arkib

Selasa, 24 September 2013

Profesional tak masuk syurga?

Salam hormat !
Sisispan akhbar
Buat julung julung kalinya Veteren RSD Kota Bharu (kelantan) menjemput Veteren RSD Terengganu kemajlis jamuan,cumanya saya tidaklah pasti apa tujuan jamuan itu diadakan,sebabnya tarikh hari raya bulan syawal pun dah terlepas lama, terlonjak hati saya betapa teringinnya hendak pergi apabila Ym Tengku Sulaiman yakni orang kuat VRSD Tganu mempelawa saya untuk pergi sama kesana.Niat hendak pergi itu memang ada,bukan nak mentekedarah sangat tetapi hanya sekadar hendak melihat muka kawan kawan lama disekitar kota Bharu ( kelantan) sana, maklumlah saya juga pernah berkhidmat selama 3 tahun diKem Semboyan Lapangan Terbang Pengkalan Chepa,jadi sudah tentu semangat setiakawan dulu dulu itu masih tersemat disanubari.Saya ingin melihat kembali bagaimana rupa bekas RSM Che Wan Sudin,saya mahu melihat rupa nChe Roslan,saya mahu melihat bagaimana rupa Mat Gedut,Mat karat, Mail slow,rupa Syed wangi dan ramai lagi cumanya dapat disebut sekadar beberapa nama sahaja, maklum lah sudah lebih 30 tahun tak ketemui,sudah tentu rupa paras masing masing sudah berubah, harap perangai pun berubah dari baik menjadi lebih baik,dan mungkin juga ada diantaranya telah yang pergi posting kealam baqa" buat selama lamanya, itulah sebabnya teringin sangat saya ketahui, tetapi malangnya hasrat saya itu tidak kesampaian diatas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan,namun jika ditakdirkan panjang umur insaallah ditahun hadapan atau ditahun tahun mendatang kita akan dapat diketemukan juga,jika tidak pun tunggu saja daku dipintu syurga......bersambung.... 
Terkini - Telah beberapa hari saya tidak mengemas kini sambungan artikel ini,sebab utamanya adalah kerana saya agak terkejut setelah mengtahui kematian Mantan Menteri  Besar Kedah (2008-2013) pada 26 Sept hari khamis yang lalu,jadi rasanya biarlah saya ambil sikap bergabung dahulu beberapa hari kemudian barulah pada hari ini mahu memulakan semula menulis,namun sebelum itu terlebih dahulu saya juga ingin  mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga beliau dengan iringan sedaqah bacaan umul kitab AlFatihah...
sisipan akhbar
Biar pun saya tidak mengenali Allahyarham secara dekat dan begitu juga sebaliknya namun pernah bertentang mata berjumpa secara life tatkala didalam satu majlis Muktamar Pas peringkat Kawasan Hulu Terengganu, pada waktu itu Allahyarham selaku Perasmi Majlis dan sedang dalam menyandang jawatan Menteri Besar Kedah.Olih kerana sikap 'loqlak" saya maka tidaklah saya ambil serius tentang apa yang diucapkan olih allahyarham,memang sudah menjadi kelaziman saya yakni lebih berminat menumpukan  perhatian kepada ucapan dari pimpinan tempatan.Walaupun begitu tidaklah bermakna saya tidak ambil cakna berkenaan dengan perkembangan semasa akan hal ehwal kerajaan negeri Kedah apatah lagi ianya dibawah pimpinan dari Parti Pas.

Apa yang menarik pada pandangan saya ialah tentang penonjolan imej atau perwatakan Allahyarham YB Dato" Seri DiRaja Tan Sri Ustaz Azizan ini adalah dari segi cara berpakaian.Miski pun bertaitle ustaz namun tidaklah pernah kelihatan beliau mengenakan Jubah atau berkopiah atau berserban ala Tok Arab sebagai mana sebahagian dari ustaz yang bergelar ulama" yang lain.Caranya agak bersederhana sehinggakan adakalanya kelihatan seperti ekedemiksion atau seorang profesional.Jadi benarlah kata pepatah "jangan dinilai sesebuah buku itu berdasarkan pada rupa kulitnya", tetapi dunia hari ini kalau pakeging (pembungkusan) yang menarik maka hak itulah yang banyak menjadi pilihan penguna,contohnya bahan makanan rengan,bungkusan cantik tetapi isinya tidak berzat malah ada yang bolih membahayakan pada kesihatan jika diguna makan secara melampau.

Lalu Teringat juga disemasa tarikh kematian Allahyarham Dato" Fadhil Noor, diwaktu itu Ybg Tun Dr Mahadhir turut dimasa yang sama mengistharkan mahu meletakkan jawatan selaku Perdana Menteri,jadi ramailah yang dari kalangan ahli ahli Pas turut terikut ikut rentak banyak membicarakan tentang hasrat Tun Dr Mahadhir itu sedangkan peristiwa kematian President Pas telah menjadi berita sampingan sahaja,akhirnya ada seorang ahli veteren Pas telah membuat teguran terhadap sikap ahli pas yang mengkesampingkan soal kematian President mereka.Isunya betapa pandainya Dr Mahdhir mengambil kesempatan untuk mengalihkan perhatian rakyat nooo.....

Apabila sudah terlanjur membincangkan tentang Ulama" dan Profesional ini maka tidak bolih tidak kita juga mesti membicarakan soal pokok atau pun dasar perjuangan. Ayatnya tetap sama dari dulu hingga sekarang sampai selamanya iaini kalau dasar islam itu maka wajib dirujuk dari AlQur"an, alsunnah dan ijmak ulama" serta qias. Ini berlainan dan berbeza sekali dengan dasar keBANGSAan yang mana sumber rujukannya dari hasil pemikiran para profesional,contohnya undang uindang Pokai...opp silap...ejaannya POCA yakni satu akta yang baru diperkenalkan sebagai ganti kepada undang undang ISA. Jikalau akta ISA dikatakan zalim kerana disalah gunakan kepada pesalah politik sedangkan ianya satu undang undang  pencegahan jenayah dizaman dharurat dahulu dan tidak releven lagi didalam kedaan negara yang sudah diistiharkan aman kini.Jadi harap harap akta POCA tidak jadi polimik dimana dianggap tetap sama zalim walaupun tidak serupa dengan ISA.

tok ayah su-percaya syurga milik Allah s.w.t...hanya taqwa jadi bekalan kesana.

Rabu, 18 September 2013

Ching Peng tidak beragama?

Salam hormat!
Saya keliru dan mungkin ada juga orang lain turut sama keliru, ini kerana mengikut kepada doktrin komunis tidak ada sebarang anutan agama yang perlu mereka patuhi. Olih sebab ada yang tidak faham maka terdapat orang melayu turut sama terpengaruh menyertai perjuagan komunis atas alasan tahalus siyassi pada masa itu. Walhal fahaman komunis seratus peratus berdasarkan pemikiran akal manusia semata dengan tidak langsung bersandarkan kepercayaan kepada tuhan seperti dalam rukun negara,bahkan komunis bersikap anti agama secara tersembunyi. Apabila berlaku genjatan senjata diantara PKM dengan kerajaan Malaysia barulah ada dikalangan orang melayu yang insaf lantas terus kembali kepada ajaran islam sebenar.Saya yakin seandainya ditakdirkan  PKM dapat memerintah kerajaan Malaysia sudah pasti orang melayu tidak sebebas untuk beribadat seperti sekarang. Seteruk  teruk kerajaan BN sekarang kerana terdapat sekatan untuk berkuliah dimasjid olih ualama" dari pehak parti pembangkang namun masih terselit kebaikan antaranya membenarkan laungan azan dengan volium maksima dimana ada yang menganggap bolih mengganggu kepada orang  bukan islam. Jika komunis memerintah adakah dibolihkan begitu??
sisipan akbar

Bakar mayat kemudian simpan atau hanyutkan kesungai mahupun dibuang abu kelaut adalah amalan keagamaan olih salah satu agama orang bukan islam samaada Budda atau pun Hindu,jadi apabila mayat mendiang Chin Peng dibakar maka ini bererti beliau sudah memeluk salah satu dari ajaran tersebut... agaknyalah....Jadi apakah kita mahu sungai atau laut kita dikotori olih siABU Chin Peng? teringat semasa orang pelarian perang Burma yang karam dan tengelam dilaut, ramai orang yang tidak makan ikan....mahukan kita berkeadaan begitu semula? bersambung....

Sambungan- didalam keadaan tergopoh gapah dan berkejar masa saya meneliti serba sedikit berkenaan latarbelakang Chin Peng melaui beberapa portal berita diinternet termasuk link ini> http://ms.wikipedia.org/wiki/Chin_Peng

Apa yang dapat saya rumuskan secara rengkas bahawa sememangnya Chin Peng adalah pada mulanya kawan dan kemudian menjadi lawan,maka kerana itulah Chin Peng telah dianugerah medal olih pehak British.Medal atau pun pingat itu sebagai mengenang jasa beliau mengetuai satu pasukan bersenjata anti Japan yang datang menakluki tanah melayu didalam sejarah peperangan dunia ke2.Kemudian daripada itu selepas Jepun kalah, jadi dengan kekuatan pasukan anti Japan ini juga beliau telah meresapkan ideologi perjuagan Komunis lalu menubuhkan PKM (Parti Komunis Malaya) dengan bergabung bersama Parti Perikatan (umno) buat seketika bertujuan sama iaitu mahu menuntut kemerdekaan dengan menentang Pertubuhan Malayan Union yang dikuasai olih British. Berdasarkan semangat petrotisma orang melayu pada ketika itu maka dengan mudah PKM mengambil kesempatan mempengaruhi sebahagian dari orang melayu untuk turut sama berjuang dalam PKM ini.

Malangnya selepas Malaya diberi kemerdekaan kemudian British berundur namun PKM tidak mahu mengiktiraf kemerdekaan tersebut.,kenapa? menurut ceritanya PKM ada agenda yang lebih besar,antaranya mahu jadikan Malaya sebagai negara republik serta hendak menghapuskan sisitem raja raja melayu dan selebihnya PKM mahu memerintah dan bukannya diperintah.Yang lebih dahsyat lagi PKM juga tidak mengiktiraf sistem demokrasi berparlimen dimana kerajaan yang ada mesti dipilih olih rakyat melalui cara berpilihanraya.Lalu PKM diharamkan sebagai pertubuhan politik.Bertitik tolak dari situlah PKM memilih untuk menentang kerajaan pilihan rakyat secara perang gorila dan militan,lalu lari kedalam hutan membuat serang hendap terhadap pasukan keselamatan Tentera dan Polis termasuk membunuh orang awam.

Jadi persoalannya sekarang,apakah dengan jasa jasa mendiang Chin Peng itu maka kita mahu jasad atau pun abunya dibawa balik?apakah  pada suatu masa nanti kita juga akan akur pula dengan desakan agar dibuat satu memorial berbentuk tugu peringatan dengan tujuan untuk dipuja olih saki baki pengikut dan pengkagumnya yang masih ada diMalaysia ini? masih tidak cukupkah lagi dengan tajaan kerajaan Malaysia menghantar beberapa orang dikalangan pemimpin PKM berbangsa melayu termasuk keluarga mereka menunaikan haji keMekah? malah terdapat juga dikalangan mereka dianugerah tanah dan rumah penempatan, masih belum cukupkah lagi? cuba tanya pula adakah anggota pasukan keselamatan seperti tentera dan polis telah mendapat itu semua?.

Sebab itulah mentang mentang menjadi pembangkang maka semua perkara hendak dibangkang dan begitulah juga sebaliknya, mentang jadi penyokong kerajaan maka semua perkara hendak disokong,kalau betul nak sokong,cubalah buat usul supaya bekas anggota PKM ini juga perlu diberikan pencen....amacam?

tok ayah su-teringat lagu... putih...putih...melati...merah...merah...delima....sapa yg baik hati... pasti kan ku terima....

Isnin, 16 September 2013

Bajet:saya juga ada cadangan (4)

Salam hormat! Berkaitan topik pada siri yang lepas saya ada mengulas hasrat ketua pembangakang DSAI yang ingin turut sama mahu menawarkan diri bagi mengajak kerajaan BN dibawah pemerintahan YAB Dato" Seri Najib Razak bagi mengatasi suasana semasa rakyat yang bergelut dengan rasa kurang selamat, cemas dan bimbang terhadap kadar jenayah yang semakin meningkat,jadi hasrat DSAI itu diharap tidak ada yang tersalah tafsir kononya mahu mengadakan pakatan politik diantara PKR dengan uBN pula sebagaimana sama hebohnya ura ura UG  (kerajaan perpaduan) Pas/Umno pada era mantan PM Pak Lah satu ketika dahulu. Sebaliknya pandanglah dari sudut keseriusan beliau dan bukan hanya sekadar satu gurauan, sambutlah seumpama orang yang sedang mengantuk disorongkan bantal.

Alahai...sudah panjang berjela saya menulis kini sampai siri ke4 tetapi masih belum masuk kePOINT yang sebenar.Kesemua tertulis diatas adalah sekadar muqadimah sahaja,adapun yang sebenar adalah hasil  rintetan dari apa yang telah tercatat sebelum ini diantaranya pasal media cetak,teknologi ict dan tambahan sedikit lagi adalah pasal telekomunikasi.

Olih itu fokus pertama adalah sudah tentu kepada Kementerian Komunikasi dan multimedia,maka antara cadangannya adalah seperti berikut:
sisipan akbar
Cadangan Pertama:  Teknologi internet dan telekomunikasi handfhone adalah bukan lagi satu benda mewah yang mana kini semua peringkat umur termasuk kanan kanak  sekolah pun mampu memilikinya,cumanya kemampuan itu terhad kerana adakalanya terputus putus disebabkan bajet peribadi terbatas, apatah lagi ditambah dengan kos sara hidup yang semakin meningkat seiring dengan kenaikan harga minyak petrol dan bahan api. Secara berterus terang saya katakan sebagai contoh syarikat Maxis mengenakan caj 20 sen dalam tempoh 4 saat tanpa bolih bercakap pun,ayatnya "nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi... tut...tut...tut...6 saat caj 20 sen".alamak ooiii...bagai kan mahu mencengkik darah penguna malah lebih mahal dari harga seliter petrol,itu belum bolih berhubung...kalau bolih berhubung terlagilah berganda ganda caj yang dikenakan, jadi mohon dikaji dan dinilaikan semula kaedah keuntungan berlebihan yang dikaut olih syarikat syarikat telekomunikasi ini
Cadangan kedua: Paska teknologi ICT atau pun internet juga telah merubah budaya hidup masa kini, internet mampu memainkan peranan untuk memperolihi maklumat atau ilmu yang tidak ada dirak rak simpanan mahu pun digedung buku.Keperluannya sudah semakin meluas sehingga ada yang mengambil kesempatan memperdagangkannya. Contohnya CyberCafe telah melata dibuka bagaikan cendawan tumbuh dimusim hujan.Tetapi kesannya lebih banyak yang nagative terutama bagi anak anak remaja mahupun yang masih berada dibangku sekolah,jika ditanya kepada ibubapa pasti mereka akan kata "rasa bimbang dan menghabiskan masa serta wang ringgit".Olih yang demikian alangkah baiknya jika para ibubapa dapat mengadakan satu sudut ict dirumah sendiri,mudah mudahan dengan cara itu segala pengaruh nagative yang ada diluar sana dapat dipantau dihadapan mata ibu bapa dirumah masing masing. Cumanya lagi sekali ibubapa berdepan dengan bayaran bil perkhidmatan syarikat TM yang menyediakan hubungan maya itu. Seandainya saluaran TV bolih menyediakan gelombang siaran secara percuma terutamanya siaran tv milik kerajaan jadi apa salahnya kemudahan line internet juga bolih disediakan olih kerajaan secara percuma.
Cadangan ketiga: Negara dikatakan sudah merdeka masuk ketahun yang ke56,begitu juga yang dulunya dipanggil kementerian penerangan telah melahirkan stesyen radio dan tv (RTM) yang umur penubuhannya sudah hampir hampir sama dengan tarikh kemerdekaan, masallahnya disebalik kegemilangan jabatan penyiaran itu kini telah bolih disaingi olih pehak dari syarikat tv swasta malah RTM sudah dilihat jauh ketinggalan sehinggakan orang ramai sanggup membayar untuk mendapat siaran dari syarikat tv swasta. Yang menjadi persoalannya syarikat Astro ini dikatakan telah memenopoli ruang gelombang diudara sehingga bolih menganggu siaran tv lain, maka orang ramai tiada pilihan melainkan mesti melanggan tv berbayar tersebut untuk mendapat siaran keseluruhannya termasuk RTM secara lebih terang dan jelas gambarnya. Pehak kerajaan pula dilihat seolah olah sengaja mahu masallah ini berlaku tanpa berbuat sesuatu untuk mengatasinya. Maka dengan itu dicadangkan agar perkara ini dapat diatasi segera agar mutu siaran tv rtm juga setanding dengan siaran dari stesyen tv berbayar.Buklit Ajil adalah lokasi terbaik untuk mengadakan Pemancar  TV (jika dikawasan Hulu Terengganu)

Cadangan seterusnya untuk Kementerian Pertahanan bagi dimajukan kepada Jabatan Hal ehwal Veteren.
Rasanya Bekas tentera tidaklah sampai mahu mendesak pehak kerajaan agar jasa jasa mereka dimasa lampau dibalas,cumanya jika perjuangan mereka dihargai sudah cukup memadai,apatah lagi seandainya sebagai tanda ingatan mereka itu diberi sesuatu penganugerahan maka teralangkah gembiranya dihati. Sebaliknya alangkah kecewanya perasaan apabila melihat orang lain lebih dihargai, contohnya pekerja dari sektor awam yang mendapat imbuhan serta tajaan untuk menunaikan haji dan begitu juga jika mereka yang dikira dalam ketegori  golongan orang berada dikampung seperti JKKK pun turut sama memperolihi nikmat tajaan keMekah.maka kenapa tidak bolih diberi sama kepada bekas tentera. Saya tidak mahu mengurangkan apa yang orang lain sudah dan akan dapat akan tetapi kalau bolih biarlah bekas tentera pun turut sama ditambah nikmat kemerdekaan sebagai mana orang lain juga perolihi. Olih yang demikian lain lain cadangan , apa salahnya untuk nonmuslim ditambah kadar elaun ataupun kadar pencen, adalah tidak memadai kenaikan hanya setakat 2 peratus sedangkan keperluan harian semakin hari semakin naik harga barang dan kos sara hidup semakin meningkat tinggi.Hendaknya janganlah ada diskriminasi....

tok ayah su-mohon jasa baik agar dipertimbangkan cadangan diatas....

Jumaat, 13 September 2013

Bajet:saya juga ada cadangan (3)

Salam hormat!
gambar hiasan
Dalam berkaitan topik artikel ini pada siri yang lepas saya ada melepaskan pandangan tentang keberanian seorang tokoh Pembangkang yang agak berani mengajak rakyat berkumpul dijalanan untuk menjolok sarang tebuan yang dikenali sebagai ISA,dengan desakan dijalanan itu sarang yang dianggap mempunyai sengat yang sangat berbisa lagi dikatakan zalim itu telah jatuh bedebuk ketanah dan terus dihapuskan olih kerajaan, alih alih apabila masih terdapat tebuan tebuan yang terlepas telah mengamuk dengan melakukan tembakan disana sini sehinggakan dikatakan keadaan masih lagi tidak selamat malah lebih merbahayakan, Lalu forum demi forum dan perbincangan telah dibuat untuk mencari satu makanisma lain sebagai ganti. Termasuklah kononnya juga Ketua Pembangkang turut sama mahu mengajak kemeja rundingan bagi membincangkan permasallahan terkini itu. Disinilah sekali lagi tokoh profesional dilihat bolih bergabung memerah fikiran seumpama gabungan otak kiri dengan otak kanan dengan kalangan ulama" untuk mencari jalan penyelesaian....Tidak timbul soal untuk mencari mileage politik kerana kepentingan rakyat dalam soal keselamatan nyawa orang awam mestilah diutamakan.

Jangan hanya memikirkan soal pemilihan pucuk pimpinan yang menjadi teras untuk direbut walhal pokoknya jika didalam parti Pas diperingkat akar umbi tidak sekali kali timbul mahu rebut merebut jawatan malah ada yang telah menyandang jawatan pun turut merayu untuk dilepaskan,lainlah jika ada kuasa memerintah seperti umno, jawatan pada mereka adalah segal galanya,hatta sanggup bermain politik wang membeli perwakilan. Namun jika Pas mendapat kuasa memerintah mungkin ketika itu suasana akan jadi berbeza sedikit tetapi rasanya tidaklah sampai merasuah disana sini.

BERBALIK KEPADA CADANGAN BAJET

Saya mencari cari maklumat apa itu dikatakan IPP ? sedikit tentang itu telah saya perolihi, rupa rupanya satu sektor korperat yang dipelupori olih kroni yang beroperasi sebagai penjana bebas....bebas apa? bebas dari bebanan membayar sebarang cukai? tetapi dari apa yang diterangkan olih seorang pimpinan parti PKR, mereka bebas dari dikurangkan sabsidi kerajaan,maknanya jika rakyat kebanyakkan dikurangkan subsidi akan tetapi team kroni  ini tidak terlibat,jika subsidi tiada atau dikurangkan uintuk rakyat bererti rakyat kebanyakan akan menanggung kos sara hidup yang lebih dari biasa,sebaliknya mereka itu bebas menanggung  beban dan tetap dikekalkan subsidi....waw...patutlah kaya.Teringat saya kepada satu pendedahan yang dibuat olih seorang penceramah diatas satu pentas politik katanya jkkk ataupun tokoh politik yang menduduki kerusi PBT (majlis daerah) telah mengarahkan  syarikat TNB memcabut buang lampu jalan yang bersetentangan dengan rumah seorang penyokong pembangkang semata mata kerana ada perasaan dendam sebaliknya ada premis kedai milik kroni yang tidak membayar bil eletrik tidak pula diendah dan dibiarkan tidak berbayar,bebas guna dan percumalah maksudnya....patutlah bolih hidup berniaga....bersambung lagi....
sisipan akhbar

Rabu, 11 September 2013

Bajet:saya juga ada cadangan (sambungan)

Salam hormat!
Didalam siri pertama berkaitan tajuk ini saya telah memetik sedikit kata kata dari wakil rakyat 2 UPU cawangan DUN Ajil Yang Berbahagia Ust Razki,ekoran daripada itu saya ingin menambah sedikit lagi  apa yang telah diucapkan didalam majlis perasmian mesyurat agong cawangan tersebut,antaranya beliau membangkitkan rasa ketidak puas hatian orang ramai hasil dari tindakan kerajaan uBN yang telah menaikkan harga petrol dan diesil dipasaran.Ini juga melambangkan ketidak pekaan akan keperitan hidup rakyat yang telah sedia terbeban dengan segala macam kenaikan harga barang sebelum ini.

Sebagai seorang yang akrab dengan kepimpinan peringkat kawasan dan masih memegang beberapa jawatan sudah tentu beliau lebih mengtahui perihal dari dalaman parti,menurutnya terdapat sedikit konflik yang dibimbangi akan berlaku terutama ketika menjelang pemilihan pucuk kepimpinan parti kelak.Riak riak ada menunjukkan seolah olah golongan ulama" cuba dipinggirkan olih golongan berpendidikan liberal atau dipanggil juga tokoh profesional didalam parti.Pertembungan ini bagaikan cuba menafikan peranan ulama' terdahulu yang menghidupkan Pas sehingga mempu digeruni dan disegani kawan dan juga olih pehak lawan, katanya sebagaimana dipetik.

Apakah sebenarnya difinasi ulama" dan profesional? apakah dengan penampilan dari segi berpakaian memakai kopiah dan berjubah itu ulama"? atau dinilai dari berkebolihan mentazkirah dan memberi kuliah agama itu ulama"? atau seorang yang mempunyai ilmu dari latar belakang berpendidikan agama? atau semua jawapan diatas soalan itu sebetulnyalah ulama? kalau begitu bermakna selain daripada kriteria tersebut tadi maka adalah dialah seorang profesional? atau dengan kata lain profesinal itu adalah seorang yang berpendidikan lebih banyak kepada berlatar belakang ekedemik,maksudnya tidak banyak tahu tentang hudud,hadish,hukum hakam syariah dan sebagainya? hanya sekadar tahu mengimankan solat sahaja....
itulah difinasi profesional,begitukah?

Olih itu maaf cakap,sebab saya ingin memberi sedikit respon dari pemerhatian kaca mata saya yang mana tidak langsung berniat untuk memperkecil atau memperlekehkan  mana mana orang. Dengan seiklasnya saya berkata sebenarnya suara ulama" tidaklah begitu menyengat,dengan trend dewasa ini orang ramai lebih gemar kepada fakta semasa yang dibawa olih golongan profesional,mereka lebih releven untuk membawa isu isu semasa khususnya kes kes yang berprofile tinggi,contohnya pembongkaran terhadap salahlaku pimpinan uBN samada diperingkat Nasional mahupun negeri, dilihat amat bersesuaian golongan profesional berbuat demikian,tak kiralah ikut saluran melalui sidang akhbar mahupun dipentas pentas ceramah politik., ada pun ulama" adalah tidak manis dan tidak molek jika bermulut celupar dengan membuka keiaban orang kerana tidak semestinya yang dibongkar itu adalah benar belaka,adakala hanya sekadar untuk gimik politik semata, olih kerana ada dikalangan ulama" yang tidak memperdulikan hal sedemikian maka kotokohan mereka telah menjadi ejekan dan segali gus ada yang mempertikaikan kewibawaan bagaimana bolih seorang yang berilmu agama bersikap munafik,sesat,mengadu domba dan macam macam tomahan lagi.Ini bolih menjatuhkan imej ulama: itu sendiri. malah bolih menjejaskan imej sesebuah organisasi parti yang berteraskan islam, jesteru itu ulama" dilihat lebih rasionalis berperanan dalam hal mengkaunseling dan menasihati masyarakat dengan memaklumkan aturan dan peraturan mengikut syariat yang ditetapkan olih Allah dan Rasul.Apa pun ulama": dengan profesional bolih diibaratkan seperti aur dengan tebing atau seperti isi dengan kuku,saling berpautan dan saling memerlukan. Biarlah masing masing dengan peranan tersendiri tetapi dengan satu matlamat yang sama iaitu untuk menjatuhkan kerajaan dari parti lawan melalui sistem pilihanraya demokrasi berparlimen.

sisipan akhbar
 Tetapi jika diparlimen (sidang DUN) pun suara rakyat tidak juga dilayan contohnya kes petisyen PRU13 yang asyik ditolak olih mahkamah tanpa bicara maka tidak bolih disalahkan kepada rakyat jika pembangkang mengubahnya menjadi suara pendesak dengan mengajak rakyat turun dijalan raya dengan lunas lunas yang dibenarkan olih perlembagaan untuk menzahirkan ketidak puasan hati mereka.Dalam kes protes seperti ini, tokoh yang tidak asing dan tidak ada yang lain lagi melainkan adalah siAbang Mat Sabu....ingatkah lagi rakyat mendesak untuk menghapuskan undang undang ISA? bersambung lagi....

Ahad, 8 September 2013

Bajet:saya juga ada cadangan....

Salam hormat!
Saya selaku penulis blog yang memperuntukkan sedikit bajet poket belanja harian bagi mendapat kemudahan teknologi internet dirumah, ingin melahirkan satu cadangan kepada kabinet pimpinan kerajaan pusat dibawah pentadbiran Perdana Menteri Y.A.B Dato" Seri Najib agar dapat melihat keperluan internet masa kini bukanlah lagi satu perkara mewah yang hanya patut dimiliki olih satu satu golongan tertentu sahaja, misalnya olih golongan orang bandar yang banyak duit atau dari golongan orang orang terpelajar semata mata. Olih kerana saya memiliki kemudahan itu buat masa ini, jadi tidaklah bermakna disni saya ingin mendabik dada seolah olah saya juga dari kalangan orang kaya.kerana mampu  membayar bil internet,
sisipan akhbar
sebenar tidak....tidak semestinya begitu sebab adakalanya saya juga miss untuk membayar malah kerap juga bil tertunggak,untuk menyelamatkan keadaan agar terus dapat berintreksi di internet saya terpaksa berjimat cermat dengan memotong salah satu kemudahan lain yang saya ada sebelum ini, untuk makluman saya juga melangan stesyen Tv berbayar, namun terpaksa dicantas satu untuk selamatkan bajet poket. Tv berbayar telah dikorbankan, pakailah semula siaran tv guna arial biasa,siaranya amat kurang memuaskan, berjerubu dan bergerumut dengan ganguan,kesian juga melihat pada anak anak terpaksa pacak dan ikat arial dengan kayu panjang dan pusing pusing 180 darjah mencari arah bagi mendapat siaran.baik, kalau kena dengan arah angin kira dapat baiklah sekejap siarannya kemudian beberapa ketika selepas itu bergerumut balik semula...nampak anak lebah dan anak kuman..... kenapa saya harus malu hendak menceritakan ini semua  sedangkan 20 sen minyak naik pun orang ramai tidak malu bersuara.
sisipan akbar dan semasa
Sebelum itu saya ingin memetik kata kata Ust Razki "saya sendiri akui sebelum ini tidak tahu apa apa permasallahan yang ada diperingkat bawah apatah lagi berkaitan organisasi parti sebabnya sebelum itu saya menuntut dan pergi belajar keTimur Tengah kemudian bila balik terus menceburkan diri didalam politik kerana tercalon untuk bertanding didalam pilihan raya.Ramai juga dikalangan tokoh politik yang bersituasi yang sama,ada tu terus diangkat menjadi pempinan parti tanpa terlebih dahulu memulai untuk merasai bagaimana cara  mengurus sebuah organasi kecil  seperti dicawangan misalnya.Miski pun peringkat cawangan namun setiap gerak kerja atasan seperti diKawasan sebenarnya bermula dari cawangan terlebih dahulu,kalaulah di cawangan pun bermasaallah ianya pasti akan terbawa bawa sampai keatas.Olih yang demikian sumbangan tenaga atau apa saja dari cawangan tidak bolih disangkal,contohnya di cawangan Dun Ajil dimana sebelum ini tidak pernah ada dalam sejarah 2 UPU bolih menang, tetapi didalam PRU 13 bolih pulak menang, maknanya itu adalah satu tanda hasil sumbangan besar dari cawangan, jikalaulah kesemua UPU disetiap cawangan dapat melakukan sedemikian tidaklah kita kalah diDUN Ajil" katanya didalam majlis mesyuarat agong cawangan Tok Randok pada hari Jumaat yang lepas.Selain itu didalam majlis yang sama Ketua Cawangan dengan nada sayu dan shahdu memohon agar beliau tidak lagi dipilih untuk mengetui sebagai ketua memandang faktor kesihatan dan juga usia.Secara panjang lebar dia juga menceritakan perit maun dan susah payahnya disemasa berada didalam Jemaah Pas selama lebih 40 tahun bermula sejak dari usia muda lagi,jelasnya terdapat keajaiban dimana tatkala hendak mengadakan mesyuarat tidak ramai yang hadir seolah olah tidak berolih sambutan dari ahli namun berlainan pula disemasa tibanya tarikh dekat hendak berpilihanraya,akan ada ada saja sumbangan diterima sama dalam bentuk wang ringgit mahu pun kerahan tenaga. itulah kelebihannya Parti Pas,katanya mencerita berdasarkan pengalaman.Apa pun olih kerana alasan dia mahu berundur jadi terdapat ahli mahu beliau meneruskan khidmat untuk parti dengan melantiknya sebagai mursidul am peringkat cawangan manakala ketua cawangan diganti dengan muka baru iaitu seorang anak muda yang baharu sahaja lepas umur sebagai ketua pemuda sebelumnya.Tahniah....bersambung....

Isnin, 2 September 2013

Minyak naik vs naik minyak....

Salam hormat!
Kalau apikereta dengan keretaapi itu benda yang sama cuma lidah yang dituturkan itu kurang fasih berbahasa melayu maka dianya menjadi tunggang terbalik akan tetapi diantara minyak naik dengan naik minyak ianya memberi pengertian yang berbeza, dari segi bahasa minyak naik bermaksud naik harga barangan manakala naik minyak memberi makna timbul satu perasa geram dan marah,  contoh ayat minyak naik "Perdana Menteri hari ini telah mengumumkan minyak petrol ron 95 dan diesil telah dinaikan sebanyak rm20 sen seliter" dan ini pula contoh ayat naik minyak "secara tiba tiba beberapa ekor gajah dikandang zoo negara telah naik minyak serta menjadi egresif dengan bertempik mengeluarkan suara yang agak kuat serta menakutkan pengunjung"....bersambung.....  sambungan terkini:Bagi mereka yang alergik dengan kenaikan demi kenaikan harga barangan merasa dirinya telah  tertipu seumpama dipatuk ular dua tiga kali didalam lubang yang sama,katanya dulu Pakatan Rakyat tawarkan untuk turunkan harga minyak jika parti itu menang, bukan itu sahaja PTPTN juga akan dihapuskan seandainya PR dapat memerintah kerajaan Malaysia,namun orang ramai meragui kononnya sebagai helah untuk mengula gula bagi tujuan untuk memancing undi sahaja maka sebab itu ada dikalangan anak muda sendiri yang baru pertama kali mengundi telah tidak mahu memilih PR disamping tidak menyangka mereka akan tertipu,olih yang demikian setelah terjadi kenaikan harga minyak ada yang telah merasa menyesal kembali,jadi apa bolih buat sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna,tunggulah 4 tahun lagi....silap silap dalam tempoh itu dari ada rambut terus gugur licin bersinar banar,sebab asyik stress kerana sudah lari bajet poket, padan muka aku sendiri jangan disalahkan pada orang lain....kalau itu sudah menjadi pilihan hati maka jangan di "naik minyak" tak tentu pasal kelak lagi buruk padahnya.  

Sekurang kurangnya cubalah renung sejenak, lihat PM lebih telus kerana memberi satu alasan yang agak gentlemen yakni untuk menunaikan janji kepada rakyat sebagaimana yang termetri didalam manifesto, janji apa? janji untuk menambah jumlah pemberian bantuan BRIM dari rm500 kepada rm 1000 kepada rakyat, sedangkan dengan suasana semasa PM bolih sahaja memberi alasan lain iaini kerajaan tiada pilihan lain memandangkan situasi pergolakan krisis negara timur tengah yang didalam ambang berisiko akan menghadapi perang, ingat tak dahulu....semasa kenaikan harga beras,kerajaan memberi alasan banjir besar telah melanda negara Thailand,alasan sedemikian akan dilihat lebih logik dan lebih diyakini rakyat,akan tetapi olih kerana keiklasan PM alasan sebegitu tidak diguna pakai lagi,lebih baik berterus terang daripada beretorik, minyak naik kerana nak tambah BRIM...kan lebih iklas begitu. 

Cumanya terasa PM kurang  peka akan mood rakyat,didalam suasana rakyat duduk tengah ceria bergembira, saling kunjung mengunjung, usik mengusik sambil menjamu selera dengan juadah terhidang dirumah rumah terbuka aidil fitri tiba tiba suasana itu direntap habis,semua tersentak,ada yang tersembur air minum didalam mulut,jadi terkejut dan terperanjat,yang panik terus mencapai kunci kenderaan lantas bergegas kestesyen minyak beratur Q sambil menyumpah seranah "melayu mudah lupa" mengejar masa tamat jam 12 malam bagi mendapatkan harga minyak stok lama,keadaan menjadi kelam kabut, rumah terbuka hari raya kemana keceriaan menyambut hari Merdeka pun juga entah kemana,seoalah olah dilihat kerajaan cuba berdengki dengan rakyat yang kelihatan semakin mewah berbelanja dengan mengadakan rumah terbuka hari raya dimana mana, begitulah nasib rakyat marhain yang yang sekali sekala mahu menunjukkan kegembiraan tetapi telah dimusnah ranahkan  olih kerajaan uBN dengan tidak sempat menyempat lagi bertangguh untuk mengambil 20 sen.
sisipan akbar dan semasa
Sebenarnya bukan rm 20sen tetapi jika dicampur lagi rm 20 sen diesil jumlahnya menjadi 40 sen,ini bererti mengalahkan kenaikan rm 30sen dizaman kerajaan mantan PM Pak Lah,dikala itu sudah pun dikatakan satu jumlah kenaikan yang tinggi tetapi jika 40 sen itu dikira rendah maka mathematik mana yang diguna pakai, tak tahulah pulak.Jika selepas PRU 13 harga minyak petrol Ron 97 telah diturunkan sedikit tetapi kali ini Ron 95 pula dinaikan harga,jadi sudah terang lagi bersuluh,golongan berpendapatan rendah yang akan lebih terkesan sebab Ron 95 banyak digunakan olih kenderaan kenderaan lama.Namun seorang warga tua berkata dia hanya mengunakan basikal,tidak terlibat dengan kenaikan harga minyak akan tetapi apabila dia pergi berbelanja membeli belah dikedai didapati harga barangan pula naik harga,kenapa? itu cerita dizaman kerajaan PM Pak Lah,jadi adalah mustahil keadaan sama tidak akan berlaku dengan kenaikan minyak sekarang ini,katanya.Secara teori mudahnya,jika setiap kilang perindustrian dikenakan charge pengunaan aliran tenaga eletrik yang tinggi ditambah pula dengan kos minyak untuk pengangkutan, tidak ada syarikat yang tidak akan bertambah nilai kos operasi,jadi syarikat perniagaan mana yang mahu rugi?logiknya mahu tidak mahu tiada jalan lain melainkan menaikkan harga produk keluaran mereka,manakala tangga kedua ialah dari pehak orang kedua atau orang tengah seperti pengedar,pembekal,pemborong dan tax GST maka akan jadi berlapis lapis kenaikan barang akan berlaku sebeluim ianya sampai ketangan penguna atau pun pembeli, siapa tu? rakyat kebanyakkan lah...siapa lagi .Itu belum lagi diambil kira dengan pehak yang berhati busuk, yang suka menangguk diair yang keruh dengan  mengunakan modus operandi yang lunak untuk mengkaburi mata pekedai pekedai bilis dengan memberi sedikit tekanan dan ugutan dari taiko taiko politik iaitu ala gangster moden alaf baru.Sebab itu statistik kadar jenayah semakin meninggkat.

Kenyataan KPDNKK yang ingin memantau kenaikan harga barang  itu hanya dilihat sekadar untuk menyedapkan hati sesiapa yang mendengarnya sahaja.Apa tidaknya,perhatikan kenaikan harga ayam yang naik melambung pada bulan ramadhan dahulu,sebanaranya bukan ayam sahaja,sayuran dan ikan juga turut sama naik, cuba tanya mampukah kementerian ini membendungnya? adalah seorang dua peniaga yang diambil tindakkan,itu pun cuma sekadar untuk lepaskan batuk ditangga,hakikatnya untuk menutup mata bagi menakut nakutkan terutama kepada para peniaga kecil kecilan.Peniaga jerung tetap terlepas,contohnya syarikat bas yang menaikkan harga tiket melebihi 10 peratus seperti yang ditetapkan.olih SPAD dan kedai berstatus mega yang menjual barangan dapur yang bukan dari kedai 1 Malaysia, kenapa mereka tidak bolih menurunkan  harga barang sama seperti dikedai 1 Malaysia?

Alasan macai macai politik yang mengatakan kenaikan minyak hanya sekadar 1% sahaja.Cuba tanya jika 1 % untuk 1 liter jika dikali dengan 20 liter sekali isi tangki,sudah jadi berapa? kemudian didharap dengan sejuta orang sudah jadi berapa?tidakkah jadi jumlah satu billion sehari,maka tidak hairanlah jika BRIM akan bolih diberi rm 1000 seorang selepas ini.Selebihnya wang itu akan kemana? usah ditanya....banyak mulut mulut buaya yang sedang menunggu nunggu.Kesimpulan dari itu, apakah pimpinan pimpinan parti pembangkang hanya akan mahu melihat sahaja,apakah mereka hanya mahu menunggu dikerusi kerusi empuk samata? tunggu disuap sampai kenyang kemudian terus tidur dengan membiarkan pengikut terkapai kapai didalam kelemasan?

tok ayah su-mahu melihat cara penyelesaian masaallah olih semua peringkat pemimpinan.....


peng-ekor khabar anda (peka)

muka buku tok ayah su

zon usaha-wang

pilih bahasa anda

SALAM HORMAT! Anda kini berada diZONE promosi pekej produkTIF MAHASOHOR 58...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bina website

Tinggal yang haram dapat yang halal...!

lakaran memory

Lukisan contoh sahaja...bukan untuk niaga

Powered byEMF Online Payment Form

tempah cara E-dagang Pay Pal

Belum ada akaun PayPal - klik Logo

Daftar di PayPal, lalu mulai terima pembayaran menggunakan kartu kredit secara instan.

Memancing diDaratan

Memancing diDaratan