arkib

Jumaat, 28 Februari 2014

Mau tak marah (3)

Salam hormat!
Ini bukan dialog dalam filem Tiga Abdul..."jangan marah...nanti kena jual..." tapi ini dialog betul betul diantara saya dengan MyWifelah,dalam bab perkara ini dia agak tertinggal maklumat miski pun dia juga seorang yang suka membaca,kadang kala berebut akhbar dengan saya untuk membaca,namun entah macamana dia tak tahu pulak pasal ni... hal apa?

Selepas penat jalan meronda ronda dipekan Rantau Panjang dan shooping lebih kurang, kami bertolak untuk pulang,olih kerana hari sudah lewat petang,jam menunjukkan pukul 5 lebih, saya membelok kenderaan masuk keperkarangan Masjid Beijing untuk tunaikan solat Asar,secara tiba tiba isteri saya bagaikan dirasuk hantu,bukannya apa...dia marahkan saya dan tepuk tepuk bahu saya,pedih juga kulit rasanya,kemudian dia membebel "ehh...apa kena dengan awak ni haa? tak pasal pasal masuk kerumah TokKong Cina ni?dah buang tabiat agaknya"marahnya dia kepada saya. Ooo...barulah saya faham rupanya dia sudah salah sangka. "apa pulak TokKong cina...inikan Masjid" jawab saya.Dia masih tidak berpuas hati "Masjid apa
kebendanya...tengok tu..."dia menunjukkan dua tiga orang TokCha berpakaian kelabu kemerahan (orang Alim penganut agama Budda) yang secara kebetulan turut sama datang melawat kesini. "oo...itu saja saja dia orang datang melawat kesini" saya beri penjelasan. "Tu...ha...tengok gambar ustaz Azhar terpampang"saya menambah kata.Secara kebetulan lagi terdapat banner memaklumkan satu Kuliah agama yang akan diadakan diMasjid ini. Itulah satu kejutan yang saya kira telah memberi satu pengalaman pelik buat isteri saya.Dia terpingga pingga dan terlopong memerhati keunikan Masjid ini."sudah...cepat keluar pergi solat" arah saya lalu mematikan lamunannya yang masih sangsi dengan keanihan Masjid ini.Dia sudah ketinggalan bas rupanya....maklumlah asyik jadi pekasam memerap didapur memanjang....keh...keh...keh....

sisipan akhbar SH
Nak sambung balik cerita pada siri pertama dulu tu,kiranya disepanjang bulan ini ramai juga yang bolih dikatakan murah rezeki, terima durian runtuh,ada sebahagian orang tu, selepas terima duit BR1M kemudian dapat pula duit bantuan banjir,berganda ganda masuk poket,tapi yang tak sedap didengarnya, masih ada lagi suara suara yang mengatakan mereka yang tidak pernah pun terlibat dilanda banjir namun tetap juga ada hadir terima bantuan...macamana tu? "kalau saya bercakap nanti dikata saya mulut jahat,sengaja mereka reka cerita buat fitnah" luah kakak pada hari berkenaan."Entahlah...rumah dapur saya,simennya ada yang retak retak dihakis air banjir, tidak pun ada sesiapa yang datang bertanya khabar" luah pula Maksu (mywife lah) tatakala saya dengar mereka bersembang sembang dengan pelangannya (yang dipanggil kakak itu) bersambung....

Rabu, 26 Februari 2014

Maunya tak marah...(2)



 Salam hormat!
Pada siri pertama saya membawa kata kata dua orang penerima bantuan BR1M,yang pertama itu saya terdengar semasa diwanwancara olih pemberita yang disiarkan diTV manakala yang kedua itu seorang kakak yang saya cuba korek rahsianya apabila dia singgah membeli belah dikedai Maksu (bini akulah). Ada pun kesah itu benar tetapi yang tidak benarnya ialah gambar yang tersiar diblog ini adalah dilain tempat sedangkan cerita sebenar tempat dia pergi adalah diLangkawi, cumanya saya ubah untuk mengaitkan dengan kesah MakSu (bini akulah) yang juga berkesempatan berjalan jalan makan angin keRantau Panjang Kelantan.

sisipan akhbar SH
Kalau orang lain bolih melawat dan melancong sampai kekeluar negara seperti diKemboja,Indonesia mahupun ke Antartika jadi apalah sangat hebatnya kalau kami sekeluarga hanya merewang rewang sekadar didalam negara sahaja kerana hanya setakat itulah sahaja kemampuan yang kami ada.Takkanlah itu pun nak didengki juga? Apa tidaknya.... pernah juga aku dengar dari mulut seorang bekas YgBerhormat katanya "tak padan duduk dirumah PPRT tetapi pakai TV Astro,bukan main lagi...tambahnya "kerja hanya sekadar mengutip barang barang lama,yang dah dibuang orang tetapi bolih pulak memiliki kereta berjenama proton alahai... nampak sangatlah terserlahnya akan gelagat kedengkiannya siYB ini (yb yang dulu bukan yang sekarang) macamlah orang lain tidak ada naluri untuk turut sama mahu merasa nikmat sebagaimana naluri Yb juga, malah ada dikalangan orang kaya terlebih lagi bernafsu besar berbanding dengan kami yang marhain ini. Janganlah marah marah dan tak senang duduk apabila melihat orang lain senang sikit....macamm....sapa tu? aaa....macam Kassim Baba dengan Ali Baba lah....

Mungkin ada yang tertanya tanya kenapa asyik asyik keRantau Panjang, setiap tahun  kesini sahaja nestinasinya? macam tak ada tempat lain dah...kalau nak diceritakan kesahnya panjang,tiga hari tiga malam pun tak habis jika hendak dipaparkan,biarlah sejarah lama sejak lebih 40 tahun dulu itu menjadi satu memori peribadi yang saya kira tak perlu dikongsi untuk diceritabari kepengetahuan umum. Antara tarikan lain saya kesini adalah selain ada hubungan dengan beberapa orang saudara mara (waris) ianya juga adalah kerana terdapat dikalangan rakan rakan lama semasa didalam perkhidmatan tentera dahulu yang terus  tinggal menetap disalah sebuah taman perumahan dekat dekat sini dan ada juga yang menjadi peniaga didalam sekitar kawasan Pekan ini.

Aaiikk...saya sebut pekan ? Apakah yang sebenarnya status Rantau Panjang....pekan atau bandar? rasanya Rantau Panjang belum bolih diiktiraf sebagai  sebuah bandar,sebab itulah ianya dibawah pentadbiran Majlis Bandaran Pasir Mas.Dari segi pembangunan saya lihat dari masa kesemasa ainya semakin pesat membangun, walaupun kedudukan susur aturnya agak padat dan tertumpu secara setompok tula, namun kalau dimusim cuti sekolah atau hari hari cuti perayaan ianya menjadi lokasi wajib bagi pelancong datang keKelantan lalu semestinya turut sama datang bertandang kesini, walaupun keadaan jalanraya diPekan ini jalannya yang agak sempit yang membuatkan keadaan lalulintas menjadi sesak (jem) sedikit namun ianya tidak menjadi halangan. Miskipun terdapat 2 lokasi lagi yang baru naik nama seperti diBukit Bunga Jeli dan juga Pengkalan Kubur Tumpat akan tetapi sebagai sebuah pekan tertua dan terlebih dahulu tersohor, tambahan pula dek kerana berjiran dan bersempadan dengan pekan Golok Thailand. maka ianya menjadi lebih menarik dan digelar sebagai pusat syurga membeli belah barangan berjenama dari negara Thailand. Tambahan pula tukaran matawang Malaysia agak tinggi sedikit berbanding Thailand maka sudah tentu banyak benda yang bolih dibeli.

Pun begitu terdapat satu dua perkara yang perlu diambil perhatian olih pehak berkuasa tempatan ialah yang pertama jangan sampai ada yang mengambil kesempatan mengenakan caj harga yang lebih tinggi kepada para pelancong, kerana dibimbangi mereka kan menjadi serik untuk datang kesini lagi, sebab asyik terkena "sembelih" olih peniaga yang tidak bertanggungjawab, soal layanan dan ramah mesra memang tidak bolih ditandingi....setiap patah akan keluar perkataan manja..."abe...tengok abe...hok mano kene" bila dengar "abe' lalu jiwa tua serta merta bertukar segar menjadi rasa muda...keh...keh...keh....Manakala soal yang kedua pula,saya perhatikan sejak akhir akhir ini terdapat pula ulat ulat yang mengutip duit parking, saya berani kata ulat sebab apabila dihulurkan duit bayaran yang diminta,dia tidak pula menghulurkan sebarang surat cat menandakan hitam putih apa apa jenama syarikat yang bertanggungjawab menjaga kawasan parking tersebut.Olih itu saya cuba mendapatkan sedikit "info" (maklumat) dari salah seorang kakak yang berniaga digerai berdekatan.Katanya "jika dihari hari berkerja, pehak penguatkuasa dari Majlis Bandaran yang akan datang memungut duit Parking (letak kenderaan), tetapi disemasa hari hari cuti didapati pehak lain pulak yang ambil alih dok kutip duit parking tempat ini" ooo...ye ke? begitu ke? apakah ini satu peraturan baru yang diperkenalkan olih pehak berwajib,bolih berkongsi satu tempat untuk satu tujuan....sekejap diwakafkan kepada pehak swasta dan dimasa lain pula olih pehak kerajaan sendiri...rasanya bagus juga peraturan sebegini sebabnya rakyat dapat nikmat terus secara langsung, selain daripada cara lama sebelum ini, dimana duit hanya masuk ke "supit" penguatkuasa (kerajaan) sahaja.  ...bersambung....

Selasa, 25 Februari 2014

Maunya tak marah....







Salam hormat!
Masa harga sayur kangkung murah dimarahi kerana membuat perbandingan yang tak sepadan dengan kenaikan kos sara hidup, pun begitu apabila BR1M diberi tak juga nak dipuji, kalau begitu maunya tak marah marah....kata kakak tu "mujurlah ada BR1M sebab dengan duit itu bolih lah dia memperbesar kedai makan serta beli kerusi meja dan lain lain peralatan jualan" manakala kata kakak seorang lagi "nasib baik ada BR1M sebabnya dengan duit itulah dia bolih pergi jalan jalan makan angin, tengok tengok tempat orang, hilang sikit stress sebab sebelum ini asyik 24jam duduk memerap didapur buat kerja masak memasak dan mengemas rumah memanjang".Kalau tidak.....bersambung....

Rabu, 19 Februari 2014

Hero yang sedar diri...

Salam hormat!
Sudah beberapa siri saya menulis perihal panggung wayang moden yang kini telah menular masuk kerumah sebilangan besar rakyat Malaysia,panggung wayang moden dimaksudkan itu ialah TV Astro,bukan hasrat saya hendak menyerang syarikat TV berbayar ini tetapi olih kerana sebagai pengguna atau pun pelangan sudah tentu mempunyai hak untuk memperolihi khidmat terbaik,apatah lagi apabila setiap kali kita mentalipon syarikat ini,"robot"nya akan bercakap "percakapan anda akan dirakam bertujuan untuk latihan dan penambaikan", jadi saya fikir syarikat ini terbuka untuk menerima teguran ataupun kritikan untuk kebaikan 2 pehak iaitu pelangan dengan syarikat,buktinya saya pernah menerima mesej mohon maaf daripadanya (operator Astro)- maaf anda diterima.

Apabila bercakap pasal wayang lalu terkenang pula saya akan kesah kesah lama.Kalau ditahun 70an-80an tidak sama dengan zaman ini.dikala ini sambil baring baring dirumah pun bolih menyaksikan filem filem yang berbagai versi. Jika dahulu terpaksa pergi kepanggung dibandar ataupun pekan, kena beratur ataupun bersesak sesak berebut untuk mendapatkan tiket,sampai ada yang terseliuh kaki tangan terkena himpitan, agaknya yang bawa pasangan dari rumah pakai kemas kemas dan wangi wangian tetapi dek kerana berhempas pulas dikaunter berebut tiket maka terus hilang wangi bertukar jadi asamm...keh... keh... keh... sebab itulah sebagai tanda nak tunjuk jantan depan awek serta kononnya banyak duit jadi dibelinya tiket haram yang dijual secara "black market" dengan harga jauh lebih mahal dari harga sebenar.

Selain daripada Panggung Wayang, ditahun 70an  itu,sebenar TV pun sudah pun ada,tetapi tidaklah menyeluruh, yang punya TV hanya dirumah orang orang berada sahaja seperti dirumah guru sekolah ataupun dikedai kedai makan. Tatkala itu sesiapa yang mahu pakai TV atau radio mestilah mempunyai lesen dari kerajaan. Saya masih ingat apabila ada pegawai kerajaan yang datang memeriksa lesen maka hebohlah satu kampung, ada yang tidak punya lesen atau lesennya sudah mati (tamat tempoh) lalu disoroknya jauh jauh, terutamanya radiolah yang senang dibawa lari jauh, ada sampai kesawah padi,disorok dibawah jerami padi kering atau dibawa sorok kedalam kebun getah, lucu kan....kan...kan...

Apabila kecoh pula peristiwa semasa terkini berkenaan bandar (DUNn25) Kajang yang akan menghadapi satu lagi pilihanraya kecil, secara spontan teringat saya akan pangung wayang yang pernah menayangkan sebuah filem yang pernah saya tengok dan dapat bertemu mata secara live dengan salah seorang pelakonnya iaitu abang Mustafa Maarof, filem ini popular dengan pantun dan peribahasa melayu klasik
'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri saya, ada terlebih baik di negeri saya'
Pantun:
Kajang Pak Malau kajang berlipat,
Kajang saya mengkuang layu;
Dagang Pak Malau dagang bertempat,
Dagang saya musafir lalu.


Heronya Nordin Ahmad dengan watak Damak begitu menyentuh hati, sentiasa difitnah dan disalah anggap dan tidak menyerang sesiapa kecuali setelah dirinya diserang kerana beliau berpegang kepada prinsip yang dipesan olih arwah ayahnya 'jangan menganggu orang tetapi kalau orang menyerang kita... binasakanlah...." serta marahan ibunya yang sering mengingatkan supaya sedar diri "kita hanya menumpang". Nama filemnya tak lain tak bukan ialah "Sri Mersing"
sisipan akhbar SH/gambar hiasan

Tidak disangka dunia politik macam pentas filem juga,berangkai dan bersiri siri.Mungkinkah kalau P.Ramli masih hidup,ia akan membuat filem Hang Tuah atau Hang Jebat moden, cerita kesah masyarakat atau individu yang mengamuk macam kesah siPrebet Adam dulu dulu tu, yang dikatakan mahu menuntut bela diatas kematian adiknya dimana dengan secara tak langsung disebalik kesah itu tercetuslah krisis diantara pehak istana dengan kalangan orang politik yang akhirnya terbawa keParlimen untuk meluluskan usul raja berpelembagaan yang melibatkan uminiti raja raja melayu. Jesteru itulah ada juga yang mengatakan keberangkalian perkembangan politik Kajang juga kelak akan melibatkan berlembagaan Negeri seandainya melibatkan anak kelahiran diluar jajahan Kerajaan Selangor yang hendak menduduki kerusi Menteri Besarnya.

Bukannya apa...saya cuma hendak mengaitkan dengan peraturan kecil yang dikuatkuasa diNegeri Terengganu kini.Terdapat undang undang khusus yang tidak membenarkan mana mana individu yang bukan kelahiran Negeri Terengganu memiliki atau tidak dibolihkan memohon tanah milik kerajaan negeri.Namun begitu kelonggarannya diberi dengan syarat terlebih dahulu kena memohon untuk menjadi rakyat tempatan. Maka kerana itu saya berpandangan, seandainya mahu menyandang keduduki kepimpinan tertinggi lantikan politik contohnya seperti MB sudah tentu terlagilah memerlukan syarat syarat tertentu yang berkait dengan perlembagaan.

sisipan akbar SH
Dalam erti kata lain orang luar adalah Musafir, tidak ada tempat kerana dianggap berdagang atau dalam bahasa moden digelar pelancung sahaja. Pun begitu musafir dibolihkan memiliki harta benda tetapi tidak bolih memegang kuasa, terutama kuasa diperingkat tertinggi yang melibatkan pembuat dasar atau pemberi keputusan. Tetapi jika sekadar jawatan bilis bilis itu tidak mengapalah, itulah hakikatnya yang berlaku.Namun begitu perlu diberi ingat bahawa siMusaffir juga mempunyai hak kerana ia tergolong dalam kalangan Asnaf yang dibawah pengurusan agihan pemberian Zakat mengikut peraturan agama Islam. Begitulah keistimewaan dan keadilan sebagai seorang Muslim/at.

Kesimpulannya?
Sisipan akhbar SH
Mudah sahaja jalan penyelesaiannya, iaitu balik kepada asas...macam mana? Kalau orang islam yang bukan anti hadith serta berfahaman Ahlul Sunnah sudah tentu akan melihat bagaimana tauladan yang telah ditunjukkan olih Nabi Muhammad S.A.W diMadinah, Kaum Ansar sebagai penduduk asal (tempatan) bolih menerima musafir yang digelar golongan Muhajirrin bertandang KeMadinah. Nabi Muhammad S.A.W bukanlah juga berasal dari negara Madinah tetapi bolih dilantik sebagai pemimpin namun Rasulallah bolih menyatukan kedua golongan ini dibawah satu pemerintahan kerajaan islam dibawah pimpinan beginda. Bukan setakat itu sahaja malah ada dikalangan kaum Ansar yang sanggup menceraikan isteri isteri mereka untuk dikahwinkan dengan golongan orang Muhajirin tersebut,begitulah pergorbanan dan pengajaran asas yang bolih dibuat tauladan dari Sunnah Nabi kita. Apakah orang sekarang bersedia mengikutinya? tepuk dada tanya iman.... wallahuaklam.

tok ayah su-hanya MakSu Heroin ku....keh...keh...keh....

Jumaat, 14 Februari 2014

Rm 100juta sebulan? WOW

Salam hormat!
MUKADDIMAH
Terdapat idea miskipun datangnya dari pimpinan tertinggi namun tidak dapat dilaksanakan serta merta kerana terdapat halangan tertentu yang tidak memungkin lagi untuk berbuat demikian contohnya satu idea yang dilontarkan berkenaan Unity Goverment (UG) yang pernah dicadangakan semasa pemerintahan PM kelima.


sisipan berita 

Intisari topik
Itu perkembangan berliku yang pernah berlaku didalam hal ehwal politik, tetapi jangan disamakan dengan dunia perniagaan,kerana dek kecanggihan teknologi hari bukan sahaja mee segera sahaja mudah disediakan malah urusan keluar masuk keuwangan juga amat pantas bolih dilakukan,antaranya melakukan penghantaran sesuatu bayaran bolih dilakukan secara online,soal jarak jauh mahupun dekat sudah tidak menjadi halangan lagi.Sebagai mana didalam siri tulisan saya yang lepas ada saya menyatakan terdapat pelangan Astro yang tidak lepas lepas dari bebanan baki bil sedangkan dia sudah pun bayar kemudian mohon untuk tamatkan langganan namun diminta olih pehak Astro supaya terlebih dahulu menjelaskan lagi baki bil sedia ada, kununnya ada tunggakan.Apa yang menyebabkan ia ada berbaki? jawapannya mengikut anologi begini:

1.Pelangan membayar bil jam 2 petang secara online dimana mana pusat bayaran yang ditetapkan.
2.Pada jam 2 petang itu juga pehak Astro terima bayaran maka terus di "hidupkan SmartCard:"
3.Secara auto bayaran bil baru turut juga siap dikemaskini (pada masa yang sama).
4.Caj Pakej langanan bulan baharu terus dikira kerana dianggap telah beroperasi.

sisipan akhbar SH
Begitulah kelebihanan kecanggihan teknologi Astro,namun kemudhoratan adalah kepada pelangan sebabnya tidak ada ruang dan kesempatan untuk menyatakan masalah berbangkit. Anda gagal bayar? jumpa diMahkamah.Walaupun begitu saya hanya membuat analogi andaian sahaja sebabnya pehak Astro sentiasa mengelak untuk memberi satu jawapan yang konkrit.Saya kira bukanlah sangat pelangan pengecut bila sebut saman menyaman keMahkamah.Ada yang berani kerana benar,tetapi implikasi dan juga perspektif orang ramai akan memberi satu imej buruk seolah olah sengaja mahu lari dari bayar hutang,disamping masa mereka juga akan banyak terbuang kerana asyik turun naik Mahkamah. Mahupun diMahkamah nanti pelangan akan berkata "Tuan Hakim...saya sanggup bersumpah pakai Qur"an", biar pun akan menjadi bahan gelak ketawa hadirin didalam kamar mahkamah.Ha...ha...ha....Masalahnya adakah mahkamah bolih menjadikan AlQur"an sebagai fakta untuk membuktikan kebenaran?.

sisipan akhbar SH
Agaknya berapalah pendapatan atas angin yang akan Astro dapat jika benar peraturan sebegitu diguna pakai.Cuba bayangkan kalau dengan jumlah 38juta pelangan didharab dengan kadar pakej manima RM30-50, ini bererti Astro akan mengutip RM 100 juta sebulan....WOW.

Teringat saya akan cerita seorang kawan."aku ditugaskan pergi booking (tempah) makanan untuk satu majlis yang akan diadakan disebuah restoran, aku order makanan untuk sekian ramai orang dengan beberapa menu,tauke kedai itu minta duit deposit (jagaran) 1/2 dari jumlah harga yang ditetapkan.Aku tanya kenapa perlu bayar awal sedangkan kami belum makan lagi,apakah tauke itu tidak percaya dengan tempahan itu?cerita kawan saya itu. Saya menjawab bagi pehak restoran seolah macamlah aku tahu sangat peraturan. "memanglah patut tuan kedai ambil bayaran awal sebab bimbang kalau kalau disaat akhir majlis itu kelak tidak jadi sedangkan persiapan telah dibuat,akibatnya nanti akan rugilah dia jika tidak ada bayaran deposit".Jawapan aku yang memberi kredit percuma bagi pehak restoran walaupun tidak disuruh.Samalah juga macam tempahan makanan tetapi tidak habis dimakan, itu pun dikenakan bayaran juga" kataku.

Lainlah jika anda masuk makan direstoran biasa dan ambil order secara spontan, anda ada pilihan samada nak mintak lauk dan nasi bercampur ditaruk selambak diatas satu pinggan atau mahu makan secara berhidang, iaini lauk pauk dihidangkan satu persatu didalam beberapa bekas, akan tetapi didalam banyak banyak bekas lauk dimeja itu, ada diantaranya anda tidak menjamah atau tidak berusik langsung maka tuan kedai tidak akan caj dan akan kira hanya apa yang anda makan sahaja.Tetapi tidak baik berbuat begitu kerana bolih menyusahkan tauke kedai,sebaik baiknya orderlah lauk pauk yang padan patut dengan apa yang hendak anda makan sahaja.Jangan cuba cari pasal kerana silap silap haribulan akan dimarah kerana buruk perangai dan seandainya tuan kedai mahu mengenakan caj pun mungkin tidak mengapa sebab akan banyak dari pinggan mangkuk yang perlu dibasuh olih mereka kemudian.Apa yang hendak saya kaitkan disini, kenapalah Astro bolih mengenakan Caj penuh sebulan miskipun pengunaan khidmat syarikat itu walau pun hanya untuk beberapa minit?



Tok Ayah Su- Pun pelangan Astro juga....

Khamis, 6 Februari 2014

Laporan dan aduan....

Salam hormat!
Beberapa hari lalu akbar Sinar Harian telah melaporkan kenaikan bayaran cukai lesen peniaga dan penjaja, kemudian pagi tadi saya berjumpa dengan salah seorang peniaga yang baru sahaja selesai membayar baharui lesen perniagaan diPejabat Majlis Daerah.Kelihatannya beliau seperti tidak berpuas hati dan melahir kekesalan kerana katanya pehak Majlis telah mengenakan caj membaharui lesen terlalu tinggi melebihi 300%. Jika dahulu yakni ditahun lepas hanya cuma sekadar rm 35.00 sahaja untuk tempoh satu tahun tetapi pada tahun ini telah menjangkau keangka rm 140.00/Thn. WOW....Yang peliknya semakin ramai calon wakil rakyat pembangkang di Dewan Undangan Negeri semakin mahal pulak  bayaran perkhidmatan atau barangan mahu pun cukai dikenakan kepada orang ramai, kenapa jadi begitu? apakah wakil wakil rakyat pembangkang ini tidak bersuara didalam dewan? soal beliau.

Persoalan sebegitu agak subjektif untuk dijawab sebabnya saya lihat diperingkat kampung pun turut berlaku keadaan sedemikian, contohnya disekolah kebangsaan kampung bukannya tidak ada ahli parti pembangkang yang menduduki kerusi jawatan kuasa PIBG,miskipun ada namun didapati yuran mahupun apa apa bayaran tetap juga dikenakan malah mahal pulak tu, jadi tidak semestinya mereka hanya membisu dan tidak bersuara membantah didalam majlis mesyuarat namun kadang kala suara mereka memang sengaja tidak mahu diendahkan, maka dek kerana sebab itulah juga saya mengambil keputusan untuk  tidak mahu lagi duduk dibarisan jemaah jawatan kuasa berkenaan, nampak seolah olah seperti sengaja mahu mengambil kesempatan kononnya sebarang keputusan telah dibuat secara persetujuan bersama walhal suara bangkangan kita dipandang sepi... jadi buat apa saya tungguu....belah ajelah.
sisipan akhbar SH

Walau bagaimana pun sebagai orang biasa biasa sudah tentu mereka mahukan satu pembelaan,orang yang dipandang layak untuk mereka meluahkan aduan  adalah kepada pehak pimpinan sama ada kepada ketua kampung mahupun kepada wakil rakyat selain terus kepehak berkuasa seperti polis dan sebagainya. Namun begitu terdapat juga diantara mereka melapurkan kepada pehak media seperti diakbar, tv dan lain lain seperti dimedia baru internet misalnya. Tidak dinafikan ada diantara aduan aduan itu telah mendapat perhatian dari pehak pehak yang berkaitan dengan mengambil tindakan menangangi masalah yang berbangkit.Syabas...tetapi masih ada juga yang memandang nagatif dengan alasan sekadar berita nyamuk.Bagi pehak yang mahu menjaga krebiliti egensi atau imej syarikat (jika pehak swasta) sudah tentu mereka akan berusaha mengurangkan jumlah aduan atau lapuran dari orang ramai kerana "komplen pelangan dianggap sebagai benar sebelum didapati sebaliknya" .

Ditemui didalam banyak banyak isu atau kes yang agak pelik sikit ialah berkenaan aduan pelangan terhadap mutu perkhidmatan TV berbayar Astro.Jika kita layari dan baca status didalam Facebook rasmi Astro didapati ramai dikalangan orang ramai yang meluahkan rasa kurang berpuashati.Selain dari susah mendapat talian untuk bercakap dengan operator,terlebih dahulu telinga kita akan berkomunikasi dengan robot. Diantara suara robot itu akan berkata "untuk susunan aduan sila dail nombor...dot...dot...dot...." alamak ooi rupa rupanya pehak astro juga ada sistem fileling aduan bersiri 1....2....3...4....5 dan seterusnya macam file kes lapuran orang ramai dibalai polis jugak.Tetapi sedarkah pehak Astro bahawa bukannya susunan file kes
sisipan akhbar SH
demi kes itu yang pelangan mahukan, sebaliknya mereka mahu aduan itu terus segera diselesaikan.Misalnya dalam isu pelangan yang mahu menamatkan langanan. Difahamkan didalam kes sebegini pehak astro akan berdolak dalik mahu mencari jalan bersilat agar pelangan terus terikat.Pernah berlaku bukan sekali dua pelangan menyatakan mohon perkhidmatan langanan ditamatkan namun sampai masanya bil tunggakan tetap dihantar sampai kepelangan. Apa hal ? Apabila diajukan soalan dijawabnya "syarikat kami tutup akaun pada hujung bulan sedangkan tuan maklum pada kami pada sesekian hari bulan, untuk makluman jika akaun tutup pada 27hb jadi pada selepas jam 12 tengahmalam bererti 28hb berikutnya bil tuan akan sudah diproses (caj) sebulan bayaran atau mengikut kadar pekej yang dilanggan, secara automatk' Begitukah sistem Astro berkerja? Persoalannya mana ada manusia yang bolih berhubung serta merta,pergi kePekan bayar bil, bila balik nak maklum melalui telifon sudah terlewat beberapa minit, sedangkan bil sudah dicaj, apatah lagi ditambah pula untuk berhubung dengan pehak astro pun bukannya senang mendapat talian, maka sebab itulah kita dapati bil Astro akan bertali arus tertunggak sampai bila bila dan akan tetap dimajukan kepada pelangan miskipun permohonan untuk tamatkan langanan telah dilapurkan. Begitulah madah berhelah syarikat TV berbayar ini.
Lebih malang lagi,seandainya pelangan gagal menjelaskan bayaran tunggakkan maka akan disusuli pula dengan surat saman Mahkamah,Wahai Astro....orang yang melangan TV anda adalah diantara sebabnya untuk mendapat kemudahan siaran gambar yang agak jelas berbanding  mengunakan arial TV biasa.Kalau sudah diugut untuk saman menyaman maka itu sudah menjadi kes parah,sebabnya pelangan akan kehabisan masa asyik berulang alik keMahkamah sedangkan dimasa yang sama mereka bolih menjalankan kerja harian untuk mencari nafkah.

Tok Ayah Su-Mohon jasa baik menteri berkaitan turut menolong....

peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan