arkib

Jumaat, 31 Disember 2010

Membuka tirai 2011...

AlFadhil Ust Razki begitu khusyuk meneliti intipati kandungan dalam http://berkatilah.blogspot.com
Jawatan kuasa MTD begitu komited menghimpunkan dana infaq fisabilillah melalui "bumbo fund"

Tok ayah su-masih belum bangkrap idea sebab mengamalkan sikap "back to basic"....

Selasa, 28 Disember 2010

Kenangan dihujung tahun 2010....


tok ayah su-penutup kenangan hujung tahun 2010 dengan rasa sedikit pilu kerana pemergian tok Da saudara yang telah kembali kerahmatullah kira kira beberapa hari yang lalu....alfatihah !

Khamis, 23 Disember 2010

pada pendapat saya...


salam hormat !

Pakar kaunseling dalam sebuah buku "Pembentukan Keluarga Muslim Sejahtera Bahagia" mencatatkan beberapa kaedah teknik pendidikan mengikut tahap umur seseorang kanak kanak antaranya:

1.Tahap 7 tahun pertama iaitu dari 1 tahun hingga tujuh ke 7,anak anak perlu dibelai,didekati dan diberi kasih sayang serta diajar dalam perkara asas agama iaitu bab Fardu Ain.

2.Tahap 7 tahun kedua iaitu dari tahun 7 hingga ke 14,didik dan latihlah mereka menegenai tangungjawab menunaiakan solat,jika engkar pukullah sekadar merotan sebagaimana yang disaran olih nabi apabila genap masuk umur ke10 tahun atau sudah masuk petanda umur baligh iaitu datang darah haid bagi perempuan.

3.Tahap ketiga dari umur 14-21 tahun,dekatilah seumpama kawan yang bolih berkongsi citarasa mahupun minat dan juga mengenali isihati yang tersirat termasuklah menyelesaikan sebarang permasaallahan mereka jika ada.

4.tahap keempat iaitu dari umur 21 tahun keatas-mereka perlu diiktiraf sebagai orang dewasa dan dijadikan rakan berbincang untuk membuat sebarang keputusan.

Maka kerana itu hindarilah mereka (kanak kanak itu) dari perasan takut dan menakutkan, contohnya bagi kanak kanak lelaki yang sudah masuk umur genap 10 tahun keatas tetapi ditakutkan untuk bersunat atau berkhatan,namun demikian jika umur ditahap itu kebiasaannya batang zakar kanak kanak lelaki tidak lagi lepas takuk pergelangan kepala zakar,jika dipaksa paksakan supaya terleceh sudah tentu akan menimbulkan kesakitan sekaligus akan menyakitkan, tidakkah ini dikatakan menimbulan kepada timbulnya perasaan takut? lebih malang lagi jika dipaksa untuk dikhatankan juga dengan keadaan kulit zakat tidak terleceh dari takuk,infaqnya apabila sembuh nanti pasti akan ada "kulit terlebih" sekaligus akan menutupi celah celah takuk dan akan dibimbangi tumbuhnya tahi tahi kulup/kulat yang mengkotorkan lalu tidak pula suci untuk dibawa bersolat,maka kerana itu mereka yang amat perihatin dengan kebersihan diri pasti akan bersunat untuk kali kedua bagi membuang kulit zakar yang terlebih tadi supaya ianya dijamin bersih dan mudah dibersihkan.

Ada juga pehak yang cuba menokak tambah kononnya bersunat diusia semuda 10 tahun adalah saranan dari sunah nabi,jadi pada pendapat saya,biarlah saya kilaf dalam soal ini kerana saya melihat banyak keburukkan yang akan timbul terkemudian hari,untuk sebaik baiknya lihat dan tanyalah pada anak anak anda adakah "kulit zakar di kepala takuk sudah terleceh ataupun belum'? jika belum biarkan dia berusaha sendiri secara perlahan lahan melepaskan lecehan kulit kepala zakar tersebut kemudian bersedialah untuk dikhatan atau disunatkan.Dan janganlah hendaknya kerana kita hanya melihat dari sudut meterial seorang satu kepala yang berkhatan maka MTD akan dapat rm60 atau rm 80 seorang sebagai upah....

tok ayah su-bersunat ketika berumur 12 tahun....

Ahad, 19 Disember 2010

Merakamkan ucapan....

salam hormat!
Kepada pengunjung setia blog ini sudah tentu tertunggu tunggu kenapa dan mengapakah artikel ini tidak dan lambat dikemas kinikan ? entahlah...saya sendiri pun tidak dapat memberi jawapan yang tepat,seperti mana biasa saya hanya akan menulis mengikut mood dan juga mengikut kesesuaian masa terluang,kerana saya tidak terikat dengan tempoh masa tertentu untuk menyiapkan sesuatu penulisan,segalanya diatur dibawah pengurusan masa sendiri tambahan pula saya masih ada kewajiban lain yang perlu diutamakan,pada saya berblog hanya sebagai satu hobi yang bolih menyegarkan aura kesihatan agar tidak terus membeku disegi pemikiran kerana ia mampu membuka minda kehala tuju yang lebih kreatif dan produktif.

Untuk menjawab persolaan majlis apakah dan apakah kaitannya dengan gambar gambar yang dipaparkan diatas maka perlulah rasanya saya memperjelaskan terlebih dahulu apakah ada kaitannya dengan saya?Bukan niat hendak bermegah dan bukan juga hendak menunjuk nunjuk,cuma sekadar hendak merakamkan harapan dan ucapan terima kasih terutamanya kepada para penghuni Taman Cheras Jaya KL berserta tuan imam masjid berdekatan berserta para qoriahnya yang telah turut sama sudi datang menjayakan satu majlis yang saya namakan majlis solat hajat kesyukuran dan doa selamat.Saya berserta isteri nun jauh diTerengganu sana telah datang kesini setelah diberikan rezeki olih Allah S.W.T,rezeki yang dimaksudkan ialah untuk menghuni sebuah rumah berkos sederhana yang dibeli olih ibunya untuk didiami bersama cucu sulung dan suaminya.Rezeki ini juga bolih dianggap sebagai tuah cucu sulung kerana bertepatan sekali dengan tarikh kelahirannya iaitu 10 haribulan, nombor rumahnya 10 dan nombor jalannya juga 10, ini bukan perancangan awal tetapi sememangnya terkebetulan,alhamdulillah...
Ketika berada disini beberapa hari,sempat juga saya datang bersolat jamaah dimasjid berdekatan yang jaraknya tidak sampai pun 300 meter dari rumah,sebelum tiba kepintu masjid terlebih dahulu saya perlu melintasi sebuah bangunanan rumah yang telah diubah suai untuk dijadikan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).Saya dapati dua pintu (2 rumah) telah digabungkan menjadi satu dikhususkan khas untuk kemudahan pendidikkan anak anak PASTI ini.
Sementara itu walaupun masjid ini bolih dikatakan berada disatu kawasan kesibukan warga kota berkerja namun demikian setiap waktu solat para jemaahnya tidak kurang ada dua saf atau lebih kurang 20 ke 30 orang tidak termasuk jamaah perempuan, juga disetiap kali selepas solat maqrib akan diisi masa dengan program kuliah agama sehinggalah menjelang masuknya waktu sembahyang isyak,antara intipati kuliah yang saya masih ingat ialah berkenaan dengan pembahagian harta pusaka dan juga harta yang diwakafkan....wajib dan sunat bersolat,bila dan ketika mana? perempuan mempunyai 10 nafsu satu akal manakala lelaki 10 akal satu nafsu,jika digabungkan (khawin) akan jadi seimbang...10-10.
Harapan saya ialah agar penghuni lama dtaman ini sudilah kira menerima seadanya keluarga saya itu dan seandainya terdapat kekurangan maka saya mohon pakat pakat tolong menolonglah menasihati akan mereka, almaklumlah bab kata pantun melayu "buah cempedak diluar pagar,ambil galah tolong jolokkan, anak muda baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan..."
tok ayah su-terkenang nostalgia 8Oan, pernah menghantar moksu berkerja kilang disini....

Khamis, 16 Disember 2010

Rabu, 15 Disember 2010

Pengetahuan Am (8)

(Gambar hiasan)


tok ayah su-tengah tinjau untuk tempatkan dimana anak lepasan SPM mahu meneruskan pelajarannya...

Isnin, 13 Disember 2010

Ahad, 12 Disember 2010

Pengetahuan Am (6)


tok ayah su-teringat pepatah melayu "mati semut kerana gula....mati kuman kerana suhu..."

Sabtu, 11 Disember 2010

Pengetahuan Agama Islam (4)





tok ayah su- Bermuhasabah dengan pepatah melayu "buat baik berpada pada...buat jahat jangan sekali...."

Jumaat, 10 Disember 2010

Peng-ekor khabar anda (peka)

Tok ayah su-juga sering memantau dan mengawasi mutu kebersihan makanan diwarung mok su...

Khamis, 9 Disember 2010

Pengetahuan Agama Islam (3)


tok ayah su-Bermuhasabah dengan sering ingat pepatah 'jika mendonggak kelangit jangan lupa rumput dibumi...."

Selasa, 7 Disember 2010

Isnin, 6 Disember 2010

Sabtu, 4 Disember 2010

Pengetahuan Am (3) mesti baca..


(klik imej jika nak tahu bentuk pemerintahan edeologi komunis)

tok ayah su-adakalanya buat "homework" dulu sebelum menulis ....

Pengetahuan Am (2)

tok ayah su-Untuk buat pengetahuan dan garis panduan......

Jumaat, 3 Disember 2010

Selasa, 30 November 2010

risalah warta rakyat (riwayat)



salam hormat !

Kata orang jika mahu sesuatu pembangunan dalam sesuatu kawasan tersebut maka yang perlu dilakukan olih rakyat biasa ialah jangan bersikap terlalu jumud iaitu statik atau tetap dengan hanya satu pendirian pimpinan sahaja kerana setiap pimpinan ada misinya yang tersendiri untuk menarik penyokongnya,bagi seorang orpotunis pasti akan berubah berubah pendirian terkecualilah jika seseorang itu memang pejuang parti politik sudah pasti ia akan tetap dengan istiqomah (optimiss) dengan parti politik sanjungannya.

akan bersambung....
sambungan...
Sebenarnya saya ingin berkongsi cerita sedikit,kira kira beberapa bulan lalu salah seorang saudara saya telah menyatakan kelu kesah berkenaan tanah warisan pusaka yang sekangkang kera diatas namanya itu dengan katanya jika hendak dibahagi bahagikan dengan jumlah anaknya yang ramai itu sudah tentu keluasan tanah tersebut akan menjadi lebih kecil dan tidak muat pun untuk sebuah rumah jika dipecah pecah menjadi lot rumah kediaman.Jadi katanya adalah terlebih baik dijualkan sahaja,tetapi perasaannya juga berbelah bagi kerana masih sayang sebabnya nanti akan terputuslah nasaq pahala sedekah pusaka kerana harta pusaka juga hampir sama kaedah tanah wakaf yang diberi milik olih tuan empunya kepada sesiapa selain daripada darah daging sendiri.
Olih kerana itu saya cuba menasihati beliau,jika benar benar sayang janganlah dijual sebaliknya tanah sempit itu masih bolih dibahagi bahagikan kepada anak anaknya dengan cara membina bangunan kediaman setinggi 100 tingkat ,sebenarnya cadangan saya itu pada mualanya dianggap satu gurauan main main sahaja ,akan tetapi apabila beliau terbaca berita bahawa bangunan warisan 100 tingkat yang akan dibina olih kerajaan lalu beliau juga memasang angan angan untuk tidak jadi menjualkannya dan akan mengikut contoh untuk membina bangunan bertingkat tingkat juga bagi anak anak cucu buat peninggalan warisannya pada masa hadapan kelak.
tok ayah su-Terbayang akan kesusahan arwah ayahda meneroka tanah hutan di "fajar bumi permata...."

Ahad, 28 November 2010

Politik:Ketuanan melayu atau ketuanan rakyat?


Salam hormat !
Jia hendak diulas berhubung dengan isu ini maka saya kira ianya memerlukan sokongan beberapa fakta berkaitan dengan perlembagaan negara,saya bukanlah orang yang terlalu arif untuk menulis tentang perihal tajuk namun demikian berdasarkan beberapa hasil buku teks bacaan yang pernah dibaca berkhususan dengan pengajian Am berhubung dengan dasar dasar kenegaraan Malaysia jadi sebagai kesimpulan dari apa intipati yang dibaca adalah lebih baik saya perturunkan sedikit untuk dibuat sebagai rujukan kepada artikel saya pada kali ini.
Suhu iklim politik yang agak lembap telah bisa digodak gelegakkan olih satu kenyataan yang semua orang sudah sedia maklum dan menganggapnya begitu sensitif untuk dibicarakan secara terbuka iaitu soal "Ketuanan Melayu".Olih sebab itu kita lihat rata rata orang telah memperkatakan disegenap tempat khususnya diwarung warung kopi kepunyaaan orang melayu.Jika premis perniagaan pun ada tuan empunya,jadi apakah bangsa Melayu juga perlu berTUAN? Bila sebut "tuan" sudah tentu kena ada jugalah "kuli"nya atau dalam bahasa manisnya ialah "pekerja" kepada "tuan"nya.
Wajib tinggalkan ketuanan melayu dan gantikan dengan ketuanan rakyat? Itulah topik dan itulah isunya.... apapun saya juga ingin bertanya siapakah melayu itu dan siapakah pula rakyat? Jika merujuk kepada perkara 60 perlembagaan negara telah mengtakrifkan orang melayu itu :
1(satu) Berketurunan darah melayu .
2(dua) Menganut agama Islam.
3(tiga) Bertutur dengan loghat bahasa melayu.
4(empat) mengamal adat istiadat melayu.
5(lima) Dilahirkan diPerseketuan dan jika diSingapura sebelum tarikh kemerdekaan.
Siapa pula Rakyat? Merujuk kepada takrif kelayakan Kewarganagaraan adalah rakyat,apa syarat kelayakkan yang dimaksudkan? maaf,akan bersambung lagi......
Sambungan...
Terdapat banyak kaedah atau cara bagi memenuhi syarat untuk melayakkan menjadi seorang warga negara,antaranya mengikut undang undang terjadi sendiri atau dengan izin Outomatik dengan cara tidak perlu memohon malah hanya sekadar melapurkan sahaja akana kelahiran dengan syarat kretiria berikut:
1. Dilahirkan antara hari merdeka 1957 hingga Oktober 1962 dalam persekutuan (berasaskan jus soli)
2.Dilahirkan selepas bulan oktober 1962 diPersekutuan,ibubapa atau warga negra atau pemastautin tetap (status penduduk tetap yang tidak memiliki kewarganagaraan mana mana negara).
3.Pemastautin Sabah dan Serawak yang berdaftar dengan kerajaan British dibawah jajahan British.
4.Individu yang telah diterima menjadi warga negra perseketuan tahun 1948.
5.Bagi yang lahir pada atau selepas Hari merdeka diluar persekutuan (dengan syarat syarat tertentu)
dan banyak lagi yang tidak dapat saya tulis kesemuanya disini.
Orang atau mereka mereka yang telah diktiraf sebagai warga negara (tanpa mengira bangsa keturunan) itu adalah dikatakan rakyat iaitu rakyat Negara Malaysia.
Adapun maksud hak hak rakyat mahupun melayu itu sudah termaktub didalam Perlembagaan (mengikut pecahan para tertentu) sudah terjamin jika tidak bertentangan didalam peruntukan perundangan seperti dalam bab para "Kebasaan Asasi" yang antara lain menyebut setiap warga negara tidak bolih didisminasikan dari segi mendapat hak contohnya hidup mengamalkan kepercayaan agama kaum masing masing tetapi dilarang menyebarkan kepercayaan agama tersebut kecuali agama islam.Mendaftarkan kelahiran keturunan dengan tempat.Pemilikan harta,hak berhimpun secara aman,menubuh dan menyertai pertubuhan atau persatuan,hak kebebasan bersuara tanpa mempersoalkan perkara sensitiviti umpamanya jaminan hak keistimewaan orang melayu/bumiputra, bahasa melayu termasuklah kedaulatan raja raja melayu,jika tidak dipatuhi maka undang menyebut bolih seseorang itu disabitkan dengan kesalahan dibawah Akta Hasutan 1948 (1971) yang berkaitan.
Berbalik kepada topik,kaedah parti PKR mengadakan pemilihan pimpinan melalui konsep satu(1) ahli satu(1) undi adalah dianggap tepat,kerana dengan cara ini barulah benar benar dikatakan pemilihan dibuat dengan suara rakyat teramai,menurut seorang penganalis politik dengan cara ini juga akan dapat mencegah berlakunya habuan politik wang,kerana mana mungkin seorang bakal pencalonan dapat menyediakan sejumlah wang yang banyak untuk ditaburkan bagi memancing undi.
Berbeza pula dengan parti Umno ,dimana kaedah yang dguna pakai dan sering kita dengar terdapatnya kes politik wang kerana terpaksa dihulurkan kepada sebilangan perwakilan,olih kerana jumlah perwakilan yang sedikit jadi adalah tidak mustahil terdapat tauke tauke perniagaan yang "backup" dibelakang tabir.
Olih kerana itu sedikit kesimpulannya disini ialah satu persoalan yang harus ditanya siapakah yang untung dan siapa pula yang rugi sedangkan ketuanan melayu mahu pun ketuanan rakyat sebenarnya tidak langsung bolih dikait dengan soal perkara 153 perlembagaan perseketuan,cuma sedikit kekecuhan yang dilihat ini hanyalah sebagai gimik yang berkisar soal pemilihan pucuk pimpinan parti PKR ,itu saja....
Tok ayah su-ulat buku....

Jumaat, 19 November 2010

kenangan disekitar hari raya Qurban...


'sahaja aku sembelih haiwan korban ini bagi mewakili 7penama yang ambil bahagian kerana Allah Ta"alla" (agaknya begitulah niat lapaz sembelih olih Alfadhil Ust Ismail)

Salam hormat!

Allah huakbar...allah huakbar...allah huakbar...allah huakbar walillaa hilham...3x. Buat pertama kalinya satu keluarga besar dikampung telah bermuafakat mengadakan acara qurban dengan menyembelih seekor lembu jantan besar dengan jumlah pembahagian hampir 10Kg daging bagi setiap satu bahagian.

Sembelihan telah disempurnakan olih Alfadhil Ust Ismail pada hari raya qurban yang ke2.Pembahagian daging telah diagih agihkan kepada jiran jiran sekampung disamping ditinggalkan sedikit untuk dibuat jamuan keluarga.

tok ayah su-tumpang satu bahagian untuk turut sama menghayati amalan qurban....

Jumaat, 12 November 2010

Bersedia dgn peluru panabur meriam buloh




salam hormat !
Semalam berlangsungnya Msyt Ajk MTD bagi membincangkan segala hal berkaitan gerak kerja termasuj juga menyentuh hal hal tarbiah (pentadbiran) diperingkat cawangan atau upu masing masing,memandangkan tiupan angin sepoi sepoi bahasa pilihanraya umum yang akan dijangka diadakan pada tahun jadi pehak MTD dibawah kepimpinan Alfadhil Ust Razki telah mengambil satu langkah pro aktif menghimpunkan dana seawal mungkin bagi mengcukupkan pembiayaan penampung kos dalam pilihanraya umum itu nanti.Dengan itu satu majlis pecah tabung untuk kali kedua dalam tempoh 4 bulan bagi menyambung siri pecah tabung yang telah dirasmikan pelancarannya olih Yang Berbahagia Tuan Hj Muhyiddin selaku Ketua Bendahari Pas Negeri Terengganu pada kira kira bulan Jun yang lalu.


Sementara itu sedikit perkara yang perlu saya rakamkan disini ialah soal pendidikan,menurut seorang ahli jawatan kuasa katanya sekarang ini anak anak sekolah dalam suasana demam peperiksaan contohnya yang lepas seperti UPSR,PMR dan yang akan datang ialah SPM ,walaupun pendidikkan ini tidak berada dibawah dasar pendidikkan Pas namun ramai juga dikalangan anak anak orang Pas yang terlibat dalam pada hendak menghadapi peperiksaan ini, jadi persoalannya sejauh manakah keperihatinan Pas atau MTD khususnya untuk turut seta memainkan peranan bagi membantu anak anak yang akan menghadapi peperiksaan SPM yang akan berlangsung tidak lama lagi?apakah tidak bolih pehak MTD mengadakan satu majlis seperti Solat Hajat dan sebagainya?

Apa pun pengerusi majlis mengucapkan terima kasih diatas soalan yang merupakan satu cadangan tersebut dan akan cuba mengadakan satu majlis solat hajat perdana dalam masa yang terdekat ini.
Tok ayah su-mengucapkan tahniah secara umum kepada anak anak sekolah yang cemerlang dalam UPSR...

Rabu, 10 November 2010

sesat dihujung jalan...kembali kekepala jalan!

(gambar hiasan) (gambar hiasan)

tunggu dan lihat....selepas ini akan bersambung
salam hormat!
opp...terlupa pulak hendak kemaskini artikal ini terlebih dahulu,sepatutnya yang dahulu didahulukan yang kemudian dikemudiankan,akan tetapi bagi jika sesiapa yang pernah membuka dan pasang peralatan dalaman senjata (senapang) , ada bab alatan yang perlu dipasang dulu walaupun semasa hendak membuka tadi didahulukan.Maknanya tidaklah menjadi satu masaallah sangat soal dahulu kemudian cuma ianya bergantung kepada keadaan semasa.
"Sesat dihujung jalan,kembali kepangkal jalan",itulah tajuk artikel kali ini.Jika dilihat pada kaca mata agama, musuh utama yang mahu menyesatkan manusia ialah syaitan,malah terdapat ayat "celakalah orang yang solat, iaitu orang orang yang lalai didalam sembahyangnya". Ayat itu ditujukan kepada orang solat,jadi bagaimana pula dengan orang orang yang tidak atau jarang jarang melakukan solat? Olih karana itu kita dituntut supaya sering bertaubat bagi meminta ampun dengan setiap kelakuan kita yang bertentangan dengan kehendak agama.Dengan kata lain kita kena kembali balik asal (back to basic) atau kembali kepangkal jalan,tetapi itu bukanlah bermakna kita sudah sesat,bukan...cuma agak lalai sedikit sahaja, alamak.... nak nasihat pada siapa pulak saya ni?ah tak pa lah,sekurang kurangnya untuk diri sendiri.
oh ya sebelum itu sukalah juga saya hendak berkongsi cerita sikit pada suatu hari ketika berada dibandar Kota Bharu,sebelum ini saya bukanlah asing dengan suasana bandar Kota Bharu,tetapi sejak akhir akhir sudah lama tidak berkunjung kesana jadi saya dapati banyak jugalah perubahan jalan yang telah jadi sehala dan jadi jalan mati.Nak jadikan cerita saya telah meletak kereta dimedan letak kereta dihadapan istana Kota lama kemudian berjalan kaki menyusuri jalan dikaki lima pasar siti khadijah untuk menuju kemedan selera yang pada sangkaan saya masih lagi berada ditempat yang lama iaitu dihadapan pasar tersebut,tetapi sebenarnya keadaan medan selera tersebut telah lama pindah di medan baru Buluh Kubu.
Dipendekkan cerita disemasa dan selepas makan hujan telah turun dengan lebatnya dan lambat pula reda,dari petang hari sehingga masuk kewaktu maghrib saya menunggu disitu untuk kembali balik ketempat letak kereta, payung pun tidak ada disamping itu anak kecil juga turut ada bersama (satu keluarga).mahu tidak mahu saya menyuruh keluarga tunggu dimedan ini sementara saya seorang saja yang pergi meredah hujan dan ambil kereta untuk mengambil kembali keluarga yang menunggu disitu.Tetapi malangnya saya terhempas pulas berpusing pusing mencari jalan masuk tidak jumpa jumpa dan beberapa kali kembali balik ketempal asal parking dan termenung sambil tu membebel seorang diri kononnya saya memandu dibandar Besar KL tidak pernah pun tersesat tetapi lain pula keadaannya diKB kali ini.Waduh...ahh tak payahlah saya terusakan akan kesudahan cerita ini.
Manakala cerita kedua saya pula ialah ketika membuat latihan membaca peta untuk bergerak dari satu tempat kesatu tempat yang ditentukan didalam hutan tebal ketika berada didalam ATM dulu.Bohonglah jika ada orang pernah melalui pengalaman ini yang berkata tidak pernah mereka tersesat,jalan terbaik jika sesat didalam hutan ialah jalan jalan untuk kembali semula dilangkah pertama perjalanan,barulah selamat.tetapi soalnya bagaimana jika jalan untuk kembali ketempat asal mula tadi tidak ditemui?inilah masanya berkehendakan kita perlu ada beberapa perkara lagi yang patut dipelajari....
Tok ayah su- kadangkala kembali meminati merakam sejarah...

Sabtu, 6 November 2010

antara dua darjat....


Tidak perlu diulas panjang lebar kerana satu gambar sudah cukup memberi seribu makna...
tok ayah su-melihat kelebihan orang lain akan timbul keinsafan kelemahan diri sendiri dan begitulah juga sebaliknya....

Khamis, 4 November 2010

teka teki 50-50 sudah terjawab...

salam hormat!

Baru baru ini hari saya telah menghadiri satu perjumpaan parti peringkat DUN dirumah hijau (lokasinya dirahsiakan) ,diantara intipati yang dikemukan adalah lebih kurang seperti berikut......apa dia?tunggu dulu,akan disambung kemudian, harap dapat bersabar menunnggu....
inikah rumah hijau itu atau hanya sekadar gambar hiasan?

Terkini:

Agak lama juga saya mengambil masa untuk mengemaskinikan artikel ini,bukanlah bermaksud saya sudah mogok akan tetapi olih kerana keterbatasan masa untuk menguruskan hal hal lain khususnya berkaitan kerja kerja rutin mencari rezeki sesuap nasi untuk merealisaikan "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan",rakyat yang dimaksudkan ialah adalah anak anak saya, manakala pencapaian yang menjadi fokus ialah tahap perkhidmatan kepada masyarakat komuditi mengikut sekadar kemampuan bidangkuasa sendiri.Ini bukanlah juga bererti saya mahu mengambil alih kopositi mana mana pehak.

Berbalik berkaitan tajuk artikel kali ini,saya akui agak kurang bernasib baik kerana kurang mendapat ekses berita semasa,sebelum atau selepas PRK diGalas melainkan cuma hanya menerusi berita berita akbar.Bertitik tolak dari berita berita inilah saya cuba membuat sedikit analisis.

Dari pemerhatian saya pehak media sekalipun merasa ragu ragu tahap kemenangan yang akan dimenangi olih parti politik yang bertanding (kecuali media lidah politik) kerana itu ada media yang meletakan hanya sekadar peluang 50-50 .Namun begitu saya suka menceritakan pada malam sebelum pengundian saya telah dihubungi olih seorang kawan yang juga telah membuat pemerhatian semasa diDUN Galas katanya "agak malanglah kalau Galas jatuh ketangan Umno/BN kerana berdasarkan beberapa orang dari kalangan orang asal(asli) telah berjaya diislamkan olih Pimpinan Pas".Olih itu beliau berharapan ingin melihat kemenangan akan berpehak kepada Pas,tambahnya.

Manakala saya sendiri tetap berpendirian dengan artikel saya sebelum ini yang mana prkDUN Galas akan tertumpu semata mata bersabitkan krebiliti calon,contohnya soal status pendidikan, keupayaan kesihatan atau tahap kecergasan fizikal tubuh badan calon itu sendiri.Jadi ternyata soal dasar perjuangan Parti telah ditolak ketepi olih pengundi,maknanya dengan sendirinya teka teki 50-50 telah terjawab.

Tok ayah su-pernah mendengar suara pimpinan Pas meramalkan pilihanraya Umum akan diadakan serentak dengan pilihan raya Negeri Serawak pada tahun hadapan....

Selasa, 2 November 2010

kerja siapa ni?

salam hormat!

Apabila setiap orang yang buka masuk sebagai pengunjung keblog ini pasti rating akan berubah angka sebagai penunjuk bilangan pengunjung bertambah,tetapi olih kerana sebab sebab tertentu samada masallah teknikal atau pun hasil kerja spam atau keberangkalaian dari perbuatan khianat tangan tangan ghaib maka angka angka tersebut tidak kelihatan lagi (lihat sisipan disebelah kiri jumlah pengunjung).Untuk masa ini sudah dua kali perbuatan seperti ini berlaku.

Jumlah angka pengunjung ini amat penting bagi menilai sejauh mana sambutan satu satu penulisan blog,jika tidak akan jadi hambar seolah olah satu tulisan syok sendiri,olih itu saya minta tolong kepada sesiapa yang rasa tidak berkenan dihati dengan apa yang dipaparkan silalah buat komen diruangan yang disediakan dibawah dengan cara itu lebih baik daripada buat sabotaj secara senyap,harap maklum !

tok ayah su-seruan demokratik....

Isnin, 1 November 2010

syabas...

gambar hiasan
tok ayah su-sekadar menjadi guru Qiraat alqur"an pada anak anak...

Antara maksud pekan dan bandar...





salam hormat!
Apabila tiba disaat saat pilihanraya samada pilihanraya kecil ataupun pilihan raya umum maka timbullah pelbagai isu diantaranya penghijrahan anak anak tempatan merantau kekeluar kawasan kerana kekurangan peluang pekerjaan manakala para peniaga pula merunggut kerana peluang perniagaan sukar berkembang kerana tahap kemajuan ekonomi komuniti setempat amat terbatas.
Sebagai seorang yang pernah merantau hampir keseluruhan pelusuk Malaysia sebelum ini sudah tentu dapat saya membezakan dimana mana tempat yang dikatakan sebuah Pekan tetapi jika dilihat pembangunan semaju dengan apa yang ada diBandar,senang cerita lihat contoh Pekan diraja Pahang dengan Pekan diAjil Terengganu. Disebalik 50 tahun lebih Negara telah merdeka untuk apa kita perlu berselindung disebalik sifat 'good factor" (suasana selesa) sedangkan keadaan sebenarnya tidak demikian.Buktinya lihatlah gambar diatas,masih terdapat bangunan usang dalam sebuah Pekan diAjil Terengganu.Isunya soal pembangunan tidaklah bolih dijadikan bahan kempen dalam setiap pilihanraya kerana kemunduran juga berlaku dalam sebuah negeri yang kaya dengan hasil petroliumnya.
Tok ayah su-sekadar mengenang dan merakam sejarah warisan pembangunan.....

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan