arkib

Rabu, 16 Disember 2009

Minta laluan...nak respon sikit !

(paparan hiasan)

Dipetik dari http://www.sinarharian.com.my/terengganu/content/story6143423.asp sebagai melapurkan (satu) :-

KUALA TERENGGANU – Sebanyak 38 premis perniagaan seluruh negeri ini di bawah pengurusan Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah dibina bagi menempatkan penyewa Melayu yang berminat berkecimpung dalam bidang keusahawanan. Pengarah Mara Terengganu, Razali Nurdad berkata, premis perniagaan ini telah dibina di setiap daerah bagi memberi kemudahan orang Melayu menjalankan perniagaan supaya tidak terus mengharapkan ‘makan gaji’ di sektor awam dan swasta.

“Selain menyediakan premis perniagaan, Mara juga turut memberi pembiayaan pinjaman, khidmat nasihat dan kursus jangka masa pendek bagi melengkapkan diri peniaga dengan ilmu keusahawanan. “Dengan adanya semua pakej yang disediakan oleh pihak Mara, kita ia mampu melaksanakannya dengan baik dan jangan hanya bersungguh-sungguh separuh jalan,” katanya. Menurutnya, dalam meningkatkan perniagaan produk yang dihasilkan, penyewa perlu memikirkan alternatif untuk menceriakan premis masing-masing supaya dapat menjadi tarikan kepada pengunjung.

“Sekurang-kurangnya apa yang dilakukan itu dapat memberi manfaat untuk tempoh yang panjang dan bukan hanya mengharapkan kemudahan diberikan oleh Mara sahaja,” katanya. Razali berkata, sebagai sebuah pengurusan yang mementingkan kebajikan ahli, Mara juga telah mengatur pelbagai program pembangunan penyewa bagi membuka minda peniaga supaya tidak terus berada di takuk lama. “Kita mahukan pembaharuan dari masa ke masa dan Mara akan menjadi ‘fasilitator’ dalam meningkatkan keyakinan peniaga walaupun pernah mengalami kegagalan sebelum ini. “Oleh itu, sikap dan mentaliti usahawan Melayu juga perlu seiring dengan perkembangan semasa supaya dapat terus menjadi antara yang terbaik dalam kala-ngan usahawan di negara ini,” katanya.

Dipetik dari http://melikapakjangak.blogspot.com/2009/12/muncul-kembali-576.html sebagai melapurkan (dua):-

Pinjaman mudah, elakkan TEKUN bersaing dengan AIMTABUNG Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) yang diwujudkan kira-kira sepuluh tahun yang lampau pada dasarnya bertujuan menambahkan lagi bilangan keistimewaan kepada bumiputera yang ada kecenderungan untuk menjadi usahawan.Membantu usahawan sedia ada yang mahu menambah keperluan modal pusingan atau membiayai kalangan baru mahu memulakan perniagaan sudah menjadi matlamat TEKUN. Para usahawan dan bakal usahawan bumiputera kena berterima kasih kepada kerajaan.

Setidak-tidaknya dalam tempoh kira-kira sepuluh tahun lebih 100,000 usahawan TEKUN jaya telah dilahirkan.Ini didasarkan kepada fakta daripada 153,102 peminjam dengan nilai pinjaman RM1.4 bilion atau RM1,400 juta sejak TEKUN ditubuhkan, cuma 39,576 peminjam yang tidak menjelaskan hutang lapok yang berjumlah RM130 juta sahaja. Maknanya seramai 112,526 peminjam membayar balik pinjaman sebanyak RM1,370 juta.Sudah tentulah yang membayar pinjaman itu kerana mereka berjaya dalam keusahawananan mereka manakala yang tidak membayar balak adalah kerana mereka gagal. Kalangan yang gagal ini kalau dibuat desakan macam mana sekali pun, malah kalau didakwa dan dikenakan denda atau dipenjarakan sekali pun mereka tidak akan mampu bayar, malah akan menjadi mereka tambah terbeban.

Kergagalan itu pula bukan semuanya berpunca daripada mereka pun, sebaliknya ada yang gagal kerana melibatkan pihak lain sebagaimana yang dihadapi oleh peminjam TEKUN yang mengusahakan ternakan ikan keli di satu kawasan di Selangor apabila rakan TEKUN yang membeli ikan-ikan keli yang diternak tidak berbuat demikian.Dalam pada itu, bagi saya tiimbul persoalan kalau seramai 112,526 membayar balik pinjaman dengan jumlah bayaran RM1.37 bilion macam mana boleh jadi kerana 39,576 peminjaman tidak menjelaskan hutang lapok sebanyak bernilai RM130 juta, dana berbaki TEKUN boleh jadi hanya tinggal RM100 juta dan membuatkan TEKUN kekurangan dana sehingga terpaksa menghantar 'surat menangis' kepada peminjam yang tdak bayar balik pinjaman.Bukankah RM1,370 juta ditolak RM130 juta jumlahnya adalah RM1,240 juta atau RM1.24 bilion. Ertinya untuk membiayai permohonan 16,000 permohonan baru yang berjumlah RM350 tidak sepatutnya timbul masalah pun kerana kalau jumlah RM1,240 juta ditolak RM350 juta, jumlahnya akan berbaki sebanyak RM890 juta lagi.Sehubungan dengan itu selain dari mencari punca sebenar kenapa 39,576 peminjaman tidak menjelaskan hutang lapok sebanyak bernilai RM130 juta, punca pula patut dicari kenapa dengan 112,526 membayar balik pinjaman dengan jumlah bayaran RM1.37 bilion, dana TEKUN kini hanya tinggal RM100 juta untuk diagih-agihkan kepada kira-kira 16,000 bakal peminjamyang kini permohonan mereka dakam peringkat proses.Kalau terlalu lama pemohon terpaksa menunggu keputusan permohonan mereka sama ada lulus atau tidak ianya akan memberi kesan buruk kerana barangkali peluang niaga akan terlepas. Bila pinjaman diluluska, peluang niaga pula sudah tidak ada, maka wang pinjama akan habis begitu sahaja dan membawa kepada kegagalan mereka untuk membayar balik pinjaman.

Pada saya keagagalan peminjam membayar balik pinjaman bukan kerana peminjam tidak mahu bayar kerana mereka beragama Islam dan tanhu bahawa hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut. Tetapi gagal membayarnya kerana mereka tidak mampu yang mana kadang-kadang pinjaman itu sendiri membuatkan mereka terperangkap oleh tanggungang hutang kerana kesilapan sistem dalam kelulusan pinjaman.Misalnya peminjam memohon pinjaman RM30,000 yang disediakan dengan kertas kerjayang lengkap tentang keperluan pembiayaan bagi setiap sen yang dipohon. Tetapi yang diluluskan cuma RM10,000. Kertas kerja kena bayar dengan jumlah ratusan atau ribuan ringit. Kelulusan pinjaman yang begini lazimnya menjadi masalah.

kereta memerlukan minyak RM300 untuk sampai ke Kuala Lumpur, kalau hanya diisi RM100, alamatlah kereta akan tersadai keringan minyak di tepi jalan.Tidak ramai usahawan yang boleh berjaya menjalankan perniagaan tanpa modal/dana mencukupi. Kalau berjaya ianya akan memakan masa yang panjang dan terpaksa sepanjang tempoh berusaha sebelum jaya, ushawan berkaitan kena banyak berpuasa. Tetapi sebodoh dan sebangang mana pun usahawan yang berniaga dengan dana melebihi dari keperluan, pasti akan mudah berjaya.

MARA pernah memberikan pinjaman mudah pada jumlah pinjama yang kecil dan sejarah mencatatkan bahawa jarang mereka yang meminjam tidak mampu bayar balik pinjaman dan rata-rata mereka sudah meninggalkan dunia keusahawanan. Tetapi peminjam MARA yang meminjam dengan jumlah yang ratusan ribu dan jutaan ringgit, semuanya berjaya.TEKUN pada saya mengulangi sejarah MARA, malah mengambil risiko yang telah menyebabkan MARA gagal dapatkan bayaran balik pinjaman. Sepatutnya pinjaman RM500, RM5,000, RM30,00 dan pinjaman dibawah RM100,000 dimansuhkan. TEKUN patut berfungsi sebagai pemberi piminjam dengan jumlah yang lebih tinggi dari keperluan pemohon.Misalnya jika pemohon memohon pinjaman sebanyak RM50,000 cadangkan supaya dipinjam RM100,000 bukannya dipotong jumlah kelulusan pada jumlah RM10,000 sahaja. Kalau dana yang dip[erlukan RM50,000 tertapi yang diluluskan cuma RM10,000, apa yang peminjam boleh buat. Yang pasti mereka akan terspit dan akan termasuk dalam bilangan yang akan gagal bayar balik pinjaman.Kalau permohonan pinjaman dibuat RM50,000 tetapi dicadangkan kelulusan RM100,000, mahu tidak mahu sseseorang peminjaman mampu selesaikan masalah dana dan akan mamp bahayar balik pinjaman kerana RM50,000 lebihan keperluan barangkali boleh difixed-depositkan di mana-mana bank sebagai persediaan untuk menghadapi musim bermsalah. Dengan asalah dana dan akan mamp bahayar balik pinjaman kerana RM50,000 lebihan keperluan barangkali boleh difixed-depositkan sudah dapau untung.Tetapi kalau pinjaman dipohon RM50,000 sedangkan yang diluluskan cuma separuh atau lebih kecil dari itu, maka secara tidak langsung peminjam telah teperangkap dan diperangkat dalam masalah sebagaimana yang pernah dialami oleh peminjaman MARA dibawah program pinjaman mudah dengan jumlah pinjaman berskala kecil. Apa yang diusahakan akan gagal dan pinjaman balik pinjaman tdak dapat dibuat.

Pada saya TEKUN akan lebih berkesan dan akan lebih mencapai matlamat kalau menggunakan sistem meluluskan seratus peratus jumlah pinjaman pemohon dan bukannya memotong jumlah kelulusan pinjaman kerana berdasarkan penilaian dan cadagan kakitangan TEKUN yang tidak berpengalaman pun sebagai usahawan.Semolek-moleknya pinjaman RM100,000 ke bawah dimansuhkan dan TEKUN kena kendalikan pinjaman RM100,000 keatas, malah kena mencapai angka berjuta kerana yang mahu dilahirkan adalah usahawan bumiputera. Untuk pinjaman yang kecil-kecil, sama ada penjual goreng pisang, peniaga pasar malamata apa juga jenis perniagaan kecil-kecilan, ahkan sahaja kepada Amanah Iktiar Malaysia (AIM) yang mana terbuka AIM mampu mengendalikan pinjama berskala kecil dengan jaya.TEKUN jangan bersaing dengan AIM dalam mensasarkan bakal peminjam.


respon Tok ayah Su -pernah pada suatu masa tok ayah su pergi temankan salah seorang ahli keluarga terdekat kepejabat Tekun untuk cuba buat permohonanan pinjaman. Jumlah yang dipohon mengikut didalam kertas kerja pinjaman tersebut sememangnya mencukupi keperluan biayaan tambahan perniagaannya tetapi setelah kakitangan Tekun membuat semak kira kira untung rugi pendapatan peniaga didapati kadar kemampuan membayar balik tidak sepadan dan dibimbangi pemimjam tidak dapat melangsaikan bayaran balik lalu dipotongnya hampir separuh dari apa yang dipohon,Makanya betullah dengan pendapat yang mengatakan apalah yang dapat dilakukan jika mengisi minyak hanya separuh tangki sedangkan lokasi yang hendak dituju dijangka memerlukan setangki penuh minyak, jawapannya sudah tentu kemaraan perjalanan tersebut akan jadi terbantut.

Jika umumnya objektif Mara ditubuhkan untuk membantu menaik tarafkan kedudukan ekonomi melayu bumiputra dalam bidang pendidikan dan perniagaan agar bolih berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan bangsa bangsa lain akan tetapi hari ini kita dengar Tekun telah membuka peluang pinjam untuk kemudahan bangsa lain termasuk Cina dan India malah kadar faedah peratusan bayaran balik telah dinaikan mengalahkan pinjaman pinjaman olih Bank bank Msia. Jadi dimana dikatakan Tekun itu untuk "mesra peniaga bumiputra"? jika begini tidakkah nanti melayu bumiputra akan terus ditinggal dan tercicir dari persada dunia niaga?

Berbalik kepada permohonan pinjaman olih saudara terdekat tok ayah su tadi mahu tidak mahu beliau terpaksa menerima jumlah kurang dari apa yang dipohon sekadar hanya untuk buat tampal tampal dicelah gigi sebelum gigi asal tercabut dan akan diganti dengan gigi palsu pula.....fikirlah sendiri !

Petikan hari ini.....


Dipetik dari http://greenboc.blogspot.com/2009/12/tidak-tahu-prioriti-jawapan-2-mp-pas.html?showComment=1261012311184 sebagai melaporkan:-

Ekoran kegagalan hadir sewaktu undian menolak bajet sulung Datuk Seri Najib pada lewat malam Isnin lalu, dua dari lima Ahli Parlimen PAS yang dihubungi hari ini memberi penjelasan, demikian lapor Dzulfikar Mashoor untuk Harakahdaily.Mereka masing-masing Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Parlimen Hulu Langat Dr. Che Rosli Che Mat.Mahfuz ketika dihubungi memaklumkan beliau berada di Jakarta pada tarikh tersebut atas urusan peribadi dan telahpun memaklumkan lebih awal kepada Presiden Parti, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Selain itu beliau juga memberitahu tidak mendapat maklumat berhubung hasrat pakatan mahu menolak bajet 2010 yang dibentang Najib sebelum ini."Saya sebenarnya sudah maklumkan kepada Presiden (PAS) seminggu yang lalu... saya mahu ke Jakarta Jumaat lalu atas urusan peribadi."Sehingga hari saya ke Jakarta (Jumaat), saya tidak tahu tentang hasrat Pakatan nak tolak Bajet 2010 (pada) 11 malam Isnin lalu," jelas Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS.
Seorang lagi ahli parlimen, Dr. Che Rosli Che Mat pula menjelaskan beliau terpaksa meghadiri satu program anjuran Pakatan Rakyat di Sungai Besi bagi mewakili PAS menggantikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang tidak dapat hadir ke program tersebut."Saya terima sms (sistem pesanan ringkas) lewat petang, ketika itu saya di Sungai Besi dalam perjalanan ke Hulu Langat."(Sebagai) tuan rumah, saya terpaksa hadir suatu majlis Pakatan (demi) menggantikan Nizar (Ahli Parlimen Bukit Gantang) yang tidak hadir,"Beliau juga menolak dakwaan sesetengah pihak yang menuduh beliau cuba lari dari tanggungjawab ekoran kejadian itu."Saya bukannya lari tugas," katanya lagi.
Kedua-dua mereka juga bercadang menghantar surat penjelasan kepada presiden parti dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung perkara itu dalam masa terdekat.Isnin lalu bajet 2010, yang dibentangkan oleh Najib sebelum ini hanya diluluskan dengan majoriti tiga undi sahaja iaitu 66 menyokong dan 63 menentang dalam pengundian lewat malam tersebut.15 ahli parlimen Pakatan Rakyat masing masing lima dari PAS dan bakinya dari PKR dan DAP gagal hadir pada sesi pengundian tersebut.Manakala 70 Ahli Parlimen dari BN juga gagal hadir pada pengundian tersebut.Selain Mahfuz dan Dr. Che Rosli, tiga lagi wakil rakyat PAS adalah Ahli Parlimen Kuala Krai Dr. Mohd Hatta Ramli, Ahli Parlimen Baling Taib Azamuddin dan Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusof Rawa.
Harakahdaily bagaimanapun sedang berusaha meminta penjelasan dari ketiga-tiga wakil rakyat PAS yang belum dapat dihubungi hari ini.Kegagalan kesemua ahli parlimen pakatan rakyat hadir pada proses pengundian tersebut dikritik hebat oleh media khususnya blog yang mendakwa mereka penyebab Pakatan gagal menolak bajet Najib.
Tok ayah su-peringatkan diri sendiri supaya tidak jadi kata 'dulang paku serpih...."

Isnin, 14 Disember 2009

Minta laluan ! nak celah sikit...

salam hormat !

Apabila terbaca tajuk berita akbar pada hari ini (diatas) yang kononya melayu itu lemah,lalu tertanya tanya pula dihati saya melayu mana yang dimaksudkan itu ? ini kerana pada saya ianya satu kenyataan berbentuk umum,Jika dilihat dari sudut politik bolih dikatakan melayu sudah berpecah tiga.satu kepada parti pas, satu kumpulan kepada umno dan satu lagi keparti keadilan, hakikat ini tidak bolih dinafikan lagi.
Walau bagaimana pun jika difokuskan kepada melayu umno khususnya ditempat saya jika dikata melayu umno itu lemah (dok rok kata orang kampung) maka saya hanya menganggapkan hanya sebagai satu helah dan dalih yang ingin mengalih pandangan umum serta ingin lari dari kenyataan untuk menutup dari mana hasil kemewahan segera yang diperolihi olih para juak juak umno kampung termasuk yang berjawatan jkkk telah menjadi OKB (orang kaya baru) tidak sampai dua penggal berada dibawah ketiak YB Rosol ini.
Salah seorang daripadanya bolih memiliki rumah yang berharga ratusan ribu ringgit manakala seorang lagi memiliki koleksi beberapa buah kereta mewah termasuk kenderaan 4x4 serta motorsikal berkuasa tinggi tidak termasuk dengan kos ubah suai rumah dari rumah papan menjadi separa banglo.Dengan itu teringat saya akan kata kata salah seorang daripada pemuda pas yang bertanya pada saya,apakah tidak ada sesiapa dikalangan pimpinan pas yang ingin melaporkan perkara ini kepehak yang berkaitan kerana beliau mengesyaki keberangkalian ada unsur unsur rasuah dalam kes kes agihan mendapatkan tender ataupun sebarang projek?
saya sendiri tidak dapat memberi jawapan yang tepat kepada soalan tersebut kerana sebelum ini saya juga tidak pernah mendengar perkara ini dibangkitkan didalam mana mana mesyuarat.
Diakui saya kurang arif berkait dengan hubungan diantara sesama puak puak umno ini tentang sebab musabab yang menjadi punca mereka bertelagah sesama sendiri namun dari mata kasar yang dapat dan dari apa disaksikan perubahan dalam tempoh tidak sampai dua penggal ini sudah ada dua wajah umno kampung yang menjadi "orang kuat" YB Rosol ini telah menjadi OKB...olih itu apa yang dimaksudkan "melayu lemah" itu ialah mereka mereka yang berjaya dikelabu asapkan fikiran olih umno....itu saja!
tok ayah su-bukan dengki tapi rasa pelik....

Mana satu pilihan?cuti atau...





Tok ayah su-keinginan hendak pergi cuti cuti d"malaysia tu ada,tetapi apabila terkenangkan keperluan persekolahan anak anak lebih diperlukan makanya tok ayah su ambil jalan tengah iaitu hanya pergi jalan jalan sambil tinjau tinjau keperluan baju baju sekolah anak...

Ahad, 13 Disember 2009

Muafakat membawa berkat...


Wajah wajah disekitar program gotong royong MTD DUN Ajil pada jumaat 4.12.2009 jam 300ptg (dibawah)









tok ayah su-sumbang tenaga secara sukarela....

Sabtu, 12 Disember 2009

Minta laluan ! nak celah sikit...

(sekadar hiasan)
(gambar hiasan)



sebagai berkata :
Bila Pula PR Hendak Adakan Anugerah Untuk Wartawan?
MALAM tadi telah berlangsung majlis penyampaian anugerah Malam Penghargaan Media Massa Umno 2009 anjuran Umno. Nampaknya Umno mendahului parti-parti politik lain dalam melayan, meraikan dan memberi penghargaan kepada para wartawan dan petugas media massa negara ini.Kalau langkah Umno itu sebagai mewakili BN, bermakna BN menyedari akan hakikat ini dan BN telah mendahului Pakatan Rakyat (BN) dalam bermesra dan bermanja dengan para wartawan.Malam tadi berbagai hadiah dan anugerah telah disampaikan kepada para pemenang. Semuanya dari media massa yang menjadi penjilat buntut kerajaan UBN. Jelas anugerah itu hanya untuk kalangan yang menyokong UBN saja. Maka wartawan yang mengkritik, memberi pandangan menentang parti berkenaan bukan saja tulisan mereka tidak berpeluang dinilai, diundang pun tidak.
Jangan persoalkan kebebasan dalam hal ini. Kebebasan hanya retorik dan boleh dicakap saja tetapi sulit untuk mengamalkannya. Untuk melaksanakan kebebasan penuh profesional sesuatu yang bukan mudah malahan mungkin tidak akan berlaku sampai khiamat. Hal ini tidak terkecuali kepada parti memerintah saja, parti pembangkan juga dua kali lima saja.Sebelum ini parti pembangkang – Pakatan Rakyat ada juga mengadakan majlis meraikan wartawan, tetapi tidaklah sampai memberi penghargaan dalam bentuk material ribu-ribu ringgit. Tetapi sekadar meraikan dalam majlis makan-makan atau majlis berbuka puasa.
Wartawan dan penulis diundang dan datang ramai-ramai untuk makan. Sambil makan mereka dihidangkan dengan pidato pengukuhan politik oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Setakat itu saja.Betul.. wartawan tidak mengharapkan apa-apa imbuhan. Mereka bertugas bertolak dari rasa keimanan kepada Allah dan tanggungjawab sosial mereka kepada negara yang berdasarkan bakat dan minat mereka. Tetapi sebagai manusia apa salahnya kalau kerja (profesyen) mereka dinilai dan diberikan pengikhtirafan dan dihargai.Kini Pakatan Rakyat sudah ada empat kerajaan; Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Apalah salahnya kalau keempat buah negeri ini bersatu tenaga untuk mengadakan majlis grand untuk meraikan wartawan dan petugas media yang pro pembangkang. Kalau tidak setiap tahun, boleh buat tiap dua tahun sekali.Dalam majlis itu boleh disampaikan penghargaan dan sedikit habuah berupa wang ringgit kepada wartawan yang berkualiti dan memberi sumbangan besar kepada perjuangan PR. Kalau nilainya tidak semahal kereta Kancil tetapi cukup kalau nilainya untuk membolehkan wartawan memiliki laptop baru ataupun membeli peralatan penulisan seperti kemera digital kecil.
Mereka yang pro PR bukan kecil-kecil anak. Pengorbanan dan tanggungjawab mereka lakukan cukup besar. Adakalanya gara-gara pendedahan untuk membantu PR menyebabkan diri mereka terbakar, di saman dan dihadap ke mahkamah. Dicemuh dan dimaki usah dikiralah itu sudah asam garam. Kadang kadang sesama sendiri pun dicaci dan dimaki dan dituduh dengan pelbagai gelaran dan peranan.Apakah penulis seperti ini tidak boleh diberikan anugerah sebagai mengenang jasa-jasanya? Mungkin anugerah itu tidak memberi erti besar kepada mereka tetapi setidak-tidaknya ia menandakan kerajaan Pakatan Rakyat juga mengenang kaum wartawan dan penulis.Kalau tidak silap saya semasa meledaknya era refomasi dulu pernah diadakan sebuah jawatan kuasa untuk mengenal pasti para penulis dan wartawan yang beperanan membantu menggerak reformasi. Jawatankuasa itu bercadang untuk mengenal pasti dan memberi pengikhtirafan kepada para penulis reformasi khasnya mengenai penerbitan buku politik, kartun dan sebagainya.Malangnya cadangan itu berakhir tanpa kubur. Hangat diawal saja. Seharusnya idea itu dikembangkan kepada pihak kerajaan Pakatan Rakyat kini. Atau pihak kerajaan dalam bidang bersangkutan mengambil alih tugas menjayakan idea berkenaan.

Sesuai dengan hari ini dimana berlaku ledakan blog politik dan perjuangan, maka wajar kalau para penulis blog dan pengusaha blog dan portal juga turut sama dinilai dan diberikan penghormatan.Penghormatan ini tentulah akan merangsangkan lagi para bloger untuk menulis dengan lebih bertanggungjawab, rajin dan competant. Sekali lagi dikatakan, saya mengira penulis dan wartawan pro Pakatan Rakyat memahami akan masalah kewangan dan prasarana kerajaan-kerjaan negeri PR dalam mengadakan majlis ini. Justeru itu mereka tidak begitu mengharap. Tetapi kepada pihak kerajaan dan pemimpin tertentu harus mengambil inisiatif untuk mewujudkan majlis anugerah itu, kalau pun bukan untuk digahkan tetapi sekurang-kurangnya bagi menunjukkan Pakatan Rakyat juga mempunyai komitment yang sama dengan kerajaan UBN khususnya Umno itu. [wm.kl.9:50 am 13/12/09]

Tok ayah su- salam hormat! Mungkin ada yang masih ingat didalam beberapa siri pilihan raya kecil termasuk pilihanraya ke 12 yang lampau ada dikalangan pimpinan politik mengakui penulisan dari para bloggerlah yang membantu memberi kemenangan kepada parti politik tertentu malah terdapat kenyataan dari TGHA sendiri yang pernah mengiktiraf dan berterima kasih kepada para pelaporan maklumat melalui blog ini.

Pada hari ini keadaannya terdapat sedikit perubahan apabila terdapat segelintir para blogers telah mula beralih arah menentang arus menghentam dan mengkritik balik dari dalam mana mana pimpinan dengan pelbagai alasan tersendiri.Jesteru itu apabila suasana ini telah berubah maka mulalah ada pula suara suara kecaman yang mengatakan apa yang dipaparkan didalam blog sukar dipercayai sehingga ada yang membawa kemimbar jumaat dibaca dihadapan para makmum menyarankan supaya menyediliki terlebih dahulu apa yang dipaparkan seumpama pesanan agama 'hendaklah kamu selidiki setiap berita yang dibawa olih orang orang fasik' .

Inilah nasib penulis blog rupanya, dipuja jika mengampu dan memuji dikeji apabila paparan tidak dipersetujui.walhal perkara yang pahit itu pada kebiasaannya yang menjadi ubat !. Pengisian penulisan yang membawa pelampung untuk roh roh politik berpaut amat digemari malah ayat adu domba juga adakalanya bolih diterima pula,pelikk bukan, biarlah isinya bagaikan sedang mengkelar kelar dan merobik hati orang untuk dibakar hangus pun masih ada yang tertipu untuk dijadikan sandaran dan rujukan, itulah yang sukar di fahami ke'gilaan' orang gila politik....

Berbicara soal kod etika blog sememangnya telah pun diwujudkan olih portal, kelulusan untuk penyiaran terutama gambar gambar berbau lucah ada yang memerlukan 'agree privacy' (persetujuan syarat) terlebih dahulu,cuma yang timbul permasallahannya ialah perlanggaran peraturan olih para blogger itu sahaja.kesimpulanya jika ditanya saya maka jawapannya terpulanglah pada keadaannya... fikir fikirkan!

Jumaat, 11 Disember 2009

Minta laluan ! nak celah sikit...

catatan respon ditangguh sementara,harap dapat bersabarr-tok ayah su
Terkini :
Atas dasar tidak mahu sampah sarap hanya disapu kebawah kapet makanya saya terpanggil untuk menyokong langkah yang telah dan akan diambil tindakan terhadap sebarang permasallahan yang timbul diperingkat DUN mahupun cawangan,ini kerana berdasarkan pengalaman yang lepas lepas perkara yang dibincangkan dalam setiap kali mesyuarat hanya yang keluar ialah sekadar suara bagaimana hendak memanjangkan talihayat parti,sebagai contoh perkara yang ditekankan ialah agar setiap anggota parti dapat mendaftarkan anak anak remaja yang sudah cukup umur agar segera mendaftarkan diri sebagai pemilih.
Kerana atas dasar kurang berpuas hati agaknya salah seorang dari ahli telah bersuara dengan menanyakan soalan adakah jika menyegerakan daftar pemilih bolih "menjamin"remaja tersebut akan memilih parti Pas jika seandainya dalam jangka terdekat ini akan ada masa pilihanraya kecil, ini katanya dari pemerhatian beliau para remaja hari terdedah kepada pergaulan bebas dengan pelbagai acuan pendidikan dipusat pusat pengajian tinggi manakala diantara teman dampingan atau pun kawan kawan sepengajian mereka pun ada yang berkefahaman kearah ala BTN/umno, maka kerana itu adalah bukan perkara mudah untuk mereka menerima doktrin parti Pas, lainlah jika dikalangan mereka ini telah dididik awal disekolah atau dipusat pengajian yang menjuruskan kegiatan gerakakan islam seperti diRusila atau diKubang Lembik Manir, jika pendedahan pendidkan asal dari sini sudah tentu tidaklah menjadi sesukar mana untuk mereka menerima tarbiah dari pas, jika tidak sudah tentu akan memakan masa untuk mereka menyokong dan mengenali apa itu anologi perjuangan islam pas.Jesteru itu dicadangkan agar satu program penerangan mesti diadakan dengan disertai bersama sayap parti seperti nisa" dan sebagainya,katanya.
Sementara perkembangan lain disarankan juga agar permasaallahan peribadi ahli juga perlu diberi perhatian olih pimpinan seperti menjaga akan hal ehwal kebajikana mereka supaya tidak terabai dan terkontang kanting seorang diri melepaskan diri dari belenggu masaallah terutama berkait dengan menaiktaraf ekonomi.Apa yang lazim dikemukakan ialah pehak pimpinan mencerita kedaifan parti dan menagih agar dibantu sedangkan didalam ahli jamaah itu sendiri terdapat dikalangan ahli yang merintih sedih didalam hati memohon simpati agar mereka dibantu, cuba kita dimana mana mesyuarat Dun,adakah perkara yang dibangkitkan ini pernah kita "Round Table" bertanya pada setiap ahli ?sudah tentu tidak ada....
Olih sebab itu apa yang tidak mahu kita lihat ialah adanya dikalangan sesama jamaah sendiri yang bertepuk tangan secara senyap kerana sukahati apabila melihat sesuatu musibah menimpa ahli (sikap buruk sebegini pun ada) percayalah hari ini mungkin hari engkau....entah esok atau pun lusa manalah tahu giliran kita pula, maka ingat dan sedarlah sesungguhnya langgit tidak selalunya cerah !
tok ayah su-sedia beri pelan formula penyelesaian....

Rabu, 9 Disember 2009

Pengumuman !





salam hormat !

kepada sesiapa gambarnya terpapar didalam blog ini (diatas) juga termasuk semua pelangan lain maka dengan ini diwar warkan bahawa pehak restoran Sri Adidah telah bermurah hati ingin memberi potongan harga makanan jualan sebanyak beberapa peratus dengan kadar jumlah tertentu sempena hujung tahun dan kedatangan tahun baru masehi.sekian dimaklumkan !

Tok ayah su-jadi jurupromotter bertujuan untuk hebahan kepada para pelangan budiman....

Respon kepada penjenggok blog !

Dibawah adalah petikan dari penjengok blog yang menjadi pilihan diangkat untuk dikongsi baca dengan penjengok yang lain:

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum...saya amat senang hati melihat pelaporan yang telah di persembahkan oleh Tok Ayah Su, penulisan amat lembut dan saya rasa dapat diterima umum berbanding dengan blog yang saye pernah baca sebelum ini. Tetapi saya ingin berkongsi pendapat sedikit dengan Tok ayah su.. Bagi pendapat saya, amat kenalah apa yang telah diperlakukan oleh Tok Guru Nik Aziz itu kerana beliau telah memegang amanah yang telah kami berikan kepada beliau, Kalau difikirkan sebagai logikal, saya rasa Tuan guru kami hanyalah mempertahankan kami sebagai rakyat kelantan daripada seseorang yang tidak patut untuk merampas dari kami.. Dengan izin Allah, Allah telah mengurniakan satu punca minyak di negeri kami..Salahkan sekiranya Tok guru tidak mahu seseorang pun yang mengusik hak itu kerana itu hak kami, kenapa perlu diberikan kepada orang lain, sedangkan kami di negeri kelantan amat memerlukan di negeri kami bagi kegunaan dan saya fikir mungkin juga untuk keperluan kami.

Mengenai yang tok ayah su mengatakan itu bahawa kebendaan, dari mana sudutnya tok ayah su melihat kebendaan??? hak kami tetap hak kami.. Cuba bayangkan kalu perkara ini berlaku di negeri Tok ayah su, adakah tok yah su membenarkan pemimpin di negeri tok ayah su hanya memekakkan telinga dan hanya membutakan mata tentang perkara itu..saya amat yakin tok ayah su jugak akan berasa hal yang sama dengan kami. Itu hanyalah pemikiran saya, saya hanyalah seorang pelajar yang amat cetek dengan ilmu sebegini jika dibandingkan dengan tok ayah su, dan saya juga bukan ingin masukcampur dalam isu politik memandangkan ilmu setahun jagung tapi isu yang melanda ini mendesak saya utk bersuara sedikit demi meredakan ati saya yang bergelodak. Saya amat terkilan apabila perkara ini disalahkan oleh satu pihak saja sedangkan saya amat yakin mungkin ramai sudah mengetahui hal sebenar tapi saja tidak menghiraukan.. saja buat tak tahu, saya bukan ingin berat sebelah tapi saya berani bercakap berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Saya pernah bersemuka dengan kedua2 pemimpin yang saya sanjungkan oleh kedua2 parti yang berlainan di sebuah majlis penganugerahan pelajar cemerlang.. di majlis tersebut saya amat terkilan kerana kami sebagai pelajar didedahkan oleh parti dan berkempen2, kami ingat ke tokoh itu datang untuk membicarakan tentang hal kami tetapi itukah contoh yang harus ditunjukkan olah kami?? tapi bila saya pergi pada majlis yang ke dua yang di bawah anjuran parti lain..mula2 saya berfikir xnk pergi, tapi disebabkan majlis itu perlukan kami menerima anugerah, saya pun pergi jgk..tp saya amat terkejut bila tokoh yang sedang bercakap itu seolah2 sedang berceramah di satu majlis ilmu agama, tanpa sedikit pn tdk menyentuh psl parti...sejak daripada itulah ia menyedarkan saya bahawa pemimpin mana yang patut diiktiraf sbg pemimpin..

Dan sekarang saya sudah menarik nafas lega kerana KELANTAN telah dipegang oleh tonggak kepimpinan yang tepat..TOK GURU NIK AZIZ..dan tentang doa yang telah dikalutkan oleh media, saya agak tergelak sebab ia heboh diperkatakan tetapi saya tidah faham kenapa segelintit mereka sgt kolot pemikirannya,sebenarnya doa daripada Tok GUru Nik Aziz itu hanyalah saru larangan dari beliau..tetapi kenapa semua orang tidak berfikir begitu.. cubalah berfikir luar drpd kotak..jgn terlampau kolot sgt pemikiran kita hinggakan perkara yang senipis kulit bawang, telah menjadi setebal kulit limau bali...so, fikir2kan lah yer....

Respon rengkas dari tok ayah su:

salam hormat kepada penulis komen !

Pertamanya terima kasih kerana sudi datang datang menjenggok blog tok ayah su dan menerima pandangan idea tok ayah su seadanya.Perasaan kita sering kali bergelodak dan mengelegak kepanasan sendirian apabila sesuatu perkara tidak dapat diperkenan olih hati nurani kita,situasi begitu sudah jadi perkara biasa dan lumrah,yang menjadi perkara luar biasa ialah apabila hala tuju perjuangan berpolitik menjadi sama sedangkan dasarnya berbeda.Untuk lebih datail difinasinya begini:Balik kepada dasar asas perjuangan islam pas adalah kearah mendapat keredaan Allah dengan mendukung amanah menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran tanpa meletakkan kebendaan menjadi matlamat utama.Fokus kepada isu doa tersebut adalah untuk mendapatkan royalti (kebendaan),jadi dimana bezanya dengan perjuangan umnobn yang kita tahu dengan jelas sama dengan dasar perjuangan mereka iaitu bertujuan kerah pembangunan (dunia).

Saya juga ada pengalaman dalam setiap kali hadir bermesyuarat parti,ada dikalangan ahli diperingkat akar umbi sering diperingatkan agar jangan terlalu lebih lebihkan berbicara soal duit ringgit nanti akan jadi sama dengan umno katanya.Ahli disempitkan fikiran dengan hanya berbicara soal agama semata,begitukah yang diajarkan olih olih agama kita ?

Tok ayah su pun kadang kadang naik geram,sebab itu teringin juga hendak lepaskan "buah keras".Olih yang demikian janganlah kita terlalu beretorik (berpura pura),bukankan lebih baik bersikap jujur memohon agar dilimpahkan kurnian rezeki yang berlipatkali ganda jika sememangnya rezeki itu sudah ditentukan olih allah menjadi hak milik kita daripada kita tidak melakukan apa apa usaha....jadi fikir fikirkan !

Tok ayah su-teringat akan satu ayat yang berbunyi 'Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri mengubahnya".....

Isnin, 7 Disember 2009

Enjit enjit semut...



salam hormat !

saya sudah lama perasan wujudnya jenis amalan "enjit enjit semut sapa sakit naik atas" ini,
pada mulanya saya ingatkan dia ingin rosakkan nama parti tapi sebenarnya tidak,malah dia tetap sayang serta iklas pada perjuangan islam pas cuma disebalik kelakuannya yang dianggap buruk itu hanya sekadar inginkan nama individu individu tertentu sahaja yang rosak dengan harapan pemimpin yang menjadi pilihannya pula yang akan naik keatas.Maka kerana itu disini memerlukan kita supaya "tidak bodoh" untuk membuat penilaian diantara sayang pada perjuangan parti dengan sayang pada tubuh badan peribadi individu kerana tindak tandok kedua perbuatan ini sama tapi berbeza,jadi fikir fikirkan...!
Tok ayah su-mencari hikmah yang tersirat disebaliknya....

Awas...dahyah kafirun !



salam hormat !

Secara tidak sengaja saya terpandang satu alat tambahan tali pemegang hand fone yang telah dibeli dan digunakan olih anak saya yang masih belum mengerti apa itu tanda pangkah salib yang jelas lagi terang ada unsur unsur untuk memperkanalkan agama Kristian dalam perniagaan.Anak anak muda yang tidak diawasi olih orang tua akhirnya akan jadi mangsa dakyah dari orang bukan islam ini disamping itu kita berharap pehak kementerian yang berkaitan tolonglah peka akan sentiviti orang islam/muslim dan perlu bertegas dalam hal ini agar dapat memperketatkan lagi usaha usaha olih pehak kurang bertanggung jawab ini agar dapat dibenteraskan.

Tok ayah su-tolong hebahkan...

Sabtu, 5 Disember 2009

paparan selingan....



Tok ayah su-halalan toyyiban (halal itu baik) !

Pijak gambar:primitif dan kurang bertemadun ?




Salam hormat !
Adakah kita bersetuju dengan artikel ini yang dipetik dari http://penawarrinduku.blogspot.com/Memijak Gambar Adun, tidak bermoral

Kejadian memijak potret tiga Adun yang keluar parti dari Perak, Jamaluddin Md Radzi (Behreng), Othman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Fong (Jelutung) oleh pemimpin DAP adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat kita Malaysia.Walaupun mungkin kemarahan sudah berada ditahap yang sukar dikawal namun perlu ingat kejadian tersebut adalah satu peristiwa yang belum boleh diterima oleh masyarakat umum di negara ini.Masyarakat umum memerhati dan menilai, musuh mengambil peluang, gabungan dua kombinasi tersebut sudah akan pasti menjadi instrument penting dalam mana pilihanraya selepas ini.ketandusan moral yang sangat jelas, akibat tekanan kemarahan.Saya juga barang pasti seandainya sukatan BTN itu tidak diubah maka gambar ini menjadi salah satu slot didalam modul kursus BTN tersebut.Perbuatan memijak gambar oleh pimpinan DAP itu sesuatu yang memalukan rakan-rakan Pakatan Rakyat.Tidak dipastikan pula perkara ini akan dibangkitkan didalam mesyuarat Majlis Presiden PR. Atau mungkin akan ditimbulkan didalam konvensyen PR 19 Dis 2009 nanti.
Saya : kewajaran menasihat DAP dalam perkara ini amat perlu, ini lah masanya kita menegur mana-mana yang tidak sesuai samada dengan adat dan lebih-lebih lagi dengan hukum agama.Peluang memperkenalkan Islam kepada mereka perlu disegerakan, kerana kita yakin mereka boleh menerima apa yang kita perjuangkan seandainya mereka diberi fahaman yang betul.Apa yang tinggal dibimbangi kita hanya menyebut dan cuma mengharapkan agar ianya terjadi dengan tanpa usaha kearah itu.Kita mungkin lunak menyebut bahawa bersama DAP dan PKR adalah ruang kepada PAS untuk mendekatkan mereka dengan Islam selepas Umno tidak bersedia kearah itu, tetapi ianya hanyalah sebuat cita-cita yang tiada usaha yang disusun dan tersusun.Kepada kita lah amanah ini , kalau kita mengaku bahawa PAS itu adalah wadah kita.Sementara itu sudah barang pasti ada yang bertanya, macamana pula dengan tindakan membakar gambar ketua Menteri sebuah negeri di malaysia ?fikir fikirkan...
Tok ayah su-kadang kadang lihat dari sudut kaca mata agama agar tidak tersalah langkah...

Chin Peng :satu punggutan suara..

Dipetik dari : http://pbtmkedah.blogspot.com/2009/12/keputusan-chin-peng-balik-perlu-ikut.html

Keputusan Chin Peng balik perlu ikut suara ramai

Sumber Utusan

LANGKAWI 2 Dis. - Keputusan untuk membenarkan bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaysa (CPM) Chin Peng untuk balik ke Malaysia perlu mengikut suara ramai, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya beliau sendiri akan bersetuju dengan apa yang diputuskan oleh orang ramai.
"Saya kena ambil kira perasaan orang. Kalau orang suka tiada masalahlah, tapi kalau orang tak suka apa nak buat,” katanya ketika ditemui pemberita semasa melawat Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA 2009) di Dewan Pameran Mahsuri Antarabangsa (MIEC) di sini hari ini.

Diminta mengulas kenyataan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor bahawa Chin Peng berhak kembali ke Malaysia sekurang-kurang secara lawatan sosial di bawah Perjanjian Damai Haadyai, Dr. Mahathir berkata, perjanjian itu perlu diperjelaskan kepada masyarakat.
"Kena terang dengan orang ramai dahululah, kata dah janji,” katanya.

Isu mengenai Chin Peng timbul apabila beliau menyatakan hasrat untuk pulang ke tanah air bagi menziarahi keluarganya di Sitiawan, Perak, tetapi ini dibantah keras khususnya oleh bekas anggota tentera yang pernah berdepan dengan kekejaman komunis dahulu.
Kerajaan telahpun menyatakan pendirian bahawa ia bertegas tidak akan membenarkan bekas pemimpin komunis itu pulang. - Bernama
Tok ayah su-Tidak setuju import masuk pemikiran dan idealogi kominis...!

Jangan sokong sesiapa yang suka cela ulama"!






Salam hormat !
Untuk pertama kalinya saya mendengar khutbah yang dibaca olih seorang khatib diatas membar dihari jumaat yang lepas telah menyarankankan kepada para jamaah agar lebih menghormati ulama' dengan tidak mengeluarkan kata kata celaan dan sebagainya sebagaimana diperhatikan sejak akhir akhir ini didapati ada dikalangan ulama' sering dilemparkan kata kata nista dan menjadi bahan fitnah olih pehak pehak tertentu.
Khatib tersebut turut menghentam bahan bahan bacaan sebaran am termasuk akbar akbar perdana dan disebut tanpa berselindung lagi akan nama syarikat syarikat akbar yang terlibat. Malah katanya sumber berita dari internet termasut blog dan sebagainya yang juga ada yang turut sama terikut rentak bentuk sebaran media cetak ini walhal kebanyakkan akbar hanya mahukan setiap berita itu menjadi sensasi dengan tujuan untuk melaris sekaligus dapat meningkatkan jumlah jualan akbar masing masing.Olih yang demikian marilah sama sama kita membuat penilaian dan fikir fikirkan....!
Tok ayah su-percaya tidak semua perkara bolih diselesaikan dengan politik....

Rabu, 2 Disember 2009

Doa ditimpa bala:susulan posting sebelum ini...







salam hormat!
Setelah merujuk kepada petikan ayat ayat doa dari beberapa buah buku panduan amalan berdoa, saya dapati sememangnya terdapat beberapa ayat ayat yang membolihkan kita sebagai umat islam berdoa memohon supaya dimusnahkan kehidupan seseorang yang menjadi seteru dengan menzalimi tubuh badan individu tertentu,namun demikian unjuran tersebut kebanyakannya ditujukan khusus diantara permusuhan dikalangan orang orang islam dengan orang kafir yang jelas dikenal pasti bukan sahaja memusuhi umat islam malah termasuk kepada membenci ajaran islam (perhatikan gambaran imej ayat diatas).
Lalu teringat saya pada suatu ketika akan satu majlis ilmu agama yang telah saya hadiri dimana didalam kuliah tersebut seorang ustaz telah menerangkan diantara intipatinya yang menyebut sejarah dizaman nabi Allah musa terdapat dua orang pembesar Fir'aun yang bernama Hamaan dan Qoruun telah membina bangunan setinggi melanggit dengan tujuan kononnya untuk memudahkan kaumnya melihat tuhan nabi Musa.Walhal segala perbuatan mereka itu hanyalah sekadar untuk mempermain main dan mempersenda sendakan dengan harapan supaya tidak ada sesiapa yang akan percaya kepada ajaran yang dibawa olih nabi Musa.Melihat kepada situasi ini langsung terus Nabi Musa berdoa memohon agar dimusnahkan segala harta benda dan kemewahan yang dimiliki Fir"aun dan kuncu kuncunya.Peristiwa kemusnahan ini telah tercatat didalam ayat suci AlQur"an surah AlQashash ayat 81 yang bermaksud "lalu telah kami musnahkan Qoruun bersama istananya".Ada pun motif bala yang menimpa Fir"aun ini adalah hasil perkenan doa Nabi Musa diatas tindak tanduk Fir'aun yang memusuhi ajaran islam malah sampai kesatu peringkat kemelampauan Fir"aun sehingga mengaku dialah tuhan.
Adapun persoalannya bagaimana pula dengan doa yang bermotifkan kebendaan yang ingin menuntut meterial royalti minyak?Apakah tidak menjadi kesalahan dan bolih dihalalkan sehingga ketahap memohon doa supaya diberi kemusnahan kepada orang yang berkaitan dengan alasan berkelakuan zalim menafikan hak kepunyaan orang lain,benarkah begitu? Jesteru itu saya cuma hendak mengingatkan diri saya dan kepada sesiapa jua bahawa amalan berdoa itu satu ibadat yang akan diberi ganjaran pahala olih Allah S.W.T.Untuk berolih kebaikan pahala sudah tentu kita dituntut supaya hanya melakukan permintaan doa yang baik baik belaka apatah lagi doa yang hendak dimajukan kepada Allah itu berkait dengan sesama orang seagama dan sebangsa...jadi fikir fikirkan !
Tok ayah su-pro dan kontra....

Ahad, 29 November 2009

Kemalangan jalanraya-satu analisis rengkas....




penguna jalan raya mempunyai hak untuk mendapat keselesaan,jika jalan dipenuhi berbatu kerikil begini adakah kualiti pemanduan bolih stabil? keadaan permukaan jalan sebeginilah warga emas tadi terjatuh
Batu kerikil bertaburan diatas jalan itu dikatakan berpunca terjatuh dari atas lori yang sedang keluar masuk menganggut batu yang datang dari sebuah kilang pembancuh simen berhampiran.
Nasib baik kerana masih ada seorang insan yang prihatin sanggup membantu warga ini untuk segera menghantar kehospital bagi menerima rawatan.
Alhamdulillah,selepas beberapa jam kemalangan datang pula pasukan bomba dengan dibantu pehak polis
Adakah berpunca dari kecuaian pemandu atau faktor manusia atau kedudukan muka bumi atau jalan raya ataupun oleh faktor teknikal kenderaan itu sendiri ?
ulasan akan menyusul kemudian...harap sabar menunggu !
Terkini:Salam hormat !
Kira kira jam 2 petang 29.11.09 saya sempat menyaksikan satu kemalangan seorang penunggang motorsikal warga emas (fokus pada lensa kemera diatas) walau bagaimanapun ketika saya sampai keadaan mangsa telah pun terbaring kaku tetapi masih bernyawa. Dari sumber yang dimaklumkan kepada saya kemalangan ngeri ini berpunca keadaan jalan raya yang dipenuhi dengan batu batu kerikil yang bertaburan diatas jalanraya yang terjatuh dari atas lori yang keluar masuk dari kilang kuari pembancuh simen berhampiran.Ini telah menyebabkan warga emas tersebut menjadi kurang tumpuan untuk mengawal kenderaan lalu terbabas sendirian.Akibat dari kemalangan ini saya dapati banyak darah yang keluar dari mulut dan tangan yang berkemungkinan mengalami kecederaan yang parah.Atas dasar simpati dari orang ramai ada diantaranya menghubungi pehak berkuasa berkenaan kemalangan.Tindakan pantas seorang pemuda yang sanggup mengunakan kenderaannya terus menghantar warga emas tersebut kehospital sebelum sempat tibanya bantuan Van Ambulan.
Apa yang hendak saya kupaskan disini adalah berkaitan dengan pengalaman sendiri setelah menyaksikan beberapa kemalangan dan juga dikesempatan ini saya hendak gabungkan dengan pengalaman apa yang telah diajar dan dipelajari didilam satu kursus kejurulatihan memandu kenderaan darat berbagai kelas.Antara yang masih saya ingat ialah punca punca kemalangan bolih dipecahkan kepada tiga ketegori iaitu datang dari kecuaian manusia/pemandu dan ketegori kedua berpunca dari permukaan tanah atau keadaan jalan raya dan yang ketiga berpunca dari makanikal kenderaan.
Secara kasarnya kajian yang tidak formal telah saya analisiskan berbunyi sebegini:-
kecuian manusia (50%)-Adakala ada manusia memandu dibawah pengaruh alkohol,dadah ataupun mabuk juga dalam keadaan keletihan serta mengantuk disamping "kurang pendidikan" mengenai peraturan memandu malah ada yang memandu langsung tidak tahu undang undang jalan raya kerana ketiadaan lesen memandu yang sah.Juga ada yang ingin menonjol keegoan dan kejaguhan serta kehebatan melampau tanpa memikirkan risiko keselamatan diri sendiri apatah bahaya yang akan melibatkan orang lain.
Faktor jalanraya(30%)-Terdapat kurang keterangan atau papan tanda yang memberi amaran awal akan halangan bahaya dihadapan sebagai contoh seperti "AWAS JALaN ROSAK 200M",tidak ada lampu jalan ditempat tempat kritikal yang terkenal tempat yang kerap berlaku kemalangan,kawasan yang menjadi lalulintas keluar masuk kenderaan berat termasuk kawasan binatang ternakan berkeliaran dikenal pasti punca faktor pemandu tidak dapat menduga apa yang akan ditemui dipermukaan jalan dihadapan.
Maknikal kenderaan(20%)-Muatan yang lebih had juga bolih menyebabkan makinal kenderaan menjadi lemah untuk mengekal kelajuan mendaki,memotong dan memberek, kurang membuat "mentenance" mengikut jadual berkala juga bolih mengundang kepada bahaya makanikal kenderaan tidak dapat berpungsi seperti alat pendawaian lampu lampu,bahkan adakalanya tayar yang masih berbunga akan tetapi secara tiba tiba bolih pecah dan meletup tanpa diduga.

Secara kesimpulannya ada pehak yang bolih dipersalahkan dan ada juga pehak yang bolih diambil tindakan undang undang mengikut hak yang diperuntukan dibawah kebertanggung jawaban masing masing selain dari kesalahan pada diri sendiri.
Tok ayah su-pernah mengikuti kursus jurulatih pemanduan kenderaan berkelas....

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan