanya tanya apakah punca dan sebabnya dan jika naik maju pun jadi kita juga mahu tahu apakah rahsia kejayaannya?
bersambung....

Khamis, 1 Disember 2011

hebahan

(hiasan berita dan hebahan bergambar)
salam hormat!
Walaupun blog ini bukan bermotifkan politik tetapi atas tag atau pun motto "peka"  maka tidak bolih tidak saya juga tidak mahu lepaskan peluang menulis soal berkenaan parti politik.Kalau dalam bidang sukan pun kadangkala bolih mencetuskan pergaduhan akan tetapi apa kurangnya dalam soal politik ini, malah tidak keterlaluan jika dikatakan sehingga bolih keperingkat berbunuh bunuhan pun ada dan pernah berlaku dalam sejarah pun. Sebab itulah kita lihat betapa seriusnya para ilmuan dan cerdik pandai berbicara dan berpidato soal politik sehingga adakalanya mencetuskan suasana tegang dek kerana olahan ayatnya seolah olah seperti dunia esok akan kiamat dah walhal isunya hanya sekadar perkara yang remeh temeh sahaja apatah lagi jika isu politik itu disampaikan olih penceramah yang bergelar "ayam laga"jadi akan lebih panas berapi apilah.Dan juga ada yang mengkaitkannya dengan agama kerana didakwa agama dan politik tidak bolih dipisahkan,ibarat macam lirik sebuah lagu yang berbunyi "irama dan lagu tidak bolih dipisahkan,jika dipisah kan rosaklah lagu pincanglah irama atau pun dalam erti kata lain ibarat seperti memulakan makan dengan membaca Bismillah... sedangkan apa kaitannya membaca bismillah dengan makan? jawapannya urusan hidup iaitu makan itu tidak bolih dipisahkah dengan kalimah agama,barulah diberkati...

Selasa, 29 November 2011

salam maal hijrah (sambungan)

(hiasan berita)
salam hormat!
Jika kita rajin menyemak samada dari sumber internet mahu pun dari buku buku bahan bacaan bercorak keagamaan sudah pasti akan terjumpa keterangan yang menyenaraikan perjumlahan peratusan yang perlu dibayar untuk kewajipan mengeluarkan zakat,jika hendak dihuraikan disini sudah tentu banyak pecah pecahannya.Apa yang hendak saya nyatakan cuma dalam tempoh setahun nisbah perlu wajib dihitung olih setiap pendapan yang diperolehi umat yang beragama islam. Wah...macam ustaz pulak bunyi ayat saya kali ini.

Persoalannya kemanakah nanti zakat ini akan disalurkan? persoalannya lagi bolihkah zakat ini disalurkan kepoket poket individu  tertentu untuk menyelamatkan  dirinya dari masaalah hutang piutang dan kebangrapan? apa yang saya perhatikan dalam kontek permasaalah umum ianya bolih dan diharuskan.Saya mengajukan persoalan ini adalah berpunca dari satu mesej SMS nakal yang masuk ketalifon bertanyakan apakah nombor ekor yang keluar sebab nak buat bayar hutang jika menang,puhh...ingat saya ada teropong ajaib ala cerita filem P.Ramli ke? saya jawab "jangan buat kerja haram macam tu,kalau perlu duit mintalah dengan badan zakat' (secara berseloroh) tidak perlulah saya publistkan nombor talifon tersebut tetapi jika dia terus menerus menganggu dengan mesej yang semacam itu maka saya tidak akan teragak agak untuk menwar warkannya kepada dunia didalam blog ini.

Berbalik kepada perihal zakat tadi sudah tentu bagi setiap peniaga muslim perlu tahu kewajipan pengeluarkan zakat perniagaan dan sebagainya.Bagi usahawan kecil yang mempunyai pendapatan bulanan dalam sekitar rm10.000 (sepuluh ribu) setelah didharab sepuluh (10) bulan kemudian didharab lagi 10 tahun masa panjang berniaga maka sedar tak sedar jumlahnya sudah sejuta ( rm 1 juta) woww....Inilah jasa jasa usahawan yang berjuang atas nama 9/10 punca rezeki yang datang dari perniagaan.

Persoalan kemana dan berapakan jumlah yang dikeluarkan untuk zakat mahupun untuk aktiviti kemasyarakatan demi menjaga tangungjawab sosial?tepuk dada tanya iman....tetapi dari satu segi yang lain, kita harus sedari samada secara langsung atau pun tidak langsung para usahawan tidak mempergadaikan prinsip berkebajikannya dengan tempias kelumayan pendapatannya dengan turut sama menyumbang untuk GST (goverment service tax) melalui cukai cukai kerajaan yang pelbagai itu.

Tetapi malangnya yang meresahkan sebahagian dari impian peniaga ini telah cuba dirobekkan olih pehak pehak tertentu samada dari musuh dalam selimut mahupun dari luar juga,tidak pasti apakah niat meraka atau bersikap PHD (perangai hasad dengki).Keterbukaan minda untuk melihat kejayaan orang lain masih lagi terbelenggu. Kecuali mereka itu terdiri dari kalangan kroni dan proksi sahaja. segala kerja buat akan diperhalalkan cara.Kerana itu kita lihat tidak ada semua tempat yang menawarkan sama harga walaupun sama barang dan sama quality.Sikap pilih memilih bulu dengan "mainan harga" masih lagi berlaku.Laungan nilai nilai murni hanya sekadar dibibir sedangkan tindak tanduknya mengambarkan kelainan. Bayangkan harga sebiji sawi bolih dimain harga berganda mahalnya dijual dengan rm20 lebih. Dimana ketegasan pehak berkuasa dalam mengawal permasaalahan ini....?

Jesteru itu sebagai aktivis masyarakat setempat dan ahli kepada sebuah persatuan NGO maka harapan supaya tidak terlalu berpolitiking sehingga melupakan matlamat sebenar perjuangan. Jadikan politik hanya sebagai "platform" (landasan) untuk memperolehi sesuatu tujuan dan ingat NGO tetap NGO dan bukan sebuah pertubuhan politik,didalamnya terdiri banyak orang yang mempunyai pelbagai fahaman ideologi, jika ingin terus persatuan itu hidup dan ahlinya kekal setia jangan pecahkan ahli dengan wadah perjuangan sebenar iaitu untuk kebajikan dan kesejahteraan kesemua ahli. Sebagai contoh yang mudah difahami jika ada ahli jawatan kuasa yang mencadangkan sesuatu usul atau cadangan itu janganlah diketepikan begitu sahaja suaranya semata mata atas dasar suara itu datang dari ahli yang berbeza warna benderanya. Sedangkan suara itu sebagai ejen yang mewakili ahli yang memilihnya untuk ketampilkan perkara berbangkit.

tok ayah su-sedar tak sedar maksu turut menyumbang pertumbuhan ekonomi negara/i hampir satu juta ringgit dalam tempoh sepuluh tahun berniaga...lumayan tak ?

Sabtu, 26 November 2011

Salam maal hijrah 1433

salam hormat!
Awal Muharam sehingga akhir Zulhijjah maka genaplah setahun perhitungan didalam kelendar islam tahun gajah hijriah,kerana itu saya mengajak pembaca dan juga diri saya supaya membuat sedikit koreksi diri sejauh manakah kejayaan yang dicapai bagi memboleh kan kita mejadi seorang pemberi mahu pun menjadi seorang pengeluar zakat atau pun kita masih lagi ditakuk lama iaitu sebagai penerima zakat dan pengumpul hutang piutang.Seorang bumiputra alias melayu islam dari segi pencapaian ekonominya sudahkah mampan dengan persaingan diarus persada semasa.
bersambung....

Selasa, 15 November 2011

Besar periuk besarlah keraknya (sambungan)

(gambar hiasan)
Salam hormat! Sebelum hendak menyambung topik seterusnya ada baiknya saya membuka satu cerita metos dulu dulu tetapi ada moral yang bolih dikutip darinya dan rasanya cerita ini terdapat didalam buku buku tek sekolah rendah pada suatu ketika dulu, berkemungkinan ada yang telah terbaca dan saya hanya mahu mengulanginya sahaja mudah mudahan bolih memberi satu motivasi diri. 
(gambar hiasan)
Cerita berkenaan rasa tidak tentu arah untuk membuat pilihan mana satu yang baik olih seorang pekerja pemecah batu,dengan kata lain beliau merasa was was ada orang yang lebih baik dan kuat darinya lalu turut ingin menjadi seperti itu.Kesah siPemecah Batu ini bermula semasa ia berkerja disebuah lereng gunung berbatu.Dengan mengunakan kekuatan tenaga fizikalnya yang berbadan sasa disetiap saban hari ia membanting tulang mengerah tenaga empat kerat dengan perasaan penuh bangga diatas kemampuannya yang  bolih memecahkan batu batu tersebut dengan mengunakan penukul besi. Pada suatu hari penukul besi itu haus lalu pecah,sangkanya sudah tentu batu gunung itu lebih kuat berbanding dia dan penukul besi itu. Lalu berdoa dan memohonlah dia agar bolih menjadi batu gunung itu.

Ahad, 13 November 2011

Besar periok besarlah keraknya....

Salam hormat!


Saya masih ingat disemasa dalam perkhidmatan tentera dahulu ada yang merasai cemburu apabila terdapat diantara mana mana anggota yang dinaikkan pangkat, mereka mencemburui  diatas kenaikan pangkat itu atas alasan kononnya dengan kenaikan pangkat itu tadi dengan sendirinya tangga gaji juga turut sama dinaikkan, memanglah pada asasnya pun begitulah lumrahnya akan tetapi pada hakikat sebenarnya semakin poket berisi semakin cepat pula poketnya bocor,diibaratkan seperti kata pepatah melayu "semakin besar periok semakin besarlah juga keraknya".


Sebagai contoh jika disemasa pangkat hanya tatkala kopral kebawah diketika itu tidak banyak pula aktiviti pasukan yang memerlukan perbelanjaan duit poket sendiri dikeluarkan melainkan tatkala hendak kemana mana seperti pergi menghadiri kursus ataupun ketika pergi menjalani latihan,itu sahaja namun setelah kenaikan pangkat yang agak lebih tingi iaitu dari sarjan keatas atau lebih senonim dipanggil PTT kanan maka sewaktu inilah pelbagai bagai perbelanjaaan tambahan dari poket sendiri secara bulanan terpaksa dikeluarkan. Diantara bayaran yang perlu dibayar ialah yuran Mess Bil dan coffe room.Jika kedua tempat ini banyak mengadakan aktiviti seperti mengadakan majlis majlis tertentu diantara keraian kenaikan pangkat,majlis perpisahan,majlis suai kenal dan lain lain  maka banyaklah jumlah duit poket terpaksa dikeluarkan.paling paling koman minima jika tiada sebarang aktiviti pun jumlah wajib yang patut dibayar yurankan bolih mencecah rm 100 juga.Dengan tangga gaji bersih hanya disekitar rm800 pada ketika itu jika dipotong bocorkan rm 100 adalah merupakan satu jumlah yang dirasai amat besar,kerana itu kalau dilihat kebanyakkan anggota yang isterinya juga tidak berkerja janganlah diharap untuk pakai kereta sendiri. kerana apa?kerana tidak berkemampuanlah...dan jika ada yang berkampuan pun hanya jarang jarang,itupun disebabkan isterinya juga turut sama berkerja.Kerana itulah saya lihat pada waktu itu kebanyakkan anggota tentera hanya gah pada nama sahaja...tetapi poketnya kocong.

Sabtu, 5 November 2011

Nak cerita sikit (sambungan)

Salam hormat!
Didalam cerita yang lalu (sebelum ini) telah saya paparkan 3 cerita dalam satu pakej,yang pertamanya suasana ceria dikomplek  membeli belah tatapi dicemari sedikit dengan longkang berhampiran yang menjadi tempat pembiakan nyamuk,cerita kedua berkaitan keselesaan isteri bersalin dihospital tetapi tidak bolih lena tidur disebabkan banyak nyamuk walaupun berada ditingkat 3, manakala cerita ketiga ialah pehak yang bertanggung jawab dengan pembasmian nyamuk  hanya dilihat bekerja mengikut musim iaitu ketika musim hujan sahaja,sebab apa? antara salah satu sebabnya ialah diwaktu ini nyamuk bolih membiak ditempat tempat yang ditangkungi air maka mudahlah mengeluarkan surat saman untuk mendenda  keatas kecuaian tuan punya premis tersebut namun tidak pula dibuat kerja ini dimusim kemarau,kenapa?

Khamis, 3 November 2011

Nak cerita sikit...

(sekadar gambar hiasan berita)
salam hormat!!

3 kesah yang hendak diceritakan ini adalah gabungan cerita baru dan juga cerita lama,yang barunya ialah saya baru sahaja beberapa jam yang lalu telah pergi menemankan  "MakDatin" pergi membeli belah diMyDin diK.Trg (ewah...banyak duit nampak,eh eleh bukanlah banyak sangat cuma beli keperluan untuk stok buat bisnes je,beli daging dan tulang belulang sikit)sementara menunggu makdatin beli belah itu ini,sambil sambil tu saya juga jadi pakgurd jaga anak  bermain main ditaman permaianan berhampiran,wah hebat juga disini semuanya selesa untuk anak anak kecil bermain main,tapi entah macam mana pulak mata ini terpandang satu longkang yang berada berhampiran taman permainan disini,fikir aku kalau kanak yang berimur 2 ke 3 tahun kabawah terjatuh sudah tentu tidak dapat naik sendiri sebab nampaknya begitu dalam jugak, dahlah begitu air juga turut bertakung dan yang paling kurang disenangi terdapat puluhan ribu jentik jentik nampak sihat membiak sebabnya airnya agak jernih,maklumlah hanya air hujan sahaja dan bukannya longkang yang bersambungan dari mana mana punca air.

Lalu fikiran ini melayang layang terkenangkan kesah lama yang sudah beberapa tahun berlalu,tatkala itu isteri saya kena "overhall" bersalin anak yang ke.....berapa ekk???maaf dah lupa dah,tak ingat  maklumlah anaknya ramai susah sikit nak ingat cumanya yang saya ingat isteri mengadu gadu katanya walaupun berada ditingkat 3 hospital tetapi nyamuk juga banyak dan bolih naik terbang keatas juga,jadi dia agak sukar untuk tidur lena ,eh..eh...ciyangnya.
Katanya (isteri) "apakah dihospital ini tidak dibuat semburan asap anti nyamuk? tanya dia pada saya,"bolih jadi dah lama tak buat lah tu,kata saya memberi jawapan macam profesor serba tahulah pulak .hee..he..he..."Tapi kat rumah kita baru sahaja disemburkan asap tu kan abang? tanya isteri.menyambung cakapnya." ya lah...asap masuk sampai kedalam kedai ketika pelangan tengah menjamu selera.Tapi yang abang peliknya mereka ini kadang kadang berkerja ikut musim,contohnya buat pemeriksaan jentik jentik dari rumah kerumah ketika musim hujan turun,musim kemarau haram tak datang pun,keh...keh...keh...(maaf batuk sikit) habis tu abang dah pergi bayar ke saman jentik jentik tu?banyak betullah tanya isteri aku ni," dah..jawab aku regkas.

Isnin, 31 Oktober 2011

selamat datang 1.1.11

(gambar hiasan berita)
salam hormat!
Sudah menjadi adat kelazaliman setiap pelangan atau pun pembeli lebih suka bersikap seperti ayam dilesung dengan mengutip apa yang jatuh tertumpah dan dapat makan dengan free tanpa bersusah payah melakukan apa apa dengan berkais terlebih dahulu sedangkan sebelum itu tuan empunya padi terpaksa berkerja keras untuk mendapatkan walaupun segengam padi,begitulah gambaran kesusahan dan kepayahan peniaga yang terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan lebih lebih lagi bagi seorang peniaga kedai makan.
Apa yang terhidang itu adalah satu kerja terakhir dimana sebelum itu pengusaha kedai makan perlu berurusan ataupun berurus niaga dengan peraih ataupun pekedai barangan runcit mahupun basah, jika barangan disini katakan dapat dibeli dengan harga seekor ayam dalam anggaran rm 20 kemudian bila diproses dan dikerat kerat 10 ke12 bahagian,satu bahagian kepak atau paha dijual dengan harga rm2 x 10 bahagian = rm 20 (baru betul betul balik modal harga ayam) jika dicampur congak dengan bahan kompenen lain untuk persiapan memasak seperti rempah,minyak, air dan upah serta pelbagai lagi maka cuba bayangkanlah sendiri dimanakah datangnya keuntungan tersebut,kalau berniaga tidak ada  untung adalah lebih baik dibuat kenduri sahaja,panggil ramai ramai pakat pakat berjamu kemudian baca doa selamat,berulah selamat dunia akhirat... begitukah?
ah...malaslah dan diulas panjang panjang tetapi satu cadangan jika hendak dijual murah juga daripada harga siling belian maka adalah dicadangkan supaya pehak pehak tertentu kenalah subsidikan contohnya jika harga ayam rm 20 maka hendaklah pehak pehak yang berkaitan tolong sponsorkan rm 10 ringgit supaya peniaga kedai makan tadi dapat membuat belian bahan mentah separuh harga dari harga pasaran semasa,apamacam ada berani?


Olih yang demikian bulan mesehi 2011 sudah hampir hendak melabuhkan tirainya ,esok tarikh hebat yang unik dan akan berjumpa satu abad sekali dalam hidup iaitu 1.1.11 jadi dengan itu diucapkan selamat menyambut kehadiran tarikh 1.1.11. berserta menyambut harga baru akhbar yang naik  20sen berserta dengan harga Gas memasak juga sebanyak 30sen..... keh... keh... keh...maaf  terbatuk sikit.....

tok ayah su-tersenyum mengenangkan nostalgia tarikh 10.10.10 ditahun lepas.....
Tweet.Pho.to - Share your photos on Twitter with a smart and appropriate URL shortener.

Rabu, 26 Oktober 2011

poket dan bajet....

salam hormat !

Kalau orang kata dasar pembelajaran dinegara Komunis memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya jadi samada kita bersetuju atau tidak polisi negara kita Malaysia sendiri pun mulai tahun depan murid murid sekolah akan mendapat pendidikan percuma juga (rujuk imej 2 intipati pembentangan Bajet untuk tahun 2012) tetapi persoalannya adakah ianya betul betul percuma atau sekadar hanya manis dibibir seumpama telunjuk lurus kelingking barkait. dan gimik semata? 
 (imej2)

Selasa, 18 Oktober 2011

Menjaga maklumat kerahsian peribadi

*#Sila tukar kesari bahasa yang anda fahami disini ===>  
http://translate.google.com.my/?hl=ms
Here are a few ways you might recognize these messages:
  • They ask you to provide your username and password or other personal information (e.g. Social Security number, bank account number, PIN number, credit card number, mother's maiden name, or birthday). Even if they appear to be from a legitimate source, or contain an official-looking webpage, be careful. Spammers often ask for this information in an attempt to steal your Gmail address, your money, your credit, or your identity.
  • You might see a warning from Gmail when you open one of these messages. These phishing alerts operate automatically, much like spam filtering. Gmail's spam filters automatically divert messages that are suspected of being unwanted messages into 'Spam'. Similarly, Gmail's phishing alerts automatically display warnings with messages we suspect are phishing attacks so you know to exercise caution before providing any personal information.
You should always be wary of any message that asks for your personal information, or messages that refer you to a webpage asking for personal information. One thing to be sure of: Google or Gmail will never ask you to provide this information in an email; if the message asking for it claims to be from us, don't believe it.
Here's what you can do to protect yourself and stop fraudsters:
  • Check the email address of the sender of the message by hovering your mouse cursor over the sender name and verifying that it matches the sender name.
  • Check whether the email was authenticated by the sending domain. Click on the 'show details' link in the right hand corner of the email, and make sure the domain1 you see next to the 'mailed-by' or 'signed-by' lines matches the sender's email address. For more information on email authentication, please visit our Email Authentication article.
  • Make sure the URL domain on the given page is correct, and click on any images and links to verify that you are directed to proper pages within the site. For example, the Gmail URL ishttp://mail.google.com/ or, for even more security, https://mail.google.com/. Although some links may appear to contain 'gmail.com,' you may be redirected to another site after entering such addresses into your browser.
  • Always look for the closed lock icon in the status bar at the bottom of your browser2 window whenever you enter any private information, including your password.
  • Check the message headers. The 'From:' field is easily manipulated to show a false sender name. Learn how to view headers.
  • If you're still uncertain, contact the organization from which the message appears to be sent. Don't use the reply address in the message, since it can be forged. Instead, visit the official website of the company in question, and find a different contact address.
  • If you enter your Google account or personal information as the result of a spoof or phishing message, take action quickly. Send a copy of the message header and the entire text of the message to the Federal Trade Commission at spam@uce.gov. If you entered credit card or bank account numbers, contact your financial institution. If you think you may be the victim of identity theft, contact your local police.
  • Gmail doesn't send unsolicited mass messages asking for passwords or personal information. If you think your Gmail address has been compromised or taken over, please click here so we can help resolve the issue as quickly as possible.
* If our system flags a message as phishing, but you've validated the source from which the message originated, click the down arrow next to Reply at the top-right of the message pane, and selectReport Not Phishing to let us know the message is legitimate. And if you receive a message that our phishing detection system doesn't pick up on, click Report Phishing to send a copy of the message to the Gmail Team.


example spam email:

Hi,
I have discovered an amazingly simple income system
that will allow you and anyone else to earn an incredible
income from home, just by using your computer and the
Internet.
Not only is the work incredibly simple, but its even
entertaining! For most days you only have to work for
around 1-2 hours.
* No building websites
* No gambling
* No selling products - in any way shape
* No Adsense 0r Advertising.
* No mailing lists
* No rebate processing
* No recruiting, Uplines Or downline members
* No chain letters
* No surveys, data entry or paid to read programs.

Please Click Here for more info.
 http://xxxxxxxx



or this more one example spam email:


Dear Friend,
This message might meet you in utmost surprise, however, it's just my urgent need for a foreign partner that made me to contact you for this transaction. I am a banker by profession and currently holding the post of the auditing and accounting unit manager of the Arab Libya development bank in Burkina Faso I have a transaction of ($41 million) Dollars.

Note / Every Financial institutions have been paralyzed in Libya at the moment if you indicate your full interest and willing to assist me move the fund to your destination Contact me with your information's so that we can proceed on the deal immediately.

This fund belongs to one of our deceased customer who died along with his entire family in the on going Civil War in Libya My proposal is to package and present you as next of kin as there is no suppose next of kin to this inheritance.

But i have some questions for you:- (1) Can you handle this project? (2) Can i give you this trust? (3) Can you provide any bank account you wish for this transaction? which is very important in this transaction and after the successful transfer we shall share in ratio of 40% for you and 60% for me.
I expect your urgent response should you be interested in this project and treat this business with utmost confidentiality and send me the following:
(1) Full names:.......
(2) Private phone number:.......
(3) Current residential address:........
(4) Occupation:.......
(5) Age and Sex:......

Thanks for your co-operations

mr.xxxxx
Tok ayah su-buat peringatan...

Isnin, 26 September 2011

Wacana 9/10 punca rezeki...(2)

(sekadar gambar hiasan berita)

salam hormat!
Semenjak dua menjak ni semakin hari semakin banyak perkara perkara yang muncul dan lahir secara segera,contohnya ada yang khawin dua tiga bulan tup tup sedar tak sedar sudah punnnn melahirkan anak,tapak khemah jamuan belum pun lagi hilang kesan tapak kaki para jemputan tetapi kedatangan orang baru sudah pun ada...alahai nauzubillah minta dijauhkan dan diselisihkan olih para malaikat 44 supaya tidak dipalitkan dengan perkara perkara yang tidak senonoh ini,kalau orang yang beragama islam sudah sah bolih disabitkan dibawah kanun jenayah syariah,apa tu? hudud ke apa ke benda...apa apa yang saya nak perkata itu tidaklah ada kaitan dengan sesiapa sama ada yang masih hidup atau pun yang sudah mati cuma apabila sekali sekala terbaca didalam akbar berita berita semacam ini,entah apa yang tidak kena jadi naik bulu roma dan seram sejuk pula badan ini dibuatnya.ahh..sebelum saya nak meleret (bukan nama kampung leret atau pangkal meleret) berjela keluar lari dari topik asal iaitu bagaimana hendak mencari punca 9/10  rezeki sebagaimana yang dimaksud olih hadith maka perlu diingat kurnian "anak" kepada pasangan keluarga pengantin baru juga merupakan satu rezeki pemberian dari Allah S.W.T juga,cuma pesan saya kepada anak cucu sendiri supaya janganlah diamalkan membuat "anak segera" kerana ianya amat dilarang olih agama dan juga dikutuk olih tuhan .Kalau ada yang sudah terlanjur tu maka rajin rajinlah buat taubat nasuha.

Itu baru bercakap soal  sosial kehidupan masyarakat,untuk memenuhi naluri tuntutan rohani pula setiap insan memerlukan pentarbiayahan dan juga motivasi,macam macam cara olahan ayat yang dibuat samada dipadankan dengan sudut kacamata agama atau pun dari fakta yang bersifat realiti .Manakala untuk sepadan dengan kehendak jasmani pula sudah tentulah soal pemakanan juga perlu diambil kira,yang penting halalan toyyiban.Bila bercakap soal makan dizaman ini kebanyakan dari kita sudah pun banyak beralih kepada corak pengambilan makanan "segera" siap.Dari situ timbullah jenama jenama segera seperti mee segera,roti canai segera,makanan ala barat  direstoran resroran segera seperti KFC,MacDonald dan pelbagai lagi. Apakah orang sekarang ini pemalas hendak menyediakan hidangan masakan sendiri atau olih sebab lain seperti faktor kesuntukan masa dan sebagainya? jawapannya terletak kepada individu itu sendirilah,tepuk dada tanyalah selera.Antara faktor lain pula ialah setelah munculnya perniagaan dialam maya,disebabkan kemudahan memesan diInternet dengan hanya secara tekan batton "sent" dihujung jari jadi ramailah para peniaga beralih ke kaedah ini pula dan para pelangan (orang ramai) juga mengambil peluang dengan kemudahan dengan  memesan produk kesukaan mereka secara sebegini.Para peniaga pula merasakan peluang mereka untuk memperolihi tempahan amat luas prespeknya dan tidak bersempadan.

Jesteru itu dipendekkan ceritanya saya juga ingin mengambil kesempatan disini untuk menunjukkan sedikit bakat mengukir wajah bergambar lukisan pencil yang diproses secara berkomputer, berbekalkan dengan sedikit minat dan bercampur hobi ini maka lahirlah wajah wajah contoh seperti ini:-



Walaupun saya tahu ada orang lain yang bolih dan mampu melakukan sendiri lukisan seperti itu namun diatas teknik "segera" seperti yang saya katakan tadi jadi saya telah mengambil sedikit langkah proaktif untuk menawarkan kepada sesiapa jua yang berminat untuk melakarkan wajah sendiri dalam bentuk lukisan sebegini sebagai untuk dibuat kenangan kenangan peribadi samada untuk simpanan mahu pun untuk dijadikan Picprofile dilamam laman sosial dan sebagainya.Jadi jika ada yang teringin untuk menempah, caranya ikutlah langkah demi langkah cara mudah ini:

1.Hantar gambar yang berkaitan dengan cara emailkan kealamat >  sri_adidah@yahoo.com.my
2.Nyatakan jumlah (Qty) yang dimahukan,Pesan saya, pastikan alamat email anda juga aktif
3.Seterusnya anda terangkan atau ajukan apa apa perkara yang berkaitan dengan mengunakan box pesanan ini:

Seterusnya anda akan mendapat respon dan juga keterangan selanjutnya dari pehak kami (admin).

tok ayah su-ingin kurangkan kontroversi dan mahu tingkatkan produktiviti.....

Rabu, 14 September 2011

Sekilas pandangan sejarah....



salam hormat!
Semalam sewaktu minum pagi disebuah gerai dipekan koboi hulu terengganu saya sempat berbual bual dengan seorang warga emas,namanya Seman bin Jusoh (bukan nama sebenar>gambar) berasal dari kg Lerek ulu Terengganu,usia beliau dalam lingkungan 70an dan sempat menempuhi kehidupan  tiga zaman iaitu diera Zaman penaklukan tentera Jepun,zaman Penjajahan orang putih British dan zaman kehidupan selepas 31 ogos 1957 hingga sekarang.


Walaupun kelihatannya beliau sudah berumur namun ingatannya masih jelas tentang apa yang berlaku pada waktu waktu yang disebut tadi,sebelum itu saya ingin menjelaskan kenapa saya panggil Pekan Koboi Hulu Terengganu?sebabnya adalah bukan hendak memperlekehkan akan pembanggunan yang ada disini,malah jika dipandang sekali arung (borong) sememangnya pekan ini nampak sudah hebat,yang jelas nampak paling ketara akan perubahannya ialah pembinaan pasar baru yang baru siap dibina dan telah dibuka kira kira sejak 3 bulan yang lalu dengan kos pembinaannya rm Juta juta ????,mengikut perhatian saya yang sudah banyak berjalan diserata pelusuk tanahaiar ini dimanakah ada ditempat lain sebuah pasar awam yang terdapat ada  tangga  bergerak sendiri untuk naik ketingkat atas tetapi disini ada...tidakkah hebat namanya tu?! lebih hebat jika hendak dibandingkan dengan pasar yang terdapat disebuah bandar besar seperti diKuala Terengganu sendiri.Namun disebalik kecanggihan perubahan itu masih ada lagi terdapat kekurangannya yang tersendiri seperti ketiadaan pasar raya besar atau mega,cawangan perBank kan pun tidak banyak pilihan,sistem pengangkutan awam untuk kekampung disekitar kawasan ulu Terengganu pun tidak ada, yang ada cuma kenderaan pengangkutan persendirian dan juga van prebet sapu, maka diatas sebab sebab itulah saya masih mengketegorikan sebagai pekan Koboi.Jangan mare...nanti kena jual...ha...ha..ha...
Bersambung...
Sambungan:.
Berbalik kepada kesah pakcik tadi,sebenarnya saya tidaklah mengenali keperibadian beliau secara langsung cuma hanya secara terkebetulan duduk minum semeja dan kenal hanya pada hari itu saja,namun demikian kalau kita rengan mulut untuk menyapa dan bersalam salaman insaallah perhubungan akan jadi cepat mesra dan saya rasa pakcik ini cukup senang hati dan ramah untuk dibuat teman bicara.Memulakan perbualan dalam tempoh singkat yang memakan masa hanya setengah jam,saya cuma mengorek sedikit rahsia kehidupan beliau selaku orang lama dan lebih tua dari saya sendiri, terfikir saya kalaulah ayah saya masih ada adakah beliau sebaya ini atau lebih tua dari itu, hu....hu...hu....sedihlah pulak.... .

Soalan pertama saya "pakcik duduk (tinggal) dimana?" katanya duduk diKg.Lerek dan mu pulok dok dimano? biasalah orang tua tua disini kalau bercakap sering mengunakan bahasa MU dan AKU dan sudah menjafi satu  tabiat kebiasaan malah bahasa perhubungan dengan ibubapa pun serupa juga,kalau disesetengah tempat misalnya diNegeri Kelantan pengunaan bahasa pangilan dengan MU dan AKU dianggap perbuatan tuturkata yang biadap namun disini amat berlainan budayanya dan sudah terbiasa dan lebih mesra begitu. Cuma saya kadang kala agak sukar untuk faham dengan ucapan dialek ulu nya itu sebagai contoh orang "cina" disebut bunyinya "cene" ,keretapi KL Monorel disebutnya "monoghel" ada idgham slem bunyi arab pun ada. Tapi kalau yang sebutan ayat ayatnya lebih pekat pekat kepelatannya saya sendiri pun sukar untuk memahami,cuma pakai angguk angguk je lah seolah olah kononnya saya bolih faham....ha...ha...ha....


Menyingkap  kesahnya ketika penjajahan Tentera Jepun,katanya kegarangan dan kezaliman tentera Jepun amat digeruni dan ditakuti,ada diantara orang kampung yang ditangkap olih Jepun terus dipenjara ditempat yang beralaskan pasir dan beratapkan langgit,jika ada yang cuba bersuara atau melawan terus dihentak dengan udi senjata ketengkok dan juga yang terbunuh malah makanan pun tiada,kebanyakkannya makan ubi kayu sajalah yang dijadikan pengalas perut..Berlainan pula diera Zaman Penjajahan British,diwaktu ini keadaannya agak lebih bebas malah orang kampung diberi peluang membuka tanah tanah pertanian dan dibahagi bahagikan dengan hanya  mengukur dengan lengkaran tali seluas  mana yang dimahukan akan tetapi akan dikenakan cukai atau bayaran sekadar belasan ringgit sahaja,walaupun begitu pada iitu duit amat sukar diperolihi,untuk membeli pakaian pun tidak ada duit apalah lagi hendak buat perkara lain,"kami pakai baju pun guna kain guni  (bekas beras/gandum) dan kadangkala tidak berbaju dan berkain pun,yang dipakai hanyanya segerap getah keping untuk menutup kemaluan,he...he...he...betul betul asli.


Saya cuba menjoloknya dengan mengemukakan soalan yang agak kontroversi "saya dengar ada orang kata pada itu ada anasir penentang dari parti kominis tetapi bertindak baik pada orang kampung,betul ke?" ini respon beliau.""aahhh....mengarut semua tu,terdapat satu keluarga diraja Terengganu yang tidak senang duduk kerana dikacau olih "cene kominis" dan lari kesini (didaerah Hulu Terengganu).Setahu aku dari apa yang aku dengar , ada perundingan dengan chin peng,tengku Abdul Rahman,lin kuan yu termasuk  ku li (tidak jelas,apakah yg dimaksudkan itu tengku Razaligh hamzah} telah berlangsung disingapura untuk menuntut kemerdekaan.Dan tokoh tokoh ini pun tidak tahu  dan masih kabur apa kah dimaksudkan dengan kemerdekaan yang hendak dituntut itu,lalu diterangkan olih orang putih bahawa mereka bersedia balik kenegara asal dan memberi atau menyerah kuasa kepada orang tempatan.Wah...bolih tahan jugak pengtahuan orang tua ni (fikir saya dalam hati) apa pun terpulanglah pada kita sama ada hendak menilai sendiri apa yang diperkatakan itu samada benar atau sebaliknya,saya cuma sekadar mencatat dari apa yang saya dengar terus dari mulutnya seorang orang lama yang banyak menempuhi zaman iaitu zaman penaklukan Jepun,zaman penjajahan Ingrish dan zaman kini....

tok ayah su-juga minat sejarah dan mendapat kepujian sabjek sejarah dizaman sekolah....merdeka...!merdeka... !merdeka....!



Rabu, 31 Ogos 2011

Pengalaman dihari raya aidil fitri

salam hormat !


Dipaparkan dari album gambar gambar kenangan disekitar hari raya dan majlis pertunangan anak perempuan dihari raya kedua,acara dibuat secara simple simple dan ala kadar saje,yang penting inti patinya bolih mencapai hajat dihati....diucapan ribuan terima kasih juga kepada sanak saudara dan rakan taulan yang sudi datang  membantu.Mudah mudahan berpanjangan jodoh pertemuan itu sampai kejinjang pelamin pulok..insaallah. 


tok ayah su-bersyukur diatas nikmat kurniaannya kerana telah melancarkan acara majlis dgn selamat...

Ahad, 28 Ogos 2011

Selamat hari raya Aidil Fitri


Salam hormat!
Alhamdulillah hari ini kita berada difasa terakhir dan dihari terakhir berada dibulan ramadhan untuk tahun ini,dan jika tiada apa apa halangan pada hari esok (selasa) maka kita akan merayakan hari kemenangan kita menunaikan apa yang difardhukan kepada setiap umat islam iaitu berpuasa sebulan dibulan ramadhan,jika difasa pertama kita dijanjikan mendapat rahmat,pada fasa kedua iaitu dipertengahan puasa pula kita ditawarkan ganjaran diampunkan dosa yang lalu dan difasa terakhir kita akan dilepaskan dari menerima azab seksa api neraka.. maka beruntunglah pada setiap orang yang beriman jika dapat menyempurnakan kesemua fasa yang dinyatakan tadi.


Disamping kita terlalu ghairah untuk merayakan hari kemenangan tersebut maka jangan pula kita terlupa akan keperitan dan kesusahan yang dialami olih saudara seagama kita samada dinegara kita sendiri ataupun negara luar seperti diSomalia yang dilanda kemarau dan menghadapi kedaifan hidup itu.Bagaimanapun dinegara dan ditempat tinggal kita sendiri tidaklah seteruk dari apa yang diperlihatkan walaupun keadaan ekonomi yang agak gawat dengan kenaikan harga barang namun rata ratanya masih bolih bertahan dan menghadapinya dengan sabar.


Walaupun pada tahun ini saya sendiri tidak pernah walaupun sekali menjejakkan kaki kebazar ramadhan disebabkan ingin berjimat cermat dan berhemah berbelanja akan tetapi saya dapat merasakan para aktiviti peniagaan kuih muih dan lauk paut dibazar ramadhan agak rancak berjalan.Disebabkan tumpuan orang ramai kebazar ramadahn jadi saya lihat perniagaan yang cambah ditepi jalanan ada yang kurang mendapat sambutan yang baik,ada yang tumbuh tak sampai seminggu terpaksa ditutup kerana perniagaan tidak laku atau tidak habis dijual,lantas modal jadi hagus dan mampus begitu sahaja. Apa nak buat lagi walaupun sudah berusaha dengan mengeluarkan modal tidak kurang juga sedikit,persiapan membeli kemah sementara juga berharga rm350.00.tidak termasuk harga sebuah meja pameran barangan jualan dan sebagainya jika dicampur tolak paling paling tidak bolih mencecah rm 1000.00 juga,belum dicampur dengan harga membeli baragan mentah,tetapi walhasilnya amat mendukacitakan.


Sebagai peniaga adakala terpaksa berdepan dengan cabaran cabaran dan dugaan yang berbagai bagai, nampak mudah tetapi tidaklah semudah yang disangkakan,bagi peniaga yang dapat bertahan dengan hasil jualan yang mengalakan maka kita syorkan jangan lupa untuk memberi sedikit sumbangan kepada insan insan yang memerlukan disamping itu yang paling penting jangan terlupa pula untuk membayar zakat fitrah.


Tok ayah su-ingin menhulurkan tangan salam kemaafan kepada sesiapa yng mengenali samada secara langsung atau tidak langsung akan diri ini dan selamat menyambut hari raya Aidil fitri,maaf zahir batin...

Sabtu, 20 Ogos 2011

kemalangan J/Raya dekat nak raya....

salam hormat!

Ape ke ceritanya yang bolih dikaitkan dengan gambar gambar ini..?.tunggu..... kerana butirannya akan menyusul kemudian berserta dengan banyak lagi tayangan bervideonya sekali,sudah tentu saspen dan ngeri juga....
 
 kerja kerja menyelamat sedang dilakukan olih anggota bomba

selepas usaha menyelamat dilakukan olih anggota bomba akhirnya mangsa berjaya dikeluarkan
-------------------------------------------------------------------
 ------------------------------------------------------------------

  (keratan akbar sebagai gambar hiasan bukti iaitu ini bukanlah  lakonan latihan tetapi satu kejadian yang betul benar berlaku)

terkini:
Pernah pada suatu hari raya dibeberapa tahun yang lalu khatib telah membaca khutbah sunat hari raya aidil fitri dengan membawa topik "Beri didikan pada anak anak",okeylah....pada saya bagus tu memanglah bagus akan topik itu dibaca pada makmum,namun demikian satu persoalan adakah ianya releven dengan suasana semasa,para makmum dipagi hari raya ramai terdiri daripada perantau perantau yang balik bercuti,jadi kesibukan jalanraya dan juga kemalangan lebih kerap berlaku,maka apa salahnya sebagai tanda ingat akan bahaya tersebut,tidakkah khutbah tersebut terlebih baik difokuskan kepada memberi peringatan agar sentiasa berhati hatilah ketika memandu dijalanraya? berbanding dengan khutbah yang membawa topik mendidik anak anak yang pada hemat saya bolih dibacakan pada siri siri khutbah dihari jumaaat.Khutbah hari raya adalah setahun sekali dan para perantau juga berpeluang mendengar khutbah dikampung juga hanya setahun sekali,jadi dikesempatan tersebut, adalah dicadangkan agar isi khutbah biarlah bersesuaian sedikit dengan keadaan semasa.sekian....saya mencadangkan!
 Tok ayah su-sering amalkan doa memandu didaratan....

Selasa, 16 Ogos 2011

Keunikan ramadhan almubarak disini....



Salam hormat!
Mungkin suasana sebegini tidak akan terjumpa ditempat lain tetapi disini ada sedikit kelainan,hampir pada setiap petang sudah menjadi satu kemestian dan agak tradisi juga pabila orang ramai datang berduyun membanjiri Dataran ShahBandar Kuala Kuala Terengganu bertujuan untuk berbuka puasa ,kawasan seluas mata memandang ini dengan dibayangi pokok pokok ru yang rendang ,meraka berkumpul mengikut kumpulan keluarga masing masing dari seusia kanak kanak sehinggalah keperingkat warga emas pun turut kelihatan, selain itu terdapat juga pemuda pemudi yang berpakaian uniform kerja,agaknya pekerja kilang ataupun pekerja digedung gedung perniagaan berdekatan.


Selain daripada kemudahan bazar ramadhan berdekatan yang ada menjual pelbagai juadah berbuka ada juga yang memang sengaja membawa bekal bermangkuk tingkat dan tikar lapik duduk selain dari dilapik dengan kertas surat khabar lama.,kemudahan air paip percuma untuk kemudahan membasuh tangan juga terdapat disini,pendek kata memang meriahlah seumpama suasana perkelahan satu keluaga besar,bukan berpuluh malah beratus ratus orang ada setiap hari silih berganti.berbuka sambil bersantai santai disini.


Selepas berbuka ada juga yang pergi kesurau berdekatan untuk menunaikan sembahyang maghrib,Dan ada juga yang datang bertujuan untuk mengambil kesempatan selepas itu untuk berbeli belah digedung pakaian berhampiran mahupun dibazar pakaian yang dibina olih Majlis Perbandaran KT,pelbagai mok nenek ada dijual sini khusus untuk keperluan persiapan menyambut hari raya.Jika dah leka membeli belah sudah tentu sembahyang terawikh pada malam itu terpaksa mereka ponteng,he...he...he....


Cuma yang menjadi tanda tanya,kemanakah mereka ini akan lari mencari perlindungan jikalah tiba tiba hujan datang,tapi tak juga saya berkesempatan untuk melihat kelagat demikian sebelum ini.Agaknya mereka ini sudah pakar untuk mengakaji cuaca kot?Haa...itulah istimewanya disini dan tidak pernah juga saya melihat suasana unik sebegini terdapat dilain tempat dimana mana jua sekali pun,satu tempat lagi mungkin sama iaitu diPantai Batu Buruk,Sebenarnya kedua dua tempat ini saya rasa tarikan utamanya ialah dek kerana keheningan petang dengan tiupan segar olih angin laut cina selatan yang bertiup sepoi sepoi bahasa itu....Anda akan rasa rugi jika tidak turut sama datang bagi melalui sendiri pengalaman sebegini,apamacam ada berani?


Tok ayah su-hendak mengucapkan selamat menyambut hari nuzul qur"an....sama samalah kita mengambil sedikit faedah dengan membaca sepatah dua ayat ayat suci alqur"an tersebut.....amim!

Sabtu, 13 Ogos 2011

Wacana 9/10 punca rezeki.....(3)

Salam hormat!

Saya seorang pembantu/promoter kedai makan yang diusahakan olih isteri,saya dan isteri buat kerja tolong menolong secara bergotong royong, kami berdua seling perlu memerlukan,maknanya kalau salah seorang tidak ada atau pun keuzuran maka perniagaan itu pun tidaklah dapat berjalan dengan lancar,jika hendak diharapkan kepada pekerja, emm...faham fahamlah sendiri....mungkin saya akan ulas dilain kali soal perangai dan tingkah laku pekerja ini.
Kami memulakan perniagaan ini diusia yang agak lewat iaitu ketika umur sudah berusia 40 tahun, Pejam celik pejam celik kami kini sudah pun menjalankan perniagaan ini sudah hampir 12 tahun lebih, jadi anda bolih kira sendiri berapa umur saya kini tetapi umur isteri lebih muda sedikit daripada saya.Dalam usia yang sudah mencecah umur yang dikatakan veteren (bukan vaterina eik..) dan separuh abad ini sudah tentu pergerakan saya agak lebih terbatas,sedangkan perniagaan kedai makan memerlukan tenaga dan stamina empat kerat yang gagah untuk bergerak kesana kemari,jika tidak bergerak pun saya terpaksa berdiri untuk menebar roti canai,paling paling koman pun untuk menyiapkan seratus biji roti memerlukan saya terpaksa berdiri dimeja roti dengan memakan masa 2 ke 3 jam,jika dulu dulu tidaklah jadi masaallah,dalam senyuman pun bolih siap tetapi kini muka naik berkerut kerana terpaksa menahan rasa sakit lutut dan lengoh lengoh.
Agak agak sayalah, ini semua adalah kesan kerja berat saya semasa didalam perkhidmatan Tentera dahulu, sebelum itu biar saya heret sedikit kesahnya,Semasa didalam perkhidmatan tentera bolih dikatakan 1/3 dari tugas saya tertumpu  dipadang kawad untuk aktiviti berkawad dan juga larian jasmani.Tugas seperti ini untuk sesetengah orang ada yang terkena penyakit buasir,terkeluar dubur dan sesetengahnya pula kepala lutut habis gris hilang lemak dan bergesel tulang hingga bolih terdengar bunyi kelekut kelekat bila membengkok ....ha...ha....ha....


Walau bagaimana pun saya tidaklah menyesal kerana telah memilih tentera sebagai kerjaya sebaliknya kini saya telah bolih berbangga sebab setidak tidaknya apabila ada orang berkata usah bertanya apakah sumbangan negara pada engkau tetapi tanyalah apakah khidmat yang engkau beri pada negara?.maka saya bolih berkata saya sudah pun melaksanakan khidmat pada negara dengan memikul senjata melawan anasir komunis dan bla....bla...bla....
Apa pun bukan topik ini sebenar yang hendak saya tulis,bukan saya hendak bercerita tentang kesah silam,saya cuma hendak mengajak pembaca menyelami dunia perniagaan,mungkin lain orang lain pendekatan dan caranya,sebagaimana saya katakan tadi disebabkan faktor umur jugalah saya mahu beralih dan memilih perniagaan melalui online diInternet, kerana dengan  berniaga secara begini pergerakkannya agak kurang maka sedikit sebanyak dapatlah merengankan disegi keupayaan tenaga,tetapi apakah perniagaan yang dimaksudkan,agak sukar juga hendak memilihnya kerana kebanyakkan dari promoter produk mengatakan perniagaan merekalah yang terbaik,namun saya ada cara sendiri untuk memilihnya,jadi apakah perniagaan itu?haa ini dia....
Kenapa saya memilih bisnes dari syarikat ini? apakah kelebihannya?jawapan secara rengasnya begini:
PERTAMA:Tidak perlu simpan stok tetapi bolih "standby guna" pada bila bila masa yang diperlukan kerana produknya merupakan tapak website iaitu sebuah kedai dialam cyber serta tidak ada tarikh luput.
KEDUA:Harganya berpatutan,hanya $10(rm36)/bln, jika bernasib baik bolih guna free sbb rakan baru anda yang akan tolong topupkan untuk bulan kedua dan seterusnya....
KETIGA:Terbukti ramai yang telah dapat menghasilkan pendapatan sejak syarikat ini beroperasi lebih dari sepuloh tahun lalu.(nanti saya akan copy paste nama nama mereka itu kemudian)
KEEMPAT:Ada replika web promosi dan auto responder serta banyak lagi...dan lagi...dan lagi...dan lagi....yang penting jangan ditunggu tunggu lagi ! segera klik link ini>

http://www.WebSite.ws/maha58/http://www.WebSite.ws/maha58/

                             (Dipetik dari:http://automlmanda.ws/)

 
Tok ayah su-mengajak sesiapa yang berminat untuk menyertai dan akan saya bantu beri tunjuk ajar....

Sabtu, 6 Ogos 2011

tazkirah ramadhan


salam hormat!

3 ketegori jenis atau sifat manusia muslim yang beramal dibulan ramadhan ini,PERTAMA-beramal penuh adab dan tatasusila yang digariskan olih agama dan beramal kerana Allah S.W.T,ketegori KEDUA-Beramal kerana ikut ikutan tanpa ilmu dan mahu dilihat olih orang supaya berolih pujian dari manusia,manakala ketegori KETIGA-Tidak sensitif dan langsung tidak mempunyai perasaan samada dibulan puasa mahupun pada bulan bulan biasa tabiatnya tetap sama,begitulah bunyinya sedikit tazkhirah semasa ketika solat terawikh dari Ust (DIN) pada kira kira malam kelima puasa baru baru ini,untuk butiran selanjutnya kenalah tunggu akan sambungan nya.....
sambungan:
Adapun ke tiga tiga ketegori yang dikatakan diatas adalah merupakan pendapat peribadi olih ustaz (Din) berdasarkan pemerhatiannya. Jelasnya ketegori pertama yang dimaksudkan itu tidaklah bolih dipertikaikan lagi kerana keiklasannya dapat dilihat dengan jelas olih mata kasar mahu  pun olih mata hati kita akan kesungguhan golongan ini beribadat  semata mata kerana menyahut perintah Allah S.W.T.

Manakala golongan kedua bermaksud hanya berlebih kurang sahaja dalam melaksanakan ibadat puasa seolah olah hanya menjalankan amalan adat bukan ibadat,kerana tengokkan orang lain berpuasa jadi diikut ikut sama berpuasa,dan dibimbangkan juga takut takut nanti termasuk dalam golongan apa yang disabdakan olih Rasulallah "tidak mendapat apa apa pahala bagi orang yang berpuasa melainkan lapar dan dahaga".

Ketegori ketiga lah yang amat berat  nanang sebabnya golongan ini tidak langsung mengambil kesah,bulan puasa ke atau bulan biasa pada anggapannya tetap sama tidak ada bezanya,setiap perangai dan kelakuan yang dibuat pada bulan tidak puasa akan diteruskan, contohnya jika orang lain berduyun duyun datang kemasjid untuk tunai solat sunat Terawikh maka dia tetap duduk lepak lepak didepan TV atau dimana mana kedai kopi sebagaimana lazimnya di lakukan sebelum itu.


Cumanya mungkin tidaklah seteruk sebagaimana yang pernah dilihatnya ketika berkunjung kesatu tempat perkelahan airterjun Sekayu baru baru ini.Pada hari itu walaupun hari Jumaat tetapi dilihatnya satu kelompok kumpulan manusia telah membuat satu aktiviti hari keluarga sambil bermandi manda disana.Beliau bergegas balik apabila dilihat masa hampir tengah hari untuk mencari masjid bagi menunaikan solat jumaat,tapi kumpulan tadi nampaknya seperti tidak mahu berganjak,tetap asyik dan leka dengan tidak memperduli kan masa sembahyang berjumaat,katanya...seperti kelihatan menyesali perbuatan orang melayu pada hari Jumaat itu.


Tok ayah su- percaya pada hadith yang menyebut '"sesiapa yang meninggalkan solat jumaat sebanyak tiga kali berturut turut dengan niat untuk meremehkannya maka Allah akan menjadikannya satu tabiat",maknanya jika sekali masih bolih dimaafkan !

Ahad, 31 Julai 2011

Mengelak Dengki bukan denggi....

salam hormat!

Mengikut kelendar islam selepas tamat waktu fajar atau setibanya waktu magrib maka masa pada hari tersebut telah bertukar hari,Jika hari ini Ahad maknanya telah bertukar menjadi hari Isnin,kerana itulah Sembahyang Terawikh pertama dimulakan pada malam yang diistiharkan masuknya bulan Ramadahan kira kira selepas waktu magrib,biar pun puasa belum lagi mula pada siang hari esoknya tetapi sembahyang terawikh telah bolih dilaksanakan,berbeza dengan bulan Masehi atau bulan orang putih,peralihan masa dan hari dikira setelah selepas masuk jam 12 tengah malam.

Begitulah bunyi kuliah ataupun tazkirah yang disampai olih Ustaz pada malam tadi sempena menyambut malam pertama mengerjakan ibadat sembahyang terawikh dimasjid.Menurutnya lagi rebutlah peluang untuk membuat sebanyak mana amalan ibadat yang termampu dibulan Ramadhan ini kerana setiap amalan sunat akan diberi pahala sama seperti membuat amalan yang wajib,dan jika membuat amalan yang wajib pula ganjaran pahalanya akan dilipat kali gandakan sebanyak 700 kali ganda.Dan kepada sesiapa yang memberi makan untuk orang orang yang puasa berbuka puasa maka pahalanya pula dikira akan dapat sama banyak dengan orang berpuasa, malah kepada orang yang puasa itu tetap tidak dikurangkan pahala puasanya.

Terlalu baik saranan agama tersebut dan banyak sungguh kelebihan yang ada dibulan Ramadhan ini,namun begitu amatlah malang jika wang yang didermakan kemasjid untuk tujuan memberi atau menyediakan makanan itu dikomersialkan dan beri tender kontrak sebulan kepada mana mana pehak sebagai kattering untuk tujuan penyediaan makanan berbuka pada tiap tiap hari tanpa miss.kerana niat yang tersirat sudah tersasar dan bolih memberi keuntungan matterial hanya kepada individu tertentu sahaja.


Seorang ahli qariah masjid agak terkejut apabila salah seorang Ajk masjid mengumumkan bahawa masjid ini akan mengadakan majlis berbuka puasa pada setiap petang bermula pada hari puasa pertama sehingga kehari terakhir puasa.Lalu ditanya olih ahli qoriah tadi "apakah majlis berbuaka puasa itu akan dibuat pada tiap tiap hari?" kemudian dijawab olih AJK masjid tadi "ya....majlis berbuka akan dibuat pada tiap hari,antara tujuannya kita mahu orang meramaikan masjid ini datang bersembahyang magrib,selepas berbuka kita jemput sembahyang magrib sekali kemudianya.Wah...bagus sungguh hasrat itu dan tidak pernah sepanjang hayat hidup saya mendengar atau melihat ada mana masjid yang sanggup melaksanakan majlis berbuaka ini hampir setiap hari.Kalau nak dibuat bolih tetapi terlalu banyak masaallah sampingan lain antaranya untuk mendapat kerjasama ahli qoriah datang bergotong royong bagi kerja masak memasak,basuh membasuh dan lain lain  terkecualilah jika segala persiapan sebelum atau selepas berbuaka itu diupah.dengan kata lain guna khidmat katering adalah lebih mudah.Jika diupah sudah tentu ada pehak yang akan dapat mengaut keuntungan material secara senyap,jadi harap harap janganlah pula kita berdengki jika selepas habis ramadhan nanti ada orang yang akan kita nampak bergaya dengan kenderaan baru.
bersambung...
Sambungan :
Maka diteruskan lagi malam berikutnya memberi tazkhirah dengan membaca ayat yang bermaksud "Wahai orang orang beriman,telah difardhukan keatas kamu supaya berpuasa sebagaimana diwajibkan pada kaum yang terdahulu dan diwajibkan menjalankan hukuman qisas....(hingga akhir ayat),perlu difahamkan ayat tersebut menyebut wahai orang orang beriman, ini bermakna ianya ditujukan khusus kepada orang orang beriman sahaja.Jadi siapakah orang beriman yang dimaksudkan itu?Yang dikatakan beriman ialah mereka yang bertaqwa  dengan membuat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang olih Allah S.W.T.Dengan kata lain mereka inilah yang dikatakan khalifah yang mahu melihat urusan hidup didunia ini perlu ditadbir mengikut kehendak agama.Jesteru itu cuba perhatikan urusan pentadbiran negara Malaysia ini telah menepati apa yang disarankan olih agama.Sebagai contoh pusat perjudian terbesar diAsia pun berada disini.Urusan Muamalah yang digunakan olih intitiusi keuwangan (BANK) masih mengunakan sistem riba" dan banyak lagi.....

                                          (Gambar hiasan)

Sebelum saya hendak teruskan menulis,ada baiknya saya membuat satu cadangan,kepada sesiapa yang hendak membeli rumah atau pun kenderaan tak payahlah kita pinjam meminjam,sebaliknya kita minta sahaja derma  atau kepada sesiapa yang mempunyai banyak kenderaan tu bolihlah hulur hulurkan sebuah secara percuma. Bersedekah juga tu namanya. Dan ingatlah sesungguhnya antara amalan baik yang ditinggalkan selepas mati ialah sedekah jariah,ilmu yang bolih dimenafaatkan dan anak yang solih....Antara cadangan kedua saya ialah selain beri nasihat agama rasanya tidaklah salah rasanya jika ditunjukkan sekali bagaimanakah caranya hendak menambahkan rezeki, mudah mudahan  dengan sedikit limpahan rezeki dari tunjuk ajar tadi dapatlah pula mereka menjadi seorang pemberi zakat pula dan bukan sebaliknya.


Tok ayah su-Tengah belajar belajar nak buat skrip drama kehidupan masyarakat....

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan