arkib

Rabu, 29 Mei 2013

PRU13-satu analisis (sambungan)

Salam hormat!
Sudah hampir 3 minggu PRU13 telah berlalu,Segala keputusan pilihanraya telah pun diketahui,sama ada diperingkat DUN atau pun Parlimen,tetapi terdapat disesetengah tempat ada diantara keputusan keputusan itu telah dipertikaikan.Banyak faktor telah diragui akan ketulusannya malah dikatakan ada unsur unsur penipuan. Walaupun kerajaan baru telah pun dibentuk namun bagi sesetengah orang dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat mahu mencabarnya dengan mahu mengadakan petisyen pilihanraya,sebelum cabaran itu dikemukakan terlebih dahulu pehak Pakatan Rakyat mengada siri penjelajahan dari satu negeri kesatu negeri bagi tujuan memaklumkan apa apa perkara yang dikatakan sebagai penipuan telah berlaku didalam proses perjalanan pilihanraya tersebut.

Diatas pentas siri "BlackOut 505" telah dinamakan sempena berlakunya lampu padam tatkala masih dalam proses pengiraan kertas undi telah diterangkan olih DSA sendiri sebagai berkata Pakatan Rakyat sebenarnya telah menang dan tidaklah kalah sebagaimana yang diumumkan diKuala Terengganu baru baru ini.
Berdasar fakta jumlahan undi popular yang diperolihi olih PR maka bolih disimpulkan  mengikut peratusannya BN mendapat 49% manakala PR 51% malahan jika ditolak dengan undi yang perolihi dari pendatang Banglasia 2% lagi ini bererti BN hanya memperolihi undi mojoriti cuma 47% sahaja.Jadi isunya macamana dikatakan BN telah menang? Formula matematik mana yang diguna pakai? apakah fomula kerusi stadium kurang tetapi penonton ramai sehinggakan perlawanan bolasepak terpaksa dibatalkan seperti yang berlaku diKuantan? atau seperti formula kerusi bot karam diSungai Serawak iaini penumpang ramai tetapi kerusinya kurang sehinggakan orang ramai duduk memenuhi sampai keatas bumbung?

Kesinambungan kepada siri sambungan analisa PRU13 ini saya mahu imbas sedikit lagi perihal apa yang telah diceritakan olih petugas parti @ ejen calon pada hari pengundian dahulu.Menurut cerita terdapat gelagat lucu dikalangan petugas lantikan SPR (perempuan) yang kurang selesa berada didalam bilik mengundi gara gara cuaca pada hari itu yang agak panas ditambah pula kesibukan beliau mencalit dakwat dijari jemari pengundi,tanganya yang bersarung getah dan berlumuh dengan dakwat turut menyapu peluh didahi dan dipipi lalu tercalitlah juga (dakwat yang kononya dikatakan kekal) tersebut kemukanya bagaikan memakai mekup percuma.Kemudian disedari olih rakan disebelahnya lalu menegur,cepat cepat disapu dakwat itu dengan tisu .... kemudian...."aikkk...bolih hilang pun....katanya kekal" bisik hati ejen calon bertugas yang telah melihat gelagat tersebut.....keh...keh...keh.... kelakarnya dakwat itu.... kan... kan... kan....Untuk mengelakkan kejadian lap peluh berulang lalu ditutupnya swish lampu kononya dengan alasan cahaya lampu juga bolih mendatangkan bahang panas dalam bilik....aik...inilah kali pertama teori panas bolih datang dari cahaya lampu siling....alahai...pendek kata  macam macam hal ada....

"Dengan perbelanjaan berjuta ringgit itu jika dibuat penyelidikan tentang bahan bahan tempatan yang juga bolih digunakan sebagai dakwat kekal malah halal dan pernah digunakan olih orang orang melayu didalam istiadat berinai tatkala majlis khawin,jumlah wang itu  sudah tentu mencukupi lagi lebih berfaedah untuk kajian berkenaan berbanding dengan pembelian dakwat import yang hanya sekadar menguntungkan individu tertentu.,bahan yang dimaksudkan ialah air perahan dari pokok inai kampung" begitulah bunyinya rungutan yang juga merupakan satu cadangan bernas dari petugas yang menceritakan segala perihal yang berlaku diawal tadi.

 tok ayah su-tunggu postmortem....dan petisyen....

Selasa, 14 Mei 2013

PRU13:satu analisis...

salam hormat!
Perjalanan sistem pilihanraya demokrasi untuk memilih wakil rakyat keDewan Undangan Negeri mahu pun  kePeringkat  Perseketuan telah pun hampir seminggu berlalu,segala galanya telah selesai, calon yang terpilih bukanlah sebarangan orang, mereka ini telah melalui pelbagai tapisan sama ada mengunakan saringan tapisan bermata halus atau pun secara mata kasar,pemilihan calon telah dibuat secara musyawarah (bermesyuarat) terlebih dahulu.Maknanya sebelum itu telah ada saringan demi saringan telah dilakukan, kreterianya diperhalusi dari hujung rambut sampai kehujung kuku jari kaki.Terdiri dari  kalangan yang berparti dan juga tidak berparti (bebas) pun sama turut serta.Yang lebih menarik lagi,sebagai hendak memberitahu dunia bahawa perjalanan sistem pengundian adalah telus dan tulus maka ianya telah dilaksanakan dengan mengunakan dakwat yang dicalit pada jari sipengundi terlebih dahulu.Sejak sistem pengundian ini diperkenalkan pada pada siri Pertama ditahun 1955 dahulu sehinggalah kepilihan raya kesiri 13 (2013) maka inilah juga kali pertama dakwat dicalit pada anggota pengundi diperkenalkan.Olih yang demikian timbullah pula seribu satu persoalan yang kini telah berbangkit,dihari pengundian dijalankan ada yang teruja dan tersengeh sengeh tersenyum simpul tatkala jari jemarinya dicalit,ada yang ingat saja suka suka atau nak buat main main, sedangkan tujuan utama dakwat ini dicalit adalah untuk tidak mahu ditohmah akan berlakunya penipuan yang sebelum ini pernah terjadi seorang pengundi bolih mengundi beberapa kali dibanyak tempat.Mudah mudahan tercalitnya jari ini dengan dakwat bererti satu tanda jelas telah melekat sebagai membuktikan seseorang itu telah pun melakukan pengundian.Wah...bagusnya idea itu....namun disebalik kebaikanya, masaallah ketahanan dakwat ini pula dpertikaikan, dakwat yang didakwa dapat bertahan kekal melekat dalam tempoh lebih 24 jam telah tidak sama seperti yang diharapkan, apa yang terjadi beberapa jam selepas itu iaini belum pun masa mengundi habis dari jam 8 pagi sehingga ke 5 petang dakwat yang dimaksud itu telah pun dapat ditanggalkan, harganya dakwatnya dikatakan 5 juta tetapi tak sampai 5 jam saja jari tercalit itu telah dapat dibersihkan semacam semula jadi, 5 juta duit sapa tu...?

Bukanlah sangat ketidak kebalan dakwat itu dipersoalkan,yang menjadi masaallah besarnya apabila dakwat sudah tidak kelihatan dijari maka akan membolihkan seseorang itu cuba mengundi dengan menipu bahawa dia masih belum lagi menngundi. Jika hendak diharapkan kepada ejen parti tempat mengundi memeriksa secara halusi ,disini bukan masanya yang sesuai untuk buat protes....sebab apabila sudah ada nama dalam senarai pemilih, ini bererti tidak ada sesiapa yang bolih menghalang seseorang itu untuk mengundi,kerana undang undang sedia ada dari SPR telah menyatakan sedemikian, maka ada pula yang bertanya kenapa tidak dilihat pada jari jemarinya? untuk makluman......yang memeriksa dan mencalit jari itu bukan ejen parti tetapi mereka itu adalah dari kalangan petugas yang dilantik olih SPR, malahan jaraknya dari meja ejen (petugas) parti itu agak jauh sejauh lebih kurang dalam 10 meter, mustahil dapat nampak kesan dakwat dijari atau dicelah kuku seandainya ada yang telah membasuhnya melainkan orang terhampir sekali, tambahan pula jika bilik mengundi itu digelapkan dengan menutup lampu, terlagilah kabur mata.....bersambung.... 

Jumaat, 10 Mei 2013

Pru13:Guruh berdentum....hujannya...?

Salam hormat!
Orang orang tua kita dahulu sering mengingatkan dengan gaya bahasa kiasan yang dipanggil bidalan bahasa, peribahasa atau pun dipanggil juga pepatah melayu.Begitu halus dan berseni gaya bahasa mereka. Contohnya "berdentum guruh dilanggit air tempayan dicurah jangan".Ini bermaksud betapa hebat sesuatu perkara (pekerjaan) itu dicanang dan dirancang tetapi belum tentu ianya berakhir dengan keberhasilan yang baik.Begitulah juga pencapaian dari hasil gerak kerja parti Pas diDUN Ajil untuk PRU13 kali ini,namun begitu tidaklah seteruk PRU ke12 dahulu, jika pada masa itu hampir 4000 menurun akan tetapi untuk kali ini telah dapat ditingkatkan balik perolihan undi malah dari 16 UPU (unit peti undi) yang tidak pernah pun menang tetapi pada ini kalilah 2 UPU telah pun dapat dimenangi....syabas.Teringat saya kata kata ketua cawangan secara merendah diri,dia bertanya "agak agaknya orang ramai tidak suka pada saya tak?" mungkin kerana fobia dengan keadaan lalu itu  maka untuk kali ini kelihatannya dia seperti mahu buat kerja secara sembunyi sembunyi,tidaklah menonjol sangat,pada hari mengundi dia hanya semacam mahu menjauhkan diri supaya tidak dilihat olih orang ramai akan kelibatnya dan hanya memerhati dari jarak jauh sehinggalah kemasa jam jam terakhir hendak tamat masa barulah dia muncul,biarlah...kalau dah itu strategi dia,nak buat macamana...ia dak? janji menang....itu yang penting.

Gimik akan kesengitan PRU13 sememangnya telah dicanang sejak sekian lama.Bahannya semakin terasa apabila diawal tahun sehinggalah kemuncaknya tatkala tiba tamat tarikh tempoh khidmat PM Ds Najib pada 4 April yang lalu.Bermula disekitar tarikh itu membawa sehingga ketarikh penamaan calon pehak Parti UBN terlebih dahulu memulakan pemasangan bendera kemudian barulah diikuti olih pehak Parti PAS@PR. Kemudian dirancakkan lagi dikit demi sedikit dengan ukiran kreatif lambang parti dan juga pembentukan pelbagai rupa jenis replika,seingat saya inilah kali pertama replika yang pelik pelik dan agak menarik dapat dipamerkan olih kedua dua parti.
Memang nampak meriah dan ceria serta mengambarkan kesungguhan mahu menawan hati para pegundi masing masing serta sebagai sokongan moral untuk kuatkan semangat para penyokong.Jika dilihat pada situasi itu seoalah olah satu pertembungan hebat bakal terjadi,namun disaat saat akhir iaini dihari mengundi khususnya sekitar ditempat kawasan mengundi keadaannya sudah jadi agak berbeza, bagaikan bertepuk disebelah tangan, pehak lawan iaitu UBN kelihatanya begitu hambar,semacam mahu "selendar" dan kalah perang sedangkan pertarungan belum pun lagi bermula. Jika PRU12 dahulu bukan main riuh rendah datang dari khemah sementara yang mereka bina dengan hiasa penuh bendera,kelihatan juga beberapa buah komputer diatas meja serta pelbagai bekalan air minuman dan makanan, terdapat juga  dengan pembesar suara serta para petugasnya nampak semacam singa lapar, garang  garang belaka. Wow...menakutkan.

Sedangkan Parti Pas@PR pada waktu itu nampak macam ayam dogel tiada ekor...kosong saja, yang ada hanyalah sebuah payung hijau putih yang dipinjam dari sebuah kedai makan ahli dan duduklah beberapa muslimat disekeling payung itu sebagai penanda bahawa payung itu ada tuan yang ampunya.....begitulah sedih dan hina dinanya...yang lebih dipentingkan olih Pas pada waktu itu ialah segala macam jenis borang yang bersabit dengan SPR.Soal petugas lapar tak makan pagi,pasal khemah untuk melindungi panas petugas tidaklah diambil kira sangat,pandai pandai cari sendirilah....malah "last breafing" kepada petugas juga tidak ada....pada pandangan saya secara peribadi, disaat saat akhir inilah sebolih bolihnya mahu ditunjukkan sehabis baik mungkin akan penonjolan imej sesebuah parti kerana kelak parti inilah yang akan memegang kuasa jika menang tetapi kalau dah nampak selekeh semacam maka macam manalah orang hendak beri kepercayaan memimpin....bersambung....

sambungan- disaat saat akhir juga bermacam macam isu yang berserabut perut dan bolih memberi impak buruk kepada parti antaranya isu seluar dalam bersaiz besar,isu colon bertindih tidan atas bawah, 2 pukul satu dan ada sampai 5 pukul satu pun ada,pendek kata macam macam hal telah sampai ketelinga orang kampung sehinggakan dimalam pengumuman kemenangan calon, ada yang kata Pas Trg sudah pun menang 17 DUN kemudian ada yang membuat tomahan kononya keputusan tersebut telah ditukar ganti (PGU-pas ganti umno) dengan UBN, ianya berlaku  setelah mendapat tahu kerusi Parlimen diperingkat perseketuan telah dimenangi olih BN, seandainya PR menang memerintah pusat maka mereka percaya Pas Terengganu akan kekal jadi 17 DUN....tetapi olih kerana ada "spelek" (silap mata) disebalik tabir maka kemenangan itu diberi kepada UBN, sebab utama kejadian ialah penarikan balik saman tuntutan royalti minyak olih Ds Mat Said...alasannya macam mana pas nak memerintah Trg kalau royalti minyak tidak diberi, betul atau tidakkah semua tomahan itu...? wallahuaklamm...hanya mereka dan keluarga mereka sahaja yang tahu....



tok ayah su-muhasabah PRU.....post mortem belum lagi....

Ahad, 5 Mei 2013

PRU13-tertunai sudah tanggungjawab....tetapi?





salam hormat!
Alhamdulillah cuaca baik dari pagi sampai kepetang,maka dengan itu memudahkan para pegundi keluar mengundi dan mengikut peratusannya hampir 80% telah keluar menunaikan tanggungjawab masing masing.
bersambung....
sambungan....
Tetapi pilihanraya kali ini nampak seperti hambar,maksud saya semacam tidak ada pertarungan besar jika nak dibandingkan PRU ke12 dahulu sedangkan ini kalilah yang digembar gemburkan sebagai IBU dari  segala pelihanraya,.kenapa jadi sedemikian rupa....akan saya ulas dilain tajuk selepas ini.

Tok ayah su-terima  mesej dari Dato"R" mohon tidak beri undi kpd calon BN....siapa Dato"R"?
 

Jumaat, 3 Mei 2013

Antara dua darjat-Pekan Ajil vs Pekan diraja...2

salam hormat !
Dalam artikel yang lepas telah saya catatkan serba sedikit dari apa yang telah saya lihat dan juga diambil daripada pengalaman yang saya alami sendiri didalam 2 kawasan di 2 tempat berlainan negeri iaitu diPekan Ajil Terengganu dan Pekan diraja Pahang.Sudah tentu ada pehak yang tidak senang dengan penulisan tersebut dan sudah pasti ada pula pehak yang menyukainya,situasi begini biasalah berlaku malah dalam intitiusi keluarga pun terjadi apabila didalam satu keluarga terdapat abang yang tidak menyukai adik atau sebaliknya apabila dibocorkan rahsia salah seorang daripadanya,contohnya pendedahan olih siadik memaklum kepada ibuibapanya apabila melihat siabangnya menghisap rokok selepas pulang dari sekolah misalnya.

Saya tertarik memilih untuk menulis didua kawasan ini memandangkan PRU Ke13 kali ini terdapat pertembungan dua tokoh politik yang dikira pertandingan mereka dinilai bagaikan pertemuan dua peninju lighweath melawan heavyweath.Pekan Pahang bukanlah asing pada saya,pernah pada suatu ketika dahulu menjadi tempat berak kencing, makan tidur,memancing dan mandi diair parit tengah dekat dekat luar istana dan bermain polo....ooppp....rahsia....tak leh cerita banyak banyak....

Jika dulu Pekan terkenal terkenal dengan masakan nasi ayam Hainam yang special,tiada jalan lain untuk keselatan atau dari utara hendak keJohor melainkan kena melalui Pekan terlebih dahulu.Pekan pada ketika itu menjadi satu bandar sibuk dan tidak mati,pelancong dari Singapura untuk keutara atau sebaliknya telah  menjadikan Pekan tempat persinggahan mereka untuk berehat seketika.Dimasa itu lebuhraya pun belum dibina lagi.Tetapi kini setelah orang ramai ada banyak jalan pilihan maka dari apa yang saya perhatikan Pekan kini sudah agak sunyi dari kunjungan orang luar namun begitu saya nampak kedatangan orang disekitar Pekan (mungkin penduduk tempatan) masih tidak berkurangan, mereka duduk bersantai santai sambil membeli belah sehinggakan ada disatu kedai ketika saya hendak singgah masuk menjamu selera didapati barangannya sudah habis dijual.Kemudian saya beralih kesebuah kedai lain,pesanan saya pastinya nasi ayam kerana mahu merasai semula kesedapan nasi ayam ketika saya berada disini dahulu.Tetapi dukacitanya citarasa saya telah terputus dan mati selera,beras nasi ayam hancur hancur macam melukut ditepi gantang tidak lagi panjang serta wangi macam dulu dulu,rasa kicap gorengan minyak bijangnya diayam pun tidak sudah terasa lagi,lalu berkata saya ini mungkin tuan kedainya hendak mengurangkan kos bajet sebab keberangkalain barangan mentahnya sudah mahal.

Tengah duduk menjamu selera tiba tiba melintas beberapa buah truck stone berkibar bendera PR dan juga tertampal gambar Calon Cg Fariz Musa dikereta kereta tersebut..Jika diperhatikan kepada pemasangan bendera ditepi tepi jalan sememanglah lebih banyak bendera dacing/BN berbanding PR tetapi silent protes tak tahulah pulak seramai mana... kemungkinan bolih mengejutkan.....mampukah Cg Fariz menjadi gian killer diPekan? sama samalah kita tunggukan keputusannya nanti....
Sementara itu berbalik pula kePekan Ajil....dimasa ini kebanyakan petugas parti termasuk calon itu sendiri lebih menumpukan kekawasan gelangan pertarungan  masing masing. Sambil itu mereka mengaturkan strategi dengan mengadakan aktiviti dipentas pentas ceramah, akan tetapi sejak kebelakangan ini saya dapati ada sedikit kelainan Calon di DUN Ajil contohnya lebih gemar mengadakan ceramah secara berkelompok dari rumah kerumah dengan mengikut program bacaan Yassin yang disertakan bersama muslimat.

Tetapi jangan pelik dengan perangai klu klek bercakap tak lekat unjat puak BN,jika sebelum dan sehari dua selepas penamaan calon,didapati bukan main lagi mereka naik angin dan marah, berdemo sana sini memprotes calon pilihan mereka tidak dapat  bertanding, alih alih seminggu selepas itu bukan main berpesta lagi puak itu, Pos Pos dijadi medan majlis makan makan ayam bakar BBQ dan sebagainya. Protes dahulunya itu hanya jadi hangat hangat tahi ayam.... kesimpulannya....kepada pehak yang menang nanti diharap janganlah jadi penindas dan kepada mereka yang kalah pula janganlah jadi penganas....
Bermainlah politik secara demokrasi yang bersih bukan dengan cara tipu muslihat atau sebagainya.... terimalah hakikat keamanan dan kesejahterann mesti diutamakan.

tok ayah su-selamat mengundi....

Rabu, 1 Mei 2013

Antara 2 darjat- Pekan Trg VS Pekan Phg.

Salam hormat!
Kata orang jika sudah dekat dengan PRU ini sudah tentu topik perbualan orang ramai disana sini dan dimana saja kebanyakan percakapan mereka berkisar tentang politik.Jadi saya akan menulis tentang apa yang telah saya dengar dan kutip dari kawan kawan Pun begitu saya juga akan menulis perihal pengalaman saya tentang apa yang telah terjadi keatas diri saya sendiri disepanjang 5 tahun tatkala disemasa berada dibawah pemerintahan kerajaan UBN Terengganu.
 Disepanjang tempoh itu kata mereka kebanyakan rakyat teramai dikekang dengan kos kenaikan harga barang. Pemimpin UBN Terengganu bukan tidak cerdik tetapi kecerdikan mereka hanya dengan cara mahu menjerat rakyat dengan umpan yang kononnya bantuan dari kerajaan perihatin untuk membela rakyat,walhal mereka memang sengaja tidak mahu melihat rakyat senang kerana bimbang umpan mereka susah mengena,kronologinya seumpama ikan yang sudah kenyang maka akan sukarlah mata kail akan dimakan ikan.Sedangkan wang yang ditaburkan itu asalnya datang dari poket rakyat itu sendiri yang sebelumnya dikutip melalui kenaikan harga barangan seperti yang dikatakan tadi.Dengan kuasa yang ada diperah semahu mahunya seumpama memerah susu lembu tetapi yang mendapat nama adalah sapi bukanya lembu itu....peniaga hanya mendapat untung secupak tetapi ruginya segantang. Begitulah juga pengalaman yang saya alami sendiri,dimana untungnya jika kenaikan barangan berlaku hampir setiap hari,jika pada hari itu harga barang A tidak naik maka akan diganti dengan menaikan harga barang B kemudian di"roolling"  bersilih hari ke jenis B,C,D dan seterusnya sedar tak sedar kembali kebarang A,harganya sudah berubah naik keparas melebihi separuh (60% dan ada sampai ke 100%) dari harga asal sebelum itu, masanya dalam tempoh yang singkat sahaja tak sampai pun setahun lamanya.Saya lebih tahu sebab saya ada menyimpan statistik (rekod) kenaikan harga barangan tersebut,bukan cakap semborono atau omong kosong sahaja. Yang mendapat faedah daripada kenaikan harga barangan tersebut memang ada, tetapi hanya segelintir iaitu dari kalangan orang orang tertentu sahaja,sebab itu usaha mengbenteras kenaikan harga tidaklah dibuat secara serius,ini kenara keberangkalian ada muslihat untuk melindungi taukey taukey yang bersedia merasuah pehak pehak berkuasa berkenaan.

Disebabkan terlalu leka dan seronok menekan rakyat,meruntuh masjid bujal,meranapkan rumah rumah penduduk ditanah lot yang diberi olih kerajaan Pas dahulu,sebagai balasannya diatas doa rakyat terinaya maka tuhan pula meruntuhkan stadium yang mereka bina.Disebabkan terlalu asyik menindas rakyat tanpa mereka sedar atau buat buat tak sedar graf pendapatan rakyat Terengganu sudah jatuh keparas ditangga kedua termiskin diMalaysia selepas Sabah dan harga barangan keperluan harian paling mahal berbanding bandar besar seperti diKuala Lumpur sendiri.Itulah tanda kebijakan kerajaan UBN dalam tempoh 5 tahun diTerengganu dari 2008-2013. Manakala pembangunan pula berjalan perlahan dan stadium yang runtuh itu tidak dapat dibaik pulih sehingga kini.Disekitar Pekan Ajil sendiri satu projek mega yang melibatkan pengambila tanah rakyat telah disodok dan dibersihkan kemudian didirikan hanya sekadar tiang tiang cerucuk sahaja, kini dijadikan tempat untuk memasang bendera bendera dacing sedangkan projeknya telah lama terhenti setakat itu malah bolih dikatakan sudah terbengkalai pembinaannya.Inilah sendiwara besar mereka,disamping itu terdapat satu lagi tempat dimana telah digezetkan sebagai kawasan Perindusterian yang pada dasarnya akan berdirilah kilang kilang untuk industri rengan dan berat disitu,akan tetapi seluas seluas tanah yang telah dibersihkan untuk tujuan tersebut kini telah naik semula semak samun cuma yang ada hanyalah beberapa buah bangunan, apa kata orang hanya sekadar untuk menutup mata orang kampung kononnya projek tersebut telah beroperasi dan dihebohkan seumpama ayam bertelur sebiji tetapi riuhnya sekampung.Inilah satu lagi projek sendiwara yang dikatakan konon akan dilaksana secara berperingkat peringkat.
Saya bangkitkan ini kerana terlalu kecik hati melihat sebuah Pekan diPahang yang mana negerinya tidak pun mempunyai hasil minyak sebaliknya pembangunan termasuk kilang kilang dapat dilihat berdiri megah disini sehinggakan bolih mengalahkan apa yang ada diShah Alam Selangor. Inilah akibatnya apabila pemimpin UBN Terengganu asyik berpolitik dengan rakyat,yang dinampak hanya gajah disepan mata sedang kan kuman diseberang itu tidak diambil peduli,opp...silap....kuman diseberang laut nampak sedangkan gajah didepan mata tidak....Teringin juga saya mahu merasa memiliki bas pekerja kepunyaan sendiri untu membawa pekerja pekerja berulang alik kerja dikilang tetapi dimana kilang kilangnya itu? habuk pun tarak....Berbeza sekali dengan apa yang dimilki olih penduduk diPekan Pahang, pembangunannya pesat, kilang kilang bersepah, mata pencarian rezki penduduk mudah diperolihi,rasanya penganguran sifar kecuali warga tua yang sudah tidak lagi larat untuk membuat kerja kerja berat.Tetapi disebalik kemewahan Pekan itu terdapat orang orang tua disana yang dikira layak mendapat bantuan bulanan dari JKM malangnya tidak diperolihi sebagai mana sebahagian besar warga emas diTerengganu menikmatinya. Seorang warga emas berstatus ibu tunggal lagi katanya dia hanya menerima rm250.00 untuk jangka masa setahun,itu sahaja bentuk bantuan,yang  lain lainnya tidak ada, cumanya dekat nak pilihanraya ini adalah juga dipanggil kemajlis untuk menerima sedikit sumbangan,sebelum ini tidak ada apa apa sumbangan pun .respon saya....itulah jika pembakang satu satu kawasan itu tidak kuat,penduduk disekitarnya mudah dikotak katik dan dipinggirkan malah tidak mustahil belaku diskriminasi ada yang dapat dan ada yang tidak.



Pakan Ajil jauh ketinggalan kata orang panggil tak dengar....Untuk menutup isi isu ini semua maka dialih fokus dengan membangkitkan pula pasal hal hal moral dan juga peribadi pimpinan PR.
Sambungan....

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan